Hai Assalamualaikum semua dan salam bulan Ramadan. lama Eniey tak menepek di blog sendiri. Eniey bukan apa, sudah lama Eniey berhenti mengarang memandang sejak dua menjak ini Eniey sibuk dengan tugasan kerja. tetapi gembira Eniey katakan, mood menulis itu masih ada cuma masa sahaja yang kurang mengizinkan. jadi, hari ini Eniey akan post satu novel baru yang masih dalam proses penulisan. Eniey harap, manuskrip ini akan siap dengan jayanya dan pembaca sudi membaca novel syok sendiri ini. selamat membaca semua.
Bab 1
Angin
petang bertiup lembut, menyamankan suasana yang cukup tenang. Sang mentari
kelihatan malu-malu bersembunyi disebalik litupan awan yang menebal meredupkan
lagi suasana yang cukup mendamaikan sekeping hati Soffiya. Mata gadis itu ralit
memandang panorama petang ciptaan Allah yang amat mempesonakan meski pon
suasana ini sudah sering kali dinikmati. Dia tidak pernah jemu untuk semua itu.
Memang sudah menjadi sikapnya yang gemar memandang permandangan anugerah Ilahi
sambil melayan perasaan.
“berangan
sampai mana tu?” satu suara menyergah Soffiya yang masih tenggelam dalam
lamunan dalam. Lamunan Soffiya ranap sekelip mata. Badan gadis itu sedikit
melompat dek sapaan yang tiba-tiba. Berdetak kuat jantung didada tanpa dapat dikawal.
Dikerling sang penegur tanpa salam disebelahnya.
“kau
ni Wawa… terkejut aku. Masa bila pulak kau balik? Tetiba je ada sebelah aku
ni.” Soal Soffiya kehairanan. Wardah tersengih nipis menyerlahkan lesung pipit
yang tersemat indah dikedua belah pipinya. Matanya menyorot kearah wajah tenang
Soffiya yang sedang menatap wajahnya.
“aku
dah lama balik… dah siap mandi dah pon. Kau tu je tak habis-habis termenung,
layan perasaan jiwang sorang-sorang. Kau berangan apa tadi?” tempelak Wardah
bersama pertanyaan.
“mana
ada aku berangan… aku hanya menikmati keindahan alam semulajadi jer… tak ada
maknanya nak jiwang-jiwang. Ingat aku macam kau ke, suka berangan tak sudah.”
Sela Soffiya pula. Wardah ketawa lepas. Tak ambil hati dengan gurauan Soffiya,
si saudara tirinya.
“hek
eleh… paku dulang paku serpih, mengata orang kau yang lebihkan… ni mesti kau
berangankan si Johan tu. Betul tak?” Wardah buat serkap jarang. Badannya yang
tadi setia berdiri disebelah Soffiya kini kembali duduk diatas kerusi yang
terletak berhampiran tingkap bilik mereka.
“a’ah…
memang pon. Aku tengah berangankan si Johan lelaki idaman kau tu. Kenapa?
Cemburu ke?” usik Soffiya dengan senyuman nakal yang mula melebar dibibirnya.
Wardah tayang muka tiada perasaan meski pun ada rasa cemburu menapak dihatinya.
Dia sedar siapa dirinya dihati Johan. Dia bukan bodoh, dan dia juga bukan
perempuan yang tidak tahu malu untuk terhegeh-hegeh dengan lelaki yang tidak
pernah mencintainya malah lelaki itu mencintai Soffiya, saudara tiri merangkap
kawan baiknya sendiri.
“buat
apa aku nak cemburu, aku bukannya kekasih dia. Bini tu jauh sekali. Lantak kau
la nak berangankan dia ke, nak kahwin dengan dia ke… ada aku kisah?” balas
Wardah. Senyuman dibibir Soffiya muncul sekali lagi. Lucu mendengar jawapan
Wardah yang jelas kedengaran cemburu namun masih ada hati untuk menidakkannya.
“cemburu
kata je lah cemburu cik Wawa comel oii… tak payah nak berlakon depan aku.
