Bab 37
“ mak, abah. Masuklah.” Pelawa Umairah selepas bersalaman
dengan mertuanya. Ifran disisi hanya diam menayang gigi. Mereka kemudiannya
beringan masuk menuju ke ruang tamu.
“ kamu berdua apa khabar? Lama sangat dah tak menyinggah
rumah mak.” Tegur puan Zaharah dengan mata yang memandang kearah Ifran dan
Umairah silih berganti. Umairah terdiam memikirkan alasan, dia tahu ibu
mertuanya terasa dengan perangainya dan Ifran yang liat kerumah orang tua
Ifran.
“ mak... If sibuklah. Tak sempat nak kerumah mak... tapi memang kitorang ada
rancangan nak kesana minggu depan.” Ifran beralasan. Dia sebolehnya tidak mahu
emaknya berfikir buruk-buruk tentang Umairah kerana selama ini dia yang terlalu
sibuk sehingga tiada masa untuk menyinggah ke rumah emaknya bukan Umairah.
“ iyer la tu...” balas puan Zaharah sepatah.
“emaknya pon baru sampai rumah anak menantu dah membebel.
Bukannya diorang lama sangat tak pergi rumah kita. Baru sebulan Za oii.” Tegur
encik Tarmizi, dia tidak mahu kata-kata isterinya itu mendatangkan rasa sedih
dihati Ifran dan Umairah. Silap-silap haribulan mahu anak menantunya merajuk
terus tak balik rumahnya, lagi haru.
“mana ada saya membebel, saya tanya je. Takkan itu pun
salah.” Tingkah puan Zaharah tidak puas hati dengan kata-kata suaminya. Ifran
dan Umairah tersengih-sengih melihat kemesraan emak dan abah mereka. Nampak
macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang mengusik antara satu sama lain.
Ifran kerling wajah Umairah disisi, terdetik dihatinya alangkah elok kalau
hubungannya dan Umairah pun semesra ini.
“ abah dengan mak lapar tak... Kak long dah masak dah.
Jom la kita makan. Kejap lagi nak solat zohor pulakan.” Cetus Umairah sekaligus
cuba memadam api pergaduhan yang baru mula berbunga antara puan Zaharah dan
suaminya. Puan Zaharah dan Encik Tarmizi sekadar mengangguk tanda setuju.
Sememangnya perut mereka lapar minta diisi. Tanpa tunggu lama mereka berempat
beriringan ke ruang makan untuk menjamu makanan tengahari.
“ ibu dengan abah kak long macam mana? Sihat?” soal puan
Zaharah lembut disaat dirinya bersendiri dengan Umairah didapur. Dia sekadar
memandang gerak geri Umairah yang lincah mengemas sepelosok dapur setelah
mereka selesai menjamu selera. Dia bukan tak nak membantu tetapi niatnya telah
ditolak oleh Umairah.
“ Alhamdullilah mak... mereka sihat walafiat. abah macam
mana mak? Darah tinggi dia tu ada lagi ke?” Umairah pula menyapa lembut.
Dikerling wajah puan Zaharah yang sedang merenung kearahnya dengan senyuman
kecil.
“ darah tinggi tu ada lagi kak long... susah dah nak
hilang bila dah tua ni. Abah kena jaga makan baru tak naik sangat tekanan darah
dia tu. Tapi setakat ni okey lagi. Tak perlu bergantung pada ubat pon.” Jelas
puan Zaharah satu persatu. Umairah senyum lega, lapang hatinya mendengar
kesihatan bapa mertuanya yang sudah beransur pulih. Umairah mara menghampiri
ibu mertuanya setelah selesai membasuh kesemua pekakas yang digunakan sebentar
tadi. Dia duduk dihadapan wanita awal 50 an itu untuk bersembang setelah hampir
sebulan tidak bertemu.
“ kak long minta maaf yer mak sebab dah lama tak
menyinggah rumah mak sampaikan mak susah-susah kena datang sini tengok kami.
Maafkan kak long dengan along yer.” Minta Umairah lembut. Tangannya mencapai
jemari tua milik emak mertuanya. Dia tahu puan Zaharah berkecil hati dengan
sikapnya dan Ifran yang terlalu jarang menyinggah kerumahnya. Bukan dia tidak
tahu Ifran anak sulung malah anak kesayangan kedua ibubapa mertuanya itu dan
dia sebagai isteri Ifran sepatutnya mengingatkan Ifran untuk sering menyinggah
kerumah ibubapanya. Tapi dia alpa, dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya
sebagai menantu yang baik.
