Bab 30
“ Happy birthday Tikah...” jerit 5 suara serentak ketika
Atikah sedang bersendirian di kafeteria. Atikah yang sedang mengadap laptop
terperanjat besar. Cepat-cepat kepala yang ditundukkan diangkat untuk memandang
wajah temannya. Terharu sungguh hatinya apabila mendapat kejutan sebegini.
Wajah Zizie, Umairah, Amirah, Zurina dan Ifran dipandang silih berganti.
“ macam mana korang tahu ni...” soal Atikah sedikit
sebak. Dia mengemas barang-barang yang bersepah diatas meja untuk memberi
laluan kepada kek dan makanan yang dibawa temannya. Kek dan makanan yang dibawa
diletakkan diatas meja kafeteria.
“ lupa ke kau punya bff ni?” usik Umairah tersengih
lebar. Dia mara kearah Atikah lalu dipeluk gadis itu kejap.
“ semoga kau panjang umur dan berjaya di dunia dan akhirat
Tikah..” bisik Umairah lembut pada telinga Atikah yang berada disebalik tudung.
Atikah makin terharu, dia memang dah agak ini semua pasti rancangan Umairah.
Hanya Umairah yang tahu tarikh lahirnya. Selepas sesi berpelukan dengan
Umairah, kawan-kawan Atikah yang lain pula mengambil giliran untuk mendoakan
yang baik-baik untuk gadis itu.
“ happy birthday Tikah.. semoga awak sentiasa dalam
keberkatan Allah S.W.T.” ucap Ifran, orang yang terakhir mendoakan Atikah.
Atikah tersengih senang melihat kehadiran Ifran dalam majlis hari lahirnya.
Pasti Umairah yang menjemput jejaka ini.
“ thank If...” balas Atikah tenang. Raut wajah Ifran
dipandang lama. Ada rasa getar bermain didalam hatinya. Dia tahu hatinya mula
terpaut pada Ifran.
“ haa... nah Tikah. Hadiah yang tak seberapa dari
kitorang.” Umairah menghulurkan satu kotak besar. Atikah kelihatan teruja
dengan hadiah yang diberi meski pon sedikit segan. Dah tua-tua bangka pon masih
dapat hadiah.
“ apa ni Mai? Korang ni malu aku tau.. tua-tua pon masih
dapat hadiah.” Rengek Atikah manja. Wajahnya sedikit memerah menahan malu.
Kawan-kawannya yang melihat tingkahnya yang pemalu itu hanya melepaskan gelak.
Kelakar pula reaksi Atikah.
“ setahun sekali Tikah... dah tak payah nak malu-malu
kucing. Bukalah hadiah tu.” Gesa Zizie yang sudah melabuhkan duduk didepan
Atikah. Yang lain turut menghenyakkan punggung diatas kerusi setelah melihat
perlakuan Zizie. Baru tersedar mereka hanya berdiri sedari tadi.
“ wau comelnya... thank korang.” Ujar Atikah setelah
mengeluarkan teddy bear dari kotak hadiah. Dipeluk kejap teddy bear pemberian
kawan-kawannya. So sweet.
“ ni Mai punya idealah Tikah.. dia cakap kau teringin nak
ada teddy bear.” Celah Zurina senang. Gembira apabila melihat wajah ceria
Atikah.
“ nah Tikah...” kini giliran Ifran pula memberi hadiah
kepada Atikah yang masih ralit dengan teddy bear barunya itu. Atikah
memalingkan wajahnya kearah Ifran sambil meletakkan teddy bear yang masih
dipeluk erat disebelahnya. Hatinya berdenyut kencang apabila Ifran menghulurkan
satu bungkusan hadiah kepadanya. Sangat lain perasaan ini berbanding perasaan
ketika mendapat hadiah dari Umairah dan kawan-kawan yang lain.
Umairah mencuri
pandang kearah hadiah yang dihulurkan oleh Ifran kepada Atikah. Hatinya bagai
direnjat elektrik melihat bungkusan tersebut. Hadiah itu merupakan hadiah yang
sama seperti yang dilihat didalam beg kertas dalam kereta Ifran. perasaan
cemburu dan kecewa mula bergayut pada hatinya. Namun, Umairah cepat sedar.
Tiada sebab dia mahu cemburu buta sedangkan Ifran dan Atikah adalah kawannya
juga.
“ apa ni?” tanya Atikah. Rasa bahagia mula menapak
disanubari. Zurina, Zizie dan Amirah sudah tersenyum-senyum melihat adegan
romantik antara Ifran dan Atikah. Pada mereka Atikah dan Ifran adalah pasangan
yang sangat sesuai. Sama cantik sama padan macam pinang dibelah dua.
“ bukalah.. harap awak suka.” Suruh Ifran. sempat matanya
mengerling kearah Umairah yang menayang wajah bersahaja. Hati Ifran sedikit
terkilan dengan reaksi Umairah yang tidak sama seperti diharapkan. Satu keluhan
kecil dilepaskan.
