IKLAN NUFFNANG

Thursday, September 18, 2014

Tetap Kau Yang Satu bab 24

Bab 24

“ Tikah... apa pandangan kau terhadap Ifran?” Soal Umairah sambil meletakkan beberapa buah buku yang dipinjam dari perpustakaan diatas meja bulat kafeteria. Kawannya Zurina, Zizie dan Amirah mempunyai agenda lain lalu meninggalkan dia dan Atikah berdua. Atikah tersengih mendengar persoalan dari Umairah.

“ Aik.... Lain macam bunyinya tu. Jatuh cinta ke?” Usik Atikah senang. Terlayar diingatannya wajah kacak pelajar lelaki yang bernama Ifran. Dia dan Umairah mula rapat dengan Ifran apabila mereka secara kebetulannya disatukan untuk menyiapkan satu tugasan didalam kelas Beginning calculus.

“ Kau ni.... Serius la.” Marah Umairah namun tidak serius. Marah-marah sayang jer. Atikah mengekek melihat reaksi Umairah. Tidak pernah Umairah berbicara tentang lelaki dengannya. Inilah kali pertama setelah lebih 6 tahun bersahabat dengan Umairah.

“ Tikah....” Rengek Umairah geram. Tercalar egonya melihat Atikah galak ketawakan dirinya. Perasaan malu mula menebal namun cuba dipadamkan memandangkan hanya Atikah sahaja yang tahu tentang perkara ini. Ahh, dia jarang merahsiakan apa-apa dari pengetahuan Atikah. Gadis itu sudah dianggap seperti darah dagingnya sendiri.

“ Okey okey okey... Sorry sayang.” Minta Atikah setelah menghabiskan sisa ketawa. Namun begitu mulutnya tak lepas-lepas dari senyuman nakal. Umairah mendengus! Mencebik melihat reaksi Atikah.

“ Pandangan macam mana maksud kau?” Atikah mula serius. Dia menatap wajah Umairah yang sedang merenungnya.

“ Ye la.. Kau rasa dia tu lelaki macam mana? Baik ke, hensem ke, playboy ke, lelaki tak boleh di harap ke? Apa-apa je la pendapat kau. Be honest!” Jelas Umairah lembut.

“ Kenapa kau tanya aku? Apesal tak tanya Zizie, Ina atau Mirah?”

“ Aku segan la dengan diorang. Dengan kau tak apa...”

“ Kalau segan tu maksudnya betul la kau sukakan Ifran tu yer...” Giat Atikah lagi. Langsung tak melepaskan peluang untuk mengusik Umairah.

“ Hish kau ni... Jawab je la. Banyak cekadak pulak!” Bebel Umairah.

“ Ye la –ye la. Itu pon nak marah.”

“ Bagi aku la kan, Ifran tu lelaki yang kacak, suka bergurau, jenis yang comitted bila buat kerja, dan yang penting...” Sengaja Atikah menggantungkan ayatnya. Mahu membuatkan Umairah teruja.

“Yang penting?” Soal Umairah tidak sabar. Tidak berkelip matanya merenung Atikah didepannya.

“ Yang penting dia single... Tak ada girlfriend.” Ujar Atikah dengan senyuman simpul. Umairah tersengih-sengih bak kerang busuk. Mula memasang angan untuk bercinta dengan jejaka yang mula disukainya dalam diam.

“ Dah tak payah berangan... Kau patut berusaha dapatkan dia!” Cetus Atikah merosakkan angan-angan Umairah. Sempat tangannya menepuk bahu Umairah yang tersengih sendiri. Umairah mengerling Atikah sebelum mengeluh kecil.

“ Berusaha macam mana? Aku seganlah bab-bab macam ni. Kau tahu je la kan, sepanjang 20 tahun aku hidup mana pernah aku bercinta. Mengorat pon tak pernah apa lagi di tackle orang.”

“ Kau ni Mai... Kalau segan sampai ke tua la kau single mingle. Cuba berani sikit. Jangan menyesal kalau dia di kebas orang. Ifran tu complete package, mesti ramai perempuan nak masuk line.” Nasihat Atikah. Dalam maknanya. Umairah diam memikirkan kata-kata Atikah yang ada benarnya tu. Namun, boleh ke dia menyahut kata-kata Atikah sedangkan dihatinya peraaan malu dan segan masih menebal? Lagi pun dia dan Ifran adalah sahabat baik, kelakar pula rasanya untuk meluahkan rasa cinta kepada teman baik sendiri. Buatnya perasaan dia ditolak, pasti persahabatannya dan Ifran juga akan terjejas.




“Saya cintakan awak...” Luah Ifran dengan sejambak bunga mawar merah kepada Atikah ketika gadis itu sedang menjamu selera. Atikah tercengang lalu memandang lama kearah Ifran yang merenungnya tepat. Sinar mata jejaka itu mendatangkan getaran hebat dijantungnya. Membuatkan rasa sayang yang tersimpan selama ini mekar mewangi.

“ Sorry?” Atikah meminta Ifran mengulang kembali bisikan cintanya itu tadi. Mana tahu dia tersalah dengar. Malu pulak kalau salah faham.

“ Saya cintakan awak... Sudikah awak jadi kekasih saya?” Ifran menambah soalan. Jambangan bunga yang dihulurkan kepada Atikah masih belum disambut. Atikah menelan liur. Mee sup yang dinikmati ditolak ketepi. Mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada Ifran.

“ Awak cintakan saya tak?” Soal Ifran memecah kesunyian. Atikah diam dan hanya memandangnya. Atikah masih membisu. Tidak tahu apa yang perlu dibalas kepada Ifran saat ini. Matanya jatuh pada jambangan bunga yang masih belum disambut.

