Bab 28
“ Kami balik dulu.” Pinta Umairah disamping Ifran. Haikal
tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
“ terima kasih kerana sudi raikan hari lahir saya.” Ucap
Haikal pula.
“ sama-sama.” Balas Umairah lalu dia dan Ifran beredar
meninggalkan Haikal dihadapan restoren makanan segera pizza hut. Ifran
menggenggam erat tangan Umairah untuk menuju ke aras bawah komplek terminal
One.
“ dah-dah la berlakon. Haikal dah tak ada dekat sini.”
cetus Umairah sambil menarik tangannya dari genggaman Ifran. Ifran memandang
tangannya dan tangan Umairah yang bertaut lalu tersengih kecil. Baru tersedar
dia berpimpingan tangan dengan Umairah. Terasa bahagia pula memimpin tangan itu
lebih lama.
“ apa salahnya... jom kita pusing-pusing dulu sebelum
balik.” Ajak Ifran seraya melepaskan genggaman tangan Umairah.
“aik. Tak puas lagi ke pusing-pusing tadi.” Sela Umairah
kemudian ketawa perlahan. Sempat dia menjarakkan sedikit dirinya dari Ifran.
lebih selesa jika berjauhan kerana dia mudah rimas jika terlalu rapat dengan
orang lain.
“ tadi tak best.”
“apesal pulak tak best? Bukannya ada kedai baru bukak pon
sekarang.”
“ tadi ada Haikal. tak seronok la.” Jelas Ifran tenang.
“pulak dah.. macam-macam. Tak best pon kau sibuk jugak
nak ikut aku keluar dengan dia.” Sindir Umairah sinis.
“ tak habis marah lagi ke?” usik Ifran. matanya
mengerling langkah Umairah disebelahnya. Ada rasa bahagia merintik didalam
hatinya. Sudah lama perasaan ini tidak mewarnai hatinya semenjak perpisahan
antara dia dan Atikah. Umairah sekadar berdiam, malas dilayan usikan Ifran yang
memang sengaja mencari pasal dengannya.
“Mai...” panggil Ifran lembut. Umairah memandang sekilas
wajah Ifran sebelum kembali menumpukan perhatian pada langkahnya. Silap hari
bulan boleh terlanggar orang dihadapan kalau tidak diberi fokus dengan baik ketika
berjalan.
“ apa dia?”
“ kau dengan Haikal tu ada apa-apa ke? Korang bercinta?”
“ kenapa kau tanya?” soalan berganti soalan. Ifran
mengeluh perlahan.
“ sebab nak tahu..” jawab Ifran mudah.
“ kekasih atau tidak tak penting sebab aku dan dia takkan
dapat bersama selagi kau tak ceraikan aku.” Ujar Umairah tenang. Namun jawapan
itu langsung tidak berjaya memuaskan hati Ifran.
“ kau cintakan dia?” soal Ifran lagi. Kali ini dadanya
sedikit berdebar menanti balasan dari Umairah. Tangannya sedikit berkeringat menahan
rasa gemuruh yang bertandang. Wajah Umairah disisi ditatap lama, mencari
jawapan daripada air muka gadis itu.
“ entah..” acuh tak acuh jawapan dari Umairah. Dia malas
berfikir sebenarnya. Lagi pun dua tiga menjak ini dia seolah-olah sudah dapat
meneka siapa dihatinya. Dia sudah tidak mahu berdalih lagi kenyataan yang sudah
lama diketahui itu.
“ aik boleh pulak main entah jer.. takkan perasaan
sendiri pon tak tahu.”
“ tak penting pon semua tu.” Tambah Umairah lagi. Ifran
merengus kasar mendengar jawapan malas dari Umairah. Gadis itu seperti tidak
serius melayan persoalannya.
“ kau ni memang hati keringkan.. langsung tak tahu apa
itu perasaan cinta. Sebab tu kau sanggup gunakan persahabatan kita untuk
pisahkan aku dan Atikah. Kalau kau tahu apa itu cinta, apa itu sayang kau tak
akan macam ni.” Ifran mula mengungkit kisah silam mereka. Suaranya yang agak
meninggi menarik beberapa mata untuk memandang. Sakit hati pula dengan sikap
dan layanan acuh tak acuh Umairah padanya. Tidak bolehkah Umairah lebih serius
dalam hal hati perasaan, tidak bolehkah Umairah lebih menghargai perasaan orang
disekelilingnya.
