IKLAN NUFFNANG

Wednesday, February 20, 2013

Cinta Part Time 6



Ilham membaca surah Yassin dengan penuh sayu. Beberapa titik air mata jatuh ke pipinya. Hari ini genap dua tahun Rania meninggalkannya sendiri. Memang sudah menjadi rutin hidupnya setiap hari khamis malam jumaat membaca surah Yassin kepada arwah Rania. Cinta dan kasih sayangnya terhadap gadis manis itu tidak pernah berubah selama ini. Namun mungkin sudah tiada jodoh. Allah lebih sayangkan Rania.

“ Sayang... Kalau kita kawin nanti, sayang nak berapa orang anak?” Soal Rania manja.

“10... Boleh?” Usik Ilham. Rania menarik muka masam. Berpura-pura marah.

“Abang ingat saya ni kilang ke nak beranak banyak-banyak.” Marah Rania.

“Dapat banyak pahala tau kalau beranak banyak-banyak ni...”

“Dah kalau macam tu abang je la yang beranak... Banyak sikit pahalakan...”

“Kalau ikutkan memang abang nak beranak... Tapi dah tak boleh, nak buat macam manakan.” Balas Ilham selamba. Rania tersenyum kecil.

“Abang ni kan... Ada-ada je...” Rania mengalah akhirnya. Kalau berlawan kata dengan Ilham dia tak akan pernah menang. Ilham mesti ada sahaja idea untuk mematahkan kata-katanya.

“Abang sayang sangat kat  Rania... Abang rasa abang tak boleh hidup kalau tak ada Rania. Rania janji tak akan tinggalkan abang yer...” Luah Ilham. Matanya merenung wajah manis milik Rania yang turut merenungnya. Rania meletakkan tangannya diatas tangan Ilham.

“InsyaAllah... Selagi hayat dikandung badan, hanya abang dihati saya. Hanya ajal boleh pisahkan kita.”

“ Tapikan bang...” Celah Rania tiba-tiba. Ilham mengangkat kening sebagai isyarat meminta Rania menyambung kata-kataya.

“Kalau Rania pergi dulu sebelum abang, abang jangan menangis tau. Abang kena kuat. Kalau boleh Rania nak abang selalu sedekahkan ayat suci al Quran kat Rania.”

“Apa ni cakap macam tu sayang... Jangan cakap macam ni lagi.. Abang tak nak dengar.” Tinggi suara Ilham. Berdegup kencang dadanya mendengar kata-kata dari Rania. Bagaimana dia mahu meneruskan hidup kalau tiada Rania. Rania sudah menjadi sebahagian hidupnya. Dia kini hanya menunggu kebenaran ibunya untuk menyunting Rania sebagai isteri.

“Abang... Saya cakap kalau... Ajal ni rahsia Allah. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku kelak. Dan satu lagi saya nak abang buka hati abang untuk cinta yang baru kalau saya dah tiada lagi... Tapi saya nak abang cari perempuan yang betul-betul cintakan abang dan mampu jaga abang dengan baik. Abang janji dengan saya.” Minta Rania lagi.

Enough sayang... Okey abang janji semua tu tapi sayang please stop talking pasal mati... Abang tak sanggup nak dengar...”

“Mati itu pasti...” Tegur Rania.

Yes i know mati itu pasti... Tapi... Okey kita cakap pasal lain. Bukan perkara ni.” Aju Ilham sedikit kelam kabut. Rania tersenyum lembut memandang kearah Ilham. Dia tahu kasih sayang Ilham terhadapnya terlalu utuh. Hanya berbual tentang perkara ini sudah cukup buat Ilham kalut apa lagi kalau perkara ini menjadi kenyataan. Doanya supaya Ilham mampu hidup tanpanya disisi.


Minum Ilham?” Sapa Puan Maimun sambil mengangkat teko berisi kopi panas ke cawan anak terunanya.

