Bab 19
Umairah menyandarkan badannya dibelakang pintu. Sedih,
kecewa dan geram semuanya bercampur baur didalam jiwanya saat ini. Tapi perkara
yang paling di rasai ada menyesal tak sudah.
“ Kenapa aku bodoh sangat dulu? Tengok sekarang apa dah
jadi? Aku sorang je yang terseksa! Atikah hidup bebas tanpa sebarang masalah.”
Bentak Umairah memarahi dirinya sendiri. Dia sedar kesilapannya yang terlalu
gopoh dalam merencanakan rancangan untuk mengenakan Atikah. Tapi sekarang
semuanya dah terbalik. Dia yang terlebih kecewa.
“Kalaulah aku plan elok-elok mesti semua ni tak akan terjadi.
Atikah memang dasar perempuan tak guna. Aku ingat Ifran tu cinta mati dia.”
Marah Umairah lagi. Rasa benci dan dendam tidak pernah padam terhadap Atikah.
Sekali lagi hatinya menyalahkan Atikah dengan apa yang sedang dilalui saat ini.
Umairah seperti biasa menghidangkan sarapan untuk dia dan
Ifran sebelum masing-masing keluar untuk ke tempat kerja. Setelah selesai
menyusun mee goreng dan pinggan diatas meja makan, Umairah mara ke bilik Ifran.
“If....” Panggil Umairah dari luar. Pintu bilik lelaki
itu diketuk bertalu-talu.
“Jom breakfast.” Ajak Umairah tatkala wajah Ifran
terjengul didepan pintu. Ifran mengekori langkah Umairah untuk ke dapur tanpa
banyak soal. Kerusi ditarik lalu dihenyakkan punggung diatasnya. Umairah
mengambil pinggan kosong lalu meletakkan mee goreng kedalam pinggan tersebut.
“ Cukup tak?” Soal Umairah pendek. Ifran mengangguk
kepalanya. Mulutnya diam membisu seperti sediakala. Setelah menghidangkan mee
goreng, Umairah mula menuangkan teh O
panas yang terdapat didalam teko. Ifran makin pelik dengan perangai Umairah
semenjak dua menjak ini. Baru semalam dia sengaja mencari pasal dengan Umairah
tetapi pagi ini Umairah masih melayannya dengan baik seperti tiada apa-apa yang
berlaku. Kenapa Umairah masih berlembut dengannya sedangkan sudah banyak kali
hati gadis itu cuba disakiti. Betulkah tekaan hatinya sebelum ini. Umairah cuba
menggodanya supaya keinginannya untuk membuatkan Atikah menderita tercapai? Supaya
rancangannya diawal perkahwinan mereka berjaya dilaksanakan. Tetapi kenapa
sampai macam tu sekali Umairah berdendam dengan Atikah. Bukankah Atikah kawan
baiknya merangkap kakak tiri Umairah?
“Tak sedap ke?” Tanya Umairah apabila Ifran tidak
memulakan suapan. Wajah Ifran yang jauh termenung dipandang. Ifran tersentak
lalu mengalih pandangannya kearah Umairah yang sedang melihatnya. Mata mereka
bersambung seketika.
“ Kau tak suka mee goreng ke?” Terpancul lagi soalan dari
mulut Umairah. Mulutnya mengunyah perlahan mee goreng yang dibuat. Sekali
sekala matanya mengerling pada jam tangan yang melilit kemas pada pergelangan
tangannya.
“ Kalau tak suka mee goreng, aku boleh bakar roti untuk
kau. Kejap yer.” Sambung Umairah lagi sambil bingkas berdiri. Berura-ura untuk
mencapai roti dan dibakar dengan jem Strawberi. Namun langkahnya terhenti
apabila tangan Ifran memegang kemas lengannya. Umairah telan air liur satu
persatu. Meremang bulu romanya dengan sentuhan tangan Ifran yang menghangatkan tangannya. Jantungya berdetak laju secara tiba-tiba.
