Bab 41
Ifran dan Umairah beriringan masuk ke pusat beli belah.
mereka sekadar datang untuk mencuci mata dan membeli barang jika perlu.
Masing-masing meliarkan mata memandang segenap penjuru bangunan untuk melihat
barang yang menarik perhatian.
“ abang cakap nak cari jam... tu ada kedai jam, jom la
kita singgah kejap.” Cetus Umairah sambil memuncungkan bibirnya kearah kedai
jam yang dimaksudkan. Ifran sekadar mengangguk, tangannya menarik lembut jemari
Umairah untuk ke kedai jam berkenaan. Sampai sahaja didalam kedai yang dipenuhi
dengan jam tangan dan dinding, Ifran dan Umairah terus melihat satu persatu jam
tangan yang memenuhi kotak kaca dihadapan mereka.
“ ye abang, kakak... nak cari jam apa?” soal jurujual
yang berdiri tegak dihadapan Umairah dan Ifran dengan senyuman nipis. Dipandang
wajah pasangan dihadapannya yang sedang ralit melihat pelbagai jenis koleksi
dan jenama jam tangan.
“ kami nak tengok dulu yer...” balas Umairah sopan.
Menolak bantuan jurujual yang cuba membantunya dan Ifran. Jurujual wanita itu
sekadar mengangguk kecil, membiarkan Umairah dan Ifran memikir sendiri jam yang
ingin dipilih.
“ bang, jam tangan warna hitam tu cantik la. Memang sesuai
sangat dengan abang.” Tutur Umairah tatkala matanya terpandang seutas jam
tangan berjenama Eyki yang berwarna hitam pekat itu. Ifran yang mendengar
pendapat isterinya pantas membawa panahan mata untuk melihat jam tangan yang
dimaksudkan Umairah.
“ dik, bagi kami tengok jam tu sekejap.” Pinta Ifran
untuk mendapatkan jam tangan yang mula menarik minatnya. Umairah tumpang
pandang, hatinya cukup berkenan dengan jam tangan tersebut. Jam itu nampak
simple, tapi cukup bergaya dimatanya. Jurujual wanita itu lekas-lekas
mengeluarkan jam tangan yang dimaksudkan Ifran dari kotak kaca yang berada
dihadapannya. Dengan gerakan penuh berhati-hati jam itu diserahkan kepada
pasangan dihadapannya.
“ cantikkan bang... kalau abang pakai ni mesti wajah
abang kelihatan makin kacak.” Usik Umairah dengan senyuman mengusik. Ifran
ketawa kecil, ada-ada sahaja Umairah. Dicubit hidung isterinya yang kelihatan
tersenyum kecil.
“ hai kalau abang makin kacak, Mai tak risau ke?” giat
Ifran pula. Matanya tak lepas merenung segenap wajah cerah milik Umairah yang
turut memandang kearahnya.
“ tak kuasa nak risau benda remeh temeh macam tu...”
tingkah Umairah mudah. Buat-buat tak ambil peduli padahal mahu meraung seumur hidup
kalau Ifran cari lain. Ifran senyum sahaja, kelakar juga melihat reaksi Umairah
yang cuba berlagak tenang.
“ dik... okey tak jam ni?” tanya Umairah kepada jurujual
itu pula. Dia membuang pandang kearah jurujual yang berusia awal 20an yang
kelihatan senyum simpul sedari tadi.
“ okey sangat kak... sesuai dengan boyfriend akak.”
“ she not my girlfriend.” Bantah Ifran tiba-tiba. Berubah
riak jurujual itu dengan teguran Ifran yang tiba-tiba. Umairah yang ralit
dengan jam tangan yang bakal dibeli Ifran turut terkejut, sedikit berkecil hati
dengan kata-kata Ifran. mula berjauh hati dengan sikap Ifran yang sanggup
menidakkan dirinya.
