Bab 39
Zizie dan Haikal memandang Umairah dengan mata yang
sedikit membesar. Wajah serba salah Umairah ditatapnya dengan rasa aneh. Pelik!
Itulah yang berlegar diminda mereka saat ini. kenapa Umairah membawa Ifran
dalam berjumpaan mereka bertiga.
“ sorry aku lambat...” tutur Umairah sambil menarik
kerusi direstoren dengan riak bersalah. Ifran disebelahnya duduk tanpa
dijemput.
“its okey... kami pun baru sampai. Tak order apa-apa pon
lagi.” jelas Zizie sekaligus mahu menghilangkan rasa bersalah yang mula
bertapak dihati Umairah. Wajah Ifran dan Umairah ditatap silih berganti. Timbul
tanda tanya dihati Zizie tentang kondisi hubungan Ifran dan Umairah kini.
“ aku mengganggu korang ke?” tegur Ifran perlahan apabila
riak Zizie dan Haikal seperti kurang senang dengan kehadirannya. Cepat-cepat
kedua insan itu menggeleng kepala mereka menolak tekaan Ifran yang sememangnya
tepat.
“ tak adalah! Why not kau sertai perjumpaan kami, kau kan
suami Mai.” Balas Zizie lembut. Dia sekadar tersenyum mesra kepada Ifran agar
jejaka itu tidak terasa diasingkan diantara mereka. Haikal yang duduk setentang
dengan Ifran hanya mampu menjeling geram kearah jejaka itu, kurang senang
melihat wajah Ifran yang acap kali menyibuk dalam pertemuaanya dan Umairah.
Sangkanya hanya Umairah yang datang untuk memeriahkan perjumpaan pertama mereka
bersama Zizie selepas tamat pengajian, rupanya lelaki ini pun hadir tanpa
dijemput. Memang dasar tak malu!
“ ooo ingatkan tak boleh. Haikal jeling aku semacam jer,
was-was aku dibuatnya.” Sela Ifran selamba, sempat menembak Haikal yang masih
mempamerkan wajah mencuka. Haikal hanya tersenyum kelat, sedar dirinya tiada
kuasa dalam menghalang Ifran dari merosakkan temujanji mereka bertiga.
“ tak ada apa-apa la If... kalau Mai jemput kau maksudnya
kitorang pun jemput kau la datang sini. Kau sekarang apa cerita? Kerja dekat
mana?” Zizie sekadar berbasa basi. Umairah yang duduk disebelah Ifran sekadar
menadah telinga mendengar sesi wawancara Zizie dan Ifran.
“aku kerja dengan ayah aku... syarikat produk kicap.”
Jelas Ifran ringkas. Zizie membulatkan bibirnya tanda mengerti dengan
penerangan jejaka itu. sememangnya dia sudah mengetahui keluarga Ifran mempunyai
sebuah syarikat penghasilan kicap yang agak besar.
“ dengar cerita Tikah kerja dengan kau? Betul ke?” soal
Zizie lagi. Ifran sekadar mengangguk kecil. Mengiakan pertanyaan Zizie padanya.
“ ooo... kalau macam tu nanti kirim salam aku dekat dia.
aku tak jumpa pon dia lagi lepas habis belajar. Rindu pulak dekat minah tu.”
Pesan Zizie dengan senyuman nipis. Sekali lagi kepala Ifran menggangguk kecil
dengan permintaan mudah daripada Zizie.
“ kakak, abang nak makan apa?” tegur pelayan yang kini
terpacak disisi meja dekat dengan Haikal.
“ bagi kami nasi putih 4 pinggan, tomyam campur 2
mangkuk, telur dadar dan siakap 3 rasa.” Putus Haikal setelah mereka berempat
mencapai kata sepakat.
“ sambal belacan sekali yer dik.” Pinta Umairah pula.
“ Minum?” soal pelayan yang berusia belasan tahun itu.
“ satu jug jus oren.” Sambung Haikal. Setelah selesai
menyalin segala pesanan, pelayan itu segera ke dapur restoren itu untuk
menyiapkan tempahan pelanggan. Suasana antara Umairah, Ifran, Zizie dan Haikal
sunyi sepi. Masing-masing ketandusan idea untuk berbual memandangkan kehadiran
Ifran dalam temujanji mereka saat ini.
“ kau bila lagi naik pelamin dengan Rashid tu Zie?” soal
Haikal perlahan sekaligus cuba mengusir rasa canggung antara mereka berempat.
Selain itu dia juga sememangnya mahu mengorek cerita dari temannya yang sudah
lebih setahun tidak ditemui. Riak wajah Zizie berubah, begitu juga Umairah.
Hanya Haikal dan Ifran yang tidak mengerti dengan reaksi kurang senang yang
dipamerkan oleh kedua wanita itu.
“ kami dah putus.” Jawab Zizie seselamba yang mungkin.
Meski pun timbul rasa sedih jauh disudut hatinya, namun dia sudah dapat
menerima perpisahan yang berlaku antaranya dan kekasih kira-kira 6 bulan yang
lalu. Rashid lelaki yang dicintainya itu tegar meninggalkannya demi wanita yang
baru dikenali dan kini mereka dalam proses perkahwinan. Haikal gamam sekejap.
