IKLAN NUFFNANG

Monday, May 26, 2014

masih dihatiku bab 15 dan bab 16

BAB 15

Setelah hampir sebulan kejadian yang menimpa Shazrina di kantin, hubungan dia dan Aliff semakin rapat. Malah mereka sering sahaja meluangkan masa bersama.

 “Awak dah study sudut dongakan dan sudut tunduk?” Soal Shazrina terhadap Aliff lembut. nota matematik moden dibuka dan diletakkan dihadapannya. Aliff mengangguk.

“Dah... Susah jugak sebab kena banyak imagin... Tapi alhamdullilah boleh la setakat ni... Awak?” Jawab Aliff penuh berhemah.. Shazrina tersenyum senang.. Banyak perubahan yang sudah dibuat oleh Aliff.. Aliff jauh berbeza dengan Aliff yang pertama kali ditemui di tangga lebih kurang 2 bulan yang lepas. Aliff kini jelas lebih berkarisma dan berkeyakinan... Bukan dia sahaja yang menyedari tentang perkara itu malah ramai pelajar termasuk guru-guru memuji perubahan positif yang agak drastik berlaku keatas Aliff... Malah, Aliff kini menjadi pelajar yang digilai ramai kerana mempunyai pakej yang lengkap... kacak, pandai dan nakal!

“Alhamdullilah dah... Kalo macam tu boleh kita buat latihan sama-sama... Kita tengok sapa yang lagi power.. nak?” Ajak Shazrina.. Kadang-kadang suasana belajar menjadi lebih menarik kalau terdapat saingan yang sihat...

“Boleh jer... Sapa kalah dia kena belanja ais krim.. okey?” Aliff pula membuat cabaran. Shazrina mengangguk setuju.. Mereka meletakkan masa selama satu jam untuk menjawab soalan yang terdapat didalam buku rujukan.



“Nah.” Shazrina menghulurkan ais krim cone yang dibeli dikedai berhampiran sekolah... Mereka sama-sama berjalan untuk menuju ke rumah masing-masing.. Menjadi kelebihan kerana mereka menggunakan jalan yang sama... Jalan raya agak sunyi memandangkan sudah pukul 4 petang.

“Thank...” Balas Aliff sambil mengambil ais krim yang di hulur oleh Shazrina.. Pertandingan menjawab soalan tadi dimenangi oleh dirinya. Rasa tak percaya pula dia berjaya mengalahkan pelajar terbaik sekolah.

“Bangga la tu...” Ejek Shazrina apabila perasan wajah Aliff yang tersengih-sengih sejak keputusan pertandingan mereka tadi diwar-warkan...

“Mesti lah.. Bukan selalu dapat kalahkan best student..” Usik Aliff.. Shazrina mencebik.. Malu pon ada apabila dia kalah dengan pelajar kelas paling corot.. Tapi, apabila ditilik sebenarnya Aliff bukanlah tidak pandai tetapi hanya malas sebelum ini.. Betul kata Farah!

“Eleh... Macam pandai sangat..” Bebel Shazrina perlahan namun masih didengari oleh Aliff.. Aliff tersengih cuma mendengar bebelan dari Shazrina.

“Kalo saya tak pandai... awak lagi tak pandai sebab awak kalah dengan saya!” Giat Aliff lagi dengan ketawa riang.. Suka dia kalau dapat mengenakan Shazrina.. Tak sangka selepas hampir 11 tahun belajar disekolah akhirnya merasa juga dia perasaan gembira ke sekolah. Selama ini, dia sibuk membuat perangai demi untuk dibuang sekolah... Baginya sekolah adalah suatu yang membosankan dan tidak menarik.

“Ooo tak pe.. Kita tengoklah lepas ni sapa lebih pandai...” Jawab Shazrina tidak puas hati.

“Okey fine.” Suasana sunyi seketika selepas balasan dari Aliff.

“Shaz...” Panggil Aliff perlahan demi mengusir suasana yang tiba-tiba menjadi kaku antara mereka. Shazrina memandang kearah Aliff... Mengguna kuasa matanya meminta Aliff menyambung kata-kata.

“Kita punya percubaan dah dekatkan...” Aliff berkata dengan nada yang teragak-agak. Shazrina menghentikan langkah lalu memandang wajah Aliff dengan kerutan didahi.. Tidak faham apa yang cuba Aliff sampaikan kepadanya.

“So?” Soal Shazrina ringkas..Ais krim ditangannya terus dinikmati dengan lahap...

“Sudi tak awak...............” Ayat Aliff yang agak tergantung itu buat dada Shazrina bergelora. Dia nak luahkan perasaan ke? Shazrina menelan liur satu persatu... Cuba menenangkan rasa getar didalam jiwa. Kalau dia luahkan perasaan nak jawab apa? Terus terima atau jual mahal?

“Sudi tak apa?” Shazrina memberanikan diri bertanya. Aliff menarik nafas panjang untuk meluahkan keinginan dihatinya. Wajah Shazrina dipandang serius.

“Kalo saya berjaya masuk dalam top 10 result keseluruhan percubaan nanti, sudi tak awak jadi girlfriend saya?” Aliff membalas laju.. Tebal rasa kulit wajahnya meluahkan isi hati yang terpendam. Shazrina diam.. Wajahnya turut memerah menahan malu.