“ cantiknya... mesti mahal.”
“ tak adalah... biasa je. Suka tak?” desis Ifran lagi.
matanya merenung segenap wajah cantik milik Atikah. Atikah mengangguk laju
kepalanya menandakan dirinya amat menyukai pemberian Ifran.
“ suka sangat.” Sambung Atikah. Kerongsang pemberian
Ifran ditatap lama. Ada perasaan aneh mula menapak kedalam hatinya. Namun
begitu, perasaan itu cuba dipadamkan memandangkan Ifran adalah orang yang
dicintai sahabat baiknya sendiri.
Kafeteria yang asalnya sesak dipenuhi manusia kini
beransur tenang. Mungkin kerana waktu tengahari sudah berlalu, jadi tidak ramai
yang masuk untuk menjamu selera. Yang ada hanyalah beberapa pelajar yang sibuk
mengadap makanan sambil melayari internet. Umairah kerling jam pada telefon
bimbitnya. Bosan pula menanti kawan-kawannya yang berjanji untuk bertemu
dikafeteria ini pada jam 3 petang. Satu rengusan kasar dilepaskan, cuba
memadamkan rasa hangat dihati. Dia paling benci menjadi penunggu manusia yang
sukar menepati masa.
“hai... sorang je ke? Mana kawan-kawan kau?” tegur satu
suara disaat tangan Umairah baru sahaja mahu menekan punat telefon. Dia tidak
jadi menelefon Atikah.
“tengah tunggu kawan-kawan akulah ni. Kau pulak apahal
kat sini? Tak ada kelas ke?” soal Umairah pula. Wajah Ifran yang kini sudah
melabuhkan diri dihadapannya dipandang sekali lalu. Dia kemudiannya meliarkan
mata kearah pintu masuk kafeteria untuk mencari bayangan temannya yang belum
kunjung tiba.
“baru lepas habis kelas... Tikah dengan yang lain pun
satu kelas dengan aku. Kejap lagi sampailah tu diorang.” Jelas Ifran tenang.
Riak bosan Umairah dipandang lama. Dia teringat kembali peristiwa dihari jadi
Atikah. Sengaja dia memberikan hadiah yang asalnya untuk Umairah kepada Atikah.
Dia mahu melihat reaksi Umairah. Namun sayang, Umairah seperti tidak kisah
apatah lagi ingin cemburu.
“ooo...” pendek sahaja jawapan Umairah setelah mengetahui
perihal sebenar. Umairah mengerling wajah Ifran. dari ekor matanya dapat
dilihat Ifran sedang menatap wajahnya tanpa berbicara.
“jom aku belanja kau minum...” cetus Ifran tiba-tiba.
Umairah yang tenggelam dalam menungan kosong terpinga-pinga. Muncul garis-garis
halus didahinya dengan tawaran Ifran.
“aik? Apasal tetiba je nak belanja aku minum? Ni mesti
ada apa-apa ni...” sergah Umairah dengan mata yang menyorot tajam kearah Ifran.
Ifran melepaskan tawa kecil. Jelas kelihatan giginya yang tersusun elok.
“ala nak buat baik pun tak boleh ke? Ingat aku kedekut
sangat ke? Dah kau tunggu kejap. Aku pergi pesan minuman.” Tutur Ifran sambil
bingkas berdiri. Tanpa menunggu jawapan dari Umairah, Ifran segera menuju
kearah kaunter pembelian untuk mendapatkan minuman. Tak sampai dua minit, Ifran
kembali semula padanya dengan dua gelas teh ais ditangan.
“terima kasih...” ucap Umairah selepas menerima minuman
yang dibeli oleh Ifran.
“ kau dengan Tikah ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?”
tanya Ifran perlahan. Matanya menatap wajah Umairah yang menunduk demi menyedut
minuman yang baru dibeli itu.
“hmm tak ada... kenapa?”
“ooo... baguslah.” Balas Ifran ringkas dengan senyuman
mekar dibibir. Umairah yang setia menundukkan mukanya mengangkat wajah lalu
dipandang wajah girang Ifran. pelik dengan reaksi Ifran yang seronok dengan
jawapan darinya.
“ apa yang bagusnya?” soal Umairah belum mengerti. Ifran
tersengih lagi. Dalam hatinya kini mula merangka strategi.
“ aku ingat nak keluar beli barang petang nanti... tapi
tak tahu nak ajak siapa sebab nak beli barang perempuan. Hadiah untuk emak aku
sempena hari jadinya tak lama lagi.” Ujar Ifran satu persatu, berharap dengan
penerangan mudah itu Umairah akan mengerti. Umairah yang mendengar penjelasan
Ifran menggariskan senyuman. Tiba-tiba sahaja hatinya dilambung ombak asmara.
