IKLAN NUFFNANG

Tuesday, June 30, 2015

Cinta Ini Bukan Milik Kita Bab 7


Bab 7
Nazim melunjurkan kakinya sambil menonton televisyen yang menayangkan berita terkini. Sebiji bantal yang menghiasi sofa ditarik dan dipeluknya. Matanya ralit dengan berita-berita yang dipapar pada kaca tv.

“Zim...” sergah Fatimah. Dia duduk disebelah anak terunanya sambil menonton sama berita yag disiarkan oleh tv3 itu.

“hmm?” gumam Nazim perlahan. matanya mengerling wajah tenang emaknya.

“Zim ingat tak hari ni hari apa?” soal Fatimah perlahan. Nazim memusingkan wajahnya untuk memandang Fatimah yang kelihatan tersenyum nipis. Dia dapat mengagak topik perbincangan mereka malam ini.

“esok mak akan beritahu Mak Cik Siah yang kamu bersetuju untuk bertunang dengan Julia.” Tambah Fatimah lagi dengan nada yang gembira. Nazim mengeluh kecil. Masih adakah harapan untuknya memujuk sang ibu untuk membatalkan rancangan dua keluarga ini?

“mak...” panggil Nazim lembut. Cuba memujuk emaknya buat kali terakhir.

“Zim tak nak...”

“Zim jangan lupa janji Zim pada mak 2 minggu yang lepas... jangan nak jadi lelaki yang munafik Zim... mak tak ajar Zim macam tu.” tegas Fatimah mencatas segala bicara Nazim yang sudah diagak isinya. Dia bukan tidak kenal sikap anaknya yang sedaya upaya mengelak daripada dijodohkan dengan anak jiran tetangga mereka.

“ tapi mak... Zim...”

“tak ada tapi-tapi... keputusan mak muktamad. Zim nak atau tidak, sebulan lepas ni Zim dan Julia akan bertunang dan 3 bulan lepas tu korang berdua akan berkahwin.” Pintas Fatimah sekali lagi. Wajah sayu anaknya dipandang sekali imbas. Tidak mahu bersimpati lagi pada anak terunanya ini. dia tidak boleh beri muka pada Nazim lagi, kali ini dia perlu bertegas dalam menyatukan Nazim dan Julia.

“Zim tak cintakan Julia mak... Zim tak boleh nak kahwin dengan orang yang Zim tak cinta.” Luah Nazim dengan harapan emaknya menarik kembali keputusan yang telah dibuat. Fatimah tersenyum sinis. Langsung tidak termakan dengan kata-kata anaknya yang cuba meraih simpati dari dirinya.

“cinta, sayang, suka semua tu boleh dipupuk, boleh dibina. Dia tak akan datang bergolek Zim. Jadi tak payahlah Zim nak cakap Zim tak cinta semua tu sedangkan Zim tak pernah usaha pon untuk cintai Julia. Dah mak tak nak dengar lagi alasan Zim... cukup sebulan dari tarikh ni, Zim dan Julia akan ditunangkan. Noktah!” balas Fatimah. Badannya tadi disandarkan pada sofa empuk kini bangkit berdiri. Dia berlalu meninggalkan Nazim sendirian. Nazim mendengus kasar. Diraup wajahnya untuk menghilangkan rasa kecewa yang merantai dijiwanya saat ini. tidak sangka, hari untuk dia lupakan Soffiya tiba jua. Mampukah dia lupakan Soffiya? Mampukah dia menyayangi Julia lebih daripada Soffiya? Sesungguhnya hatinya kini amat buntu.


“ cantiknya anak ibu... mesti tak berkelip mata Nazim pandang Julia nanti.” Puji Siah melambung-lambung melihat kejelitaan anak gadisnya yang cukup memukau pandangan semua jejaka. Julia tersenyum malu namun cukup berbangga dengan pujian ikhlas ibunya.

“ada-ada je ibu ni... keluarga abang Nazim nak datang pukul berapa?” soal Julia ingin tahu. Dipandang wajahnya pada cermin dengan rasa gembira. Berharap bakal suaminya dapat melihat wajahnya yang cukup jelita hari ini. pasti Nazim akan jatuh cinta pada aku. Bisik hati Julia teruja.

“kejap lagi sampailah tu... kenapa? Dah tak sabar ke nak bertunang dengan Nazim? ibu berkenan sungguh dengan anak mak cik Timah kamu tu. baik sungguh orangnya. Beruntung anak ibu dapat bakal suami macam tu.”

“abang Nazim pon beruntung dapat anak ibu ni... tak gitu?”

“mestilah sayang... anak ibu gadis cukup sempurna. Dah la cantik, lembut, sopan santun... mesti Nazim tak akan pandang perempuan lain dah. Percayalah cakap ibu ni.” luah Siah sambil membelai lembut kepala anak gadisnya. Julia tersenyum bahagia. Gembira mendengar kata-kata ibunya. Dia berharap kata-kata ibunya akan menjadi kenyataan. Nazim akan jatuh cinta padanya dan tidak akan memandang perempuan lain selain dia.

“nanti lepas bertunang, Jue kenal-kenallah dengan Nazim tu... ambil mood sebelum kahwin. Tapi ingat, jaga batas pergaualan korang berdua. Korang baru bertunang, bukannya suami isteri lagi.” Pesan Siah dengan nada yang tegas. Dia tidak mahu perkara yang tidak elok berlaku sepanjang tempoh pertunangan anaknya. Budak-budak muda zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat. Iman pon boleh kalah kalau ikut sangat nafsu tu.

“ibu... tahulah Julia pantang larang dalam perhubungan ni. ibu jangan risau yer.” Pujuk Julia dengan senyuman meleret. Makin tidak sabar rasanya untuk memiliki cinta Nazim yang sudah lama didambakan. Dia akan pastikan Nazim jatuh hati padanya. dia akan tundukkan keegoan Nazim yang terang-terangan mengaku tidak mencintainya. Dia mahu lihat, sampai bila Nazim mampu mempertahankan hatinya daripada tidak jatuh cinta padanya. senyuman sekali lagi terukir manis dibibir Julia. Penuh makna yang tersirat.


Fatimah menghampiri katil anak terunanya dengan perasaan risau. Dipegang dahi Nazim untuk membandingkan suhu badan antara mereka.

“panas sangat badan kamu ni... Zim rehat dekat rumah je la... tak payah pergi majlis pertunangan tu. biar mak dengan yang lain-lain je yang pergi.” Arah Fatimah yang duduk dibirai katil bujang anaknya. Nazim hanya mengangguk kepalanya dengan lemah. Bagus juga arahan emaknya, dia sendiri pon tiada hati untuk kemajilis pertunangannya yang direncanakan pada hari ini.

“dah makan ubat ke belum ni?” soal Fatimah lagi. Risau pula melihat anaknya yang tiba-tiba sahaja tidak sihat. Sedih sangat gamaknya dipaksa bertunang.

“dah...” pendek sahaja jawapan daripada Nazim. Dia tidak larat untuk berkata-kata memandangkan rasa perit yang teramat didalam tekaknya. Fatimah menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

“kalau macam tu mak pergi dululah... Zim rehat kat rumah baik-baik. Zim kena ingat, mulai hari ini Zim dah ada tunang. Lupakan gadis khayalan Zim buat selama-lamanya.” Pesan Fatimah perlahan. dipandang wajah sayu anaknya. Nazim memejamkan matanya tanpa membalas bicara emaknya. Tanpa pesanan itu pon dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan kini. Soffiya harus dikuburkan daripada hati dan perasaannya. Mulai hari ini, tiada lagi insan bernama Soffiya didalam kamus hidupnya. Dia perlu redha dengan ketentuan ini.