“ Aku makan jer mee goreng. Tak payah susah-susah nak
bakar roti.” Tolak Ifran setelah lama mendiamkan diri. Umairah mara kembali ke
tempat duduknya. Tersenyum kecil melihat Ifran yang sudi membalas
pertanyaannya. Kali pertama selepas berkahwin, Ifran bercakap dengan nada yang
rendah dengannya.
‘Indahnya pagi ini...’ Bisik hati Umairah yang tidak putus-putus
tersengih senang.
“ Yang kau tersengih-sengih ni kenapa? Cepatlah makan...
Karang lambat pulak pergi sekolah.” Tegur Ifran sekali gus mematikan senyuman
Umairah. Umairah menyambung suapan yang masih berbaki. Sempat matanya mencuri
pandang wajah Ifran yang kelihatan tenang menjamu selera. Ada rasa debar meniti
dihati setiap kali wajah Ifran menjamah pandangan matanya.
Atikah merenung nasi lemak didalam pinggannya. Dia tidak
sempat bersarapan dirumah pagi tadi menyebabkan dia mengambil keputusan untuk
bersarapan di kafe tingkat bawah syarikat tempatnya bekerja sahaja. Makan nasi
lemak seorang diri begini sememangnya menggamit memori silam. Kenangan ketika
dia dan Umairah masih lagi sahabat karib. Dia masih ingat waktu itu dia
tingkatan 3, dia terlupa untuk membawa beg duit
dan tiada duit untuk membeli makanan. Nasib baik ada Umairah, namun
gadis itu bukanlah jenis suka berbelanja. Duit saku yang diperolehi jarang digunakan
dan tidak pernah dibawa ke sekolah. Namun begitu, memang sudah menjadi rutin
harian puan Zaleha untuk menyediakan bekal untuk Umairah. Dengan bekal yang
kecil itu, Umairah sanggup berkongsi nasi lemak yang hanya cukup untuk mengisi
perutnya seorang sahaja.
Umairah tidak
kisah untuk berkongsi malah dia memberi Atikah makan lebih banyak darinya. Masa
itu Atikah dapat rasakan mereka memang sahabat sejati didunia insyaallah hingga
ke akhirat. Tapi kini mengapa Umairah jauh berubah? Hanya kerana seorang lelaki
menyebabkan persahabatan lebih 6 tahun itu terputus. Tidakkah Umairah tahu yang
dia tidak kisah sekiranya Umairah berterus terang menyatakan rasa cintanya pada
Ifran meskipun pada masa itu dia dan Ifran adalah pasangan kekasih. Dia tidak
kisah kalau betul Ifran dan Umairah betul-betul saling mencintai dan ingin
bersama. Mungkin sakit hati itu ada tapi sakit hati dikhianati lebih terasa.
Umairah sanggup membuat cerita yang tak betul tentangnya semata-mata ingin
merampas Ifran darinya. Apakah Umairah fikir dengan berbuat begitu Ifran akan
mencintainya? Secetek itukah ilmu Umairah dalam mempelajari ilmu hati dan
perasaan. Dan kenapa kini Umairah masih membencinya setelah dia berjaya
memiliki Ifran. Adakah kerana dia bekas kekasih Ifran? Adakah Umairah takut dia
akan merampas kembali Ifran seperti mana gadis itu merampas Ifran darinya?
Tidakkah persahabatan yang melebihi 6 tahun itu tidak mengajar Umairah
mengenali hati budinya. Umairah patutnya tahu dia tidak akan buat benda macam
tu sekiranya Umairah betul-betul megenalinya. Atau ada sebab lain yang
menyebabkan Umairah menjadi begitu?