“ If.. kan aku dah minta maaf pasal tu.” Pujuk Umairah
perlahan. Malu pula apabila ada mata memandang perselisihan faham antara
mereka.
“ minta maaf memanglah senang. Cuba kau rasa kalau
perkara macam tu jadi dekat kau.” Marah Ifran dengan nada yang sama seperti
sebelumnya. Umairah cuba menahan sabar walaupun kesabarannya mula menipis.
Ditatap lama wajah Ifran didepannya.
“ kau cakap macam kau baik sangat...”
“ seteruk-teruk aku pon tak adalah aku buat macam kau ni.
Rampas kekasih kawan baik sendiri malah sanggup gunakan kawan untuk balas
dendam.” Bentak Ifran sinis. Darah Umairah mula menggelegak. Geram dengan
herdikan dari Ifran sedangkan perkara itu sudah pon berlalu dan dia sudah
memohon kemaafan. Kot ye pon Ifran tak maafkan dia, perlu ke lelaki itu
mengungkit semula hal itu?
“ betul ke kau tak pernah buat macam aku? Bukan ke kau yang
mulakan dulu semua ni. Kau dekati aku kerana Atikah! Kau berkawan dengan aku
kerana Atikah? Itu bukannya nama mempergunakan kawan ke?” jerkah Umairah dengan
nada yang tinggi. Dia sudah tidak peduli dengan mata-mata yang memandang
asalkan Ifran juga tahu bertapa sakitnya hati dia suatu ketika dahulu. Sikap
Ifran yang mendekatinya kerana Atikah buat dia salah faham. Sangkanya Ifran
menyukainya tapi silap, Ifran ada agenda lain dalam bersahabat dengannya. Ifran
terkedu dengan kata-kata keras yang keluar dari mulut Umairah. Wajah Umairah
yang kian mencuka dipandang lama.
“ Aku balik dulu.” Minta Umairah. Tanpa menunggu jawapan
dari Ifran, Umairah sudah beredar meninggalkan suaminya. Perit sungguh hatinya
apabila kenangan silam yang sudah dilupakan diimbau kembali. Ifran tidak tahu
bertapa sukarnya dia menerima kenyataan dipermainkan suatu ketika dahulu.
Ifran merenung lama tasik luas didepan matanya. Setelah
pergaduhannya dengan Umairah sebentar tadi, dia mengambil keputusan untuk
mengambil angin terlebih dahulu di Taman Tasik Seremban sebelum pulang ke
rumah. Hatinya betul-betul terkejut dengan tuduhan yang dilemparkan oleh
Umairah padanya. Tak tercapai dibenaknya Umairah sanggup berfikir begitu
tentang dirinya.
“ kau salah faham Mai...” rintih Ifran sambil menundukkan
wajahnya yang jelas riak sendu. Matanya dipejam rapat demi menghilangkan segala
bait-bait tutur kata Umairah yang terngiang-ngiang pada cuping telinga.
“aku tak pernah pergunakan kau untuk dapatkan Atikah.
Percayalah Mai.” Luah Ifran lagi. Wajahnya diraup perlahan menyebabkan rambut
yang disisir rapi mula berserabut. Bertapa dia terkilan dengan tomahan Umairah
seketika tadi. Adakah ini semua silapnya yang tidak pernah berterus terang
selama ini?
3 tahun yang lalu...
Ifran menatap lama wajah Umairah yang tekun membuat
pengiraan kalkulus. Langsung tidak menyedari dirinya sedang diperhatikan oleh
Ifran. Lama keadaan itu berterusan sehinggalah Umairah mengangkat wajahnya
untuk mencapai kalkulator yang berdekatan dengan Ifran. tersentak dirinya
tatkala matanya berlaga dengan mata Ifran yang ralit memandang wajahnya.
“ kenapa?” soal Umairah bagi mengusir rasa canggung yang
tiba-tiba menjengah. Ada rasa malu lagi segan mula menapak hatinya tatkala
matanya dan mata Ifran bersambung. Atikah yang sedang mencari bahan untuk
tugasannya meninggalkan mereka berdua untuk seketika.
“ kau nampak cantik bila fokus macam tu.” Puji Ifran
dengan senyuman kecil. Umairah tergamam dengan pujian yang tidak semena-mena
itu. berdegup kencang hatinya. Wajahnya sudah merintik merah.
“ ini mesti ada apa-apa ni... nak bodek la tu.” Balas
Umairah dengan reaksi yang setenang mungkin. Dia tidak mahu memalukan diri
didepan Ifran kerana dia dapat rasakan pujian itu tidak ikhlas.