Macamlah aku baru kenal kau sehari dua. Itulah kau, aku suruh kau luahkan
perasaan dekat Johan kau tak nak. Malulah, perigi cari timbalah, apalah. Macam-macam
alasan kau bagi. Kalau kau tak cakap dekat dia tentang perasaan kau tu, macam
mana dia nak balas cinta kau? Karang melepas, gigit jari jelah kau.” Bebel
Soffiya ala-ala orang yang cukup ariff tentang cinta. Wardah yang enak
menyandar pada kerusi empuk melepaskan satu keluhan kecil.
“buat
apa aku nak malukan diri aku beritahu perasaan sebenar aku pada dia sedangkan
dia tu cinta mati dengan kau… dari zaman sekolah sampai sekarangkan dia gilakan
kau. Mustahil la dia nak pandang aku ni.”
“alasan
kau je tu Wawa… kau tak pernah cuba, manalah kau tahu. Usaha kenalah ada, baru
betul. Lagi pon, aku tak ada hati pon dekat dia tu. Jadi, kau tak payahlah
fikir nak jaga hati aku ke apa.”
“kau
memanglah tak ada hati dekat dia, tapi dia tu syok gila dekat kau. Karang tak
pasal-pasal aku kena reject. Malu beb. Dah la aku kerja satu tempat dengan dia.
Mahu malu bertahun nak mengadap kalau dah kena reject nanti.” Tolak Wardah. Tak
sanggup rasanya untuk dibayangkan apabila lelaki pujaan hatinya menolak
cintanya mentah-mentah. Entah cukup kuat atau tidak dia mahu menghadapi semua
itu. Dia cukup selesa dengan apa yang dia peroleh sekarang. Memandang Johan
dari jauh sudah cukup memadai baginya.
“suka
hati kau la Wawa… nanti kau jangan cakap aku tak nasihatkan kau pulak. Dah la
aku nak mandi.” Soffiya bingkas berdiri. Badannya menggeliat sepuas hati
sebelum tangannya menarik tuala mandi yang bersidai elok diampaian dalam bilik
yang dikongsi bersama Wardah. tanpa membuang masa, dia terus menuju ke bilik
air yang terletak diluar bilik mereka.
Soffiya
menghempaskan tubuhnya diatas katil dengan mata yang hanya terbuka separuh.
Rasa mengantuk sudah mula menghantui dirinya. Soffiya mencapai calendar yang
diletakkan diatas meja kecil yang berada disebelah katil. Direnung kalendar itu
dengan perasaan kecewa.
“
dah 8 tahun berlalu…” desis Soffiya cukup untuk pendengarannya seorang sahaja.
Ada rasa sebak merajai hatinya namun cuba ditahan. Dia sudah puas meratap, dia
sudah puas menangis tetapi dia belum lelah menunggu kekasihnya itu. Dia yakin,
janji yang pernah dikait antara mereka pasti akan tertunai suatu hari nanti.
Nazim pasti tidak pernah lupa janjinya untuk mengahwininya 8 tahun yang lalu.
“sudah-sudah
la tu Piya… sampai bila kau nak hidup dengan kenangan silam? Kalau betul cikgu
tu masih sayangkan kau , masih cintakan kau pasti dah lama dia datang cari kau.
Lamar kau jadi isteri dia macam yang dia dah janjikan dulu tu. Lupakan je la
cikgu tu… anggap je la kau dengan dia memang dah tak ada jodoh. Nak buat macam
manakan.” Nasihat Wardah yang terbaring disebelah Soffiya. Matanya merenung
segenap wajah Soffiya yang kelihatan sendu. Tak sangka gadis yang dulunya liar
seperti Soffiya mampu mempertahankan cinta monyetnya sehingga sekarang. Sungguh
Wardah tidak sangka perkara sebegitu.
“aku
sayangkan dia Wawa… tak mudah aku nak lupakan dia. Dia cinta pertama aku. Dia
lelaki pertama yang ajar aku tentang cinta, tentang sayang. Dia janji nak
kahwin dengan aku lepas aku tamat belajar. Aku yakin dia akan datang cari aku
dalam masa terdekat ni.” Bantah Soffiya apabila Wardah memintanya melupakan
Nazim kekasih pertamanya dahulu. Sudah acap kali gadis itu memintanya melupakan
Nazim, namun sekali pon dia tidak pernah endahkan. Dia yakin cinta antara dia
dan Nazim akan bersatu. Nazim dan dia saling mencintai antara satu sama lain
dan cinta antara mereka amat kukuh sebelum ini.
