Bab 35
Umairah
mengaturkan langkah menghampiri Myvi putih miliknya. Sempat matanya memandang
sekali imbas jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan tangan. Lagi 10
minit jam 3.30 petang. Dia segera memasukkan segala barangan yang dibawa
kedalam kereta setelah alat kawalan jauh ditekan.
“assalamualaikum...” sapaan satu suara buat Umairah
terperanjat. Nyaris jantungnya tercabut dek teguran bersalam itu.
Perlahan-lahan dadanya yang ditutupi tudung diurut seraya memanahkan pandangan
pada wajah yang duduk disebelahnya saat ini.
“waalaikummulssalam... Haikal, awak buat apa dekat sini?”
soal Umairah dengan rasa aneh dengan kehadiran Haikal didepannya kini. Raut
wajah tenang Haikal dipandang lama.
“saya datang cari awaklah... Rindu nak tatap wajah
kekasih hati saya yang sorang ni.” Akur Haikal tanpa riak bersalah. Cukup
selamba menuturkan rasa hatinya tanpa berselindung.
Kata-kata tenang dari Haikal disambut dengan riak kurang senang diwajah
Umairah. Terjengil matanya membalas pandang wajah Haikal disisi.
“Haikal... jangan nak bergurau macam tu la... tak elok
kalau orang lain dengar.” Marah Umairah kurang senang. Sedaya mungkin hatinya
mengambil bicara Haikal sekadar mainan kata yang tiada makna istimewa. Haikal
tersengih kecil, langsung tidak terusik dengan amarah Umairah. Sudah selalu
sangat dirinya dikecam Umairah apabila dia menuturkan perasaan cintanya. Dia
sudah lali dengan semua itu.
“siapa cakap saya bergurau... I’m serious Mai... saya tak
pernah main-main dalam soal cinta.”
“sudahlah tu Haikal... saya ni isteri orang. Hormatlah
sikit status saya ni.”
“alah... status isteri tu bila-bila jer boleh
bertukarkan... tak gitu Mai?”
“Haikal... kalau awak datang sini semata-mata nak cari
gaduh dengan saya baik tak payah datang. Saya bosanlah asyik bertekak perkara
yang sama jer dengan awak.” Makin meninggi intonasi suara Umairah. Geram
sungguh hatinya dengan sikap Haikal yang tidak pernah berubah. Tidak
serik-serik bercakap perkara mengarut dengannya. Wajahnya sudah berubah menjadi
kelat.
“ i’m sorry... jom keluar makan. Saya belum makan
tengahari lagi hari ni.” Ajak Haikal seterusnya mengubah topik perbualan. Kali
ni nadanya penuh berharap. Dia kepingin untuk meluangkan masa bersama-sama
Umairah. Wajah wanita ini sering sahaja dirinduinya tidak kira masa.
“keluar makan? Saya dah makanlah Haikal. Lain kali jer la
ek...” tolak Umairah perlahan. Ahh alasan sahaja semua tu. Dia sebenarnya
kurang senang untuk keluar berdua dengan Haikal lagi-lagi apabila mengingatkan
amaran Ifran padanya sebelum ini. Lagi pun, rasanya tidak elok pula dia selalu
sangat keluar berdua bersama Haikal. Dia sedar status yang disandang saat ini.
Walaupun hubungannya dengan Ifran tidak pernah baik, itu tak menjadi tiket
untuk dia buat perkara sesuka hati.
“ala... jom la Mai... awak temankan saya pon jadilah.
Dari jauh saya datang ke sekolah awak semata-mata nak makan dengan awak.
Please...” Rengek Haikal dengan penuh harapan. Matanya sengaja disayukan untuk
meraih simpati Umairah yang sedang merenung wajahnya. Umairah mengeluh lemah.
Serba salah untuk menolak ajakkan Haikal. Kesian tu memanglah kesian tapi
amaran dari Ifran perlu diingati juga. Silap hari bulan Ifran tahu dia keluar
dengan Haikal tak ke nahas!