“Boleh tak?” Tanya Aliff lagi. Shazrina diam. Cuba menimbang baik buruk perkara yang bakal dibuat. Kalau ikutkan hati memang dia sudah mula menyukai Aliff tetapi bukankah mereka bakal menempuh SPM tidak lama lagi.. Satu keluhan perlahan dilepaskan. Aliff dapat merasa Shazrina tidak menerima tawarannya mungkin gadis ini tiada perasaan padanya.

“Boleh..” Jawapan pendek lagi ringkas dari Shazrina mengejutkan Aliff... Terkebil-kebil dia melihat kearah Shazrina dengan wajah yang tidak percaya. Melompat kegembiraan Aliff mendengar persetujuan Shazrina untuk menjadi kekasihnya sekiranya dia berjaya tersenarai dalam top 10 pelajar terbaik sekolah.





BAB 16


Shazrina berdebar-debar sendiri... Bukan keputusan percubaannya yang dirisaukan tetapi Aliff... Adakah Aliff berjaya menempatkan diri dalam top 10 pelajar terbaik di sekolah mereka?

“Asal kau nampak nervous semacam je? Aku rasa kita dah boleh agak kau dapat nombor satu melalui markah-markah yang kau dapat.” Tegur Farah... Jelas dimatanya Shazrina kelihatan gabra untuk melihat keputusan yang sudah pon ditampal pada papan kenyataan..

“ Bukan result aku yang dirisaukan sekarang...”

“Habis tu result siapa? Baik bebenor kau tolong risaukan result orang lain...” Sela Farah selamba.. Ketawa mengekeh dirinya dengan kata-kata sendiri.. Shazrina tersengih cuma.. Agak terhibur dengan kata-kata lucu dari Farah.

“Aliff...”

“Dah kenapa kau nak risau result dia?” Potong Farah cepat apabila Shazrina melontarkan segaris nama lelaki yang disukainya.. Hatinya mula tidak senang melihat sikap Shazrina yang kononnya nervous untuk melihat keputusan Aliff.... Siapa Shazrina untuk gabra lebih berbanding Aliff? Mengada-ngada jer lebih! Kutuk hati Farah tatkala hatinya diamuk rasa cemburu.

“Kalau aku bagitau kau jangan terkejut...” Permulaan ayat dari Shazrina buat Farah mula berdebar.. Terasa boleh mengangak apa yang bakal Shazrina luahkan padanya.

“Kenapa aku mesti terkejut? Ceritalah.” Suruh Farah... Satu senyuman kurang ikhlas dilemparkan kepada Shazrina.. Hatinya sudah mula menggelegak meskipun perkara sebenar belum lagi terluah.

“Aku akan jadi girlfriend Aliff kalo dia berjaya tersenarai top 10 sekolah.” Jelas Shazrina... Farah yang mendengar kata-kata Shazrina terhenti langkahnya. Dipandang wajah Shazrina dengan riak terkejut namun jauh dihatinya terasa amat terbakar.

“Tengok kau pon terkejut...Aku rasa aku dah mula suka kat dia... Dia tak sama seperti yang aku bayangkan sebelum ni.” Sambung Shazrina perlahan.. Farah diam disebelah Shazrina tanpa berkata apa-apa.. Shazrina menjeling kearah Farah sambil mengerutkan dahinya... Pelik apabila mendapat respon bisu dari kawan baiknya.

“Kau kenapa diam je? Tak nak komen apa-apa ke? Okey ke tak okey ke?” soal Shazrina pelik.

“Ikut kau la Shaz... Kalau kau rasa okey, okey la... Kalau tak okey tak kan kau terima dia kan...” Balasan dingin dari Farah buat Shazrina tersentap.. Aik kenapa Farah macam marah je? Dia cemburu ke? Entah-entah dia ada hati pada Aliff..

“Kau suka Aliff ke?” Soal Shazrina teragak-agak... Dipandang wajah Farah.

“Apa pulak kau merepek? Mana ada.” Dalih Farah apabila mula menyedari dia terlalu emotional.
“Dah tu asal macam cemburu jer..” Bidas Shazrina.

“Aku bukan cemburu... Tapi ye la kitakan dah nak SPM tapi kau boleh pulak nak bercintan-cintun masa nak exam nih.. Karang hilang pulak focus nak exam.” Farah beralasan.. Mustahil dibiarkan Shazrina tahu rasa hatinya lagi-lagi apabila melihat Aliff dan Shazrina semakin rapat semenjak dua menjak ini.. Malah dia dapat rasakan Aliff menyukai Shazrina bukan dirinya.. Mustahil dia mahu memalukan diri disaat dirinya hanyalah insan ke 3 dalam hubungan mereka..

“InsyaAllah aku akan cuba tidak hilang focus...” Balas Shazrina lembut.. Apa pon yang berlaku dia akan letakkan Aliff nombor 3 didalam hidupnya kerana yang pertama dia akan utamakan mama dan papa, kedua pelajaran dan yang ketiga barulah Aliff.



