IKLAN NUFFNANG

Thursday, October 23, 2014

Tetap Kau Yang Satu bab 42

BAB 42

Pintu kereta Myvi putih yang elok terpakir diruangnya ditutup kemas setelah segala barang yang dibawa selesai diisi. Umairah mara kearah tempat duduk pemandu dihadapan bagi memandu keluar keretanya dari kawasan sekolah. Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan memandangkan minggu hadapan bermulanya cuti sekolah untuk pertengahan tahun.

“ Assalamualaikum...” cetus satu suara sekaligus membantutkan pergerakkan Umairah yang baru berura-ura membenamkan diri kedalam kereta. Terus mata Umairah berkalih pandang kearah pemberi salam. Riaknya yang kejung kini berubah manis. Senyuman lebar dilemparkan pada Haikal yang tiba-tiba sahaja muncul dihadapannya.

“ Waalaikummussalam... Oh awak Haikal. Ada urusan apa dekat sekolah saya?” soal Umairah sambil menolak perlahan pintu keretanya yang terbuka luas. Tak jadi masuk kedalam keretanya.

“ saja datang sini... nak jumpa awak. Dah nak balik ke?” Haikal sekadar berbasa-basi. Wajah Umairah dihadapannya ditatap lama. Rasa rindu setelah hampir seminggu tidak bertemu muka dengan wanita kesayangannya ini mula beransur-ansur hilang. Jawapan Haikal yang cukup selamba itu mendatangkan rasa kurang senang dihati Umairah. Mula timbul rasa gusar dihati Umairah.

“ hai takkan datang dari jauh semata-mata nak jumpa saya jer. Mestilah ada sebabkan.”

“ awak ni Mai... selalu tak nak percaya kata-kata saya. Mestilah saya datang sini sebab nak jumpa awak, takkan nak jumpa tuan pengetua awak pulakkan. Saya rindulah nak tengok muka kekasih saya yang sorang ni.” Usik Haikal tanpa segan. Wajah Umairah sudah berubah riak, makin menggerutu perasaanya dengan sikap kurang sopan Haikal. Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana cara untuk menyedarkan Haikal bahawa dia langsung tiada hati dan perasaan buat lelaki itu. Tidak fahamkah Haikal bahawa dia ini isteri orang!

“ Haikal...” nada suara Umairah sudah berubah rentak. Dia sangat berharap dengan lenggok suaranya Haikal akan faham tentang perasaannya yang cukup tidak suka dengan cara dan kata-kata lelaki itu. Haikal yang terpacak didepan Umairah melebarkan senyuman nipis, dia sedar Umairah mula naik darah dengan bicaranya. Sepanjang persahabatannya dengan wanita ini, dia sudah dapat menghafal segala apa yang dibenci dan tidak benci Umairah.

“ sorry... saya bergurau tapi serius.” Tingkah Haikal. Sempat dia menghantar rasa hatinya dalam jawapan yang diberi kepada Umairah. Umairah yang bersilang tangan didada mengeluh perlahan mendengar jawapan Haikal. Entah ayat apa lagi yang patut digunakan kepada Haikal agar jejaka ini faham bahasa namun tidak berkecil hati.

“ sudah la tu Haikal... saya memang tak boleh terima cinta awak, tolonglah jangan tunggu saya lagi.” Setelah hampir beberapa minit berdiam diri Umairah akhirnya berkeputusan untuk membalas kata-kata Haikal. Kali ini dia bernekad untuk membersihkan betul-betul tali persahabatan antaranya dan Haikal. Dia tidak mahu lagi Haikal mengungkit tentang perasaan cinta dan sayang yang tidak sepatutnya wujud dalam hubungan mereka. Haikal renung tepat wajah kesayangan dihadapannya yang menayang wajah serius, sedikit sebanyak rasa luluh mula menguasai sekeping hatinya. Kenapa sukar benar Umairah menerima cintanya yang begitu tulus dan jujur? Apa kurangnya kalau dibandingkan dengan Ifran?