“ pang...” pinggan yang ditarik Soffiya terjatuh dari pegangannya. Wardah yang sedang mengacau minuman tersentak. Terus matanya memandang Soffiya yang sedang memegang kepalanya.

“Ya Allah Piya...” Jerit Wardah. Cepat-cepat dia memangku badan Soffiya yang hampir tersungkur menghempap bumi. Wajah pucat gadis itu dipandang dengan rasa risau.

“Piya... kenapa ni? kau tak sihat ke?” bertubi-tubi soalan muncul dari bibir mungil Wardah. Dipegang dahi Soffiya. Tidak panas! Tapi kenapa Soffiya macam ni?

“Wawa...” Seru Soffiya perlahan. ada beberapa titik air mata meluncur laju membelah pipinya. Wardah makin tidak mengerti dengan air mata yang membasahi pipi saudara tirinya ini.

“kenapa ni Piya... kau cedera ke?” tanya Wardah lagi. Ditilik kaki dan tangan Soffiya yang mungkin terkena serpihan kaca. Soffiya menggeleng lemah kepalanya. Tubir matanya masih lagi dipenuhi air hangat.

“aku tak sedap hatilah Wawa... aku rasa macam ada benda yang tak kena jer hari ni...” luah Soffiya satu persatu. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Bagaikan ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku tanpa pengetahuannya.

“tak ada apa-apa Piya... perasaan kau jer tu. dah bangun. Kau masuk berehat, biar aku kemaskan tempat ni.” arah Wardah lembut. Dia memimpin Soffiya berdiri memandangkan gadis itu seperti kehilangan tenaga. Entah apa yang berlaku sebenarnya Wardah tidak pasti.

“cikgu Nazim... aku rasa ada benda tak elok berlaku pada cikgu Nazim...” jelas Soffiya. Hatinya makin berdebar-debar, badannya terasa letih yang teramat sangat dan perasaannya cukup bercelaru. Dia yakin ada perkara yang tak diingini telah terjadi. Dia cukup pasti dengan gerak hatinya.

“Piya... sudah-sudahlah tu. Lupakan cikgu Nazim. Entah-entah dia sekarang tengah berbahagia dengan isteri dia. Kau je yang masih meracau nama dia. Sudahlah tu. aku rasa dah tiba masanya kau mulakan hidup baru. Buang nama cikgu Nazim sepenuhnya dari hati kau.. Aku tak sanggup tengok kau menderita macam ni. mak dan abah pon selalu risaukan kau. Bukan sehari kami tengok kau begini, dah lapan tahun Piya. Dari awal aku kenal kau sampai sekarang, kau masih lagi gilakan cikgu Nazim tu. Tolonglah jangan terus seksa diri kau hanya kerana seorang lelaki yang tak tepati janjinya pada kau.” Rayu Wardah. Selama ini dia masih boleh bertahan dengan kebodohan Soffiya, tapi kali ini dia tidak akan berdiam diri lagi. Soffiya perlu lepaskan Nazim untuk terus bahagia. Dia sedih tengok Soffiya hidup tak serupa seperti wanita-wanita lain.

“tapi Wawa...”

“Sudah Piya... kalau kau tak nak tengok aku marahkan kau baik kau jangan sebut lagi nama jantan tu depan aku. aku tak akan paksa kau terima mana-mana lelaki, tetapi cukuplah kau lupakan cikgu Nazim tu. itu pon dah cukup Piya.” Tinggi suara Wardah. Dia marah bukan dia benci, tetapi kerana sayangkan Soffiya yang tidak pandai hargai diri sendiri. Sampai bila Soffiya mahu hidup begini? Tak cukup lagi ke 8 tahun Soffiya membodohkan diri sendiri?

“dah sekarang kau masuk bilik, tidur, rehat sepenuhnya. Mulai esok, kau jangan sebut, jangan ingat, jangan mengigau pon nama cikgu Nazim tu. sekali lagi aku dengar kau sebut nama dia, memang aku takkan bercakap dengan kau sampai bila-bila. Kau ingat tu Piya.” Ugut Wardah dengan mata yang membulat. Soffiya hanya menganggukkan kepalanya. Mungkin benar kata Wardah, dia perlu lepaskan Nazim sepenuhnya. Mungkin dengan cara itu hidupnya akan lebih tenang dan tenteram selepas ini. Wardah membawa Soffiya kebilik mereka. Dibaringkan Soffiya diatas katil dan diselimuti gadis itu dengan kain gebar.

“terima kasih Wawa... sekurang-kurangnya aku tahu dalam dunia ni aku ada kau yang selalu sayang pada aku.” ucap Soffiya dengan perasaan sebak. Wardah yang mendengar bicara Soffiya mula mengalirkan air mata.

“mestilah aku sayang kau... kitakan adik beradik... bukan aku jer yang sayang kau, mak pon sayang kau, abah pon sama. Cuma kau je yang tak sayang diri sendiri.” Balas Wardah yang turut menangis. Terharu mendengar kata-kata Soffiya. Soffiya tersenyum dalam tangisan. Untuk keluarga yang tersayang, dia tahu cintanya untuk Nazim perlu dikorbankan. Dia tak nak keluarganya risaukan dia lagi. Dia tidak mahu jadi beban kepada mereka yang amat disayangi. Perlahan-lahan matanya dipejam... serentak itu segala memori kenangan silam lapan tahun yang lalu mula melayari ingatan.


Sunday, June 28, 2015

Sinopsis Cinta Ini Bukan Milik Kita...

Baru2 ni ada yang tanya cerita baru Eniey ni tak ada sinopsis ke? jawapannya, memang tak ada yang bertulis. tetapi dah ada dalam minda Eniey. jadi sementara Eniey tak ada perkara berfaedah nak dibuat, jadi Eniey akan sharelah Sinopsis Cinta Ini Bukan Milik Kita. harap pada yang berminat berpuas hati dengan jalan cerita suka2 Eniey ini.

Sinopsis Cinta Ini Bukan Milik Kita.

Soffiya seorang gadis yang nakal dan degil. Dia dibesarkan oleh ibunya setelah kematian bapanya. kisah silam yang berlaku dizaman kecilnya buat dia menjadi manusia keras hati yang tidak mudah mempercayai orang sekeliling. namun, pertemuannya dengan Nazim, guru muda disekolahnya mula buat Soffiya berubah. perlahan-lahan Soffiya mula berfikir positif tentang manusia disekelilingnya. perhubungan yang asalnya seorang guru dan pelajar bertukar menjadi kekasih.

 namun, kebahagiaan mereka tidak lama, kesilapan Soffiya yang lalu menuntut gadis itu untuk berkorban rasa cintanya terhadap Nazim dan Nazim demi masa depan si gadis dia perlu mengeraskan hati. mereka berpisah! namun sebelum berpisah mereka mengikat janji untuk sehidup semati dimasa hadapan. bertahun masa berlalu, kini Soffiya sudah dewasa. Nazim pula dengan hidupnya sendiri. Jodoh mereka masih lagi panjang, dan mereka dipertemukan sekali lagi. namun, waktu ini semuanya sudah berbeza. Soffiya dengan cintanya yang belum terurai tetapi Nazim kini sudah menjadi tunangan wanita lain. dapatkah cinta Nazim dan Soffiya bersatu? atau, mungkin cinta antara mereka hanya tinggal kenangan semata-mata?

