Bab 36
Ifran termenung jauh memandang kearah langit yang
dipenuhi bintang malam. Setelah selesai menunaikan solat Isyak, tak banyak
aktiviti berfaedah yang dilakukan. Entah kenapa perasaannya seolah-olah
terganggu mengingatkan kata-kata Umairah padanya petang tadi. Hatinya tidak
habis-habis menyoal kembali soalan yang diutarakan oleh Umairah padanya.
“ betul ke aku halang Mai dari bertemu Haikal sebab tak
nak dia kecapi bahagia? Adakah aku buat semua tu sebab nak buat dia menderita
sama seperti aku menderita kerana kehilangan Atikah?” persoalan itu sekali lagi
berlegar dibenaknya. Ifran tanya hatinya sendiri, apa sebenarnya perasaan pada
Umairah. Sebenci itukah dia pada sang isteri sehinggakan dia sanggup meranapkan
kegembiraan wanita itu. Ifran letakkan tangannya didada, dia mahu tahu jawapan
sebenar-benarnya dihati saat ini.
“ sampai bila kau nak tipu diri sendiri? Mengaku je la
yang kau sayangkan dia. Kau cintakan Umairah. Kau marah-marah dia jumpa Haikal sebab
kau cemburu. Kau tak nak isteri kau curang dibelakang kau. Itu perasaan kau
yang sebenar.” Satu suara mula kedengaran dari hati kecil Ifran.
“ cuba kau fikir balik... ada tak kau teringatkan Atikah
dua tiga menjak ini? Cuba cari dalam hati kau ada tak perasaan rindu terhadap
dia waktu ini? Tak adakan... sekarang ni otak kau hanya ada Umairah, kau hanya
fikir pasal dia jer, dalam benak kau hanya wajah dia sahaja yang ada. Itu
bermaksud kau dah jatuh hati pada Umairah. Dia dah jadi keutamaan dalam hidup
kau sekarang. Bukan Atikah!” cetus suara itu lagi. Ifran termangu memandang
langit hitam pekat memikirkan suara hatinya. Sedikit sebanyak hatinya percaya
dengan bisikan suara itu, memang hatinya sudah berubah. Dia sudah jatuh cinta
buat kali kedua pada wanita yang sama iaitu isterinya sendiri.
“ sudah la tegakkan ego kau tu. Dah tiba masanya kau
kejar cinta sejati. Kau patut hargai cinta kau pada Umairah, ikat dia jadi
isteri kau yang sebenar. Lupakan sahaja kisah silam antara korang bertiga. Lagi
pun dia dah minta maaf pada kau, apa lagi yang kau mahu. Dah tiba masanya kau
buat Umairah jatuh sayang pada kau, kalau tak kau akan menyesal macam 3 tahun
yang lalu.” Nasihat hati kecilnya lagi. Ifran meraup wajahnya dengan kasar. Dia
resah gelisah memikirkan hatinya yang kini sudah terpaut pada Umairah. Terlalu
banyak masalah yang melanda antara dia dan Umairah buat dia hilang keyakinan
untuk memikat hati wanita itu. tak mudah untuk dia membuat Umairah jatuh cinta
padanya setelah pelbagai kejadian yang menimpa antara mereka berdua.
“ relax la bro... kau belum terlambat untuk tambat hati
dia. Kuncinya kau perlu jujur dan ikhlas dalam hubungan korang. Insyaallah,
panjanglah jodoh korang berdua.”pujukan dari hatinya sedikit sebanyak mampu
menguatkan semangat Ifran dalam mengejar cinta Umairah. Ye dia masih ada masa!
Dia sentiasa ada waktu untuk menambat hati wanita itu selagi wanita itu masih
bergelar isterinya. Apa pon dia perlu berusaha lebih keras kerana hati Umairah
tidak selembut raut wajahnya.
Umairah menyapu peluh yang mula merintik didahinya.
Sedikit sebanyak ada rasa panas membahang menyelubungi seluruh tubuhnya setelah
hampir 2 jam mengemas seisi rumah. Dia sambung kembali tugas yang tergendala,
hanya sedikit sahaja lagi aktiviti kemas mengemas ini akan berakhir.