‘Ifran nak ajak aku keluar beli barang untuk emak dia ke?
Wow... bestnya. Maksudnya aku ni adalah orang pentinglah dalam hati dia.’ Hati
Umairah berbisik sendiri. Tersengih-sengih bibirnya memikirkan fakta itu.
“so.. kalo Tikah tak ada hal, bolehlah aku ajak dia
keluar petang nanti.” Sambung Ifran selamba. Senyuman dibibir Umairah mati
secara mendadak. Terus musnah segala ombak asmara yang memalu jantungnya.
Perasaannya kini menjadi kelabu dan bercelaru. Timbul rasa cemburu yang tidak
dapat dinafikan lagi.
“Mai... kalo Tikah tak setuju rancangan aku ni, boleh tak
kau tolong pujuk dia.” Minta Ifran dengan wajah penuh berharap. Sempat lagi
matanya meneliti segenap wajah Umairah demi mengesan perubahan wajah itu. namun
hatinya kecewa lagi. Riak Umairah hanya tenang tanpa sebarang bicara.
“okey... tak ada hal.” Putus Umairah seselamba yang
mungkin. Sedaya upaya dia menyembunyikan perasaan terkilan daripada pengetahuan
Ifran. dia tak nak lelaki itu menyedari bertapa hancurnya hatinya saat ini. dia
masih sayangkan maruahnya! Ifran tersenyum tawar. Suasana antara mereka kembali
sunyi. Masing-masing sibuk menyedut minuman berais sambil melayan perasaan.
“hoi... dating yer!” Sergah Zizie sambil menghempaskan
buku rujukan yang dibawa keatas meja. Ifran dan Umairah yang sedang mengelamun
sendiri terperanjat besar. Mula menyorot geram kearah Zizie yang tersengih
sumbing. Zizie, Amirah, Zurina dan Atikah menghenyakkan punggung diatas kerusi
yang disediakan.
“korang sembang apa ni? Mengumpat ke?” Amirah pula
bersuara. Sempat tangannya menarik gelas Umairah lalu disedut minuman berais
yang masih berbaki itu. lega tekaknya.
“tak adalah... tunggu koranglah lama sangat. Berjanggut
dah Ifran ni!” bebel Umairah.
“Maafkan kitorang Mai... ini hah, Ina ni yang tetiba
sakit perut pulak tadi. Itu yang lambat sikit sampai sini.” Terang Atikah
lembut. Sempat matanya melirik kearah Ifran yang hanya diam sahaja tanpa
bersuara.
“Tikah... kau ada hal ke petang nanti?”
“hmmm... tak ada. Awat Mai? Kau nak ajak aku pergi
mana-mana ke?” tingkah Atikah selepas berfikir sekejap. Umairah tersenyum sahaja
sambil matanya melirik kearah Ifran dan Atikah silih berganti.
“hah Ifran... cakaplah apa yang kau nak cakap dengan
Tikah tadi?” tekan Umairah dengan riak setenang mungkin. Zizie dan yang
lain-lain mula memanahkan pandangan kearah Ifran dengan senyuman nakal. Umairah
mengerti senyuman kawan-kawannya itu dan dia sedikit tersentuh apabila
memikirkannya.
“Tikah... kalau awak tak ada hal petang nanti boleh tak
awak temankan saya pergi beli barang?” Atikah terkedu seketika. Matanya sempat
melirik kearah Umairah yang mempamerkan wajah tiada perasaan. Ifran pula
memandangnya penuh dengan harapan malah hatinya sendiri memaksa dirinya
menerima perlawaan Ifran. dia gembira dengan ajakan lelaki itu, namun dalam
masa yang sama dia mahu menjaga hati Umairah.
“okey...” akhirnya Atikah berkeputusan. ‘ahh.. sekali sekala aku patut fikirkan perasaan aku
juga. Lagi pun, buat apa Mai nak marah sedangkan Ifran yang ajak aku... bukan
aku yang menggatal mengajak dia keluar.’ Atikah cuba memujuk hati sendiri. Mahu
mengusir rasa bersalah dengan keputusan yang telah dibuat.
“kau ni Ifran... mesti kau syok kat Tikahkan... kalau tak
mesti kau dah ajak bff kau tu keluar beli barang.” Giat Zurina dengan senyuman
nakal. Zizie dan Amirah turut tersenyum kecil, menyokong kata-kata Zurina.
Atikah dan Umairah hanya tersenyum tawar. Masing-masing sedang berperang dengan
perasaan sendiri.
“bukan aku tak nak ajak Mai tapi masalahnya Mai tak cukup
feminim untuk tolong aku beli barang. Baik aku ajak Tikah, lagi senang.”tingkah
Ifran . Umairah yang mendengar jawapan akhir Ifran tersentap. Menggigil
tangannya mendengar bicara jejaka itu. benci, menyampah, geram dan cemburu mula
bertali arus didalam lipatan hati. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Siapa
dia untuk mengubah hati Ifran... perlahan-lahan Umairah mula yakin, kata-kata
Ifran ditasik baru-baru ini hanyalah gurauan kasar semata-mata. Tidak lebih
daripada itu!