Ketika Shazrina dan Farah tiba dipapan kenyataan pada waktu rehat kelihatan beberapa pelajar turut ada untuk melihat keputusan masing-masing.. Terselit Aliff dari salah seorang pelajar berkenaan... Lelaki itu kelihatan tidak sedar dengan kehadiran Shazrina dan Farah.

“Dah tengok result macam mana?” Tegur Shazrina sambil berdiri disebelah Aliff.. Aliff sedikit tesentak dengan sapaan tanpa salam. Kelihatan Farah turut serta berada disebelah Shazrina dan seperti biasa gadis itu menghadiahkan senyuman manis menggula kepadanya.

“Belum... Awak?” Balas Aliff bersama soalan yang ringkas.. Hatinya cukup berdebar-debar untuk mengetahui keputusan percubaan SPM.

“Belum...” Jawab Shazrina pendek.. Sama-sama berdebar untuk melihat keputusan dia dan Aliff.

“Jangan risaulah Aliff... Mesti result awak okey punya...” Farah memberi kata semangat. Senyuman bertenaga dihadiahkan kepada Aliff agar lelaki itu lebih kuat.

“Harap-haraplah...” Aliff mara ke papan kenyataan setelah tiada lagi pelajar menanti giliran untuk melihat keputusan. Aliff melihat satu persatu keputusan yang ada.. Dilihat dahulu keputusan kelas 5 Perdagangan... Alhamdullilah dia masih kekal nombor satu. Kemudian matanya beralih pula pada keputusan keseluruhan tingkatan 5... Mencari satu persatu namanya...

“Shaz....” Panggil Aliff lembut. Shazrina segera menghampiri Aliff lalu melihat apa yang ditunjukkan Aliff kepadanya.

“10. Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” Baca Shazrina perlahan... Matanya seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.. Digosok matanya berkali-kali untuk mengesahkan kebenaran apa yang dilihat..

“Tahniah....” Ucap Shazrina gembira.. Dia tumpang senang dengan kejayaan Aliff yang cukup membanggakan.. Hanya dengan 4 bulan sahaja Aliff berjaya membawa dirinya masuk dalam lingkungan pelajar terbaik sekolah.

“Terima kasih....” Balas Aliff gembira.. Masih belum percaya yang dia mampu buat sebegini baik.. Patutlah orang kata usaha tangga kejayaan.. Kalau tak usaha memang tak tahu macam keputusan yang bakal diperolehi.

“Awak kekasih sayakan....” Tambah Aliff lagi sambil merenung dalam mata Shazrina.. Shazrina mengangguk dengan senyuman mesra.. Dua hati yang saling menyukai antara satu sama lain telah pon bersatu... Supaya hubungan mereka kekal ke jinjang pelamin meski pon masih awal untuk bincangkan perkara itu. Namun tanpa mereka sedar, Farah yang melihat babak cinta yang mula memekar menjeling penuh rasa marah dan dengki.. Terasa tidak adil apabila Shazrina berjaya merebut cinta Aliff sedangkan dia mempunyai pakej yang lebih baik daripada Shazrina.



“Nah.....” Hulur Aliff semasa dia dan Shazrina sama-sama menikmati hidangan pada waktu rehat... Bilangan pelajar mulai berkurang di kantin apabila masa rehat tinggal lagi 10 minit. Shazrina teruja dengan pemberian dari Aliff.. Meski pon tidak mahal tetapi asalkan datangnya dari Aliff buat hatinya gembira.

“Apa ni...” Soal Shazrina sekadar berbasa-basi. Cuba menutup perangai gelojoh meski pon dia sangat excited dengan barang yang diberikan oleh Aliff.

“Awak tengoklah...” Suruh Aliff. Beg kertas pemberian Aliff ditilik dan dikeluarkan sesuatu dari beg bekenaan.

“kek? Kek apa ni?”

“Kek keju.. Cubalah rasa.. Sedap tak...” Suruh Aliff. Shazrina memotong kecil kek keju itu lalu dimasukkan kedalam mulutnya... Hmmm... Sedapnya. Lembut dan cukup rasanya.. Apabila terkena lidah terus cair kek yang dimakan..

“Sangat sedap... Awak beli kat mana ni?” Balas Shazrina dengan wajah yang berseri-seri. Kalo bab makan jarang wajahnya menjadi kelat... Dia memang suka aktiviti makan-makan tetapi sayang dia tidak pandai memasak... Kalau tak pasti dicuba semua resepi makanan yang ada didunia ini.

“Beli? Saya yang buat kek tu.... Okey?” Jawapan dari Aliff yang selamba buat Shazrina terkejut... Gila pandai mamat ni bab masak memasak.. Patut dia marah benar kalau orang perlekehkan bidang masakan.

“Ni bukan okey... Sangat okey!!” Puji Shazrina melambung-lambung.. Bukan kerana Aliff kekasihnya tetapi kerana memang dia sukakan kek pemberian Aliff.. Teramat sedap pada deria rasanya.

“Iye la tu... Pandai ek bodek..” Usik Aliff.

“Mana ada bodek... Memang sedap pon... Pandai awak buat.. Memang boleh bukak kedai lah kalau dah macam ni..”

