BAB 43
Ifran terkocoh-kocoh masuk kedalam rumah miliknya yang
dikongsi bersama Umairah. Matanya meliar sepelusuk rumah demi mencari wajah
isteri yang diyakini masih marah dan mungkin juga merajuk melihat dia
bersama-sama Atikah.
“ Mai... Mai...” panggil Ifran dengan suara yang lantang.
Telinganya dipasang untuk mendengar sahutan dari Umairah. Tapi sayang, gadis
itu hanya diam membisu, tidak memberi sebarang respon pada panggilannya. Ifran
menjejaki seluruh rumahnya, mencari Umairah yang masih belum ditemui. Puas
ditilik diruang tamu, dapur, bilik air, kawasan ampaian baju dan bilik solat.
Langsung wajah Umairah tidak ditemui. Umairah tiada ditempat-tempat yang
dicari.
“ Mai... keluarlah sayang. Dengar dulu penjelasan abang.”
Teriak Ifran betul-betul didepan pintu bilik Umairah. Dia yakin dan pasti
Umairah ada didalam bilik berkenaan. Daun pintu bilik itu diketuk bertalu-talu,
berharap Umairah keluar dan menemuinya yang setia menanti diluar bilik
tersebut. Seperti sebelum ini, tiada sahutan mahu pun balasan daripada Umairah.
Wanita itu hanya mendiamkan diri tanpa membalas panggilan Ifran.
“ Mai... apa yang Mai tengok tadi tu tak sama seperti apa
yang Mai fikir. Tolonglah keluar Mai, biar abang terangkan perkara sebenar.”
Pinta Ifran tanpa jemu. Badannya yang tinggi lampai itu disandarkan pada daun
pintu bilik Umairah yang masih tertutup rapat. Suasana hening dan sunyi, tiada
suara Umairah kedengaran.
“ kalau Mai terus diam je macam mana kita nak selesaikan
salah faham ni. Mana adil Mai salah faham dengan kesalahan yang abang tak buat.
Tolonglah Mai, keluarlah. Beri abang peluang jelaskan hal yang sebenar. Masalah
tak akan selesai kalau Mai tak nak dengar penjelasan abang. Abang cintakan
Mai... abang sayangkan Mai dan abang tak akan curang pada cinta kita.” Ifran
terus memujuk hati isteri yang diyakini merajuk dek salah faham yang tak
terduga itu. Ifran mengeluh perlahan, sedikit kecewa dengan reaksi Umairah yang
kosong. Perlahan-lahan langkah kaki diatur menghampiri biliknya. Dia sudah
nekad, suka atau tak bilik Umairah akan dibuka secara paksaan. Ifran mara ke
biliknya untuk mengambil kunci pendua bilik Umairah yang terletak didalam laci
meja kerja biliknya. Dia tak sanggup untuk membiarkan Umairah salah faham
terlalu lama kerana dia tahu kerana kesilapan kecil begini mampu meranapkan
kepercayaan Umairah padanya.
“ Tik...” kedengaran kunci pada tombol daun pintu bilik
Umairah berjaya dibuka. Tanpa buang masa, Ifran pulas tombol bilik isterinya
dan terus melangkah masuk ke bilik wanita itu. Matanya meliar segenap penjuru
bilik tidur Umairah setelah daun pintu itu ditolak demi mencari wajah
kesayangannya itu. Bola mata Ifran terhenti pada jasad Umairah yang duduk
dibirai katil dengan kepala yang menunduk. Wanita itu langsung tidak
mempedulikan kehadirannya saat ini. Ifran atur langkah perlahan, dihampiri
tubuh Umairah yang hanya kejung sedari tadi.
“ Mai...” panggil Ifran sambil menyentuh lembut jemari
Umairah yang menutup sebahagian wajahnya. Umairah tolak kasar tangan Ifran yang
mula mengggenggam erat jemarinya. Dia benci untuk melihat dan menatap wajah
Ifran buat masa ini.