Saturday, June 27, 2015

Semangat Mahu Kuruuss

Hai... Lama Eniey tak meroyan dekat blog sendiri. Kalo ade pon mesti post pasal novel syok sendiri Eniey tu jer. Alhamdulillah, hari ini dah hari ke 11 kita umat Islam berpuasa. Mungkin belum kelewatan untuk Eniey ucapkan selamat berpuasa kepada mana-mana pembaca yang mungkin menyinggah baca coretan ini. Apa yang Eniey nak bebelkan hari ini bukanlah tentang puasa tetapi tentang semangat untuk Eniey menguruskan badan yang ala2 dinosour ini. Alang2 sudah tiba bulan Ramadhan ini tidak salah kalau kita gunakan ia juga sebagai bulan untuk menguruskan badan.Jangan sampai tersalah niat sudahlah yer. Untuk menguruskan badan dinasour Eniey ini, beberapa langkah yang telah Eniey lakukan.

1. Amalkan minum air masak sebanyak mungkin.

Seperti tajuk diatas, Eniey memang sedang mengamalkan meminum air masak sebanyak mungkin sehari lagi-lagi memandangkan cuaca yang agak panas semenjak dua menjak ini. Air masak bukan sahaja mampu menyegarkan kulit yang kering tetapi juga membantu badan kita membuang toksin melalui sistem perkumuhan seperti berpeluh, kencing, berak dan sebagainya.

2. Minum jus buah- buahan setiap kali berbuka.

Ini yang Eniey paling seronok buat. Eniey sebenarnya jarang makan buah-buahan bukan sebab tak suka tetapi sebab rasa malas yang melampau-lampau menguasai diri. Namun, semenjak dua menjak ini, bersama sokongan adik Eniey yang turut mahu menguruskan badan kami bersama-sama bertanding meminum jus buah-buahan sebagai pengganti minuman manis yang lain. Kaedah untuk buat jus ni mudah jer. Apa yang eniey buat, blend 1 biji epal hijau, 1 biji kiwi, 1 biji tomato dan 1 biji lemon. Blend semua tu sekaligus dan tapiskan segala habuk2nya. Yang pasti jus ini mestilah tidak dicampur dengan sebarang gula. Jus yang sudah siap ditapis itu boleh diminum mahupun disejukkan dahulu didalam peti. Rasanya memang sedap! Habuk2 yang ditapis tu boleh juga diambil dan dijadikan masker pada kulit. ( Eniey tak buat yang ni sebab malas).

3. Jaga makan.

Dah nama pun nak kuruskan badan jadi seeloknya pantanglah bab-bab melantak ni. Eniey faham ianya sukar lagi2 dibulan puasa ini terlampau banyak makanan yang mengeliurkan terjual disana sini. Tapi, semangat tu penting. buat penat je Eniey minum air masak bergelen-gelen, blender jus berbotol-botol hujung2 melantak macam orang tak pernah jumpa makanan. Jadi, jagalah permakanan. Kurangkan makanan berkarbohidrat, berlemak, berminyak, manis, masin dan sebagainya. Ini semua utnuk kesihatan kita ke hari tua.

jadi inilah rancangan Eniey dalam menjayakan misi cantik dan ramping dipagi raya. Harap2 kalau tak boleh turunkan 5 kg berat badan, 10 kg pon jadilah. Apa yang penting istiqamah.

Cinta ini Bukan Milik Kita Bab 6


Bab 6

Soffiya bergerak pantas untuk mendapatkan teksi. Hanya kerana bebelan dari Wardah menyebabkan dia terpaksa menyusahkan diri bertemu Johan. Kalau tak kerana Wardah, pasti Johan tidak akan ditemuinya. Dia tidak berminat untuk membuang masa dan duit untuk perkara yang tidak berfaedah. Untuk masa sekarang, Soffiya hanya fikirkan masa depannya sahaja. Dia mahu mencari kerja sekali gus hidup berdikari tanpa bantuan kedua ibubapanya lagi. Langkah lebar yang diatur Soffiya menjadi sumbang apabila seorang lelaki berkacamata hitam melanggarnya dari arah bertentangan. Tertiarap Soffiya dek perlanggaran yang agak kuat itu, begitu juga lelaki tersebut. Masing-masing tersungkur hingga menarik beberapa mata memandang tragedi yang agak memalukan itu.

“Aduh...” teriak Soffiya agak kuat. Tangannya menggosok siku yang mungkin terluka setelah bergesel dengan jalan laluan bagi penjalan kaki. Dijeling lelaki yang turut rebah disebelahnya dengan perasaan marah. Soffiya bingkas bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya.

“jalan tu pakai mata bukan pakai telefon...” rungut Soffiya geram pada jejaka yang melanggarnya. Lelaki itu cepat-cepat bingkas berdiri. Membetulkan spek mata hitamnya dan mengemaskan telefon pada telinganya.

“sorry miss...” minta pemuda itu tanpa memandang wajah merah padam Soffiya. Tanpa menanti jawapan daripada Soffiya, jejaka itu meneruskan perjalanannya yang terhenti. Soffiya merengus geram. Tak reti berbudi bahasa langsung! Dah langgar orang boleh blah macam tu jer... minta maaf pon ala kadar saja. Soffiya meneruskan beberapa langkah ke hadapan namun langkah kaki yang diatur itu terhenti semula. Dia berdiri lama dikaki lima itu sebelum berkalih kembali ke belakang. Entah mengapa ada rasa debar mendetak kuat didalam dadanya.

“siapa lelaki tu... macam pernah tengok jer. Apesal aku berdebar semacam je lepas jumpa dia ni?” bisik hati Soffiya. Bayang lelaki yang melanggarnya hilang entah kemana. Soffiya mengeluh kecil. Perasaan tak enak bertali arus didalam jiwa.

“perasaan aku jer kot.” Pujuk hati Soffiya untuk menghilangkan rasa debar yang cukup misteri. Langkah diatur kembali untuk mendapatkan teksi. Namun sekali lagi langkah Soffiya terhenti. Dipandang aneh pada dirinya sendiri.

“apasal tudung aku selekeh sangat ni? Mana pulak jatuhnya kerongsang aku tu...” bebel Soffiya didalam hati. Matanya meliar mencari kerongsang bermata biru disekitar kawasannya berdiri. Mungkin kerongsang itu tercicir semasa dia jatuh tertiarap setelah dilanggar lelaki itu tadi. Setelah hampir beberapa minit misi pencariannya tidak menemui kejayaan, akhirnya Soffiya mengalah. Dia menapak ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi seterusnya pulang kerumah.


Nazim menanda satu persatu kertas tugasan yang dihantar oleh pelajarnya. Matanya semakin lesu kerana keletihan mengadap simbol-simbol dan nombor matematik yang beraneka didalam kertas jawapan pelajar. Nazim bingkas berdiri daripada kerusi empuk untuk meregangkan otot-otot bahu demi menghilangkan rasa kantuk dan penat setelah hampir beberapa jam menilik tugasan-tugasan yang masih menimbun. Dia duduk semula setelah badannya kembali selesa.

“tok...tok...tok...” pintu bilik Nazim diketuk 3 kali dari luar.

“masuk...” seru Nazim dari dalam. Pen merah yang digunakan untuk menanda kertas tugasan diletakkan diatas meja. Wajahnya yang menunduk diangkat untuk membalas pandangan tetamu yang datang kebiliknya.