“Amin..” jawab Aliff pendek dengan kata-kata akhir Shazrina.. Senang hatinya melihat Shazrina suka dengan kek buatannya. Semoga cita-citanya tercapai. Itulah doanya kehadrat Ilahi selama ini.

Saturday, May 24, 2014

Masih dihatiku bab 13 dan bab 14

BAB 13

“Awal balik hari ni Shaz...” Tegur mak Timah merangkap pembantu rumahnya. Memandangkan puan Rogayah dan encik Tarmizi sentiasa sibuk dengan urusan dikliniknya, maka mak Timah yang merupakan jiran tetangganya telah dilantik sebagai pembantu rumah semenjak Shazrina kecil lagi. Mak Timah yang tiada sanak saudara dan anak-anak duduk bersama mereka semenjak dulu lagi.

“Shaz jatuh kat sekolah tadi mak Timah... Itu la pasal balik awal..” Cerita Shazrina perlahan.. Mak Timah merenung anak majikannya.. Dia nampak baju sekolah Shazrina yang agak comot...

“Jatuh dekat mana... Comot sangat baju Shaz ni...”

“Kat kantin...” Balas Shazrina sepatah... Melalui hari yang malang membuatkan badannya penat. Dia mahu naik ke biliknya, mandi dan berehat... Mahu melupakan segala kejadian yang memalukan hari ini...

“Kalo macam tu naik atas cepat... Salin baju... Bagi baju ni kat mak Timah... Biar mak Timah sental betol-betol kotoran degil ni...” Jawab mak Timah... Shazrina ketawa kecil.. Dah macam iklan pula kata-kata mak Timah.. Kurang-kurang terubat sikit hatinya mendengar kata-kata mak Timah yang lucu itu. Shazrina kemudiannya terus ke tingkat atas untuk menyalin baju dan mandi.


Shazrina membelek satu persatu buku latihan yang terpampang dihadapannya. Dia amat memerlukan buku latihan matematik tambahan memandangkan buku latihannya sebelum ini telah habis digunakan. Setelah hampir 10 minit memilih akhirnya Shazrina mencapai buku latihan yang bertajuk koleksi soalan topical matematik tambahan tingkatan 5. Setelah itu, Shazrina beralih pula ke ruangan buku rujukan Sejarah. Menilik beberapa jenis buku rujukan yang menarik perhatiannya.

“ Eh Shaz!!” Tegur satu suara yang turut sama sedang membelek buku rujukan sejarah. Shazrina mencari wajah si penegur lalu berbalas pandang dengan jejaka tersebut. Senyuman manis terukir dibibirnya tatkala raut wajah Aliff terlayar pada penglihatannya.

“ Awak Aliff. Kebetulannya kita hari ni. Datang sini buat apa?” Balas Shazrina mesra. Muncul rasa gembira disegenap sudut hatinya.

“Saya datang nak jual ikan kat sini!” Seloroh Aliff. Shazrina menarik muka mendengar jawapan bodoh Aliff. Jelas kedengaran suara Aliff ketawa senang apabila melihat perubahan mimik muka Shazrina.

“Lain kali tanyalah lagi soalan ‘cerdik’ macam tu.. Mestilah saya datang nak cari buku. Takkan nak cari kekasih pulak!” Sambung Aliff bersama sisa-sisa ketawa yang masih berbaki.

“Manalah tahu awak datang nak jalan-jalan cuci mata jer, tak pon dating dengan awek! Manalah saya tahu.” Tingkah Shazrina tidak puas hati. Aliff ketawa lagi dengan sikap Shazrina yang jelas tersentap dengan kata-katanya.

“ Sorry sorry sorry... Saya bergurau je. Jangan marah.” Pujuk Aliff lembut sambil menggabung tangannya dihadapan wajah. Shazrina menarik wajahnya lagi. Jual mahallah kononnya. 

“ Siapa marah.. Dah la awak. Saya nak pergi bayar buku.” Dalih Shazrina seraya meninggalkan Aliff lalu menapak ke kaunter pembayaran. Aliff mengejar langkah Shazrina yang pantas berlalu pergi meninggalkannya.

“Ish awak ni.. Jangan la kecil hati. Nanti saya belanja cokolat. Nak?”

“ Tak nak!”

“Shaz.... Janganlah macam ni. Saya gurau je pon tadi tu. Takkan itu pon nak ambil hati.”

“ Mana ada saya ambil hati... Saya cakap tak nak sebab saya tak marah kat awak la... Apesal awak gelabah sangat ni?” Luah Shazrina lalu ketawa kecil. Berjaya juga dia mengenakan Aliff. Aliff mengeluh kecil sebelum bibirnya tersenyum lega. Mati-mati dia ingat Shazrina merajuk dengannya. Susah pulak nak dipujuk nanti.

“ Ciss! Ingatkan betul-betul merajuk tadi. Baru ingat nak belanja awak KFC. Kalau awak tak merajuk tak pe la. Tak jadi nak belanja KFC!” Gurau Aliff kemudiannya. Shazrina tergelak kecil sambil memasuki barisan untuk menjelaskan bayaran.

