IKLAN NUFFNANG

Friday, September 26, 2014

Tetap Kau Yang Satu bab 32

Bab 32

Daun pintu yang tertutup rapat itu ditolak perlahan. Kedengaran suara bilal melaungkan azan dari kejauhan. Ifran masuk kedalam rumahnya dengan wajah yang sedikit lesu. Matanya meliar mencari tubuh si isteri. Namun sayang, Umairah tiada diruang tamu mahu pun didapur rumahnya. Pintu bilik Umairah yang tertutup rapat itu dipandang lama. Dia yakin isterinya ada didalam. Masih merajuk barangkali. Ifran cepat-cepat masuk kebiliknya. Dia mahu mandi dan bersolat terlebih dahulu. Dia mahu tenangkan jiwanya yang kacau sebelum memujuk si isteri yang jelas masih lagi merajuk. 30 minit berlalu, Ifran muncul semula diluar biliknya. Langkah diatur menghampiri bilik Umairah dan dia berteleku disitu untuk beberapa minit.

“ tuk...tuk...tuk...” tiga kali daun pintu yang tertutup rapat itu diketuk. Berharap tuan punya bilik akan keluar dan bercakap dengannya. Sunyi! Umairah langsung tidak memberi tindak balas dengan perbuatannya.

“Mai...” panggil Ifran dari luar. Tiada jawapan! Ifran mengeluh lemah. Dilaung sekali lagi nama isterinya agar gadis itu menyahut dan keluar daripada bilik itu.

‘dia sembahyang ke? Tapi tak salah aku dia uzur.’ Hati Ifran bersoal jawab sendiri.

“Siti Nur Umairah binti Ismail... keluarlah. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni.” Jerit Ifran untuk kali ke lima. Namun jawapan yang sama diperolehi. Bayang Umairah belum lagi kelihatan didepannya saat ini. Ifran pulas tombol pada pintu tersebut. Dia sudah tidak peduli lagi, kalau Umairah tak nak keluar biar dia yang masuk ke dalam. Ifran tersenyum lebar, pintu bilik Umairah tidak berkunci rupanya. Buat sakit tangan dia saja mengetuk pintu itu bagai nak gila tadi.

“Mai... kenapa kau tak...” belum lagi habis bait bicara Ifran, matanya yang sedia besar terbuntang keluar. Terkesima sebentar apabila melihat Umairah terbaring lesu diatas katil dengan mata yang tertutup rapat. Lekas-lekas dia menghampiri Umairah.

‘tidur ke minah ni? Tak pernah pulak dia tidur waktu-waktu maghrib macam ni. Ke dia sengaja buat-buat tidur sebab tak nak layan aku bercakap?’ hati Ifran berbolak-balik. Matanya tidak lepas dari memandang wajah pucat Umairah. Ifran melekapkan tapak tangan pada dahi Umairah, cuba membandingkan perbezaan suhu antara mereka.

“ Mai.... bangun. Aku hantarkan kau ke klinik. Kau demam ni.” Suruh Ifran bersama tepukan lembut pada lengan Umairah. Mata gadis itu kelihatan berkelip-kelip. Mungkin sudah sedar daripada lenanya.

“Mai... jom kita pergi klinik.” Ujar Ifran sekali lagi. Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia mula dapat menangkap imej Ifran yang kini berdiri tegak disebelahnya.

“If...” seru Umairah. Masih kabur dengan situasi saat ini.

“Mai... bangun sekarang. Kita pergi klinik.” Ulang Ifran tanpa jemu. Umairah geleng kepalanya beberapa kali. Menolak cadangan Ifran.

“tak naklah... aku nak rehat dekat rumah jer.” Luah Umairah perlahan. Dia memang kurang gemar pergi ke klinik mahu pun hospital. Ifran merengus kasar. Geram dengan sikap keras kepala Umairah.

“kalau sekali aku cakap kau terus ikut boleh tak? Jangan degil sangatlah! Jom kita pergi klinik sekarang. Karang kau pengsan macam dulu-dulu tu lagi.” Bebel Ifran dengan suara yang kuat. Sakit hati dia melayan sikap Umairah yang keras kepala tidak mengira masa. Umairah merengus kasar dengan leteran Ifran. Namun begitu dia tetap menurut arahan suaminya.

