IKLAN NUFFNANG

Thursday, July 30, 2015

Cinta Ini Bukan Milik Kita Bab 10

Bab 10

Faezah mara ke arah bakul pakaian yang mengandungi baju kotor miliknya. Diangkat bakul baju tersebut lalu dibawa ke bilik mandi untuk dicuci. Soffiya yang sedang menonton televisyen dipandang, tergeleng-geleng kepalanya melihat telatah anak daranya itu. Dulu, Soffiya bukan begitu orangnya. Soffiya sentiasa ceria, mudah tersenyum, rajin belajar namun kini tidak lagi. Soffiya suka memberontak, mudah naik darah dan tidak lagi mementingkan pelajaran. Sudah banyak aduan yang diterima daripada pihak sekolah mengenai anaknya. Dia sendiri sudah tidak tahu apa perlu dibuat untuk mengembalikan Soffiya yang dulu.

“Piya...” Laung Faezah dari bilik air. Soffiya yang ralit dengan cerita yang terpampang pada dada televisyen tersentak. Matanya mencari-cari kelibat ibu.

“ ye mak...” balas Soffiya dengan nada yang kuat.

“dah basuh ke belum baju sekolah kamu? Esokkan sekolah.” Soal Faezah yang kini sudah pun muncul disisi Soffiya.

“belum lagi mak... tapi tak apa, Piya ada sehelai lagi baju. Hujung minggu nanti baru Piya basuh baju tu.”

“kalau macam tu biar mak basuh sekali je la baju Piya... mak pon memang nak basuh baju ni.” Usul Faezah.

“tak pelah mak... nanti Piya basuh sendiri. Susah-susahkan mak jer. Mak kan penat, baru balik kerja.” Tolak Soffiya. Tak tergamak rasanya untuk menyusahkan satu-satunya wanita dan manusia yang paling disayangi diatas dunia ini. Faezah menggariskan senyuman nipis, satu-satunya sikap anak daranya yang masih belum berubah adalah sikap prihatinnya.

“tak susah pon Piya... baju mak pon berapa helai sangat. Dah pergi ambil baju kotor tu. Biar mak basuh sekarang.” Arah Faezah tegas. Soffiya mengeluh perlahan. Arahan yang diterima daripada Faezah diikut. Dia menuju kearah baldi yang diisi dengan baju kotor miliknya lalu ditarik sepasang baju sekolah yang elok dibenamkan kedalam baldi tersebut. Terkedek-kedek Soffiya kembali kepada emaknya lalu diserahkan baju itu kepada emaknya.

“nah mak... terima kasih. Nanti biar Piya jemur baju tu semua.” Minta Soffiya. Faezah mengaggukkan kepalanya dengan senyuman kecil. Dia menuju kembali ke bilik air untuk menyambung sesi membasuh baju. Namun langkahnya yang lebar tiba-tiba sahaja terhenti. Dia berkalih semula kearah anaknya yang sudah menyambung menonton televisyen.

“ Piya...” Teriak Faezah sekali lagi.

“apa lagi mak?”

“ kenapa baju Piya bau rokok ni? Piya berkawan dengan budak-budak tak senonoh ke?” tinggi suara Faezah. Soffiya terperanjat dengan soalan ibunya. Terus mulutnya terkunci. Cuak perasaannya seketika. Apa yang perlu dijawab pada emak. Air liur yang cuba ditelan terasa kesat didalam tekak.

“Piya...” makin meninggi suara Faezah. Matanya mencerlung kearah anak daranya.

“ Eh tak ada la mak... Piya pon tak tahu macam mana ada bau asap rokok tu. Mungkin kebetulan Piya lalu sebelah perokok kot tadi. Piya pon tak perasan sangatlah pasal tu.” Tipu Soffiya dengan nada yang paling yakin. Matanya tidak berani menatap sepasang mata ibunya. Dia memang tidak pandai menipu. Tiba-tiba sahaja ingatannya singgah pada cikgu Nazim. Macam mana cikgu tahu aku merokok? Siapa yang bocorkan rahsia aku? Dalila ke? Siapa lagi yang tahu pasal ni? Matilah aku kalau emak tahu aku merokok. Soffiya bermain jari sendiri... perasaan gelisah bertebaran dalam dadanya.

“betul ni?” tanya Faezah untuk mendapatkan kepastian. Dia tidak yakin dengan jawapan yang meluncur keluar daripada mulut Soffiya. Macam ada yang tak kena sahaja reaksi muka gadis itu.

“be...betullah mak... takkan Piya nak tipu pulak.” Jawap Soffiya sedikit tergagap. Dengupan jantungnya terasa laju membelah dada.

