Bab 21
Ifran menolak troli yang sudah diisi dengan barang basah
dan kering. Umairah disebelahnya membaca satu persatu barangan yang perlu
dicari.
“ Sos cili dah ambik belum?” Soal Umairah pada Ifran.
Tiba-tiba sahaja dia teringat sos cili tiada di rumah Ifran.
“Belum.” Balas Ifran pendek. Disorong troli untuk mencari
sos cili yang disebut Umairah. Umairah menarik sebotol sos cili lalu dimasukkan
ke dalam troli.
“Hmm semua barang dah ada... Apa barang yang kau nak
cari?” Tegur Umairah setelah selesai mencari barang-barang yang ditulis pada kertas kecil yang dibawanya. Dikerling Ifran yang berada disebelah.
“ Minyak rambut dengan shaver...”
“Itu je ke? Ala kenapa tak pesan je tadi. Tak payah kau
susah-susah ikut aku ke sini.” Luah Umairah sambil menemani Ifran ke bahagian
barangan lelaki.
“ Apa pulak susahnya.. Barang-barang ni pon aku yang
pakai. Takkan nak harap kau sorang je pergi cari.” Tolak Ifran kurang senang
jawapan Umairah. Macam aku ni tak boleh diharap langsung bunyinya. Masing-masing
diam selepas mendengar jawapan dari Ifran. Entah apa silap Umairah yang sedang
berjalan penuh keyakinan tiba-tiba sahaja jatuh tertiarap. Umairah memegang
pinggangnya terasa senak apabila dilanggar troli dari tepi. Terkejut Ifran
dengan kejadian yang berlaku dihadapan matanya. Cepat-cepat dia mara kearah
Umairah yang terduduk dengan wajah yang berkerut menahan sakit.
“Kenapa ni...” Umairah menunjukkan ke arah troli yang
melanggarnya setelah mendengar pertanyaan dari Ifran. Berdenyut-denyut
pinggangnya akibat perlanggaran dengar troli tersebut.
“ Buta ke apa? Tak nampak ke aku tengah tolak troli!” Tengking
satu suara. Cuba berlagak tidak bersalah dalam kejadian pelanggaran antara
trolinya dan Umairah. Ifran naik angin mendengar suara yang memandai-mandai
menengking isterinya. Pantas langkah diatur menghampiri lelaki yang masih
belasan tahun itu.
“ Kau cakap apa? Buta? Siapa yang buta sekarang ni?” Bentak
Ifran garang. Mencerlung dia memandang wajah remaja didepannya kini. Kecut
perut remaja itu melihat kebengisan wajah Ifran.
“Sorry bro.. Sorry.” Minta lelaki muda itu kalut.
“Bukan pada aku. Pada akak ni.” Tegas Ifran sambil menghalakan
jari telunjuknya kearah Umairah yang sudah bingkas berdiri. Remaja yang bernama
Hazif itu mencicit kearah Umairah untuk memohon kemaafan.
“Maaf kak...” Pinta Hazif segan. Takut pula dia mahu
melawan dengan lelaki yang lebih berusia darinya. Malah badan Ifran yang jauh
lebih sasa buat dirinya gementar. Ada baiknya dia mengikut sahaja permintaan
Ifran walaupun hatinya tidak ikhlas.
“ Tak pe.. Akak pon minta maaf. Mungkin akak yang salah
tadi.” Ujar Umairah tenang. Hazif tersenyum lega. Baik juga kakak ni rupanya.
Desis hatinya sebelum beredar meninggalkan suami isteri didepannya.
“Okey tak?” Tanya Ifran lembut. Umairah tersengih senang
dengan pertanyaan dari Ifran. sayang juga Ifran padanya. Aduh jauh pulak aku
perasan! Marah Umairah pada dirinya.
“ Okey je... Dah hilang pon rasa sakit tu.” Jujur Umairah
berkata. Ifran mengangguk kepalanya tanda mengerti. Sempat Ifran menarik
Umairah supaya dekat dengannya lalu tangan Umairah digenggam erat. Umairah yang
sedang merenung jalan dihadapan sedikit tersentak. Pandangan aneh dijatuhkan
pada wajah Ifran yang kelihatan bersahaja.
