Bab 34
Umairah dan Zizie terus berborak kosong, berkongsi kisah
kehidupan mereka setelah lebih setahun berpisah. Masing-masing menceritakan
kisah terkini.
“ ooo kau dengan Haikal masih berhubung la... cis Haikal
ni, dengan aku langsung tak contact, tapi dengan kau bukan main lagi mamat tu.”
Cetus Zizie apabila Umairah mengungkit nama Haikal dalam perbualan mereka.
Umairah tahan gelak yang hampir meletup, kelakar melihat reaksi Zizie yang
jelas sakit hati dengan Haikal.
“ ish kau ni... yang kau pergi tukar nombor telefon tak
cakap dengan dia tu kenapa... memang la korang lost contact.” Tempelak Umairah
selamba. Zizie tersengih kerang, mengakui kata-kata Umairah.
“ aku add dia dekat facebook tapi mamat tu sombong, tak
nak approve pon aku.”
“entah-entah dia tak aktif facebook kot...”
“ye la tu... nanti kalau kau jumpa dia kirim salam banyak
sikit dekat mamat tu dari aku.” Tingkah Zizie kemudiannya. Umairah sekadar
mengangguk, bersetuju dengan permintaan Zizie.
“ ku relakan jiwa untuk menjadi....” deringan telefon
yang berkumandang dari beg tangan Umairah mengejutkan Umairah dan Zizie yang
enak bersantai. Terus sahaja Umairah menyelongkar beg tangannya untuk mencapai
telefon bimbit itu. kelihatan sepotong nama Ifran terpapar didada telefon buat
dahi Umairah mengukir kerutan nipis.
“ siapa telefon kau?” soal Zizie ingin tahu. Riak wajah
Umairah yang jelas teragak-agak mendatangkan tanda tanya dihatinya.
“ Ifran.” Balas Umairah ringkas. Tanpa buang masa
cepat-cepat Umairah menjawab panggilan suaminya sebelum panggilan itu terhenti.
“ hello assalamualaikum...” sapa Umairah lembut. Menanti
Ifran membalas salamnya dan menyatakan hajat yang dikehendaki lelaki itu.
“waalaikummusalam... kau dekat mana ni? Tak ada pon dekat
rumah?” soal Ifran perlahan. Seingatnya, Umairah tiada meminta kebenarannya
untuk ke mana-mana.
“ aku dekat luar ni... jumpa Zizie. Kenapa?”
“laa... keluar tak cakap pon. Kan aku dah pesan kalau nak
keluar minta izin aku dulu.” Suara Ifran sedikit meninggi. Kurang senang dengan
sikap Umairah yang masih lagi tidak berubah, sedangkan dia sudah berpesan
banyak kali pada wanita itu untuk meminta keizinan darinya jika hendak
kemana-mana. Umairah dihujung talian mengeluh. Dia sebenarnya terlupa untuk
meminta kebenaran daripada Ifran namun dia tetap merasakan dirinya tidak
bersalah kerana dia keluar bertemu dengan perempuan. Bukan lelaki lain.
“ sorry la If... tapi aku keluar dengan Zizie jer pon.
Bukan dengan orang lain.” Umairah merendahkan nada suaranya, cuba menarik
simpati dan pengertian Ifran kepadanya. Ifran merengus perlahan, cair pulak
hatinya dengan suara Umairah yang bertukar sendu.
“ ye la- ye la... kau betul dengan Zizie jer? Haikal ada
sekali tak?” Umairah geleng kepala laju-laju. Menolak tekaan rambang Ifran.
“ tak... aku dengan Zizie jer. Haikal tak ada. Er If, kau
makan dekat luar ek hari ni. Aku dah makan dengan Zizie.” Tambah Umairah. Risau
juga sekiranya Ifran menunggunya pulang tanpa makan terlebih dahulu sedangkan
memang dia sudah makan diluar bersama Zizie.
“ Mai... kau balik la awal sikit masak untuk aku. Aku tak
larat nak keluar cari makanan. Badan macam tak sihat jer.” Tipu Ifran dihujung
talian. Sengaja dia mahu mengenakan Umairah lagi pun dia tahu kalau tidak
berlakon begitu pasti Umairah akan leka berbual dengan teman baiknya sekali gus
melupakan kewujudannya dirumah. Umairah terkedu sekejap. Perasaannya jadi risau
dan serba salah.
“ kau tak sihat ke? Dah pergi klinik?” tanya Umairah
pantas. Terpamer riak resah gelisah mengenangkan kesihatan Ifran.
“nak drive pon tak larat, macam mana nak pergi klinik.”
Jawab Ifran selamba, dalam diam dia gembira mendengar suara Umairah yang jelas
kerisauan. Sayang juga Umairah padanya.