“ she is my wife! Not girlfriend.” Tegas Ifran sekaligus
buat Umairah terkedu sekali lagi. terus matanya mengerling kearah Ifran yang
kelihatan cukup tenang dan yakin. Hati Umairah terasa berbunga, bahagia dan
terharu dengan jawapan Ifran itu. sangkanya Ifran malu untuk mengaku tentang
dia, tapi sangkaannya jauh meleset, ternyata fikirannya yang terlalu negatif.
“ ooo... sorry sorry sorry... saya ingatkan abang dan
kakak ni pasangan kekasih. Kalau macam tu apa kata abang dan kakak beli jam
tangan yang untuk couple punya. Yang ni memang ada untuk pasangan perempuan.”
Cadang jurujual itu lembut. Tangannya menggagau sebentuk lagi jam tangan Eyki
yang menjadi pasangan kepada jam tangan yang dilihat oleh Ifran dan Umairah
sebelum ini. Umairah dan Ifran meneliti segenap jam tangan berpasangan
dihadapan mereka. Cantik! Itulah pendapat mereka.
“ cantik! Berapa kalau beli satu pasang macam ni?” soal
Ifran pula. Umairah jeling Ifran disebelah sebelum menepuk lembut lengan
suaminya itu.
“ kalau sepasang saya boleh bagi RM 300. Dah dapat murah
sikit berbanding beli satu jer. Kalau beli untuk lelaki jer, saya bagi RM 170.”
Terang penjual tersebut. Sempat tangannya menekan-nekan kalkulator yang memang terletak
elok diatas kotak kaca. Ifran terangguk-angguk. Matanya sempat memandang kearah
Umairah demi mendapat pandangan wanita itu.
“ tak payah beli la untuk Mai... Mai dah ada jam.” Bisik
Umairah dekat dengan Ifran seolah-olah mengerti maksud pandangan lelaki itu.
“ abang nak beli jugak untuk Mai... baru kita ada barang
satu pasang. Kan sweet macam tu. Baru romantik!”
“ala abang ni... membazir je kalau beli, silap-silap jam
ni berkulat je dalam almari. Tak baik la macam tu.”
“ kalau Mai rasa tak baik, Mai pakailah selalu jam yang
abang beli ni.” Ifran berkeras dengan keputusannya. Umairah keluh kecil,
menggeleng dengan perangai tak nak kalah Ifran.
“ suka hati abang la... kalau abang nak bagi, Mai terima
jer. Takkan nak tolak rezeki pula.” Akhirnya Umairah mengalah. Malas bertekak
perkara kecil dengan Ifran. lagi pun memang dia ada niat untuk mencari jam
tangan yang baru cuma kewangannya sahaja kadang-kadang tidak mengizinkan.
Padanya, jam tangan bukanlah yang terpenting untuk dicari buat masa ini. Ifran
senyum lebar, gembira dengan persetujuan Umairah.
“ bungkus yang ni yer dik. Satu pasang.” Arah Ifran
kemudiannya. Jurujual muda itu sekadar mengangguk, mengikut arahan yang
diterima daripada pelanggannya.
Setelah hampir dua jam merayap sekitar pusat beli belah
itu, Umairah dan Ifran mengambil keputusan untuk rehat sebentar dibangku kecil
yang disediakan disepanjang koridor pusat beli belah itu. rasa penat mula
terasa setelah puas mengelilingi sekitar pusat beli belah tersebut.
“ Mai dahaga tak? Abang nak beli cool blog dekat depan tu
sekejap. Nak tak?” soal Ifran setelah tenaganya mula pulih selepas berehat
beberapa minit diatas bangku yang disediakan.
“ boleh juga... abang beli ice blended chocolate yer...
tak nak pearl bagai tu.” Minta Umairah perlahan. Dia masih lagi cuba mengawal
penafasannya yang terasa kurang teratur kerana terlalu penat. Ifran
menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
“ Mai duduk sini, abang pergi sana kejap...” arah Ifran
kemudiannya. Tanpa tunggu jawapan dari Umairah, dia segera bergegas menuju ke
lot yang menjual cool blog. Umairah sekadar membuang pandang kearah Ifran yang
kini sudah tiba di kaunter minuman berais itu untuk memesan minuman bagi mereka
berdua.