“ hmm ye la-ye la... kejap aku nak bersiap.” Akur Umairah akhirnya. Ifran yang melihat Umairah sukar untuk bingkas bangun membantu wanita itu untuk berdiri. Badan Umairah yang kekurangan tenaga itu terhuyung-hayang menanti untuk rebah. Ifran peluk kemas bahu isterinya agar wanita itu tidak jatuh tersungkur.

“ kau keluarlah dulu. Aku nak bersiap.” Minta Umairah perlahan. Tekaknya yang sakit menghalang untuk dia bercakap dengan nada yang kuat. Ifran yang masih lagi memegang kemas bahu Umairah dipalu rasa risau. Tidak yakin untuk meninggalkan Umairah yang jelas tidak mampu untuk berdiri walaupun untuk sekejap.

“ kau boleh ke berdiri tanpa aku...” Ifran menyoal tidak yakin. Umairah disisinya sekadar senyum tawar. Perlahan-lahan wanita itu menganggukkan kepalanya.

“ aku larat lagilah nak berdiri. Kau tak payah risau. Keluarlah dulu. Takkan aku nak tukar baju depan kau pulakkan.” Jelas Umairah berharap pengertian daripada Ifran. Buat masa ini dia tak larat untuk berdebat panjang dengan lelaki itu dan dia berharap segala permintaannya ditunai terus tanpa banyak soalan.

“ okey la...” putus Ifran akhirnya. Walaupun ada rasa tak senang untuk meninggalkan Umairah sendiri namun dia tetap memenuhi permintaan sang isteri. Lagi pun benar kata Umairah, takkanlah dia nak mengacau gadis itu menukar pakaian. Karang menda lain pulak jadinya. Tanpa lengahkan masa Ifran lekas-lekas tinggalkan Umairah sendiri didalam biliknya. Dia menunggu wanita itu diluar bilik sahaja.


Ifran dan Umairah tiba dirumah mereka setelah hampir sejam keluar untuk ke klinik berhampiran. Ifran menolak daun pintu rumahnya lalu memberi laluan kepada Umairah untuk masuk kedalam. Dipimpin isterinya menuju ke bilik agar langkah gemalai wanita itu tidak jatuh tersungkur.

“tak payah nak pegang-peganglah... aku larat lagi nak jalan.” Bentak Umairah sambil menepis tangan Ifran yang melingkar pada bahunya. Pukulan Umairah langsung tidak meninggalkan kesan pada Ifran yang masih lagi memaut kejap bahu isterinya. Ifran diam sahaja. Malas melayan amarah Umairah yang memang pantang dicuit.

“lepaslah If... aku tahu jalan sendiri. Bukan jauh pun bilik aku tu.” Sela Umairah sekali lagi bersama tepukan lemah pada lengan Ifran. namun dalam diam dia bersyukur dengan bantuan dari jejaka itu. kepalanya teramat pusing sebenarnya, Cuma egonya melarang daripada menerima pertolongan daripada Ifran.

“sakit-sakit pun nak marah orang. Cuba jaga sikit mulut tu bila bercakap dengan suami.” Bebel Ifran. tanpa membuang masa, badan Umairah yang kecil itu diangkat dan didukung lalu dibawa ke bilik. Banyak mulut sangatkan!

“If... apa ni... turunkan aku la. Aku bukannya tenat sangat, tak perlu nak angkat aku macam ni lah.” Marah Umairah sambil meronta-ronta dalam dakapan Ifran. Makin tidak senang hatinya dengan sikap selamba badak Ifran yang mengangkatnya tanpa bertanya terlebih dahulu.

“shuhhhh...” Ifran memuncungkan mulutnya kedepan. Meminta Umairah diam dan tidak melawan dengan tindakannya. Umairah tergamam. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk diamkan diri. Bukannya dia tidak mahu melawan Cuma tekaknya sudah semakin sakit dek mulutnya yang tidak habis-habis menjerit.