“ tak bolehlah Haikal...”
“kenapa pulak tak boleh?” potong Haikal pantas tanpa
sempat Umairah menghabiskan barisan ayatnya.
“kan saya dah cakap saya dah kenyang.... lagi pun dah selalu sangat kita keluar
berdua. Tak elok pulak rasanya.”
“apa pula yang selalunya? Jom la Mai temankan saya. Awak
tak nak makan pun tak pe. Minum jer la. Janji awak temankan saya makan. Boleh
la...”
“tak boleh... kan ke kita dah keluar makan sekali minggu
lepas. Tak eloklah Haikal kita selalu sangat keluar berdua. Saya ni isteri
orang, bukannya bujang. Karang tak pasal-pasal timbul fitnah pula pasal kita
berdua.” Tolak Umairah dengan nada yang lebih tegas. Wajah Haikal dipandang
dalam-dalam agar jejaka itu mengerti yang dirinya serius dengan bicaranya saat
ini. Haikal merengus keras. Bosan dengan alasan demi alasan yang diluahkan
Umairah.
“ bila masa pulak kita keluar berdua minggu lepas? Bukan
ke awak bawak suami awak sekali hari tu?” sela Haikal sinis. Terus ingatannya
terimbau peristiwa dihari jadinya yang diraikan bersama Ifran yang tidak
dijemput. Sungguh dia benci dan menyampah dengan kehadiran suami wanita
kesayangannya itu. Merosakkan hari bahagianya sahaja. Umairah diam sejenak.
Memikirkan ajakkan Haikal dan mencari idea untuk menolak ajakkan lelaki itu
dengan baik.
“ maafkan saya yer Haikal... saya betul-betul tak boleh
ikut awak makan hari ni. Lain kalilah yer...”
“lain kali tu bila? Jangan pandai sebut lain kali jer...
apa yang awak susah sangat nak ikut saya keluar makan. Makan je pun, bukan buat
apa-apa pon. Apa awak ingat saya nak bawak lari awak ke?” Sedikit meninggi
suara Haikal melempiaskan rasa hangat yang kian bercambah didalam hati. Kenapa
Umairah sering bersikap dingin dengannya? Kenapa Umairah tidak pernah bagi
dirinya peluang untuk menyentuh hatinya? Apa lebihnya Ifran dimata Umairah dan
apa kurangnya dia?
Kenapa Umairah mampu bertahan dengan Ifran yang jelas
sukakan wanita lain tetapi tidak penah baginya peluang yang jelas amat
mencintai dia? Umairah hanya diam. Sedikit sebanyak dia terasa bersalah kerana
menolak ajakkan temannya namun pesanan Ifran tidak mungkin dilanggar begitu
sahaja. Lagi pun dia tak nak terus menerus melayan Haikal yang dapat dirasakan
masih mencintai dia. Dia tak nak Haikal salah faham dengan sikapnya yang hanya
menganggap lelaki itu sebagai kawan sahaja. Tidak lebih daripada itu!
“ kalau awak tak sudi tak apalah... nak buat macam
manakan... takkan saya nak culik awak hanya sebab nak awak teman saya keluar
makan. Saya balik dululah Mai. Assalamualaikum.” Minta Haikal seterusnya
melangkah pergi meninggalkan Umairah tanpa sempat Umairah menjawab salam yang
diutarakan. Hatinya cukup berkecil dengan sikap Umairah yang terlalu jual
mahal. Umairah tergamam seketika melihat rajukan Haikal yang benar-benar
mengundang rasa gelisah dihatinya.
Dia sayangkan Haikal atas dasar persahabatan
dan dia sebolehnya tak nak kerana perkara remeh temeh sebegini merosakkan tali
persahabatan mereka berdua. Umairah berfikir sejenak. Menimbang baik buruk
keputusan yang patut dibuat. Dari jauh dia lihat Haikal sudah mula membuka
pintu keretanya untuk meninggalkan kawasan sekolah.