“ mak tak nak Piya kawan dengan orang yang bukan-bukan... kalau mak dapat tahu Piya sembunyikan apa-apa dari mak siap Piya.” Ugut Faezah. Habis sahaja ayat itu dia mara semula kearah bilik air untuk menyambung kerjanya yang tertangguh. Soffiya yang tegak berdiri didepan televisyen melepas keluhan lega. Nasib baik rahsianya masih belum terbongkar. Kalau tak masaklah dia malam ini.


Soffiya bingkas bangun daripada kerusi didalam kelasnya setelah masa cikgu Raudhah telah tamat. Sebentar lagi akan tiba masanya kelas paling dibenci iaitu kelas matematik. Mengingatkan sikap cikgu Nazim yang berlagak bagus itu membuatnya geram sahaja. Dia mahu segera keluar daripada kelas itu, dia tak rela untuk mengadap wajah guru muda yang cukup menyakitkan hati. Baru beberapa tapak Soffiya bergerak, bahunya berselisih dengan Johan yang kebetulan baru pulang daripada tandas. Lelaki itu langsung tidak memandang kearahnya. Mungkin berkecil hati dengan sikapnya semalam.

“Johan...” seru Soffiya. Langkah Johan yang kian hampir pada tempat duduknya terhenti. Dipandang wajah Soffiya dengan perasaan teruja. Kali pertama sepanjang tempoh pengenalan antara mereka Soffiya terlebih dahulu memanggilnya. Johan menghampiri Soffiya yang memandangnya dengan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan. Gadis itu kelihatan serba tidak kena.

“ aku minta maaf pasal semalam...” minta Soffiya perlahan. Johan terperanjat. Terkejut dengan ucapan maaf daripada Soffiya.

“aku tak suka orang masuk campur urusan hidup aku. Harap kau faham dan kau tak akan buat lagi perkara macam tu.” Sambung Soffiya lagi bersama peringatan. Dia tak nak mengulang kesilapan yang sama dengan memarahi Johan atas kebaikkan lelaki itu. Jadi ada eloknya dia jelaskan pendiriannya agar Johan tidak masuk campur urusan hidupnya lagi.  Johan tersenyum manis. Gembira bukan kepalang setelah mendapat ucapan maaf daripada Soffiya. Sekurang-kurangnya dia tahu, Soffiya turut menghargai perasaannya, menjaga hatinya daripada terluka dengan kelakuannya.

“saya tak ambil hati pun pasal semalam... kalau awak ada masalah, awak boleh minta tolong saya bila-bila masa sahaja dan saya akan cuba membantu sedaya mungkin.” Balas Johan senang. Soffiya menganggukkan kepala. Langsung tidak diendahkan kata-kata akhir Johan. Cukuplah dia tahu Johan sudah memaafkannya. Tanpa sebarang kata, Soffiya beredar meninggalkan Johan untuk ke markas rahsianya. Dia mahu memonteng kelas Matematik yang amat membosankan ini.

“awak nak pergi mana tu? Kelas dah nak mula ni...” tegur Johan. Dia seakan boleh membaca niat Soffiya yang cuba memonteng kelas Matematik yang bermula sebentar lagi. Soffiya diam sahaja. Tidak membalas. Dia meneruskan perjalanannya. Johan cepat-cepat menghalang perjalanan Soffiya. Dia tidak mahu Soffiya meneruskan sikap buruknya ini.

“jangan ponteng kelas Piya... awak tahukan lepas ni kelas cikgu Nazim. Nahas awak kalau dia tahu awak ponteng kelas dia.” Pujuk Johan. Soffiya merengus kasar. Mula naik angin dengan sikap penyibuk Johan. Baru sahaja diberi peringatan dah buat balik perangainya tu.

“ketepilah Johan... suka hati akulah nak ponteng ke apa ke.”

“Piya... awak tak takut ke kalau cikgu Nazim laporkan pada pengetua perangai awak ni. Dah banyak sangat kelas awak ponteng, saya  takut nanti awak kena gantung sekolah.” Nasihat Johan lagi. Soffiya tarik nafas dalam-dalam. Cuba menahan rasa sabar yang kian menipis melihat sikap Johan yang tidak faham bahasa.

“Johan... sementara aku cakap elok-elok dengan kau ni baik kau berhenti membebel pada aku. Aku tak nak marahkan kau macam semalam. Kau tak payah ambil tahu apa yang aku nak buat.” Desis Soffiya dengan suara yang ditahan-tahan. Sedaya upaya disabarkan dirinya daripada memaki hamun Johan yang suka menyibuk.