“Assalamualaikum En Nazim... sibuk ke?” soal Jannah dengan senyuman manis. Ditangan gadis itu terdapat beberapa dokumen yang tidak diketahui Nazim.

“waalaikummusalah... ye Jannah. Ada apa awak nak jumpa saya?” balas Nazim pula. Jannah yang asalnya hanya berdiri didepan pintu mara kearah meja pensyarahnya. Dia duduk dihadapan Nazim tanpa disuruh.

“macam ni En Nazim... saya nak minta tolong En Nazim isi soal selidik ni boleh?” minta Jannah lembut. Dihulurkan dokumen yang mengandungi borang soal selidik kepada Nazim. Nazim mencapai dokumen itu sambil menilik satu persatu. Dibaca satu persatu soalan yang melibatkan kerjaya seorang pensyarah.

“untuk apa dokumen ni?” soal Nazim berbasa-basi. Matanya masih lagi tepat pada borang soal selidik yang diberikan oleh pelajarnya itu. Meski pun ada rasa malas untuk mengisi borang berkenaan, namun Nazim gagahkan juga hatinya. Siapa lagi mahu membantu para pelajarnya kalau bukan pensyarah mereka sendiri.

“untuk tugasan kelas Pn. Syarifah. Dia minta kaji beberapa jenis kerjaya di Malaysia.” Jelas Jannah satu persatu. Nazim mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Setelah semua soalan dibaca dan difahami, Nazim mula menggagau kocek baju kemejanya untuk mendapatkan pen hitam yang sentiasa terselit disitu.

“auu...” Jerit Nazim terkejut. Berderau hatinya tatkala melihat terdapat titisan darah merah pada hujung jari telunjuknya.

“kenapa En Nazim?” Jannah turut tersentak. Pelik mendengar jeritan pensyarah matematiknya yang tiba-tiba. Nazim hanya diam tanpa membalas kata-kata Jannah. Dimasukkan sekali lagi tangannya kedalam poket kemeja untuk mencapai alatan tajam yang tersemat bersama-sama pen hitam lalu dikeluarkannya. Dahi Nazim berkerut seribu dengan apa yang dipegangnya kini.

“siapa punya kerongsang pulak ni? Macam mana boleh ada dalam poket baju aku?” desis Nazim didalam hati. Kerongsang bermata biru yang dipegang diletakkan diatas meja kerjanya dengan rasa pelik. Tanpa buang masa, Nazim meneruskan kerjanya yang tertangguh tanpa mengambil pusing dengan kehadiran kerongsang misteri itu. Dijawab semua soalan yang diutarakan dengan jujur agar dapat memberi manfaat kepada pelajar dihadapannya saat ini. Setelah hampir 15 minit berlalu, Nazim mengembalikan semula borang soal selidik itu kepada Jannah.

“nah... semoga tugasan awak berjalan lancar.” Ucap Nazim dengan senyuman nipis. Dokumen yang dijawab itu dikembalikan semula kepada Jannah.

“terima kasih En. Saya keluar dulu yer.” Mohon Jannah yang turut membalas senyuman Nazim. Nazim hanya menggerakkan kepalanya, membenarkan Jannah meninggalkan dirinya. Setelah gadis itu keluar, Nazim meneruskan kerja-kerja yang masih lagi belum selesai.


Setelah Jannah keluar daripada biliknya, Nazim mencapai kembali kerongsang bermata biru yang diletakkan diatas meja. Berfikir sejenak tentang kehadiran kerongsang misteri.

“kerongsang siapa pulak ni? Mak punya ke? Tapi macam mana boleh ada dalam poket baju aku?” bertali arus soalan menerpa ke benak Nazim. Ditilik kerongsang itu dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba dia teringatkan kejadiaan tengahari tadi semasa dia dalam perjalanan pulang selepas melihat pelajar praktikalnya.

“ini mesti kepunyaan perempuan yang aku langgar tadi tu. Aduyai... kesian pulak kat minah tu. Dah la kena langgar, kerongsang hilang pulak tu.” Desis Nazim didalam hati. Terasa bersalah pula mengingatkan kejadian itu, sudahlah dia tidak meminta maaf dengan elok. Pasti berbakul sumpahan diterima dari wanita itu. Nazim mengeluh kecil, kerongsang yang dipegang diletakkan semula diatas meja kerjanya. Malas memberatkan kepala dengan perkara remah temeh. Kalendar yang terpampang elok diatas mejanya ditarik dan diperhatikan. Nazim mengeluh lagi.

“tinggal 3 hari sahaja lagi...” bisik Nazim pada dirinya sendiri. Sebenarnya dia sudah mengalah dalam misi pencarian Soffiya. Dia sudah tidak tahu bagaimana untuk menjejaki gadis itu. Sudah pelbagai tempat yang dia singgah hanya kerana untuk mencari Soffiya. Dia sanggup ke Taiping hanya untuk mendengar khabar Soffiya dari teman-teman lamanya. Dia sudah ke seluruh pusat beli-belah di Kuantan dengan harapan akan terserempak dengan Soffiya. Dan kini dia tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjumpai jejak Soffiya. Otaknya sudah buntu, mungkin sudah tiba masanya dia betul-betul mengalah. Nazim meletakkan kepalanya pada kepala kerusi. Penat otaknya mengadap kerja yang menimbun begitu juga penat hatinya memikirkan tentang Soffiya.

“Soffiya... awak kat mana sebenarnya?” seru Nazim dengan mata yang terpejam. Terlayar wajah Soffiya dalam ingatannya. Gadis itu dengan mata yang bundar, mulutnya mungil, hidungnya kecil comel sahaja, bentuk muka yang agak bulat dan rambut si gadis yang lurus dan diwarnakan dengan pewarna merah seolah-olah sedang melambai kearahnya... menjerit dan memanggilnya dengan manja. Adakah Soffiya masih seperti dulu? Degil, nakal dan kuat memberontak? Atau gadis itu sudah berubah?

“Ya Allah... tolong temukan aku dengan dia ya Allah... cukuplah sekali, cukuplah seminit asalkan aku tahu dia bahagia dengan hidupnya. Aku tak akan minta lebih daripada itu. Tolonglah hambaMu ini Ya Allah... sampaikan salam sayangku ini padanya... agar dia tahu,dia sentiasa disayangi.” Mohon Nazim dengan matanya masih tertutup. Ada air hangat mengalir dicelah-celah tubir matanya. Sungguh sukar rasanya untuk melepaskan Soffiya pergi dari ingatan buat selama-lamanya. Namun siapa dia untuk melawan? Dia perlu redha jika ini ketentuan untuk dia dan Soffiya.


Soffiya dan Wardah bergerak menuju satu persatu lot kedai yang terdapat didalam Kompleks beli belah. Diintai setiap barang yang dijual disitu.

“kau nak cari apa sebenarnya?” soal Wardah. Dia turut meliarkan matanya, mungkin ada barang yang boleh disambar dan dibeli sebentar lagi.

“ nak cari beg tangan...” balas Soffiya mudah. Dia menilik satu persatu beg tangan yang tersusun elok diatas rak. Ada pelbagai warna dan bentuk yang menarik membuatnya menjadi rambang mata.

“ooo... nak bersedia untuk masuk kerjalah ni. Dah pasti dapat ke jawatan tutor tu?”