Timbul rasa simpati dan bersalah didalam hatinya.
“ ooo... sorry aku tak tahu pun.” Jawab Haikal serba
salah. Zizie sekadar tersenyum, dia tidak ambil hati. Haikal tidak melakukan
sebarang kesilapan pon padanya, jadi dia tiada sebab untuk marah. Tentang
masalah peribadinya, biarlah dia sendiri yang selesaikan.
Setelah hampir 10 minit bersembang, makanan yang dipesan
telah pon tiba. Ifran, Umairah, Zizie dan Haikal mula menjamah makanan
tengahari yang terhidang. Umairah menarik mangkuk kecil yang berisi sambal
belacan dekat dengannya, sudah lama rasanya tak makan pedas. Al maklumlah
perutnya cukup sensitif dengan rasa pedas.
“ jangan makan sambal belacan...” tegur Ifran seraya
mengalih mangkuk kecil berisi sambal belacan jauh dari Umairah. Kata-kata Ifran
yang kedengaran agak tegas itu mengundang tanda tanya dihati Haikal dan Zizie.
Masing-masing mula memasang mata melihat aura pergaduhan yang kelihatan mula
berputik diantara Ifran dan Umairah.
“ laa kenapa pulak... Mai kan yang pesan tadi, kenapa tak
boleh makan pulak.” Sela Umairah kurang senang. Dia cuba merampas bekas berisi
sambal belacan yang masih lagi dipegang Ifran, namun tak berjaya. Panjang
tangan mereka jelas berbeza!
“ tak boleh! Mai kan ada gastrik. Mana boleh makan
pedas-pedas.” Jelas Ifran lebih tegas. Tidak mahu memberi ruang dan peluang
kepada Umairah daripada cuba menarik simpatinya. Umairah tarik wajah mencuka.
Tidak suka sikap Ifran yang pandai-pandai mengatur hidupnya.
“ ala... bukan pedas mana pon. Mai ambil sikit jer nanti.
Bagilah sambal tu.” Minta Umairah lagi. Haikal dan Zizie hanya memandang
gaduh-gaduh manja antara Umairah dan Ifran. Zizie hanya tersenyum kecil
manakala Haikal tayang wajah geram! Sakit mata pula dia melihat kemesraan yang
ditonjolkan pasangan ini. nampak macam bergaduh tapi sebenarnya mereka sedang
berkasih sayang. Perasaan cemburu mula meluap-luap di dalam hatinya, kali ini
kemesraan mereka kelihatan lebih normal, tidak nampak seperti dibuat-buat.
“ no! Nanti kena gastik lagi macam mana?” soal Ifran demi
menyedarkan Umairah. Dia buat semua ini untuk kesihatan Umairah juga, dia tak
sanggup melihat Umairah diserang gastrik gara-gara tidak menjaga pemakanannya.
Cukuplah sekali Umairah pengsan didepannya kerana gastrik.
“ Mai... Ikut je la cakap Ifran tu. Nanti kalau kau kena
gastrik, laki kau jugak yang susah.” Sampuk Zizie sekali gus cuba meleraikan
pertelingkahan suami isteri dihadapannya. Umairah tarik muka 14. Dia akhirnya
mengalah sahaja sambil menyuap mulut dengan nasi putih berlauk tomyam itu.
Zizie senyum kecil, dipandang wajah Umairah didepannya
yang sibuk menyapu mulut menggunakan tisu. Haikal hilang ketandas, begitu juga
dengan Ifran. tinggallah mereka berdua melegakan perut yang kekenyangan.
“ yang kau tersengih-sengih daripada tadi ni kenapa?
Buang tebiat?” tempelak Umairah yang dilanda rasa aneh melihat senyuman dibibir
Zizie yang tak berkesudahan dari awal pertemuan mereka hingga ke sekarang.
Zizie melebarkan senyumannya. Kelakar dia melihat reaksi Umairah yang memandang
pelik kearahnya.
“ cakap tak cinta tapi mesra habis korang berdua...”
cetus Zizie perlahan membuatkan dahi Umairah berkerut seribu. Kurang mengerti
dengan kata-kata Zizie yang tiada hujung pangkal.
“ kau cakap pasal apa ni?”
“ buat-buat tak paham pulak... kau dengan Ifranlah. Mesra
bukan main, konon tak bercinta. Tapi aku tengok mengalahkan orang bercinta. Ke
korang dah berbaik?” soalan dari Umairah dibalas soalan jua. Semakin rasa
teruja Zizie ingin mengetahui status hubungan Ifran dan Umairah yang jelas
kelihatan bahagia. Langsung tak seperti 2 tahun yang lalu dimana masing-masing
galak bercakar antara satu sama lain. Umairah ketawa kecil, cuba menutup
perasan gelabah dalam diri.
“ hish kau ni... mana ada. Tadi kitorang berlakonlah. Aku
dengan dia kalau depan Haikal memang selalu berlagak suami isteri paling romantik.”
