IKLAN NUFFNANG

Wednesday, April 24, 2013

Cinta Part Time 10



Setelah dua hari bercuti Nadrisa akhirnya menjejaki semula kakinya ke pejabat Motel Sri Cempaka. Nadrisa menarik nafas panjang demi melegakan debaran yang tak terhingga didalam dadanya. Perutnya memulas. Peluh merintik pada dahinya. Membazirkan bedak yang dipakai. Ditolak pintu utama pejabat dengan penuh rasa takut. Dia bertekad, hari ini dia akan menyerahkan surat perletakkan jawatan. Biarlah apa pun berlaku, dia tidak sanggup lagi mengadap wajah Encik Ilham dan Puan Maimun. Mungkin sikapnya ini dipanggil pengecut kerana lari daripada masalah namun dia sudah tidak tahan lagi. Wang gaji dari kerja part timenya juga akan dikembalikan semula kepada Puan Maimun. Dia mahu bebas dari belenggu Puan Maimun dan Encik Ilham dengan segera.
“Hai Nad... Dah sihat?” Sapa Amna yang sedang menfotostat dokumen.
“Alhamdullilah... Sihat dah.” Balas Nadrisa lembut. Di letakkan beg yang dibawa diatas meja. Komputer segera di on kan... Pasti banyak kerja yang tertangguh.
“Muka Nad nampak pucat lagi ni... Tak sihat lagi ke?” Tegur Nadila pula.
“Eh tak de la Kak Dila... Dah sihat dah.” Ni pucat mende lain la kak Dila. Bukan pasal sakit. Bisik hati Nadrisa. Namun tak terluah.
“Kalau tak sihat lagi jangan paksa diri sangat, buat yang termampu je kerja-kerja tu. Kalau tak sihat sangat mintak mc lagi untuk hari ini.” Pujuk Nadila lagi. Nadrisa sekadar mengangguk faham. Dia tahu Nadila, Amna dan Rosmah memang baik. Sayu pula mengenangkan mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Tapi memang adat. Setiap pertemuan pasti ada pepisahan.