“ Haikal...” Jerit Umairah sambil berlari anak. Badan
Haikal yang tinggi lampai itu dihampiri.
“awak tunggu saya sekejap... saya nak buat panggilan
telefon.” Pinta Umairah setelah dirinya tiba dihadapan Haikal. Raut wajah
Haikal yang asalnya kelihatan monyok berubah ceria. Gembira dengan kata-kata
Umairah walaupun wanita itu belum pun setuju untuk keluar makan dengannya.
Tanpa tunggu lama Umairah menjauh dari Haikal untuk menelefon Ifran. Dia
sekadar mahu meminta kebenaran daripada suaminya, kalau lelaki itu izinkan dia
akan terima ajakkan Haikal. Umairah mendengus kasar! Masuk tiga kali panggilan
dibuat namun satu pun tak berangkat. Dia putus asa akhirnya.
‘aku beritahu dia balik nanti jer la...’ desis Umairah
dalam hati. Telefon tangan yang dipegang disumbat kembali dalam beg tangan.
Terkedek-kedek dia menghampiri Haikal yang masih setia menunggunya.
“ jom la... tapi saya tak boleh lama sangat, banyak lagi
kerja tak siap dekat rumah.” Putus Umairah akhirnya. Jawapan Umairah walaupun
bersyarat tetap menggembirakan hati Haikal. Sekurang-kurangnya dia dapat
bersama Umairah untuk seketika daripada tidak dapat langsung. Itupun sudah
cukup baginya. Tanpa melengahkan masa, Umairah dan Haikal sama-sama bergerak
keluar ke kedai makan berhampiran menggunakan kenderaan masing-masing.
Suasana dikedai makan yang terletak berhampiran jalan itu
sunyi sepi. Tak ramai orang masuk untuk mencari makanan waktu ini. Haikal tatap
wajah Umairah yang kelihatan tenang menyedut jus oren yang masih penuh didalam
gelasnya. Melihat wajah redup Umairah seringkali buat jantungnya berdegup
kencang namun cukup membahagiakan. Haikal berkira-kira dalam hati, masuk tahun
ini merupakan tahun kedua dia mengejar cinta Umairah. Namun sayang, sedikit pun
rasa kasih dan sayang ini tidak dibalas dengan rasa yang sama dari Umairah.
Kadangkala terdetik juga dihati Haikal, apa perasaan sebenar Umairah pada
Ifran? Selama ini wanita dihadapannya ini sering menggunakan alasan status
isteri yang disandang untuk menolak cintanya. Tidak pernah pun Umairah mengakui
rasa cintanya terhadap Ifran untuk menolak perasaannya. Cintakah Umairah pada
Ifran? Kalau tidak cinta kenapa mereka masih mahu meneruskan perkahwinan yang
jelas kelihatan tidak bahagia itu?
Dia sebenarnya tidak sabar untuk melihat
perpisahan antara Umairah dan Ifran. Dia bukannya kejam kerana bergembira atas
keruntuhan rumah tangga Umairah dan Ifran namun dia tahu penceraian antara
mereka mampu membahagiakan kedua-dua belah pihak. Terfikir juga dibenaknya sampai
bila dia patut menunggu Umairah untuk membalas perasaan suci murninya ini.
Menanti Umairah menyambut cintanya tak ubah seperti menunggu buah yang tak
gugur. Semuanya tergantung! Umairah pula tidak pernah menunjukkan minat padanya
melebihi seorang rakan.
“ awak ingat tak Zizie kawan kita masa dekat U dulu?”
terpancul satu soalan dari mulut Umairah membuatkan segala menungan kosong
Haikal musnah sekelip mata. Dia kini kembali ke alam yang nyata, dipandang
wajah Umairah sememangnya sedang merenung tepat kewajahnya.