“ ala kesiannya... kejap kau tunggu aku balik. Aku balik
rumah sekarang. Nanti kita pergi klinik.” Putus Umairah seterusnya memutuskan
talian. Ifran dihujung talian sana tersenyum puas, gembira dengan janji
Umairah. Pandai juga dia berlakon, berjaya buat Umairah cepat-cepat pulang.
Umairah terkocoh-kocoh menyimpan segala barangan miliknya, dia mahu segera
pulang untuk menemui Ifran yang dilaporkan tidak sihat.
“ kau nak kemana kelam kabut sangat ni?” soal Zizie.
Aneh! Itu sahaja bermain dimindanya saat ini.
“ Sorry Zie... aku kena balik sekarang. Ifran tak
sihat... next time kita keluar sama-sama lagi ek. Bye bye...” minta Umairah
dengan badan yang sudah berdiri. Tanpa buang masa dia segera ke keretanya untuk
memecut pulang bertemu Ifran. Harap-harap demam Ifran tidaklah seteruk yang
dibayangkan. Zizie yang menghantar pemergian Umairah hanya mampu tersenyum
nipis.
“ hai Mai... cakap tak cinta tapi risau mengalahkan orang
bercinta. Agaknya sebab ni la diorang tak bercerai-cerai sampai sekarang.
Semoga korang terus bahagia la.” Bisik Zizie dalam hati. Melalui pemerhatiannya
terhadap perbualan Umairah dan Ifran sebentar tadi, dia dapat rasakan ada
‘sesuatu’ dalam hubungan mereka. Mungkin ‘sesuatu’ ini jugalah yang akan
mengekalkan kebahagian mereka suatu hari nanti. Zizie tak kisah sama ada
Umairah bercerai atau tidak dengan suaminya, tetapi apa yang diharapkan adalah
wanita itu akan terus bahagia dengan jalan-jalan yang bakal dipilihnya dimasa
akan datang. Itulah doanya buat teman baiknya itu.
Umairah terkocoh-kocoh menghampiri daun pintu rumah milik
Ifran yang kelihatan tertutup rapat. Pintu itu dibuka dan ditolak dengan rasa
tidak sabar. Wajah Ifran dicari disegenap rumahnya sebelum dia bergegas masuk
ke bilik jejaka itu untuk melihat keadaan suaminya yang dikatakan tidak sihat.
Baru sahaja Umairah menolak daun pintu bilik Ifran, terpancul wajah lelaki itu
yang sedang leka mengadap laptop. Umairah tidak tunggu lama, cepat-cepat dia
mara kearah Ifran lalu diraba dahi jejaka itu.
“ kau okey tak?” soal Umairah sambil meletakkan tapak
tangannya pada dahi Ifran. Wajah Ifran yang kelihatan tersentak itu dipandang
dengan rasa risau yang menggunung. Namun begitu, perasaan risaunya bertukar
menjadi tanda tanya apabila dahi Ifran yang disentuh langsung tidak panas dan riak
wajah Ifran yang kelihatan tenang tidak seperti menanggung bebanan kesakitan.
“ kau dah balik... cepatnya!” tutur Ifran dengan wajah
selamba tanpa rasa bersalah. Wajah gelisah Umairah dipandang dengan senyuman
nipis, sedikit terusik melihat reaksi wanita itu.
“ sebenarnya kau demam ke tidak?” soalan dari Ifran
berganti soalan. Wajah Ifran dihadapannya ditatap lama, namun jauh disudut
hatinya yakin Ifran tidak demam seperti yang dikhabarkan. Timbul rasa geram
dari sudut hati Umairah.
“tak demam pon... aku tipu kau jer tadi.” Tingkah Ifran
tanpa perasaan. Umairah terkedu seketika, tanpa rasa bersalah Ifran mengakui
pembohongannya. Ini sudah melampau.
“ kau tipu? Kau tahu tak betapa aku risau bila dengar kau
sakit tadi. Aku bawak kereta macam nak terbang sebab kalut nak jumpa kau, ini
yang kau balas?” bentak Umairah dengan mata yang mencerlung marah kearah Ifran.
Sampai hati Ifran mainkan perasaannya, apa Ifran fikir dia robot yang tiada
perasaan? Ifran telan liur, wajah berang Umairah ditatap lama. Timbul rasa
bersalah dalam hatinya kerana buat Umairah terlebih risau.
“ aku tak sangka kau akan risaukan aku sampai macam tu... aku buat macam ni sebab
nak kau balik lebih awal jer.” Jawab Ifran lambat-lambat. Wajah Umairah yang
masih tegang dipandang dengan rasa bersalah yang amat, tak sangka Umairah
begitu risaukannya. Dia ingatkan Umairah jenis tak ada hati perasaan, tak
peduli dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Umairah ketap bibir geram.