No... Ilham dah lambat. Ilham pergi dulu.” Tolak Ilham lalu bergerak kearah pintu rumahnya. Puan Maimun mengeluh sayu melihat sikap anaknya yang masih sama. Tidak pernah berubah semenjak kematian Rania.

“ Apa yang dikejar tu Ilham... Bukannya ada mesyuarat pon pagi ni.” Tegur Encik Johari setelah melihat kekecewaan yang terlukis pada wajah Puan Maimun dengan sikap acuh tak acuh Ilham.

“Kat pejabat tu banyak kerja papa...” Dalih Ilham.

“Kerja tu takkan habis Ilham...  Sekarang temankan papa dan mama minum.” Arah Encik Johari tegas. Dia sudah lama perasaan ada perubahan yang berlaku kepada Ilham. Ilham sudah tidak sama seperti dulu lagi.  Ilham akur dengan arahan orang tuanya. Dia malas bergaduh pagi-pagi buta macam ni.

“Minum kopi yer Ilham...” Aju Puan Maimun sekali lagi. Setelah melihat anggukan Ilham, barulah Puan Maimun menuang kopi panas kedalam cawan. Segala urusan menguruskan anak dan suami, jarang sekali Puan Maimun serahkan kepada bibik. Dia lebih selesa melakukannya sendiri.

Auntie Suraya ajak kita dinner kat rumah dia malam ni... Ilham balik awal yer...” Minta puan Maimun.

“ Malam ni Ilham kena jumpa client.” Tipu Ilham. Dia sudah tahu apa agenda kalau ibunya mengajak makan malam dirumah Auntie Suraya. Nak berbincang tentang dia dan Atirah la tu. Padahal dia dan Atirah sama-sama tidak setuju dengan cadangan kedua belah keluarga ini.

Cancel la. Lagi pon, kita nak bincang pasal pertunangan kamu dengan Tyra.”

“Siapa yang nak bertunang dengan Tyra? Papa ke?” Sela Ilham geram. Tak cukup-cukup mamanya buat dia merana. Kenapa mama suka seksa anak sendiri.

“Ilham....” Keras suara Encik Johari. Memberi amaran supaya Ilham menjaga kata-katanya.

“Mama tak kira, kamu nak ke tak nak ke, 3 bulan lagi kamu dan Tyra akan bertunang.”

“Ilham tak nak mama... Mama faham tak? Ilham anggap Tyra tu macam adik je. Tyra tu pon  tak ada perasaan kat Ilham.  Nak buat apa satukan kami... Kitorang boleh cari sendiri pasangan hidup masing-masing. Mama dan Auntie Suraya tak payah masuk campur boleh tak?” Tinggi suara Ilham. Penat dia melayan sikap Puan Maimun yang terlalu menggesa. Kenapa dia nak sangat Atirah menjadi menantunya pon Ilham tak faham. Sampai semua perempuan lain tidak diterima.

“Cari pasangan masing-masing? Boleh ke kamu cari orang yang lebih baik dari Tyra tu? Jangan ingat mama tak tahu kamu bercinta dengan siapa sekarang. Perempuan murahan macam tu kamu nak buat jadi isteri Ilham?”

“ Oooo... Jadi sekarang mama upah pengintip la intip Ilham...” Tengking Ilham. Segala memori 2 tahun yang lalu mula mengasak-ngasak kedalam mindanya. Kenangan yang tidak akan dia lupa sehingga dia mati!
“Ilham... Cakap elok-elok sikit dengan mama... Lagi pon betul apa cakap mama tu.” Marah Encik Johari. Pantang dia melihat anak meninggikan suara dengan ibunya. Kurang ajar itulah ayat yang sesuai.

“Apa yang betulnya papa... Papa lupa ke apa yang mama dah buat kat Ilham dan Rania dulu. Kalau bukan kerana mama dan pengintip mama tu, Rania masih hidup. Rania tak akan tinggalkan Ilham.”

