IKLAN NUFFNANG

Thursday, July 31, 2014

Tetap kau yang satu sinopsis dan bab 1

sinopsis:

Cinta yang sedang mekar berkembang diantara Ifran dan Atikah musnah ditengah jalan dek sahabat baiknya sendiri. Kerana dengki dan cemburu, Umairah sanggup menghancurkan kebahagian orang yang sangat menyayanginya...mampukan cinta antara Ifran dan Atikah berpaut kembali setelah Umairah telah mencemari cinta suci mereka? segalanya dalam TETAP KAU YANG SATU.


BAB 1

Pantulan cahaya masuk kedalam biji matanya yang bewarna hitam pekat langsung tidak menyilaukan. Dia merenung objek yang memantulkan cahaya lampu biliknya kedalam matanya dalam-dalam. Tidak pernah disangka perkara sebegini akan terjadi. Tidak pernah sekali dia terfikir akan  berkahwin diusia semuda ini. Umairah menghela nafas panjang. Hati gadisnya sedikit mengeluh. Melempiaskan rasa yang dia sendiri tidak pasti.
 Dia melihat lagi ketulenan objek itu. Emas tulen ke tidak? Bisik hatinya. Tapi meski pun tidak tulen, dia tidak kisah.  Apa yang dikisahkan zaman bujangnya kini sudah tamat. Dia baru sahaja dinikahkan minggu lepas oleh tok kadi yang popular dikampungnya itu. Diusia yang mencecah 22 tahun, baginya terlalu muda untuk menjalani kehidupan rumah tangga meski pun keputusan itu diambil sendiri tanpa paksaan orang lain. 

Suaminya, Ifran sudah pulang ke rumahnya di rembau , negeri sembilan semalam. 3 hari lagi, mereka berdua akan kembali ke universiti kebangsaan Malaysia demi menyambung pelajaran yang hanya tinggal 2 semester lagi. Dia berbaring seketika dibilik pengantin yang masih berhias itu. Mahu merenung dan merancang masa depan yang kelihatan samar –samar dimatanya.

Dia tidak tahu apa rancangan suaminya, tetapi dia harus ada rancangan sendiri. Hatinya tidak yakin dengan hubungan antara dia dan suami akan bertahan sampai bila. Kalau diikutkan, dia akan dicop perempuan miang kerana menikam sahabat sendiri dari belakang dan memang itu yang dilakukan. Memang suaminya itu kekasih kepada sahabatnya dahulu dan memang juga dia yang menggoda suaminya supaya lelaki itu meninggalkan kekasihnya. 

Jadi dia tidak kisah sekiranya orang mengata dia macam-macam termasuk suaminya sendiri. Tapi, tidak sangka pula rancangannya begitu berjalan lancar sehinggakan dia sekadar mengambil masa 6 bulan untuk menggoda suaminya dan keluarga. Terdengar suara azan berkumandang di surau berdekatan membuatkan lamunan Umairah berkecai. Dah isyak rupanya. Bisik hatinya lagi.

 Dia bergegas bangun demi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslimah. Baru sahaja dia mahu masuk ke bilik air, dia melihat ibunya sedang minum kopi sendirian di meja makan. Dia tahu masalah ibunya meskipun wanita tua itu berlagak seperti tiada apa-apa. Ibunya sering mengatakan tidak kisah dan redha tapi dia tahu jauh disudut hati tua wanita itu ada rasa marah dan benci diperlakukan begitu. Dia mara kearah ibunya. Rancangan untuk mengambil wuduk tergendala buat seketika. Dia mahu berbual sebentar dengan ibu yang banyak berjasa pada dirinya itu.

“ Amboi ibu... Jauh termenung.”. Usik Umairah. Puan Zaleha sedikit tersentak namun dia tersenyum ceria memandang kearah anak sulungnya. Anaknya kini sudah bergelar isteri orang tetapi sikit pun tidak berubah perangainya. Dia merenung mesra wajah cerah milik gadis itu.

“ Ibu ingat Mai tido... Senyap aje rumah kite dari tadi”. Balas puan Zaleha ringkas. Cepat-cepat tangannya mencapai cawan lalu dituang air kopi yang sudah suam itu kedalamnya. Puan Zaleha menolak lembut cawan berisi air kopi itu dihadapan Umairah.

“Memang pon.. Tapi dah lama bangun. Sarah dah sampai ke kat u dia bu?” Soal Umairah sambil menarik kerusi lalu dihempas punggungnya disitu. Sarah adik perempuan yang beza dua tahun dengannya kini belajar di universiti utara Malaysia. Mereka memang rapat seolah-olah kawan karib. Puan Zaleha sekadar mengangguk sebelum membalas pertanyaan anaknya.

“ Dia sampai pagi tadi. Ada dia mesej dekat ibu tadi. Ifran dah sampai belum kat rumah dia?”

“ Dah. Dia ada bagitau pagi tadi.” Tipu Umairah. Suami yang tak seperti suami itu mustahil akan memberitahunya tentang perkara remeh temeh sebegitu. Bukankah lelaki itu bencikan dirinya kerana menjadi orang ketiga dalam hubungannya dan Atikah. Tapi dia tidak kisah. Segala-galanya boleh berubah termasuk perasaan suaminya terhadap dirinya.