“ mestilah ingat... kenapa dengan dia? Dah nak kahwin
ke?” bertubi-tubi soalan meluncur keluar dari Haikal yang kini sudah mula
menyuap nasi goreng pesanannya itu.
“ tak adalah... Cuma hari tu saya ada jumpa dia dan dia
kirim salam dekat awak. Katanya lama dah tak dengar kisah awak. Dia cakap awak
sombong sebab tak approve dia sebagai kawan dekat facebook.” Balas Umairah
dengan senyuman meleret. Teringat pula perbualan antaranya dan Zizie tentang
Haikal. Gadis itu tak habis-habis mengutuk Haikal kononnya langsung lupa kawan
selepas tamat pelajaran. Haikal yang mendengar kata-kata Umairah menyambut
bicara itu dengan ketawa kecil. Kelakar memikirkan tentang Zizie yang mungkin
salah faham dengannya.
“ laa Zizie ni... saya dah lama tak aktif dekat facebook.
Manalah tahu dia add ke tak add saya sebagai kawan. Dia sekarang dekat mana?
Teringin pulak nak lepak bersembang dengan dia tu.”
“ Zizie sekarang pon ade jer dekat Seremban ni. Dia kan
asal sini. Sekarang dia kerja dekat bank.” Jelas Umairah satu persatu. Haikal
menganguk-anggukkan kepalanya. Memahami penerangan serba ringkas daripada
Umairah.
“ ooo... kalau macam tu nak tak akan datang kita lepak
bertiga. Lama dah saya tak jumpa dia. Rindu pulak dekat minah spek mata tu.”
Ajak Haikal secara tidak langsung cuba menagih satu lagi janji temu dengan
Umairah. Dia tahu Umairah sukar untuk diajak keluar berdua dengannya tetapi
mungkin akan keluar sekiranya terdapat Zizie sebagai peneman. Umairah senyum
sahaja. Tidak kisah untuk mengadakan reunion antara mereka bertiga.
“ boleh jer... nanti saya beritahu dia.” Tanpa fikir
panjang Umairah menyatakan persetujuan. Rasanya tiada sebab untuk dia menolak
rancangan itu sedangkan dia sendiri tidak sabar untuk melepak bersama Haikal
dan Zizie. Haikal senyum dalam diam, gembira dengan janji Umairah dan bahagia
kerana dia akan ada kesempatan untuk bersama-sama Umairah.
“ awak ada nombor telefon dia ke? Nak!” minta Haikal.
Telefon bimbit yang sememangnya diletakkan disisi dicapai. Bersedia untuk
menyalin dan menyimpan nombor temannya itu.
“ kejap yer.” Umairah segera mendapatkan beg tangan yang
diletakkan dikerusi sebelah. Tangannya dimasukkan kedalam beg itu untuk
mendapatkan telefon tangannya. Dia kemudiannya mencari nama Zizie untuk
menyerahkan nombor wanita itu kepada Haikal yang sedang menanti. Perbualan
mereka terus berlangsung sehingga azan Asar berkumandang. Tidak lama selepas
itu Umairah segera meminta diri memikirkan masih banyak lagi tugasannya dirumah
belum diselesaikan.
Setelah selesai mandi dan solat Asar, Umairah segera
masuk kedapur untuk menyiapkan makan malam untuk dia dan Ifran. Sebungkus ayam
yang disejuk bekukan dikeluarkan dari peti ais untuk dibuat sup. Manakala
beberapa jenis sayur-sayuran hijau mula dipotong untuk digoreng sekejap lagi.
Sementara menunggu ais pada ayam itu mencair, Umairah terlebih dahulu tanak
nasi dan melakukan kerja-kerja lain yang berkaitan.