“ karang kau jatuh lagi...” ulas Ifran yang mengerti
pandangan dari Umairah. Umairah diam sahaja mendengar jawapan dari suaminya
namun ada rasa bahagia mula berbunga memenuhi segenap hati. Mereka menyambung
sesi membeli belah barang-barang kehidupan harian yang masih belum selesai.
Setelah selesai memilih barang, Umairah dan Ifran kini sedang
menunggu giliran untuk membayar barangan yang dibeli. Sedang kedua-duanya sibuk
mengelamun menanti giliran tiba, satu kelibat manusia yang amat dikenali
kelihatan sedang membimbit barang yang sudah selesai dibayar terlayar
dipandangan Umairah dan Ifran. Umairah menjeling Ifran yang berada
disebelahnya. Lelaki itu turut menyedari kehadiran Atikah yang sudah selesai
membayar barangan yang dibeli.
“ Nah...” Tiba-tiba sahaja Ifran menghulurkan wang
sebanyak RM 150 kepada Umairah. Dahi Umairah berlapis-lapis memandang kearah
Ifran tanda tidak mengerti.
“Kau tunggu sini dan bayar semua barang ni.. Nanti balik
naik teksi. Aku pergi dulu.” Minta Ifran sambil mengejar langkah Atikah yang
sudah jauh meninggalkan mereka. Umairah hanya mampu melihat pemergian Ifran
tanpa sempat melarang. Tapi apakan dayanya, dia tiada hak untuk menghalang
Ifran dari menemui Atikah. Rasa marah terhadap Atikah mula memuncak namun jauh
disudut hatinya, perasaan kecewa dengan sikap Ifran yang tegar meninggalkannya
sendiri demi bekas kekasihnya lebih terasa. Sampai hati Ifran! Kalau aku tahu
jadi macam ni baik aku datang sendiri, bawak kereta sendiri. Menyusahkan orang
jer kerjanya.
“Atikah.” Jerit Ifran sambil mendapatkan Atikah yang
sudah jauh ke depan. Atikah yang terdengar suara memanggil namanya berhenti dan
memandang sekeliling. Mencari wajah yang dikenali.
“Atikah...” seru Ifran sekali lagi apabila tiba disebelah
gadis tinggi lampai itu. Wajah Atikah sedikit berubah melihat kehadiran Ifran
disebelahnya. Tangannya yang terasa berat membawa barangan dapur yang dibeli
tiba-tiba sahaja terasa ringan. Rupanya, Ifran telah merampas beberapa beg
plastik darinya lalu tolong membawanya.
“ Awak buat apa dekat sini?” Ringkas pertanyaan dari Atikah.
Matanya merenung wajah Ifran yang cukup hampir dengannya. Ada rasa rindu
bergetar dalam hatinya, namun dia cepat sedar. Ifran milik Umairah, bukan
miliknya.
“ Saya datang beli barang... Kebetulan terserempak dengan
awak. Jom saya hantar awak balik.” Ajak Ifran dengan senyuman menawan.
“Eh tak p...”
“ Ala.. Tak payah nak segan la. Lagi pon, awak tak ada
kenderaan nak balikkan. Jom la saya hantar awak.” Potong Ifran sekali gus
menggesa Atikah. Atikah diam seketika. Berfikir masak-masak tawaran dari Ifran.
“Jom la.” Balas Atikah akhirnya. Memikirkan barangnya
yang agak banyak dan sukar untuk dibawa membuatkan Atikah menerima ajakan
Ifran. Ifran tersenyum riang, gembira apabila tawarannya diterima Atikah.
“ Sebelum balik kita makan dulu nak? Saya lapar la.” Rengek
Ifran manja. Mengharapkan Atikah sudi dengan ajakan kali ini. Atikah mengeluh
kecil sebelum mengangguk. Tak luak mana pon keluar dengan Ifran. Desis hatinya.
“ Pim.. Pim...” Beberapa kali hon dibunyikan lalu
mengejutkan Umairah yang sedang menunggu teksi. Matanya membuang pandang ke arah
kereta yang mengeluarkan bunyi bising tersebut. Bingit!
“Mai...” Jerit Haikal sambil keluar dari kereta yang
mengganggu pendengaran awam itu tadi. Umairah terkejut dengan kehadiran Haikal
namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman. Wajah Haikal yang kini sudah
terpacak dihadapannya dipandang lama.
“ Datang beli barang jugak ke?” Tegur Umairah senang.