“belum lagi... tapi, insyaallah dapat kot. Kau doa-doakanlah aku dapat yer.” Minta Soffiya dengan senyuman meleret. Wardah turut tersengih. Terangguk-angguk kepalanya yang diselaputi tudung bawal.

“aku selalu doakan kau yang terbaik Piya... temujanji kau dengan Johan macam mana? Aku tengok dia bad mood je lepas keluar dengan kau...” tanya Wardah. Tangannya turut sibuk menilik beberapa beg tangan yang berjaya menarik minatnya. Dalam diam dia memasang angan-angan untuk membeli beg tangan itu.

“ aku tolak dia tadi...”

“tolak? Tolak apa?” soal Wardah kurang mengerti. Tangannya yang sibuk bermain-main pada beg tangan bewarna krim itu terhenti. Matanya jatuh pada wajah Soffiya yang kelihatan tenang.

“aku tolak perasaan dia la... aku suruh dia berhenti mengharapkan cinta aku. Tak payah nak ajak aku keluar, tak payah bagi aku hadiah, tak payah buat apa-apa untuk aku sebab aku tak akan cintakan dia.” Tutur Soffiya jujur. Wardah tersentak, tidak sangka Soffiya boleh menolak Johan tanpa memikirkan langsung perasaan jejaka itu padanya.

“kau cakap macam tu pada dia?” Wardah seakan tidak percaya dengan penerangan Soffiya. Soffiya menganggukkan kepalanya. Mengiakan persoalan Wardah.

“ya Allah Piya... teruknya kau ni. Kenapa kau cakap macam tu. Kau tak kesian ke dekat dia tu? Punyalah dia berusaha nak mengorat kau. Dia buang perasaan malunya semata-mata untuk jumpa kau tapi alih-alih kau tolak macam tu je perasaan dia? Kejamlah kau ni. Tak boleh ke kau fikir sikit perasaan dia untuk kau?” Marah Wardah berapi-api. Kurang senang dengan sikap Soffiya yang mementingkan diri sendiri. Johan sudah menaruh hati buat Soffiya semenjak zaman persekolahan mereka lagi malah perasaan itu tidak pernah terpadam sehingga kini. Tidak bolehkah Soffiya menghargai perasaan jejaka itu setelah sekian lama memendam rasa untuknya?

“baiklah aku buat perangai kejam macam ni Wawa daripada aku bagi harapan palsu pada dia. Kurang-kurang dia tidak berharap dengan aku. Kalau aku melayan macam aku permainkan hati dia pulak. Tak naklah aku buat macam tu. Lagi pon, dari dulu sampai sekarang memang hati aku tak pernah terbuka untuk dia.”

“macam mana nak terbuka kalau kau asyik dengan cinta lama kau tu... sudah-sudah la tu Piya... tolonglah buka hati kau untuk terima cinta baru. Sampai bila kau nak hidup dengan kenangan silam?” bebel Wardah untuk entah ke berapa kali. Tak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk menyedarkan Soffiya daripada angan-angan mat jeninnya itu.

“biarlah masa je yang tentukan semua tu Wawa...”

“ masa? Tak cukup ke kau bazirkan masa 8 tahun kau tu Piya? Johan tu cukup baik pada mata aku. Rupa bukannya buruk pon, perangai baik, solat tak tinggal, kerja el...”

“ sebab tu kau jatuh cinta pada diakan Wawa...” pintas Soffiya dengan senyuman mengusik. Sengaja memerangkap Wardah dengan kata-katanya sendiri. Wardah terdiam. Kelu lidahnya dengan usikan temannya yang tepat terkena batang hidung.

“daripada kau nasihatkan aku terima si Johan tu, baiklah kau usahakan buat Johan jatuh hati pada kau. Ada eloknya juga. Dah la, kita datang sini bukan nak cakap pasal Johan atau pun cikgu Nazim... kita datang sebab nak Shopping.” Sambung Soffiya menutup perbualan antaranya dan Wardah. Wardah diam tidak berkutik. Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata-kata akhir Soffiya itu tadi.

“Jom kita pusing dulu satu mall ni, lepas tu baru beli barang.” Ajak Soffiya. Dia menarik kuat lengan Wardah yang hampir terpisah dengannya dek asakan daripada orang ramai. Namun, langkahnya menjadi sumbang apabila seorang wanita yang berbadan gempal tertolak badannya dari belakang sehingga menyebabkan dia terdorong ke hadapan. Secara tidak sengaja Soffiya hampir terjatuh dikhalayak ramai namun badannya yang kecil itu sempat disambut seseorang. Tertanggal spek mata yang tersarung pada mata Soffiya.

“terima kasih...” minta Soffiya tanpa memandang wajah jejaka yang menyambutnya daripada terjatuh bak nangka busuk. Soffiya menggagau lantai untuk mendapatkan spek matanya yang tercabut. Kabur rasanya dunia tanpa bantuan cermin mata.

“sama-sama...” balas jejaka itu sambil bingkas berdiri dan kemudiannya beredar meninggalkan Soffiya dan Wardah. Soffiya menyarung semula spek mata sambil melihat belakang tubuh penyelamatnya yang sudah jauh meninggalkannya. Ada rasa debar meniti sekeping hatinya. Perasaan ini saling tak tumpah seperti kejadian tengahari tadi. Kenapa yer?

“amboi... kau nak tengok lelaki tu sampai bila? Tahulah mamat tu hensem.” Wardah tidak lepas peluang untuk menyakat Soffiya yang masih lagi merenung bayangan jejaka yang telah menyelamatnya sebentar tadi.

“hensem ke mamat tu tadi? Tak perasan pulak aku...” soal Soffiya ingin tahu. Dia dan Wardah meneruskan perjalanan yang terbantut.

“hensem la pada mata aku ni... yang kau muka merah semacam kenapa? Dah jatuh cinta ke? Aku ingatkan kau tak akan pandang lelaki lain selain cikgu Nazim kau tu. Boleh tahan merenyam jugak perangai kau ni.” Sela Wardah selamba. Soffiya diam tanpa membalas kata-kata Wardah. Tangan diletakkan pada dadanya untuk seketika. Masih kuat degupan jantungnya sehingga membuatkan wajahnya menjadi hangat. Tapi kenapa? Siapa lelaki itu? Soffiya menghentikan langkahnya. Dia kembali memusingkan badannya kebelakang. Mahu melihat bayangan si jejaka yang telah hilang untuk kali terakhir.


Nazim yang sudah mara beberapa tapak meninggalkan bangunan pusat membeli belah menghentikan langkahnya. Ada rasa lain macam setelah mendengar suara lunak si gadis yang dibantunya itu tadi. Suara itu cukup familiar pada cuping telinganya.

“terima kasih...” suara si gadis yang cukup lembut itu bermain sekali lagi dimindanya. Terasa dejavu dengan bisikan mesra wanita itu. Hati Nazim tiba-tiba sahaja berkocak hebat. Perasaannya menjadi aneh untuk seketika.

“suara awek ni macam minah yang aku langgar tengahari tadi tu jer... orang yang sama ke?” desis Nazim didalam hati. Badannya yang tegak didepan bangunan pusat beli belah itu dikalih ke belakang. Memandang ke pintu utama pusat beli belah itu seolah-olah wanita yang dibantunya itu masih ada disitu. Lama dia merenung pintu utama itu dengan perasaan yang tidak dapat ditafsirkan.