“ Mai buat apa tu?” sapa Ifran dari belakang buat Umairah
terkejut besar. Badannya sedikit melompat dek sapaan tak seman-mena dari Ifran.
Umairah toleh belakang, tangannya diangkat untuk menggosok dadanya laju.
“ kau ni... terkejut aku! Bagilah salam dulu kalau nak
menegur tu.” Bebel Umairah dengan mata yang sedikit terjengil kearah Ifran.
Jejaka itu kelihatan membalas omelannya dengan sengihan lebar. Langsung tak
terukir riak bersalah.
“ kau mengemas ke? Nak aku tolong?” soalan daripada Ifran
mendatangkan kerutan panjang didahi Umairah. Pelik rasanya dengan sikap baik
Ifran yang cukup mencurigakan.
“ eh tetiba kau baik semacam hari ni kenapa? Buang tebiat
ke apa?” tawaran ikhlas dari Ifran dibalas rasa tidak tenang dihati Umairah.
Ditatap wajah Ifran dalam-dalam untuk mencari makna sebenar disebalik niat
ingin membantu jejaka itu. Pasti ada niat lain ni! Desis hati Umairah yakin.
“ laa... nak menolong pon tak boleh ke? Karang kalau tak
tolong kau cakap aku malas, ini aku dah offer nak menolong kau kutuk pulak.
Serba tak kenalah kau ni.” Bidas Ifran selamba. Umairah tersengih-sengih bak
kerang busuk. Sedikit sebanyak ada rasa bersalah kerana meragui keikhlasan
suaminya meski pun jauh dari sudut hatinya masih lagi terasa aneh.
“ mana ada aku kutuk kau... aku Cuma pelik aje dengan kau
yang tetiba baik hati nak menolong aku hari ni. Biasanya tak ada pon rajin nak
membantu. itu yang aku naik pelik tu.” Jelas Umairah lembut. Berharap Ifran
tidak berkecil hati dengan kata-katanya sebelum ini. Umairah jarakkan sedikit
badannya daripada Ifran yang terasa begitu dekat dengannya. Jiwanya jadi tidak
menentu setiap kali dia berhadapan dengan lelaki itu.
“ kau tak payah naik pelik sangatlah... kau naik kereta
kau sudah!” gurau Ifran. Umairah ketawa kecil, sempat lagi Ifran mengenakan
dia. Ifran mara lebih dekat pada Umairah apabila dia sedar wanita itu cuba
menjauhkan diri darinya. Bukan selalu dia boleh menghimpit disebelah Umairah,
hujung-hujung minggu begini bolehlah dia nak bermanja dengan wanita ini walaupun
sekadar berdiri disebelah.
“ apa lagi yang tak siap... marilah aku tolong, kesian
kau tak habis-habis buat kerja dari tadi.” Tanya Ifran sekali lagi. Cuba
berbuat baik pada sang isteri sekali gus merebut hati wanita itu. untung-untung
dengan kebaikannya ini Umairah akan jatuh hati padanya. Manalah tahu! Umairah
telan liur pekat yang tersekat dikerongkong. Makin curiga dengan sikap Ifran
yang terlampau mesra pagi ini. Dia akui hubungannya dan Ifran semakin baik dua
tiga menjak ini namun tak adalah rapat seperti dulu-dulu. Malah gerak geri
Ifran yang terlalu suka duduk berhampiran dengannya semenjak dua menjak ini
semakin menyesakkan jiwa. Mula timbul rasa gementar dihati Umairah namun tak
dinafikan dia gembira. Sikap Ifran padanya
kini buat perasaannya sering terbuai malah rasa cinta dalam hatinya
semakin mendalam pada lelaki ini.
“ Mai...” panggil Ifran dengan tangan yang digerak-gerakkan
dihadapan Umairah. Wajahnya mendekat pada muka Umairah yang termenung kosong
tanpa bicara. Umairah tersentak, terkebil-kebil matanya merenung wajah Ifran
yang terlalu hampir dengan wajahnya. Spontan tangannya menolak keras tubuh
Ifran sehingga jejaka itu hampir tersungkur kebelakang.