“ Mai... kenapa sampai kesudah awak tak nak terima cinta saya? Kalau awak boleh bertahan dengan Ifran yang awak langsung tak cinta kenapa awak tak boleh terima saya? Apa kurangnya saya?” Haikal mula serius dengan bicaranya. Sememangnya pertemuan dengan Umairah kali ini adalah untuk menyelami hati dan perasaan wanita ini. Dia mahu tahu apa yang bertakhta dihati Umairah buat masa ini. Sekiranya Umairah betul-betul mencintai Ifran, dia sanggup untuk mengundur diri namun sekiranya sebaliknya akan dia terus menggesa Umairah menerima dirinya. Dia tak sanggup melihat Umairah terus menderita dan terseksa dengan perkahwinannya dan Ifran.

“ saya tak cintakan awak Haikal... saya hanya anggap awak sebagai kawan sahaja. Tak lebih daripada itu.”

“ tapi sekurang-kurangnya cubalah mencintai saya. Macam mana awak nak jatuh hati pada saya kalau awak langsung tak beri peluang kepada saya untuk menyentuh hati awak. Awak tak pernah mencuba untuk sayang saya lebih dari seorang teman.” Desis Haikal dengan nada yang tegas. Sebolehnya dia berharap kata-katanya kali ini sampai ke dasar hati Umairah yang cukup keras dalam menerima cinta darinya. Umairah merengus perlahan, wajah tegang Haikal dipandang lama, mencari jawapan yang paling sesuai untuk diberikan kepada temannya itu.

“ buat apa saya cuba mencintai awak sedangkan saya sudah bersuami?” bidas Umairah kemudiannya. Wajah Haikal berubah warna, makin kecewa perasaannya dengan bidasan dari Umairah.

“ suami? Saya tak pernah nampak pun Ifran tu macam suami awak. Dia dah ada kekasih sendiri, kenapa awak masih nak setia pada dia sedangkan awak sendiri tak pernah cintainya. Kenapa awak sanggup pertahankan rumah tangga yang tak membawa apa-apa makna sedangkan awak dan dia tidak mencintai antara satu sama lain?” Haikal semakin mendesak. Selagi jawapan yang memuaskan diterima daripada Umairah, selagi itulah wanita ini akan dihujani pelbagai soalan.

“ saya sayangkan Ifran.” Luah Umairah tiba-tiba. Kali ini dia sudah malas berbolak-balik tentang perasaan sendiri dihadapan Haikal. Lagi pun bukankah cintanya dan Ifran sudah bersatu. Jadi seeloknya dia berterus-terang duduk perkara sebenar kepada Haikal agar lelaki itu berhenti mengharapkan kasihnya yang tidak mungkin bersemi buatnya. Haikal yang sedang menanti balasan kata dari Umairah terkedu sejenak, mulutnya terbuka luas mendengar pengakuan ringkas daripada Umairah.

“ awak guraukan... awak tipu saya sebab awak tak nak terima perasaan saya, betul tak?” tutur Haikal dengan meneka rambang, jauh disudut hatinya berdoa agar segala tuduhan yang dibuat adalah tepat dan benar. Rasanya tak sanggup untuk dia dengar pengakuan cinta dari mulut Umairah untuk lelaki lain. Umairah mendesah lemah, matanya merenung kedalam anak mata Haikal yang kelihatan cuba menahan pelbagai rasa.

“ saya serius Haikal. Saya tak pernah main-main kalau melibatkan hati dan perasaan. Saya memang betul-betul cintakan Ifran dan dia juga mencintai saya. Kami dah berjanji untuk teruskan perkahwinan ini sehingga ke akhir hayat kami.” Tegas Umairah agar kata-katanya ini dipercayai 100 peratus oleh Haikal. Riak terkilan Haikal dipandang sepi, walaupun ada rasa tidak enak meniti dihatinya namun digagahi juga perasaan sendiri agar segala kemelut perasaan antaranya dan Haikal berakhir detik ini jua.

“ awak tipu...”