“ abang tolong keluar sekarang dari bilik ni, Mai nak
rehat!” minta Umairah garang. Langsung bebola matanya tidak menyapa pandangan
Ifran. Hatinya masih lagi hangat mengingatkan tragedi sebentar tadi. Hati dan
perasaannya tidak boleh menerima melihat Ifran dan Atikah berdua-duaan bersama-sama
diluar urusan kerja. Lagi-lagi mengenangkan mereka berdua pernah bercinta!
“ sayang... tolong bagi abang peluang jelaskan apa yang
berlaku. Apa yang sayang tengok tadi tu tak sama dengan apa yang sayang
fikirkan. Abang dengan Tikah tak ada apa-apa. Abang hanya temankan dia pergi
cari barang, tu jer. Tolonglah jangan cemburu buta.” Pujuk Ifran dengan suara
yang paling lembut. Berharap dengan lembutnya suaranya itu dapat melembutkan
sekeping hati milik Umairah. Umairah mendengus kasar, langsung tak nak menerima
jawapan dari Ifran. Wajahnya yang ditundukkan diangkat membalas pandangan
Ifran.
“ cemburu buta? Abang cakap Mai cemburu buta? Habis tu
abang nak Mai bergembira tengok abang keluar berdua-duaan dengan Tikah? Macam
tu? tolonglah bang, kenapa abang mesti teman dia pergi cari barang? Apa abang
sorang jer ke kawan yang dia ada?” bentak Umairah makin berang. Sedap-sedap
mulut sahaja Ifran menuduhnya cemburu buta padahal memang salah lelaki itu yang
masih lagi mahu bersama Atikah. Ifran mengeluh kecil, mati akal melihat tingkah
Umairah yang susah menerima pujukannya.
“ memanglah bukan abang sorang jer kawan dia tapi dah
alang-alang abang offer nak tolong hantar dia balik, apa salahnya abang
temankan dia ke kedai buku sekejap. Lagi pun dia bukan orang lain, kakak Mai
merangkap kakak ipar abang jugak.” Jelas Ifran satu persatu. Dia berharap
dengan kejujurannya ini akan menyejukkan hati Umairah sekaligus membuatkan
wanita itu berhenti merajuk. Dia tidak betah untuk melihat wajah mencuka
Umairah dengan lebih lama. Mata Umairah terbuntang mendengar penjelasan daripada
Ifran. Makin menggerutu hatinya saat ini.
“ apa? Abang yang offer nak hantar dia balik?” soal
Umairah untuk mendapatkan kepastian. Perasaannya kian meluap-luap dengan
perasaan cemburu. Ifran didepannya kelihatan mengangguk kepala lambat-lambat.
Mengiakan segala persoalannya. Umairah bangkit berdiri, kolam matanya sudah
mula hangat, menanti masa untuk menghemburkan segala air mata.
“ baik abang keluar sekarang! Mai benci abang!” teriak
Umairah kuat. Sakit hati sungguh dia mendengar pengakuan terlalu jujur Ifran.
Apa maksud suaminya ini? Adakah cinta antara Ifran dan Atikah berputik kembali
atau sememangnya Ifran tak pernah lupakan Atikah. Jadi untuk apa Ifran luahkan
perasaan padanya sebelum ini? Umairah segera menghampiri daun pintu biliknya,
berharap Ifran mengerti dan berambus dengan kadar segera dari biliknya.
“ Mai... jangan cakap macam tu. Jangan bencikan abang
hanya kerana perkara kecil macam ni. Abang pelawa untuk hantar dia balik bukan
dengan niat lain pun. Abang anggap Atikah tu kawan jer. Tak lebih dari tu.