“Assalamualaikum. Sorang je ke?” Sapa satu suara yang
cukup dia kenali. Ahh.... Inilah salah satu punca mengapa dia dan Umairah tidak
dapat kembali seperti dulu. Kadang-kadang dia naik bosan dengan sikap Ifran
yang suka menggangu hidupnya. Tidak habis-habis cuba menyambung kembali apa
yang sudah putus. Padahal mereka sudah berpisah lebih 2 tahun. Apa lagi yang Ifran
nak? Dia sudah tawar hati dengan jejaka ini. Kalau betullah Ifran serius
inginkannya,lelaki itu patut melepaskan Umairah dengan cara yang baik. Tapi
sampai ke sudah Ifran masih menyimpan Umairah. Itukah gaya orang yang serius
dalam perhubungan? Kalau betul Ifran inginkannya, Ifran perlu melepaskan
Umairah dulu. Barulah dia boleh berfikir mahu terima atau tidak Ifran. Memang
di akui cintanya terhadap Ifran masih bersisa, tetapi dia tidak tergamak untuk
merebut hati Ifran disaat Ifran masih sah bergelar suami kepada Umairah.
“ Tak adalah... Sepuluh
orang”. Jawab Atikah geram. Malas mahu melayan Ifran yang tidak faham bahasa.
“Amboi garangnya. Pagi-pagi macam ni kenalah ceria.
Barulah rezeki mudah masuk.” Usik Ifran. Dia melabuhkan punggung dia depan
Atikah yang sedang menjamu selera meski pon tidak dijemput. Asalnya dia mahu
terus ke pejabat, namun langkah yang diatur tidak menjadi apabila ternampak
kelibat Atikah di kafeteria. Lagi pun masih ada 30 minit lagi untuk waktu
bekerja bermula.
“ Saya akan ceria asalkan awak tak ada depan mata.” Bidas
Atikah sinis. Dia berharap Ifran berkecil hati lalu meninggalkannya sendiri disitu.
“Ish tak sangka besar juga nilai saya dalam hidup awak.
Orang kata, mulut cakap lain...Hati rasa lain. Jadi maksudnya awak akan
sentiasa ceria bila saya adakan. Betul tak?” Usik Ifran dengan senyuman nakal.
Wajah Atikah ditatap lama. Rindu yang menggebu menghilang dengan
perlahan-lahan. Direnung lembut kedalam mata Atikah yang menjelingnya tajam. Sungguh
cintanya masih menebal untuk Atikah. Tiada gadis lain dapat merebut takhta
Atikah dihatinya.
“Tolong jangan nak perasan sangat boleh tak! Awak pergi
sekarang. Tak kenyang perut saya bila tengok muka awak.” Arah Atikah dengan
nada yang makin meninggi.. Hatinya sedikit tidak keruan apabila melihat panahan
cinta dari sinar mata Ifran.jantungnya seolah-olah memecut laju dek renungan
tajam lelaki itu.
“Wau, ada peningkatan nampaknya. Kalau makan tak kenyang tu tandanya awak dah
jatuh cinta dekat saya. Ye lah kan orang selalu cakap bila kita jatuh cinta,
mandi jadi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak ...” Belum habis lagi Ifran
bermadah, Atikah sudah mencantas kata-katanya.
“ Dah, dah! Awak
tak payah nak berpuitis kat sini. Saya tak ada masa nak dengar semua tu. Sila
berambus sekarang! Saya nak makan.”
“Awak makanlah biar saya temankan. Saya janji akan senyap
je lepas ni.” Pujuk Ifran. Atikah tertekan dengan sikap Ifran yang tidak faham
bahasa. Tidak tahukah Ifan yang dia tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu.
“Awak boleh tolong
saya tak.” Minta Atikah manja. Cuba menukar strategi lain.
“Tolong apa sayang. Tolong bawak sayang ke bulan pun saya
sanggup.” Balas Ifran ceria. Gembira apabila intonasi suara Atikah sudah
berubah.
“ Boleh berambus sekarang tak?” Sela Atikah selamba.
Tersenyum sinis kearah Ifran yang setia merenungnya. Jejaka itu kelihatan
tercengang dengan jawapannya yang tak dijangka.