“ kak long janganlah kecil hati dengan apa mak cakap tadi
tu... mak tak marah pun Cuma tegur kamu ajer. Mak datang sini pun sebab tak
pernah lagi datang rumah korang berdua. Nak jugak tengok macam mana rumah kamu
berdua. Dah kak long tak payah rasa bersalah, sepatutnya mak yang kena rasa
bersalah sebab along tak pernah balik kampung kak long lepas kahwin. Kalo pergi
pun sebab hari raya itu pun sehari. Mesti ibu kak long kecil hati dengan
alongkan.” Ujar Puan Zaharah lembut. Umairah geleng kepala. Menidakkan tuduhan
emak mertuanya yang sememangnya benar. Memang emaknya berkecil hati dengan
sikap Ifran yang tidak pernah mahu ke kampung mereka tapi salahnya juga, dia
sendiri tidak pernah mengajak Ifran pulang ke kampung. Masakan jejaka itu mahu
ke kampungnya tanpa dijemput!
“ jangan tipu mak la kak long... mak faham perasaan ibu.
Mesti ibu kak long kecil hati dengan along. Nanti bila tiba cuti sekolah mak
akan paksa along ikut kak long balik kampung kalau dia liat lagi nak balik
sana. Kak long jangan risau yer.” Pujuk puan Zaharah. Dia cukup faham perangai
anak lelakinya yang memang susah untuk ke rumah mertuanya. Kadang-kadang pelik
juga dia melihat Umairah dan Ifran. Seorang ke utara seorang ke selatan setiap
kali tiba cuti sekolah mahu pun cuti perayaan. Nak kata baru menikah dah nak
masuk 2 tahun usia perkahwinan mereka. Tapi masih lagi tak berubah.
Entah-entah
hubungan mereka tak berapa elok kot? Puan Zaharah buat serkap jarang dalam
hati. Namun cepat-cepat dia beristighfar, tidak mahu terlalu mudah terpedaya
dengan tipu helah syaitan yang cuba membuatnya curiga. Umairah sekadar senyum
tawar. Sedikit sebanyak timbul rasa bersalah kerana memperdayakan mertuanya
ini. semua salahnya kerana terlalu berdendam sehingga tergamak melukakan hati
Ifran sekeluarga sedangkan keluarga mertuanya itu langsung tiada kaitan dalam
dendamnya terhadap Atikah. mereka meneruskan perbualan sehingga masing-masing
meminta diri untuk menunaikan solat Zohor yang belum dilaksana.
Umairah tarik selimut rapat ke dada, suasana bilik Ifran
sudah lama gelap. Jam didinding pun sudah berganjak ke angka satu pagi. Semua
manusia didalam rumah ini sudah pun dibuai mimpi nan indah. Hanya tinggal dia
sahaja yang masih lagi terkebil-kebil melayan perasaan yang gundah gulana.
Umairah teringatkan perbualannya dan puan Zaharah tengahari tadi. Perbualan itu
cukup membuatkan hatinya dipalu rasa bersalah, emak dan ayah mertuanya melayan
cukup baik seperti anak sendiri tetapi dia tergamak bermain-main dengan tali
perkahwinan antaranya dan Ifran.
Dia tidak pernah salahkan Ifran dalam hal ini
kerana apa yang berlaku saat ini semuanya rancangannya yang terlalu tekad untuk
menyakitkan hati Atikah. Tapi sekarang semuanya terbalik, dia dijerut rasa
bersalah yang amat manakala Atikah pula hidup bebas dengan bahagianya. Malah
hubungan Ifran dan Atikah langsung tak tergugat dengan perkahwinan mereka.
Hanya dia yang semakin menderita menahan rasa sayang terhadap Ifran yang
semakin mendalam dari hari ke hari. Mungkin ini balasan Allah padanya kerana
terlalu berdendam suatu masa dahulu. Kerana kebodohannya yang terlalu mengikut
hati yang bencikan Atikah dia mendapat segala balasan sebegini. Umairah tatap
cincin perkahwinan yang elok tersarung di jari manisnya. Entah kenapa timbul
rasa meremang setiap kali merenung cincin penuh makna itu. dia teringatkan kata-kata
Ifran padanya tengahari tadi.