Tingkah Umairah yakin agar Zizie tidak salah mengerti dengan kemesraan yang
ditonjolkan oleh Ifran dan dirinya sebentar tadi. Memang Ifran begitu, kalau
didepan Haikal selalu sahaja lelaki itu memanggilnya sayang dan cuba
bermanja-manja dengannya. Tapi dia tahu itu semua lakonan sahaja. Tak lebih
daripada itu.
“ no no no Mai... yang bersayang abang semua tu memang
aku tahu korang berlakon. Tapi cara dia layan kau, cara dia pandang kau dan
cara dia jaga kau memang terserlah yang dia sayangkan kau. He loves you! Aku
yakin dengan apa yang aku lihat. Kau pon sama. Cara kau bereaksi dengan dia pon
boleh nampak yang kau sayangkan dia. betulkan?” duga Zizie mula serius dengan
kata-kata sendiri. Melihat cara Umairah dan Ifran berinteraksi seketika tadi buat
dirinya yakin bahawa perkahwinan temannya ini masih boleh diselamatkan.
“ tak adalah Zie... dia tu memang pandai berlakon.” Tolak
Umairah tenang. Namun, kata-kata Zizie itu sedikit sebanyak membuatkan jiwanya
bergetar. Alangkah indahnya kalau Ifran betul-betul mencintainya seperti yang
dituduh Zizie.
“ jangan tipu aku la Mai... mungkin aku salah tentang
perasaan Ifran pada kau tapi aku yakin yang kau sayangkan dia. aku dah kenal
kau lama Mai, dari tahun pertama kita di Universiti sampai sekarang. Aku pun
bukan tak pernah ada pengalaman bercinta jadi aku yakin yang kau sayangkan dia.
cara kau renung dia pon dah boleh nampak cahaya cinta tu.” Jelas Zizie lembut
cukup menyentuh sanubari Umairah yang kelihatan termenung kosong kearah
gelasnya yang masih berisi jus oren.
“ memang aku sayangkan dia tapi aku bertepuk sebelah
tangan jer.”
“ aku pasti dia pon sayangkan kau la Mai... kalau tak,
tak adanya dia nak mengikut kau datang jumpa aku dan Haikal. Gaya dia ambil
berat pasal kau tadi pon dah boleh baca perasaan dia terhadap kau macam mana.” Umairah
mengeluh kecil. Kata-kata Zizie yang cukup berkeyakinan itu buat jiwanya mula
menaruh harapan kembali. Lagi-lagi mengenangkan layanan Ifran yang cukup baik
padanya dua tiga menjak ini. Namun semua itu tidak lama, dia tidak mahu
kenangan 3 tahun lalu berulang kembali. Dia tak mahu terlalu cepat perasan
sedangkan Ifran tidak pernah berkata apa-apa.
“ kau tak nak berusaha ke selamatkan perkahwinan korang?”
soal Zizie apabila melihat Umairah diam sahaja. Umairah angkat wajahnya yang
setia menunduk lalu dipanah anak matanya kearah Zizie. Persoalan Zizie
kepadanya buat lidahnya kelu tanpa bicara.
“ nak selamatkan macam mana?” balas Umairah dengan riak
tidak yakin.
“ luahkan perasaan kau pada dia dan berhenti berfikir
tentang penceraian.”
“tak masuk akallah Zie... dia tu terang-terang masih
bercinta dengan Tikah dan bencikan aku sebab menjadi pemusnah hubungan diorang
berdua. Kalau aku luahkan perasaan, buat jadi bahan gelak dia adalah.”
“ bencikan kau? Kalau dia bencikan kau Mai tak adanya dia
jaga pemakanan kau macam tadi tu... silap-silap nak pandang kau pon dia tak
mahu. Kau dah lupa macam mana dia layan kau masa awal korang kahwin dulu? Yang
tu baru kita panggil benci. Sekarang ni aku tak nampak langsung dia bencikan
kau. Sayang tu adalah! Pasal Tikah... macam mana kau boleh yakin sangat diorang
masih bercinta? Aku tak rasa Tikah akan terima Ifran selagi Ifran tu jadi laki
kau.” Panjang lebar Zizie berkata demi mematahkan hujah Umairah.
“ dulu dia pernah tinggalkan aku semata-mata nak berjumpa
Tikah... tak cukup ke kenyataan itu membuktikan dia masih sayangkan Tikah.”
Umairah mula mengungkit kisah kejadian di Tesco beberapa bulan yang lalu.
Mengingatkan kenangan itu sahaja buat hatinya terbakar menahan rasa cemburu.
“ dulu tu bila?”
“ adalah dalam 2 bulan yang lepas...”
“ 2 bulan lepas? Hei Mai... tu cerita lamalah. Dalam 2
bulan tu macam-macam boleh berlaku dalam hati Ifran tu. Lepas pada tu ada lagi
ke diorang keluar berdua?”
“mestilah ada... diorang tu kan kerja satu syarikat.
Hari-hari kot jumpa.” Pintas Umairah cepat.