“ kau rehat dulu tapi jangan tidur, aku pergi tuang bubur dalam mangkuk. Kejap lagi kau makan bubur tu lepas tu makan ubat.” Arah Ifran lembut. Tanpa menanti jawapan daripada Umairah, dia bergegas kedapur dengan tangan yang membawa plastik berisi bubur nasi yang dibeli dari kedai makan berhampiran. Umairah melepaskan keluhan lemah. Makin menjadi-jadi pula denyutan pada kepalanya. Diurut kepalanya agar rasa sakit yang menyengat itu semakin berkurang.

“Mai...  nah makan bubur ni.” Entah masa bila Ifran tiba pun Umairah tidak sedar. Tiba-tiba sahaja jejaka itu sudah berada disebelahnya sambil menghulurkan semangkuk bubur nasi. Umairah bingkas bangun dari baringan. Dia mencapai mangkuk yang dihulurkan oleh Ifran tanpa banyak soal. Disuap bubur nasi kedalam mulut meski pun seleranya mati. Rasa perit dalam tekaknya mengganggu moodnya untuk menikmati makanan itu.

“sikitnya kau makan... makanlah lebih sikit. Nanti perut masuk angin pulak.” Tegur Ifran apabila Umairah sudah berhenti menjamah bubur yang dibeli. Umairah hanya menggelengkan kepala, perutnya sudah tidak dapat menerima makanan itu lagi.

“sekarang makan ubat... lepas tu tidur.” Ubat-ubatan yang diperolehi daripada klinik kesihatan itu tadi diserahkan kepada Umairah bersama segelas air kosong. Umairah mengambil sahaja ubat-ubat itu tanpa banyak songeh. Dia hanya menurut kerana dia tahu semua ini adalah untuk kesihatannya juga. Selepas menelan 3 jenis ubat berlainan itu, Umairah kembali merebahkan diri diatas katil. Ifran mengemas satu persatu pekakas yang digunakan lalu dimasukkan kedalam dulang yang dibawa bersama. Baru sahaja langkah ingin diatur untuk ke dapur, terasa baju yang dipakai ditarik seseorang. Ifran membuang pandang kearah Umairah yang sedang merenungnya.

“ terima kasih...” ucap Umairah perlahan. Dia menatap bebola mata Ifran yang tajam menikam matanya. Ada rasa debar mula menggocangkan jantung dan hatinya. Perasaan ini tidak pernah padam dari awal pengenalan antara mereka berdua. Dia tak dapat nafikan perasaan ini lagi. Dia masih cintakan Ifran sepenuh hatinya meski pun cintanya ini tak pernah berbalas.

“ tak perlu nak berterima kasih sangatlah... dah tanggungjawab aku sebagai suami kau. Sekarang kau rehat, jangan fikir perkara yang bukan-bukan.” Balas Ifran dengan senyuman mesra. Umairah membalas lembut senyuman suaminya. Dalam diam terdetik rasa pelik dengan sikap Ifran yang seringkali menekankan perkataan suami semenjak dua menjak ini. adakah Ifran sudah boleh menerimanya sebagai isteri? Umairah tidak mampu menganalisis lebih lama perkara yang bermain dimindanya dek rasa kantuk yang mula menjelma.


Umairah menonton televisyen sambil berbaring diatas sofa. Hari ahad begini tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mahu keluar membeli belah, duitnya tengah susut. Lagi seminggu baru gaji akan masuk. Ifran pula entah ke mana. Dia pun tidak pasti dan sememangnya dia kurang mengambil tahu tentang jejaka itu. sedang enak melayan rancangan Nona di tv3, tiba-tiba sahaja Umairah dapat menangkap bunyi deruan enjin kereta masuk kedalam pagar rumah milik Ifran. cepat-cepat Umairah membetulkan duduk agar kelihatan lebih senonoh. Tak sampai 5 minit, wajah Ifran terjengul disebalik daun pintu rumahnya.

“Assalamualaikum...” sapa Ifran perlahan. Cukup untuk Umairah mendengar salam yang diutarakan.