Atikah dan Ifran berjalan seiringan sambil memandang satu
persatu barangan yang dijual di pusat membeli belah. Sekali sekala mereka
menyentuh barangan yang berkenan dihati.
“awak nak cari apa sebenarnya ni?” cetus satu soalan dari
bibir mungil Atikah. Bibir seksi itu dicalit sedikit lipstik agar kelihatan
lebih menawan.
“something for my mum... saya pon tak tahu nak cari apa.”
Jelas Ifran dengan kepala yang tergaru-garu. Memang dia tidak tahu apa yang
perlu dicari untuk emaknya dan oleh kerana itulah dia memerlukan bantuan
seorang wanita untuk mencari hadiah ibunya.
“bajet duit banyak mana?”
“dalam 200-300 macam tu je la. Awak ada idea apa yang
patut saya bagi kepada mak saya?”
“hmmm...” Atikah berfikir sejenak. Mengorek mindanya
untuk memberi pertolongan yang terbaik untuk Ifran. tangan kanannya
mengetuk-ngetuk dagu untuk mempercepatkan proses idea datang bertandang.
“kalau bagi beg tangan okey tak?” tanya Atikah seterusnya
menyatakan pendapatnya. Ifran termenung sebentar. Menimbang pandangan ikhlas
daripada Atikah.
“mak saya dah ada banyak beg tangan... bosan pulak kalau
bagi benda yang sama jer. Another suggestion?” minta Ifran lagi. Dia pandang
wajah Atikah yang jauh berfikir. Tak dinafikan wajah Atikah cantik secantik
budi pekertinya. Namun, dia tidak pernah merasai perasaan magis apabila bersama
gadis itu. lain pula apabila bersama dengan Umairah. Cepat sahaja jantungnya berdegup
seolah-olah baru selesai berlari mengelilingi padang sekolah. Kadang-kadang
timbul juga rasa bersalah dihati Ifran kerana menggunakan Atikah untuk
membuatkan Umairah cemburu. Namun sayang, usahanya sia-sia sahaja malah Atikah
seperti memberi tindak balas positif dengan perasaan palsunya ini.
“kalau begitu awak bagi kain pasanglah. Sekali dengan
tudung. Awak mesti tahukan citarasa emak awak macam mana.” Cadang Atikah
sekaligus melenyapkan khayalan Ifran.
“citarasa? saya tak pastilah citarasa mak saya macam mana...” Jawab Ifran
teragak-agak. Malu juga ingin mengakui kelemahannya itu didepan Atikah.
“ at least you know your mom’s favourite colour? Right?” Ifran
tersenyum mesra sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Atikah mengeluh lega.
Mereka sama-sama menapak untuk mencari kain pasang dan tudung untuk dihadiahkan
kepada emak Ifran.
Bab 31
Atikah mengacau minuman berais yang masih penuh didalam
gelas. Sempat matanya mencuri pandang kearah Ifran yang sedang meliarkan
pandangan disekitar medan selera itu. wajah kacak Ifran seringkali buat dia
merasa tidak menentu. Kadang-kadang rasa berdebar, kadang-kadang bulu romanya
tegak berdiri dan seringkali dia merasa segan untuk berdepan dengan jejaka itu.
dia tahu apa maknanya semua ini. dia tahu hatinya bagaimana. Namun memikirkan
perasaan Umairah buat dirinya terpaksa melupakan perasaan suci itu.
“Tikah...” seru Ifran lembut. Riak Atikah yang tenggelam
dalam menungan panjang diperhatikan. Atikah tersentak, terpinga-pinga dengan
panggilan Ifran.
“jauh berangan...” usik Ifran dengan senyuman kecil.
Atikah membalas senyuman Ifran dengan gelengan kepala.
“tak adalah...” balasnya sepatah.
“by the way... thank for today.” Minta Ifran ikhlas. Dia
bersyukur kerana Atikah sudi membantunya mencari hadiah buat ibunya.
“not a big deal la... harap-harap emak awak sukalah apa
yang awak beli tu.”
“mesti dia suka punya... dah orang cantik macam awak yang
pilihkan...” puji Ifran. Atikah terkedu. Mula jantungnya mengepam darah dengan
lebih laju tatkala mendengar pujian yang entah ikhlas atau tidak daripada
Ifran. suasana antara Atikah dan Ifran sunyi sepi. Masing-masing sibuk mengadap
makan malam.
“Tikah...” panggil Ifran sekali lagi. Wajah Atikah yang
menunduk itu dipandang dalam-dalam. Ada sesuatu yang ingin ditanya dan disoal
kepada gadis manis itu. Atikah mengangkat wajahnya lalu dipandang Ifran yang
sedang merenungnya. Dengan penuh sabar dia menanti jejaka itu menyambung
bicaranya yang masih tergantung.