“ mana ada.. puji pon salah ke.” Sela Ifran perlahan.
Matanya masih tidak lepas dari merenung wajah Umairah yang bersahaja. Langsung
tiada riak teruja dengan pujian ikhlasnya sebentar tadi.
“ apa-apa je la... dah tak payah nak merapu sangat, kita
fokus dengan tugasan ni. Bahagian aku dah hampir siap dah. Bahagian kau macam
mana?” bidas Umairah demi menyembunyi rasa segan yang sudah memenuhi hatinya.
Cepat-cepat wajahnya ditundukkan. Pura-pura sibuk dengan tugasan yang masih
belum selesai. Padahal dalam hatinya sudah hampir meletup menahan debaran tak
terhingga.
“ dah siap... sebab tu aku sibuk buat ‘tugasan’ lain
pulak.” Sambung Ifran selamba. Bibirnya tersengih-sengih bak kerang busuk
dengan kata-kata sendiri. Umairah sekadar diam membisu. Masih meneruskan
kerjanya yang belum lagi selesai.
“ kau dah ada kekasih Mai?” Umairah terperanjat untuk kali
kedua. Mata pensil yang digunakan patah apabila mendengar pertanyaan dari Ifran
yang sangat pelik pada pendengarannya. Wajahnya yang menunduk seketika tadi diangkat
lalu dihalakan pandangan kearah Ifran. jejaka itu kelihatan tenang menanti
jawapan darinya.
“ kenapa kau tanya?
“saja nak tahu... jawablah.”
“ kau rasa?” Umairah berteka-teki. Ifran mengeluh kecil.
“ kalau ikut aku rasa, baik aku tak payah tanya kau...”
tempelak Ifran sedikit geram. Banyak pula cekadak Umairah.
“ apa-apa je la...” tokok Umairah pendek. Dia meneruskan
kerja yang tertangguh.
“ kalau ada lelaki yang syok kat kau, kau nak kenal dia
tak?” soalan demi soalan keluar dari mulut Ifran. Umairah mengerut dahinya.
“ siapa?”
“ aku kata kalau je.. mungkin kawan aku tak pon kawan
kau... kau suka tak?” dalih Ifran yang masih membuang pandang kearah Umairah.
“ aku tak ada masa lah nak fikir benda-benda macam tu...
tak minat! Sekarang aku fikir belajar jer, tak minat nak bercinta bagai.” ujar
Umairah tegas. Namun semua itu sekadar helahnya sahaja. Mana mungkin dia
memandang lelaki lain sedangkan hatinya sudah diberikan kepada Ifran. Ifran
mengeluh kecil melihat ketegasan dari Umairah. Rasa kecewa mula bertebaran
didalam hatinya mendengar jawapan Umairah yang cukup tegas dan yakin itu. lama
dia tatap wajah serius Umairah yang kelihatan khusyuk mengadap tugasan yang
belum selesai.
“ Mai aku balik dululah... yang ni bahagian aku. Nanti
kau compile je yer.” Minta Ifran sambil bingkas berdiri. Mendengar jawapan
jujur dari Umairah seketika tadi buat perasaannya terguris. Dia mahu berehat
untuk memikirkan jalan seterusnya dalam menggapai perasaan Umairah.
“ mana If?” Soal Atikah setelah menghenyakkan punggung
dihadapan Umairah. Wajah Umairah yang tekun dengan tugasan yang dibuat
dipandang dengan rasa ingin tahu. Umairah mengangkat mukanya lalu menoktahkan
pandangan pada wajah cantik Atikah. Tersenyum mesra kearah temannya itu.
“ kau ni.. tak menyempat-nyempat tanya pasal mamat tu..”
usik Umairah. Atikah tersengih kerang. Agak malu dengan sikap gelojohnya.
“ iye la... tadi elok je nampak dia berbual dengan kau.
Lagi pon aku sengaja bagi kau dengan dia masa untuk berdua... manalah tahu ada
perkembangan positif.” Tambah Atikah senang. Umairah tersenyum, agak terharu
dengan penjelasan dari Atikah yang sangat memahami.
“ dah tu dia ke mana? Toilet?” soal Atikah untuk kali ke
dua. Mungkin Umairah sudah lupa dengan persoalannya seketika tadi.
“ tak adalah... dia dah balik pon. Part dia dah siap,
nanti kita compile je.” Ulas Umairah lembut. Dia kembali menatap pengiraan yang
belum selesai.