“ Kenapa ni?” Ifran menyoal sambil membetulkan tubuhnya
agar tegak berdiri. Dihampiri Umairah yang kelihatan terkejut. Dia turut sama
terkejut apabila Umairah menolak badannya secara tiba-tiba.
“kenapa? Kenapa apa?” Umairah sedikit kabur. Kurang jelas
dengan situasi saat ini. Pemikirannya jadi lemau akibat degupan jantung yang
kuat menendang didalam hatinya dek terkedu dengan tingkah Ifran yang tiba-tiba
sahaja mendekatkan wajahnya.
“ kenapa kau tetiba tolak aku? Dah la berangan masa aku
bercakap lepas tu main pukul-pukul pulak. Kenapa?”
“ kau tanya pulak aku kenapa... kau tu la kenapa tetiba
tayang muka dekat sangat dengan aku. Manalah aku tak terkejut!” balas Umairah
geram. Ifran sudah tersengih-sengih nakal. Memang dia sengaja mengambil
kesempatan dengan Umairah apatah lagi apabila melihat Umairah semacam cuba
mengelak darinya. Dia makin suka mengacau setelah melihat respon wanita itu.
“ kenapa kau terkejut sangat? Kau ingat aku nak cium kau
ke?” usik Ifran dengan senyuman yang kian melebar. Umairah terkedu sekejap,
terus wajahnya berubah merah padam menahan malu. Terasa jantungnya semakin kuat
memalu sehingga kedua belah tangannya menggigil perlahan. Umairah cepat-cepat
mara ke kabinet televisyen. Menyambung kerja mengelap yang belum lagi selesai.
“ jangan nak mengarut sangatlah...” tutur Umairah
ringkas. Dia pura-pura sibuk, tak sanggup rasanya mahu memandang wajah Ifran
saat ini. Bertapa malu dan segan untuk dia membalas pandang apatah lagi
bersembang panjang dengan suaminya itu. Ifran ketawa kecil, kelakar melihat
reaksi malu-malu Umairah yang jelas kelihatan. Dihampiri Umairah yang tekun
dengan kain lembab yang digunakan untuk mengelap segenap penjuru rumah mereka.
“ malulah tu nak mengaku... marilah aku sambung kerja
kau. Kau pergi berehat pulak.” Ujar Ifran sekali gus menarik kain lembab dari
genggaman Umairah. Umairah terpana sekali lagi apabila tangannya dan tangan
Ifran kini berpaut erat. Terus wajahnya diangkat membuang pandang ke wajah
Ifran yang kelihatan tenang tanpa riak bersalah. Cepat-cepat Umairah tarik
semula tangannya.
“ tak payahlah... dah nak siap pon kerja aku ni. Sepatutnya
kalau kau betul nak tolong, bangunlah awak sikit pagi tadi. Ini dah tengahari
baru nampak batang hidung.” Omel Umairah sekaligus cuba mengalih perhatian
Ifran dari terus mengusik jiwanya. Bukan dia tidak sedar Ifran sengaja cuba
mendera perasaannya yang sudah jelas kelihatan itu. sebelum lelaki itu baca
lebih jauh isi hatinya, ada baiknya dia ubah perbualan mereka saat ini.
“ kalau macam tu nak aku tolong basuh kereta kau?” cadang
Ifran kemudiannya. Dia tahu sangat sikap Umairah yang cukup malas membasuh
kereta dan sering meminta pertolongannya dalam hal ini. Umairah pandang wajah
Ifran tepat, matanya bercahaya dengan tawaran istimewa lelaki itu. cepat-cepat
kepalanya dianggukkan sebelum lelaki itu menarik semula niat murninya itu.
“ boleh boleh boleh... thank If!” jawab Umairah dengan
senyuman mekar dibibir. Ifran balas senyuman mesra Umairah yang jelas kelihatan
gembira, dalam diam hatinya dipaut rasa bahagia dengan hubungannya dan Umairah.