“ mari kita mulakan hidup baru... hidup sebagai pasangan
suami isteri yang sebenar.” Terngiang-ngiang bait penuh makna itu digegendang
telinganya tanpa dipinta. Hati Umairah sekali lagi dipalu rasa gelisah. Dia
tidak pasti apa makna disebalik kata-kata itu, adakah Ifran serius dengan
bicaranya atau sekadar memujuknya yang terlalu emosi? Kalau Ifran betul serius,
apa yang dia ingin dilakukan dengan istilah menjadi suami isteri yang sebenar
itu? adakah mereka akan jalani hidup berumahtangga seperti pasangan suami
isteri yang lain? Tapi bagaimana? Mereka tidak mencintai antara satu sama lain,
mereka hanya bersama atas dasar untuk menyakiti hati antara satu sama lain
sahaja.
Dan kalau betul Ifran mahu serius bersamanya, Atikah pula bagaimana?
Bukankah mereka masih lagi bercinta? Umairah mengeluh kasar. Dia semakin buntu
dengan jalan dihadapannya. Kalau ikutkan hatinya yang sayang pada Ifran, memang
dia amat bergembira dengan kata-kata jejaka itu tadi namun dia sedar dia tidak boleh
terlalu berharap. Cukuplah sekali dia meletakkan harapan untuk bersama Ifran
dan akhirnya harapannya hancur berkecai begitu sahaja. Dia tak ingin menderita
lagi. dia tak nak berharap pada suatu yang tak pasti.
Umairah bingkas dari
baringannya, dia bergerak perlahan menghampiri katil yang menjadi tempat beradu
Ifran. Ditatap wajah suaminya yang nyenyak dibuai mimpi. Sayu hatinya setiap
kali memandang wajah Ifran, walaupun mereka dekat tetapi dia tetap merasa jurang
antara mereka cukup jauh. Hanya dia yang sering memandang lelaki ini dari
kejauhan tetapi cinta Ifran tetap pada Atikah. Itu suatu kenyataan yang tidak
boleh disangkal lagi. Umairah lap air mata yang sudah mula merembes keluar,
entah sampai bila perhubungan mereka akan terus berlangsung. Dia sedar Ifran
akan tetap tinggalkannya suatu hari nanti untuk bersama Atikah, kakak tirinya
itu. Umairah menyandarkan badannya disisi katil Ifran, termenung dalam gelap
memikirkan kehidupannya dimasa akan datang.
“perlukah aku tuntut penceraian sedangkan aku sendiri
tahu yang hubungan kami tak akan lama?” soal Umairah pada dirinya sendiri.
“ kau dah lupa ke Mai yang kau nak terus disamping Ifran
sehingga dia maafkan kau atas kesilapan kau terhadapnya. Bukankah kau nak
hambakan diri sehingga segala dosa kau terhadapnya terbayar. Sudahlah tu jadi
manusia pentingkan diri sendiri. Belajar jadi manusia yang bertanggungjawab. Kau
kena pikul kesilapan lalu kau tu, jangan hanya fikir perasaan sendiri sahaja.
Kau lupa ke apa yang kau dah buat pada Ifran, kawan baik kau sendiri. Kau
sakitkan hatinya yang tiada kaitan dalam dendam kau terhadap Atikah. Kau patut
tanggung semua ini, baru adil!” sahut suatu suara jauh dari pelosok hati
Umairah. Mengingatkan dirinya dengan dosa dan kesilapannya masa lampau.
“kau tak payah risau... kalau betul If sayangkan Atikah,
dia akan tetap tinggalkan kau. Kau tak perlu nak fikir pasal penceraian sebab
perkara tu memang akan terjadi. It just matter of time! Dan kau masa tu patut
move on. Lupakan je la dendam kau pada Atikah. tak ada apa yang baik pon
berlaku sejak kau belajar berdendam, hanya kau je yang semakin merana. Tak
berbaloi Mai kau menderita kerana orang yang kau benci.” Nasihat hatinya lagi.
Umairah menunduk memeluk lututnya. Merintik-rintik air matanya mengalir
menyedari kesilapan masa lalu. Betul kata hatinya, sejak dia pandai berdendam,
tiada apa-apa kemanisan berlaku lagi dalam hidupnya. Dia sudah tidak bahagia
seperti dulu. Hatinya hanya dipenuhi kekesalan, keresahan dan sakit hati.