Jawapan bodoh Ifran ditelan sahaja.
“ sia-sia je aku risaukan kau.” Jerkah Umairah sambil
menolak keras tubuh Ifran yang berdiri disebelahnya. Tanpa buang masa dia terus
keluar dari bilik jejaka itu dan ke biliknya. Daun pintu biliknya ditutup kuat
menunjukkan rasa geram yang sudah tak terbelah bagi. Ifran yang masih tegak
berdiri hanya mampu menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pening kepalanya
memikirkan cara untuk memujuk Umairah yang jelas merajuk dengan sikapnya.
Sudahlah selama ini Umairah tak pernah merajuk! Salahnya juga yang suka sangat
menduga perasaan Umairah, kan dah mendapat tulahnya.
Ifran berdiri tegak dihadapan pintu bilik Umairah,
sekejap dia kekanan, sekejap dia kekiri, mencari idea yang paling bernas untuk
memujuk hati Umairah yang panas dengan sikapnya. Ifran angkat tangan yang sudah
siap dikepal menghampiri daun pintu bilik isterinya, berhajat untuk mengetuk
pintu tersebut. Namun tak sampai beberapa detik tangannya itu ditarik kembali
membantutkan hajat yang tersimpan.
“ ish nak cakap macam mana yer? Nak kena minta maaf ke?”
desis hati Ifran berteka-teki. Sebenarnya dia malu untuk memohon kemaafan
daripada Umairah meskipun dia sedar apa yang berlaku saat ini adalah
kesilapannya. Tak patut dia menguji perasaan Umairah sebegitu rupa. Ifran
angkat tangannya sekali lagi, bertekad untuk mengetuk pintu bilik Umairah untuk
menemui wanita itu. belum pun daun pintu itu sempat diketuk, pintu itu sudah
pun dibuka dari dalam.
Terjengul wajah masam mencuka Umairah yang terperanjat
melihatnya dihadapan bilik. Ifran melemparkan senyuman nipis, tersengih-sengih
untuk menarik perhatian Umairah yang kini sudah terpacak dihadapannya. Umairah
buat-buat tidak nampak dengan kewujudan Ifran. Langkahnya terus diatur ke dapur
untuk mendapatkan segelas air kosong untuk menghilangkan rasa dahaga yang
bertandang. Ifran cepat-cepat mengekori langkah pantas Umairah yang jelas
memulaukannya saat ini. melihat Umairah mendapatkan gelas kosong, cepat-cepat
Ifran capai jug berisi air kosong lalu dituang kedalam gelas wanita itu.
Umairah tarik muka, diteguk sahaja minuman yang dituang Ifran tanpa sebarang
kata. Sesudah membasahkan tekak, Umairah mara kembali ke biliknya. Tak kuasa
dia mahu melayan Ifran yang masih lagi mengekori gerak gerinya.
“ Mai... tunggulah kejap.” Sapa Ifran apabila melihat
tingkah Umairah yang langsung tidak mempedulikannya. Umairah seperti biasa buat
tidak dengar sahaja malah langkahnya makin laju diatur ke bilik. Selagi rasa
sakit hati masih ada didalam hatinya, selagi itulah dia tak akan melayan
cakap-cakap Ifran padanya.
“ Mai...” jerit Ifran lagi sambil menarik perlahan lengan
Umairah untuk menghentikan langkah wanita itu. Langkah pantas Umairah terhenti
namun dia langsung tidak memandang kearah Ifran yang kini sudah tegak berdiri
dihadapannya. Dia lebih rela membuang pandang kearah lain daripada mencemarkan
mata dengan melihat wajah Ifran.
“ Mai janganlah macam ni. Aku minta maaf pasal tadi tu.
Aku tak ada niat pon nak buat kau risau dan aku tak sangka pun kau akan
risaukan aku sampai macam tu sekali. Iyelah ingatkan kau tak sayangkan aku.”
Tutur Ifran dengan mata yang tepat memandang kearah Umairah yang hanya
mencebikkan bibirnya. Kedua belah tangannya mencengkam erat kedua belah bahu
Umairah agar wanita itu turut menatap wajahnya. Umairah jeling geram wajah
Ifran dihadapannya, tangan jejaka itu ditolak dengan kasar.
“kau tak payah nak perasan. Masa bila pulak aku sayangkan
kau.” Tingkah Umairah dengan suara yang mula meninggi. Makin sakit hatinya
apabila Ifran memandai-mandai membuat kesimpulan tentang hati perasaannya. Buat
dia makin malu sahaja dengan kata-kata Ifran itu.