Doanya biarlah jodoh antara mereka akan terus berkekalan sehingga ke syurga.
Ifran terkedu. Matanya berkelip-kelip memandang telefon
tangan yang dipegang beberapa kali. Tangannya yang sibuk mengelap keretanya
yang baru siap dicuci terhenti sebentar. Tanpa buang masa dia melangkah laju
masuk kedalam perut rumahnya untuk mencari Umairah.
“ Mai... Mai...” jerit Ifran sambil mencari-cari wajah
Umairah yang belum lagi kelihatan. Tidak sampai satu minit muncul Umairah yang
baru keluar dari tandas dengan wajah yang berkerut.
“ kenapa ni? Kelam kabut semacam je. Ada apa-apa masalah
ke?” soal Umairah sambil tangannya membetulkan ikatan pada rambut. Wajah cuak
Ifran dipandang dengan penuh tanda tanya. Tidak pernah-pernah Ifran menayang
wajah sebegini dihadapannya. Ada masalah besar ke?
“ mak dengan abah...”
“ kenapa dengan mak dan abah?” potong Umairah dengan rasa
risau yang menggunung. Takut sekiranya ada kecelakaan menimpa kedua mertua yang
disayang itu.
“ diorang nak datang sini...” jelas Ifran kalut. Umairah
memandang wajah Ifran dengan perasaan aneh. Dia tergaru-garu kepalanya yang
tidak gatal.
“ so? Apa masalahnya. Biarlah mak dengan abah nak datang
pon.” Tingkah Umairah kurang mengerti. Dalam diam dia bersyukur kerana segala
andaian tidak baik yang berlegar dibenaknya tidak menjadi kenyataan.
“ banyaklah tak ada masalah... diorang nak tidur dekat
sini malam ni.” Tutur Ifran lebih tegas agar Umairah faham masalah yang melanda
saat ini. Umairah mengerutkan dahinya, masih belum dapat menangkap kegusaran
yang melanda perasaan Ifran saat ini.
“ apa salahnya dio...” kata-kata Umairah terhenti. Baru
terfikir kerisauan yang difikirkan Ifran. Tangannya menutup mulutnya perlahan.
Dia turut sama gelabah memikirkan kedatangan mertuanya.
“ kau faham sekarang masalahnya apa?” bidas Ifran setelah
lihat wajah Umairah yang sudah berubah. Umairah angguk kepalanya, dia mula
tidak senang berdiri. Badannya mula kehulu kehilir memikirkan masalah baru yang
mendatang.
“jom kita kemas bilik kau... bawak semua barang masuk
bilik aku.” Cadang Ifran sekaligus mematikan langkah Umairah. Mata Umairah yang
sepet sedikit membulat, dia kurang setuju dengan cadangan Ifran.
“ ish tak nak la. Takkan aku nak tidur dalam bilik kau
malam ni.” Bantah Umairah kurang senang.
“habis tu kau nak mak dengan abah tahu kita tidur bilik
lain-lain?” tempelak Ifran seterusnya mahu menyedarkan Umairah tentang masalah
yang mereka hadapi kini. Umairah diam sejenak, mencari idea yang lebih bernas
untuk menolak rancangan Ifran.
“dah jangan buang masa, jom kita ambil apa yang penting
dalam bilik kau lepas tu letak dalam bilik aku. Kemudian bilik tu kita kunci.
Mak dengan abah guna bilik satu lagi.” Gesa Ifran sambil menarik lembut jemari
Umairah agar terus kebiliknya dan mengemas segala kelengkapan yang ada. Nak tak
nak akhirnya Umairah akur sahaja dengan suruhan Ifran. Dia tahu hanya itu
sahaja caranya untuk mengelakkan daripada rahsia perkahwinannya terbongkar.