Nadrisa jumpa saya sekejap....” Arah satu suara yang tiba-tiba muncul disaat warga unit kewangan sedang khusyuk dengan kerja masing-masing. Nadrisa tersentak. Amna, Rosmah dan Nadila memandang ke arahnya.
“Sekarang!” Arah Ilham lagi. Nadrisa terasa mahu pitam disaat itu juga. Wajahnya mula kehilangan warna. Namun dia sudah bersedia. Dia tahu lambat atau cepat, perkara ini perlu dihadapi juga. Surat perletakkan jawatan diambil dan dibawa. Nadrisa mengekori Ilham untuk ke unit pentadbiran. Dia berdoa kepada Allah supaya hatinya tabah menghadapi cabaran ini.
“Masuk!” Arah Ilham lagi. Nadrisa sekadar mengekor. Tidak menjawab apa-apa. Nadrisa sekadar berdiri didalam bilik Ilham. Tidak berani untuk duduk selagi tidak mendapat kebenaran majikannya itu.
“Duduk..” Nadrisa segera melabuhkan diri pada kerusi yang tersedia setelah mendapat kebenaran dari Ilham. Tangannya sudah berkeringat malah jantungnya seolah-olah mahu melompat keluar dari badannya. Tak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.
“Kenapa tak datang kerja sampai dua hari?”
“Tak sihat... Saya ada mc.” Balas Nadrisa sambil mengeluarkan surat doktor yang membenarkan dia bercuti. Diserahkan surat itu kepada Ilham.
“Macam mana boleh demam ni?” Ada nada perli disitu. Hati Nadrisa makin berkocak. Berapa lama agaknya sesi temuramah antara dia dan Ilham bakal berlangsung.
“Saya minta maaf pasal intip mengintip tu... Saya juga nak mintak maaf pasal gambar yang saya beri tu. Mungkin gambar tu telah merosakkan kebahagiaan Encik Ilham. Sebagai tanda saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan saya, saya nak berhenti kerja.”  Minta Nadrisa bersungguh-sungguh. Biarlah ini yang terakhir antara dia dan Ilham supaya selepas ini mereka tidak berhubung lagi. Lagi pun, untuk mengadap Ilham pun sudah cukup membuatkan wajahnya hangat. Malu pula membuat pengakuan tentang perasaannya macam tu.
“Jadi awak rasa perbuatan awak ni boleh dimaafkan semudah itu sahaja... Awak dah rosakkan hubungan saya dengan Maslina dan sekarang nak pergi macam tu je... Yang untung sekarang ni awak Nadrisa. Bukan saya.” Keras suara Ilham. Nadrisa mengurut lembut dadanya. Terkejut dengan amarah Ilham yang sememangnya sudah dijangka.
“Habis tu apa encik Ilham nak saya buat?” Soal Nadrisa agak keras. Geram pula rasanya dengan sikap Ilham walaupun memang itu salahnya.
“Awak akan buat segala yang saya suruh?”
“Selagi tak melanggar agama, saya akan buat apa yang Encik Ilham nak demi menebus kesalahan yang telah saya lakukan.” Balas Nadrisa tenang. Pada pemikirannya pasti Ilham ingin dia membaiki hubungan lelaki itu dengan Maslina. Mudah sahaja tugas itu. Semudah ABC!
“Saya nak awak jadi girlfriend saya!” Arahan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa tidak berkelip. Glup. Air liur ditelan laju. Gugur jantungnya mendengar arahan dari Ilham.
Sorry?” Minta Nadrisa. Mungkin dia tersalah dengar. Ada eloknya meminta Ilham mengulang semula kata-katanya tadi.
“Tak korek telinga ke? Saya nak awak jadi girlfriend saya...” Ulang Ilham sekali lagi dengan nada yang agak kasar.
“Encik Ilham biar betul... Saya Nadrisa la. Bukan Maslina.” Balas Nadrisa spontan. Gila ke apa Ilham ni. Meroyan gamaknya selepas berpisah dengan Maslina.
Yes I know you are Nadrisa... Sebab tu saya nak awak jadi girlfriend saya... Awak tak suka ke? Bukan ke awak cintakan saya?”Ilham memandang lama wajah Nadrisa yang resah gelisah. Nadrisa tidak senang duduk. Ya Allah. Bala apa ni... Itu la padahnya kalau dah start menipu.
“Memang saya sukakan Encik Ilham... Tapi Encik Ilham tak ada perasaan kat sayakan... Lagi pon...”
“Saya tak nak dengar sebarang alasan Nadrisa... Awak dah buat saya kehilangan Maslina. Saya nak awak jadi pengganti dia sebagai cara untuk awak tebus kesalahan. Awak sepatutnya gembira sebab saya dah tunaikan apa yang awak nak kan...” Ilham membalas tegas. Lucu pula dia melihat wajah Nadrisa yang tidak puas hati. Padanlah muka tu. Suka sangat cari masalahkan.. Nadrisa diam sahaja. Tidak berpuas hati. Tak pasal-pasal dapat boyfriend segera.
“Saya luahkan perasaan saya tak semestinya sebab saya nak jadi kekasih Encik Ilham...”
“Owh jadi maksudnya awak saja-saja je nak rosakkan kebahagiaan saya dengan Maslina. Macam tu?” Bidas Ilham membuatkan Nadrisa terdiam.
“Awak setuju atau tak mulai hari ini awak akan jadi girlfriend saya. Awak sepatutnya gembira sebab impian awak untuk bersama dengan saya dah tercapai. Jadi tak payah nak bagi alasan banyak sangat yer Risa.”
“Okey tu je... Awak boleh masuk sambung kerja awak. Pasal berhenti tu cancel. Awak teruskan je kerja kat sini.” Sambung Ilham lagi.
“Baiklah Encik Ilham... Terima kasih. Saya keluar dululah...” Minta Nadrisa sambil bingkas bangun. Berat kepalanya berfikir masalah yang makin bertambah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Dia redha je dengan ketentuan Allah. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosanya yang lepas.

p/s: silakan bce cerita sye bertajuk Masih dihatiku di http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=868&idc=5365

Sunday, April 21, 2013

Cinta Part Time 9




Nadrisa mengurut lembut tangannya yang berbekas merah dek kekasaran Ilham. Lelaki itu jarang dilihat mengamuk apabila dipejabat dan ini kali pertama dia melihat Ilham sebegini. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melawan semula. Dia bukan perempuan yang lemah. Dia ada blackbelt dalam taekwando. Tetapi memikirkan dia pekerja Ilham dia akan cuba memujuk lelaki itu dengan cara yang lebih berhemah.
“Encik Ilham dah salah faham... Saya tak pernah buat kerja-kerja mengintip ni...” Tipu Nadrisa. Teringat pesanan Puan Maimun yang memintanya jangan melibatkan namanya sekiranya rahsia penyamaran ini terbongkar.
“Awak tak payah nak tipu saya... Kalau bukan awak pengintip Puan Maimun, apa awak buat kat restoren tadi?  Bukan sekali malah dah banyak kali saya perasan kewujudan awak.” Keras suara Ilham.
“Ye saya mengaku memang saya ada mengintip encik...”
“Pang!” Satu tamparan melekat pada pipi Nadrisa. Nadrisa terpaku. Terkejut melihat kekasaran yang dilakukan Ilham padanya.
“Saya intip encik sebab saya cintakan Encik Ilham...  Tak ada kaitan dengan Puan Maimun atau sesiapa sahaja.” Balas Nadrisa perlahan. Janji yang dah dibuat mesti ditepati. Dia tidak boleh melibatkan Puan Maimun dalam perkara ini. Ilham terpaku mendengar jawapan Nadrisa yang dirasakan jujur. Wajah tidak bersalah wanita itu diperhatikan lama.
“Saya sayangkan Encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... Saya yang hantar gambar kecurangan girlfriend Encik Ilham tu sebab saya nak Encik Ilham dan dia putus. Supaya Encik Ilham boleh pandang saya... Maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan tidak melibatkan Puan Maimun dalam perkara ini.