“Mai dengan awak kawan paling rapatkan...” mendengar
sahaja persoalan dari Ifran buat hati Atikah mula menggerutu. Rasa kecewa
melantun-lantun didalam jiwanya.
‘ kenapa dia perlu cakap tentang Mai waktu ini?’ bentak
hati Atikah dengan rasa geram. Wajah Ifran didepannya dipandang dalam-dalam.
“yer... kenapa awak tanya macam tu?” Atikah berlagak
tenang. Berusaha keras menyembunyikan rasa hati yang jelas cemburu. Ifran
berfikir sejenak. Mencari ayat yang paling sesuai untuk digunakan waktu ini.
“do you think she loves me?” dengan riak seselamba
mungkin Ifran menuturkan kata. Sebolehnya dia tidak mahu Atikah membaca
perasaannya yang sebenar.Atikah tersedak. Tidak sangka Ifran akan bertanya
sejujur ini padanya. perasaannya mula gelisah. Dia tidak tahu apa yang perlu
dijawab saat ini.
“hah? Awak tanya apa ni Ifran?” Atikah buat-buat tidak
faham. Menggigil tangannya menahan rasa yang berkecamuk dalam hatinya.
“ saya saja jer nak tahu perasaan dia... kot-kot dia
sukakan saya lebih daripada sahabat. Itu jer!” Atikah telan liur pelahan-lahan.
Semakin sesak nafasnya untuk melayan persoalan daripada Ifran.
“ kenapa awak nak tahu perasaan dia? Awak sukakan dia
ke?” bidas Atikah tepat mengena jantung Ifran. Ifran gamam. Kelu lidahnya untuk
membalas bait-bait pertanyaan daripada Atikah.
“tak adalah... saya anggap dia kawan baik jer. Tak lebih
daripada itu.” dalih Ifran penuh yakin. Atikah tersenyum dalam diam. Entah
kenapa hatinya melompat keriangan mendengar jawapan daripada Ifran.
“baguslah kalau awak rasa macam tu...”
“apa yang bagusnya? Ke awak cemburu kalau saya sukakan
Mai?” sempat lagi Ifran mengusik gadis anggun didepannya. Atikah tersengih
sahaja. Tidak mengiakan mahu pun menolak usikan daripada Ifran.
“baguslah kalau awak anggap Mai kawan baik jer sebab Mai
pon awak anggap kawan baik jer. Tak lebih daripada itu.” tutur Atikah dengan
senyuman mesra. Jauh disudut hatinya ada rasa bersalah kerana menipu Ifran
tetapi dia terpaksa buat semua itu. dia tak sanggup kehilangan Ifran kerana
Ifran sudah pun menakluki hatinya buat masa ini.
Jawapan bersahaja dari Atikah sudah dapat diagak oleh
Ifran. Dia sudah boleh meneka perasaan Umairah padanya cuma sebelum ini dia tak
nak terima hakikat. Nampaknya hari ini semuanya sudah terjawab. Umairah
betul-betul tiada perasaan magis terhadapnya. Ada rasa sebak dan sesak didalam
dadanya namun dia cuba bersabar. Mungkin semua ini ada hikmah yang tersembunyi.
Atikah yang terpandang riak kecewa pada wajah Ifran hanya mampu mengetap bibir.
Adakah Ifran sebenarnya turut menyimpan rasa terhadap Umairah? Itu sahaja yang
berlegar diotaknya kini.
Umairah mengeluh lemah. Matanya memandang lama tasik yang
terbentang luas didepan matanya saat ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menjamah
pipinya lembut. Cuba mendamaikan perasaannya yang cukup gelisah saat ini. Tiba-tiba
sahaja otaknya teringatkan perbualan ringkas yang berlangsung antaranya dan
Atikah selepas tamat waktu kelas. Dan kerana perbualan itulah dia membawa diri
ke tasik ini untuk menenangkan perasaan yang tidak tenteram.
“ If tu memang macam tu ke Mai?” Atikah yang sedang
mengemas buku notanya melontarkan soalan mudah kepada Umairah yang turut sibuk
memasukkan buku dan alat tulisnya kedalam beg sandang. Pertanyaan Atikah yang
kurang jelas itu menimbulkan garis halus dipermukaan dahi Umairah.
“macam tu macam mana?” balas Umairah kurang mengerti.
Atikah meliarkan mata sekitar kelas mereka. Memastikan tiada siapa mendengar
perbualannya dan Umairah.
“hoi Mai, Tikah... berapa lama lagi korang nak bersembang
tu. jom la balik.” Sergah Zizie yang sudah lama berdiri menanti dua lagi
sahabatnya.
“entahnya... terhegeh-hegeh. Cepatlah!” gesa Amirah pula.
Zurina yang disisi Zizie hanya diam memandang.