“ Alang-alang dah ada nawaitu tu, tak salah ditunaikan!” Tokok Shazrina pula. Kemudian mereka berdua sama-sama ketawa sebelum memperlahankan gelak apabila beberapa mata mula memandang sinis kearah mereka. Shazrina dan Aliff menyambung gelak setelah mereka keluar dari kedai buku popular itu.



Shazrina dan Aliff bersantai di taman permainan berhampiran sekolah setelah secara kebetulan mereka bertemu di terminal one tengahari tadi. Setelah selesai membeli barang keperluan, mereka sama-sama pulang ke rumah masing-masing...  

“Awak selalu ke keluar sorang-sorang kalau pergi beli barang?” Tegur Aliff sambil menghayun buaian..Nasib baik suasana agak redup kalau tidak, tak adanya dia dan Shazrina mahu menyinggah ke taman permainan terlebih dahulu sebelum balik ke rumah masing-masing.

“Biasanya dengan Farah... Tapi hari ni dia ada hal dengan family dia, so tak boleh la... Lagi pon saya ada barang urgent nak dicari sebab tu pergi jugak walaupun sorang-sorang. Lagipun bukan jauh sangat terminal one tu...” Jelas Shazrina.

“Kenapa tak pergi dengan mak dengan ayah awak?” Tanya Aliff pula.

“Hari sabtu macam ni klinik buka jer... Esok baru diorang cuti.”

“Saya bukan apa... Bahaya jugak orang perempuan muda macam awak ni jalan sorang-sorang macam tu... Next time kalau tak ada kawan, ajak saya pon tak pe..” Nasihat Aliff perlahan. Shazrina tersengih mendengar jawapan dari Aliff.. Semenjak kejadian yang memalukan di kantin baru-baru ini hubungan dia dan Aliff semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama... Dia, Aliff dan Farah sudah menjadi satu geng study group.

“Risau jugak ek awak pasal saya...” Usik Shazrina dengan senyuman kecil.

“ Kalo bukan saya yang risau pasal awak siapa lagi...” Balas Aliff selamba. Shazrina terdiam namun jauh disudut hatinya gembira dengan jawapan Aliff yang belum tentu ikhlas.

“Lepas SPM  nanti awak nak sambung mana?” Aliff memecahkan kesunyian yang tiba-tiba menjengah. Dijeling raut wajah Shazrina yang berada disebelahnya.

“Masuk matrik kot... Sebab itu je jalan yang paling cepat nak dapat degree.”

“Awak?”

“Tak pasti lagi...” Jawab Aliff tenang.

“Awak nak buat degree apa Shaz?”

“InsyaAllah pendidikan... Saya minat sangat nak jadi cikgu. Kalau boleh cikgu kimia.” Terang Shazrina bersama senyuman mekar dibibir.. Terbayang saat-saat dia bakal bergelar seorang guru.

“Saya ingatkan awak nak jadi doctor jugak... Macam mama dan papa awak... Lagi pon dengan keputusan awak sekarang ni memang layak awak nak apply bidang perubatankan.”

“Tak minat la... Belajar biologi tu pon kadang-kadang macam terpaksa.. Inikan pulak nak ambik bidang perubatan... Awak pulak nak ambil jurusan apa?” Giliran Shazrina pula bertanya. Aliff tersengih-sengih bak kerang busuk mendengar pertanyaan Shazrina.

“Kalau saya cakap awak jangan gelak!” Minta Aliff dengan wajah yang segan namun jelas ada keceriaan dimatanya.

“Apa pulak saya nak gelak... Cakap lah.. Jangan cakap nak jadi bapak ayam sudah.. Itu bukan saya gelak tapi memang kena tepuk sekalilah...”

“Sekali jer? Bolehlah kalau macam tu...” Aliff melawak... Shazrina memasamkan mukanya kerana dipermainkan Aliff namun turut sama tergelak apabila mendengar ketawa dari Aliff.

“Ala awak ni... Serius la.. Main-main pulak.” Marah Shazrina namun manja bunyinya.

“ Ye ye ye... Saya nak ambik bidang masakan...” Balas Aliff akhirnya.. Shazrina buat muka tidak percaya...

“Lelaki macho macam awak minat memasak?” Bukan Shazrina nak memperlekehkan minat Aliff namun kelakar bunyinya.. Bukankah memasak lebih sinonim dengan orang perempuan sepertinya.. Tapi malang dia tiada kelebihan itu.

“Aik... Sejak bila lelaki lembut je boleh minat memasak...” Aliff membidas geram..... Pantang betul orang mempersendakan minatnya dalam masakan.

“Eh bukan macam tu maksud saya... Cuma tak sangka jer... Saya ingatkan awak ni jenis yang minat wiring, technician semua tu.. Memasak rupanya minat awak..” Pujuk Shazrina tatkala menyedari Aliff agak marah apabila minatnya dalam bidang masakan dipersoalkan. Aliff mengeluh perlahan dan tersenyum mesra.

“Bukan awak je yang terkejut... Mak saya pon sama... Tak pelik kalau awak fikir macam tu.” Aliff membalas lembut setelah mula terasa bersalah meninggikan suara seketika tadi.... Dia tidak mahu berjauh hati dengan kata-kata Shazrina sedangkan ibunya sendiri pernah marahkannya kerana ingin mengambil jurusan masak memasak.