“ Hai...” tegur satu suara yang cukup asing dipendengaran
Umairah. Umairah yang ralit memandang
telefon tangannya berkalih pandang. Dilihat wajah seorang jejaka yang cukup
kacak dimatanya memandang kearahnya dengan senyuman simpul.
“ boleh saya tumpang duduk dekat sini?” soal lelaki itu
lagi. Umairah kerut dahinya namun tetap membenarkan jejaka tampan itu
menyinggah disebelahnya. Rasanya tidak salah dia benarkan lelaki itu duduk di
situ memandangkan bangku yang diduduki kini bukanlah hak milik mutlaknya. Tanpa
tunggu lama lelaki itu duduk dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
Umairah naik gerun, pelik dia melihat tingkah jejaka kacak disebelahnya yang
tidak habis-habis mengukirkan senyuman yang cukup menyeramkan.
“aik mamat ni... betul ke tidak ni. Tersengih-sengih dari
tadi. Buang tebiat ke apa senyum dekat orang yang dia tak kenal.” Umpat Umairah
didalam hati. Tanpa mempedulikan lelaki muda disebelahnya itu, Umairah terus
melayan telefon tangannya. Dalam hatinya berdoa agar Ifran lekas-lekas datang
kepadanya.
“ saya Aliff. Awak?” tiba-tiba jejaka disebelah Umairah
memperkenalkan diri. Air liur didalam tekaknya terasa kesat untuk ditelan.
Umairah mula rasa tidak sedap hati. Lain macam sahaja lelaki yang bernama Aliff
ini. Umairah diam tak berkutik, tak berminat untuk mengenali mana-mana manusia
yang hanya dijumpai di tempat-tempat sebegini.
“ encik... kalau nak mengorat, pergi cari perempuan lain.
Wanita ini isteri saya.” Sergah Ifran yang muncul secara mendadak. Naik juling
matanya melihat ada lelaki terlebih tampan cuba merenyam dengan isterinya.
Direnung wajah Aliff bagai ingin ditelan, cuba menyampaikan hasrat hatinya yang
tidak gemar dengan perbuatan Aliff.
“ maafkan saya... saya tak ada niat pun nak memikat
isteri encik... saya Cuma nak buat isteri saya dekat sana tu cepat-cepat
berhenti shopping bila tengok saya dengan perempuan lain. Itu jer.” Balas Aliff
sopan sambil menunjukkan kearah wanita jelita yang sedang ralit meneliti
beberapa helai tudung kegemarannya. Ifran membuang pandang kearah wanita yang
dimaksudkan, begitu juga Umairah.
“ yang mana satu isteri awak? Yang pakai baju merah tu
ke?” spontan soalan itu muncul dari mulut Ifran. Umairah tumpang memandang,
turut ingin mengenali isteri Aliff yang dikatakan gila membeli-belah
sehinggakan melupakan suami sendiri.
“ a’ah... yang tu la.”
“ ooo... cantiknya.” Terpancul pujian tanpa sengaja dari
mulut Ifran. Umairah kerling kearah Ifran yang ralit memandang isteri Aliff.
Naik geram pula melihat reaksi jejaka itu. dah dasar lelaki, pantang tengok
perempuan lawa tapi memang tak dinafikan wanita yang dikatakan isteri Aliff itu
sangat cantik. Boleh jadi miss universe!
“hmmm! Pandang sikit-sikit sudah la.” Tegur Aliff kurang
senang. Ifran tergelak kecil dengan amaran daripada Aliff. Cemburu barangkali
apabila isterinya dipandang lelaki lain.
“ sorry... sorry bro. By the way saya Ifran dan ini
isteri saya, Umairah.” Jelas Ifran kemudiannya. Kini matanya beralih semula
kearah Aliff yang sedang memandang kearahnya dan Umairah silih berganti.