“rugi pulak tak pandang muka perempuan tu... entah-entah Soffiya tak?” tembak Nazim rambang. Seingatnya suara gadis itu mirip sungguh dengan suara Soffiya. Patutlah dia terasa dejavu semacam jer.


“ish tak logik pulak rasanya. Soffiya tak pakai cermin mata... minah tu bercermin mata. Orang lain kot.” Nazim menolak telahan yang dibuat. Tanpa membuang masa, dia bergegas mendapatkan kereta yang diparkir berhampiran pusat beli belah. Dia mahu pulang dan berehat setelah seharian sibuk dengan urusan kerja.


p/s: TOLONG KLIK SINI. TERIMA KASIH

Friday, June 26, 2015

Cinta Ini Bukan Milik Kita Bab 5




Bab 5

“Cikgu...” Panggil Soffiya sambil berlari menghampiri Nazim yang sedang duduk dibangku kerusi mengadap tasik.Nazim berkalih pandang, tersenyum kecil kearah Soffiya yang membawa dua kon ais krim.

“ nah ini untuk cikgu...” tutur Soffiya sambil menyerahkan satu kon ais krim kepada Nazim namun belum lagi sempat Nazim mencapai kon tersebut Soffiya cepat-cepat melarikan tangannya. Sengaja mempermainkan Nazim.

“ooo.. main-main yer. Siap awak...” ugut Nazim sambil mendekatkan dirinya kepada Soffiya demi mencapai ais krim yang masih dalam genggaman gadis itu. Namun langkahnya agak sumbang apabila dia tergelincir lalu terjatuh menghempap Soffiya. Nazim dan Soffiya terpinga-pinga apabila mata mereka bertemu antara satu lain. Baru tersedar wajah mereka terlalu hampir. Cepat-cepat Nazim bingkas dan duduk dengan elok dibangku seperti sebelumnya. Wajahnya dan Soffiya sudah memerah dengan adegan yang tidak terduga itu. Masing-masing menguncikan mulut untuk beberapa detik.

“nah cikgu ais krim... cair dah.” Bisik Soffiya cuba mengusir rasa segan yang menerpa. Dia mengerling wajah Nazim yang tenang disebelahnya.

“terima kasih... maaf pasal tadi tu. Saya tak ada niat pon nak buat macam tu.” Minta Nazim serba-salah. Buatnya Soffiya fikir dia cuba mengambil kesempatan tak ke naya. Soffiya ketawa kecil, cuba menghilangkan rasa serba-salah yang menapak dihati buah hatinya.

“ye ke cikgu tak ada niat? Entah-entah cikgu sengaja buat-buat jatuh atas saya...” Usik Soffiya dengan senyuman nakal. Rambutnya yang lurus separas pinggang itu ditolak kebelakang.

“ banyaklah saya punya sengaja... entah-entah awak yang sengaja main-main tarik ais krim tadi. Nak suruh saya jatuh macam tu la kan.” Usik Nazim pula. Hilang rasa segannya dengan sikap Soffiya yang selamba. Dijilat ais krim pemberian Soffiya kepadanya dengan rasa nikmat. Suasana berangin petang itu membuatkan rasa sejuk ais krim bertambah lazat. Soffiya hanya ketawa kecil dengan usikan kekasih hatinya itu.

“ jom cikgu kita jalan-jalan pusing taman ni... bosanlah asyik duduk jer.” Aju Soffiya. Badannya bingkas berdiri sambil mulutnya rakus menjilat ais krim yang dibeli daripada peniaga ais krim. Nazim dan Soffiya kemudian berjalan seiringan sekitar tasik itu sambil berbual mesra.

“cikgu...” panggil Soffiya manja. Nazim mengerling kearah Soffiya. Dikerdipkan matanya meminta gadis itu menyambung bicara.

“kalau dalam kelas, boleh tak cikgu jangan pandang sangat muka saya... malulah. Nanti semua budak kelas tahu kita bercinta kalau cikgu selalu sangat renung muka saya.” Minta Soffiya. Dia merenung lama wajah Nazim yang tersengih lebar.

“Piya... awak salah faham sebenarnya ni. Kalau dalam kelas saya layan awak sama sahaja macam pelajar lain. Jadi awak tak perlulah nak malu-malu. Anggaplah saya ni cikgu awak ketika dalam kelas bukannya kekasih. Kita hanya bercinta dekat luar sekolah. Di sekolah kita adalah guru dan pelajar. Tak lebih daripada itu.” Jelas Nazim lembut. Namun semua itu hanya mampu bermain dibibirnya sahaja. Padahal, dia sendiri pon tidak mampu mengawal hatinya ketika bersama Soffiya di sekolah. Dia tidak mampu memandang Soffiya sebagai pelajarnya meski pon didalam kelas.

“ tipulah cikgu... Cikgu ingat saya tak perasan ke pandangan cikgu terhadap saya. Cikgu suka curi-curi pandang dekat saya masa dalam kelas. Saya sedarlah semua tu.”

“awak je yang perasan tu... entah-entah awak yang suka curi pandang saya masa dalam kelas. Betul tak?” sakat Nazim dengan senyuman nakal. Soffiya termalu sendiri. Memang itu yang dibuat ketika didalam kelas. Malah tak dinafikan dia kini makin bersemangat untuk ke sekolah hanya untuk melepaskan rindu kepada Nazim. Tidak lebih daripada itu.

“haa muka merah tu tandanya betullah tu...” sambung Nazim lagi. Dia ketawa kecil melihat raut wajah segan Soffiya.

“mana ada...” hanya itu kata-kata yang mampu Soffiya luahkan untuk menolak tuduhan tepat Nazim padanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menangkis kata-kata Nazim yang sememangnya betul. Nazim tersenyum lagi.

“saya memang suka pandang awak dalam kelas...” akur Nazim perlahan. Soffiya tersentak dengan pengakuan Nazim tiba-tiba. Bebola matanya singgah pada wajah tenang Nazim.

“haa kan saya dah kata. Cikgu yang suka pandang saya semasa dalam kelas. Sekarang nak tuduh saya pulak curi-curi pandang cikgu.” Balas Soffiya gembira. Mengaku juga Nazim dengan tingkah lakunya itu.

“saya pandang awak bukan kerana awak kekasih saya... tapi saya pandang awak sebab awak suka buat perangai dalam kelas. Bagi kerja sekolah tak buat, buku teks tak pernah  bawak, suruh pergi jawab soalan dekat depan tak nak, dah tu macam mana saya tak pandang awak. Dah selalu kena denda pon masih tak berubah perangai. Degil sungguh.” Bebel Nazim kemudiannya. Soffiya termalu sekali lagi. Nazim guru matematik a.k.a kekasih hatinya sudah mula bersyarah tentang sikapnya yang pemalas. Soffiya diam sejenak. Mencari-cari alasan untuk membalas kata-kata Nazim padanya.

“saya bukan tak nak buat kerja sekolah cikgu. Tapi...”

“ tapi apa?”

“saya tak pandai la... kalau saya pandai mesti saya dah buat kerja sekolah yang cikgu beri.”

“alasan awak jer tu. Kalau tak pandai boleh belajar...”

“siapa nak ajar saya cikgu? Cikgu-cikgu lain semua tak suka saya... budak-budak pandai dalam kelas tu pon tak nak kawan dengan saya. Dah tu saya nak belajar dengan siapa?” adu Soffiya dengan nada yang kecewa. Sememangnya dia hanya sendiri di sekolah. Kawan-kawan yang ada pon hanyalah kawan-kawan untuk masa suka. Waktu sedih, tiadalah kawan-kawan itu semua.