“ tak payah packing banyak-banyak pon tak apa, mak dengan
abah tidur semalam jer dekat sini. Cuma kau bawaklah barang-barang yang selalu
kau guna.” Tambah Ifran lagi sekadar memandang Umairah mengemas satu persatu
barang keperluan hariannya. Untuk membantu dia pon tidak tahu malah dia yakin
Umairah pasti tidak benarkan dia menyentuh barangannya sesuka hati. Sedang
Ifran memerhati segenap bilik isterinya, matanya tiba-tiba sahaja tertarik pada
satu bekas yang agak cantik dimatanya yang terletak diatas meja solek wanita
itu. tanpa fikir panjang Ifran buka bekas itu sekadar untuk mencuci mata.
Mungkin ini barangan penting Umairah yang perlu dibawa masuk kebiliknya.
Ifran
termenung sekejap, didalamnya mengandungi barang kemas milik Umairah
termasuklah cincin perkahwinan mereka. Dia tahu Umairah tidak pernah memakai
cincin itu semenjak tinggal dengannya sama juga dengan dirinya yang tidak
pernah menghargai cincin perkahwinan mereka. Tiba-tiba ada rasa terkilan dihati
Ifran. Sedih dengan kekhilafan sendiri yang tidak pernah menjaga ikatan perkahwinan
yang dibina hampir 2 tahun lamanya. Mata Ifran beralih pada key chain yang
terdapat didalam bekas barang kemas itu juga. Key chain teddy bear dengan
ungkapan I Love You dipandang lama.
“ kau simpan lagi key chain ni?” cetus Ifran sambil memegang
key chain pemberiannya 3 tahun lalu pada Umairah. Key chain ini merupakan salah
satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi hatinya pada Umairah namun
sayang Umairah tidak pernah mengerti. Mungkin gadis itu sengaja tidak mahu
memahami isi hatinya yang jelas kelihatan waktu itu. Umairah yang sibuk
mengemas mengangkat wajahnya lalu dipandang kearah Ifran yang sedang bermain
key chain miliknya. Terus berubah riak wajah Umairah apabila jejaka itu
menyentuh barang peribadinya tanpa kebenaran.
“ jangan sentuh barang aku sesuka hati kau boleh tak?”
tingkah Umairah dengan suara yang meninggi. Badannya bingkas berdiri lalu
menerpa kearah Ifran untuk merampas semula key chain miliknya ditangan jejaka
itu.
“ aku tanya kenapa kau simpan lagi key chain ni... jawab
jer la. Tak payah marah-marah, bukan aku nak ambil balik pon barang yang aku
dah bagi dekat kau.” Sela Ifran perlahan. Matanya menatap sinar mata Umairah
yang memandang tepat kearahnya. Jemari Umairah yang cuba merampas key chain
dalam genggamannya dipegang kemas. Tidak mahu dilepaskan! Umairah terdiam,
tidak tahu apa yang perlu dijawab.
“ aku tak suka orang usik barang aku.” Balas Umairah
tegas. Berusaha keras melepaskan tangannya daripada Ifran. Ifran senyum kecil,
wajah marah Umairah dipandang lama, sedikit sebanyak hatinya gembira
mengenangkan Umairah begitu menghargai pemberiannya meski pun wanita itu tidak
mengerti maksud disebalik pemberian itu.
“terima kasih sebab tak hilangkan atau pun buang key
chain ni.” Ucap Ifran dengan nada yang lembut. Matanya menatap wajah Umairah
penuh kasih sayang dengan harapan rasa kasih dihatinya ini meresap ke hati
Umairah. Umairah diam membukam. Entah kenapa timbul rasa sebak didalam hatinya.
Mungkin Ifran tidak tahu bertapa dia menghargai pemberian lelaki itu padanya.
Dia sering berharap kata-kata yang tertulis pada key chain itu sama dengan isi
hati Ifran namun dia tahu semua itu amat mustahil. Ifran tidak pernah kata
apa-apa. Lelaki itu sekadar menyerahkan key chain itu atas dasar persahabatan
antara mereka. Dia masih ingat dialog Ifran semasa lelaki itu menyerahkan key
chain itu padanya.
“ nah... aku jumpa key chain ni dekat tengah jalan. Ambillah!”
terngiang-ngiang kata-kata selamba tanpa perasaan itu dari Ifran padanya.
Namun, dia tetap gembira walaupun Ifran tidak pernah memaksudkan apa-apa dengan
pemberian itu.
