BAB 44
Umairah dan Ifran segera mencium kedua belah tangan puan
Zaleha dan encik Ismail yang setia menanti mereka dimuka pintu. Jelas kelihatan
senyuman senang diwajah puan Zaleha menyambut anak menantunya yang pulang
bercuti sempena cuti sekolah. Tanpa buang masa Ifran segera mengangkat beg
berisi pakaian miliknya dan Umairah lalu dibawa ke ruang tamu.
“ ibu dan abah apa khabar? Sihat?” Umairah berbasa-basi
tatkala punggungnya berlabuh diatas sofa bewarna hitam pekat yang terdapat
diruang tamu. Ifran turut sama duduk disebelahnya memandang ke dua ibubapa
mertua. Tak silapnya, ini kali ke tiga dia pulang ke kampung halaman Umairah
sepanjang 2 tahun perkahwinan mereka. ternyata bilangan itu bukanlah satu
nombor yang besar.
“ alhamdullilah. Ibu dan abah sihat. Mai macam mana? Okey
sekolah baru?” balas puan Zaleha bersama soalan. Matanya menyinggah wajah anak
dan menantunya silih berganti. Melihat Umairah pulang bersama Ifran untuk kali
ini buat jiwanya lapang dan tenteram. Sekurang-kurangnya Ifran sudi menyinggah
rumah kayu milik dia dan suami.
“ Mai okey jer... tak ada masalah apa-apa.” Balas Umairah
mudah.
“ ibu, abah... If minta maaf sebab jarang balik kampung.”
Pinta Ifran tiba-tiba. Dia yakin mertuanya pasti terasa dengan sikapnya yang
jarang mahu datang menjenguk mereka. dia bukan tak nak datang tetapi
mengenangkan hubungannya dan Umairah yang tidak pernah baik sebelum ini
menyebabkan dia lebih senang memilih untuk tidak terlalu rapat dengan keluarga
mertuanya. Puan Zaleha dan encik Ismail berpandangan sesama sendiri, terkejut
dengan ucapan maaf dari Ifran yang tidak terduga.
“ kami tak kisah If... kami faham If sibuk dengan kerja,
Mai pon selalu cakap yang If sibuk dengan urusan pejabat. Jadi, kami tak kecil
hati pun dan If tak perlu rasa bersalah.” Jelas encik Ismail panjang lebar.
Isterinya disebelah mengangguk kecil kepalanya. Mengiakan kata-kata suaminya.
“ betul tu If... kami faham tentang kerja If. Orang ada
syarikat sendiri tak sama dengan kerja cikgu macam Mai ni.” Tambah puan Zaleha
pula. Ifran tersenyum lega, senang hatinya melihat penerimaan kedua mertuanya
yang cukup posotif dengan perangai menantunya.
“ korang berdua dah makan ke belum? Ibu masak sedap-sedap
hari ni teringatkan kamu berdua nak balik. Dah jom kita masuk dapur.” Puan
Zaleha bingkas berdiri dan mara kearah dapur. Ifran dan Umairah tersengih lebar
sambil menggosok perut yang sememangnya sedang berkeroncong. Memang mereka
sengaja menyimpan perut untuk makan masakan dari air tangan puan Zaleha yang
memang mantap dalam bidang masakan.
Umairah menyimpan satu persatu pakaian yang dibawa kedalam
almari biliknya. Ifran yang menjadi pemandu sepanjang perjalanan tadi kini
sedang terbongkang diatas katil. Tersenyum kecil Umairah melihat gelagat
suaminya yang jelas kepenatan dicampur kekenyangan berbaring diatas katil.
Umairah meneruskan kerjanya yang tertangguh.
“ Sayang...” panggilan Ifran yang dekat dengan gengendang
telinga buat Umairah terkesima. Terpelanting baju yang dipegang dek sergahan
tak semena-mena dari Ifran. Cepat-cepat Umairah gosok dadanya yang turun naik
menahan rasa debar yang muncul tiba-tiba. Dia sendiri tidak sedar masa bila
Ifran ada disebelahnya sedangkan baru sahaja beberapa minit sebelum ini Ifran
kelihatan nyenyak dialam mimpi.
“ ish abang ni... dah tak sabar nak menduda agaknya!
Nasib baik Mai sihat walafiat! Kalau tak...” Umairah membiarkan kata-katanya
tergantung. Dia pasti Ifran sendiri sudah arif dengan pepatah yang seterusnya.