“ tapi aku sayangkan Ifran... aku tak sanggup nak
berpisah dengan dia.” Rintih Umairah tanpa sedar. Air mata yang kian galak
mengalir dibiarkan sahaja tanpa disapu. Mengenangkan perpisahan antaranya dan
Ifran pun sudah buat dia lemah sebegini, belum lagi dia betul-betul berpisah
dengan lelaki itu. entah bagaimana dia harus hadapi penceraian itu nanti.
“ kalau kau betul sayangkan dia usahalah buat dia jatuh
sayang pada kau... bukannya hanya dengan menangis macam ni.”
“ dia tak akan sayangkan aku... dia hanya sayangkan
Atikah!” tingkah Umairah dalam hati. Melawan perasaannya sendiri.
“ belum cuba belum tahu Mai... kalau kau tak cuba memang
kau akan menyesal sampai bila-bila. Tell him that you love him damn much.”
Suruh hatinya lagi. Umairah diam membukam, memikirkan kata-kata hatinya
sendiri. Bagaimana dia mahu mencuba sedangkan dia sendiri sudah tahu
jawapannya. Untuk apa dia memalukan diri sendiri menyatakan cinta sedangkan dia
yakin cinta Ifran sekelumit pun tiada untuknya? Umairah kelu, dia binggung dan
tidak tahu apa yang harus dilakukan dan apa yang dia boleh lakukan hanya
berserah pada Ilahi.
Bab 38
Nasi goreng yang menjadi sarapan pagi itu disantap dengan
penuh selera. Umairah ralit mengisi perut kosongnya sebelum dia bergerak ke
sekolah. Ifran pula tekun memandang wajah Umairah yang hanya diam sedari tadi..
langsung tiada perbualan yang mengisi kesunyian diantara mereka. Sejak dua
menjak ini hatinya kian yakin lagi pasti cintanya kini sudah diserahkan
sepenuhnya kepada Umairah. Setelah mengambil keputusan untuk mengikat hati
Umairah, sudah pelbagai cara dilakukan untuk menghantar isyarat kepada Umairah
tentang isi hatinya.
“aku makan comot ke?” soal Umairah ringkas apabila mula
sedar wajahnya menjadi perhatian Ifran. Naik segan pula apabila melihat mata
Ifran yang tekun menjamah raut wajahnya. Ifran tercengang. Termalu sekejap
apabila sikapnya yang khusyuk memerhati raut wajah Umairah diketahui tuan punya
badan.
“tak adalah...”
“dah tu apesal kau pandang aku semacam je? Kau tengok apa dekat muka aku?” tembak Umairah berani. Ifran telan liur yang tersekat pada
kerongkong. Mula memanjangkan akal untuk mencari alasan agar Umairah tidak
salah faham dengan sikapnya. Malah dia sendiri tidak mengerti dengan dirinya
sendiri yang sibuk merenung seraut wajah ayu milik sang isteri.
“masa bila pulak aku pandang kau... jangan nak
perasanlah! Aku tengah fikir perkara lain tadi.” Sela Ifran selamba. Umairah
diburu rasa malu. Merintik merah wajahnya dengan kata-kata Ifran.
“eleh... samalah tu. Memang kau pandang muka aku pun kan.
“ Umairah tak nak kalah. Tidak puas hati pula dikatakan perasan oleh Ifran.
Tidak lama selepas itu, Umairah bingkas berdiri dan membawa pinggan kosongnya
ke sinki. Ditinggalkan sahaja Ifran sendiri di meja makan memandangkan lelaki
itu belum lagi selesai menjamu selera. Selepas itu Umairah kembali kebiliknya
untuk mencalit segaris lipstik pada bibirnya dan menarik beg tangan yang
diletakkan diatas meja solek. Umairah membesarkan langkah memandangkan masanya
sudah semakin suntuk.
“Mai...” panggil Ifran yang masih lagi berkain pelikat
sambil menghampiri Umairah yang sedang menyarung kasut tumit tinggi pada
kakinya. Umairah kerut dahi sehingga membentukkan beberapa garis bertingkat.
Aneh pula dengan panggilan suaminya disaat dia sedang mengejar masa.
“ apa dia If? Cepatlah cakap, aku dah lewat ni.” Arah
Umairah tegas. Matanya merenung sepasang mata Ifran dengan rasa pelik.
Perasaannya makin bertambah bercelaru apabila Ifran menghulurkan tangan
kepadanya. Mata Umairah singgah pada tangan Ifran sejenak. Jiwanya masih kabur.