“Soffiya, Johan... korang buat apa dekat luar ni. Jom masuk kelas.” Sampuk suara mengganggu perbualan Soffiya dan Johan yang kian hangat. Soffiya mengerling pada penegur tak diundang. Keluhan kasar dilepaskan tatkala wajah Nazim melayar pada pandangan matanya.

“baik cikgu...” balas Johan penuh hormat. Dia masuk kelas seperti yang disuruh. Tinggallah Soffiya yang masih kaku di tepi pintu kelas.

“awak berangan apa lagi tu Soffiya... ayuh kita masuk kelas sekarang.” Arah Nazim sekali lagi. Dengan langkah yang malas Soffiya mengekor jejak gurunya untuk ke kelas. Nak tak nak dia terpaksa mengikut. Mustahil rasanya untuk melawan terang-terangan begitu.


Saturday, July 4, 2015

Cinta Ini Bukan Milik Kita Bab 9


Bab 9

Suasana kelas sunyi sepi... tinggal Soffiya seorang sahaja yang sedang bertungkus lumus menyiapkan karangan bahasa inggeris bertemakan keluarga. Buntu otaknya yang kurang cerdik ini untuk memikirkan idea yang bernas untuk menyudahkan karangan yang masih belum menampakkkan rupa itu. apatah lagi tema esei yang perlu disudahkan sangatlah tidak kena dengan hidupnya.

“tap..tap... tap...” terdengar tapak kasut berlaga dengan simen lantai. Soffiya mengangkat wajahnya yang sedia menunduk daripada tadi. Dipandang sekitar tatkala terdengar bunyi orang berjalan.

“ awak nak minta saya tolong ke?” tegur satu suara dibelakang Soffiya. Soffiya mengerling kearah Johan yang kini sudah berada disebelahnya.

“kenapa tak balik lagi? Suka tengok aku kena denda?” tempelak Soffiya. Dia cukup menyampah dengan pelajar kelasnya. Dia tahu semua pelajar kelas 4 Sains 2 benci padanya. jadi tak perlulah Johan tunjuk baik didepannya.

“Piya... sa.. saya da... datang nak tolong awak... bu... bukan nak gelakkan awak.” Ujar Johan tersekat-sekat. Meski pun hatinya cukup segan dengan Soffiya, namun dilawan juga perasaan malunya itu demi membantu Soffiya.

“tak payah nak tunjuk baiklah... dah kau pergi balik sekarang. aku boleh buat kerja sendiri.” Marah Soffiya tanpa memandang wajah Johan. Dia meneruskan penulisan eseinya yang belum selesai. Johan terdiam. Kecewa dengan sikap Soffiya yang menolak mentah-mentah pertolongan yang cuba diberikan. Entah apa silapnya sehingga Soffiya melayannya cukup dingin sedangkan mereka tidak pernah bergaduh antara satu sama lain.

“Piya... saya...”

“kau tak paham bahasa ke Johan... aku cakap berambus sekarang, berambus je la. Kau ada masalah apa lagi dekat sini?” Soffiya mula naik hantu. Penat mahu melayan Johan yang tidak reti bahasa. Johan terkulat-kulat apabila dimarahi Soffiya. Wajahnya yang sedia menunduk makin menunduk. Dengan rasa terkilan dia beredar meninggalkan Soffiya sebelum gadis itu makin berbulu dengan kehadirannya. Melihat pemergian Johan dengan riak yang cukup sedih dan kecewa buat Soffiya mendengus kasar. Diraut perlahan wajahnya. Terasa bersalah pula melepaskan amarah kepada Johan yang sememangnya baik padanya selama ini.

“aduyai... semak sungguh kepala otak aku ni.” rungut Soffiya sambil menampar-nampar lembut kedua belah pipinya. Mahu menyedarkan diri dari perasaan yang mengganggu gugat ketenteramannya.

“tak elok anak dara mengeluh sangat...” tegur satu suara mengejutkan Soffiya yang masih lagi dilambung rasa bersalah. Soffiya memandang sekitar kelasnya, mencari wajah yang menyapanya secara tiba-tiba.

“kenapa tak balik lagi?” soal Nazim sambil menarik kerusi lalu duduk dihadapan Soffiya. Gadis itu kelihatan merenungnya tajam. Jelas riak tidak senang terpancar pada sinar mata Soffiya.

“ kena denda...” ujar Soffiya pendek. Wajahnya kembali ditundukkan untuk memberi tumpuan kepada kerja sekolah yang belum siap lagi. Sedikit sebanyak memberi isyarat kepada Nazim supaya meninggalkannya dengan segera. Suasana menjadi sunyi buat seketika. Nazim hanya melihat tingkah laku Soffiya yang berpura-pura sibuk didepannya.