Diberikan sedikit ruang kepada Haikal yang masih berdiri. Haikal melabuhkan
punggung disebelah Umairah.
“ A’ah... Tapi nak balik dah. Awak datang sorang je ke?”
“Yup... Ini pon nak balik dah.”
“Balik naik apa?” Soal Haikal lagi. Melihat beberapa
plastik besar yang dibawa Umairah mendatangkan rasa simpati kepada gadis itu.
Manalah pergi suami Umairah, boleh dibiarkan isteri datang beli barang
sorang-sorang macam ni. Banyak pulak tu!
“ Naik teksi.. Tengah tunggu la ni.” Ulas Umairah.
“ Aik kenapa naik teksi? Mana pergi kereta Myvi awak tu?”
“ Kat rumah... Rosak.” Dalih Umairah. Dapat mengagak
Haikal akan bertanya tentang suaminya pula selepas ini.
“ Dah tu mana Ifran? Kenapa tak ajak dia datang sekali.”
“Ifran kerja hari ini...” Tipu Umairah. Haikal
mengangguk-angguk tanda mengerti.
“Kalau macam tu marilah saya hantar awak balik. Saya pon
dah nak balik.” Ajak Haikal ikhlas. Apa salahnya dia membantu Umairah.
“Eh tak payah la... Susah-susah je. Saya boleh balik naik
teksi.” Tolak Umairah. Tidak gemar menyusahkan Haikal. Lagi pon, arah rumah
mereka adalah bertentangan.
“ Ala awak ni.. Tak susah mana pon. Lagi pon awakkan kawan
saya. Marilah saya hantar awak. Cepat balik, cepat sampai dan cepatlah awak
boleh berehat.” Tutur Haikal lagi. Dia mengambil beberapa beg plastik yang
diletakkan diatas lantai.
“ Okey... Jom la kalau macam tu.” Umairah menerima ajakan
dari Haikal lalu sama-sama menuju ke kereta Toyota Vios milik Haikal.
Bab 22
“ Sedap tak?” Ifran memecahkan kebisuan diantaranya dan
Atikah. Mereka kini sedang menikmati juadah tengahari di Restoren Nelayan
Seafood.
“ Okey.. Best la jugak.” Ulas Atikah mudah. Dia
meneruskan suapan yang baru sahaja bermula. Ifran merenung segenap wajah cantik
milik Atikah tanpa jemu. Dia rindukan suasana sebegini dengan Atikah. Ini
adalah kali pertama dia dan Atikah keluar berdua-duaan setelah lebih 2 tahun
berpisah. Atikah mengangkat mukanya tatkala terasa dipandang. Mukanya merintik
merah tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik Ifran yang
merenungnya penuh asyik.
“Makanlah...” Suruh Atikah yang cuba mengawal degupan
jantungnya yang mula tidak teratur. Ifran tersenyum kecil melihat reaksi Atikah
yang malu-malu. Dia meneruskan suapan yang tertangguh.
“Lama dah kita tak keluar macam ni kan...” Ifran mula
mengungkit kisah silam mereka. Sengaja topik itu dikeluarkan. Untung sabut
timbul, Atikah akan menerimanya kembali. Diam! Itu respon Atikah saat ini.
“ Tikah....” Panggil Ifran lembut. Atikah mendongak
apabila mendengar Ifran memanggilnya. Dibalas pandangan Ifran dengan perasaan
ingin tahu.
“Hmm?”
“ Kita sambung kembali hubungan kita. Saya masih cintakan
awak. Saya tak pernah buang nama awak dari hati saya.” Minta Ifran separuh
merayu. Dia tidak pernah penat dalam meraih kasih Atikah. Atikah diam memandang
wajah Ifran amat ikhlas dimatanya. Bukan Ifran sahaja yang terseksa dengan
perpisahan mereka, dia juga menderita. Tapi apa dia boleh buat? Ifran masih
lagi suami Umairah, masakan dia mahu merampas suami adik sendiri. Dia tidak
sekejam itu.
“ Kita lupakan je la...”
“Tak nak.. Saya cintakan awak dan awak juga cintakan
saya. Kenapa kita tak boleh teruskan kembali cinta kita? Sayang please. Untuk
kali ini saya tak akan kecewakan hati awak lagi.” Potong Ifran. Atikah serba-salah.