“korang bertiga balik dululah... aku ada hal sikit nak
sembang dengan Mai ni.” pinta Atikah lembut. Segaris senyuman manis terukir
elok dibibirnya. Zizie, Amirah dan Zurina sekadar mengangguk. Membiarkan dua
sahabat rapat itu berbual sesama sendiri.
“ kitorang balik dululah... malam nanti jangan lupa kita
ada discussion.” Pesan Zizie sebelum sama-sama bersama dua lagi teman mereka
meninggalkan Umairah dan Atikah yang masih belum ada tanda-tanda untuk beredar
dari kelas tersebut.
“haa... apa yang kau nak cakap tadi Tikah?” Umairah
kembali kepada topik utama mereka yang tergendala sebentar tadi. Wajah Atikah
direnung dengan perasaan ingin tahu.
Atikah diam sejenak sambil bermain jari sendiri. Tidak
pasti sama ada betul atau tidak tindakan yang bakal diambil sekejap lagi.
“Tikah...” panggil Umairah lembut. Mahu menyedarkan
Atikah dari lamunannya.
“kenapa ni... apa yang kau nak cakap dengan aku sampai
kawan-kawan kita yang lain tak boleh tahu?” tanya Umairah lagi. Matanya melekap
kemas pada wajah anggun milik Atikah. Gadis itu kelihatan serba-salah. Entah
apa yang mengganggu pemikiran Atikah sampai sebegitu sekali mimik wajahnya. Ada
kaitan dengan Ifran pula tu.
“Ifran...” sepatah perkataan meluncur keluar dari mulut
Atikah.
“Ifran? kenapa dengan dia?”
“dia memang jenis yang baik dengan semua perempuan ke?”
lambat-lambat soalan cepumas itu ditanya kepada Umairah.
“kenapa kau tanya macam tu? setahu aku memang dia jenis
ramah tamah... baik dengan semua orang. Tak kira lelaki perempuan. Kenapa?”
ujar Umairah masih belum faham hala tuju perbualan mereka tengahari ini. Atikah
mengeluh kecil.
“aku rasa macam dia ada hati dekat aku jer Mai... tapi
tak tahulah kot-kot aku yang perasan sendiri.” Ulas Atikah tanpa memandang
wajah Umairah. Ini adalah kali pertama dia menipu Umairah sepanjang
persahabatan mereka. Kenyataan yang direka semata-mata ini hanya untuk
membuatkan Umairah berhenti daripada mengharapkan cinta Ifran. Umairah yang
mendengar bicara Atikah terkedu sekejap. Kelu lidahnya untuk membalas bicara
teman baiknya itu. perlahan-lahan Umairah mengakui kenyataan yang muncul dari
mulut Atikah, dia sedar Ifran sedang cuba menarik perhatian Atikah.
“Mai... aku tak pasti pun benda tu betul atau tak.
Mungkin aku je yang syok sendiri. Kau tak payah risau yer Mai.” Cepat-cepat
Atikah membetulkan semula tanggapannya pada Ifran apabila melihat riak kecewa
yang terbias dari wajah Umairah.
“betullah tu kot dia ada hati kat kau... aku pun
perasanlah benda tu Tikah.” Tutur Umairah dengan senyuman kecil. Dia sedar
Atikah cuba menjaga perasaannya dan dia tidak mahu Atikah risau tentang
dirinya. Dia perlu kuat untuk menghadapi dugaan sebegini. Ahh cinta... hari ini
mungkin ada, esok-esok hilanglah tu. pujuk Umairah didalam hati.
“ kau... kau tak marah ke Mai?” teragak-agak Atikah
menyoal. Dia sebolehnya tak nak kerana lelaki hubungan baik antara dia dan
Umairah berkecai begitu sahaja. Umairah kedengaran ketawa perlahan. seolah-olah
mengambil ringan dengan persoalan Atikah.
“Tikah... buat apa pulak aku nak marah. Dah dia suka
dekat kau, aku nak kata apa. hati dia bukan aku yang kawal.”
“tapi... kau cintakan dia Mai. Aku tak nak nanti hubungan
kita jadi renggang hanya kerana Ifran sukakan aku.”
“Tikah... aku bukan jenis macam tu la. Takkanlah sebab
kau dan Ifran bercinta aku nak marah pulakkan. Lagi pun, perasaan aku ni entah
betul entah tidak perasaan cinta. Aku tak ada pulak rasa marah bila dengar kau
cakap macam tu. mungkin, aku hanya minat pada dia. Tak lebih daripada tu.” luah
Umairah dengan riak seselamba mungkin. Sebolehnya dia tidak mahu Atikah nampak
perasaan kecewa dan cemburunya. Dia tak nak Atikah rasa bersalah hanya kerana
perasaan Ifran. Dia tak nak menjadi batu penghalang sekiranya Atikah turut
menyimpan rasa buat Ifran.