“waalaikummussalam...” jawab Umairah sepatah. Dia masih lagi tekun menonton rancangan Nona. Sekali sekala matanya mengerling kearah Ifran yang kini sudah singgah disebelahnya.

“dah makan tengahari? Kalau belum aku pergi panaskan lauk.” Soal Umairah dengan ekor mata yang menjeling kearah Ifran. lelaki itu kelihatan tenang dan santai.

“aku dah makan dekat luar tadi...” suasana kembali hening selepas Ifran membalas pertanyaan Umairah. Hanya mata mereka masih ralit menonton Nona. Seminit, dua minit... lima minit suasana antara mereka sunyi sepi. Masing-masing sibuk dengan emosi sendiri.

“Mai...” akhirnya Ifran bersuara. Memang sudah lama dia ingin berbicara perihal pergaduhan yang berlangsung antara mereka kira-kira seminggu yang lalu namun kekangan masa menjadi halangan untuk mulutnya berkata. Bagi Ifran, hatinya tidak senang selagi Umairah tidak tahu kebenaran yang berlaku 3 tahun yang lepas meski pun wanita itu langsung tidak mengungkit mahu pun merajuk selepas pergaduhan mereka baru-baru ini.

“kenapa?” balas Umairah pendek. Wajah Ifran ditatap lama. Menanti suaminya itu meluahkan kata-kata yang masih tergantung.

“ pasal yang kau cakap minggu lepas tu... aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak ada niat pun nak buat macam tu dan memang tak terdetik pun dihati aku untuk buat kau macam tu.” Ujar Ifran tenang. Matanya merenung tepat kewajah Umairah yang kelihatan kabur. Berkerut dahi wanita itu seolah-olah sedang berfikir panjang.

“minggu lepas? Aku cakap apa pada kau minggu lepas? Aku tak fahamlah If.”

“ala yang kau cakap aku gunakan kau untuk mengorat Tikah tu la... aku betul-betul tak buat macam tu. Aku anggap kau kawan baik aku. Kau dan Tikah adalah dua perkara berbeza bagi aku.” Jelas Ifran satu persatu. Umairah membulatkan mulutnya. Baru mengerti penerangan daripada Ifran.

“ooo... pasal tu ke. Tak ada apa-apalah If. Aku tak kisah pun sebenarnya. Lagi pun kalau betul pun apa salahnya kan. Apa guna kawan, ye tak?” jawapan daripada Umairah buat Ifran rasa tidak selesa. Gadis itu seperti masih menyimpan rasa marah padanya walaupun tidak dinyatakan secara jujur.

“tak ada kalau-kalaulah Mai... aku betul-betul tak buat semua tu. Aku baik dengan kau sebab kau kawan aku. Aku tak gunakan kau pun untuk dapatkan Tikah.  Kalau Tikah tak ada sekali pun, aku tetap akan jadi kawan baik kau. Kau dan Tikah dua cerita yang berbeza.” Tegas Ifran dengan mata yang bulat menentang renungan Umairah. Dia sebolehnya nak segala kemelut yang berlaku 3 tahun lepas selesai hari ini. dia tak nak Umairah salah faham lagi.

“okey...okey...okey. aku faham. Kau tak ada buat semua tu dan aku salah faham jer. Jadi kau tak payah risaulah sebab kalau kau buat sekali pun aku tak kisah. Aku tak ambil hati pun.”

“kalau kau tak kisah, kenapa kau nak marah sangat hari tu? Kalau benda tu betul tak penting pada kau, kau takkan ungkitlah perkara tu...” tempelak Ifran sinis. Mulut Umairah terkunci rapat. Kelu lidahnya dengan kata-kata Ifran yang tepat terkena jantung. Ye memang betul dia marah! Tapi, sebenarnya perasaan marah itu adalah hasil dari rasa cemburu bukan kerana dia terasa dipergunakan oleh Ifran. Takkan dia nak mengaku dia cemburukan Ifran dan Atikah?