“ Boleh sayang tapi dengan syarat sayang setuju jadi kekasih
saya semula.” Ifran membalas nakal namun dia memang memaksudkannya.
“Eiii!! Awak ni tak habis-habis nak saya jadi kekasih
awak. Awak sedar tak awak tu suami orang. Suami Umairah iaitu kawan baik saya
merangkap adik tiri saya. Awak sedar tak?” Jerit Atikah namun perlahan. Takut
orang berhampiran mendengar pergaduhannya dengan lelaki ini.
“Bukan kawan baik namanya kalau sanggup tikam kawan
sendiri.” Ujar Ifran geram.
“ Tak kisahlah dia tikam ke pukul ke apa ke. Tapi yang
pasti awak tu suami orang. Saya tak berminat nak jadi perampas dalam
kebahagiaan orang. Awak faham tak!” Balas Atikah tegas.
“Alah. Saya dengan dia tu sementara jer. Tak lama lagi
kami akan berpisah la.” Tutur Ifran mudah.
“ Tapi awak masih suami dia. Ahhh.. Malaslah saya nak melayan
awak. Kalau awak tak nak pergi biar saya saja yang pergi. Duduklah kat kafe ni
sepanjang hari kalau awak nak.” Atikah bergegas pergi meninggalkan Ifran dan
nasi lemak yang masih berbaki separuh itu. Dia malas melayan Ifran yang tidak
faham bahasa. Apa yang dia dapat kalau bercakap dengan jejaka kacak itu. Hanya
sakit hati sahaja. Ifran tergamam dengan langkah drastik Atikah. Dia tidak
berniat mahu mengejar langkah Atikah. Hanya matanya sahaja menghantar pemergian
gadis itu.
Ifran memandang ke arah luar bangunan pejabat melalui
tingkap di bilik kerjanya. Ternging-nging kata-kata Atikah ketika di kafeteria
pagi tadi. Dia sedar kenapa sampai ke sudah Atikah tidak mahu meneruskan
percintaan yang terputus antara mereka. Puncanya adalah kerana dia masih suami
kepada Umairah. Mana mungkin Atikah menerima dirinya disaat dia masih bergelar
suami orang. Dia bukan tidak mahu menceraikan Umairah. Dia memang nak! Tapi,
peluang untuk buat semua itu belum lagi ada. Dia masih mencari masa yang sesuai
memandangkan abahnya mempunyai masalah kesihatan yang agak teruk. Dia tidak
mahu kerana keputusan terburu-buru mendatangkan kesan kepada kesihatan bapanya.
Lagi pon, emak dan
neneknya amat menyukai Umairah. Perkara ini akan menambahkan kesukaran untuknya
berpisah secara rasmi dengan isterinya. Menyebut nama Umairah buat hati Ifran
sekali lagi dilanda rasa keliru. Umairah kini jauh berubah. Sangat berbeza dengan
Umairah yang dulu. Kenapa Umairah begitu baik dengannya sejak dua menjak ini?
Semua makan, pakai dirinya dijaga dengan baik oleh Umairah laksana seorang
isteri solehah. Malah, tutur kata Umairah juga semakin sopan dan riak wajah
gadis itu sentiasa manis apabila dengannya. Jarang Umairah cuba mencipta
pergaduhan antara mereka, hanya dia yang sering menghangatkan suasana. Kemana
hilangnya Umairah yang suka melawan setiap kata-katanya suatu ketika dahulu? Adakah
Umairah ada agenda lain yang tersembunyi disebalik perubahannya ini. Adakah
Umairah cuba untuk menarik perhatian sekali gus cuba membuatnya jatuh cinta?
Tapi untuk apa? Adakah Umairah mula menyukainya atau itu Cuma rancangannya
untuk menyakiti hati Atikah? Ahh dia tidak pasti dengan semua ini. Tapi apa
yang dia tahu tindak tanduk Umairah kini buat dia rasa serba salah untuk
melayan gadis itu dengan teruk. Malah hatinya kian berbunga setiap kali bersama
Umairah dan sedikit sebanyak membuatkan
raut wajah Atikah mula luput dari ingatannya.