“Sekurang-kurangnya awak ada cita-cita... Ada aim dalam hidup... Kat luar sana tu ramai je pelajar yang sebaya kita tak kiralah cerdik ataupun biasa-biasa je tetapi tiada tujuan dalam belajar... Kadang-kadang belajar sebab nak pass exam je... Sebab tu diorang tak rasa kemanisan belajar ni.” Ujar Shazrina lembut... Matanya memerhati sekitar taman permainan yang agak luas.. Kemudahan permainan disini masih lagi elok terjaga dan kemas. Aliff mengangguk tanda setuju... Dulu pun dia salah satu kategori yang disebutkan oleh Shazrina dan alhamdullilah dia cepat sedar... Dia kini mahu yang terbaik untuk dirinya dan ibunya sahaja.

“Jom balik..”Ajak Shazrina apabila sedar langit semakin mendung..  Awan hitam kelihatan berarak dan hanya menunggu masa sahaja untuk menumpahkan isinya.

“Jom la... Macam nak hujan je..” Sokong Aliff lalu sama-sama Shazrina menuju jalan pulang.





BAB 14

“ Awak jumpa saya dekat bilik guru waktu rehat nanti.” Itulah arahan yang diterima Shazrina dari puan Fatimah merangkap guru matapelajaran Sejarahnya. Langkah laju diatur untuk menemui guru yang sudah hampir pencen itu. Baru sahaja pintu bilik guru ingin ditolak, satu tangan lain terlebih dahulu menolak pintu berkenaan.

“Aliff.” Sapa Shazrina sambil memandang aneh kearah Aliff yang sudah pon menolak daun pintu bilik guru. Aliff menghalakan pandangan kearah Shazrina yang menegurnya. Baru dia perasan wujudnya Shazrina disebelahnya saat ini.

“Eh Shaz... Bila masa pulak awak ada kat sini?” soal Aliff perlahan. Matanya tertinjau-tinjau mencari kelibat cikgu Fatimah.

“Dah lama dah saya terpacak kat sebelah awak ni... Cari cikgu mana?”

“Cikgu Fatimah!” Ujar Aliff ringkas. Badannya dan Shazrina kini sudah pon memasuki bilik guru. Rasa sejuk penghawa dingin mula menyengat pada kulit mereka. 

“Sama la kita. Buat apa?”

“Entah.. Dia minta datang jumpa waktu rehat.” Jelas Aliff sambil menjungkitkan bahunya.

“Awak pulak kenapa nak jumpa cikgu Fatimah?” Tanya Aliff pula.

“ Tak tahu. Samalah macam awak. Dia minta jumpa waktu rehat.” Ulas Shazrina mudah. Aliff mengangguk-angguk kepalanya tanda memahami. Masing-masing mendiamkan diri apabila tiba dihadapan cikgu Fatimah untuk mendengar keterangan dari wanita tersebut.



“Hmm sampai pon awak berdua..” Itulah kata-kata pertama terbit dari mulut cikgu Fatimah sambil bibirnya tersenyum simpul.

“Ada apa cikgu nak jumpa kami?” Soal Shazrina. Dia merenung tepat wajah guru wanita didepannya.

“Aliff tarik dulu dua kerusi kosong tu. Satu untuk awak dan satu lagi untuk Shazrina.” Arah  Fatimah sebelum memulakan bicara penting. Aliff akur dengan permintaan gurunya sambil menarik dua buah kerusi untuk dia dan Shazrina.

“ Macam ni.. Cikgu ingat nak pilih korang berdua untuk mewakili pelajar tingkatan 5 untuk membantu cikgu sempena Minggu Sejarah nanti. Boleh?” Soal Fatimah setelah Shazrina dan Aliff duduk dihadapannya.

“Boleh je cikgu... Bila?” Shazrina menyatakan persetujuannya.

“Minggu depan.”

“Apa yang kami kena buat masa minggu tu?” Tanya Shazrina lagi. Penuh berminat. Aliff disebelahnya hanya diam mendengar perbincangan yang berlangsung antara gurunya dan Shazrina.

“Cikgu nak awak berdua buat 2 model yang berkaitan Sejarah. Tak kiralah sejarah tingkatan berapa, asalkan model itu melibatkan sejarah.” Ulas Fatimah satu persatu. Shazrina mencatit maklumat penting yang dia perlu lakukan bersempena Minggu Sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“ Model tak semestinya satu objek je kan cikgu?”

“A’ah.. Awak buatlah apa-apa pon asalkan bila orang tengok model tu terus diorang boleh kaitkan dengan sejarah! Okey?”

“Okey...” Jawab Shazrina penuh keyakinan. Dia menulis lagi sesuatu di buku nota kecil yang sering dibawa kemana-mana.

“Aliff?” Tegur Fatimah apabila melihat Aliff hanya diam membisu dengan perbincangan mereka. Aliff memandang kearah gurunya.

“Awak setuju tak? Ke awak tak berminat nak join aktiviti ni?”