“ jumpa dekat tempat kerja lain dengan jumpa dekat luar
Mai... dekat tempat kerja mestilah diorang profesional. Takkan nak mengedik
bercinta pulak.” Sangkal Zizie penuh keyakinan. Umairah diam sejenak. Dia
pandang wajah Zizie yang turut merenung kearahnya.
“ manalah kita tahu kot-kot diorang bercinta dekat tempat
kerja.”
“ jadi... kau tak pastilah yang diorang bercinta atau
tidak.”tembak Zizie sekaligus memberi harapan baru kepada Umairah.
“beginilah Mai... kalau kau betul sayangkan dia,
sayangkan perkahwinan korang apa kata kau berkorban sikit rasa malu dan sikap
ego kau tu. Tak rugi pun kau luahkan perasaan pada dia... Ifran tu bukan orang
lain pon, suami kau jugak. Sekurang-kurangnya kau dah berusaha selamatkan
perkahwinan korang daripada duduk berserah jer.” Nasihat Zizie sambil
menggenggam erat jemari Umairah agar nasihat itu sampai ke dasar hati wanita
itu. Wajah berkerut Umairah dipandang dengan senyuman nipis. Dia yakin dengan
firasatnya, hubungan Ifran dan Umairah masih ada harapan untuk diselamatkan.
Tetapi semua itu perlukan pengorbanan bukannya datang bergolek!
Ifran menyandar
badannya yang tinggi lampai itu pada dinding dekat dengan tandas lelaki. Dia sebenarnya
sedang menanti Haikal kerana ingin membincangkan sesuatu perkara yang mustahak
dengan lelaki itu. tak sampai 5 minit muncul Haikal yang sedang mengelap
jemarinya dengan tisu yang diambil dalam tandas itu tadi.
“ Haikal...” Sergah Ifran sekaligus mahu menyedarkan
lelaki itu tentang kewujudannya di tepi tandas itu. Haikal yang baru sahaja
membuka langkah untuk ke meja makan mereka berempat menghentikan langkah.
Berkerut dahinya apabila melihat suami Umairah tetiba sahaja muncul dan
memanggilnya.
“ kenapa?” soal Haikal aneh. Namun dia yakin pasti ada
sesuatu yang penting ingin diperkatakan Ifran kepadanya. Kalau tak, pasti
jejaka itu tidak akan melangut didepan tandas untuk bercakap dengannya.
“ aku ada hal penting nak cakap dengan kau... jom kita ke
sana sekejap...” ajak Ifran sambil menunjukkan kearah satu ruang yang dikhaskan
untuk perokok untuk merokok. Haikal setuju sahaja tanpa banyak soal. Dia pasti
perbualan yang bakal mereka bincangkan sebentar lagi ada kaitan dengan Umairah.
“ apa dia?” tanpa tunggu lama terus Haikal menyoal Ifran
yang kini tegak dihadapannya.
“ aku nak kau berhenti mengacau hidup Umairah lepas
ni...” arah Ifran tegas. Wajahnya menatap serius kearah Haikal agar lelaki itu
mengikut kemahuannya. Haikal senyum sinis, seakan tidak peduli dengan kata-kata
Ifran padanya.
“ kenapa? Salah ke aku cuba menambat hatinya.”
“ mestilah salah! Dia isteri aku. Aku tak suka orang lain
kacau isteri aku. Aku rasa kau pun mesti faham perasaan tu.”
“ memang dia isteri kau tapi hubungan korang tak akan
lama... korang dalam proses bercerai. Aku bukan bodoh mudah tertipu dengan
lakonan korang yang berlagak bahagia didepan aku selama ni. Aku tahu korang
belum berbaik dan kau masih lagi bersama dengan kekasih kau tu kan. So, tak ada
sebab kau nak halang aku dari mendapatkan cinta Umairah sedangkan kau sendiri
dah ada kekasih lain dekat luar.” Sela Haikal cukup yakin. Dipandang tepat anak
mata Ifran yang kelihatan kurang senang dengan jawapannya.
“ aku akui memang kitorang berlakon bahagia depan kau dan
memang aku dengan dia belum berbaik. Tapi aku dah bertekad untuk jadikan
Umairah isteri aku selagi aku masih bernafas diatas muka bumi ini. aku cintakan
dia, dan aku nak selamatkan perkahwinan kami.” Jelas Ifran menerangkan duduk
perkara sebenar. Haikal yang menadah telinga tersentak. Berdebar-debar
jantungnya mendengar jawapan Ifran yang kedengaran ikhlas dan jujur.
“ nonsense! So, macam mana dengan kekasih kau tu?” soal
Haikal dengan perasaan yang semakin berkecamuk. Terasa impiannya untuk
menggapai cinta Umairah kian menjauh.
“ aku dah putus sepenuhnya dengan dia... aku dah beritahu
dia perasaan sebenar aku terhadap Umairah dan dia mengerti. Memang selama ini
pun dia tak pernah terima aku selepas aku dah berkahwin dengan Umairah.” Haikal
merengus perlahan. Perasaannya jadi sakit mendengar penjelasan Ifran yang
kedengaran begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan Umairah sebagai isterinya
yang sebenar.
