BAB 47
Umairah menolak daun pintu rumahnya perlahan. Dalam
hatinya berkira-kira dengan kata-kata yang dilemparkan Atikah padanya. Benarkah
apa yang diceritakan oleh Atikah itu? Betul ke Ifran sukakan aku dari zaman
kami belajar lagi? Atau Atikah sengaja berkata begitu untuk sedapkan hati aku
sahaja. Umairah buntu, dia tiada jawapan semua itu.
Perlahan-lahan langkah
diatur menghampiri biliknya. Namun kakinya terhenti tatkala matanya menangkap
jasad Ifran yang terbaring kaku diatas sofa. Lama mata Umairah memerhati
suaminya itu, timbul rasa sayang dan rindu yang tak berbelah bagi. Umairah
masuk ke kamarnya, tidak sampai satu minit dia keluar kembali bersama sebotol
losyen. Kakinya mengatur langkah perlahan kearah Ifran lalu badannya duduk
bersimpuh disebelah suaminya. Tangan jejaka itu dicapai dan disapunya losyen
pada bengkak yang masih kelihatan itu. Namun Umairah sedikit terkedu tatkala
Ifran menarik jemarinya kasar. Dia sangka Ifran tidur, rupanya tidak. Suaminya
kini sudah bingkas bersila diatas sofa.
“ kenapa Mai sibuk sangat nak sapu losyen dekat luka
tangan abang yang tak seberapa ni? Luka dekat tangan abang ni tak teruk kalau
nak dibandingkan dengan luka dihati abang.” Tingkah Ifran dengan mata yang
bulat memandang sinar mata Umairah yang kelihatan pilu. Umairah ketap bibir,
perasaan sedih mula bertebaran dalam hati kecilnya.
“ Mai kan dah tak sayang abang, tak pedulikan abang. Buat
apa Mai nak sibuk-sibuk ambil tahu tentang diri abang.” Sambung Ifran lagi.
Umairah kelu seribu bahasa. Hanya matanya sahaja membalas pandang wajah mencuka
Ifran. Perlahan-lahan air matanya mula mengalir membasahi pipi. Tak terkira
sedih dihati apabila Ifran meragui kasih-sayangnya yang tak terbelah bagi.
“ Mai ni ego! Sombong, tak nak mengaku kalah!” komen
Ifran buat Umairah terpinga-pinga. Dia sekadar memandang dan memasang telinga
bagi setiap tutur kata yang terbit dari bibir suaminya.
“ kenapa susah sangat Mai nak mengaku yang Mai sayangkan
abang. Mai tak nak bercerai dengan abang, Mai tak nak abang jadi hak milik
Tikah. Kenapa Mai?” luah Ifran buat tangis Umairah kian rancak. Perlahan-lahan
jemari suaminya dicapai.
“ Mai sayangkan abang sangat-sangat. Tapi Mai tahu Mai
tak boleh pentingkan perasaan Mai sendiri jer. Abang tak sayangkan Mai, abang
sayangkan Tikah. Apa yang Mai buat ni untuk kebahagiaan abang jugak.”
“ untuk kebahagiaan abang atau untuk puaskan hati Mai
sendiri? Mai hanya nak gunakan abang untuk menebus kesilapan Mai pada Tikah
sahaja. Mai tak peduli pun perasan abang macam mana.” Bidas Ifran cukup pedas
menusuk jantung Umairah. Terkedu seketika Umairah dengan kata-kata Ifran
padanya.
“ abang... Mai tak ada niat pun nak buat macam tu. Apa
yang Mai buat ni untuk abang. Untuk kebahagiaan abang.”
“ kebahagiaan abang?” soal Ifran sinis. Umairah ketap
bibir, matanya menatap lama anak mata Ifran yang tajam menikam kalbu.
“ kebahagiaan apa yang abang boleh rasai kalau berpisah
dengan Mai? Abang sayangkan Mai, abang cintakan Mai. Bukan untuk tempoh sebulan
ni jer Mai, tapi 3 tahun abang simpan perasaan sayang abang pada Mai. Cuba Mai
terangkan dekat celah mana kebahagiaan yang abang perolehi kalau berpisah
dengan Mai?” tingkah Ifran dengan suara yang mula mengendur. Umairah terpana
sekali lagi. Betulkah apa yang dia dengar waktu ini.
“ betul ke abang jatuh cinta pada Mai dari waktu kita
bersahabat lagi?” duga Umairah untuk mendapatkan kepastian. Air matanya yang galak
mengalir kini sudah mula terhenti. Matanya tak lepas dari terus merenung wajah
Ifran dihadapannya.
“ ye. Abang sayangkan Mai dari dulu lagi. Macam-macam
abang buat untuk luahkan perasaan pada Mai tapi Mai tak pernah nampak. Abang
mengaku abang bersalah sebab gunakan Tikah untuk buat Mai cemburu sekaligus
buat abang rasa bersalah pada dia, tapi percayalah cinta abang hanya pada Mai.