Bab 20
Umairah menilik satu persatu baju yang bergantungan
dihadapannya. Setelah hampir 2 bulan menetap di Seremban, baru hari ini dia
berkesempatan untuk jalan-jalan mencuci mata. Dia mahu menikmati sepuasnya kebahagiaan
ketika membeli belah sendirian di luar begini. Sekurang-kurangnya bersendiri
begini boleh menghilangkan tekanan perasaan yang dihadapi. Tekanan mengadap
pelajar-pelajar nakal, tekanan kerja yang menimbun dan juga tekanan berdepan
dengan Ifran dirumah. Semua itu memenatkan pemikirannya.
“Hmm cantik jugak blouse ni.” Desis hati Umairah sambil
menyambar blouse bewarna ungu itu lalu dipadankan pada badannya. Setelah
menilik di pelbagai sudut, Umairah menarik tali yang tergantung pada belakang
baju berkenaan.
“RM 59.90. Okey la harga dia ni.” Bisik hatinya lagi.
Tersenyum gembira. Tak sia-sia dia datang mencuci mata petang ini.
“Cantik baju tu. Sesuai dengan kulit kau.” Satu suara
memuji blouse yang dipegang Umairah. Umairah tersentak lalu memanahkan
pandangan kepada si penegur. Raut wajahnya berubah riak tatkala wajah Atikah
menyapa matanya. Umairah mengabaikan kehadiran gadis rupawan itu. Langkahnya
diatur untuk memandang koleksi baju lain pula.
“ Baju ni pon cantik... Padan dengan kau Mai.” Tambah
Atikah sambil menayang sehelai jubah dihadapan Umairah. Atikah sedaya
upaya tersenyum senang dihadapan Umairah walaupun hatinya cukup kecewa dengan
tingkah laku Umairah yang jelas enggan pedulikan kewujudannya.
“ Aku tak perlukan pandangan kau...” Bentak Umairah
sambil meletakkan kembali semua baju yang dipilih lalu keluar dari perut kedai
tersebut. Moodnya untuk membeli belah rosak dengan kehadirian Atikah yang
menjengkelkan.
“Mai...” Panggil Atikah sambil berlari anak untuk
mendapatkan gadis itu. Bahu Umairah disentuh demi menghentikan langkah pantas
wanita itu. Umairah menolak kasar jemari runcing milik Atikah yang mencengkam
bahunya. Wajah Atikah dipandang tepat dengan riak tegang.
“ Kau nak apa?” Tinggi suara Umairah.
“ Dah lama tak jumpa kau... Tak salah rasanya kalau aku Cuma
nak bertanya khabar. Kau sihat ke tak? Ibu dan abah kat kampung macam mana..
Sihat?” Lembut tutur bicara Atikah melayan karenah Umairah yang kasar. Umairah
tersenyum sinis memandang wajah cantik Atikah.
“ Kaukan anak kesayangan abah. Kenapa tak telefon sendiri
abah, tanya macam mana? Sihat ke tidak orang tua tu.” Sela Umairah selamba.
.
“Mai.. Kenapa sebenarnya dengan kau ni. Kau marah aku
pasal apa? Apa yang dah aku buat?” Bertalu-talu soalan muncul dari mulut Atikah.
Perkara ini sudah lama berlegar dibenaknya. Apa yang Umairah marah sangat
terhadap dia? Hampir 2 tahun lebih sudah hubungan mereka yang baik menjadi
dingin.
“ Kau rasa?” Umairah berteka teki. Riak wajahnya kelat
memandang wajah cantik Atikah.
“Aku tak tahu Mai.. Kalau aku tahu, aku tak tanya kau.
Sebab Ifran ke?” Tembak Atikah. Hatinya meronta-ronta ingin tahu punca sikap
Umairah yang jauh berubah.