“ kau dengan dia tak ada apa-apa perubahan lagi ke? Kau
tak nak luahkan perasaan kau pada dia?”
“ malulah Tikah... lagi pon dia tu anggap aku macam kawan
je kot. Karang kalau aku luahkan perasaan takut terjejas pulak persahabatan
kitorang.”
“ kau ni... penakut sangatlah. Cuba beranikan diri ambil
risiko.” Bebel Atikah pendek. Dia mula membelek buku rujukan yang baru diambil,
mahu menyelesaikan tugasan yang masih tertangguh.
“ nanti-nanti la Tikah... lagi pon, kalau dia ada
perasaan sama macam aku mesti dia akan usahakan jugak untuk tarik perhatian
aku. Melainkan dia memang tidak berminat untuk menganggap aku lebih dari
kawan.” Jawab Umairah mudah. Dia memang sukakan Ifran tapi untuk terhegeh-hegeh
menonjolkan perasaannya itu agak sukar. Perasaan malu masih ada didalam
dirinya. Tak terbayang diminda sekiranya Ifran menolak perasaan cinta ini. Malu
seumur hiduplah jawabnya.
“ suka hati kau la Mai... kalau If dikebas orang jangan
kau meroyan sudahlah...” pesan Atikah sekali lagi. Ada makna tersirat disebalik
kata-katanya. Umairah diam sahaja mendengar pesanan Atikah. Memang ada benar
kata gadis itu. Tetapi untuk melaksanakannya tak semudah yang dikata. Semuanya
memerlukan keberanian dan keyakinan yang tinggi dan dia bukanlah manusia yang
arif dalam bidang ini.
“ ada apa kau nak jumpa aku? Urgent sangat bunyinya.”
Sergah Umairah sambil menghenyakkan punggung diatas kerusi didepan Ifran yang
sedang menyedut teh ais. Ifran kelihatan tersengih-sengih seperti ingin meminta
sesuatu.
“ acu bawak bersabar sikit... duduk dulu, tarik nafas
panjang-panjang, minum-minum dulu barulah nak terjah dengan soalan pon.” Usik
Ifran. Umairah mencebik dengan kata-kata Ifran. sempat matanya dijulingkan
keatas tanda dia menyampah dengan usikan dari temannya itu.
“ kau fikir aku banyak sangat masa nak mengadap kau ni
hah?” soal Umairah dengan mulut yang terjuih. Ifran tergelak melihat tingkah
Umairah, langsung tidak mengambil hati. Dia dan Umairah sudah berkawan hampir
dua semester. Rasanya, tak perlu dia ambil serius dengan gurauan begitu.
“ dah order belum untuk aku?” sambung Umairah seraya
menukar topik perbualan. Dia sememangnya ada menyuruh Ifran memesan makanan dan
minuman buatnya.
“ dah...” balas Ifran dengan anggukan kecil.
“ apa hal yang kau nak cakap dengan aku?” sekali lagi
Umairah menebarkan pertanyaan namun kali ini dengan nada yang lebih serius. Dia
bukanlah bertemu dengan Ifran untuk suka-suka tetapi kerana Ifran ingin menemuinya
dengan alasan ada hal penting yang ingin dibincangkan.
“ akukan tuang
kelas Dr.Ahmad tadi.... so...”
“ kenapa kau ponteng tadi? Sakit ke?” belum sempat Ifran
menghabiskan bicara, Umairah sudah memotong kata-katanya. Namun hati Umairah
cukup yakin, Ifran tidak ke kelas bukan kerana sakit tetapi malas atau terlajak
tidur.
“a’ah sakit... sakit bontot.” Ujar Ifran kemudian dia
tergelak kecil. Umairah menarik muka kerana terasa dipermainkan namun dia tidak
berkecil hati. Bukan dia tidak faham perangai Ifran yang suka bergurau.
“ sakit bontot betul-betul baru tahu! Kau jangan lupa If,
kita punya final lagi beberapa minggu je. Serius sikit boleh?” Umairah sudah
mula berleter.
“ sebab aku tahu nak exam tak lama lagilah aku nak mintak
tolong dengan kau ni...”
“ apa dia?”
“ bagi aku nota kuliah dr Ahmad untuk minggu ni...” minta
Ifran dengan senyuman yang memekar dibibir. Menyerlahkan barisan giginya yang
putih bersih tersusun rapi.