“ pakai cincin ni... nanti mak tanya kenapa kau tak pakai
cincin kahwin. Susah pulak nak jawab.” Tambah Ifran sambil menyarung semula
cincin kahwin pemberiannya semasa perkahwinan mereka di jari manis milik
Umairah. Sayu rasanya disaat cincin itu disarungkan, buat dirinya mengimbau
kenangan dimajlis perkahwinan antara mereka. Umairah tercengang, tersedar dari
lamunannya tentang kisah 3 tahun yang lalu. Dia menatap lama wajah Ifran
sebelum matanya terhenti dijari manisnya yang sudah tersarung cincin. Rasa
sebak semakin menggebu dalam hati.
Terasa perasaan sayang terhadap Ifran
semakin menggunung. Kadang-kadang otaknya terfikir bagaimana untuk dia hadapi
saat penceraian antaranya dan Ifran sedangkan hatinya terlalu mencintai
suaminya ini. Dia cuba untuk membuang dan menghalang perasaan ini daripada
semakin membesar namun tidak berjaya. Panahan cinta Ifran terlalu kuat untuk
ditangkis oleh hatinya. Dia tahu hatinya bakal kecewa dan menderita dengan perpisahan
yang pasti terjadi antaranya dan Ifran. Air mata mula membasahi kedua belah
pipi Umairah, suasana hening dan sayu antaranya dan Ifran membuatkan dia tidak
mampu menahan air matanya lagi. Ifran terkedu seketika apabila melihat wajah
Umairah yang sudah dibasahi air mata, cepat-cepat jemari kasarnya menyapu
lembut kedua belah pipi wanita itu.
“ kenapa ni Mai?” soal Ifran kurang mengerti. Tiada angin
tiada ribut tiba-tiba sahaja Umairah tersedu sedan didepannya. Jarang sekali
untuk dia melihat Umairah beredam air mata. Umairah menundukkan wajahnya,
sedaya mungkin dia mengawal perasaan hiba yang menjengah.
“ Mai... kenapa? Aku ada cakap apa-apa yang buat kau
sedih ke?” tanya Ifran lagi. Hatinya tidak betah untuk melihat insan yang
disayang menangis kesedihan begini.
“ If... aku menyesal sangat dengan perkahwinan kita.
Perkahwinan sepatutnya bawa erti yang besar, penuh bermakna dan rasa kasih
sayang tapi aku tergamak guna ikatan yang suci ini sebagai alat untuk membalas
dendam. Aku rasa menyesal sangat, aku kecewa dengan diri aku sendiri yang
tergamak mempermainkan satu ikatan yang suci.” Luah Umairah dengan nada yang
tertahan-tahan. Matanya merenung tepat wajah Ifran yang setia menadah telinga.
“ bila tengok cincin ni dijari aku... aku rasa bersalah
sangat. Aku rasa tak layak untuk pakai cincin ni...” sambung Umairah dengan
lelehan air mata yang semakin laju. Ifran pandang sayu kearah wajah Umairah,
dia tahu Umairah amat menyesal dengan kesilapan lalunya. Tanpa tunggu lama
badan Umairah yang berdiri dihadapannya ditarik kepelukkan. Dia sudah tidak
terdaya untuk terus melihat air mata wanita ini lagi.
“ jangan macam tu sayang... kita masih ada kesempatan
untuk hargai perkahwinan ini. Mari kita mulakan hidup baru. Hidup sebagai
pasangan suami isteri yang sebenar.” Bisik Ifran perlahan ditelinga Umairah.
Gadis itu hanya diam tanpa jawapan dan hanya meneruskan tangisan tanpa lagu.
Umairah jgnla ego sgttt.....ifran dh mgalah....cepatla diorg luahkan perasaan masing2.... penat tgk msg2 dgn ego sendiri
ReplyDeletesis ...please new n3..haha .best pulakkk dieorg nie .:')
ReplyDeleteNak lagi please.....
ReplyDeletedah sambung bab 37 dan 38... selamat membaca.
DeleteBest...sambung lagi....
ReplyDelete