“ Tak tahu ke atau pura-pura tak tahu? Aku rasa ada
eloknya kau balik fikir apa yang kau dan famili kau dah buat terhadap aku.
Dasar keturunan perampas!” Keras suara Umairah sebelum mengatur langkah pergi
meninggalkan Atikah. Atikah terpinga-pinga dengan jawapan yang diluahkan oleh
Umairah. Sedikit sebanyak mula mendapat klue tentang perubahan sikap Umairah.
Tapi salah dia ke semua tu? Dia ada hak untuk itu, bukan Umairah seorang
sahaja!
“ Mai.....” Panggil Ifran setelah mengetuk perlahan pintu
bilik tidur Umairah. Jam didinding menunjukkan sudah pukul 9 pagi. Terjengul
wajah Umairah di sebalik daun pintu. Senyuman mesra dihadiahkan kepada Ifran
yang terpacak didepan biliknya.
“Hmmm?” Gumam Umairah. Mereka saling berbalas pandang.
“ Kau nak basuh baju ke kejap lagi?” Soal Ifran. Kali ini
dia mahu menguji Umairah. Adakah Umairah akan mengikut segala keinginannya. Dia
perasan, sejak dua menjak ini Umairah sering sahaja mengikut segala
kemahuannya. Umairah jarang mengamuk tidak tentu hala mahu pun mencari pasal
dengannya. Malah, kalau ada perselisihan faham, Umairah lebih banyak mendiamkan
diri. Sikap Umairah sangat berbeza jika dibandingkan semasa awal perkahwinan
mereka. Kini, Umairah seperti seorang isteri yang yang amat patuh pada
suaminya. Perubahan sikap Umairah buat jiwanya tertanya-tanya malah curiga.
“ Yup... Kenapa? Nak suruh basuh baju kau sekali ke?”
“A’ah..” Balas Ifran mudah.
“Bagi aku baju kotor kau... Aku pon memang nak pergi
basuh baju sekarang ni.” Ulas Umairah sambil mengeluarkan satu bakul baju kotor
yang telah dipakai. Baju yang luntur warnanya telah diasing begitu juga tudung
dan pakaian dalam. Semua itu akan dibasuh menggunakan tangan manakala
selebihnya menggunakan mesin basuh. Ifran menghilang ke biliknya. Mengambil
bakul yang sudah diisi baju kotor.
“Nah!” Ifran membawa sebakul besar yang mengandungi baju
kotor. Umairah menelan liur melihat kuantiti baju yang terlayar dimatanya saat
ini. Ahh tak payah risau guna mesin je pon bukan guna tangan! Desis hati
Umairah memujuk hati sendiri. Agaknya berapa kali pusingan mesin basuh nak kena
buat untuk baju banyak macam ni.
“ Banyaknya baju kau. Dah berapa lama kau tak basuh baju?
Kenapa tak bagi aku basuh je 3 hari lepas.” Umairah sedikit membebel. Bukannya
tidak ikhlas ingin membantu tetapi mahu menegur sikap Ifran yang pemalas. Basuh
baju bukan susah mana pon. Masukkan je dalam mesin, letak sabun, letak
pelembut. Selesai!
“ Kalau tak nak tolong tak pe la.. Aku buat sendiri.”
Jawab Ifran kononnya berjauh hati. Dia
mahu lihat sejauh mana Umairah mampu bersabar dengan kerenahnya. Umairah
mengeluh kecil.
“ Bukan macam tu maksud aku. Dah tak payah nak merajuk. Aku
akan basuh semua ni tapi kau kena tolong aku angkat baju-baju ni semua bawak ke
mesin basuh.” Arah Umairah menutup perbualan mereka. Ifran mengikut sahaja
suruhan Umairah dan membawa baju mereka berdua ke mesin basuh yang di tempatkan
didalam bilik air.
“ Baju-baju ni semua kau dah asingkan belum...” Umairah
memasukkan bajunya yang sudah diasingkan kedalam mesin basuh. Baju Ifran akan
dibasuh setelah selesai membasuh bajunya. Sementara menunggu bajunya siap
dimesin, dia akan membasuh baju yang memerlukan kudratnya terlebih dahulu.