“ erk? Kenapa dengan tangan kau? Luka ke?” soal Umairah
bodoh. Ifran tersengih kecil. Agak lucu mendengar soalan lurus bendul daripada
Umairah.
“tanya pulak... salamlah.”
“salam? Kenapa?”
“hai... salam dengan suami pun nak kena ada alasan ke?
Cepatlah salam, karang lambat pulak kau nak pergi sekolah.” Gesa Ifran
seterusnya menarik perlahan tangan Umairah untuk menyalami tangannya. Umairah
mengikut sahaja tanpa membantah. Malas dia memberatkan kepalanya untuk memikir
perangai pelik Ifran dipagi hari. Selepas mencium tangan suaminya, Umairah
memusingkan kembali badannya untuk bergerak menuju kearah pintu rumah.
“Mai...” panggil Ifran untuk kali kedua seraya
membantutkan tingkah Umairah yang terkocoh-kocoh membuka daun pintu.
“apa lagi?” sedikit meninggi suara Umairah. Geram pula
dengan sikap Ifran yang banyak cekadak waktu ini. Tidak fahamkah Ifran yang dia
sudah kelewatan?
“tu... mulut kau tu... kenapa terang sangat lipstik tu?
Pergi lap bibir kau tu!”
“ terang? Mana ada... kan aku selalu pakai macam ni.”
“aku cakap pergi lap, pergi je la. Jangan nak banyak
songeh sangatlah. Kau nak goda siapa dekat sekolah tu pakai lipstik
terang-terang macam tu?” bebel Ifran.
“nanti aku lap dalam kereta...”
“tak boleh... nanti kau buat-buat lupa nak sapu mulut kau
tu. Pergi lap sekarang atau kau nak aku yang lapkan guna mulut aku?” ugut Ifran
dengan senyuman nakal sambil menjungkitkan keningnya kearah Umairah. Umairah
terkedu. Merah menyala wajahnya dengan jawapan selamba badak daripada Ifran.
Lekas-lekas langkahnya diatur untuk mendapatkan tisu yang terdapat disebelah
kotak televisyen. Seminit kemudian Umairah kembali melintasi dihadapan Ifran
setelah selesai segala arahan lelaki itu.
“sekarang ada apa lagi? Cepat cakap?” soal Umairah sinis.
Ifran sekadar menggelengkan perlahan. Membenarkan Umairah berlalu
meninggalkannya.
“kejap... kejap... kejap...” jeritan Ifran membuatkan
Umairah mula panas hati. Matanya mencerlung kearah Ifran yang tayang wajah
tanpa perasaan.
“apa lagi? Aku dah lambat ni, kau faham tak?” bentak
Umairah. Dadanya turun naik menahan amarah yang sudah tidak dapat dibendung
lagi. Entah apa masalah Ifran pagi ini yang tak sudah-sudah memberi arahan
pelik kepadanya.
“mana cincin kahwin? Kalau ada kat dalam bilik, pergi
ambil dan pakai sekarang. Jangan nak mengada nak tanggalkan cincin tu lagi. Kau
tu dah jadi isteri orang! Bukannya anak dara lagi.”
“ aku memanglah bini orang tapi aku anak dara lagi..”
balas Umairah dengan bibir yang sedikit mencebik.
“menjawab! Pergi ambil cincin tu sekarang. Pakai!” tinggi
suara Ifran dengan mata yang dibesarkan. Umairah menjuihkan bibirnya kedepan.
Namun langkah pantas turut diatur kebiliknya. Arahan dari Ifran turut diikuti
kerana dia tahu selagi dia tidak mengikut selagi itulah mulut Ifran akan
berceloteh tanpa henti. Ifran yang melihat tingkah Umairah tersenyum girang.
Puas hati melihat Umairah mengikut segala kehendaknya, dia bukan sengaja nak
mengarah itu dan ini namun apa yang dibuat saat ini adalah untuk kebaikan
hubungan dia dan Umairah juga. Dia sudah buat keputusan yang tali perkahwinan
antaranya dan Umairah akan dijaga sehabis baik, tidak sesekali akan dia nodai
hubungan suci antara mereka kerana dia yakin hati dan perasaannya saat ini
adalah milik Umairah.
Ifran tersenyum gembira. tak sabar rasanya untuk dia
pulang ke rumah dan mengejutkan Umairah dengan bunga yang baru dibeli sebentar
tadi. Sejambak bunga mawar merah itu dipandang dengan senyuman meleret, dia
terbayangkan riak gembira dan teruja Umairah setelah mendapat hadiahnya ini.