“ saya Aliff... isteri saya yang sedang sibuk shopping tu
Shazrina.” Balas Aliff pula. Ifran dan Umairah mengangguk-angguk tanda
mengerti. Sempat memuji pasangan suami isteri yang cukup padan didepan mereka.
Sama kacak dan sama lawa. Memang macam pinang dibelah dua dengan tepat sekali!
“hai bang, siapa ni?” tegur Shazrina yang kini mula
mencelah perbualan mereka bertiga. Ifran dan Umairah tersenyum simpul melihat
reaksi penuh tanda tanya di wajah Shazirina. Jelas wanita jelita itu langsung tidak
sedar dirinya menjadi tumpuan dalam perbualan mereka.
“ orang yang abang baru kenal... Shaz dah siap shopping?
Ke tak puas lagi tilik tudung tu?” tingkah Aliff berbaur sindiran. Umairah dan
Ifran nyaris tergelak mendengar soalan berbisa daripada Aliff. Kelakar!
Shazrina senyum nipis, sedar suaminya mula panas hati melihatnya berlama-lama
dikedai tudung sehingga melupakan dirinya.
“ amboi bang bukan main lagi tengok isteri Aliff tadi tu
yer... tahulah perempuan tadi cun melecun tapi kawal la sikit biji mata tu.
Kurang-kurang jangan merenyam depan Mai.” Omel Umairah apabila dia dan Ifran
duduk dibangku medan selera untuk menjamah makanan tengahari. Ifran tersengih
nakal, gembira melihat amarah isterinya. Bukankah cemburu itu tanda sayang!
“ ala sayang... janganlah cemburu buta. Abang Cuma
menghargai ciptaan Allah. Bukan selalu boleh cuci mata macam tu.” Jawab Ifran
selamba. Umairah tarik muka masam, makin menggerutu perasaannya mendengar
jawapan Ifran.
“ooo jadi maksudnya Mai ni tak cantiklah... abang tak
boleh cuci matalah setakat tengok muka Mai ni?”
“ bukan macam tu maksud abang... Mai pun lawa tapi
perempuan tadi tu lagi lawa...” usik Ifran dengan senyuman nakalnya. Umairah
mencebik bibirnya, makin menjadi-jadi miang Ifran.
“ ye la, Mai tahu Mai tak lawa.. siapalah Mai kalau nak
digandingkan dengan abangkan.” Sela Umairah jauh hati. Riak wajahnya mula
bertukar sendu. Ifran mula serba-salah, gugup perasaannya melihat rajukan
Umairah yang sudah bermula.
“ ala sayang... janganlah kecil hati. Abang gurau jer...
tak nak masam-masam muka macam ni. Sebagai tanda abang sayangkan Mai, abang
belanja Mai makan tengahari ni. Okey?” pujuk Ifran lembut. Tangannya sempat
menggapai jemari Umairah yang diletakkan diatas meja makan. Umairah membesarkan
biji mata, terpana dengan kata-kata Ifran. bukan kerana terpujuk tetapi keliru
dengan pujukan itu.
“ apa? Abang nak belanja Mai makan? Dah tu abang ingat
Mai nak bayar sendiri ke makanan Mai sebelum ni?” tempelak Umairah dengan wajah
yang tidak terkata. Ifran lepaskan gelak. Suka benar dapat menggiat isterinya
yang sorang ini. bendul!
“ ye la... kata dalam fasa bertunang... kalau bertunang
Mai makan Mai bayarlah sendiri. Lainlah dah jadi bini baru abang tanggung Mai
makan.” Sela Ifran tanpa riak bersalah. Sempat mengenakan Umairah dek syarat
merepek wanita itu dalam hubungan mereka.
“ ish abang ni... kedekut. Dengan bini sendiri pon
berkira.” Luah Umairah tidak puas hati. Namun dia tahu Ifran sekadar
mengusiknya, balas dendam barangkali dengan syarat yang dia kenakan untuk
hubungan mereka yang baru sahaja terjalin. Ifran senyum nipis, tangannya
menarik lembut hidung Umairah.