Kenapa ni Nad... Risau aku tengok kau.” Soal Dahlia apabila melihat Nadrisa berbungkus selimut sambil menangis. Terdengar esakkan kecil  dari Nadrisa.
“Aku nak berhenti kerja la Lia...”
“Tapi kenapa... Dah elok-elok kau kerja kat sana kenapa nak berhenti?”
“Aku dah buat sesuatu yang bodoh... Aku rasa macam nak giler je sekarang ni...” Balas Nadrisa dengan esakan yang makin kuat. Badannya menggigil. Dahlia memeluk lembut bahu Nadrisa. Cuba menenangkan sahabatnya kelihatan tidak stabil.
“Cuba cerita satu persatu kat aku... Aku tak faham. Apa yang dah jadi ni.” Pujuk Dahlia perlahan.  Nadrisa memandang ke arah Dahlia. Memang sudah tiba masanya dia bercerita tentang masalahnya ini kepada Dahlia. Mungkin Dahlia akan mengamuk atau pun memarahinya dengan kebodohannya sendiri. Nadrisa mula bercerita satu persatu tentang kisah pengenalannya dengan Puan Maimun sampailah penipuannya tentang perasaan terhadap Encik Ilham.


Ala kau ni Nad... Kenapa kau tak beritahu je tu semua rancangan mak dia?” Soal Dahlia tidak puas hati. Kenapa Nadrisa masih mahu melindungi  Puan Maimun yang mementingkan diri sendiri itu.
“Aku dah janji dengan Puan Maimun... Dari mula aku setuju nak tolong dia lagi aku dah berjanji akan rahsiakan perkara ni dari pengetahuan sesiapa sahaja termasuklah Encik Ilham.” Jawab Nadrisa.
“Kalau aku jadi kau, aku cakap je mastermind tu siapa... Biar padan muka Mak Cik Maimun tu. Dah la berlagak. Macam la kaya sangat. Sekarang  apa yang kau risau sebenarnya...”
“Aku takut nak berdepan dengan Encik Ilham... Aku rasa mesti dia akan hentikan aku. Kau nak tahu tak?” Aju Nadrisa.
“Apa?” Balas Dahlia berminat.
“Masa aku mengaku aku ada intip dia... Kau tahu apa aku dapat?”
“Apa dia? Kau ni buat aku suspen je....”
“Ini haa... Penampar sebijik... Berdarah mulut aku. Ni pon bengkak lagi.” Adu Nadrisa.
“Habis tu kau biar je... Tak melawan balik?”
“Tak berani nak lawan... Lagi pon dia bos aku. Aku kenalah slow talk dengan dia supaya dia tak tahu aku kerja dengan mak dia.”
“Kau ni Nad.... Buat apa la kau belajar taekwando kalau tak boleh pertahankan diri... Nanti kalau kau nak pergi belasah dia jangan lupa ajak aku... Biar aku settle kan mamat tu... Berani dia tampar kau.” Dahlia membalas ganas. Memang gangster pon minah ni. Nadrisa sekadar ketawa kecil.
“Sebab tu aku takut nak berhadapan dengan dia Lia... Dah la aku ada tipu menda lain pulak sekarang. Karang kalau dia tahu pasal ni matilah aku. Kau rasa patut ke aku berhenti kerja?” Tanya Nadrisa. Dahlia kelihatan berfikir panjang.
“Aku rasa kau tak payah fikir pasal berhenti ke apa... Sebab aku yakin kalau dia marahkan kau memang dia akan pecat kau... Tapi, kalau dia percaya bulat-bulat pasal perasaan kau tu mungkin kau masih ada harapan untuk kerja kat sana.”
“Tapi aku malu la... Aku rasa macam tak ada muka je nak mengadap mamat tu... Takut tu satu hal.... Lagi lama aku kerja kat sana lagi besar kemungkinan rahsia aku akan pecah.” Nadrisa termenung di birai katil. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang melanda. Tapi dia tidak boleh salahkan siapa-siapa. Dia perlu tanggung sendiri kebodohannya.