Ifran letak bunga yang baru dibeli itu dikerusi sebelahnya. Enjin kereta
dihidupkan lalu dia terus menuju pulang. Tak sampai satu minit perjalanan,
Ifran dapat melihat kelibat wanita yang cukup dikenali di perhentian teksi.
Pasti gadis itu sedang menunggu teksi untuk pulang kerumahnya. Tanpa buang
masa, Ifran segera menghantar signal lalu menghentikan keretanya dihadapan
Atikah.
“ Tikah... marilah saya hantar awak balik.” Laung Ifran
dari dalam kereta setelah cermin sebelah penumpang diturunkan. Atikah yang
sedang mengelamun terperanjat. Lekas-lekas matanya menyinggah ke wajah Ifran
yang sedang menanti.
“ err If... tak apalah...” belum lagi habis alasan yang
cuba disampaikan oleh Atikah, Ifran terlebih dahulu keluar dari perut keretanya
lalu membuka pintu kereta disebelah penumpang.
“ masuklah. Bukan jauh pun rumah awak. Marilah saya
hantarkan.” Gesa Ifran sekaligus mahu Atikah cepat-cepat setuju dengan pelawaan
ikhlasnya. Atikah serba salah. Nak tak nak dia bergerak juga menuju kearah
kereta Ifran setelah melihat beberapa jelingan orang sekitar kawasan itu
memandangkan kereta Ifran agak mengganggu perhentian teksi tersebut. Ifran
cepat-cepat angkat bunga mawar yang baru sahaja dibeli lalu diletakkan ditempat
duduk belakang supaya Atikah boleh duduk ditempat duduk hadapan.
“ terima kasih yer If...” ucap Atikah apabila badannya
siap memakai tali pinggang keledar. Sempat matanya mengerling tempat duduk
belakang.
‘ cantiknya bunga mawar tu? If nak bagi dekat aku ke? Ish
mamat ni tahu-tahu jer aku suka bunga mawar merah.’ Bisik hati Atikah dalam
diam. Bibirnya tersenyum nipis tanpa sedar, kembang kuncup memikirkan andaian
sendiri. Namun senyumannya terus mati apabila mengingatkan Ifran masih lagi
suami kepada Umairah. Dia mungkin sahaja menerima Ifran kembali sekiranya
lelaki itu kembali duda.
“ tak payah berterima kasihlah Tikah. Awak pun keluarga
saya. Kakak Mai. Tak salah kalau saya menolong.” Jelas Ifran dengan riak cukup
tenang. Atikah kaget sekejap mendengar jawapan Ifran yang kedengaran aneh
dihalwa telinganya. Lain macam sahaja bunyi jawapan Ifran, adakah lelaki ini
sudah berbaik dengan Umairah? Apa Ifran sudah tidak berminat untuk mengejar
cintanya lagi? suasana sunyi sepi antara mereka, masing-masing tiada idea untuk
dibawa bersembang.
Atikah sempat kerling wajah Ifran disebelahnya. Ketenangan
diwajah jejaka itu buat hatinya berdegup kencang. Dia tidak nafikan perasaannya
masih lagi ada untuk Ifran. Tetapi dia terpaksa jual mahal memandangkan Ifran
kini suami Umairah. Dia tak nak jadi perampas mahu pun orang yang meruntuhkan
rumah tangga adik tiri sendiri lagi-lagi Umairah pernah jadi kawan baiknya.
Atikah terpandang tangan Ifran yang kejap memegang stereng kereta. Disitu
kelihatan sebentuk cincin perak tersarung elok dijemari lelaki itu. terus
timbul tanda tanya dibenaknya.
“ cincin apa tu?” terlepas soalan dari mulut Atikah tanpa
diduga. Atikah tutup mulutnya dengan telapak tangan. Agak menyesal dengan
persoalan bodoh yang diberikan sedangkan dia sudah dapat mengagak cincin apa
yang tersarung dijari Ifran.