“Ilham... Mama bukan tuhan. Ajal maut tu Allah dah tetapkan... Dah memang ajal Rania.” Pujuk Encik Johari. Memang dia sendiri pon tidak berkenan dengan sikap isterinya yang terlalu memilih calon isteri untuk anaknya. Tetapi, Ilham perlu juga disedarkan. Semuanya sudah tersurat. Siapa mereka untuk menghalang ajal Rania yang sudah tiba?

“Yer... Memang sebab ajal Rania dah sampai tapi penyebabnya adalah mama... Dan sampai sekarang Ilham tak maafkan mama sebab pisahkan Ilham dan Rania. Kalau mama nak teruskan jugak pertunangan Ilham dengan Tyra... Mama teruskan. Tapi, mama jangan menyesal kalau mama dah tak dapat jumpa Ilham lagi selepas ini. Dan mama pesan kat pengintip mama berhati-hati... Sekali Ilham tahu siapa dia, nahas dia Ilham kerjakan.” Habis sahaja ayat itu terus Ilham meninggalkan mama dan papanya.  Hatinya sakit mengingatkan perbuatan mamanya dan pengintip jahanam itu. Setelah pemergian Rania, pengintip itu turut menghilang entah ke mana setelah teruk dibelasah olehnya.

Tuesday, February 12, 2013

Cinta Part Time 5



Nadrisa merenung gadis yang tinggi lampai yang sedang berbual dengan Ilham di tepi pantai  Cherating. Seperti biasa, kamera pemberian puan Maimun digunakan sepenuhnya. Bukti-bukti kisah percintaan Ilham perlulah dikumpul dan ditunjukkan kepada ibunya sendiri. Dahi Nadrisa berkerut. Ligat otaknya berfikir seketika.  Cik Atirah bercinta dengan encik Ilham ke? Kalau diorang bercinta, Maslina tu nak letak kat mana pulak. Memang dasar kaki perempuan betullah Ilham nih.

“You ni kan, kalau i tak ajak keluar mesti you tak akan ajak i keluarkan...” Bebel Atirah sambil menepuk lembut bahu Ilham. Bibirnya yang mungil dicebikkan.

“I bukan tak nak keluar dengan you, tapi sekarang motel tu busy sikit. Nak-nak bila nak bukak cawangan baru kat Terengganu.”

“Alasan!... Dengan girlfriend ada je masa... Dengan i bukan main lagi susah. Tu la you. Dah ada girlfriend terus lupa kawan.” Rajuk Atirah. Badannya dipusingkan sedikit tanda protes dengan teman baiknya. Dia dan Ilham membesar bersama-sama malah menyambung pelajaran pun ditempat yang sama. Alasan papanya supaya ada orang tolong tengok-tengokkan puteri kesayangannya ini apabila dia berada jauh dari keluarga. Lagipun, familinya dan family Ilham memang rapat malah ibu-ibu mereka siap merancang untuk menjodohkan mereka lagi.

“ Aik jeles ke... Jangan macam ni.. Merajuk-merajuk ni tak sesuai dengan watak you la Tyra...”

“Habis tu i tak boleh nak merajuk la... Apa yang i boleh kalau macam tu...” Balas Atirah geram. Kadang-kadang Ilham langsung tidak pandai menjaga hatinya. Dia pon perempuan.. Kenapa Ilham tidak pernah melayannya seistemewa perempuan lain.. Kenapa Ilham tidak pernah pandang dia yang sememangnya sayang pada Ilham. Apa yang dia kurang sehingga Ilham tidak pernah meletakkannya dalam senarai calon bakal isteri. Dia sayangkan Ilham... dari kecil lagi hati dan perasaannya buat Ilham. Tidak pernah berubah walaupun sedikit. Tapi Ilham sikit pon tidak kisah tentang perasaannya.

“ Yang sesuai dengan you hanyalah senyuman... You akan jadi lebih cantik dengan senyuman manis. Bukannya masam mencuka macam ni...” Pujuk Ilham lembut. Dia menyedut air kelapa yang dibeli digerai berdekatan pantai Cherating sebentar tadi.