“ abang gurau jer. Janganlah cepat sangat terasa...” ucap
Ifran perlahan. Risau juga kalau Umairah makan hati dengan gurauannya. Manalah
tahu gurauannya itu terlalu kasar untuk orang berhati sensitif seperti Umairah.
Dia bukan tidak kenal Umairah yang mudah berfikiran negatif.
“ abang ni kan... Mai dah pesankan tak boleh
pegang-pegang! Kawallah sikit tangan tu. Jangan nak meragam sangat!” bebel
Umairah sambil menepis jemari Ifran yang sesedap rasa menarik hidungnya yang
tak mancung. Makin terbantut sel-sel hidungnya nanti. Ifran ketawa kecil, makin
galak mengusik Umairah.
“ sikit jer pun... takkan dengan laki sendiri nak
berkira.” Sempat Ifran memulangkan paku buah keras. Umairah muncungkan
bibirnya, malas melayan usikan demi usikan Ifran. buang karan jer mendengar
kata-kata Ifran itu.
“ sayang...” tegur Ifran lembut. Matanya memandang tepat
kearah Umairah yang sedang memandang kearahnya. Umairah angkat kening, meminta
Ifran menyambung bicara menggunakan sinar mata.
“ kadang-kadang abang tertanya-tanya jugak... bila masa
yer Mai mula jatuh hati pada abang. Iye la kan sebelum ni Mai selalu je
marah-marah, tarik muka dengan abang lagi-lagi bila abang layan Mai dengan
teruk. Tapi tup-tup abang tak sangka Mai pun simpan perasaan yang sama macam
abang. Rasa macam satu keajaiban pulak bila abang tahu Mai pun sayangkan abang.”
Soal Ifran dengan rasa ingin tahu. Dipandang tepat wajah Umairah yang kelihatan
berubah dengan persoalannya. Wajah gadis itu mula merintik merah, malu barangkali
dengan soalannya.
“ adoi la abang... tanya soalan lain boleh tak? Seganlah
nak cakap benda-benda macam ni.” Tolak Umairah dengan wajah mula menunduk.
Tebal berinci-inci mukanya dengan soalan hati dan perasaan yang dilontarkan
Ifran padanya.
“ tak nak... abang nak tahu jugak. Kurang-kurang abang
boleh yakin dengan perasaan Mai pada abang. Bukan itu ke motif alam pertunangan
kita sekarang ni?” tegas Ifran. sempat jemarinya menolak lembut dagu Umairah
agar wanita itu mengangkat wajah lalu membalas pandangannya. Umairah angkat
kedua belah tangannya menutupi sebahagian wajahnya, perasaan malu masih lagi
menebal dalam jiwanya. Mahu membalas renungan Ifran pun sudah cukup buat
hatinya gugur buat masa ini.
“ abang jangan gelak tau dengan jawapan Mai ni...” minta
Umairah dengan wajah merah padam. Ifran senyum sahaja, lucu melihat riak
malu-malu Umairah.
“ Mai tak tahulah masa bila Mai jatuh cinta pada abang,
tapi Mai mula sedar abang memang dah ada dalam hati bila abang tampar Mai hanya
kerana Atikah.” jelas Umairah satu per satu. Riak wajah Ifran berubah, terus
ingatan pada tragedi yang paling dia kesali sepanjang tempoh perkahwinannya dan
Umairah terlayar diingatan. Dia cukup menyesal dengan tindakannya itu kerana
sanggup menampar Umairah. Malah, sejak dari kejadian itu dia selalu pesan pada
diri sendiri supaya kawal perasaan marah dengan baik agar peristiwa itu tidak
berulang kembali.