“ apa dia panggil Mai tiba-tiba? Nak tuala mandi ke?”
soal Umairah sambil membuat tekaan rambang. Ifran yang awalnya bercangkung
disebelah Umairah kini duduk menghimpit ditepi isterinya. Disandarkan badannya
yang tinggi lampai itu pada lengan Umairah dengan kepala yang terlentok dibahu
wanita itu. Tersenyum kecil Umairah dengan sikap manja dan mengada-ngada Ifran.
“ tak nak... abang nak Mai jer sekarang ni.” Balas Ifran
selamba. Umairah tersedak air liur sendiri, sesak nafasnya dengan jawapan
spontan Ifran. Tanpa buang masa Umairah mencubit kuat perut suaminya. Merenyam
aje kerja lelaki ini.
“ dah tak payah nak menggatal. Ingat janji kita, ada 2
minggu jer lagi. Tolong bersabar sikit.” Bebel Umairah perlahan. Direndahkan
suara agar ibubapanya diluar tidak mendengar perbualan antaranya dan Ifran.
Ifran ketawa kecil, pantas kepalanya diangkat lalu matanya memandang kearah
Umairah yang tekun melipat pakaian milik mereka berdua.
“ gurau jer sayang... jangan marah nanti kena jual.” Usik
Ifran sambil mengelus lembut rambut Umairah yang panjang menggurai. Umairah
tepis jemari Ifran yang mula ligat bergerak, dijarakkan sikit dirinya agar
berjauhan dengan Ifran yang dalam keadaan ‘berbahaya’.
“ no physical contact!” ulang Umairah entah keberapa kali
sepanjang tempoh pertunangan olok-olok antaranya dan Ifran. Ifran mengeluh
kecil, muncung itik mula terpamer pada bibirnya.
“ dah keluar dah muka duck face dia tu... abang ingat
handsome sangat ke buat mulut macam tu?” tempelak Umairah tanpa rasa bersalah.
Dia tahu Ifran tak akan terasa dengan gurauannya ini.
“ tak pe la tak handsome pon janji Mai sayang.” Ifran
menutur selamba.
“ish tak malu... perasan!” cebik Umairah tak nak kalah.
Ifran tersenyum nakal. Wajah Umairah yang sedang menatapnya direnung dalam,
terus ingatannya teringatkan kata-kata Atikah padanya beberapa hari lepas.
“ betul tak Mai ada rahsiakan sesuatu dari abang...”
tuduhan pelik lagi aneh dari Ifran buat dahi licin Umairah berlapis-lapis.
Otaknya bekerja keras memikirkan kata-kata suaminya itu. Rahsia? Rahsia apa
pulak?
“ apa yang abang merepek ni? Mana ada Mai rahsiakan
apa-apa dari abang. Memandai jer buat fitnah.” Tegas Umairah. Namun dalam masa
yang sama kepalanya ligat memikirkan kata-kata suaminya. Aku ada tipu Ifran
apa-apa ke?
“ oleh kerana Mai tak nak mengaku biar abang jer yang
tanya Mai...”
“ masa kita berkawan dulu, sebelum abang dengan Tikah
bercinta ada tak Mai suka dekat mana-mana lelaki?” Soalan Ifran bagaikan peluru
berpandu membedil perasaan Umairah. Jiwanya jadi tak menentu! Apa yang perlu
dijawab dengan soalan cepumas Ifran. Umairah garu kepala yang tidak gatal,
berkira-kira mahu menjawab ye atau tidak.
“ Mai sendiri pun dah tak ingat bang... dah lama sangat.”
Umairah tangkas memilih jalan selamat. Buat-buat lupa perasaan sendiri
kira-kira 3 tahun yang lalu. Ifran melebarkan senyuman, langsung dirinya tidak
terpedaya dengan helah jawapan Umairah.
“ Ye ke lupa... bukan ke Mai suka dekat Zarif kawan abang
tu ke?” duga Ifran dengan senyuman tidak lekang dibibir.
“ eh tak adalah... mana ada Mai suka dekat Zarif. Mai
suka...” Umairah menghentikan bicara. Matanya membulat membalas pandang wajah
Ifran yang sudah tersenyum nakal kearahnya. Baru dia sedar yang dirinya sudah
masuk kedalam perangkap Ifran. Terus wajahnya berubah merah padam meski pun
kebenaran belum tersingkap.