“Ooo... Kiranya kalau i masam mencuka macam ni, i tak cantiklah... Tak cantik macam girlfriend you kan...” Tambah Atirah pula. Ilham mula rimas. Mengada-ngada betul la Atirah ni. Nasib baik kau tu kawan baik aku, kalau tak memang dah lama aku tinggal kau sorang-sorang kat pantai ni.

“Apa yang you merepek ni Tyra... Berhenti buat perangai macam budak-budak boleh... Patutlah sampai sekarang tak ada orang masuk meminang... Perangai you ni memang tak matang.” Tingkah Ilham geram. Berubah air muka Atirah apabila diherdik Ilham.

“ Tak payah nak mengutuk i sangat lah Ilham... You pon apa kurangnya. Dari dulu sampai sekarang kehulu ke hilir bawak anak dara orang... Tapi sampai ke sudah tak kawin jugakkan... Sekurang-kurangnya i ni tak ada lah kehulur ke hilir ikut jantan.” Bidas Atirah. Dia kemudiannya bingkas bangun lalu menuju kearah jalan raya. Mahu mengambil teksi dan menghilangkan diri dari pandangan Ilham. Ilham mengejar Atirah yang kelihatan cukup marah dengan mulutnya yang tiada insurans. Terasa bersalah pula berkata begitu.

“Tyra... Tyra... Stop please. I tak bermaksud nak hina you.. Jangan la marah.. Sorry.. Sorry.” Minta Ilham. Pantang dalam hidupnya membuat mana-mana perempuan bersedih. Terutamanya Atirah yang sudah dianggap seperti adik sendiri.

“Tak perlu Ilham... I tahu you cakap apa yang ada kat hati you... Memang tu yang you fikir tentang i kan... I perempuan yang tak matang, kebudak-budakkan, manja dan mengadakan?” Balas Atirah. Air matanya mengalir sederas air terjun. Tak sanggup menerima kata-kata begitu dari lelaki yang paling dia sayang. Kenapa Ilham tidak pernah mengerti perasaannya. Hanya kerana dia tidak pernah meluahkan perasaan... Takkan lelaki itu tidak tahu perasaannya melalui bahasa tubuh yang digunakan selama ini.

“Jangan macam ni Tyra... I tak bermaksud okey.. I’m sorry. Jangan la sensitif sangat. Takkan benda kecil macam tu pon you nak marahkan i... Period ke ape you ni?” Pujuk Ilham lagi bersama usikan. Atirah mencerun mendengar kata-kata akhir Ilham...

“I boleh maafkan you tapi dengan syarat you tak akan mengelak dari i lagi.. You akan sedia meluangkan masa emas you tu untuk i.” Minta Atirah. Dia merenung wajah kacak milik Ilham yang merenung wajahnya. Terdengar keluhan kecil dilepaskan dari mulut Ilham.

“Okey... Kalau you tak nak tak pe.. I pon bukan orang penting dalam hidup you kan... I’m sorry kalau i ada buat salah sepanjang persahabatan kita. Sampai sini je lah persahabatan kita.” Atirah bergerak pantas meninggalkan Ilham yang tidak mahu mampu memberi jawapan kepadanya.

“You ni dah kenapa Tyra... You nak kita korbankan persahabatan kita yang hampir 20 tahun tu hanya kerana pergaduhan yang kecil macam ni... Nonsense laa... Okey i minta maaf dengan you pasal cakap macam tu kat you tadi... Tapi i tak bolehlah janji untuk habiskan semua masa i dengan you. Tetapi, I akan cuba yang terbaik untuk luangkan masa bersama you. Tapi bukan semua masa i sebab i ada kehidupan i sendiri.”

“You janji you akan luangkan masa untuk i... You takkan lupakan i hanya kerana you dah ada girlfriend... You janji kan...”

“ I janji... Dalam semua kawan perempuan yang i ada, you adalah yang terpenting pada i. So don’t worry k..” Luah Ilham. Memang benar kenyataan itu. Tidak sedikit pon dia menipu. Malah dia pasti dia lebih mengutamakan Atirah berbanding Maslina yang hanya dianggap tempat menghilangkan rasa bosan.