“ ambil tuisyen la...” cadang Nazim. Pada amatan Nazim sebagai guru Soffiya, gadis ini bukanlah tidak pandai tetapi lebih kepada malas dan tidak berminat untuk menuntut ilmu.mungkin kerana dia tiada hala tuju untuk hidup.

“banyak duit saya nak bertuisyen bagai...” bantah Soffiya tidak setuju. Nak makan pon kais pagi makan pagi kais petang makan petang inikan pula dia nak bertuisyen. Manalah dia nak cari duit untuk semua itu.

“awak buat tuisyen dengan saya... nak? Tapi subjek matematik je la... subjek lain saya boleh bantu sikit-sikit je. Nak mengajar lebih-lebih saya pun bukan tahu sangat.”

“walaupun cikgu kekasih saya, tapi saya tak sampai hati pula nak susahkan cikgu macam ni. Mesti cikgu penat nak bagi tuisyen percuma dekat saya.. dah la saya ni pelajar yang lembab a.k.a tak pandai.” Tolak Soffiya segan. Cukuplah Nazim ada disisinya, untuk menyusahkan Nazim lebih-lebih tak sanggup pula rasanya.

“siapa cakap percuma?” Nazim tersengih miang. Dipandang Soffiya atas bawah dengan lirikan menggoda. Soffiya kaget seketika. Air liur terasa tersekat dikerongkong. Tidak mengerti dengan pandangan gatal kekasihnya. Cepat-cepat tangan diangkat dan disilangkan pada dada.

“cikgu fikir apa ni?” marah Soffiya geram. Nazim ketawa besar. Kelakar melihat reaksi berang Soffiya. Apa Soffiya fikir dia jenis lelaki yang macam tu ke?

“awak tu yang fikir apa? Otak kuning...” Usik Nazim dengan ketawa yang masih bersisa. Soffiya menurunkan kembali tangan yang bersilang pada dadanya. Mengeluh lega apabila sedar Nazim sekadar mengusiknya.

“dah tu saya mana ada duit nak bayar kat cikgu...” balas Soffiya. Kembali kepada topik utama mereka.

“saya tak perlukan wang ringgit daripada awak Piya... cukuplah awak bayar dengan cinta dan kasih sayang awak pada saya. Cukuplah awak sentiasa ada dan setia bersama-sama saya. Pada saya, cinta antara kita bukan main-main. Saya serius sayangkan awak dan bila tiba masanya nanti saya nak sunting awak untuk jadi permaisuri hati saya. Ini janji saya pada awak.” Tutur Nazim penuh kelembutan. Soffiya terdiam dengan keasyikkan bicara romantis kekasihnya. Ada air mata mula bergenang memenuhi kelopak matanya. Cukup terkesan dengan kata-kata daripada Nazim.

“cikgu tak jadi cikgu tuisyen saya pon saya akan buat semua itu cikgu... saya ikhlas sayangkan cikgu.” Bisik Soffiya perlahan. Matanya merenung tepat anak mata Nazim yang tajam merenung kearahnya. Nazim tersenyum kecil, gembira dengan luahan daripada Soffiya dan dia yakin Soffiya tidak menipu semua itu. Dia boleh lihat rasa cinta yang tidak berbelah bagi terpancar dari sinar mata Soffiya untuknya.

“Astarfirullahalzim...” Nazim beristighfar perlahan. Baru tersedar dari khayalan masa lalunya. Perlahan-lahan pipinya yang terasa basah disapu lembut. Air mata cinta buat Soffiya luruh lagi. Masa yang diberi oleh ibunya hanya tinggal lagi seminggu. Selepas itu, sekiranya dia tidak berjaya bertemu dengan Soffiya dia perlu melupakan hasrat untuk bersama gadis itu buat selama-lamanya.


Johan mundar- mandir didepan Wardah yang tekun mengadap laptopnya. Dia tahu Wardah sibuk dan dia juga sibuk tetapi dia amat memerlukan bantuan daripada kawannya itu.

“Wawa... tolonglah aku.” Minta Johan sekali lagi. Langkahnya yang lincah dihadapan Wardah kini terhenti. Kini dia mula melabuhkan diri dihadapan gadis itu. Wardah angkat muka, tayang muka sepuluh sen kepada temannya itu.

“tak nak la... cubalah kau tu jadi berani sikit. Jangan nak pengecut sangat. Asyik-asyik suruh aku cakap dekat Piya. Cakap sendirilah, tak boleh ke?” bebel Wardah geram. Sakit hati sungguh dengan sikap malu-malu kucing Johan yang tidak habis-habis menyusahkannya. Nak mengorat Soffiya sibuk menggunakan dia sebagai alasan.

“kalau boleh memang aku dah tak minta tolong kau... tolonglah aku Wawa. Nanti apa alasan aku nak ajak dia keluar makan?” pujuk Johan lagi. Dia merenung wajah Wardah penuh berharap. Mengharapkan gadis bertudung itu simpati padanya lalu membantunya.

“alasan apa pulaknya... nak ajak keluar makan tak perlu alasanlah brader. Kau ajak je dia, kalau dia terima alhamdullilah, kalau dia tolak kau cuba lagi. Apa masalahnya? Takkan perkara kecil macam tu pon nak suruh aku ajar?” makin meninggi suara Wardah. Sakit hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak tahukah Johan yang dia pon ada hati padanya? Tidak terfikirkah Johan perasaannya semasa jejaka itu meminta bantuannya? Ish, makin geram pula bila difikirkan sikap Johan yang terlalu lembab.

“ala kau ni Wawa, aku mintak tolong sikit pon dah nak marah-marah. Beginilah kawankan. Tak pe la aku usaha sendiri. Iyerlah siapalah akukan nak minta tolong kau. Lagi pon bukan perkara besar pon kan hal ni.” Rajuk Johan. Badannya tadi enak melepak dikerusi empuk dihadapan Wardah mula tegak berdiri. Berura-ura untuk meninggalkan gadis itu. Wardah merengus kasar. Mengada-ngada sungguh Johan. Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh jatuh hati pada lelaki lembik seperti Johan.

“kau ni sebenarnya lelaki ke perempuan? Dah la pemalu, kuat merajuk pulak tu!” bentak Wardah sambil bingkas mendapatkan Johan yang mahu meninggalkannya. Dihadang pergerakkan jejaka itu. Johan yang menundukkan wajahnya mengangkat wajah monyoknya lalu dipandang wajah Wardah yang kelihatan sedang menahan rasa sabar. Dalam diam hatinya tersenyum kecil. Dia tahu Wardah pasti sudi membantunya kerana sikap gadis itu yang mudah bersimpati.

“iye la aku tahu siapa aku... insan serba kekurangan... tak ada kelebihan pon untuk buat gadis-gadis jatuh cinta. Aku sedar siapa aku. Dah la Wawa. Aku nak pergi sambung kerja aku.” Balas Johan. Wardah mengeluh perlahan. Kalau bab-bab buat drama air mata memang boleh serahkan kepada Johan. Mamat ini memang pakar bahagian ini.

“aku boleh tolong kau tapi dengan satu syarat...” akhirnya Wardah bersetuju untuk membantu. Johan yang sudah mara beberapa tapak terhenti langkahnya. Tersengih meleret mendengar persetujuan Wardah.

“kau pergi makan berdua je dengan dia. Tak payah ajak aku.” Minta Wardah.

“tapi...”