“ Mai suka dekat siapa?” usik Ifran dengan kening yang
terangkat-angkat. Melihat wajah Umairah yang sudah merah padam cukup
menghiburkan hatinya. Umairah angkat kedua belah tapak tangannya untuk menutup
keseluruhan wajahnya agar mukanya yang tebal berinci-inci itu tidak dipandang
Ifran. Perlahan-lahan Ifran mencapai kedua belah jemari yang menutupi sebahagian
wajah isterinya, jemari itu dijatuhkan lalu digenggam erat.
“ Mai mula jatuh hati pada abang masa kita berkawan baik
lagi... tapi disebabkan Mai ni pemalu sangat, Mai tak boleh nak luahkan
perasaan Mai.” Terang Umairah dengan wajah yang menunduk. Tak mampu rasanya
matanya menatap sinar mata Ifran yang pasti sedang merenung tajam kearahnya.
Ifran tersenyum gembira, makin senang hati dengan jawapan jujur dari Umairah.
Sedikit sebanyak timbul juga rasa menyesal dalam hatinya kerana tidak meluahkan
perasaan cinta pada Umairah suatu ketika dahulu sedangkan dia dan Umairah
rupanya saling menyayangi antara satu sama lain. Ifran tarik lembut hidung Umairah
membuatkan wanita itu terjerit kecil. Satu ciuman pantas dilekapkan pada pipi
Umairah. Umairah terkedu sekejap, terpinga-pinga memandang kearah Ifran yang
selamba sahaja mendaratkan ciuman pada pipinya.
“ ish abang ni... nak suruh Mai ulang berapa kali tak
boleh sentuh-sentuh.” Marah Umairah sambil menjarakkan dirinya dari Ifran yang
sudah mula menggatal.
“ ala sikit jer, itu pun nak berkira. Lagi pun kalau
abang tak buat macam tu, abang dah tak tahu macam mana nak luahkan rasa gembira
sekarang ni. Ikutkan hati abang, terjun longkang pon sanggup sekarang ni.”
Tingkah Ifran dengan nada cukup girang. Umairah tumpang senyum, turut gembira
melihat suaminya yang senang hati.
“ dah pergilah terjun longkang, cium pipi Mai buat apa..”
bidas Umairah selamba. Ifran tersengih-sengih kerang, langsung tidak takut
dengan amarah manja dari Umairah.
“ abang selalu jer tanya tentang perasaan Mai, perasaan
abang pula macam mana? Masa bila abang jatuh cinta dekat Mai?” soal Umairah
ingin tahu. Dia sudah lama menyimpan perasaan ingin tahu yang menggunung
tentang perasaan Ifran padanya apatah lagi memikirkan sebelum dia, suaminya
pernah bercinta dengan Atikah. Takkanlah dalam tempoh 4 bulan mereka tinggal
bersama Ifran dengan mudah beralih arah cinta lagi-lagi pada dirinya yang
pernah dibenci Ifran.
“ Mai nak tahu ke?” Ifran berteka-teki. Umairah tarik
muka 14, sempat matanya dijulingkan keatas dengan soalan bodoh Ifran.
“ kalau Mai tak nak tahu buat apa Mai tanya!” bentak
Umairah agak lantang.
“ kalau Mai nak tahu Mai kena tunggu malam pertama kita
dulu... abang beritahu semua tu malam pertama kita nanti. Lagi cepat malam
pertama kita tiba, lagi cepat Mai dapat tahu rahsia hati abang.” Giat Ifran
buat muka Umairah merah menyala. Cepat-cepat Umairah pukul bahu suaminya. Ifran
yang tidak tahan dengan pukulan berdas-das itu segera bingkas berdiri.
Tersengih lebar dia melihat wajah Umairah yang sudah kemerahan itu.
“ tak nak beritahu sudah... ingat Mai heran sangat apa
dalam hati abang tu? Dah la Mai nak keluar pergi minum air lagi baik dari
melayan abang.” Umairah pura-pura merajuk. Dia segera bingkas berdiri lalu mara
ke arah dapur yang terletak tingkat bawah rumahnya. Dari luar bilik dia dapat
mendengar suara kuat Ifran yang bantai menggelakkannya. Namun dalam diam dia
gembira, bertapa bahagianya hidupnya saat ini bertemankan Ifran.
Langkah diatur penuh berhati-hati menghampiri dapur. Dari
kejauhan Umairah dapat menangkap suara kedua orang tuanya sedang galak berbual
meski pun butiran itu tidak jelas dipendengarannya. Terfikir juga diminda
Umairah tentang topik hangat yang sedang dibualkan oleh orang tuanya,
kedengaran cukup serius tanpa sebarang jenaka. Bergaduhkah orang tua itu?