Tolong jangan salah faham.” Separuh merayu Ifran memujuk. Dapat diagak apa yang
bermain diminda isterinya waktu ini. Perlahan-lahan Ifran meraih lembut jemari
isterinya, sedaya mungkin cuba disampaikan isi hatinya agar Umairah tidak terus
menerus salah faham. Umairah jeling tajam wajah keruh milik Ifran, dicari keikhlasan
diwajah kacak itu.
“ iye la tu... entah-entah abang masih sayangkan dia!
Kalau abang masih cintakan Atikah, masih sayangkan dia kenapa abang bagi
harapan palsu pada Mai? Kenapa abang buat Mai makin sayangkan abang? Kenapa
abang tak cerai...” belum lagi bait seterusnya disambung, Ifran angkat jari telunjuknya
lalu diletakkan dibibir Umairah. Dia tak sanggup untuk mendengar ayat
seterusnya dari Umairah. Umairah terdiam! Matanya merenung tepat kearah Ifran
yang memandangnya dengan penuh kasih sayang. Dadanya tiba-tiba sahaja berdegup
kencang, bagaikan berlari tanpa disuruh.
“ Mai... tolong jangan sebut perkataan tak elok macam tu.
Abang sayangkan Mai, cintakan Mai seorang sahaja. Atikah tu dah jadi masa lalu
abang dan pada abang dia tak lebih dari seorang kakak ipar. Dalam hati abang
hanya ada nama Mai seorang jer, tak akan ada perempuan lain yang boleh ganti
tempat Mai dalam hati ini. Abang mengaku abang silap sebab buat sesuatu yang
mengundang rasa tak senang dihati Mai, abang janji lepas ni abang tak akan
ulangi lagi semua tu. Abang akan pastikan hanya berhubung dengan Atikah atau
mana-mana perempuan bagi hal yang berkaitan dengan kerja atau urusan penting
sahaja. Abang janji!” Ifran angkat jemarinya tinggi seakan-akan bersumpah. Dia
mahu Umairah tahu yang dirinya serius dengan kata-katanya saat ini. Dia
sebolehnya tak nak Umairah terus menerus meragui keikhlasan hatinya. Umairah
diam tak berkutik, wajah tegas Ifran dihadapannya ditatap lama. Cuba memastikan
ketepatan dalam setiap bait bicara Ifran.
“ betul ni?”
“ betul! I love you very very very very very very much!”
tambah Ifran seyakin yang boleh. Umairah tergelak kecil, kelakar dengan
penambahan ‘very’ yang melampau-lampau dari Ifran. Ifran keluh lega, melihat
Umairah yang sudah tahu ketawa itu menandakan wanita itu sudah boleh
menerimanya kembali.
“ Mai bukanlah halang abang berkawan dengan mana-mana
perempuan termasuklah Atikah. Tapi kalau boleh hadkanlah sikit persahabatan tu,
dan kalau boleh juga setiap kali keluar dengan mana-mana perempuan tolonglah
ada peneman. Jangan keluar berdua jer.” Minta Umairah dengan nada suara yang
sudah dikendurkan. Dia memandang kearah suaminya dengan penuh harapan agar
lelaki itu menerima syarat yang diutarakan. Ifran angguk kepala, tidak menolak
syarat yang dibuat isterinya.
“ abang akan pastikan abang berteman bila keluar dengan
mana-mana perempuan! Abang janji!” balas Ifran. Umairah senyum lega, lapang
hatinya dengan janji yang dibuat Ifran.
“ macam pernah dengar jer syarat tadi tu... dekat mana
yer?” usik Ifran dengan senyuman nakal yang terukir diwajahnya. Umairah tarik
muka 14, dicubit perut Ifran yang sengaja menggiatnya.
“ abang la yang mula dulu!” Umairah jawab dengan bibir
yang mencebik. Wajah Ifran yang tersengih-sengih nakal dihadapannya langsung
tidak dipandang, malu pula untuk ditatap wajah sang suami waktu ini. Ifran
ketawa kecil, pipi isterinya dicubit lembut. Makin comel pula reaksi isterinya
ini.
