IKLAN NUFFNANG

Friday, March 29, 2013

Cinta Part Time 7




Nad... Mintak tolong akak sekejap boleh?” Minta Nadila yang sedang mengadap komputer. Nadila yang bertugas sebagai  pembantu akauntan memberikan satu dokumen kepada Nadrisa.
“ Nad nak pergi unit pentadbirankan...”
“Ye... Kenapa?” Soal Nadrisa perlahan.
“ Tolong ambik tandatangan Encik Ilham... Akak busy sikit.. Alang-alang Nad nak pergi unit sana tolong kak Dila ek. Bolek tak?” Minta Nadila sopan.
“Eh boleh je kak... Ada tak lagi dokumen lain yang nak kena sign?”
“Itu je... Thank yer Nad.” Ucap Nadila. Nadrisa sekadar mengangguk. Dia segera bergerak menuju ke unit pentadbiran.

Masuk”. Jawab Ilham dari dalam. Nadrisa masuk setelah di beri kebenaran.
“Cik Nadrisa... Kenapa?” Soal Ilham bersama senyuman nipis. Senang hati melihat kehadiran Nadrisa.
“Saya nak mintak Encik Ilham tandatangan bajet Hari Keluarga yang Motel kita nak buat hujung tahun ni.” Jawab Nadrisa. Dia menghulurkan kertas kerja yang diberikan oleh Nadila seketika tadi.
“Bila program ni berlangsung?” Soal Ilham sambil melihat bajet perbelanjaan yang dibuat.
“10 Disember.”
“Dah check belum tarikh ni? Kot-kot ada pertembungan tarikh dengan program lain. Dah check schedule saya dan Encik Johari.” Tanya Ilham lagi. Dia menatap wajah Nadrisa yang tidak memandang kearahnya.
“Dah...” Ringkas sahaja jawapan Nadrisa. Sebenarnya dia tidak selesa malah tidak akan selesa untuk bertemu dengan Ilham sampai bila-bila. Selagi dia masih bergelar pengintip Puan Maimun, selagi itulah hatinya tidak tenang.
“Cuba awak pandang wajah saya...” Arah Ilham. Pemalu sungguh Nadrisa ni. Dari awal dia mengenali gadis ini sampai ke hari ini, Nadrisa seolah-olah mengelak dari bertentang mata dengannya. Nadrisa mengerutkan dahinya mendengar arahan dari Ilham. Apa yang pelik sangat arahan ni. Nadrisa memandang wajah majikannya.
“Kenapa? Encik dah sign ke belum?” Soal Nadrisa lagi lebih kepada mahu menggesa. Apa dia ingat aku tak ada kerja nak duduk lama-lama dalam biliknya ni.
“Awak sukakan saya yer?” Persoalan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa membulat. Mula nak mengayat la tu... Desis hati Nadrisa yang mula naik menyampah dengan perangai buaya tembaga Ilham.
“Apa pulak encik Ilham merepek ni...” Sela Nadrisa. Ilham tersenyum menggoda. Berdiri tegak bulu roma Nadrisa melihat perangai Ilham. Seram betul.
“Kalau awak tak ada perasaan kat saya, kenapa awak selalu mengelak dari buat eye contact dengan saya?” Ilham masih lagi cuba menguji pekerjanya ini. Entah kenapa, semenjak pemergian Rania ini kali pertama dia mula mengambil tahu tentang seorang wanita. Nadrisa ada satu aura yang membuatkan dia sentiasa ingin tahu. Nadrisa mula kecut perut. Apa pula yang ingin dijawab dengan persoalan Ilham. Takkan nak mengakui kenyataan yang dia takut lelaki itu akan cam dirinya yang selama ini mengekorinya.
“Saya pemalu. Sebab tu saya macam ni.”
“Biasanya seseorang itu akan rasa malu bila berdepan dengan orang yang special buatnya...” Usik Ilham. Nadrisa mengeluh kecil mendengar jawapan Ilham. Kuat menjawab betullah mamat sorang ni... Mahu sahaja aku karate mulutnya supaya bisu seumur hidup. Sabar je la duhai hati.
“Suka hati encik la nak fikir apa...” Akhirnya Nadrisa mengalah. Malas dia mahu melayan buaya tembaga sorang ni. Makin dilayan makin menjadi miangnya. Meluat bila dipandang lama-lama.
“Saya gurau je... Jangan ambil hati. Nah...” Pujuk Ilham sambil menghulur semula kertas kerja yang diberikan oleh Nadrisa. Tidak berniat untuk terlalu mengusik hati Nadrisa. Karang kalau tersentap, susah pula dia! Nadrisa menyambutnya lalu bingkas untuk keluar dari bilik itu
“Terima kasih... Saya keluar dulu.” Minta Nadrisa dan dia bergerak keluar apabila Ilham mengangguk.   

