IKLAN NUFFNANG

Friday, November 25, 2016

Tips kuruskan badan

hai semua... Eniey kembali lagi dengan janji yang pernah Eniey taburkan. dalam entri yang lepas Eniey ade berjanji untuk berkongsi tips dalam mengurangkan berat badan dan sekarang Eniey akan tunaikan. cara Eniey diet sangat mudah. Eniey tak berlapar dan juga kurang melakukan senaman. Eniey juga sudah tidak percaya kepada ubat kurus, apa yang Eniey lakukan hanyalah mengubah cara hidup dengan perlahan-lahan sehingga Eniey selesa dengan perubahan itu.

untuk pengetahuan, berat Eniey sebelum diet adalah 65 kg dan sekarang sudah mencecah 52.5 kg. walaupun begitu Eniey masih lagi meneruskan perjuangan dalam menguruskan badan sehinggalah mencecah 48 kg ( harap-harap berjaya). Eniey yakin teknik diet yang Eniey lakukan ini pasti semua sudah biasa mendengarnya cuma mungkin ada yang tidak jelas atau pun tidak tahu. jadi Eniey akan terangkan satu persatu.

Eniey menggunakan teknik diet ala-ala Atkin. pasti semua sudah tahukan apa itu diet atkin... kalau belum tahu akan Eniey terangkan dalam entri yang akan datang, insyaallah.  kenapa Eniey kata ala-ala Atkin? bukan 100 peratus Atkin, sebab memang Eniey tidak buat serigid dan se'straight' Atkin yang sebenar. Eniey hanya mengikut dengan kemampuan Eniey sahaja.

apa yang Eniey buat dalam diet Eniey ialah Eniey tinggalkan semua jenis karbohidrat. apa itu karbohidrat?? contoh karbohidrat adalah nasi, mee, bihun, kuih muih, biskut, kerepek, kentang, ubi, oat, gandum, tepung, roti, coklat dan banyak lagi. selain itu juga Eniey juga meninggalkan semua jenis makan manis seperti susu, air bergula, kuih-kuih manis, coklat, gula-gula, ais krim dan semua jenis bahan yang manis. kalau korang baca mesti korang kata susahkan... tak susah sebenarnya sebab banyak lagi benda lain yang korang boleh makan selain perkara diatas.

apa yang Eniey makan untuk kenyang dan tidak berlapar? Eniey makan semua jenis protein dan juga sayur. protein tu apa? contoh protein adalah ayam, ikan, telur, daging, udang. sayur-sayur pula adalah sayur-sayur yang bewarna hijau. kalau dia berwarna selain hijau biasanya kandungan karbohidrat adalah tinggi. macam mana nak makan benda-benda ini atas kreativiti korang. nak rebus ke, nak stim ke, goreng ke, bakar ke, sup ke tak kisah. ingat jangan takut untuk makan lemak dalam diet atkin sebab lemaklah yang membantu untuk membakar lemak nanti. sebab itulah digalakkan makan makanan bergoreng dalam atkin atau pun ambil minyak kelapa dara/ minyak zaiton sebagai fat boom.  tapi lemak itu mestilah lemak yang baik seperti minyak sayuran.

korang kena ingat diet atkin bukan menahan lapar... janganlah korang makan telur sebiji pagi lepas tu tengahari makan ayam seketul je dan hujung-hujung korang akan komplein tak tahanlah diet atkin... menggigil, kebulur dan sebagainya. korang mesti makan sehingga perut korang kenyang sebab bila dah kenyang barulah perut korang tak meragam untuk makan itu ini yang boleh merosakkan diet. perut yang kenyang juga boleh meningkatkan metabolisma untuk pembakaran lemak. jadi korang mesti makan sehingga kenyang. jangan lapar. kalau korang makan pagi 3 4 ketul ayam, 2 3 biji telur pon tak apa. tak ada masalah. tapi mesti diingat, portion protein dan sayur mesti seiring supaya korang tidak terlebih protein dalam badan. kalau korang ambil protein semangkuk, jadi semangkuk sayur jugalah perlu korang makan. kalau tak makan sayuir, korang mesti paksa dirilah sebab sayur baik untuk kesihatan. kalau tak boleh makan, korang boleh buat jus sayur. sedap juga!