Thursday, April 11, 2013

CINTA PART TIME 8



Ilham merenung lama gambar-gambar yang diberikan kepadanya. Bukan scandal Maslina yang bermain dimindanya kini namun bagaimana terjadinya kewujudan gambar-gambar ini. Ini pasti perbuatan keji pengintip mama.  Ditatap satu persatu gambar yang berterabur dimeja kerjanya. Kalau gambar ini tiada pon dia akan memutuskan juga hubungannya dengan Maslina kerana dia sudah menemui mangsa baru. Si manis yang pemalu. Ilham tersenyum kecil memikirkan Nadrisa. Gadis itu kerap mencuri perhatiannya dua tiga menjak ini.

Puan... Saya dah berjaya merosakkan hubungan Maslina dengan Encik Ilham... Jadi saya nak...”
“Awak nak bayaran lebih ke?” Soal Puan Maimun lebih kepada sindiran. Orang miskin memang macam tu. Memang gilakan duit orang. Tapi masakan Nadrisa juga begitu? Gadis ini nampak jujur dan baik.
“Eh bukanlah... Saya nak berhenti jadi pengintip puan.” Balas Nadrisa. Walaupun agak terasa dengan bicara sinis Puan Maimun namun dia masih cuba kuatkan diri untuk menghadapi wanita itu.
“Kenapa? Bayaran saya sebelum ni tak cukup ke?”
“Bukan tu masalahnya puan... Tetapi saya rasa saya tak sesuai buat kerja ni semua... Saya harap puan faham”. Tegas Nadrisa membalas. Biarlah apa pun Puan Maimun akan tuduh dia selepas ini dia sudah tidak kisah. Anggaplah ini pengalaman paling teruk yang dia alami sepanjang dia hidup dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi.
“Hmm... Okey. Tapi dengan satu syarat...”
“Apa puan?” Soal Nadrisa pantas. Tidak sabar lagi dia mahu bersara dari dunia pengintipan ini.
“Awak kena pastikan Maslina dan Ilham betul-betul putus. Selagi mereka tidak benar-benar berpisah, selagi itu awak tak boleh berhenti. Faham?”
“Faham...” Lambat-lambat Nadrisa membalas. Satu rengusan kasar dilepaskan. Susah betul nak berhenti. Bisik hatinya.

Nadrisa mengendap pasangan intim yang berada selang 3 meja darinya disebalik menu makanan yang dipegang. Dengan jelas dia nampak Maslina dan Ilham sedang bergaduh besar namun masih boleh dikawal. Mungkin mereka sedar mereka berada dikhalayak ramai. Dia merakamkan setiap detik pergaduhan Maslina dan Ilham sebagai bukti. Mungkin dengan bukti ini Puan Maimun akan melepaskannya. Setelah hampir 45 minit pertengkaran itu berlaku, kelihatan Maslina meninggalkan Ilham.
Confirm dah putus...” Bisik hati Nadrisa yakin. Dia bingkas untuk beredar dari restoren tersebut. Nadrisa menjawab telefon yang tiba-tiba berdering.
“Aku kat kedai. Jap lagi aku sampai sana...” Balas Nadrisa pada telefon. Entah kenapa pandangannya yang agak kelam tadi tiba-tiba menjadi terang. Dia dapat rasa ada sesuatu yang aneh telah berlaku.
“ Jadi awaklah pengintip Puan Maimun?” Sergah Ilham sambil memandang tepat wajah Nadrisa yang terkejut melihatnya. Cermin mata hitam yang dipakai tadi kini berada digenggaman Ilham. Patutlah suasana menjadi terang.
“Eh Encik Ilham... Buat apa kat sini?” Nadrisa berpura-pura tidak mengerti. Dia cuba mengawal degupan jantung yang mula memecut laju. Wajah bengis Ilham membuatkan perutnya memulas.
“Tak payah berpura-pura Nadrisa... Awak pengintip puan Maimunkan...” Tengking Ilham kuat. Mahu bergegar seluruh restoren... Beberapa orang pelayan restoren Medan datang kearah Nadrisa dan Ilham. Meminta mereka bertenang dan meninggalkan restoren dengan segera. Ilham menarik kasar tangan Nadrisa untuk membawa gadis itu keluar dari restoren itu. Perbincangan mereka belum tamat dan Nadrisa belum mendapat upah yang setimpal dengan tindakannya.