“ Leha rasa dah tiba masanya kita beritahu hal sebenarnya
kepada Mai dan Sarah bang... sampai bila kita nak rahsiakan hal ni? Leha kadang-kadang
kesian tengok Nur yang jadi mangsa kebencian Mai. Lagi pun Mai dan Sarah patut
tahu hal sebenar dalam keluarga kita ni.” Sayup-sayup suara puan Zaleha
menyinggah gegendang telinga Umairah. Kata-kata puan Zaleha membuatkan dada
Umairah berombak kencang, hatinya dipalu rasa ingin tahu yang menggila. Apa
yang kedua ibubapanya sedang berbual ni? Rahsia apa? Melibatkan aku, Sarah dan
Tikah pulak tu.
“ abang pun rasa macam tu Leha... tapi itulah, masa yang
sesuai nak cakap tu selalu jer tak ada. Itu yang asyik bertangguh jer hal ni.”
Jawab encik Ismail seolah-olah menyokong pendapat puan Zaleha. Umairah intip
kedua ibubapanya disebalik dinding yang terlindung dari dapur. Jelas dimatanya
riak wajah orang tuanya yang cukup serius dengan perbincangan mereka saat ini.
“ sebut pasal ni... Leha sebenarnya nak minta maaf
sangat-sangat dekat abang dan Zainab.” Cetus puan Zaleha sekali lagi buat hati
Umairah tertanya-tanya. Makin menarik pula topik perbincangan orang tuanya ini.
Apa yang ibunya dah lakukan kepada abah dan emak tirinya sehingga wanita itu
perlu memohon keampunan? Bukankah sepatutnya puan Zainab yang harus meraih
kemaafan dari ibunya setelah merampas kasih sayang suaminya? Umairah mendekati
kedua orang tuanya, namun sedaya mungkin menyembunyikan diri agar ibubapanya
itu tidak menyedari kehadirannya saat ini.
“ Sudah la tu Leha... benda dah berlaku pon. Dah lama
sangat perkara tu terjadi, Leha pon dah banyak kali minta maaf pada abang, Nab
dan Nur. Kita lupakan jer la dan mulakan hidup baru. Kalau boleh lepas ni kita
jangan ungkit langsung hal-hal berpuluh tahun dahulu tu.” Pujuk encik Ismail
sambil jemarinya menyulam lembut jemari tua milik puan Zaleha. Puan Zaleha yang
mula mengalirkan air mata sekadar mengangguk-anggukan kepalanya tanda mengerti.
Dia tahu suaminya, puan Zainab dan Atikah sudah memaafkannya Cuma sebagai insan
biasa dia tidak lepas dari merasa bersalah atas tindakannya yang terlalu
mementingkan diri sendiri kira-kira 25 tahun yang lalu.
“ Leha bukan apa bang, kadang-kadang bila tengok wajah
Nur, timbul rasa sedih dan bersalah sangat dalam hati Leha ni. Kalaulah Leha tak
pentingkan diri sendiri pasti Nur dan Zainab tak perlu berpisah dengan abang.
Pasti Nur dapat hidup macam manusia lain, yang dilimpahi kasih sayang.” Tingkah
puan Zaleha dengan sedu sedan yang masih terasa. Encik Ismail gosok bahu
isterinya, cuba dipujuk perasaan isterinya yang masih diburu rasa bersalah.
Umairah yang menonton drama air mata antara ibubapanya hanya mampu mengerutkan
dahi. Bertimpa-timpa rasa ingin tahu menerjah sanubari.
“ dah la tu Leha... bukan salah Leha pun semua tu. Abang
pun bersalah jugak. Kalau abang bertegas dengan keputusan sendiri mesti semua
tu takkan berlaku. Lagi pun banyak hikmahnya dengan apa yang dah berlaku antara
kita bertiga. Abang dikurniakan isteri yang baik macam Leha, dapat anak yang
solehah macam Mai dan Sarah. Semua tu rezeki Allah pada abang. Abang bersyukur
sangat.” Jawapan panjang lebar daripada encik Ismail langsung tidak berjaya
dicernakan dengan baik oleh otak Umairah. Dia tidak mengerti disebalik
kata-kata yang penuh bermakna antara kedua ibubapanya itu.
