IKLAN NUFFNANG

Sunday, August 2, 2015

Jus Diet Sihat buatan sendiri

salam semua... Hari ini Eniey tetiba sahaja kedatangan mood untuk mahu kuruskan badan sebesar gajah ini. mungkin ini semua hadir kerana si dia yang Eniey minat untuk 7 tahun lamanya sudah berura-ura mahu melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. tak apalah, mungkin jodoh si dia sudah sampai dan siapalah Eniey untuk menghalangnya. berbalik kepada topik asal, hari ini Eniey mahu kongsikan resepi jus diet homemade yang bakal menemani Eniey sepanjang hari. sebelum itu inilah bahan-bahan yang bakal Eniey guna.



Errr... Oat dan Milo tidak termasuk dalam pembuatan jus ini. okey... mula2 sekali Eniey akan buat air teh hijau. Eniey akan tuang lebih kurang 2 sudu besar teh hijau dalam satu jug besar. lepas tu, masukkan air panas menggelegak sepenuh jug itu dan sejukkannya. untuk pengetahuan korang, air teh hijau ni jangan pergi campur gula. nanti hilang khasiat dia tu. korang nak letak lemon pon boleh, mungkin untuk mengatasi rasa kelat teh tersebut. okey kemudian, selepas air teh hijau yang panas menggelegak tadi sudah menyejukkan diri, Eniey akan masukkan air tersebut kedalam botol. didalam botol itu pula Eniey akan campurkan 2-3 sudu besar pati delima Gulsan dan Cuka Epal yang sudah dicampur dengan madu.  goncangkan botol tersebut agar segala bahan itu sebati didalamnya. taraaa... dah siap dan boleh diminum sepanjang hari.

Eniey harap, campuran2 pelbagai jenis jus ini tidak membahayakan kesihatan memandangkan setiap campuran itu ada khasiatnya tersendiri. korang boleh baca khasiat2 bahan yang Eniey gunakan untuk menambah ilmu pengetahuan memasing.

KHASIAT TEH HIJAU

1. mengurangkan risiko cancer
2. mencegah penyakit jantung
3. menurunkan berat badan
4. menguatkan tulang
5. menurunkan kadar kolesterol
6. mencegah diabetes
7. mencegah Alzheimer
8. mencegah parkinson
9. menurunkan paras gula dalam darah
10. mencegah kerosakan gigi
11. meredakan stress

KHASIAT CUKA EPAL

1. mengatasi darah tinggi
2. membantu menurunkan berat badan
3. menurunkan paras gula dalam darah
4. menjaga kesihatan jantung
5. menurunkan kadar kolesterol
6. boleh dijadikan toner kulit

KHASIAT PATI DELIMA

1. melancarkan peredaran darah
2. memperkuatkan sistem dalaman
3. membuang lemak-lemak berlebihan
4. mencantikkan dan mencerahkan kulit
5. menghilangkan kahak
6. membantu menyembuhkan diabetes
7. meningkatkan tenaga


itulah antara kebaikan2 bahan yang Eniey gunakan. kalo korang perasan, kesetiap 3 bahan utama ini ada fungsi mengurangkan lemak/menguruskan badan. hehehe (gelak jahat). nampak tak ketamakan Eniey dekat situ. harap2 dengan jus ini ,Eniey dapat kembali tubuh badan montok seperti zaman remaja dan juga mengekalkan kesihatan tubuh badan.