“Ye la tu...” Balas Atirah dengan senyuman yang mula mekar dibibir. Gembira mendengar pengakuan dari Ilham yang dia sendiri tidak pasti benar atau tidak. Tetapi, pengakuan itu cukup buat hatinya dilamun angan indah lalu melupakan rasa perit pergaduhan mereka sebentar tadi.




 “ Jadi dia selalu jugaklah jumpa dengan Tyra?” Soal Puan Maimun selepas menatap gambar yang diberi oleh Nadrisa.

“Yer puan... Erk puan pon kenal cik Atirah.”

“Yes.. Anak kawan saya.. Bakal isteri Ilham...” Balas puan Maimun selamba. Jawapan dari mulut Puan Maimun menyebabkan Nadrisa tersedak. Terkejut bukan main lagi dia dengan jawapan yang tak semena-mena itu...

“Cik Atirah tu bakal isteri encik Ilham?” Soal Nadrisa semula. Dia mahukan pengesahan. Mungkin dia tersalah dengar kata-kata puan Maimun sebentar tadi.  

“Yup... Any problem with that?” Soal puan Maimun tenang.

“Tak ada masalah apa-apa... Cuma saya terkejut je sebab bukan ke encik Ilham bercinta dengan Maslina. Puan sendiri tahu kan melalui gambar yang saya tunjukkan sebelum ini.”

“Dia tak serious pon dengan Maslina tu... Tak lama lagi putus la tu. Dah ramai sangat girlfriend dia sebelum ni.”  Jawab puan Maimun bagi merungkai segala kesangsian Nadrisa.  Nadrisa sekadar mengangguk tanda faham. Hatinya sedikit jelik memikirkan perangai majikannya. Buat perempuan macam tak ada harga. Mudah sahaja bertukar ganti. Mungkin kalau dia tahu apa itu cinta suci baru dia akan menghargai setiap perasaan yang ada disekelilingnya.

“Saya nak awak cari jalan untuk putuskan hubungan Maslina dan Ilham. Pastikan mereka berpisah secepat mungkin...” Arah puan Maimun tiba-tiba. Pelik betul orang tua ni.. Tadi baru cakap yang Ilham akan tinggalkan Maslina. Apasal nak putuskan pulak hubungan diorang ni... Pandai-pandai la Ilham putuskan hubungan dia dan Maslina.

“Okey puan..........” Setuju Nadrisa tanpa banyak soal. Buat je la apa orang ni suruh. Bukan free pon kerja aku ni. Berbayar. Kenalah buat yang terbaik.

“Tapi saya nak awak janji sesuatu dengan saya...”

“Apa puan?”

“Kalau suatu hari nanti Ilham dapat tahu pasal awak, sila jangan kaitkan nama saya. Gunalah apa-apa alasan yang logik asalkan jangan libatkan saya. Awak faham?” Tegas puan Maimun. Nadrisa sekadar menganguk tanda faham walaupun didalam hatinya berbakul-bakul sumpahan menyumpah puan Maimun. Dasar pentingkan diri sendiri. Rancangan dia tapi nak suruh aku tanggung sorang-sorang. Tengok la lepas aku berjaya dalam misi ni aku nak berhenti jadi pengintip. Malas aku nak mengadap orang ada harta ni. Bukan aku hadap sangat pun duit kau tu. Pasal kesiankan kau je la aku setuju pon.

Tuesday, February 5, 2013

Cinta Part Time 4



Nadrisa merenung lama pasangan yang sedang enak berbual manja sambil bersuap-suapan makanan. Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia perlu buat kerja ini. Sampai bila dia nak mengendap macam ni. Kenapa puan Maimun belum lagi memberi arahan terbaru. Nadrisa menguap perlahan. Mengantuk sudah matanya. Matanya melirik kearah jam yang kini menunjukkan jam 10.30 malam. Agaknya bilalah encik Ilham nak hantar anak dara orang pulang. Bila Maslina balik boleh la dia pun sama-sama pulang ke rumah. Badannya cukup penat. Ye lah pukul 9 pagi sampai 5 petang bekerja kat motel. Pastu bersambung buat part time.. Sangatlah memenatkan.