untuk penggemar makanan manis seperti coklat, aiskrim macam Eniey ni mesti dah give up bila baca tak boleh makan menda manis. korang tak payah risau. apa yang korang tak boleh makan sebenarnya adalah gula bukan menda manis. jadi kalau korang teringin nak minum or makan menda manis korang boleh bancuh or buatkan dengan menggantikan gula kepada stevia. kalau korang tak kenal stevia boleh google. apa benda stevia tu. nanti Eniey akan kongsikan apa menu-menu yang Eniey pelajari dengan menggunakan stevia. so, korang jangan risau diet atkin ni adalah diet yang paling senang dan paling best Eniey jumpa sebab banyak makanan yang sedap-sedap boleh dimakan dengan menu Atkin. sebab tu Eniey boleh bertahan hampir setahun dengan Atkin tanpa rasa menyesal atau tertekan.

Eniey enjoy dengan diet ni sebab tidak perlu berlapar dan menunya sedap-sedap. jadi, kalau korang baca entri ni Eniey harap korang faham dan bersemangat untuk menguruskan badan. ingat! tiada istilah gemuk dari kecil sebab sudah banyak yang Eniey jumpa testimoni Atkin yang mereka gemuk dari kecil, berat beratus-ratus kilogram boleh kurus dengan Atkin. apa yang kita kena buat adalah ubah gaya hidup, gaya pemakanan. itu sahaja dan yang pasti betulkan niat untuk kurus. Niat Eniey untuk kurus adalah sebab kesihatan ( takut risiko sakit jantung, darah tinggi, kencing manis) dan juga tak nak pakai seksi-seksi. korang tahu jelah kalau gemuk ni pakai baju mesti terjojol sana dan sini. sebab tu Eniey nak kuruskan badan. bonusnya, Eniey makin cantik (ok sila muntah. hehehehe)

jadi sampai sini sahajalah entry hari ini. harap korang berjaya menguruskan badan begitu juga Eniey. insyaallah Eniey akan terangkan tentang diet atkin di entri akan datang begitu juga menu-menu yang lazat untuk dimakan sewaktu atkin. so... adios! selamat beratkin uollll.

Monday, November 21, 2016

Turun 13 kg Tanpa Ubat Kurus!!

Assalamualaikum semua...

Hari ini Eniey kembali lagi setelah hampir setahun mendiamkan diri. Masih ingatkah yang Eniey begitu bersemangat untuk menguruskan badan di akhir tahun lepas?? Mesti tiada yang ingat! Pada penghujung 2015 yang lepas, Eniey telah mencuba pelbagai cara untuk menguruskan badan namun tidak berjaya. Sebab apa?? Sebab sikap Eniey sendiri yang tiada motivasi yang tinggi dan terlalu cepat mengalah. Namun kini, setelah hampir 12 bulan berlalu akhirnya Eniey berjaya menguruskan badan sebesar badak itu.

Untuk pengetahuan, berat Eniey semasa penghujung 2015 ialah 65 kg. Eniey pendek orangnya, jadi dengan 65 kg itu cukup untuk memperlihatkan diri Eniey cukup bulat, buncit dan montel. Alhamdulillah, hari ini berat Eniey sudah mencapai angka 52.5 kg. hampir 13 kg Eniey berjaya buang dalam tempoh setahun. mungkin bagi orang lain, itu angka yang kecil tapi untuk Eniey angka itu sangatlah besar kerana badan Eniey sangat susah untuk dikecilkan. kalo Eniey gebang dekat sini mesti tiada yang percayakan... Eniey tahu perkara tu. jadi jangan risau, Eniey akan beri bukti bergambar supaya korang boleh menilainya sendiri. ok Eniey dah delete gambar Eniey.


tadaaaa..... inilah wajah Eniey dari booolat ke sedikit kurus. ini sahaja gambar yang Eniey ade sebab Eniey bukan jenis suka bergambar, kalo berselfie tu rajin jugalah kekadang. sebab tu ade gambo muka je. tak ada gambar satu badan. Eniey yakin pasti ada yang tertanya-tanya apakah tips Eniey berjaya menguruskan badan. insyaallah, Eniey akan kongsikan dengan korang semua dalam next entry. Doa-doalah agar tubuh Eniey tak mengajah macam dahulu lagi. Trauma uolllls. ok... Sampai sini je entry kali ini. Adios!