“ tak Haikal... saya tak tipu. Memang saya dan Ifran betul-betul dah berbaik, bukan untuk kaburi mata awak sahaja.” Potong Umairah sekaligus mencantas bait bicara Haikal yang masih lagi belum mahu menerima kenyataan. Haikal diam membukam. Matanya menyorot tajam ke wajah Umairah demi mencari kejujuran dan kebenaran kata-kata wanita itu. Tiba-tiba mindanya melayang mengingatkan permintaan Ifran seminggu yang lalu. Jadi benarlah kata-kata Ifran itu! Jejaka itu nyata tidak bergurau dengan perasaannya sendiri.

“ saya harap awak berhenti mengharapkan cinta dari saya Haikal sebab cinta saya hanya untuk suami saya sahaja. Saya tak mungkin boleh cintai awak, jadi awak tak seharusnya buang masa untuk tunggu saya. Saya harap ini kali terakhir kita berbincang tentang hal ini.” Sambung Umairah lagi. Wajah sendu yang terukir di muka Haikal dipandang lama.

“ awak betul cintakan dia Mai?” muncul satu soalan dari mulut Haikal setelah diam sejenak. Dia perlukan pengesahan yang paling tepat tentang perasaan wanita kesayanganya itu. Dia tidak mahu menyesal dikemudian hari.

“ ye! Saya betul-betul cintakan dia. Dari sebelum kami kahwin sehinggalah ke hari ini perasaan saya terhadap dia tidak pernah berubah!” jelas Umairah dengan nada cukup yakin dan pasti. Dia tidak mahu sebarang ruang curiga timbul dalam hati Haikal. Haikal menghembus nafas yang ditahan dengan rasa kecewa, namun dia sedar tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya ini keputusan yang diambil oleh Umairah. Dia belum punya hak untuk menghalang wanita itu menerima dan mencintai suaminya sendiri. Lama Haikal berdiam dan merenung wajah redup Umairah yang tegak berdiri didepannya. Kata-kata penuh yakin dari wanita itu buat dia sedar siapa dia dihati Umairah.

“ saya minta maaf sebab ganggu perasaan awak selama ini dan saya doakan awak dan dia akan terus berbahagia.” Usai memohon maaf dan sebaris doa yang entah ikhlas entah tidak itu, Haikal terus memusingkan badannya dan bergerak pergi meninggalkan Umairah. Rasanya dia sudah tidak berdaya untuk terus memaksa hati Umairah menerimanya, mungkin sudah tiba masanya untuk dia menerima kenyataan ini. Umairah yang masih tegak disisi keretanya hanya menghantar pemergiaan Haikal dengan rasa sayu, tetapi padanya itulah yang terbaik untuk Haikal. Dia tidak mungkin mencintai Haikal kerana nama Ifran sudah kukuh mendiami sekeping hatinya.




Ifran menghentikan kereta yang dipandunya betul-betul dihadapan perhentian teksi yang terletak tidak jauh dari pejabatnya. Cermin tingkap kereta diturunkan agar wajah wanita yang sedang termangu menunggu teksi dapat dilihat. Dari kejauhan Ifran dapat melihat wajah Atikah yang sedang termenung kosong menghadap jalan raya yang agak sibuk. Wanita itu langsung tidak menyedari kehadirannya waktu ini.

“ Tikah...” Jerit Ifran setelah menurunkan cermin tingkap kereta. Wajah Atikah yang sedang membuang pandang ke jalan raya kelihatan tersentak. Gadis itu kelihatan tercari-cari wajah yang memanggil namanya. Tatkala matanya dan mata Ifran bertembung, satu senyuman mesra terukir dibibirnya. Atikah segera menghampiri kereta Ifran apabila melihat lambaian jejaka itu.

“ mari saya hantar awak balik...” cetus Ifran setelah Atikah muncul disebelah keretanya. Atikah hanya mengangguk, setuju dengan pelawaan ikhlas daripada Ifran.