“ jadi aku harap kau faham perasaan aku dan berhenti
kacau Umairah...” Minta Ifran kemudiannya. Haikal yang sedang menimbang segala
bait bicara Ifran menjeling geram kearah lelaki itu.
“ kenapa aku mesti mengalah hanya kerana perasaan kau
yang dah berubah terhadap Umairah. Kau sahaja yang cintakan dia, tak semestinya
Umairah pun cintakan kau. Aku hanya akan berhenti merebut cinta dia kalau dia
betul-betul sukakan kau.” Tempelak Haikal seraya meninggalkan Ifran sendiri
didalam ruang merokok itu. dia mahu segera menemui Umairah dan Zizie seterusnya
menghentikan perbualan antaranya dan Ifran. permintaan Ifran yang agak melampau
itu sedikit sebanyak membuatkan jiwanya menggerutu sendiri. Dia tidak akan
mengikut kemahuan Ifran sedangkan semudah itu!
Bab 40
Setelah hampir dua jam meluangkan masa bersama, akhirnya
mereka berempat mula berpisah demi meneruskan tanggungjawab masing-masing.
Umairah membenamkan badannya dalam kereta milik Ifran selepas bersalam-salaman
dengan Zizie. Suasana bisu menyelubungi antara Ifran dan Umairah meski pun
hampir 5 minit pemanduan dijalankan. Masing-masing ligat dengan pemikiran
sendiri. Tanpa diduga Ifran tiba-tiba sahaja menghentikan keretanya dibahu
jalan. Tingkah jejaka itu mendatangkan rasa aneh dihati Umairah.
“ kenapa kau tetiba je berhenti?” soal Umairah dengan
dahi yang mula berlapis-lapis. Wajah Ifran yang kelihatan agak berserabut
dipandang dengan rasa ingin tahu. Timbul rasa risau didalam pelipat hatinya
melihat kondisi Ifran yang berubah rentak dengan tiba-tiba.
“ aku tak boleh nak drive! Hilang fokus permanduan.”
Tutur Ifran perlahan sambil meraup wajahnya agar dirinya lebih tenang. Umairah
menambahkan kerutan didahi, makin risau hatinya melihat keadaan Ifran sebegitu.
Pantas jemarinya menyapu pada dahi Ifran, mungkin Ifran tidak sihat!
“ kau tak sihat ke? Kalau macam tu biar aku yang
drive...” tawar Umairah sambil tangannya meraba dahi Ifran. Ifran hanya
mengeluh kecil, jemari Umairah yang menyentuh dahinya dicapai dan digenggam
erat. Umairah telan liur yang terasa kesat dikerongkong, perbuatan Ifran saat
ini buat jiwanya jadi tidak tenteram, jantungnya berdegup kencang seakan-akan
mahu terkeluar dari dadanya.
“bukan itu maksud aku... maksud aku sekarang adalah...”
kata-kata Ifran tergantung tanpa bersambung buat Umairah semakin
tertanya-tanya. Riak Ifran yang kelihatan tidak tenteram dipandang lama.
“ maksud kau apa?” soal Umairah setelah diam untuk
beberapa detik. Wajah Ifran yang hanya menunduk dihadapannya dipandang
dalam-dalam. Tak pernah dia melihat reaksi Ifran yang sebegini. Biasanya lelaki
ini sentiasa kelihatan yakin dan bersahaja. Bukannya seperti sekarang! Ifran
tarik nafas dalam-dalam. Cuba menyalurkan sumber keberanian dan kekuatan dalam
diri. Dia perlu berani, dia perlu kuat untuk menyatakan isi hatinya kepada
Umairah. Sampai bila dia dan Umairah perlu main tarik tali. Dia tak nak
kehilangan Umairah buat kali kedua. Lagi-lagi apabila melihat Haikal yang jelas
cuba mengganggu gugat rumah tangganya.
“ sampai bila kita nak hidup macam ni Mai?” soal Ifran
ringkas. Matanya menatap lama kedalam anak mata Umairah yang kelihatan terkedu
dengan pertanyaannya. Umairah telan liur berkali-kali, sesak nafasnya dengan
kata-kata Ifran yang mendadak itu. muncul pelbagai andaian yang bermain
dimindanya waktu ini. adakah Ifran mahu mengakhiri hubungan antara mereka?
“ apa maksud kau?” teragak-agak soalan itu muncul dari
bibir Umairah. Rasa sebak sudah mula merantai seisi hatinya, dia seakan-akan
dapat meneka kata-kata Ifran yang seterusnya. Nak tak nak dia terpaksa redha
dengan perpisahan yang bakal terjadi antara mereka.
“ jangan buat-buat tak faham Mai... kau tahukan apa yang
berlaku antara kita dan kau sedarkan perubahan yang melanda hubungan kita
sekarang. Hubungan kita dah tak macam dulu lagi, hubungan kita dah banyak
berubah. Aku yakin kau pun sama-sama merasa apa yang aku rasa sekarang ni.”