“ awak patut fikir kesan setiap tindakan yang awak ambil... barulah hidup awak tak akan penuh dengan penyesalan.” Tiba-tiba sahaja Nazim bersyarah. Soffiya mengangkat wajahnya. Memandang lama raut wajah Nazim dengan penuh tanda tanya.

“cikgu merepek apa ni?” Soffiya tidak mengerti. Berkerut seribu dahinya dengan kata-kata penuh makna daripada Nazim.

“ awak tengah rasa bersalahkan... awak menyesal marah kawan awak tadi tu, betul tak?” tembak Nazim. Matanya merenung sepasang mata Soffiya. Gadis itu kelihatan menggigil menahan rasa amarah.

“cikgu curi dengar perbualan saya?”

“bukan curi dengar tapi terdengar...” Nazim memperbetulkan tanggapan Soffiya padanya.

“cikgu... saya masih hormatkan cikgu sebagai cikgu saya... jadi saya harap cikgu pon hormat saya sebagai pelajar cikgu. Urusan peribadi saya bukan hak cikgu untuk ambil tahu semua tu.” balas Soffiya dengan nada yang tertahan-tahan. selama ini dia cuba untuk tidak berkurang ajar, dia cuba untuk tidak melawan setiap amarah dari guru-gurunya tapi kali ini dia sudah tidak dapat bertahan. Dia benci dengan manusia-manusia yang sibuk mencampuri urusan peribadinya, berlagak memahaminya padahal mereka tidak.

“ saya bukan mencampuri urusan peribadi awak Soffiya... saya Cuma nasihatkan awak. Saya tak nak awak ulang kesilapan yang sama dan rasai perasaan yang sama.”

“saya tak perlukan nasihat cikgu... hidup saya, tahulah saya uruskan.” Nazim tergelak sinis. Kelakar dengan jawapan yang dihadiahkan oleh Soffiya padanya.

“macam ni awak kata awak tahu uruskan hidup? Ponteng kelas, hisap rokok, masuk kelas tak buat apa-apa... macam ni ke cara awak uruskan hidup awak?”

“hisap rokok? Cikgu jangan nak memandai fitnah saya yang bukan-bukan. Lagi pon, suka hati sayalah nak uruskan hidup saya macam mana... cikgu tak payah nak menyibuklah. Kalau rosak pun hidup saya, bukan hidup cikgu.”

“ awak tak payah nak berpura-pura depan sayalah Soffiya. saya tahu awak merokok... saya nasihatkan awak ni pon sebab saya tak nak hidup anak murid saya rosak sedangkan saya ada tapi tak buat apa-apa... saya tak nak menyesal macam tu Soffiya. Jadi, awak pon patut buat sesuatu yang awak tak akan menyesal dikemudian hari.” Tutur Nazim lembut. Soffiya mengeluh kasar. Hilang segala mood dan niatnya untuk meneruskan penulisan esei yang belum selesai. Dia mengemas barang-barang miliknya dengan kasar lalu disumbat kedalam beg galas. Tanpa sebarang kata, Soffiya meninggalkan Nazim yang masih memandang kearahnya.


Soffiya menghempaskan badannya yang melekit diatas tilam nipis yang dihampar didalam bilik yang dikongsi bersama ibunya. Terjuih-juih bibirnya memaki hamun Nazim yang cukup menyakitkan hati.

“poyo punya cikgu... kau ingat kau siapa nak masuk campur urusan hidup aku. macam bagus jer.” Bebel Soffiya geram. Baju sekolahnya masih lagi lengkap ditubuh. Belum berniat untuk menukar dengan pakaian lain.

“ kau dengan teacher Elfira sama jer. Konon nak nasihatkan aku... padahal kau sebenarnya nak kutuk aku, nak cakap hidup aku ni teruk, nak kata aku ni budak yang tak berguna, hidup menyusahkan orang... kau nak tunjuk yang aku dengan kau manusia yang berbeza, kau tu orang bertaraf mulia tak macam aku ni manusia hina. Itu tujuan kau yang sebenarnyakan. Bukannya ikhlas pon nak beri nasihat pada aku.” bentak Soffiya dengan rasa marah yang tidak dapat dibendungkan lagi. Kenapa semua orang atas dunia ni bersikap kejam padanya? kenapa semua orang atas dunia ni benci padanya? tak layakkah aku untuk disayangi oleh semua orang? Air mata Soffiya mengalir setitik demi setitik. Ada rasa perit membelah dadanya.