Nadrisa tersenyum puas melihat segala bukti yang berada digenggamannya kini.  Mudah sungguh misi kali ini berjaya. Dia berazam selepas misi memutuskan hubungan Ilham dan Maslina berjaya, dia mahu bersara buat selama-lamanya dalam bidang pengintipan. Tidak akan dia buat perkara ini lagi. Untuk merosakkan hubungan Maslina dan Ilham pun dia separuh rela. Terasa berdosa untuk merosakkan kebahagiaan orang. Namun hatinya dikuatkan. Setelah mengetahui Maslina juga merupakan seorang playgirl sama seperti Ilham perasaan bersalah itu menjadi semakin berkurang. Namun, dia berjanji dia tidak akan buat semua ini lagi. Nadrisa memasuki bilik Ilham secara perlahan-lahan. Segala bukti kecurangan Maslina di letakkan didalam sebuah sampul surat. Dia meletakkan sampul tersebut diatas meja lelaki itu. Setelah selesai, Nadrisa dengan segera keluar dari bilik tersebut sebelum ada mana-mana pekerja mahupun Encik Ilham nampak kelakuannya yang mencurigakan.
“Awak buat apa kat sini?” Soal Ilham tiba-tiba yang muncul dari pantri unit pentadbiran. Nadrisa menelan air liur sebiji-sebiji. Dadanya berombak tsunami. Wajahnya berubah pucat. Adakah Ilham nampak dia baru keluar dari biliknya. Mampus la aku.
“Err... Saya datang fotostat dokumen.” Balas Nadrisa spontan.
“Mana dokumennya?” Tanya Ilham lagi.
“Haa tu la masalahnya... Saya tertinggal pulak dokumen tu kat unit sana...”
“Kenapa tak guna mesin fotostat kat unit sana je?” Ilham masih belum berpuas hati. Dia menghidu kesangsian dalam jawapan Nadrisa.
“Err rosak...”Jawab Nadrisa lagi. Banyak lagi ke soalan mamat nih...
“Kenapa tak mintak Nizam tolong tengokkan? Nanti susahlah kalau mesin kat sana tak boleh pakai.”
“Mesin tu baru rosak masa lunch ni... Lepas lunch nanti saya suruh dia tengokkan.” Nadrisa membalas mudah. Hatinya masih kerisauan melihat wajah Ilham yang merenungnya penuh curiga.
“Dah lunch?”
“Belum...”
“Jom lunch dengan saya...” Ajak Ilham tanpa sempat Nadrisa menghabiskan kata-katanya.
Sorry... Saya puasa hari ini... Encik Ilham saya pergi dulu la... Nak solat zohor.” Minta Nadrisa. Dia mahu segera hilang dari pandangan Ilham.
“Jom pergi solat sama-sama... Boleh berjemaah.” Ajak Ilham lagi. Nadrisa diam. Sekadar mengangguk. Dia mengekori Ilham untuk ke surau.