“Asing macam mana?” Ifran berpura-pura tidak faham.
Umairah mengerut dahinya sambil menghentikan pergerakan tangannya yang sibuk
memasukkan baju ke dalam mesin basuh. Riak kabur Ifran dipandang sebelum
kepalanya digeleng-gelengkan.
“ Sekarang, kau asing baju tu satu persatu. Baju yang
warna dia mudah luntur kau letak setempat. Baju yang kain dia sensitif pon
letak setempat, dan pakaian dalam letak setempat. Hanya baju-baju yang aku tak
sebut tadi je kita basuh guna mesin. Ada faham?”
“Faham cikgu!” Usik Ifran kemudian dia ketawa kecil.
Beberapa baldi diambil dan diasingkan baju mengikut kategori yang disebut
Umairah. Umairah tersengih melihat wajah Ifran yang sudah boleh ketawa
dengannya. Alhamdullilah! Itu sahaja muncul dibenaknya kini.
“ Dah sekarang kau keluar.. Aku nak sambung buat kerja.”
Minta Umairah sambil menyambung kerjanya yang tergendala. Sesak nafasnya berdua
dengan Ifran ditempat sempit begini.
“ Kejap If...” Panggil Umairah apabila Ifran sudah
berlalu beberapa langkah pergi dari bilik air. Wajah Umairah dipandang.
“Kau nak buat apa sekarang?” Tanya Umairah ringkas.
“ Basuh kereta.”
“Tolong basuh kereta aku sekali boleh. Upah aku tolong
basuh baju kau.” Minta Umairah sambil tersengih-sengih bak kerang busuk.
“Hmm ye la-ye la. Tak menyempat-nyempat mintak upah.”
Sela Ifran perlahan. Umairah tersenyum girang. Tidak terasa dengan kata-kata dari
Ifran. Apa salahnya kan.. Bantu membantukan amalan mulia.
Setelah hampir 2 jam mengemas rumah dan membasuh baju,
Umairah bersiap untuk keluar. Dia mahu mencari barangan dapur yang sudah mula
berkurangan dan sedikit barangan peribadi. Setelah puas hati dengan penampilannya,
Umairah keluar dari bilik dengan membimbit dompet dan kunci kereta. Dia
terserempak dengan Ifran yang baru selesai mandi. Dipandang lelaki itu yang
hanya bertuala dari atas hingga ke bawah sebelum melebarkan senyuman nipis.
“ Kau apehal pandang aku macam tu.. Gatal!” Sergah Ifran setelah
melihat riak miang yang terlukis pada wajah Umairah. Boleh tahan miang keladi
juga Umairah rupanya.
“Sexy!” Giat Umairah kemudian ketawa kuat. Dia mara untuk
keluar dari rumah itu. Segan pula tenung anak teruna orang lama-lama macam tu.
“ Nak pergi mana?” Tegur Ifran melihat Umairah yang
kelihatan kemas berpakaian. Siap bertudung lagi. Pasti mahu kemana-mana.
“ Tesco kejap. Cari barang dapur.” Jawab Umairah jujur.
Dihari cuti begini sahaja segala keperluan asas boleh dicari. Umairah menyarung
sandalnya sebelum menekan alat kawalan jauh keretanya.
“ Tunggu dulu....” Arah Ifran membuatkan langkah Umairah
terhenti. Umairah membuang pandang ke wajah Ifran dengan dahi yang
berkerut-kerut.
“ Kau ada apa-apa nak pesan ke?”
Waaaa best3... harap2 lps ni yg keruh akan jernih.. mcm tu gak persahabatan antara atikan n umairah...
ReplyDeleteSambung lg yer eniey ...betulla tekaan Umairah ngn Atikah adik beradik tiri....hmm bila la si irfan nk terima umairah
ReplyDelete