Luah Ifran masih berteka teki. Lidah Umairah kelu untuk terus berbicara, dia
makin tidak mengerti dengan bait-bait bicara Ifran dihadapannya saat ini.
melihat respon bisu dari Umairah buat Ifran mengeluh kecil. Dia sedar teknik
dan taktik ini tak akan berjaya untuk Umairah! Umairah seorang yang sangat
lembab dalam bab-bab hati dan perasaan dan ayat berbunga mahu pun bahasa kiasan
seperti ini tak akan mampu membuatkan Umairah mengerti.
“ kita bina hidup baru, kita jadikan hubungan kita dalam
erti kata suami isteri yang sebenar. Bukan yang tertulis diatas kertas sahaja.”
Cadang Ifran akhirnya. Umairah terkedu sekejap, buntang matanya dengan
permintaan Ifran yang mendadak itu. seingatnya ini kali kedua Ifran berkata
begitu dan kali ini dengan nada yang lebih serius dan dalam keadaannya yang
sedar. Umairah menundukkan wajahnya, dia perlukan ruang untuk berfikir dengan
lebih jelas, dia tak mahu tersalah faham dengan bicara Ifran yang mungkin ada
maksud lain tersembunyi. Ifran tarik kedua jemari Umairah dan digenggam erat
jari jemari wanita itu. perlahan-lahan jemari itu dibawa kebibirnya dan dicium
lembut. Umairah yang agak terkejut dengan tindakan berani Ifran hanya mampu
memandang tingkah suaminya dengan pelbagai perasaan.
“ aku cintakan kau Mai... sangat-sangat sayangkan kau dan
aku nak bina hidup baru dengan kau. Please sayang, kita hargai hubungan kita
sekarang ni.” Minta Ifran lembut dengan mata yang menikam tepat kedalam anak
mata Umairah.
“ kau bergu...”
“ tak... aku tak bergurau! Aku serius dengan kata-kata
aku sekarang ni. Aku cintakan kau! Aku sayangkan kau dan aku nak hidup dengan
kau sampai ke akhir hayat aku.” Potong Ifran tegas seolah-olah dapat membaca
persoalan dari Umairah. Ketegasan Ifran buat Umairah ketap bibir sendiri,
perasaannya gembira namun dalam masa sama kurang berkeyakinan. Mungkin kerana
dia tidak sangka Ifran akan berkata sedemikian.
“ Atikah macam mana?” Tanya Umairah kemudiannya. Dia
sebolehnya tidak mahu terlalu cepat bergembira. Silap hari bulan hatinya yang
akan terlebih merana nanti.
“ aku dan dia dah tiada apa-apa... completely finish!
Lagi pun kami memang tak pernah ada apa-apa pon lepas kita berkahwin. Hanya aku
yang kejar dia, tapi dia selalu tolak cinta aku. Dan sekarang aku dah sedar yang
aku cintakan kau, bukan pada dia. trust me darling! I really love you, love you
very much!” ucap Ifran tak berhenti-henti. Dia tak akan puas menyatakan
cintanya terhadap Umairah sehinggalah gadis itu yakin dengan isi hatinya.
Umairah tatap lama wajah Ifran, dia mahu mencari sinar keikhlasan dan kejujuran
diwajah kacak itu.
“ betul?” dengan suara yang separuh bergetar Umairah cuba
mendapatkan kepastian.
“ betul! Aku sanggup bersumpah dengan nama Allah S.W.T.”
tambah Ifran cukup yakin. Umairah ketap bibirnya kuat-kuat. Ya Allah... serunya
dalam hati. Bertapa dia tidak sangka ini boleh terjadi dalam hubungannya dan
Ifran. sangkanya hanya dia yang menyimpan perasaan sendiri tetapi kini Ifran
sudah membalas cintanya. Dia tak minta lebih dari itu, cukup la jejaka ini
mencintainya seperti mana dia mencintai lelaki itu. Umairah segera menundukkan
wajahnya lalu disalam tangan Ifran.
“ terima kasih If! Aku pun sayangkan kau.” Balas Umairah
dengan air mata yang sudah merembes keluar. Air mata kegembiraan! Dia ingatkan
Ifran ingin menceraikannya sebentar tadi rupanya tekaan jauh meleset. Ifran dan
dia memiliki perasaan yang sama. Ifran mengeluh lega, tak henti-henti kalimat alhamdullilah
bertali arus didalam hatinya. Bertapa dia bersyukur dengan nikmat yang Allah
kurniakan padanya buat masa ini. tanpa tunggu lama badan Umairah yang masih
lagi menunduk dihadapannya ditarik perlahan kepelukan. Untuk kali ini, akan dia
hargai cinta antaranya dan Umairah dan akan pastikan cinta antara mereka akan
berkekalan buat selama-lamanya.
Umairah memotong satu persatu bawang-bawang yang bakal
digunakan dalam masakannya sebentar lagi. bibirnya menyanyi riang, gembira
mengenangkan cinta antara dia dan Ifran sudah pun terpaut erat. Siapa sangka
rumah tangganya yang seakan pecah menanti belah itu akhirnya kembali kukuh
berdiri. Syukur! Itu semua nikmat pemberian yang tak terhingga dari Allah
kepada dia dan Ifran.