“ Saya layak ke nak tolong cikgu buat model semua tu? Saya tak nak menyusahkan cikgu dan Shazrina jer nanti.” Soalan dari cikgu Fatimah dibalas pertanyaan oleh Aliff pula. Fatimah tersenyum lembut kearah pelajarnya. Aliff pelajar yang nakal sudah banyak berubah, malah perubahan Aliff cukup membanggakan hatinya.

“ Awak layak Aliff... Ujian hari tu, awak dan Shazrina merupakan pelajar yang mendapat markah tertinggi bagi subjek sejarah.” Pujuk Fatimah. Dia sedar Aliff kurang keyakinan diri memandangkan dia dari kelas yang corot apatah lagi dia kini digandingkan dengan Shazrina, pelajar terbaik tingkatan 5 untuk melicinkan program minggu Sejarah. Namun, Fatimah yakin Aliff mampu menggalas tanggungjawab yang diberi. Aliff merupakan pelajar yang pintar tetapi bakatnya dalam pelajaran tidak pernah digilap selama ini sehingga menyebabkan jejaka ini membazirkan banyak masa.

“ Awak nak join tak?” Soal Fatimah lagi. Berharap Aliff sudi membantunya.

“ Okey cikgu. Boleh je. Bila kami kena berikan model ni kat cikgu?” Shazrina tersenyum lega mendengar persetujuan Aliff. Gembira sungguh hatinya apabila diberi peluang untuk berganding dengan Aliff.

“ Awak berdua tunjukkan model tu sebelum hari isnin minggu depan.. Ada apa-apa pertanyaan lagi?” Aliff dan Shazrina cepat-cepat menggeleng. Setelah mendapat sedikit tip dari cikgu Fatimah, Shazrina dan Aliff mula beredar untuk ke kelas masing-masing.



“ Awak nak buat model apa?” Shazrina menyoal sambil matanya ralit dengan buku rujukan Sejarah dihadapannya. Aliff pula sedang sibuk melakar sesuatu pada kertas kosong.

“Saya rasa nak buat model semasa Portugis menyerang Melaka... Nak buatlah kapal-kapal dari laut pergi menyerang penduduk Melaka. Di situ saya nak buatlah perbezaan teknologi antara Portugis dengan Melaka. Okey tak?” Shazrina terangguk-angguk mendengar penjelasan Aliff. Idea yang bagus. Pujinya didalam hati.

“ Apa bahan yang awak nak guna?” Soal Shazrina lagi. Berminat untuk mengetahui rancangan Aliff. Manalah tahu dia bakal mendapat idea daripada jejaka itu.

“Buat masa ni, saya hanya terfikir plastercine, polisterin board dan kertas warna.” Ujar Aliff sambil matanya memanah pandangan kearah Shazrina. Gadis itu turut memandang kearahnya dengan wajah yang berminat.

“ Tapi.... Dekat mana nak dapat semua barang ni? Takkan pakai duit sendiri kot?” Tanya Aliff.

“ Saya dah tanya cikgu Fatimah. Dia cakap ambil je barang kat bilik sejarah. Kalau tak cukup atau tak ada, beritahu dia. Dia akan belikan untuk kita.” Jelas Shazrina tenang. Suasana kembali bisu antara Shazrina dan Aliff. Masing-masing sibuk mencari idea yang terbaik untuk mempersembahkan model kepada pelajar-pelajar diminggu Sejarah. Aliff memanjangkan tangannya demi mencapai pemadam yang terletak dihadapan Shazrina. Namun secara tidak sengaja dia terpegang tangan Shazrina yang turut ingin mencapai pemadam tersebut. Masing-masing diam terpaku. Lidah pula terkelu sambil memandang antara satu sama lain.

“Sorry...” Ucap Aliff lalu cepat-cepat menarik tangannya yang jatuh ditangan Shazrina seketika tadi. Shazrina pula menunduk malu. Dadanya bergetar hebat malah wajahnya merintik merah. Kali pertama dia merasa begitu segan dan berdebar. Sempat matanya mencuri pandang kearah Aliff yang turut sama menunduk. Mungkin turut merasa malu sepertinya. Farah yang sememangnya wujud antara mereka menjeling geram. Sudahlah kehadirannya diantara mereka diabaikan, kini dia pula menjadi saksi adegan malu-malu kucing. Sakit sungguh hatinya!




“ Terima kasih Shazrina, Aliff.” Luah cikgu Fatimah dengan perasaan gembira. Kagum dan bangga dia melihat model-model yang dipersembahkan Shazrina dan Aliff kepadanya. Sememangnya dia dan beberapa cikgu sejarah yang lain sudah menyiapkan hampir 5 buah model, tetapi memandangkan bilangan model yang dibuat belum mencukupi, terpaksalah dia meminta pertolongan dari dua orang pelajar pintar ini. Syukur sekali, Shazrina dan Aliff tidak menghampakan harapannya.

“Sama-sama cikgu. Kami bukan tolong banyak mana pon.” Ucap Shazrina merendah diri.

“Okey tak model yang kami buat ni cikgu? Ke nak kena baiki kat mana-mana?”  Tanya Aliff. Risau sekiranya model yang dibuat bersama Shazrina tidak kena dengan selera dan tema minggu Sejarah yang bakal menjengah lagi beberapa hari.

“ Ini pon dah cukup baik Aliff...” ujar Fatimah lembut.