“kau nak tak nak? Kalau tak nak tak apalah...” potong Wardah bersama ugutan. Dia sudah penat membantu Johan yang terlalu pemalu. Sudah tiba masanya dia lepaskan Johan menjadi insan yang lebih berdikari. Menunjukkan dirinya yang sebenar didepan Soffiya.

“okey... thank Wawa... nanti aku belanja kau makan yer.”Johan akhirnya mengalah. Sudah cukup baik Wardah mahu melayan permintaannya yang entah apa-apa. Wardah sekadar tersenyum dengan janji Johan. Namun dalam diam ada rasa perit membelah sekeping hatinya. Entah sampai bila dia mahu terus begini... dia sedar dia tidak layak mengutuk sikap pengecut Johan kerana dia pon sama seperti lelaki itu. Penakut dalam mengutarakan rasa cinta.


Soffiya menghempaskan punggungnya diatas bangku kedai makan yang terletak ditepi jalan. Wajah malu-malu kucing Johan dipandang tanpa perasaan. Kerana tidak mahu melukakan hati Johan, dia terpaksa menerima pelawaan jejaka itu untuk keluar makan tengahari bersamanya. Lagi pon, pelbagai ugutan yang diterima daripada Wardah dengan harapan dia menerima ajakkan Johan untuk menjamu selera bersama.

“ nah untuk awak... terima kasih sebab sudi keluar makan tengahari dengan saya.” Ucap Johan lembut. Perasaan gugup yang berlagu didalam dadanya cuba dibuang jauh-jauh. Bunga mawar yang baru sahaja dibeli daripada kedai bunga dihulurkan kepada Soffiya. Soffiya menyambut huluran bunga itu dengan senyuman nipis. Tidak pasti apa perasaannya setelah mendapat bunga daripada Johan namun yang pasti rasa gembira langsung tidak berputik didalam jiwanya.

“terima kasih... susah-susah jer hadiahkan saya bunga ni.” Soffiya berbasa-basi. Bunga yang diperoleh daripada Johan diletakkan disebelah tanpa menciumnya. Johan agak terkilan melihat reaksi Soffiya. Gadis itu langsung tidak teruja dengan pemberian ikhlasnya.

“awak dah pesan belum makanan?” tanya Soffiya setelah suasana antara dia dan Johan sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.

“dah... awak makan je kan nasi ayam?”

“yup... saya okey je apa-apa makanan... tolak batu dan kayu jer.” Jelas Soffiya mudah. Johan tersenyum lega. Risau juga sekiranya makanan yang dipesan tidak kena dengan selera Soffiya. Punahlah temujanji pertama antara mereka.

“awak sekarang buat apa? Dah dapat cari kerja?” soal Johan. Matanya merenung sekejap wajah Soffiya. Namun semua itu hanya untuk seketika kerana dia segan untuk merenung wajah Soffiya lebih lama. Jantungnya akan kembali berdetak kencang sekiranya matanya bertemu dengan bebola mata Soffiya.

“tengah cari kerja.” Balas Soffiya ringkas. Johan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.  Suasana kembali sepi. Tiada topik perbualan yang menarik untuk dijadikan modal untuk mereka berbicara.

“Johan...” seru Soffiya perlahan. Sebenarnya persetujuannya untuk makan tengahari bersama jejaka ini ada niat tersembunyi. Dia mahu Johan berhenti daripada berharap pada cintanya. Dia tidak mahu Johan menghabiskan masa, wang dan tenaga untuknya yang memang tiada hati buat Johan. Johan yang sedang memandang segenap kedai makan yang dihuni oleh mereka berkalih pandang. Berkait keningnya meminta Soffiya menyambung kata-katanya yang terhenti. Baru sahaja Soffiya ingin menyambung kata, muncul pelayan di kedai tersebut menghantar menu yang dipesan oleh Johan seketika tadi.

“terima kasih...” tutur Johan dan Soffiya serentak pada wanita belasan tahun yang datang menghantar hidangan yang dipesan.

“apa yang awak nak beritahu saya tadi?” soal Johan sekali lagi. Mengingatkan Soffiya dengan bicara tergantungnya itu tadi.

“hmmm... lepas ni, saya harap awak tak payahlah nak beri saya hadiah, ajak keluar makan ke, keluar pergi jalan-jalan... kalau atas dasar kawan tak apa saya tak kisah tapi kalau niat awak untuk...”

“kenapa?” pintas Johan meski pun Soffiya belum habis menuturkan kata-kata.

“saya tahu niat awak baik tapi...”

“awak dah ada kekasih ke? Tunang? Atau bakal suami?” potong Johan sekali lagi. Dia faham apa yang Soffiya cuba sampaikan dan dia takkan biarkan semua itu berlaku. Padanya, jatuh cinta pada gadis yang sama sebanyak dua kali bukan perkara biasa dan dia yakin cintanya pada Soffiya adalah tulus dan ikhlas. Dia tidak bermain-main dalam hal ini. Soffiya mengeluh kecil. Nasi ayam yang diterima belum lagi dijamah.

“belum ada...”

“ dah tu kalau tiada tak salah kalau saya mencuba nasib. Bukannya ada orang marah ponkan...” tutur Johan dengan senyuman kecil. Soffiya merengus geram. Pandai pula Johan berkata-kata hari ini. Jejaka itu tidak malu seperti sebelum ini.

“saya tak berminat dengan awak... jadi, tak payah nak mencuba sangatlah.” Tolak Soffiya selamba. Kali ini dia malas mahu menjaga hati Johan. Dah cuba cakap elok-elok pon tak nak faham, rasakanlah pula ayat-ayat menyakitkan hati macam tu. Johan tersentap. Soffiya langsung tidak cuba menjaga hatinya. Buruk sangatkah dia dimata Soffiya sehingga gadis itu menolak perasaannya mentah-mentah bukan sekali tapi dua kali. Kali pertama cintanya ditolak semasa mereka bersekolah kira-kira 8 tahun yang lalu.

“ jangan takbur sangat Soffiya... hari ni awak cakap macam tu, esok lusa belum tentu lagi. Lagi pon, awak belum kenal saya dengan rapat. Jadi awak tak boleh nak yakin sangat yang awak tak akan jatuh cinta pada saya.” Tutur Johan kurang senang. Geram pula dengan mulut Soffiya yang tidak berinsuran. Hilang rasa segan dihati Johan kini diganti pula dengan rasa kecewa dengan sikap Soffiya.


“saya mungkin tak ada kekasih, tunang atau bakal suami tapi hati saya dah berpunya. Tak mudah saya nak berpaling tadah daripada orang yang saya cintai. Jadi, baik awak lupakan sahaja hasrat awak dan fokus kepada orang yang mencintai awak. Dah la, saya nak balik. Saya datang ni pon nak cakap perkara ni jer.” Soffiya bingkas berdiri. Tanpa pamitan dia meninggalkan Johan meski pun sedikit pon nasi ayam yang dipesan jejaka itu dijamahnya. Dia tahu sikapnya ini kurang ajar dan tidak sopan. Tapi ini lebih baik untuk Johan. Mungkin dengan sikapnya yang sebegini boleh menimbulkan rasa meluat sekaligus boleh melenyapkan perasaan cinta jejaka itu padanya. Johan hanya menghantar pemergian Soffiya dengan pandangan mata. Satu keluhan lemah terlepas dari mulutnya. Entah bagaimana caranya untuk membuka hati Soffiya supaya menerima cintanya yang tidak berbelah bagi.