“ hai happy nampak... siap menyanyi-nyanyi lagi... tak
nak kongsi cerita ke?” usik Ifran. Umairah yang ralit dengan bawang-bawangnya
terperanjat kecil, dilontarkan senyuman mesra kearah Ifran yang kini berdiri
rapat disebelahnya.
“ mana ada happy... biasa-biasa jer.” Tingkah Umairah
dengan senyuman yang masih berbunga. Dia sedar, semenjak peristiwa didalam
kereta tengahari tadi sehingga sekarang bibirnya seolah-olah tidak pandai lagi
menghentikan senyuman. Dia rasa ingin senyum memanjang. Terlampau gembira
agaknya! Ifran tersengih, dia tahu malah dia gembira melihat riak bahagia yang
terukir diwajah Umairah saat ini. dia pun sama seperti Umairah yang terlalu
gembira dengan perubahan hubungan mereka.
“ kau masak apa malam ni? Nampak sedap je.”
“ Mai masak simple jer malam ni. Sambal Udang dan sayur
goreng sahaja. Abang tak kisahkan. Ke abang nak makan benda lain?” soal Umairah
kemudiannya. Sempat matanya mengerling kearah Ifran sebelum dia kembali fokus
pada masakannya. Ifran yang berdiri disebelahnya kelihatan tercengang! Jejaka
itu seperti terkejut dengan bicaranya.
“ kenapa abang macam terkejut jer? Tak suka ke?”
“ Mai cakap apa? Cuba ulang balik...” minta Ifran masih
terkedu memandang kearah Umairah. Umairah mengerutkan dahinya, naik pelik dia
melihat tingkah Ifran petang ini.
“ Mai cakap Mai masak sambal udang...”
“ bukan yang tu... apa kau panggil aku... abang?” tingkah
Ifran dengan rasa tidak percaya. Umairah tarik nafas panjang, tangannya
menghentikan segala aktiviti masak memasak. Dipandang wajah Ifran yang masih
terpegun dengan bahasa yang digunakan saat ini.
“ Iye la... dah cakap nak jadi suami isteri yang sebenar.
Takkan nak berkau aku lagi. ke abang tak suka? Kalau tak suka Mai ubah balik
bahasa yang Mai guna.” Umairah membalas perlahan. Wajah Ifran ditatap lama, dia
menanti keputusan suaminya itu. Ifran tersenyum lebar, makin seronok hatinya
dengan perubahan baru dialami.
“ mestilah abang suka... takkan la tak suka orang kita
sayang panggil kita abang. Rasa mesra sangat bila Mai panggil abang, abang.”
Tutur Ifran dengan nada girang. Umairah tumpang tersenyum gembira. malu-malu
pula rasanya dengan perkembangan positif antara mereka. Ifran mendekatkan
tubuhnya kepada Umairah, cuba untuk mencapai tubuh Umairah lalu dibawa
kepelukkannya.
“ eh... eh.. eh apa ni... no physical contact!” arah
Umairah seraya menjarakkan dirinya daripada Ifran. raut wajah Ifran terus
berubah dengan kata-kata Umairah yang cukup selamba itu.
“ kenapa pulak... kitakan suami isteri. Bukan berdosa pon
kalau abang pegang sayang. Dapat pahala lagilah!”
“ yang tu Mai tahu tapi untuk masa ni Mai nak kita
mulakan hubungan kita dari bawah. Kita bercinta macam pasangan lain yang belum
berkahwin. Kita kenal hati budi dulu, lepas dah yakin dengan perasaan
masing-masing baru kita naik level yang lebih tinggi.” Tegas Umairah menyatakan
pendapatnya. Ifran mengerutkan dahinya, makin aneh dengan permintaan tidak
masuk akal daripada Umairah.
“ kenapa pulak macam tu?”
“ Mai tak nak kita menyesal lepas ni... manalah tahu
tiba-tiba buatnya kita ni tak serasi, tak ngam sekurang-kurangnya kita boleh
undur kembali hubungan kita.”
“ Mai tak yakin dengan cinta abang ke?” suara Ifran sudah
mula berubah rentak. Kurang senang dengan cara Umairah berfikir tentang
hubungan mereka. Apa Umairah fikir selemah itu cintanya. Umairah telan liur
satu persatu... berfikir dengan lebih waras cara membalas persoalan daripada
Ifran.
“ bukan itu yang Mai maksudkan... Mai Cuma takut kalau
ada sikap atau pun perangai Mai yang abang bakal tahu lepas ni akan membuatkan
cinta abang pada Mai berkurang. Manalah tahukan... lagi pun semua ni sementara
je bang... bila kita dah yakin kekuatan cinta kita, barulah kita bergerak ke
peringkat seterusnya. Anggaplah kita dalam fasa bertunang sekarang.” Jelas
Umairah akhirnya. Ifran mengeluh kecil. Wajah tenang Umairah dihadapannya
dipandang dalam-dalam.