“ cebiklah mulut tu lagi... karang kena cium baru tahu!”
Umairah cepat tutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Dijeling riak Ifran
yang mentertawakannya. Tanpa tunggu lama badan Ifran yang duduk setentang
dengannya ditolak sehingga jejaka itu tercampak keluar dari biliknya.
“ malas Mai layan abang. Baik Mai mandi dan rehat.” Usai
tutur kata-kata itu Umairah menutup daun pintu biliknya. Ifran yang masih lagi
bergelak sakan diluar bilik Umairah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala.
Lama dia terpacak didepan bilik isterinya sebelum berlalu pergi, satu sahaja
yang dia sering harapkan agar hubungannya dan Umairah akan terus harmoni.
“ tuk... tuk... tuk.” Tiga das ketukan kedengaran diluar
bilik pejabat Ifran. Ifran yang saat itu
sedang tekun mengadap kertas kerja pada dada laptop mengangkat wajahnya.
Serentak dengan itu dia meminta pekerjanya yang berada diluar masuk kedalam.
“ ye Tikah?” walaupun ada rasa canggung, Ifran cuba
berlagak profesional. Wajah Atikah yang terpacak dihadapannya dipandang dengan
rasa ingin tahu. Atikah yang kelihatan menawan dengan kebaya merah dan
selendang yang dibelit kemas dikepala hanya tersenyum hambar kepadanya.
Ditangan gadis itu terdapat sepucuk surat bersampul putih.
“ saya nak berhenti kerja...” balas Atikah setelah
menghempas punggungnya diatas kerusi dihadapan Ifran. Sepucuk surat yang sudah
lama dibuat itu ditolak kearah Ifran yang memandangnya dengan riak terkejut.
Ifran capai surat yang diberikan oleh bekas kekasihnya lalu dibuka dan dibaca
didalam hati.
“ kenapa? Sebab apa yang berlaku antara kita ke?” duga
Ifran perlahan. Matanya merenung tepat wajah tenang Atikah. Gadis itu kelihatan
cuba melemparkan senyuman walaupun payah. Respon senyap dari Atikah buat Ifran
mengeluh kecil. Difikir ayat terbaik untuk memujuk Atikah meneruskan khidmatnya
disyarikat ini.
“ Tikah... saya sebolehnya tak nak hilang pekerja
cemerlang macam awak hanya kerana masalah peribadi antara kita. Saya rasa kita
patut profesional dalam hal ni, tak perlu kita campur adukkan hal pejabat
dengan peribadi.” Pujuk Ifran kemudiannya. Wajah Atikah yang hanya menunduk
didepannya dipandang tepat, berharap dengan pujukan tak seberapa darinya gadis
ini akan berubah fikiran.
“ awak mungkin boleh profesional tapi saya tak! Lagi pun
niat saya diawal menyertai syarikat ini pun sebab awak. Rasanya sekarang, saya
tak perlu lagi disini memandangkan kita berdua tak mungkin bersama semula.”
Jelas Atikah setelah berdiam diri hampir beberapa minit. Ifran kelu, mati akal
untuk memujuk Atikah yang sudah berkeputusan. Memang dari dulu lagi dia kenal
sikap Atikah yang amat tegas dengan keputusannya.
“ lagi pun keputusan ini sebenarnya yang terbaik untuk
kita bertiga. Saya yakin Mai pun mesti tak suka tengok saya kerja disini dan
dia pun tak adalah salah faham tentang kita berdua lagi lepas ni.” Sambung
Atikah lagi. Ifran diam memikir bait bicara Atikah yang sememangnya benar.
Namun, dia tetap rasa bersalah untuk membiarkan Atikah berkorban demi
kebahagiaan mereka bertiga. Sudahlah hati Atikah dihancurkan, kini gadis itu
perlu beralah pula untuk kebahagiaan dia dan Umairah. Atikah senyum nipis
melihat kerutan yang terpamer didahi Ifran. Perlahan-lahan kepalanya
digelengkan melihat reaksi jejaka itu.