“ Assalamualaikum...” satu suara membisik dekat dengan
telinga Umairah yang ralit membersihkan ayam. Umairah yang ligat dengan ayam dan
pisau sedikit terperanjat. Terjungkit bahunya spontan. Terus matanya memanah
pada wajah Ifran yang berada disisi.
“ Ya Allah! Terkejut aku.” Cetus Umairah dengan nada
terkesima. Aliran jantungnya berdegup kencang dengan sergahan tak semena-mena
daripada Ifran. Umairah kerling Ifran disisi. Jejaka itu kelihatan seksi dengan
lengan baju kemeja yang dilipat sehingga ke siku dan butang bajunya yang sedikit
terbuka. Buat jantung Umairah semakin laju berlari. Entah kenapa rona wajahnya
berubah jadi kemerahan. Segan pula untuk memandang leher dan dada lelaki itu
yang agak terdedah.
“ kau masak apa hari ni?” soal Ifran sambil menjeling
kearah Umairah yang sibuk membasuh ayam. Diperhatikan gerak geri Umairah yang
lincah ketika didapur. Langsung tidak kekok untuk menguruskan segala peralatan
yang digunakan. Memang Ifran sedia maklum dengan hobi Umairah yang satu ini.
Dari zaman persahabatan mereka lagi dia tahu Umairah gemar memasak dan mencuba
masakan baru. Malah tak dinafikan, ibu dan neneknya berkenan dengan Umairah
kerana kecekapan wanita itu dalam urusan masak memasak.
“ hari ni aku masak sup ayam, sayur goreng dan telur
dadar. Okey?” soalan dari Ifran dibalas soalan jua. Umairah tatap wajah Ifran
yang berdiri dekat dengannya. Dia dapat melihat Ifran mengiakan soalannya tanda
tidak kisah. Hidungnya terbau haruman yang dipakai lelaki itu yang mampu
membuatkan jiwanya bergelora. Dia dapat merasakan seperti terkena renjatan
eletrik setiap kali mata jejaka itu menjamah pandangan matanya.
Umairah
cepat-cepat kawal perasaan sendiri. Tidak mahu Ifran sedar keadaan dirinya yang
sedang berperang dengan diri sendiri. Sejak dua menjak ini kehadiran Ifran
sering sahaja buat dia serba tidak kena. Lagi-lagi mengenangkan pelukan Ifran
beberapa hari yang lalu. Naik segan dia memikirkannya. Dia jadi tak tentu arah
setiap kali Ifran ada disisi tetapi apabila lelaki itu menjauh mula dia
tercari-cari.
“ auu...” Umairah menjerit tiba-tiba. Darah merah pekat
terpancut keluar dari jari telunjuknya dek terkena pisau tanpa disengajakan.
Ifran yang baru sahaja mahu meninggalkan gadis itu tersentak. Cepat-cepat
langkah diatur menghampiri Umairah kembali. Dia dapat melihat darah merah mula
meleleh-leleh mencemari tangan wanita itu. spontan tangannya menarik jemari
Umairah lalu disiram air paip. Dibiarkan tangan isterinya itu lebih lama
dihujani air agar darah-darah yang mengalir keluar dapat dibersihkan.
“kau picit kuat sikit jari tu... aku masuk dalam kejap.”
Arah Ifran sambil melangkah laju kedalam rumah. Dia mencari kotak kecemasan
yang sememangnya ada disimpan. Setelah barang dicari telah ditemui, dia segera
kearah Umairah yang sedang memcuci jemarinya.
“ dah berhenti belum darah tu”. Soal Ifran setelah meletakkan
kotak kecemasan yang dibawa keatas meja makan. Tangan Umairah yang terluka itu
dicapai dan dipandang. Dia dapat melihat darah yang tadi deras mengalir kini
sudah mula berhenti. Tanpa buang masa, Ifran lekas-lekas tarik Umairah ke meja
makan untuk merawat jemari wanita itu. luka yang agak dalam itu disapu ubat
sebelum sekeping plaster dibuka dan dibalut pada luka berkenaan.