“Eh mana diorang? Dah balik ke?” Desis hati Nadrisa tatkala melihat pasangan tadi hilang tanpa disedari. Gigih Nadrisa memandang seluruh pelusok restoren demi mencari pasangan sejoli itu. Tiba-tiba terasa bahunya dipegang seseorang. Hati Nadrisa berdebar kencang. Peluh dingin mula memenuhi dahinya. Dia memusingkan badannya perlahan-lahan demi memandang wajah pemegang bahunya. Dia berdoa supaya orang itu bukanlah encik Ilham. Kalau encik Ilham memang arwahlah pekerjaannya hari ini.
“Kau buat apa kat sini?” Sapa Dahlia yang memandang Nadrisa atas bawah. Pelik bebenor pemakaian kawannya yang sorang ni. Serba hitam dan berspek mata hitam juga.

“Laa kau rupanya...” Balas Nadrisa bersama keluhan nafas lega. Nasib baik.

“Kalau bukan aku kenapa?” Soal Dahlia kurang mengerti melihat reaksi Nadrisa yang agak pelik. Macam baru terlepas dijatuhkan hukuman bunuh ajer reaksinya.

“Tak ada apa-apa lah... Kau buat apa kat sini?” Tanya Nadrisa pula.

“Aku kebetulan lalu kat tepi restoren ni... Ternampak kau yang termenung sorang-sorang dari luar tu haa... Itu yang aku datang tegur nih.” Jelas Dahlia duduk perkara sebenar.

“Kau buat apa kat sini Nad... Restoren mewah pulak tu.. Kau mengendap anak orang kaya yer?” Dahlia membuat serkap jarang.

“Hish kau ni... Mana ada... Jom la kita balik. Aku pon dah habis minum air ni. Ke kau nak makan kat sini?” Nadrisa cuba melarikan diri dari topik yang sebenar.

“Tak ada maknanya. Mahu kebulur aku sebulan kalau makan kat sini hari ni. Jom la.” Ajak Dahlia sambil menarik lembut lengan Nadrisa. Nadrisa sekadar mengekor.

“Yang kau berspek bagai ni kenapa? Dah macam orang buta aku nengok...” Bebel Dahlia lagi. Nadrisa sekadar mendiamkan diri. Malas mahu melayan leteran dari mulut Dahlia yang sememangnya tak akan ada penghujungnya. Memang macam mak nenek perangainya.



“Hai”. Satu sapaan dari belakang mengejutkan Nadrisa yang sedang khusyuk membuat Nescafe. Matanya yang makin layu untuk mengadap kerja yang menimbun itu perlukan sesuatu untuk disegarkan kembali. Nadrisa memandang kearah orang yang menegurnya. Dahinya dikerutkan. Encik Ilham. Apa yang dia buat kat sini. Bukan ke kat unit pentadbiran dah ada bilik pantri sendiri. Dia nak apa pulak ni.
“Hai encik Ilham... Encik nak minum ke?” Soal Nadrisa sekadar berbasa basi. Hatinya mula gugup. Lagi lama dia bersama dengan encik Ilham lagi mudah dirinya akan dicam oleh encik Ilham nanti. Pasti kerja pengintipan yang dilakukan menjadi semakin sukar.

“Boleh juga.. Buat yang sama macam awak...”Minta Ilham. Dia duduk di kerusi yang terdapat di dalam pantri tersebut.

“Patutlah saya tak kenal awak... Awak menyorok kat sini rupanya.” Ujar Ilham tiba-tiba. Nadrisa diam.  Tidak membalas kata-kata Ilham.

“Nah Nescafe encik Ilham... Saya masuk dulu lah yer...” Nadrisa meletakkan minuman yang diminta didepan Ilham. Dia mahu segera beredar dari situ. Hatinya makin risau untuk berdepan dengan encik Ilham.