“ Mai pergi u bila?” Soal puan Zaleha lagi. Tidak pasti berapa kali sudah soalan yang sama diutarakan.

“Pagi esok. Abah mana bu? Tak nampak batang hidung pun.”Umairah bertanya sambil memandang sekeliling. Sumpah dia tidak tahu kemana pergi abahnya tapi sekiranya dia tahu jawapan ibunya, pasti tidak akan bertanya soalan itu.

“ Ke rumah mak uda kamu la.” Balas puan Zaleha tanpa sebarang emosi. Tepat sekali jangkaan Umairah, ibunya sangat pandai menyembunyikan perasaanya. Umairah terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Air kopi yang dihidang disisip laju. Dia kemudiannya bingkas bangun. Mahu menunaikan solat isyak yang tertangguh. Ibunya pun juga sudah kelihatan mahu beredar dari meja makan itu.

“Mai”. Panggilan Puan Zaleha menghentikan langkah Umairah yang sudah berada dihadapan pintu tandas. Dia memandang kearah wajah yang kian dimakan usia itu dengan pandangan ingin tahu. Puan Zaleha memandangnya dengan pandangan lembut.

“ Ibu nak pesan sesuatu.” Puan Zaleha memulakan bicara. Sedikit teragak-agak. Dia terasa segan namun perkara itu harus diluahkan. Untuk kebaikan Umairah juga.

“ apa dia bu?” Soal Umairah. Dia memandang wajah lembut ibunya dengan dahi yang berlapis-lapis. Entah dimanalah cacat cela wajah lembut itu sehingga abahnya sanggup menduakan ibunya.

“ Kalo boleh jangan mengandung masa belajar. Tamat belajar dulu yer. Nanti susah pulak nak kena tangguh pelajaran bagai.” Pesan puan Zaleha. Umairah terkejut namun cuba dikawal riak mukanya yang terasa hangat. Perasaan malu terasa menebal dalam diri. Dia sekadar mengangguk tanpa sebarang jawapan sebelum menghilangkan diri disebalik bilik air.



Umairah mempercepatkan langkah. Dia betul-betul sudah lambat. Kelas sepatutnya bermula jam 10 pagi dan kini sudah jam 10.10 pagi. Mungkin kerana terlalu penat mengemas semalam menyebabkan badannya terasa amat penat sekali. Dia nampak kelibat seseorang yang amat dikenali berhampiran perpustakaan. Gadis itu bersama teman-temannya sedang bergelak ketawa sambil bertepuk tampar. Macam lucu benar perbualan diatara mereka.

‘Tak habis-habis buat gaya cute. Macam la dia tu comel sangat.’ Rungut Umairah dengan bibir yang terjuih. Pantang dia nampak gadis itu, pasti mulutnya akan membuat dosa percuma. Dia mempercepatkan langkah. Malas memikirkan tentang wajah yang cantik itu.

‘Tiada kelaskah dia pagi ni? Aah.... Bukan urusan aku.’ Tingkah hatinya lagi seterusnya cuba melenyapkan wajah Atikah daripada mencemarkan minda. Masuk sahaja kekelas, terus sahaja raut wajah pensyarah subjek multivariable calculus menyapa pandangan. Dr.Ahmad sekadar menjelingnya yang lambat pada hari pertama kelas. Seakan mengerti maksud jelingan itu, lekas-lekas Umairah menghampiri pensyarahnya.

“ Saya minta maaf dr.” Pinta Umairah. Itu lah yang lazimnya pelajar akan lakukan meski pun tiap-tiap hari datang lewat. Dr Ahmad sekadar mengangguk dan meneruskan pengajaran pagi itu. Umairah duduk di sebelah rakannya yang dari tadi melambai kearahnya. Takut dia tidak nampak barangkali.

“ Kau bangun pukul berapa? Sekarang baru nampak batang hidung. Kelas dah nak habis dah”. Soal Zizie sambil matanya tepat memandang skrin putih didepan. Tangannya pula ligat menyalin nota yang penting dihadapan. Umairah terkocoh-kocoh mengeluarkan barang yang diperlukan. Dia mengambil pen biru dan mencatit mana yang sempat.

“ Aku bangun pukul 9.45 tadi. Roomate aku langsung tak kejutkan aku.” Bebel Umairah. Zizie menjeling sahabat baiknya disebelah. Dia menunduk kembali sebelum menjawab kata-kata Umairah.

“Ye ke dia tak kejutkan. Entah-entah kau yang tido mampus kot. Mana lah nak sedar orang  kejutkan kau.” Sela Zizie sinis. Umairah tidak menjawab. Dia kusyuk dengan pengajaran didepan. Nanti-nanti lah dia bersembang dengan sahabatnya tu. Bukannya tak de masa lain dah. Zizie faham. Dia turut sama menumpukan perhatian pada pelajaran didepan. Entah macam mana, pemadam yang digunakan Umairah terjatuh. Mahu mengambil agak sukar malah ia berada dibawah kerusi pelajar didepan sebelah kanannya. Dia memandang lelaki itu untuk meminta pertolongan namun tidak jadi. Ifran. Bisik hatinya. Macam mana dia lupa bahawa suaminya juga satu kelas dengannya.

‘Ahh.. Lantaklah pemadam tu.’ Putus Umairah lalu meneruskan pembelajaran yang dirasa sedikit kurang konsentrasi demi melupakan wajah suaminya itu.