Umairah
pandang sahaja tingkah Ifran yang tenang menguruskan lukanya yang tidak
seberapa itu. sentuhan dan sikap ambil berat Ifran sedikit sebanyak buat jiwa
Umairah melayang lagi, ada rasa bahagia menggamit hatinya sekaligus buat
dirinya lupa akan kesakitan dijari.
“ kau berangan apa sampai tangan boleh luka macam ni.
Dalam pulak tu lukanya.” Omel Ifran setelah selesai merawat kecederaan kecil
yang menimpa Umairah. Tangan wanita itu masih lagi dipegang, tak berniat untuk
dilepaskan dalam masa terdekat! Umairah tersedar dari angan-angan kecilnya,
wajahnya yang tertunduk memerhati jemarinya dan jemari Ifran yang bertaut erat diangkat
untuk membalas pandangan Ifran.
“ mana ada aku berangan... memandai jer kau fitnah aku.”
Bidas Umairah perlahan. Sedaya upaya dia menutup kelemahan sendiri yang
sememangnya tercedera kerana berangankan
Ifran. Mana mungkin dia mengaku tuduhan
lelaki itu, buat malu ajer! Salah Ifran juga yang seringkali buat dirinya
hilang punca semenjak dua menjak ini.
“ ye ke... selama ini elok jer kau masak dekat dapur tak
ada pun terluka mana-mana. Hari ni lain pulak jadinya.” Balas Ifran tak nak
kalah. Umairah senyum sahaja. Malas melayan bicara Ifran.
“ hmm suka hati kau la nak cakap apa pon If... dah la aku
nak sambung masak pulak ni. Karang kau jugak yang kebulur.”tingkah Umairah
sambil bingkas bangun dari kerusi. Tangannya yang masih bertaut erat dengan
jemari kasar milik Ifran cuba ditarik meminta untuk dilepaskan. Ifran tarik
jemari Umairah perlahan, tidak mahu Umairah meninggalkannya.
“ sabarlah kejap...” genggaman erat jemari Ifran berjaya
menghentikan langkah Umairah yang baru sahaja berura-ura mahu menyambung kerjanya
tertangguh. Dia kembali berdepan dengan Ifran yang sedang merenung ke arahnya.
“ tadi kau telefon aku kenapa? Aku tengah mesyuarat masa
kau telefon tu. Tak perasan pon kau telefon tadi.” Soal Ifran tatkala Umairah
kembali duduk dihadapannya. Wajah Umairah yang lembut itu dipandang tepat.
Sedikit sebanyak dirinya hanyut dengan perasaan sendiri. Rasa bahagia mula
merantai jiwanya lagi-lagi apabila jari jemari mereka bertaut antara satu sama
lain. Tak dinafikan dua tiga menjak ini perasaan marah mahu pun benci terhadap
Umairah seakan tidak lagi wujud dihatinya. Apa yang ada adalah rasa mesra yang
kian mekar diantara mereka.
“ aku telefon tadi sebab nak beritahu kau yang aku nak keluar
dengan Haikal sekejap...” jawab Umairah lambat-lambat. Hatinya agak gusar untuk
menerangkan kebenaran kepada Ifran. Dia sendiri pon tidak faham kenapa perlu
takut untuk beritahu perkara sebenar sedangkan dia bukanlah buat perkara yang
tidak senonoh. Umairah angkat wajahnya, sedikit
sebanyak rasa takut itu cuba dilawan. Sambil itu, tangannya yang masih
lagi dalam genggaman Ifran cuba ditarik, bukan dia tidak suka dapat menyentuh
jemari lelaki itu namun dia tidak selesa. Rasanya hubungan mereka bukanlah
mesra sehingga boleh berpimpingan tangan sebegini. Namun begitu, Ifran masih
lagi dengan sikapnya yang tidak mahu melepaskan jemari Umairah.