Sama seperti Mai yang sayangkan abang dari zaman universiti lagi.” Tegas Ifran
bersungguh-sungguh. Dia berharap sangat dengan penjelasannya kali ini akan
membuahkan kepercayaan yang jitu dihati Umairah terhadap cintanya. Umairah
tahan sebak yang hadir kembali, cepat-cepat tangan Ifran disalam dan dicium.
“ Mai minta maaf bang... Mai ingatkan keputusan Mai boleh
gembirakan abang, tapi Mai silap. Mai terlalu pentingkan diri sendiri.” Minta
Umairah penuh penyesalan. Ifran angguk kepalanya. Badan Umairah yang duduk
bersimpuh dihadapannya ditarik dan dipeluk kejap. Mahu melepaskan segala rindu dendam
setelah lebih 10 hari hubungannya dan Umairah dalam kedinginan.
“ satu je abang minta pada Mai... tolonglah percayakan
cinta abang pada Mai sebagai mana abang yakin yang Mai sayangkan abang. Abang
hanya cintakan Mai seorang sahaja, tak ada wanita lain dihati abang selain
sayang.” Ifran berbisik dekat dengan telinga Umairah.
“ i love you sayang... dari dulu, sekarang dan insyaallah
sampai ke akhir hayat abang.” Seru Ifran lagi. Umairah menahan tangis, segera
pelukan suaminya dileraikan.
“ Mai pun cintakan abang, dari dulu, sekarang dan insyaallah
sampai bila-bila.” Balas Umairah dengan suara yang selembut mungkin. Ifran
senyum lebar. Sisa air mata yang masih melekat dipipi isterinya disapu
perlahan.
“ abang nak buat satu permintaan!” Umairah kerling wajah
Ifran dengan rasa penuh tanda tanya. Pelik mendengar bicara Ifran yang
tiba-tiba.
“ abang tak nak Mai rapat sangat dengan Tikah!”
“ Hah??” terkesima Umairah dengan permintaan aneh Ifran.
“ abang cemburu dengan Tikah... Mai selalu sangat
utamakan dia dalam apa-apa keputusan yang Mai buat. Abang rasa Mai lagi
sayangkan dia daripada abang.” Ulas Ifran tanpa dipinta. Umairah tergelak
halus. Permintaan paling kelakar yang diterima sepanjang 25 tahun usianya.
“ apa abang merepek ni? Abang ingat Mai lesbian ke? Tikah
tu bukan sahaja kawan baik Mai tapi dia tu kakak kandung Mai.”
“ yang tu abang tahu tapi abang tak suka Mai sayang dia
lebih dari abang. Abang rasa tergugat!” desis Ifran tidak puas hati. Umairah
ketawa lagi, tangannya cubit kedua belah pipi sang suami yang kelihatan
mencuka.
“ abang... abang. Dengan perempuan pun nak cemburu. Untuk
pengetahuan abang, Mai sayangkan abang dan Tikah tapi dengan rasa sayang yang
lain. Mai sayangkan abang sebagai manusia yang paling istimewa dalam hidup Mai,
satu-satunya lelaki yang Mai cintai. Sayang Mai pada Tikah pula adalah sayang
buat teman karib, teman rapat macam Zizie. Kalau ikut darjah ketinggian sayang
tu mestilah Mai sayang abang lebih. You are my everything.” Terang Umairah
dengan senyuman simpul. Ifran tersengih riang, lapang dadanya mendengar penerangan
Umairah yang cukup menggembirakan.
“ Iye la tu... nanti sikit-sikit Tikah, sikit-sikit
Tikah. Maklumlah dah berbaik semula dengan bestfriend dia tu.” Usik Ifran.
Umairah lepaskan gelak, sempat dia mencubit lengan Ifran yang galak
mengusiknya.
“ Mai ingat tak hari ni, hari apa?” Umairah tayang wajah
keliru, terfikir dimindanya tentang soalan daripada Ifran.
“ hari apa? Sabtu?”
“ish Mai ni... pelupa sungguh. Hari ni genap usia
perkahwinan kita yang ke 2! Dan...”
“ dan?” tanya Umairah ingin tahu. Ifran didepannya sudah
tersenyum nakal, makin membuatkan minda Umairah keliru.
“ tempoh bertunang kita sudah pun tamat!” Umairah
melopong, berkelip-kelip matanya memandang wajah Ifran yang tersenyum penuh
makna. Ifran tarik Umairah kembali kepelukkannya. Digosok lembut belakang
isterinya.
“ i love you.” Ucap Ifran romantis.
“ love you too abang...”
Setahun kemudian...