“cincin? Ooo cincin ni. Ini cincin kahwin saya. Lama dah
tak pakai, nasib baik muat lagi.”jawab Ifran sambil tersenyum kerang. Ternampak
rembesan cahaya kegembiraan diwajahnya. Riak bahagia diwajah Ifran sedikit
sebanyak membuatkan hati Atikah tersiat kejam. Cukup terkilan perasaannya memikirkan
kemungkinan yang berlaku pada hubungan Ifran dan Umairah. Patutlah jejaka itu
sudah tidak lagi merengek meminta kasih sayangnya, rupanya lelaki ini sudah
temui cinta baru. Terus dirinya ditinggalkan tanpa belas simpati.
“ Tikah...” seru Ifran sekaligus mengusir suasana sunyi
sepi antara mereka. Atikah yang ralit berkira-kira tentang kondisi rumah tangga
bekas kekasihnya itu terkejut kecil. Dipandang wajah Ifran dengan rasa ingin
tahu yang menggebu.
“ saya minta maaf.” Tambah Ifran sepatah. Suasana
antaranya mereka masih bisu. Hanya kedengaran helaan nafas turun naik kedua-dua
mereka untuk melegakan perasaan sendiri.
“ saya minta maaf sebab tak berdaya tunaikan janji saya
pada awak... saya dah berkeputusan untuk selamatkan perkahwinan saya dan Mai. Saya
minta maaf sangat-sangat sebab terpaksa mungkiri janji yang saya dah buat
kepada awak.” Sambung Ifran lagi. tanpa Ifran sedar, kenyataannya yang cukup
jujur itu bagaikan halilintar membelah dada Atikah. Atikah tahan perasaan,
sedaya mungkin dia cuba melawan perasaan sendiri. Dari jauh, dia sudah dapat
melihat atap rumah sewanya yang jelas kelihatan. Atikah buka tali pinggang
keselamatan untuk bersedia keluar dari kereta Ifran.
“ its okey If... itulah yang sepatutnya awak buat dari
awal perkahwinan korang. Terima kasih sebab hantar saya balik.
Assalamualaikum.” Pinta Atikah tanpa memandang ke wajah Ifran. Dia tiada daya
untuk membalas renungan jejaka yang masih lagi dicintai saat ini. tak
dinafikan, hatinya ada terdetik rasa menyesal kerana terlalu jual mahal sebelum
ini dan kini cinta Ifran sudah berpaling tadah daripadanya. Atikah buka pintu
kereta, tanpa pamitan dia segera keluar dari perut kereta Ifran untuk ke rumah
sewanya. Setitik demi setitik air mata laju membasahi pipinya.
Ifran pandang
tubuh Atikah yang sudah hilang dibalik daun pintu rumah sewa gadis itu. timbul
rasa bersalah dalam hatinya. Dia sedar dia bersalah kerana memberi pelbagai
harapan dan janji palsu pada Atikah sebelum ini. namun kali ini dia nekad, dia
akan pertahankan cinta sejatinya sehabis baik. Dia tak nak keputusan yang sudah
dibuat berubah kembali hanya kerana rasa simpati dan bersalah. Atikah patut
dapat lelaki lain, lelaki yang lebih baik daripadanya dan lelaki yang
benar-benar mencintainya dengan ikhlas.
Bunyi hon dihadapan rumah mengejutkan Umairah yang sedang
bersantai-santai dihadapan televisyen. Badannya yang enak terbaring diatas sofa
berubah kedudukan. Dia mara ke pintu hadapan untuk menyambut Ifran yang baru
sahaja pulang. Umairah tolak daun pintu dengan senyuman nipis namun senyuman
itu tidak lama. Wajahnya berubah riak, matanya membesar dengan spontan apabila
sejambak bunga mawar merah terpampang didepan mata. Ifran dihadapannya
kelihatan tersenyum mesra.
“ bunga? Bunga apa ni?” soal Umairah kurang mengerti.
Riak blurnya mendatangkan rasa lucu dihati Ifran.
“ bunga ni pon tak kenal... ini namanya bunga mawar
merah.” Usik Ifran. Sengaja dia mempermainkan Umairah yang kelihatan kabur
dengan situasi saat ini. Umairah didepannya tarik muka, kurang senang dengan
ejekkan Ifran terhadap dirinya.
“ itu aku tahulah... tapi kenapa tiba-tiba kau bawak
balik bunga? Ada orang bagi dekat kau ke?” soal Umairah bodoh. Ifran geleng
kepala, senak juga otaknya melayan Umairah yang memang lambat tangkap bab-bab
hati dan perasaan.