Tangannya sekadar menguis nasi didalam pinggan tanpa disuakan kedalam mulut.
“ Awak suami Mai, If. Kita tak mungkin dapat bersama
lagi.”
“ Hubungan kami tak akan lama Tikah. Percayalah.”
“Dari awal awak kahwin sampailah sekarang itu je awak
cakap If. Tapi, lama tak lama dah dekat 2 tahun awak dan dia berkahwin. Macam
mana saya nak percaya kata-kata awak?” Sela Atikah setelah lama mendiamkan
diri.
“ Beri saya masa. Saya akan berpisah dengan dia secepat
mungkin.”
“ Bila?” Tokok Atikah tidak puas hati. Ifran diam, tidak
berani membuat sebarang janji.
“ Tengok? Awak sendiri tidak tahu bila semua tu boleh
berlaku tapi ada hati nak suruh saya terima awak kembali. Nonsense.” Keras
suara Atikah.
“Beri saya masa Tikah... Bukan mudah saya nak berpisah
dengan dia.”
“ Dah hampir 2 tahun berlalu, tak cukup lagi ke masa tu?”
Bidas Atikah selamba.
“If, cakap je la awak sebenarnya langsung tak ada
rancangan nak tinggalkan dia. Awak sebenarnya masih nak simpan dia sebagai
isterikan.” Tembak Atikah geram. Dia benci melihat sikap Ifran yang berdolak
dalih didepannya. Kalau betul tak cintakan Umairah, kenapa tak diceraikan
sahaja gadis itu. Selesai masalah! Ini tidak, aku dia nak, Umairah pon dia nak
sapu. Jantan jenis apa la mamat ni.
“ Bukan macam tu Tikah. Berpisah ni bukan melibatkan saya
dan dia sahaja. Perkara ini melibatkan kedua belah keluarga kami.” Tegas Ifran
cuba menegakkan kebenaran.
“Alasan If. Orang kalau dah tak bersungguh memang akan beri
macam-macam alasan.” Sinis Atikah membalas. Ifran mengeluh kecil. Dia sukar
untuk membuat keputusan. Dia sayangkan Atikah tetapi dia juga sayangkan
keluarganya. Tidak tergamak menghancurkan hati ahli keluarga yang begitu
menyukai Umairah. Lagi pon, dengan kesihatan ayahnya yang tidak mengizinkan
membantutkan keberaniannya untuk berpisah dengan Umairah.
“ Lupakan je la kisah silam antara kita If... Anggap je
la kita berdua tiada jodoh. Lagi pon, saya yakin awak boleh cintai Umairah.”
Pujuk Atikah akhirnya. Dipandang wajah Ifran yang terukir riak kecewa. Suasana
antara mereka bisu, masing-masing melayan fikiran entah ke mana.
“ Kalau saya berpisah dengan dia, boleh awak janji untuk
terima saya?” Duga Ifran setelah lama membisu. Wajah Atikah dipandang dengan
rasa ingin tahu. Atikah terkedu sekejap. Mulutnya terkunci rapat memikirkan
persoalan yang cukup mencabar daripada Ifran.
“ Kalau ada jodoh ada la...” Jawab Atikah mudah. Entah
kenapa hatinya bergetar dengan persoalan dari Ifran. Dia keliru antara rasa
sayangnya terhadap Ifran yang masih menggebu atau kasihnya terhadap Umairah
yang masih mewangi. Mungkinkah dia mengambil bekas teman baiknya sendiri?
“ Hai.....” Tegur Haikal kepada pasangan yang sedang
menjamu selera didepannya kini. Ifran dan Atikah mengangkat wajah mereka lalu
memandang si penegur. Kelihatan Haikal membawa sepinggan nasi berlauk tersenyum
kearah mereka.
“ Hai...” Balas Ifran dengan senyuman tak seberapa
ikhlas. Wajah Haikal yang tersenyum dipandangnya.
“ Sorang je ke?” Ifran sekadar berbasa-basi manakala
Atikah hanya melihat. Dia tidak kenal dengan lelaki yang menegurnya dan Ifran.
Mungkin kawan Ifran.
“ Dengan Mai... Haa itu pon dia.” Jawab Haikal dengan
senyuman penuh makna. Entah kenapa, melihat Atikah dan Ifran makan berdua
begini mendatangkan rasa gembira dihatinya. Mula memasang cita-cita untuk
merampas kembali Umairah dari Ifran. Ada can nampaknya!