‘oh please... Never! Aku takkan mengakulah. Buat malu jer nanti. Dah sah-sah mamat ni tak ada hati pon dekat aku!’ Desis Umairah didalam hati. Tanpa membalas persoalan Ifran, Umairah cepat-cepat bingkas bangun. Dia mahu ke biliknya dan memilih untuk tidak bersoal jawab dengan Ifran perihal perasaannya itu. dia takut sekiranya terlalu banyak jawapan yang diberikan, perasaannya yang sebenar akan diketahui oleh suaminya.

“kau jangan nak tinggalkan tempat ni selagi tak jawab soalan aku. Beritahu aku dulu kenapa kau nak marah sangat hari tu?” arah Ifran sambil mencengkam kemas lengan Umairah. Ditarik tangan Umairah agar wanita itu dekat dan mengadap wajahnya. Dia takkan benarkan Umairah pergi sebelum menjelaskan hal sebenar yang bermain dimindanya. Umairah menepis keras tangan kasar Ifran yang melingkar pada lengannya. Perasaan tidak tenang terus bercambah didalam hatinya. Terasa denyutan jantungnya berdegup dengan kencang sehingga dia sendiri boleh mendengar.

“lepaslah If... aku tak sukalah kalau kau pegang-pegang aku macam ni.”

“kenapa tak suka? Ke kau ada rasa lain macam bila aku sentuh kau?” duga Ifran selamba. Bibirnya sudah tersengih nakal memandang wajah mencuka Umairah.

“jangan nak mengarutlah... lepaskan aku... aku nak pergi masuk bilik dan tidur sekarang. Kejap lagi Asar pulak, tak sempat aku nak membuta.” Marah Umairah dengan suara yang agak kuat. Bulu romanya makin tegak berdiri melihat senyuman nakal yang terukir dibibir Ifran.

“aku bagi kau 2 pilihan... kau nak jawab soalan aku atau kau nak aku tidurkan kau?” Umairah tertelan liur. Berubah rona wajahnya dengan soalan Ifran yang tidak berinsuran itu.

‘gilalah mamat ni!’ kutuk Umairah dalam hati. Wajahnya sudah merah padam menahan rasa malu.

“soalan apa?” tinggi suara Umairah menyoal meski pun dia sudah tahu soalan yang diutarakan oleh Ifran. dalam diam dia mencari jawapan yang paling rasional untuk persoalan itu.

“hari ni kau cakap kau tak kisah pun kalau aku memang gunakan kau untuk mengorat Atikah... dah tu kenapa kau marah sangat hari tu? Kalau kau betul tak kisah, mesti kau tak ungkit pun pasal ni hari tu.” Ifran mengulang kembali soalannya. Riak Umairah yang sedang berfikir direnung tajam.

“hari tu aku marah sebab emosi aku kurang stabil sikit... iyelah... aku kan uzur hari tu. Biasalah orang perempuankan.” Balas Umairah dengan wajah selamba. Ifran diam sahaja. Kurang percaya dengan jawapan daripada Umairah yang terlalu ringkas.

“lagi pun, hari tu kau sibuk ungkit kesalahan aku pada kau dan Tikah padahal aku dah minta maaf pun pada kau. Sebab tu aku cakap macam tu, untuk jadikan alasan cari kesalahan kau.” Terang Umairah lagi. Ifran menganalisis dalam-dalam butir bicara Umairah. Kali ini ada logiknya jawapan gadis itu. wajah Umairah yang kelihatan jujur itu dipandang. Perlahan-lahan tangannya melepaskan lengan Umairah.


“aku minta maaf sebab buat kau rasa bersalah...” mohon Umairah dengan kepala yang sedikit menunduk. Dia sedar Ifran rasa terkilan dengan tuduhan melulunya. Ifran sekadar menganggukkan kepala. Tidak ambil pusing dengan dengan ucapan maaf daripada Umairah. Tanpa membuang masa, Umairah bergegas kembali ke biliknya. Berlama-lama disisi Ifran buat hati rasa sedih dan kecewa mengenangkan cinta yang tidak pernah berkesampaian.

No comments:

Post a Comment