“ Soffiya... kau jangan menangis hanya untuk manusia-manusia yang membenci kau. kau jangan sia-siakan air mata untuk perkara bodoh macam ni. bukan kau tak biasa dengan perkara macam ni.” bisik hati Soffiya cuba memberi ketenangan pada diri sendiri. Jauh disudut hatinya memang dia amat menyesal melayan Johan dengan teruk, dia juga ingin percayakan kata-kata cikgu Nazim yang mungkin ikhlas menasihatinya. Tapi, dia takut untuk percayakan semua itu. dia tiada keyakinan untuk menyerahkan hatinya untuk menyayangi orang lain. Dia takut dikecewakan lagi. Dia tidak boleh percayakan manusia atas muka bumi ini. Kalau ayahnya sendiri boleh buang dirinya inikan pula orang luar, orang yang tiada ikatan darah dengannya.

 Soffiya yang asalnya terlentang diatas tilam nipis bingkas berdiri. Perlahan-lahan dia menghampiri beg galas yang dibawa kesekolah. Diseluk poket beg berkenaan lalu mengeluarkan sebatang rokok bersama pemetik api. Dia perlukan ketenangan buat masa ini. memikirkan manusia-manusia disekelilingnya hanya menambahkan beban dalam jiwanya sahaja.

Friday, July 3, 2015

Cinta ini Bukan Milik Kita Bab 8

Bab 8

8 tahun yang lalu

Nazim melangkah penuh yakin menuju ke kelas yang tertera tingkatan 4 Sains 2. Suasana hingar bingar dikawasan kelas itu sekelip mata sahaja menjadi sunyi sepi tatkala dirinya masuk kekelas tersebut. Nazim tayang wajah serius. Mahu menunjukkan dirinya tegas dan tidak mudah dibuli oleh pelajar-pelajar tingkatan 4 Sains 2.

“Bangun... Assalamualaikum cikgu.” Jerit Johan sebagai ketua kelas tingkatan 4 Sains 2 penuh lantang. Kesemua pelajar lelaki dan perempuan kelas itu cepat-cepat berdiri dan melaungkan salam kepada guru Matematik mereka. Setelah mengutarakan salam, murid-murid kelas itu terus membaca doa sebagai permulaan kelas untuk mendapatkan keberkataan daripada Allah S.W.T.

“duduk...” Arah Nazim dengan suara yang kuat. Semua pelajar duduk setelah mendapat kebenaran daripada guru baru mereka.

“ saya cikgu Nazim Aliff bin Hassan. Guru baru kamu semua menggantikan cikgu Najwa. Hari ni saya tak mengajar lagi memandangkan ini hari pertama kita berjumpa. Jadi saya nak berkenalan dengan kamu semua terlebih dahulu. Okey kita mulakan dengan pelajar lelaki yang duduk kat belakang sekali tu.” Arah Nazim sambil memandang kearah pelajar yang dimaksudkan. Dengan perasaan segan, pelajar lelaki itu berdiri dan menyatakan namanya.

“ cakap kuat sikit Farhan... cikgu tak dengar.” Arah Nazim pada murid kelima yang memperkenalkan dirinya. Farhan menguatkan suaranya dan menerangkan nama, asal dan cita-citanya. Hampir 15 minit berlalu, semua pelajar sudah memperkenalkan nama mereka namun hanya satu sahaja yang belum dikenali.

“Raisya...” panggil Nazim. Raisya yang sedang menatap guru muda itu tersentak apabila namanya dipanggil. Terus wajahnnya tersipu-sipu malu.

“yer cikgu?”

“mana pelajar sebelah kamu? Tak datang sekolah ke?” semua pelajar kelas 4 Sains 2 terdiam dengan persoalan Nazim. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dijawab kepada guru muda itu.

“Raisya...” ulang Nazim lagi namun kali ini dengan nada yang lebih tegas menandakan dia menginginkan jawapan dari gadis itu.

“emmm... emmm... Soffiya...” Raisya tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan guru muda itu. Tidak sampai hati pula untuk memberitahu Nazim bahawa pelajar bernama Soffiya itu sedang memonteng kelas. Mahunya Soffiya mengamuk sekiranya gadis itu tahu tentang perkara itu.

“Soffiya? Ohh nama pelajar tu Soffiya... mana Soffiya? Kelas... siapa tahu kemana Soffiya? Dia tak datang sekolah ke?” soal Nazim. Kini soalan dibuka untuk seisi kelas menjawab memandangkan Raisya kelihatan takut-takut untuk menerangkan hal sebenar.

“Assalamualaikum...” satu suara lunak merdu mengetuk pintu bilik darjah 4 Sains sambil meluru masuk tanpa mempedulikan Nazim yang tegak berdiri ditengah-tengah kelas. Nazim tersenyum sinis kearah pelajar perempuan yang baru masuk. Dari gaya pemakaian gadis itu, Nazim boleh mengaggak pelajar itu seorang pelajar yang bermasalah disekolah.