“ ibu dan abah cakap pasal apa ni?” sergah Umairah yang
sudah tidak dapat menahan rasa ingin tahu yang mencucuk-cucuk di ulu
jantungnya. Dia tidak sanggup untuk membiarkan semua itu dalam misteri
sedangkan namanya, Atikah dan Sarah kerap disebut dalam perbincangan emak dan
ayahnya. Dia yakin, pasti ada satu rahsia besar disebalik keluarganya dan
keluarga Atikah. Matanya memandang wajah terkedu encik Ismail dan puan Zaleha
silih berganti dan dia semestinya tak akan meninggalkan kedua orang tuanya ini
selagi jawapan sebenar tidak ditemui.
Puan Zaleha memandang lama kearah Umairah yang menanti
bicara dari mulutnya dengan mata yang bersinar. Dia tahu, Umairah diasak
pelbagai andaian dan fikiran setelah mencuri dengar perbualannya dengan suami.
Dan dia juga tahu segala rahsia yang disimpan selama ini patut dibongkarkan
hari ini juga agar Umairah tidak terus salah faham dengan keluarga tirinya.
Encik Ismail telah pun meminta diri terlebih dahulu dan menyerahkan tugas untuk
menyampaikan kisah sebenar ini kepada Umairah padanya. Suaminya itu merasakan
dia lebih sesuai untuk bercakap perihal keluarga ini kepada Umairah berbanding
diri sendiri.
“ ibu
dan abah cakap apa tadi? Apa ibu dah buat pada mak Uda sampai ibu nak kena
minta maaf bagai?” cetus Umairah dengan suara yang menahan pelbagai perasaan.
Saat ini hatinya bagaikan ingin pecah dek rasa ingin tahu yang melampau-lampau.
Puan Zaleha tarik nafas dalam-dalam, dia mencari idea dan bahasa yang terbaik
untuk diterangkan kepada Umairah agar wanita itu cepat faham dan tidak terlalu
terkesan dengan penerangannya sebentar lagi. Melihat kesukaran untuk ibunya
memulakan bicara buat hati Umairah kian berdebar. Dia yakin dan pasti ada satu
rahsia besar yang telah disembunyikan oleh kedua ibubanya.
“ ibu...” panggil Umairah lembut, mahu menyedarkan wanita
tua itu yang dia masih setia menanti segala bait bicara yang masih lagi
misteri.
“ Mai jangan terkejut dengan apa yang ibu nak sampaikan
ni... ibu harap Mai boleh terima semua ni dengan hati yang terbuka dan
berhentilah membenci keluarga mak Uda.” Sahutan jawapan dari puan Zaleha kian
menambah rasa ingin tahu dalam pelipat hati Umairah. Matanya kian membesar
merenung anak mata ibunya yang kelihatan seolah-olah berperang dengan perasaan
sendiri. Umairah angguk kepala lekas-lekas, berjanji untuk mengikut saranan
ibunya sebentar tadi.
“ ibu buat Mai makin tertanya-tanya... ada apa sebenarnya
antara keluarga kita dengan keluarga Nur tu ibu?” soalan daripada Umairah
mendapat balasan senyuman tawar dari puan Zaleha. Perlahan-lahan jemari Umairah
yang diletakkan diatas meja makan dicapai dan digenggam lembut. Dia mahu
berbicara dari hati ke hati dengan anaknya ini. Dia tahu, Umairah sudah cukup
dewasa untuk memahami situasi keluarganya dan keluarga baru encik Ismail.
“ sebenarnya, Nur tu kakak kandung Mai. Anak kandung abah
dan mak Uda.” Jelas puan Zaleha setelah satu keluhan kecil dilepaskan. Riak
wajah Umairah didepannya jelas terkesima dengan perkhabaran yang dibawa. Mata
Umairah yang sedia bulat memandangnya bertambah kebulatannya.
“ apa ibu? Nur tu kakak kandung Mai? Anak kandung abah
dengan mak Uda? Ibu biar betul?” bertubi-tubi soalan yang tidak terjangkau
difikiran Umairah meluncur keluar. Perasaannya saat ini tidak terkata, dia
tidak tahu apa yang dirasai saat ini kerana berita yang dibawa ibunya ini
sangat mendadak untuk diterima benaknya. Mana mungkin Atikah yang disangka
kakak tiri tiba-tiba menjadi kakak kandungnya? Apa semua ni? Melihat rona wajah
kabur dan terkejut Umairah membuatkan puan Zaleha berkeputusan untuk bercerita
satu persatu kepada anak sulungnya itu. Satu demi satu kisah, sejarah dan
tragedi dalam perkahwinannya dan encik Ismail dibongkarkan agar Umairah
mengerti dengan cerita yang dikongsi saat ini.
No comments:
Post a Comment