“Kalau awak tak sukakan saya, sekurang-kurangnya awak terima bunga ni. Saya tahu cinta tidak boleh dipaksa tetapi saya akan terus berusaha untuk menggapai cinta awak.” Luah Ifran setelah lama menunggu balasan dari Atikah. Bunga yang dihulurkan diletakkan diatas meja.

“ Awak fikirlah apa yang saya cakap tadi tu... Apa yang pasti saya betul-betul sukakan awak.” Tambah Ifran lagi. Dia berura-ura untuk meninggalkan Atikah setelah meletakkan bunga yang dipegang diatas meja. Atikah yang baru tersedar dari khayalan cepat-cepat mara kearah Ifran yang sudah beberapa tapak meninggalkannya.

“Ifran...” Jerit Atikah. Tidak lantang tetapi cukup untuk dia dan Ifran mendengar. Ifran yang sedang melangkah, menghentikan pergerakannya. Senyuman simpul terjungkit dibibirnya. Wajahnya dipaling untuk mengadap Atikah yang kini berada disebelahnya.

“ Saya cintakan awak.” Balas Atikah dengan senyuman manis. Namun tak dinafikan ada rasa malu dan segan menebal didadanya. Pipinya sudah merona merah dengan luahan perasaan yang dibuat. Ifran terkejut dengan bisikan cinta dari Atikah yang tidak semena-mena itu. Bulat matanya memandang kearah Atikah.

“Betul ke?” Soal Ifran tidak percaya. Teruja!

“ Yup... Ikhlas dari hati saya.” Sambung Atikah lagi. Ifran tersenyum girang. Rasa bahagia mencucuk ulu hatinya dengan butir bicara Atikah. Namun, tanpa mereka sedar Umairah memandang adegan luahan perasaan dengan hati yang remuk. Setitik demi setitik air matanya jatuh menyapa pipi.

“ Sampai hati kau Tikah...” Itu sahaja yang mampu terdetik dihatinya saat ini. Dikesat air mata yang luruh dengan hati yang berkecai.

“ Kalau kau tak sukakan aku, kenapa kau bagi aku harapan Ifran?” Bisik hati Umairah lagi. Perasaannya retak seribu melihat kebahagian Ifran dan Atikah. Dengan langkah lemah, Umairah meninggalkan kafeteria. Tidak sanggup untuk menonton panorama yang mampu menyiatkan jiwanya.



“ Tik...” Bunyi nyalaan lampu mengejutkan Umairah dari lena yang panjang. Terpisat—pisat matanya memandang sekeliling yang sudah terang benderang. Pipinya yang terasa basah disapu lembut. Entah dari mana datangnya air mata itu pon Umairah tidak pasti. Adakah kerana mimpinya sebentar tadi. Kisah silam yang memakan masa 3 tahun lalu menjengah kotak fikirannya. Umairah memandang sebelahnya. Kelihatan Ifran sedang lena dibuai mimpi. Langsung tidak sedar, elektrik yang terpotong telah disambung kembali. Wajah Ifran ditatap lama. Mata jejaka itu kelihatan berkelip-kelip beberapa kali. Badannya yang tadi elok menyandar sofa dipalingkan mengadap Umairah. Nyaris gadis itu dipeluknya. Umairah agak tersentak lalu cepat-cepat bingkas berdiri. Berdenyut kencang jantungnya apabila wajah Ifran yang amat hampir dengan wajahnya.

‘ish mamat ni... tak berhati-hati betullah. Karang kena ngap dengan aku baru tahu.’ Bebel Umairah dalam hati. Sempat matanya menatap lama wajah Ifran yang masih lagi tenggelam dalam lenanya. Wajah itu kelihatan tenang dan tenteram, cukup untuk buat hati Umairah dihanyut rasa yang mendamaikan.

“ If... Bangun.” Arah Umairah. Ditepuk perlahan bahu Ifran supaya cepat sedar. Dia tahu Ifran masih belum sedar dari alam mimpinya.

“ If....” Panggil Umairah lagi, lebih kuat dari sebelumnya. Ifran mula menunjukkan reaksi apabila sayup-sayup suara Umairah mencecah ke gegendang telinganya. Matanya tadi tertutup, terkebil-kebil melawan cahaya terang. Pedih matanya apabila sumber cahaya berpusu-pusu menyapa pandangan secara tiba-tiba.

“Ifran...” Tegur Umairah lagi. Ifran mula melihat susuk tubuh Umairah yang tegak berdiri didepannya. Kelihatan Umairah sedang membetulkan rambutnya yang tidak terurus.

“ Pukul berapa ni?” Soal Ifran dengan suara serak. Badannya yang terasa agak sengal direnggang-renggangkan. Tidak selesa tidur secara duduk diatas sofa. Apatah lagi sepanjang malam Umairah tidur dibahunya.

“ Pukul 3 pagi... Dah jom masuk tidur.” Jawab Umairah sambil kakinya sudah melangkah untuk ke tandas. Terasa nak kencing la pulak.

“Tidur sekali ke?” Sempat lagi Ifran mahu mengusik. Tersengih-sengih dirinya yang sudah sedar dari mamai. Umairah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak melayan lawak bodoh Ifran dipagi hari.


3 comments:

  1. Oooo sbb ni ke umairah berdendam dgn atikah?? Smbg lah lagi huwaaaaaa x puas baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni antara faktor yg plg kecil... hehehe

      Delete
    2. Oooooo he3 smbglah up 2-3 bab terus.. haha tamakkk.. sy hr2 refresh tau blog ni.. tertunggu2 new n3

      Delete