“ terima kasih If. Susah-susahkan awak jer.” Balas Atikah sambil menarik tali pinggang keselamatan demi mengunci kedudukannya agar lebih selamat. Ifran hanya membalas ucapan terima kasih Atikah dengan senyuman nipis. Dia tidak terasa susah untuk membantu keluarganya sendiri.

“ If... boleh minta tolong sikit tak?” setelah hampir dua minit perjalanan bermula, Atikah mula bersuara. Wajah Ifran yang khusyuk dengan pemanduannya diperhati lama. Timbul rasa sayang yang masih lagi berbekas dihati tatkala sinar mata lelaki itu terbias kedalam matanya. Ifran kerling kearah Atikah disebelah, menggunakan keningnya dalam membalas soalan Atikah.

“ apa?”

“ kita pergi kedai buku kejap... saya ada baranglah nak beli. Boleh tak?” Atikah bertanya lagi. Jauh disudut hatinya berdoa agar Ifran bersetuju dengan permintaannya ini. Dia bukannya ada perkara penting sangat pun dikedai buku itu, dia Cuma mahu menghabiskan bersama-sama Ifran buat kali terakhir. Mungkin ini kali terakhir dia keluar dan bersama-sama Ifran kerana jejaka itu sudah menjadi milik Umairah sepenuhnya. Biarlah dia menggunakan masa ini sebaiknya dan jadikan ia sebagai kenangan terindah dalam hidupnya.

“ kedai buku? Dekat mana? Awak nak cari apa?” bertalu-talu soalan ringkas keluar dari corong suara Ifran. Sempat matanya mengerling wajah Atikah yang kelihatan tenang.

“  Kedai buku Popular... saya ada barang sikit nak cari dekat sana.” Jawab Atikah mudah. Ifran tanpa fikir lama terus mengangguk. Tak luak pun membantu Atikah yang memerlukan bantuannya buat masa ini. Bukankah Atikah kakak Umairah merangkap kakak iparnya!




“ tak jumpa lagi ke barang yang awak nak tu?” cetus Ifran setelah hampir 30 minit menemani Atikah menjejaki sepelusuk kedai buku Popular. Atikah yang berdiri disebelahnya sekadar menggelengkan kepala, matanya masih meliar mencari barang yang dicari.

“ Awak cari apa sebenarnya? Mari saya tolong carikan... cepat sikit jumpa barang tu kalau kita berdua yang mencari.” Tambah Ifran dengan mata yang memandang tepat ke wajah Atikah yang kelihatan berfikir.

“ tak apa If... biar saya jer cari barang tu. Awak temankan saya dah cukup.” Tolak Atikah beralasan. Padahal dia sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari, bagaimana dia mahu menjelaskannya kepada Ifran. Ifran yang sedang tegak berdiri dihadapannya mengeluh kecil, sempat matanya mengerling pada jam yang melilit pada pergelangan tangan. Sudah hampir 6.15 petang. Rindu pula dia pada Umairah setelah hampir seharian tidak bertemu wajah isteri tercinta. Sebolehnya Ifran mahu menyelesaikan cepat-cepat pencarian Atikah agar dia boleh lekas-lekas pulang ke rumah untuk menemui Umairah yang mungkin sedang memasak dirumahnya.

“ cakap jer la Tikah apa yang awak sedang cari sekarang. Lagi cepat barang yang awak nak tu jumpa, lagi cepat kita boleh balik.” Tegas Ifran agar Atikah berkongsi maklumat tentang barang diingininya itu. Wajah Atikah berubah riak. Sentap hatinya dengan kata-kata Ifran yang jelas kurang senang untuk berlama-lama dengannya. Atikah jeling wajah Ifran tajam. Sakit hati dan rasa terkilan mula bertakhta dihatinya.

“ kalau awak rasa saya ni menyusahkan awak, awak boleh balik sekarang. Tinggalkan saya sendiri dekat sini. Saya boleh cari barang tu dan balik sendiri.” Tingkah Atikah dengan wajah yang sudah mencuka. Matanya membulat membalas renungan Ifran yang berpeluk tubuh dihadapannya. Riak wajah Ifran berubah. Tak terdetik pun dihatinya menganggap membantu Atikah saat ini menyusahkan dirinya.