“ abang...” jerit Umairah sambil merapati suaminya. Kedua
ibubapanya dan Ifran ada dirumahnya hari ini bersempena majlis doa selamat yang
dilakukan bagi mendoakan dia selamat melahirkan bayi dalam kandungannya yang
kini mencecah 7 bulan.
“ ye Mai? Kenapa?”
“ tu haa, Zizie dan Haikal dah sampai. Jom kita jemput
diorang masuk.” Jelas Umairah sambil menarik tangan suaminya menghampiri pintu
pagar. Ifran sekadar mengikut, meraikan tetamu yang hadir dimajlisnya.
“ sorry Mai aku lambat sampai. Ada hal sikit tadi. Majlis
macam mana? Dah tamat ke?” Pinta Zizie sewaktu menyalami Umairah. Haikal
disebelahnya bersalam-salaman dengan Ifran yang melemparkan senyuman nipis.
“ dah tamat pon majlis tu. Tapi keluarga aku ada lagi.
Marilah masuk, kami baru nak mula menjamu selera.” Jemput Umairah. Mereka berempat
beriringan masuk menuju ke ruang makan. Setelah bersalam-salaman dengan seluruh
ahli keluarga Umairah dan Ifran, Zizie mula mengambil tempat disebelah Atikah.
Haikal pula duduk disebelahnya.
“ assalamualaikum...” Zizie bersuara setelah semua duduk bersimpuh
mengadap makanan. Semua mata yang ada mula terarah pada Zizie, tertanya-tanya
dengan salam yang diutarakan dengan tiba-tiba. Namun begitu salam itu tetap
dijawab. Zizie, menggagau beg tangannya, dikeluarkan berkeping-keping kad
bersampul lalu diedarkan pada setiap ahli keluarga yang ada.
“ ini kad kahwin saya... jemput datang yer semua.” Jelas
Zizie tenang. Haikal disebelahnya sekadar menunduk, kadang-kadang sahaja wajah
diangkat.
“ eh kau dah nak kahwin... tak cakap pon dekat aku.” Sela
Umairah kurang senang. Atikah turut sama menjeling teman rapatnya itu. Sambil
itu tangannya membuka kad jemputan yang baru diterima daripada Zizie.
“ siapa pengantin lelakinya?” soal Atikah tatkala kurang
familiar dengan nama pengantin lelaki tersebut.
“Muhammad Haikal bin Zahari.” Sahut Umairah dan beberapa
suara lain serentak. Umairah terkedu, dia berpandangan seketika dengan Ifran
sebelum matanya melabuh kearah Zizie dan Haikal silih berganti. Atikah turut
sama melakukan perkara yang dibuat Umairah.
“ kau dengan Haikal Zie?” soal Umairah seakan tak
percaya. Zizie dan Haikal angguk kepala malu-malu. Atikah, Umairah dan Ifran
tersengih lebar. Gembira dengan khabar berita yang baru diperolehi.
“ tahniah Haikal, Zie.” Serentak tiga suara itu
mengalunkan ucapan tahniah. Mata-mata yang lain tumpang gembira, semua tidak
menyangka Haikal dan Zizie teman rapat yang suka bergaduh antara satu sama lain
itu bakal bersatu. Mungkin inilah dikatakan jodoh, tiada siapa yang tahu
ketentuan dariNya.
TAMAT
Cool! Alhamdulillah akhirnya bersatu jugak...sweet ending...antara cerita terbaik yg pernah saya baca...kalau buat drama cfm meletop2 ni...hehe...mudah2an CIK Penulis terus berkarya ya...semoga menjadi Penulis mapan yang disegani... (Umra)
ReplyDeleteJln cerita yg menarik, plot twist yg berkesan.. cume ending agak hambar n klise.. bukan kate x best.. besttttt cume byk ruang yg bole diperbaiki.. sy mtk maaf klu sy memandai2 komen sbb sy ni bukan pandai menulis pon.. tp sy bg pndpt sbb tgk penulisan awak ni bole pg jauh.. gud luck dear..
ReplyDeleteSalam...Maaf seblumnya, ini tdk ada kaitan.y dgn cerita di atas.
ReplyDeletesaya hanya mau brtanya mengenai PTC, apakah Ultimateclix sdah prnah membayar anda.
mohon Info.y krn sya member baru di Ultimate.
salam Hormat,
NasrulDp
setakat ni belum lagi tapi ultimateclixx adalah antara stable ptc based on emoneyspace forum. awak boleh baca dekat link ini http://www.emoneyspace.com/forum/index.php/topic,354574.15.html. tapi saya tak janji ptc ni tidak scam. harap jawapan saya membantu.
DeleteThanks Infonya. berharap sja ultimate free Scam. Amin
DeleteMacamana nak cari sambungan cerita novel masih di hatiku pls.
ReplyDelete