“ kalau kau tak sayangkan aku takkanlah kau risaukan aku
sampai macam tu sekali...” balas Ifran selamba. Terjungkit senyuman nipis
diwajahnya dengan bicara sendiri. Umairah tahan perasaan, geram dan malu makin
bercampur aduk didalam pelipat hatinya. Wajah Ifran yang tersengih-sengih bak
kerang busuk itu ditatap dengan mata yang terjengil.
“ aku risaukan kau atas dasar kemanusiaan. Dah kita
tinggal sekali mestilah aku kena ambil tahu pasal kau. Karang kalau ada apa-apa
yang terjadi pada kau, aku nak jawab apa pada mak dan abah?” tempelak Umairah
agar Ifran tidak salah mengerti dengan sikapnya yang jelas cukup terkesan
dengan kesihatan lelaki itu. Ifran senyum lebar dengan alasan yang diberikan
Umairah, bukan tidak kenal dengan sikap Umairah yang ego tak bertempat. Malulah
tu nak mengaku perasaan sendiri.
“okey... okey... okey. Aku tahu kau risaukan aku atas
dasar kemanusiaan bukan kerana rasa sayang seorang isteri terhadap suaminya.
Jadi aku minta maaf sebab tipu kau tadi. Aku janji takkan main-main lagi pasal
ni lepas ini.” Janji Ifran sambil jemarinya diangkat separas bahu seakan
bersumpah. Umairah mengerling perbuatan Ifran menggunakan ekor mata sahaja.
Sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan pujukan Ifran. Sekurang-kurangnya
Ifran ambil kisah juga tentang perasaannya.
“ Mai... tolonglah cakap yang kau dah maafkan aku.” Minta
Ifran lembut sekaligus mengejutkan Umairah dalam menungan pendek. Wajah penuh
mengharap Ifran dipandang lama. Terasa tangannya digenggang erat oleh jemari
Ifran.
“ mungkin istillah lepas ni dah tak ada... kita belum
tentu bergelar suami isteri dimasa akan datang.” Sela Umairah dengan nada yang
rendah namun cukup untuk didengari oleh Ifran yang kelihatan terkedu dengan
jawapannya. Ifran menghela nafas panjang, sedikit sebanyak kurang senang timbul
dalam hatinya dengan kata-kata Umairah.
“ right now you are my wife. Lets not talk about future
yet!” tegur Ifran tegas. Tidak suka dengan bicara akhir Umairah.
“ tapi itulah kenyataannya kan...” luah Umairah dengan
mata yang memandang tepat kedalam anak mata Ifran. walaupun kata-kata itu sukar
untuk diluahkan tapi dia terpaksa menghadapi kenyataan itu, sampai bila dia
mahu hidup dalam angan-angan sendiri. Dia dan Ifran memang tak akan lama kerana
suatu hari nanti Ifran pasti akan memilih Atikah, bukan dia! Sebaik mana pun
hubungan dia dan Ifran masa ini, dia yakin Ifran tetap akan tinggalkannya suatu
hari nanti.
Ifran telan liur yang terasa kesat dikerongkong, wajah Umairah yang
kelihatan tenang dengan bicara berbisanya ditatap dalam-dalam. Tanpa buang
masa, Ifran tarik kuat jemari Umairah yang sudah dalam genggamannya lalu tubuh
kecil itu dipeluk erat. Mendengar kata-kata Umairah sebentar tadi cukup untuk
buat perasaannya jadi tak menentu. Dia jadi serba tidak kena, rasa sedih dan
terkilan mula memenuhi segenap perasaannya. Pendek kata, bicara Umairah itu
bagaikan belati tajam menikam jantungnya.
“ please! Don’t talk about that. Buat masa ni tolong
maafkan aku sebab mainkan perasaan kau. Aku janji tak akan ulang lagi semua
tu.” Bisik Ifran perlahan. Umairah ketap bibirnya perlahan, tingkah laku Ifran
yang cukup drastik buat perasaannya tersentuh. Ada air mata mula bertakung
ditubir matanya lalu perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Umairah hanya mampu mengangguk-anggukkan
kepalanya. Dia tidak berdaya untuk melontarkan sebarang kata memandangkan
perasaan sebak sudah merantai disekeliling hatinya. Untuk kali ini biarlah isu
perkahwinannya dibiarkan tergantung sahaja kerana dia yakin dan pasti suatu
hari nanti isu ini pasti berbangkit kembali. Dan masa itu tiada lagi istilah
suami isteri antaranya dan Ifran.
Hmmm....xmaula diorg berpisah.....
ReplyDelete