“ betul ke kau ni Mai? Entah-entah kau cakap macam tu
sebab nak jaga hati aku.”
“laa betullah... kenapa muka aku nampak macam menipu ke?
Aku ni tak pandai menipulah Tikah. Macam kau tak kenal aku pulak.” Tambah Umairah
tegas. Sedaya upaya dia mahu meyakinkan Atikah tentang hati dan perasaannya
terhadap Ifran. Atikah yang melihat reaksi Umairah tersenyum kecil. Dia
percayakan sahabatnya ini. riak bersahaja Umairah meyakinkan hatinya tentang
perasaan wanita itu. mungkin betul Umairah hanya meminati Ifran... tidak lebih
daripada itu.
“Tikah... kita ni dah kawan lebih 6 tahun. Aku harap aku
tak menjadi orang yang merosakkan kebahagiaan kau. kalau kau juga sayang pada
Ifran, kau terima jelah perasaan dia pada kau. kau tak perlu rasa bersalah pada
aku sebab aku memang langsung tak kisah kalau kau dan dia bercinta. Aku lagi
gembira kalau tengok kawan baik aku yang cun ni bahagia.” Pujuk Umairah lembut
sekali gus cuba mengusir rasa gusar yang bertapak dihati Atikah. Senyuman semanis
madu diutarakan pada gadis itu agar Atikah tahu dirinya ikhlas dengan kata-kata
itu.
Atikah memandang lama wajah tenang Umairah. Reaksi
Umairah yang mampu tersenyum mesra membuatkan hati Atikah pasti dan yakin hati
Umairah tidak terluka dengan perbualan mereka.
“thank Mai... tapi
kau jangan risau, yang jatuh cintanya hanyalah Ifran. Aku tak. Jadi aku tak
akan bercinta dengan dia. Don’t worry bebeh.” Janji Atikah sambil menggenggam
erat jemari Umairah. Dia tak nak Umairah membaca hatinya yang sebenarnya sudah
mula bergetar bila berdepan Ifran. dia tak mahu Umairah kecewa meski pun gadis
itu sendiri sudah memberi kebenaran kepadanya sebentar tadi.
‘maafkan aku Mai... aku terlalu sayangkan Ifran. aku
terpaksa tipu perasaan sebenar Ifran kepada kau.’ bisik Atikah didalam hati.
Dia tahu dia akan rasa bersalah dengan perbuatan dan kata-katanya hari ini.
tapi dia terpaksa menipu kenyataan ini agar Umairah berhenti berharap pada
Ifran.
Tiga bulan telah berlalu dan hari ini secara rasminya
Umairah melihat sendiri Ifran melamar Atikah untuk menjadi kekasih hatinya.
Umairah menghampiri tasik yang terbentang luas didepannya. Dipandang lama
lautan indah itu dengan perasaan yang berkecamuk. Kolam matanya terasa sarat
dan berat. Perlahan-lahan beberapa titik mutiara hangat mula jatuh membasahi
pipi. Umairah cuba menahan rasa sebak namun dia tidak berdaya. Perasaan kecewa
dan sedih telah mengatasi segala-galanya.
“Mai...” teguran tanpa salam itu mengejutkan Umairah yang
tenggelam dalam perasaan sendiri. Cepat-cepat dia menyapu air hangat pada
pipinya agar si penegur tidak perasan situasinya saat ini. namun begitu, Ifran
belum buta untuk melihat tingkah Umairah yang tergesa-gesa mengelap air mata.
Terus badannya yang tadi berdiri tegak disebelah Umairah melabuhkan punggung.
Ditatap wajah Umairah yang sudah lencun dengan air mata dengan rasa curiga.
“kenapa dengan kau ni? apasal kau menangis Mai? Ada orang
kacau kau ke?” bertubi-tubi soalan muncul dari kerongkong Ifran. matanya masih
ralit memandang wajah Umairah yang sedang cuba menenangkan diri. Tidak pernah
sekali pun dia melihat Umairah menangis seteruk ini. entah apa yang telah
mengganggu benak gadis ini pun dia tidak pasti. Umairah cepat-cepat
menggeleng-gelengkan kepalanya. Menolak segala telahan yang dibuat oleh kekasih
Atikah.
“mana ada aku menangis... mata aku pedih je la. Masuk
habuk!” dalih Umairah dengan suara sedikit serak. Hidungnya sudah tersumbat
dengan cecair pekat membuatkan suaranya turut berubah. Ifran mengeluh kecil.
Kelakar mendengar alasan lapuk daripada Umairah.
“Mai... aku tak buta okey... aku bukannya tak boleh beza
kau menangis atau mata kau memang masuk habuk. Cuba cakap dekat aku... kenapa
kau tetiba sedih semacam je ni.”
“tak ada apa-apalah If... kau tak payah risau okey...”
minta Umairah lembut. Ifran merengus perlahan. agak kecewa dengan sikap Umairah
yang terlalu berahsia.
