IKLAN NUFFNANG

Friday, August 31, 2018

REVIEW TENTANG CARLTON INN BUKIT UBI, KUANTAN PAHANG

hai semua...

seperti yang Eniey janji dalam entri yang lepas, Eniey ada cerita tentang Carlton Inn terletak di Bukit Ubi di Kuantan Pahang. ceritanya begini, Eniey sejak masuk tahun 2018 ni asyik tertekan dengan masalah kerja dan peribadi. untuk kekalkan diri ini sentiasa dalam keadaan baik dari segi fizikal dan mental banyak la aktiviti bercuti secara solo dilakukan oleh Eniey sepanjang tahun ini. destinasi kegemaran Eniey adalah Kuantan. apa alasannya, salah satunya ianya tidak jauh dari tempat Eniey bekerja sekarang ( memakan masa selama 3 jam kalau drive), tempat yang membangun namun tidaklah sesibuk kotaraya Kuala Lumpur.

tempat Eniey berkhidmat sekarang ini agak dipedalaman, sebab tu Eniey suka ke tempat yang sibuk seperti Kuantan untuk melepaskan tekanan yang melanda. okey berbalik pada tajuk entri kali ini, sepanjang lebih dari setengah tahun Eniey berulang alik ke Kuantan untuk berjalan-jalan memang kerap kalilah Eniey bermalam di sana kerana penat memandu ( 3 jam pergi sahaja), dan Eniey memang Eniey nak tidur di hotel atau rumah tumpangan ( untuk merasa nikmat aircond, bilik dan bilik air yang bersih).

kali ini, bila ke Kuantan Eniey booking tempat bermalam di Carlton Inn melalui laman booking.com untuk tempoh 2 malam. Eniey memang suka bermalam lebih dari satu hari supaya badan dapat rehat yang secukupnya. dengan harapan pada hari isnin tiada lagi istilah monday blues dalam hidup Eniey. apa yang menariknya, harga bilik yang Eniey booking di Carlton Inn sangat berpatutan pada amatan Eniey. Eniey hanya perlu membayar Rm 137.80 bagi penginapan 2 malam yang mana bermaksud kadar bagi satu malam ialah  Rm 68.90 sahaja.

untuk memudahkan pembaca, Eniey akan senaraikan segala kebaikan yang Eniey nampak pada pandangan Eniey ketika bermalam disana.

  1. senang dicari. kedudukannya betul-betul ditepi jalan besar. Eniey cari pakai waze, alhamdulillah untuk pemandu kurang berkaliber macam Eniey tetap merasakan Carlton Inn mudah untuk dicari.
  2. mudah untuk parkir kereta.
  3. penyambut tetamunya yang mesra. tapi yang ini Eniey tak mampu beri jaminan sebab Eniey disambut oleh tuan empunya tempat penginapan (pendapat Eniey sahaja sebab Eniey terdengar cleaner panggil penyambut itu dengan panggilan bos. penyambut tetamu itu seorang lelaki yang mungkin berusia lebih 40 tahun).
  4. kebersihan disekitar kawasan yang memuaskan (Eniey bagi 7.5/10)
  5. ada lift (bangunan 3 tingkat)
  6. disediakan tempat menggosok baju dan seterika, water cooler (ada air panas dan sejuk) disetiap aras bangunan.
  7. bilik Eniey katil queen. keluasan bilik ok (9/10), bilik bersih (8/10), penyaman udara berfungsi dengan baik.
  8. didalam bilik terdapat sebauh katil queen, penyaman udara, televisyen, jug pemanas air, cawan dan bahan minuman, 
  9. toilet sangat luas, semua perkakas didalam bilik air berfungsi dengan baik (9.5/10).
  10. kemudahan wifi disediakan.

cuma, apa yang Eniey perhatikan didalam bilik Eniey tinggal itu tiada almari disediakan. pakaian/tuala boleh disidai pada ampaian yang disediakan jadi bagi orang yang melancong secara solo seperti Eniey, perkara itu bukanlah suatu masalah yang besar. jadi Eniey harap perkongsian Eniey menjadi perkongsian bermakna untuk korang yang baca entry ini. dan percayalah, Eniey tidak dibayar mahu pun mengenali secara peribadi pemilik Carlton Inn. apa yang Eniey tulis ini adalah ikhlas dari hati Eniey yang gembira sekiranya dapat berkongsi perkara bermanfat dengan pembaca sekalian. Eniey juga memohon maaf sekiranya, ada yang tidak setuju dengan pendapat Eniey tentang Carlton Inn atau pun agak kecewa dengan review ini setelah menginap sendiri disana. sebelum menamatkan entri ini, ingin Eniey ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 61. #sayangiMalaysiaku.