“ Mai...” Jerit Haikal sambil melambai kearah gadis itu.
Umairah yang membawa sepinggan nasi berlauk sedikit tersentak apabila melihat
kehadiran Ifran dan Atikah direstoren ini. Terus rona wajahnya berubah. Rasa
cemburu mula bergetar didalam jiwanya. Umairah menghampiri Haikal. Perasaan
canggung mula terasa.
“ Jom la join kitorang makan.” Ajak Atikah. Tersenyum
kearah Umairah walaupun gadis itu buat tidak nampak sahaja dengan kewujudannya.
“ Okey jugak.” Setuju Haikal tanpa menyoal Umairah.
Haikal melabuhkan diri dihadapan Atikah manakala Umairah duduk setentang dengan
Ifran. Jelas di mata Umairah wajah Ifran yang sudah masam mencuka. Marah
barangkali kehadirannya yang mengganggu temujanji dia dan Atikah.
“ Saya Atikah... Awak?” Soal Atikah. Tidak seronok pula
jika tidak mengenali teman Umairah. Namun dalam diam dia terfikir status Haikal
dihati Umairah. Adakah istimewa?
“ Haikal..” Ulas Haikal pendek. Suasana kembali sunyi.
Tiada idea untuk berbual.
“ Kerja jugak ke hari cuti macam ni Ifran?” Haikal
sekadar berbasa-basi. Tidak seronok pula mereka diam sahaja dari tadi. Umairah
agak panik apabila soalan itu diutarakan. Cepat-cepat dia menyepak kaki Ifran
supaya jejaka itu mengiakan sahaja kata-kata Haikal.
“ Aduh....” Sedikit terjerit Ifran lalu memandang tajam
kearah Umairah yang mempamerkan wajah tidak bersalah. Tanpa mempedulikan Umairah
yang tiba-tiba sahaja menendangnya, Ifran membalas pertanyaan dari Haikal.
“ Tak ada la... Nampak macam pergi kerja ke?”
“Mana kerja hari ni.. Kitorang terserempak dekat Tesco
tadi.” Sokong Atikah tanpa diminta. Raut wajah Umairah sudah berubah dan dia
dapat melihat dari ekor matanya, Haikal merenungnya dengan wajah yang pelik.
Akhirnya Umairah menunduk sahaja.
“Eh korang pon pergi Tesco ke tadi? Saya dengan Mai pon bertembung
dekat Tesco. Kebetulan pulak yer.” Tambah Haikal. Umairah tersedak mendengar
pengakuan dari Haikal. Fikirannya jadi rumit apabila Haikal sibuk mengungkit
perihal kejadian di Tesco. Sudahlah jejaka itu sudah ditipunya tadi.
Cepat-cepat Ifran suakan air kepada Umairah demi menghilangkan rasa perit
ditekak gadis itu.
“ Makan pelan-pelan...” Suruh Ifran perlahan. Satu helai
tisu ditarik dan diberikan kepada Umairah.
“Thank.” Ucap Umairah sambil mengambil tisu yang
dihulurkan oleh Ifran. Atikah yang melihat tingkah laku Ifran yang kelihatan
mengambil berat terhadap Umairah merasa sedikit kecewa. Mungkin sebab ini Ifran
dan Umairah tak bercerai sampai sekarang! Nampaknya dia dan Ifran betul-betul
tidak akan kembali bersama lagi, eloklah dia berputus asa lebih awal supaya
hatinya tidak makin merana. Lain pula dihati Haikal. Rasa cemburunya
bertimpa-timpa melihat kemesraan pasangan suami isteri itu. Namun begitu, dia
tetap berazam untuk merampas Umairah dari Ifran memandangkan rumah tangga gadis
ini ternyata bukanlah seindah yang dikhabarkan.
Rasa cam xcukup jee....hihihi....nak lagi....nnt up lg yer....sian Umairah...
ReplyDeleteBetul2 mcm x cukup je...
ReplyDeleteBest....
ReplyDeletetq sebab sudi singgah dan baca cerita ni...
DeleteKesian ngan mai
ReplyDeleteyup... tp salah dia jugakkan pegi ambil bf org. tq sebab sudi singgah dan baca.
Delete