“Mai... aku ni kawan baik kau... aku tak berkawan dengan
kau hanya untuk perkara manis-manis jer. Aku berkawan dengan kau untuk merasai
segala perkara manis dan pahit yang kau rasa. Cuba kau terus terang dengan aku
apa masalah kau sekarang. aku tak suka tengok kau meratap, menangis macam ni.”
Umairah diam membukam. Kata-kata pujukan dari Ifran bagaikan angin lalu sahaja
melintasi didepannya.
“ trust me If... aku tak apa-apa... aku Cuma rindukan famili
aku. Homesick! Itu jer.” Alasan demi alasan bertali arus keluar dari bibir
Umairah. Ifran menghela nafas perlahan. dia tahu Umairah menipu. Dia bukan
sehari dua mengenali sahabat baiknya itu. Mungkin Umairah ada masalah sendiri
dan masalah itu terlalu peribadi untuk dikongsikan bersamanya.
“nanti-nanti kalau kau rasa nak meluahkan perasaan, kau
cari je aku Mai. Aku selalu ada untuk dengar dan bantu masalah kau selagi
boleh.” Pujuk Ifran akhirnya. Dia tidak mahu terlalu menggesa Umairah. Gadis
itu ada hak untuk merahsiakan masalahnya sendiri. Siapa dia untuk memaksa
Umairah? Kata-kata daripada Ifran hanya dibalas dengan anggukan kecil daripada
Umairah. Agak terharu dengan keikhlasan temannya itu. suasana sunyi sepi antara
Ifran dan Umairah... masing-masing sibuk melayan perasaan sendiri.
“ kau dengan Tikah macam mana? Aku tengok korang berdua
makin mesra sekarang. ada apa-apa ke?” soal Umairah dengan nada yang cukup
tenang. Dia sendiri kagum dengan diri sendiri yang mampu berlagak setenang itu.
Ifran disebelahnya kelihatan mengukir senyuman... bahagia barangkali! Maklumlah
cintanya sudah diterima Atikah.
“ baru tadi aku ajak dia jadi kekasih aku dan
alhamdullilah, Tikah terima. Terima kasih yer Mai... kau banyak bantu aku untuk
dapatkan cinta Tikah.” Jelas Ifran dengan bibir yang masih lebar dengan
senyuman. Umairah ketap bibirnya perlahan. cukup terhiris dengan jawapan Ifran
namun apa yang dia boleh buat... Ifran hanya cintakan Atikah dan dia sekadar
kawan baik lelaki itu. tidak lebih daripada itu.
“ Ifran... kau dan Tikah dua-dua kawan baik aku... aku
harap sangat kau boleh jaga dia baik-baik, hargai cinta dan sayangi dia setulus
hati kau. dia perempuan yang paling baik aku pernah kenal seumur hidup aku dan
kaulah lelaki yang paling bertuah sebab dapat dia. Aku doakan korang akan
bahagia sampai bila-bila, kalau boleh sampai ke jinjang pelamin.” Bisik Umairah
dengan wajah yang dimaniskan. Memang hatinya cukup perit untuk melafazkan doa
itu namun dia ikhlas.
Dia sayangkan sahabat-sahabatnya dan dia akan cuba bergembira
demi sahabatnya. Ifran yang mendengar luahan rasa Umairah sekadar tersenyum
tawar. Tak dinafikan hatinya masih berbekas untuk Umairah. Namun dia kini sudah
berjanji untuk setia pada Atikah. Dia mahu belajar mencintai Atikah kerana dia
sudah memberi harapan yang menggunung pada wanita itu. rasanya tidak salah dia
belajar menyayangi Atikah kerana gadis itu jelas lagi nyata amat sayang
padanya. Mungkin Atikahlah jodohnya sebenar.
Adoiiii..geram si Atikah....perampas....next bab eniey...hihihi
ReplyDeleteEeeee gerammnyerrrrr
ReplyDeleteeeee atikah teruk!!!!! next entry plzzzz....
ReplyDeleteJahat jugak rupanya Atikah nie.....kwn mkn kwn...
ReplyDeleteOh...mcm tu ceritanya...baru ler tahu...Atikah rupanya perampas...bukan Umairah...
ReplyDeleteCerita ni lain dr yg lain...mula2 benci rasa dgn Mai...skrg jadi benci pulak pada Atikah Slps tahu perkara sebenar.....suatu kejutan...Mai tak seteruk yg disangka...hola...tak sabar nak baca keseluruhan cerita...haha...mudah2an ada rezeki utk diterbitkan...kalau dpt jadi drama confirm meletupz
DeleteFinally lepas marathon 1 hari baru tahu cerita sebenarnya..memang la tikah ni jahat, xhbs2 nk seksa n nmpkkn yg mai ni jahat.. nak lagi..cepat eh sambung..
ReplyDelete