JOM DIET ATKINS SAMA-SAMA

hai...

Eniey perasan (memang yer pon) badan Eniey dah makin mengembang. berat pon nampaknya dah naik berkilo-kilo. semua tu mungkin sebab Eniey selalu cheat bila diet Atkins. jadi hari ini, dengan semangat yang berkobar-kobar Eniey berazam untuk mula semula diet Atkins versi ketat agar dapat semula berat Eniey setahun yang lepas.

Eniey bukan apa, kawan-kawan sekerja Eniey yang dahulunya menggajah kini sudah semakin mengecil. malu Eniey sebagai ratu diet tetapi badan makin lama makin bersaiz tong dram. harapnya diet Eniey kali ini benar-benar berjaya. target Eniey kali ni nak buat sebulan ( biasa endingnya diskaun 50 percent jadi 2 minggu je). harap tiada aral la yang mengganggu kali ini. masalah Eniey untuk diet ada dua je: balik kampung/ atau berjalan2 bercuti dan STRESS. Eniey kalau tertekan, mahu semua jenis makanan nak telan. Stress katanya. memang dasar pelahap! harapnya Eniey berjayalah percubaan untuk kali ke 2 juta ni.

ikut dalam perancangan Eniey, tarikh diet akan berlangsung pada 2/9/2018 iaitu pada hari ahad (lusa). sebab apa bukan esok, sebab Eniey tak habis menggajah lagi. makan dulu puas-puas, lusa nanti Eniey diet. harap sangat Eniey berjaya. Amin. kalau ada yang baca blog Eniey dan bercadang untuk diet sekali Eniey doakan korang pon berjaya menempuhi hari-hari diet yang mendatang. dalam kepala Eniey dah ada menu untuk seminggu. rancangan Eniey, untuk minggu pertama Eniey nak makan sup ayam je. dalam sup tu nak masuk sayur hijau siap-siap (dah nampak ciri-ciri pemalas tahap kritikal). harapnya, tekak ni lalu la nak makan sup tu nanti. Eniey bukannya malas nak masak menu lain, tetapi sebab Eniey dah selalu sangat masak menu Atkins jadi tekak ni dah mula mual bila fikir menu2 yang biasa Eniey buat waktu diet. jadi kali ni Eniey nak buat versi low profile je. makan sup ayam bersama sayur hijau je untuk tempoh seminggu pertama. minggu yang berikutnya mungkin Eniey akan ubah versi atkins yang kurang ketat.

untuk persediaan awal, Eniey dah tempah siap-siap ketone strip dari Shopee.My. kalau ade yang nak tahu pasal apa ketone strip tu dan apa kaitannya dengan diet atkins, nanti Eniey cerita lagi di entry yang berikut. sebab apa Eniey beli benda ni supaya diet Eniey sentiasa on track, tak mudah terbabas. kurang-kurang dengan adanya ketosis ( nanti Eniey cerita pasal ni dalam entry ketone strip) Eniey bersemangat sikit nak diet dan sayang sikit nak cheat. jadi, sesiapa yang baca luahan Eniey nih minta tolong doakan Eniey berjaya mendiet lalu mengurus dengan jayanya.

Insyaallah kalau ada kelapangan Eniey akan cerita tentang ketosis dan ketone strip dalam entri berikut. sesambil tu, rasanya pengunjung blog Eniey memang sedia maklum yang Eniey ni kaki berangan. untuk pengetahuan korang, Eniey dalam proses mencipta manuskrip (poyo je, padahal karangan je pon) kisah cinta yang baru. doa-doakan Eniey rajin, bersemangat, bermotivasi, dan mempunyai idea yang mencurah-curah untuk mengarang kisah romantik tersebut. dan Insyaallah, Eniey akan kongsikan kisah itu kalau ada yang sudi membaca. itu je coretan ringkas hari ni. bye2...

selingan: sesiapa yang berminat nak bermalam di kuantan, Pahang. Eniey nak syorkan korang menginap di carlton Inn ( jangan kata Eniey dibayar oleh empunya hotel ni). nanti ada masa Eniey up entry tentang hotel ni. ok adiossss.