“ If... If... awak ni tak pernah berubahkan.” Tegur
Atikah lembut. Ifran terkedu seketika. Keliru dengan komen Atikah yang
tiba-tiba itu.
“ dari dulu sampai sekarang mudah sangat simpati dan rasa
bersalah sampaikan sanggup gadai kebahagiaan sendiri. Saya tahu awak terima
saya 3 tahun yang lepas sebab simpati. Awak rasa bersalah sebab dah berikan
saya harapan palsu padahal masa tu awak masih cintakan Mai. Kadang-kadang saya
kecil hati dengan sikap tak jujur awak tu. Saya juga cemburukan Mai walaupun
masa tu saya adalah kekasih awak sebab saya tahu cinta awak pada saya tak
sedalam kasih awak pada Mai. Jadi sekarang kalau boleh saya nak awak berhenti
bersimpati atau pun rasa bersalah pada saya sebab sikap awak buat saya kecil
hati, saya rasa terhina.” Luah Atikah panjang lebar agar Ifran mengerti apa
yang dirasai selama ini. Ifran tertelan liur, tidak sangka sikapnya selama ini
buat Atikah makan hati dan kecewa.
“ maafkan saya Tikah, saya tak sangka awak akan rasa
macam tu. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak.” Pinta Ifran dengan
rasa bersalah yang amat. Tidak sangka keputusannya suatu masa dahulu dengan
memilih Atikah demi melupakan Umairah merupakan satu langkah yang salah
sekaligus melukakan hati gadis dihadapannya saat ini. Malah, dia juga tidak
sangka Atikah dapat menghidu perasaannya pada Umairah suatu ketika dahulu.
Atikah senyum nipis... menggeleng-gelengkan kepalanya, menolak kata-kata maaf
yang dihulurkan oleh Ifran.
“ awak tak salah If... apa yang berlaku sebelum ini sebenarnya
berpunca dari saya yang pentingkan diri sendiri.”
“ tak Tikah... awak tak perlu salahkan diri awak hanya
untuk sedapkan hati saya.” Potong Ifran kurang senang dengan jawapan Atikah
yang dirasakan cuba menyedapkan hatinya dari rasa bersalah.
“ saya buat semua ni bukan untuk sedapkan hati awak If,
apa yang saya katakan semua ni memang benar. Awak nak tahu satu rahsia?” cetus
Atikah buat hati Ifran dilanda rasa ingin tahu yang membuak-buak. Apa pula
rahsia yang ingin dikongsi gadis ini dan apa kaitannya dengan sikapnya yang
dikatakan pentingkan diri sendiri itu.
“ Mai cintakan awak dari dulu lagi... dari zaman korang
bff sampai ke kita bercinta.” Tambah Atikah dengan riak yang paling tenang.
Sebolehnya dia mahu kuat supaya Ifran tidak terus menerus bersimpati keatasnya.
Kata-kata akhir dari Atikah buat mulut Ifran ternganga luas. Nasib baik tiada
lalat mahu pun serangga yang datang menyerang!
“ jadi awak tak perlu bersimpati sangat pada saya.
Anggaplah apa yang berlaku saat ini sebab sikap saya sendiri yang pentingkan
diri sendiri. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Terima kasih.” Ujar
Atikah akhirnya sambil badannya bingkas berdiri. Tanpa membuang masa, dia
perlahan-lahan meninggalkan Ifran sendiri. Ifran diam sahaja, dia menghantar
pemergian Atikah dengan panahan mata. Betul kata Atikah, keputusan ini adalah
yang terbaik untuk mereka bertiga. Dia tak sepatutnya menahan langkah Atikah
hanya kerana rasa bersalah kerana perbuatannya itu hanya akan menambahkan luka
dihati wanita itu.
No comments:
Post a Comment