“dah
bertahun aku dengar jawapan yang sama dari kau Piya tapi sampai ke hari ini aku
belum lagi nampak batang hidung cikgu kau tu. Kalau betul dia cintakan kau,
kenapa dari hari pertama korang berpisah, sampai sekarang dia tak pernah
hubungi kau? Bukannya dia tak ada nombor telefon kau malah kau pon tak pernah
tukar nombor telefon. Apa lagi alasan yang ada kalau bukan kerana dia dah lupakan
kau?” tegas Wardah demi menyedarkan teman baiknya yang sorang ini. Bukan
niatnya untuk membuatkan Soffiya bencikan Nazim, tetapi semua itu untuk
kebaikan Soffiya juga. Sampai bila Soffiya mahu hidup begini? Mencintai lelaki
yang entah cinta atau tidak padanya hampir 8 tahun. Menunggu lelaki itu tanpa
rasa jemu sedangkan belum tentu lelaki itu menunggunya. Dia nak Soffiya sedar
dan menikmati masa mudanya. Mencari teman baru bercinta dan berkahwin. Bukannya
menunggu cinta yang tak pasti.
Soffiya diam tidak berkutik. Dia sendiri tak
tahu apa yang perlu dibahaskan pada Wardah sedangkan segala lontaran pendapat
gadis itu adalah benar. Namun, hatinya tetap berdegil. Dia lebih percayakan
janji Nazim berbanding idea logik daripada Wardah saat ini.
“Piya
tolonglah sedar… kau sekarang dah umur 24 tahun dan cikgu tu 32 tahun. Kau rasa
lelaki yang dah berusia 32 tahun tu akan masih setia menunggu kau ke?
Entah-entah dia dah lama beranak pinak. Kau je kat sini setia macam orang
bodoh. Tolonglah sedar Piya… Johan tu, dah berapa lama tunggu kau. Apa kata kau
bagi peluang pada dia pula. Ambil peluang ini untuk lupakan cikgu Nazim tu
sekali.” Sambung Wardah bersungguh-sungguh. Soffiya mengeluh kecil. Ada
benarnya segala celoteh Wardah. tapi mudah ke dia mahu lupakan Nazim? Jejaka
yang tak pernah lenyap dari ingatannya.
“Wawa…
Johan tu kawan aku. Aku tak ada sedikit pon perasaan terhadap dia. Lagi pon,
kau sanggup ke tengok aku dengan Johan bersama? Kau betul tak kisah kalau aku
bercinta dengan Johan?” duga Soffiya. Dia tahu Wardah terlalu sukakan Johan dan
dia yakin lagi pasti Wardah tak rela melihat kawan baiknya sendiri memiliki
jejaka yang sudah lama diminati itu. Wardah mengeluh perlahan, bibirnya
menguntum senyuman mesra pada Soffiya.
“pasal
aku kau tak payah risau la Piya… kau tak perlu rasa bersalah untuk bercinta
dengan Johan hanya kerana perasaan aku. Perasaan aku ni tak lama. Aku bukannya
jenis setia macam kau. Kalau kau dan Johan bersatu, tak sampai sehari pon aku
dah boleh buang rasa sayang aku pada dia. Bukan hal besarlah Piya.”
“eleh
cakap besar. Tak payah nak berlagak
sangatlah kau Wawa… Aku takut ada yang terjun bangunan kalau tengok aku dengan
Johan bersama. Dah la… tak nak cakap pasal ni. Aku tak akan sesekali bercinta
dengan Johan sebab aku tahu aku tak akan mampu cintai dia. Aku tak nak bagi
harapan palsu pada orang yang baik macam Johan tu. Sudah-sudah la tu kita cakap
pasal ni Wawa. Aku dah mengantuk, nak tidur pulak.” Soffiya menarik selimut
lalu membaluti tubuhnya. Wardah disebelah sekadar menggeleng-gelengkan kepala.
Keras kepala sungguh Soffiya. Dia berharap suatu hari nanti Soffiya akan
bertemu dengan jejaka yang boleh mencintai dan setia padanya. Cukuplah Soffiya
berharap pada Nazim yang entah bila akan muncul tiba.
No comments:
Post a Comment