Monday, August 27, 2018

KOREAN DRAMA 2018- RISKY ROMANCE

Hellooooo semua...

ada peminat Kdrama tak disini? kalau ada jom Eniey nak share cerita yang tengah Eniey tonton. kalau diikutkan, banyak Kdrama yang Eniey nak cerita pada korang. tapi untuk entry kali ni Eniey nak cerita tentang Risky Romance. status cerita ni adalah ongoing buat masa ini. tapi jangan risau, sekarang cerita ni berada di episod 17-18 ( 9 episod) dan tak salah Eniey cerita ni hanya ada 32 episod (16 episod).

sebab apa Eniey nak share pasal cerita ni. sebabnya adalah Eniey tengah layan drama ni dan bagi Eniey drama ni sangat menarik. agak cliche (korean drama gaduh2 lepas tu jatuh cinta) tapi tetap buat Eniey tak sabar-sabar untuk melayan cerita ni disetiap minggu. pelakonnya utamanya adalah Ji Hyun Woo dan Lee Si Young. apa yang menariknya cerita ini adalah berkaitan tentang dunia perubatan, hormon dan trauma. kisahnya adalah, Han Seung Joo ( Ji Hyun Woo) adalah doktor yang sangat hebat dan dikagumi ramai. setelah mengalami kemalangan yang meragut nyawa sahabat baiknya sikap Han Seung Joo mula berubah. Han Seung Joo menyalahkan Joo In A (Lee Si Young) atas kematian sahabat baiknya itu. satu demi satu salah faham yang berlaku antara mereka. namun tanpa sedar mereka mula rapat dan jatuh cinta. ok itu je yang Eniey boleh kongsikan. dan selebihnya korang kena tonton sendiri. setakat 9 episode (17-18) yang Eniey tonton ni, Eniey sangat teruja dan syorkan kalau korang nak tonton juga.

apa yang lebih menarik, dalam cerita ni bukan sahaja ada kisah percintaan hero dan heroin. malah terdapat beberapa pasangan tambahan lain yang turut menyerikan drama ini. jadi, memang tak rugi kalau layan drama ni. korang kalau nak tahu lebih lanjut pasal drama ni boleh pergi ke http://asianwiki.com/Risky_Romance. harap perkongsian ini dapat membantu korang yang tengah tercari-cari Kdrama yang terbaru dan boleh dilayan waktu senggang.

Sunday, August 26, 2018

LIRIK LAGU DIMATAMU - SUFIAN SUHAIMI

tengah enak melayan perasaan, tetiba lagu Sufian Suhaimi berkumandang pula ditelinga. buat mood jiwang makin menguat. jadi sesambil baring-baring melayan perasaan, Eniey merajinkan diri menaip lirik lagu yang cukup bermakna dihati Eniey ini. selamat berjiwang semua.

DIMATAMU - SUFIAN SUHAIMI

Apakah kau cuba untuk menentukan
Keikhlasan hatiku padamu
Betapa ku mencuba
Mendapatkan secebis kasihmu

Apakah kau tak mampu
Untuk menentukan
Diantara kaca dan permata
Betapa telahan mu
Memaksaku mengundurkan diri

chorus...

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu di dunia ini
Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu dan memilih dia
Dan ku tersandar begini
Meratapi hati yang telah dilukai
Aku sedar
Betapa hinanya ku dimatamu

Namun jika ku diperlukan 
Dan diterima
Izinkan ku menagih kasihmu
Namun jikaku ditolak tak diperlukan
Buang segala tentangku

ulang chorus...

Lirik Lagu Kita Punya Malaysia - Bunkface

Sempena bulan kemerdekaan, Eniey akan share lirik lagu Kita Punya Malaysia nyanyian kumpulan Bunkface. lagu ini merupakan lagu tema hari kemerdekaan Malaysia Ke 61.

Kita Punya Malaysia - Bunkface

31 8 57
ooh oooh ooh
Perjuangkan
Pertahankan tanah airku
ooh ooh ooh

chorus...
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan... Merdeka
Bangkit semua demi negara
Selamanya...
Kita Merdeka!
Sayangi Malaysiaku (2x)
Tanah airku... ini kita punya
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu suara laungkan... Merdeka

Jangan lemah bangunlah
Buat baru semula
oooh oooh oooh
Percayalah hari ini
Kita punya

ulang chorus...

Kita merdeka
Sayangi Malaysiaku (2x)
Tanah airku... ini kita punya
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu suara laungkan... Merdeka
Sayangi Malaysia ku
Sayangi Malaysia
Satu suara laungkan
Ini kita punya.