“Soffiya...” panggil Nazim disaat Soffiya baru sahaja ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Soffiya mencebik mulut. Merengus kasar apabila namanya dipanggil oleh Nazim.

‘ ini yang aku malas masuk kelas ni... asal aku masuk jer cikgu nak aim aku. Menyampahnya!’ desis hati Soffiya geram. Dipandang wajah Nazim yang memandang kearahnya dengan wajah selamba.

“ dari mana?” soal Nazim. Dihampiri pelajar bernama Soffiya. Jelas riak tidak senang terpampang pada wajah Soffiya. Nazim menjeling kearah Soffiya dengan rasa terkilan. Dia terbau asap rokok pada baju gadis berkenaan. Antara Soffiya sendiri yang merokok, atau gadis itu bersama-sama teman lelakinya yang merokok sebelum ini.

“Dari tandas...” Tipu Soffiya dengan wajah tanpa perasaan. Langsung dia tidak takut dengan guru barunya itu. Menyampah adalah.

“ kelas Matematik mula pukul berapa?” Soffiya mengeluh kasar. Dia tahu Nazim cuba memerangkapnya dengan soalan-soalan sebegitu.

“ pukul 11...”

“ooo... awak tahu mula pukul 11... dah tu kenapa masuk kelas pukul 11.30?” Soffiya diam tidak menjawab. Dia malas melayan soalan guru muda itu yang sengaja mahu malukannya didalam kelas. Dijeling wajah Nazim dengan rasa marah. Nazim tersenyum sinis melihat renungan Soffiya yang seperti ingin menelannya hidup-hidup.

“okey sampai sini je kelas kita hari ni... esok kita akan mula belajar macam biasa. Pastikan kamu semua bawa buku teks dan buku latihan. Siapa tak bawa, siap sedia kena denda esok. Faham?”

“Faham...” jawab semua pelajar kecuali Soffiya serentak. Nazim keluar dari kelas tersebut setelah mengucapkan salam. Dia mara ke kelas seterusnya untuk sesi pengajaran.

 Soffiya merengus kasar. Dilunjurkan kakinya merentasi longkang yang terdapat dibelakang surau. Memang tempat ini menjadi markas memontengnya selama beberapa bulan ini. Semenjak dia naik ke tingkatan 4, belum pernah lagi dia menghadiri kelas dengan baik. Dia masuk ke kelas apabila dia rasa perlu sahaja.

“kau ni apasal muncung jer? Selalunya kau tak macam ni.” Sergah Dalila pelajar tingkatan 4 akaun. Dia turut meletakkan kakinya dicelah-celah longkang yang kering itu. Tudung sekolah yang singkat itu ditarik dengan kasar. Rimas dan panas terasa apabila memakai tudung yang menutup kepalanya itu. Soffiya turut sama mengikut rentak Dalila. Tudung bewarna putih bersih itu dicabut dan diletakkan diatas riba. Terserlah rambut lurus dan panjangnya yang telah diwarnakan dengan pewarna merah.

“aku tengah sakit hati ni...”

“kenapa?” soal Dalila tidak menyempat-nyempat.

“cikgu baru tu la... baru pertama kali masuk kelas aku dah buat kerek. Eh tolonglah. Aku tak kacau dia, apasal nak cari pasal dengan aku. Menyemak la cikgu skema macam tu.” Bentak Soffiya geram. Rumput-rumput yang meliar dikawasan itu ditarik kasar. Cuba menyalurkan rasa tidak puas hati setelah dibuli oleh guru muda didalam kelas itu tadi.

“cikgu baru? Ooo maksud kau cikgu Nazim tu ke? Hensemkan cikgu tu... ramai betul budak perempuan jatuh cinta pada dia.” Tutur Dalila. Mulutnya tersenyum meleret mengingatkan rupa paras Nazim yang kacak itu. Badannya tinggi lampai, kulitnya cerah, rambut disisir kemas dan badannya tidak terlalu kurus dan tidak juga berisi. Soffiya mencebik bibirnya. Meluat mendengar cerita yang disampaikan Dalila kepadanya.

“ada aku kisah kalau ramai pelajar minat dekat dia... bengang gila kot aku dengan cikgu tu. Bajet hot la tu nak perli-perli orang dalam kelas.” Bebel Soffiya lagi. Dalila hanya tersenyum kecil. Tahu sangat sikap Soffiya yang mudah naik angin. Soffiya membelek betisnya. Ditarik sepuntung rokok yang diselit dalam stokin lalu diletakkan dibibirnya. Dia kemudiannya mara kearah rimbunan pokok lalu ditarik pemetik api yang disembunyikan disebalik daun-daun kering tersebut.