“ jadi kau keluar tak dengan dia tadi?” Ifran menyoal
dengan perasaan geram yang cuba ditahan. Kebelakangan ini makin kerap pula
Umairah dan Haikal bertemu. Bikin hatinya semakin sakit untuk memikirkan
hubungan antara isterinya dengan lelaki itu.
“ keluar...” jawab Umairah pendek. Wajahnya ditundukkan
kembali apabila dapat merasakan aura kemarahan mula memenuhi diri Ifran.
Tangannya tadi dalam genggaman Ifran kini sudah dilepaskan.
“ kan aku dah cakap kalau nak jumpa mamat tu kena
beritahu aku dulu... kau tak faham ke?” suara Ifran sudah semakin meninggi.
Badannya tadi enak menyandar kini tegak berdiri dengan bercekak pinggang.
Meluap-luap marahnya dengan sikap Umairah yang sudah pandai keluar dengan
Haikal tanpa kebenarannya. Umairah angkat wajahnya perlahan, dipandang wajah
merah padam Ifran.
“ aku memang nak beritahu sebab tu aku cuba telefon kau
tadi. Dah kau tak angkat macam mana aku nak cakap.” Sela Umairah dengan
keberanian yang tidak seberapa.
“ dah tahu aku tak angkat telefon yang kau memandai
keluar dengan dia tanpa keizinan aku tu kenapa?” ujar Ifran semakin garang.
Wajah Umairah ditatap dalam-dalam. Dia cukup tidak puas hati dengan perangai
wanita ini yang suka membelakanginya. Umairah merengus kasar, kurang senang
dengan amarah Ifran atas kesilapannya yang tidak seberapa. Rasa takut yang
mengundang kini bertukar jadi geram. Dibalas panahan mata Ifran tanpa rasa
getar.
“ If... aku keluar minum jer dengan dia bukan buat apa
pon. Lagi pun aku memang nak cakap dengan kau bukan aku keluar senyap-senyap
dengan dia. Kenapa kau nak marah sangat yang aku jumpa Haikal? Dari hari tu
lagi kau asyik halang aku nak keluar dengan dia sampai sanggup ikut aku jumpa
dia. Kenapa If? Apa yang kau tak puas hati dengan dia sebenarnya?” suara
Umairah turut meninggi. Badannya turut sama berdiri melawan bicara Ifran. Ifran
terkedu sekejap dengan persoalan Umairah. Apa yang dia marah sangat dengan
Haikal dan Umairah sekiranya mereka bertemu. Berlegar-legar persoalan itu
dimindanya tanpa dapat dijawab.
“ kalau kau marah sebab risau aku akan bahagia dapat
bercinta dengan dia kau silap. Kau buang jer la imiginasi kau tu sebab aku dan
dia tak bercinta pon malah kami takkan akan dapat bersama selagi kau tak
lepaskan aku. Jadi, kau tak payah nak risau sangat!” tambah Umairah lagi.
Tegas! Dia tidak mahu Ifran salah faham dengan keakrabannya dan Haikal. Mereka
tidak lebih dari kawan. Dia tahu Ifran mengawalnya bertemu Haikal bukan kerana
cemburu atas dasar sayang tetapi kerana janjinya yang takkan biarkannya
bergembira setelah dia merosakkan hubungan lelaki itu dengan Atikah. Ifran
terdiam sekali lagi. Wajah Umairah yang cukup serius ditatap dalam-dalam. Ifran
kabur dengan perasaan sendiri. Namun tak dapat dinafikan mendengar pengakuan
Umairah bahawa gadis itu dan Haikal tidak bercinta sedikit sebanyak
mendatangkan rasa gembira dihati.