“ Tikah... bukan macam tu maksud saya. Saya Cuma nak tolong awak, itu jer. Okey okey okey... kalau awak tak nak cakap barang apa yang awak nak cari tu tak apa. Saya takkan tanya dan akan terus teman awak.” Ifran mengalah akhirnya. Dia malas mahu mencipta persengketaan dengan Atikah. Lagi pun dia tak tergamak untuk terus menerus melukakan hati Atikah setelah hati gadis itu disakiti dek harapan yang diberi sebelum ini. 

Dia sebolehnya mahu berbuat baik dengan apa yang termampu bagi menebus kesilapannya pada Atikah. Atikah senyum kemudiannya dengan kata-kata Ifran, sedikit sebanyak terubat rasa kecewa dengan pujukan Ifran. Matanya terus mencari barang yang tidak wujud itu, dia sebolehnya mahu bersama-sama Ifran dengan lebih lama memandangkan ini adalah kali terakhir untuknya meluangkan masa bersama Ifran sebelum dia melupakan jejaka ini sepenuhnya.

“ Aduh...” Teriak Ifran agak kuat tatkala satu batang tubuh wanita kecil molek melanggarnya tanpa sengaja. Wanita yang sedang membawa satu bungkus kertas A4 itu cepat-cepat merendahkan badannya demi mengutip bungkusan kertas A4 yang jatuh betul-betul menghempap kaki Ifran.

“ Maafkan saya...” pinta wanita itu tanpa memandang Ifran. Setelah selesai mengutip barangnya, wanita itu segara bingkas berdiri untuk memohon maaf dengan lebih sopan kepada Ifran.

“ Eh Mai...”

“ Abang.” Serentak Umairah dan Ifran bersuara. Masing-masing terkejut dengan pertembungan yang tak terduga diantara mereka.

“ If... kenapa...” belum sempat Atikah menyudahkan soalan, matanya sempat menangkap imej Umairah dihadapannya dan Ifran saat ini. Matanya membesar dek rasa terkejut dengan kehadiran adik tirinya yang tiba-tiba. Umairah yang baru sahaja ingin melebarkan senyuman pada Ifran terkaku sejenak. Kejung dirinya waktu ini apabila melihat Atikah dan suaminya bersama-sama. Matanya memandang wajah Ifran dan Atikah silih berganti. Terus api cemburu mula membara didalam jiwa, tanpa buang masa Umairah lekas-lekas meninggalkan Atikah dan Ifran. Dia tak sanggup untuk terus menerus melihat kecurangan suaminya didepan mata. Tak sangka Atikah dan Ifran masih lagi bersama-sama. Kalau dipejabat dia boleh maafkan tapi ini diluar pejabat! Apa alasan Ifran untuk keluar berdua dengan Atikah diluar waktu pejabat kalau bukan kerana mereka masih bercinta?

“ Mai... tunggu dulu.” Jerit Ifran lantang. Perasaannya menjadi gundah gulana apabila melihat Umairah berlalu pergi dengan wajah marah. Dia sudah tidak peduli sekiranya ada mata yang memandang kurang senang kearah mereka bertiga, apa yang dia tahu saat ini adalah salah faham yang terjadi perlu diselesaikan. Dia tak sanggup membiarkan Umairah beredar tanpa mendengar terlebih dahulu penjelasaannya. Baru sahaja langkah pertama diturunkan demi mengejar isteri tercinta, Ifran dapat merasakan satu tarikan kuat pada belakang bajunya. Langkah yang baru dibuka terhenti, Ifran berkalih pandang kearah Atikah dibelakangnya. Gadis itu kelihatan memegang kemas baju kemeja yang dipakainya.