“Piya... tak manis orang perempuan hisap rokok macam ni.” Tegur Dalila. Kurang senang melihat sikap Soffiya yang semakin gian merokok. Sejak dua menjak ini perangai suka merokok Soffiya kian menjadi-jadi. Dalila pon budak nakal juga disekolah ini tapi tiadalah sampai tahap merokok. Bukankah merokok itu membahayakan kesihatan? Kalau dia merokok mahu ibubapa membelasahnya sampai koma.

“ah lantaklah manis ke tak manis. Aku tak kisah. Yang pasti sekarang aku tertekan dan aku perlu barang ni untuk hilangkan tekanan aku.” Balas Soffiya selamba. Asap rokok mula berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Langsung dia tidak ambil  peduli dengan nasihat Dalila.

“banyak caranya nak hilangkan tekanan ni Piya oii... tak semestinya dengan cara merokok kau tu jer. Apa kata kau ikut aku pergi kelab malam... kita joget kat sana sampai pagi. Lagi syok beb.” Ajar Dalila. Soffiya ketawa kecil. Sedikit sinis seperti memperlekehkan cadangan temannya itu.

“bukan style aku la nak berjimba-jimba tempat ramai orang macam tu. Aku lagi suka hidup macam ni. Sorang diri. Tak payah aku nak fikir masalah orang sekeliling aku. Rimas aku kalau duduk tempat ramai orang ni.”

“dah tu apa kata kau carilah pakwe sorang... kawan pakwe aku ada yang single... kau nak kenal tak? Rupa pon boleh tahan. Kalau kau nak berkenalan aku boleh beritahu pak we aku.” Usul Dalila lagi. Soffiya diam. Dia masih lagi khusyuk menyedut asap rokok yang cukup menenangkan jiwanya. Sekali sekala kedengaran Dalila terbatuk. Mungkin tidak tahan dengan kepulan asap rokok yang dihasilkan.

“malaslah aku melayan benda remeh temeh macam tu Ila... nanti tak pasal-pasal makin banyak masalah aku nak kena fikir. Masalah yang sedia ada ni pon aku tak boleh nak tanggung. Inikan pula masalah bercinta nanti. Tak naklah aku.” Tolak Soffiya mentah-mentah. Bukan dia tidak pernah menerima ajakan dari kaum lelaki untuk dijadikan dirinya kekasih, namun semuanya ditolak. Dia tidak berminat untuk memberatkan kepala dengan hal manusia-manusia lain. Dia lebih senang hidup sendiri, didalam dunianya sendiri.

“kau ni ada masalah apa sebenarnya? Tak pernah aku tengok kau ceria, gembira... asyik nak marah-marah orang ajer. Cuba kau cerita dekat aku. Kot-kot aku boleh tolong.” Dalila cuba mencungkil rahsia Soffiya, temannya ketika memonteng. Pada gaya Soffiya seperti insan yang punya masalah yang tak tertanggung bebannya. Soffiya merengus perlahan. Kurang senang dengan persoalan Dalila. Dia tidak percayakan gadis itu. Baginya Dalila bukanlah sahabat yang boleh dipercayai. Dalila hanyalah kawan yang kebetulan suka memonteng sepertinya dan dia tidak akan mudah mempercayai orang seperti Dalila. Melihat Soffiya hanya mendiamkan diri buat Dalila mula mengerti. Soffiya tak akan sesekali bercerita perihal hidupnya pada orang lain.

“okey la beb... aku nak masuk kelas. Kejap lagi cikgu Ehsan kegemaran aku tu masuk. Tak sabar aku nak mengadap muka cikgu muda tu.” Sambung Dalila setelah dia dan Soffiya mendiamkan diri buat beberapa minit. Soffiya sekadar menganggukkan kepala. Tanpa memandang pemergian Dalila, Soffiya meneruskan kegiatan tidak bermoralnya itu.

Setelah bosan menghabiskan masa seorang diri dibelakang surau, Soffiya akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke kelas bahasa Inggeris tengahari itu. Pintu kelas diketuk perlahan dan tanpa mempeduli Teacher Elfira, Soffiya terus mara ke tempat duduknya yang terletak disebelah Raisya.

“awal masuk kelas hari Soffiya... kenapa tak masuk kelas pukul 2 nanti jer?” sindir Elfira sinis. Dia menjeling kearah pelajarnya yang suka buat perangai tak semenggah didalam kelasnya. Soffiya mencebik mulut. Menayang muncung itik sedepa. Namun, kata-kata guru bahasa inggerisnya itu tidak dibalas. Dia masih sedar siapa dia didalam kelas itu.