“ sudahlah If... kalau kau marah aku sebab keluar dengan
Haikal tanpa beritahu kau terlebih dahulu aku minta maaf banyak-banyak. Aku
mengaku aku salah sebab tak minta izin dengan kau dahulu. Kita tak payah gaduh
la pasal ni, aku pun nak masak. Kejap lagi kebulur pulak kita berdua.” Minta
Umairah dengan intonasi yang sudah dikendurkan. Ifran yang hanya diam sedari
tadi dikerling sebelum langkahnya diatur menghampiri sinki untuk meneruskan
kerja masak memasak yang tertangguh. Langkah Umairah terhenti sejenak apabila
tangannya terasa dipaut seseorang dari belakang. Rasa hangat jemari Ifran yang
melingkar pada lengannya menyerap pada kulit seterusnya meresap ke hati.
Jantungnya jadi berdebar tak menentu. Umairah cuba kawal perasaannya yang sudah
mula tidak tenang.
“ Mai...” bisik Ifran perlahan. Dekat pada telinga
Umairah. Umairah yang sedang menanti tindakan Ifran seterusnya hanya mampu
menelan liur. Perbuatan dan suara gemersik Ifran buat bulu romanya meremang.
Badannya bagai terkena renjatan elektrik.
“ janji dengan aku yang kau takkan jumpa lagi Haikal, kau
takkan keluar berdua lagi dengan dia. Bukan aku tak bagi kau jumpa dengan dia
langsung tapi pastikan kau berteman setiap kali keluar dengan dia. Itu jer yang
aku minta.” Sambung Ifran lagi dengan suara yang cukup lembut namun penuh
harapan. Umairah yang tegak berdiri disisi Ifran hanya mampu membukam tanpa
suara. Dia jadi serba salah dengan permintaan Ifran. Dia sayangkan
persahabatannya dengan Haikal tetapi dia juga sayangkan Ifran dan sebolehnya
dia mahu akur dengan arahan suaminya itu. Umairah berkalih pandang kearah Ifran
untuk seketika, direnung wajah penuh berharap yang terlukis diwajah suaminya
itu. makin bertimpa-timpa rasa bersalah dihati. Dia tahu arahan suaminya itu
bukanlah suatu suruhan yang melanggar tuntutan syarak Islam jadi dia tiada
alasan untuk membantah permintaan lelaki itu.
“baiklah. Aku akan pastikan aku berteman setiap kali
jumpa dia.” Akur Umairah menganyam janji pada Ifran. Jelas wajah Ifran yang
penuh sendu berubah riak gembira dengan janji yang dilafazkan. Lelaki itu
tersenyum lebar menayang barisan gigi tersusun rapi. Lapang hatinya dengan
janji Umairah yang diyakini ikhlas dari hati gadis itu.
“ terima kasih... jom aku tolong kau masak.” Balas Ifran
sambil menarik lembut tangan Umairah menghampiri dapur rumah mereka. Terus
moodnya yang kelabu itu tadi berubah secara mendadak. Umairah yang berada
disisi hanya tersenyum meleret. Perasaannya sekali lagi dilambung ombak asmara.
Dia terasa bahagia apabila berdua dengan suaminya, rasa sayang mula kembang
mekar mewangi. Dia tahu hatinya masih cintakan Ifran, dia tak dapat sangkal
kenyataan itu lagi. Namun rasa gembira itu tidak lama, dia cepat sedar
memikirkan dia dan Ifran tidak mungkin akan bersama selama-lamanya kerana cinta
Ifran bukan padanya tetapi pada Atikah, si kakak tirinya.
Huhu siannyer umairah... x sabar tggu en3 seterusnya.. try lah hantar utk jadi novel.. u punyer citer agak unik gak.. stating rase annoying giler ngn watak utama.. rs mcm x caya je dia heroin.. bile konflik dirungkai skit2 baru nampak karakter heroin n yg disangka heroin dh nampak watak antagonisnyer.. plot twist yg menarik..
ReplyDeletetq Nadia untuk komen yg cukup memberansangkan...
Delete