“ tak adalah... bunga ni aku nak bagi dekat kau.” Balas
Ifran selamba. Umairah terkedu, terdiam mulutnya mendengar jawapan spontan
daripada Ifran. Timbul rasa gembira dihatinya tanpa diduga.
“ kenapa tiba-tiba bagi aku bunga? Aku tak ada minta
pon.” Umairah membalas setenang mungkin kata-kata Ifran. Sebolehnya dia mahu
menyembunyikan rasa bahagia yang sudah tak terkira dihati. Dia tak mahu Ifran
nampak perasaannya saat ini, buatnya Ifran tahu isi hatinya yang sebenar tak ke
malu! Entah-entah Ifran memberi bunga kepadanya kerana ada niat tertentu. Mahu
mengenakannnya barangkali!
“ aish kau ni... banyak soal sungguh la. Aku bagi barang
free pon kau banyak tanya. Kalau kau tak nak tak apalah... aku letak bunga ni
dalam bilik aku jer. Berseri-seri sikit bilik aku tu.”
“ eh eh eh... mana boleh macam tu If... nanti buruk
sikulah ambil balik barang yang kau dah bagi dekat orang.” Tingkah Umairah
pantas. Cepat-cepat tangannya menyambar bunga pemberian Ifran lalu diciumnya
bertalu-talu. Wangi dan cantik sekali bunga ini, bisik hati Umairah. Ifran
tahan gelak yang hampir meletus. Wajah comel Umairah yang kelam kabut merebut
semula bunga pemberiannya itu mendatangkan rasa riang dihati.
“thank If... kau nak makan apa malam ni? Aku masak khas
untuk kau tanda berterima kasih sebab bagi bunga ni.”
“ kau masaklah apa-apa Mai... aku makan semua apa yang
kau masak janji air tangan kau.” Tutur Ifran lembut. Matanya merenung sepasang
anak mata Umairah yang kelihatan ceria. Umairah senyum kecil, malu-malu pula
dengan jawapan Ifran yang kedengaran romantik itu. perlahan-lahan kepalanya
dianggukkan. Dalam diam hatinya terasa ringan bagaikan kapas terapung-apung
kebahagian. Mula perasaannya menaruh harapan pada kasih Ifran, Umairah sudah
tidak ambil peduli lagi. dia nekad, selagi dia bergelar isteri Ifran, akan dia
nikmati sepenuhnya kebahagian mencintai lelaki itu dalam diam. Mungkin semua
ini untuk seketika, tapi cukup bermakna buat dirinya.
Atikah merebahkan tubuhnya yang ramping itu keatas katil
bujang yang terletak didalam biliknya. Kipas yang berputar ligat pada siling
itu dipandang kosong. Air mata yang bertakung didalam kolam matanya
merintik-rintik jatuh membasahi kedua belah pipinya, perasaan sebak dan kecewa
sudah tidak terbendung lagi. dia cukup terkilan dengan luahan jujur Ifran
petang tadi. Tiada sekelumit rasa kesiankah dihati Ifran terhadapnya? Sanggup
Ifran berkata sedemikian tanpa sebarang pamitan.
“ sampai hati awak If... mana janji-janji yang awak
taburkan pada saya? Konon nak bercerai, tapi sekarang ini balasan awak pada
saya. Awak tahu tak yang saya teramat cintakan awak, sayangkan awak! Kenapa
awak mesti pilih Mai yang menjadi penghalang cinta kita sebelum ini?” bisik
Atikah pada diri sendiri. Kata-kata itu
hanya mampu dibicarakan sendiri tanpa diucapkan pada empunya diri.
“ Mai... apa lagi yang kau kurang, apa lagi yang kau
marah pada aku? If dah pun kembali semula pada kau, kenapa sampai sekarang kau
tak nak terima aku?” soal Atikah lagi. wajah Ifran dan Umairah muncul
dibenaknya silih berganti. Dia sayangkan kedua-dua insan tersebut dan kini
kedua-dua insan itu telah pun pergi meninggalkannya sendiri. Atikah kesat air
mata yang meleleh dikedua belah pipi gebunya. Perlahan-lahan badannya bingkas
berdiri lalu langkah diatur menghampiri pintu bilik air. Dia mahu berehat, dia
mahu bertenang... kata-kata Ifran petang tadi cukup memberi tamparan hebat padanya.
Huhuhu ssh btol cinta 3 segi ni..
ReplyDeleteAtikah yang bersalah...Nak sambungan plzzz....Klu buat novel mesti best...
ReplyDelete