“ Mai biar betul? Bagi abang, perkara tu lah yang paling
abang nak lupa dalam perkahwinan kita. Abang rasa dayus sangat sebab tergamak
tampar perempuan, isteri sendiri pulak tu.” Tingkah Ifran dengan rasa tidak
percaya. Umairah senyum nipis, dia faham perasaan Ifran yang rasa bersalah
dengan apa yang berlaku.
“ kalau ikutkan memanglah Mai pun nak lupakan semua tu
bang... mana ada orang suka makan penampar. Tapi bagi Mai, itulah salah satu
sebab yang buat Mai mula sedar perasaan sendiri. Masa tu Mai sedih sangat, Mai
kecewa! Bukan kerana Atikah tapi kerana abang sanggup tampar Mai kerana
perempuan lain. Waktu tu baru Mai tahu yang abang sangat penting dalam hati
Mai.” Terang Umairah lembut. Ifran mengeluh kecil, kata-kata Umairah yang
kedengaran cukup tenang buat jiwanya makin meronta dengan rasa bersalah. Terus
tangannya menyentuh pipi Umairah yang pernah lebam dek tamparannya.
“ abang minta maaf ye sayang sebab tertampar sayang hari
tu. Mesti sakitkan, sampai seminggu lebam pipi sayang.”
“ sudah la tu bang... Mai dah maafkan abang Cuma Mai
harap abang dah tak buat lagi semua tu lepas ni.” Balas Umairah. Ifran
didepannya kelihatan terangguk-angguk bak burung belatuk mengikat janji yang
diminta.
“ abang janji takkan buat semua tu lagi. i’m promise!”
tutur Ifran dengan tangan yang diangkat tinggi. Melafazkan ikrar dengan
bersungguh-sungguh pada Umairah. Umairah yang melihat keletah Ifran hanya
melemparkan senyuman kecil. Kian bahagia hatinya dengan sikap Ifran.
“ hmm sebut pasal lebam dekat pipi Mai baru Mai teringat
ada seseorang pernah hantar surat dekat Mai suruh tuam pipi dengan ais. Siapa
ek yang hantar surat tu?” cetus Umairah tatkala ingatannya teringat surat yang
pernah diterima dari insan yang tidak diketahui identitinya hampir dua tahun
yang lalu. Wajahnya mula berkerut memikirkan gerangan penghantar surat
berkenaan. Kalau bukan Zizie dan Haikal siapa? Hanya itu sahaja insan-insan
yang rapat dengannya waktu itu. yang lain semua memulaukan dirinya dek sikapnya
yang keji.
“ eh?” seru Umairah tiba-tiba. Matanya kini terarah
kepada Ifran yang tayang wajah tenang. Ifran yang melihat reaksi isterinya
hanya mampu melebarkan senyuman.
“ abang ke yang bagi Mai surat tu dulu? “
“ surat apa pulak ni?” Ifran buat-buat tidak faham.
“ abangkan yang bagi surat tu... Mai baru teringat
tulisan dia ala-ala tulisan Zizie. Tulisan abang jer yang macam tulisan Zizie
tu.” Teka Umairah cukup yakin. Baru kini dia mula terfikir nama Ifran dalam
senarai penghantar surat itu. Ifran ketawa kecil, mula angkat bendera putih
melihat keyakinan Umairah dengan dakwaannya.
“ iyer la... memang abang pun yang bagi surat tu. Abang
tak tahu nak buat macam mana untuk hilangkan rasa bersalah abang pada Mai. Nak
minta maaf, abang segan. Kitakan tengah berperang masa tu.” Akur Ifran
akhirnya. Umairah tersengih lapang, makin melambung rasa bahagia yang merantai
perasaannya. Terasa kedalaman cintanya terhadap Ifran kian bertambah.
Perlahan-lahan jemarinya mencapai jemari Ifran.
“ thank... Mai hargai sangat-sangat surat tu.” Tambah
Umairah dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya. Ifran turut membalas
senyuman wanita itu, mereka berbalas pandang untuk seketika sebelum
masing-masing mula bergerak ke kaunter untuk mendapatkan makanan tengahari.
No comments:
Post a Comment