“ kalau awak kejar dia sekarang, hubungan kita betul-betul putus If. Saya tak akan terima awak sampai bila-bila pon!” Ugut Atikah dengan mata mencerlung kearah Ifran. Badannya menggigil kuat demi menahan diri dari terkulai layu dihadapan Ifran. Ifran telan liur yang terasa kesat didalam tekaknya. Wajah serius Atikah dipandang lama sebelum matanya beralih kearah pintu keluar kedai buku popular. Jejak Umairah sudah lama menghilang dan Ifran tahu sudah tiba masanya dia bertegas dengan keputusan yang bakal dibuat. Antara Atikah dan Umairah dia perlu memilih hanya seorang dan dia perlu kuat dalam melawan rasa bersalah yang mungkin terhasil dek pilihan yang akan dibuat.



Atikah terduduk menahan rasa sebak yang menggila. Rintik-rintik air mata semakin laju membasahi kedua belah pipi mulusnya. Sampai hati Ifran! Sanggup Ifran tinggalkan dirinya untuk Umairah. Kini jelas lagi nyata cinta Ifran langsung tiada buatnya. Ifran betul-betul sudah beralih arah pada Umairah.

“ Tikah... Maafkan saya. Saya cintakan Mai. Kami dah berjanji untuk hidup bersama sehingga keakhir hayat yang ada. Saya tak nak menyesal lagi kerana lepaskan dia.” Sayup-sayup suara Ifran terngiang-ngiang dicorong telinganya membuatkan air mata kian galak mengalir. Begitu mudah Ifran berkata tanpa memikirkan langsung hatinya yang bakal terluka.

“ saya cintakan awak Ifran... saya tak pernah buang nama awak dari hati saya. Kenapa awak tak boleh tunggu saya? Walaupun saya selalu tolak cinta awak sebelum ni, tapi takkan awak tak boleh nampak cinta masih lagi utuh dimata saya?” soal Atikah pada diri sendiri. Matanya sudah merah dan membengkak dek penangan cintanya yang disemai selama ini kini sudah berakhir sepenuhnya. Dia sudah tidak peduli mata-mata yang memandang serong kearahnya yang terkulai layu didalam kedai buku popular ini. Mereka yang memandang tidak tahu bertapa hancur hati dan perasaannya kerana cinta Ifran yang sudah beralih arah.


“ mungkin ini balasan untuk aku! Mungkin ini kifarah dosa-dosa aku yang terlalu mementingkan diri sendiri selama ini. Hanya kerana cemburu buta, aku tergamak sakitkan hati Mai. Kerana pentingkan diri sendiri, aku sanggup rampas Ifran darinya. Mungkin kalau aku sedar diri lebih awal, pasti aku tak akan sekecewa ini.” Gumam Atikah didalam hati. Perlahan-lahan dia mula sedar dengan kesilapan sendiri. Dia mula teringatkan dosa-dosa dimasa silamnya. Kerana cemburukan Ifran dan Umairah yang terlalu rapat semasa dia bergelar kekasih Ifran, dia sanggup sakitkan hati Umairah dengan merebut kasih abah mereka. 

Dia sengaja mendekati ayahnya demi menyakitkan hati Umairah malah tragedi kemalangan motosikal itu juga salah satu helahnya. Dia sememangnya sudah tahu motosikal itu bermasalah, tetapi dia paksa juga Umairah menaiki motorsikal itu bersamanya. Dan kesannya, mereka kemalangan! Ayah yang tidak tahu hujung pangkal mengamuk dan memarahi Umairah kerana wanita itu yang membawa motosikal berkenaan. Pada malam itu, ayah hanya bersamanya tanpa menjenguk Umairah yang turut terlantar kesakitan. Dia yakin tragedi itulah menjadi titik hitam dalam persahabatan antaranya dan Umairah.

 Dia tidak sangka senekad itu Umairah berdendamnya. Namun semua itu bukan salah Umairah seratus peratus! Semua itu berpunca darinya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Dan kini, dia sudah mendapat balasan yang setimpal. Dia bukan sahaja kehilangan kasih Ifran malah Umairah juga sudah lama meninggalkannya sendiri.

No comments:

Post a Comment