“Erm nanti masa pameran tu nanti Aliff dan Shazrina boleh je bagi penerangan tentang model masing-masing ni kan?”

“Boleh cikgu.” Balas Shazrina dan Aliff serentak.

“Kalau macam tu bagus la.. Korang boleh masuk kelas sekarang. Kalau ada apa-apa masalah boleh datang jumpa cikgu.” Tambah cikgu Fatimah mudah. Aliff dan Shazrina mengangguk kepala tanda mengerti sebelum beredar meninggalkan bilik guru.



“Fuh tak sia-sia usaha kita seminggu ni kan..” cetus Shazrina ketika berjalan seiringan dengan Aliff untuk ke kelas masing-masing.

“ Yup... Nasib baik cikgu Fatimah terima. Kalau tak, jenuh pulak nak cari idea baru.” Tambah Aliff senang. Raut wajah Shazrina disebelahnya dikerling. Tersenyum kecil melihat gadis itu. Tak sangka, dia dan Shazrina mampu bersahabat baik sebegini. Perangai Shazrina cukup berbeza diawal pengenalan mereka.

“Yang awak tersengih-sengih ni kenapa pulak? Fikir apa tu?” Sergah Shazrina pelik. Tiba-tiba sahaja Aliff diam tetapi mulutnya tetap melebarkan senyuman. Berangan!

“ Tak ada apa-apalah...” Dalih Aliff dengan sengihan kerang busuknya. Shazrina menjeling Aliff dengan perasaan penuh tanda tanya.

“ Ingat girlfriend la tu...” Tuduh Shazrina geram. Perasaan cemburu mula memekar didalam hati. Tak dinafikan, perasaan hiba turut menyinggah pada jiwanya. Kalau betullah Aliff sudah punya kekasih hati, teramat kecewa jiwa dan raganya.

“ Ish awak ni.. Mana ada. Saya tak ada girlfriend la.” Kalut Aliff menepis tuduhan tak logik dari Shazrina.

“ Iye la tu... Bukan ke ramai adik-adik junior nak mengorat awak?”

“ Tak adalah!” Tegas Aliff sambil langkahnya dihentikan dihadapan Shazrina. Shazrina menghentikan langkahnya secara mengejut. Nasib baik sempat berhenti kalau tidak.... Tak nak dia memikirkannya!

“Hmm by the way... Apesal awak macam cemburu je kalau saya ada girlfriend?” Usik Aliff dengan senyuman nakal yang terjungkit dibibirnya. Keningnya terangkat-angkat membalas pandang Shazrina yang sedang merenung wajahnya. Shazrina terkesima dengan usikan Aliff. Raut wajahnya mula memerah dan jantungnya mula berdegup pantas.

“ Hish tak kuasa saya nak jealous dengan awak! Buang masa je. Dah la saya nak masuk kelas sekarang.” Balas Shazrina cepat-cepat lalu meninggalkan Aliff. Tanpa memandang ke belakang dia berlalu ke kelasnya dengan wajah yang sudah hangat. Aliff tersenyum kecil. Kelakar pula melihat reaksi Shazrina. Tak dinafikan hatinya sendiri amat menyukai Shazrina dan dia berjanji akan berusaha untuk memikat hati gadis itu.



Farah menghenyak punggungnya diatas katil dengan perasaan terbuku. Geram, cemburu dan sakit hati bergabung menjadi satu. Dipandang wajahnya dihadapan cermin dengan riak mencuka. Sakit sungguh hatinya melihat kemesraan Shazrina dan Aliff semenjak dua menjak ini. Mereka kelihatan begitu rapat sehinggakan sentiasa bersama-sama. Apatah lagi di minggu Sejarah yang baru sahaja tamat semalam. Ada sahaja celoteh mereka tentang aktiviti itu sehinggakan mengabaikan kewujudannya. Aku dah macam orang asing antara mereka!

 Aliff pula kini sikit-sikit Shazrina, sikit-sikit Shazrina. Yang elok, baik cantik semuanya Shazrina. Dia dah lupa ke kewujudan aku? Aku yang sentiasa menyukainya, yang sentiasa menyokong perbuatannya, yang tidak pernah pandang rendah dengan kebolehannya! Dia lupa ke semua tu? Apa yang bagusnya dengan Shazrina? Perempuan yang bermuka-muka itu... Hanya nak orang yang hebat-hebat sahaja menjadi kawannya. Apa dia fikir dia tu bagus sangat?

‘ Kau tengoklah Shaz, aku akan pastikan kau dengan Aliff tak akan dapat bersama dalam erti persahabatan sekali pon! Kau memang sengajakan nak sakitkan hati aku. Dah tahu aku sukakan Aliff, tapi masih nak menggatal dengan dia. Dasar perampas!’ Bentak Farah penuh rasa dengki dan dendam. Matanya bulat merenung diri sendiri pada cermin. Dia tidak peduli lagi kehilangan sahabat baik seperti Shazrina asalkan Aliff menjadi haknya! Dia akan buat apa sahaja untuk pisahkan Shazrina dan Aliff meski pon mereka sekadar sahabat. Ahh, waktu ini sahabat! Esok lusa belum tentu lagi.