“ tak mungkinlah semua tu Mai... abang dah kenal Mai
lama... sebelum kita berkahwin pon kita dah berkawan rapat... sekarang kita dah
berkahwin hampir 2 tahun, kita tinggal bersama pun sudah lebih 4 bulan. Kalau
abang ada tak puas hati dengan mana-mana sikap Mai, abang tak akan luahkan
perasaan abang pada Mai dan mungkin abang tak akan jatuh cinta pun pada Mai.” Bantah
Ifran sekaligus cuba mematahkan hujah-hujah Umairah yang kedengaran tidak
munasabah dihalwa telinganya. Umairah diam sekali lagi, memikirkan cara yang
terbaik untuk memujuk suaminya dalam mengikut rancangannya ini.
“ ke sebab Mai sendiri yang tak pasti perasaan Mai macam
mana?” tuduh Ifran tidak lama selepas itu. Umairah yang tekun mencari idea
untuk membalas kata-kata Ifran berubah riak. Terbit rasa kecewa dalam hatinya
dengan tuduhan melulu Ifran padannya.
“ maksud abang?” Umairah menaikkan nada suaranya. Rasa
sakit hati mula bercambah didalam sanubari. Matanya merenung tepat sinar mata
Ifran yang kelihatan menayang wajah bersahaja.
“ iye la... manalah tahu Mai terima abang sebab nak
sakitkan hati musuh Mai.” Tempelak Ifran selamba. Umairah merengus perlahan.
Sebak perasaannya dengan kata-kata Ifran yang tidak berasas itu. sumpah! Dalam
hatinya langsung tidak terniat untuk menerima cinta Ifran kerana Atikah. dia
terima Ifran kerana dia cintakan Ifran! itu sahaja alasannya.
“ see... kan Mai dah kata, kita belum kenal lagi hati dan
perasaan masing-masing. Abang sendiri tak yakin cinta Mai terhadap abang. Kalau
Mai jelaskan perasaan Mai sekarang pon, mesti abang akan pertikaikan jugak.
Sebab abang ada pendapat abang tentang diri Mai. Sebab tu Mai nak kita bagi
ruang antara satu sama lain. Kenal hati budi terlebih dahulu, mungkin dengan
cara ini abang boleh yakinkan hati abang kenapa Mai terima cinta abang dan Mai
juga boleh yakin yang cinta abang memang untuk Mai sahaja.” Ulas Umairah
panjang lebar. Perasaan kecewa dengan tuduhan Ifran sebentar tadi ditolak
jauh-jauh, dia tahu Ifran belum yakin sepenuhnya dengan cintanya sama seperti
dia yang masih ragu-ragu dengan cinta Ifran. mereka perlukan masa untuk
mengukuhkan perasaan cinta antara satu sama lain.
“ jadi betul ke Mai terima abang sebab Atikah?” jawapan
tergantung daripada Umairah buat hati Ifran dipalu rasa ingin tahu. Dia tak
akan tenang selagi jawapan yang betul tidak didengari dari mulut Umairah.
“ itu abang perlu cari sendirilah jawapannya...”
“ yup... memang abang akan cari sendiri jawapannya tapi
sekarang abang nak dengar sendiri dari mulut Mai. Betul atau tidak Atikah
merupakan salah satu sebab Mai terima cinta abang? Tolong jawab soalan abang
dengan jujur.” Pinta Ifran tegas. Tangannya menggenggam erat kedua belah bahu
Umairah supaya wanita itu berdepan dengannya secara tepat. Umairah mengeluh
kecil. Dipandang wajah Ifran dengan rasa terkilan.
“ teruk tau abang ni.. sampai hati tuduh Mai macam tu.
Mestilah Mai terima abang sebab Mai sayangkan abang. Tak ada sekelumit pon niat
dalam hati Mai terima cinta abang sebab Tikah. Tak ada langsung!” luah Umairah
geram. Bibirnya dicebikkan menandakan rasa tidak puas hati yang menggebu
didalam diri. Ifran tersenyum penuh kelegaan, baru ringan jiwanya dengan
jawapan Umairah itu tadi. Dia yakin dengan kejujuran isterinya itu, sebab dia
tahu cahaya cinta dimata Umairah saat ini adalah ikhlas. Ianya tidak sama
seperti diawal perkahwinan mereka kerana dimasa itu jelas diwajah Umairah rasa
benci dan dendam yang begitu menggunung.
“ thank darling! Maafkan abang sebab tuduh Mai
macam-macam tadi. Pasal rancangan Mai ni abang boleh terima tetapi dengan
syarat tempohnya hanya sebulan. Lepas sebulan dah tak ada istilah bertunang
semua tu. Kita akan teruskan hubungan kita macam pasangan suami isteri yang
normal.” Putus Ifran akhirnya. Umairah tersenyum gembira. kepalanya
terangguk-angguk setuju dengan pendapat Ifran. dia akan gunakan masa sebulan
yang diberikan oleh Ifran sebaik mungkin. Dalam tempoh ini diakan pastikan
bahawa pilihannya untuk hidup bersama Ifran adalah satu keputusan yang paling
tepat.
Yeay akhirnya...
ReplyDeleteyeayhh,..dieorg dah baikk :)
ReplyDeleteyesss akhirnya..
ReplyDelete