“No... Mari temankan saya minum. Saya nak buat sesi suaikenal dengan awak... Macam mana saya boleh terlepas pandang awak sebagai pekerja kat Motel ni. Padahal bukan ramai sangat pon pekerja kat sini.” Larang Ilham sejurus itu berjaya menghentikan langkah Nadrisa yang sudah beberapa tapak cuba meninggalkannya. Dengan hati yang separuh rela Nadrisa pergi mengadap Ilham. Tak mungkin dia mampu melawan kata-kata majikannya. Nadrisa duduk bertentangan dengan Ilham namun wajahnya menunduk merenung minuman nescafenya.

“Okey sekarang pandang saya...” Arah Ilham tegas. Nadrisa sekadar mengikuti arahan Ilham.

“Nama awak? Kerja bahagian mana? Umur berapa?” Soal Ilham tak ubah seperti ingin menemuduga Nadrisa.

“ Nur Nadrisa binti Ayop. Saya kerani akaun. Umur 27 tahun.” Balas Nadrisa dengan dada yang berkocak hebat. Tak berani dia mahu memandang wajah Ilham lama-lama.

“Dah berapa lama kerja kat sini...”

“2 tahun.”

“Awak kenal saya?” Ilham cuba menguji Nadrisa.

“Mestilah saya kenal. Takkan saya tak kenal majikan saya.”

“Baguslah kalau macam tu... Cubalah kenal-kenal sikit dengan orang atasan. Mudah sikit nak naik pangkat.... Apa tahap pendidikan awak?” Soal Ilham lagi.

“Saya ada diploma dalam account....”

“Eh bagus tu... Asal mintak jadi kerani je? Nanti cuba mintak jadi penolong akauntan. Lagi pon awak tahukan Motel kita akan ada cawangan baru kat Terengganu. Cuba mintak kat sana memandangkan kat sini tak ada kekosongan.”

“InsyaAllah...” Balas Nadrisa ringkas.

“Semalam awak ade pergi ke Restoran Masturi Asia ke?” Ilham meneguk Nescafe setelah bertanya. Lirikan matanya cuba melihat reaksi wajah Nadrisa. Dada Nadrisa berombak kencang. Tangannya mula berkeringat. Air liur ditelan satu persatu. Pernafasan yang tersekat cuba dipulihkan secepat mungkin supaya Ilham tidak mengesyaki kekalutan yang melanda dirinya.

“Restoran Masturi Asia? Eh tak ada pulak...  Kenapa encik Ilham. Encik nampak saya ke semalam? Bahaya jugak tu...” Nadrisa berlagak tenang. Adakah Ilham nampak dia semalam? Mampus la aku kalau macam ni.

“Apa yang bahaya.......”

“Ye la... Kalau encik nampak saya sedangkan saya tak pernah pergi ke sana, it’s mean ada sesuatu menyerupai sayalah tu... Opps” Nadrisa menutup mulut sambil memandang sekitar... Agak keterlaluan gurauan yang macam ni... Maunya betol-betol berlaku baru aku tau. Dah la pejabat kat motel ni agak ‘keras’.

“Hahahaha...” Gelak Ilham senang. Kelakarlah minah ni. Nampak pendiam tapi boleh tahan jugak rupanya.

“Jadi saya nampak hantulah yer semalam... It’s okey.”

“Hish mulut encik ni... Cabul betul. Tapi seriously... Saya tak ada ke sana semalam. Mungkin encik silap orang kot...” Wah hebat kau Nadrisa. Pandai betul menipu...

“Maybe... Okey. Thank sebab temankan saya minum dan buatkan minuman ni...” Ilham mula bingkas dari tempat duduknya. Dia mahu ke unitnya untuk menyambung tugasnya yang masih banyak perlu disiapkan. Nadrisa menghembus nafas lega dengan pemergian Ilham. Baru tenang hatinya kini.