“Raisya... awak beritahu Soffiya apa yang dia kena buat sekarang. Jangan pandai nak berangan je masuk kelas.” Suruh Elfira lagi. Badannya tadi enak menyandar pada kerusi guru kini bingkas mengelilingi kelas 4 Sains 2. Raisya hanya mengangguk dengan arahan yang diterima daripada gurunya. Cepat-cepat dia memberitahu Soffiya tentang kerja sekolah yang mereka perlu siapkan sekarang.

“Piya... teacher suruh buat esei pasal keluarga.” Jelas Raisya dengan nada yang malas. Sebenarnya dia kurang senang untuk bercakap dengan pelajar bodoh dan bermasalah seperti Soffiya. Menghabiskan masa bermutunya sahaja melayan Soffiya yang tidak berminat untuk belajar. Soffiya mengerling Raisya yang hanya menunduk ketika menerangkan kerja yang perlu dibuat saat ini. Gadis itu kelihatan sibuk menyiapkan kerja yang diberi teacher Elfira.

“kau dengar tak ni Piya?” tempelak Raisya apabila tidak mendengar sebarang jawapan daripada Soffiya. Soffiya tersentak, terus dia kembali ke alam nyata. Kini Raisya sudah pun mengangkat wajah dan memandang kearahnya.

“aku dah beritahu kau apa yang kena buat... nanti kalau ada apa-apa masalah kau tanggunglah sendiri. Jangan cakap aku tak beritahu pulak.” Sela Raisya geram. Kalau tak kerana arahan teacher Elfira, pasti dia tidak akan bercakap pon dengan Soffiya, manusia yang suka buat masalah. Soffiya merengus geram. Meluat mendengar bicara Raisya yang bajet bagus tu. Mentang-mentanglah pelajar paling pandai dalam kelas ni, pandang aku pun sebelah mata jer. Menyampahnya!

“kau kalau tak ikhlas nak beritahu aku, baik kau tak payah beritahu. Aku boleh tanya pelajar lain la.” Bentak Soffiya agak kuat sehingga mengundang beberapa mata termasuklah teacher Elfira memandang kearahnya dan Raisya. Sakit hati pula dia melihat sikap kurang ikhlas Raisya. Macamlah dia terhegeh-hegeh nak bercakap dengan gadis itu. Raisya mendengus. Sebab inilah dia tidak suka bercakap dengan Soffiya. Gadis ini suka memalukannya didalam kelas.

“Soffiya! Awak dah buat  belum kerja yang saya suruh buat?” jerit Elfira lantang. Dia mencerlung kearah Soffiya penuh garang. Soffiya diam sahaja, terdetik juga rasa takut melihat amarah daripada guru bahasa inggerisnya itu. Dia mengeluarkan buku yang tersimpan didalam mejanya untuk membuat kerja yang diminta dengan mulut yang dimuncungkan kehadapan. Bunyi bingit buku-buku dihempas ke meja tulis menghiasi kelas 4 Sains 2. Pelajar-pelajar lain sekadar menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Soffiya yang sedang memprotes arahan guru bahasa inggeris mereka. Tahu sangat mereka sikap Soffiya yang pemalas itu.

“okey class... time out. Please submit your essay right now.” Arah Elfira sambil mengemas buku yang dibawa. Semua pelajar kelas tingkatan 4 Sains 2 mula berpusu-pusu mara kehadapan untuk menghantar esei yang telah dibuat. Soffiya tersenyum didalam hati. Tak perlu dia susah-susah untuk membuat esei yang entah apa-apa itu memandangkan kelas hari ini telah tamat.

“Soffiya... have you done it?” soal Elfira. Sinis sahaja nadanya kerana dia tahu Soffiya belum lagi memulakan sebaris ayat pon untuk menyiapkan eseinya. Soffiya terpinga-pinga, dipandang wajah Elfira dengan rasa menyampah.

“not yet teacher...” balas Soffiya ringkas.


“all of you can go home right now except Soffiya... Soffiya, please done your essay first before you go home. I will tell discipline teacher if you not submit your essay to me. Understand?” Ugut Elfira dengan senyuman yang memekar dibibirnya. Puas hati dia dapat mengenakan pelajarnya yang nakal ini. Soffiya mendesah keras. Benci sungguh dia mengadap cikgu bahasa inggerisnya ini. Dasar suka pilih kasih! Pelajar-pelajar lain tersenyum sinis mendengar arahan teacher Elfira. Padan muka Soffiya, itulah kata hati mereka.