“ laa tu je ke kau nak? Asal tak mesej je, aku boleh
transfer nota ikut email. Tak payah nak nak susah-susah ajak aku keluar pun tak
apa...” ulas Umairah. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia ingat apalah yang
penting sangat ingin diperkatakan oleh Ifran, rupanya ini sahaja. Kelakar pulak
rasanya.
“ kalau cakap berdepan macam ni pon tak salahkan...” sela
Ifran dengan nada suara yang tak dapat ditafsirkan. Sememangnya pertemuan
dengan Umairah malam ini untuk mendapatkan nota kuliah sekadar alasan yang
dicipta. Dia bukan tiada kawan lain untuk meminta semua itu tetapi dia sengaja
memintanya daripada Umairah. Kerana dia rindu dan ingin betemu Umairah. Takkan
Umairah tidak faham dengan tingkahnya yang terlalu mudah dibaca? Umairah
mengerut dahinya mendengar butir bicara Ifran yang lain macam bunyinya, mimik
muka jejaka itu dipandang dengan rasa hairan.
“ memang la tak salah... tapi setakat perkara kecil macam
ni tak perlu kot kita nak berjumpa dan cakap secara berdepan. Masih banyak lagi
perkara yang lebih penting untuk dibuat daripada kita habiskan masa dekat luar
macam ni.” Ifran sedikit tersentap dengan jawapan Umairah yang seperti memberi
gambaran yang dia tidak berminat untuk menghabiskan masa dengannya. Mula
mengerti Umairah langsung tiada hati untuknya.
“maaflah kalau mengganggu masa kau... untuk tebus
kesilapan aku, makan malam ni aku belanja.” Pujuk Ifran lembut. Dia malas
memikirkan kata-kata Umairah yang cukup menikam kalbu. Lagi pon, memang
salahnya juga mengganggu orang yang sibuk macam Umairah!
“ If jangan la kecil hati... aku bukan tak suka jumpa kau
Cuma...”
“ dah-dah... aku faham. Tak payah nak terangkan apa-apa..
nanti jangan lupa hantar nota tu dekat aku.” Potong Ifran. sempat mengalih
topik perbualan mereka. Umairah mengeluh lemah, mula rasa bersalah dengan
mulutnya yang tak pandai menuturkan kata-kata yang baik.
“ kalau kau terasa aku minta maaf yer...” pinta Umairah
sekali lagi sebelum masing-masing sibuk dengan juadah makan malam. Ifran dan
Umairah hanya mendiamkan diri menikmati makanan yang terhidang. Mula ada rasa
kekok dengan situasi yang melanda.
Bab 29
Umairah memandang lama lautan tasik yang terbentang luas
dihadapan mata. Sedikit sebanyak perasaannya menjadi tenang melihat keindahan
alam ini. dia hanya bersendiri waktu itu... tiada Atikah, Zizie, Zurina mahupun
Amirah yang menemani. Memang dia yang memilih untuk bersendiri.
“ jauh termenung... ingatkan buah hati ke?” tegur satu
suara sekali gus menyedarkan Umairah kealam realiti. Lekas-lekas matanya
memandang kearah si penegur lalu melebarkan senyuman tawar.
“kau If... ingat siapalah tadi.” Balas Umairah sambil
mengensotkan sedikit badannya ketepi agar Ifran boleh melabuhkan diri
disebelahnya.
“kenapa? Kau harapkan orang lain ke? Buah hati kau
barangkali.”
“hish kau ni... mengarut jer. Aku mana ada kekasih. Kau
tu lainlahkan.” Tingkah Umairah bersahaja. Ifran menjeling kearah Umairah yang
kelihatan tenang disebelahnya.
“kau memang tak ada pak we ke Mai?” soal Ifran terus.
Langsung tidak bengkang bengkok. Dalam hatinya berdetak kencang. Berharap
jawapan Umairah seperti yang diingini.
“aik... ni apasal tanya soalan peribadi sangat ni? ke kau
sengaja nak gelakkan aku pasal tak ada pakwe. Buat-buat tanya pulak!” bebel
Umairah sambil menggeleng-gelengkan kepala. Ifran mengeluh lega. Damai sikit
jiwanya mendengar jawapan daripada Umairah yang dirasakan jujur.
“ooo... kau tak ada kekasih la. Kenapa? Kau tak ada minat
kat siapa-siapa ke?”
“bukannya aku yang tak berminat tapi orang yang tak minat
dekat aku... dah macam mana nak ada buah hati.” Jelas Umairah dengan ketawa
kecil. Ifran turut sama ketawa dengan kata-kata Umairah.
“jadi kau memang ada minat dekat seseoranglah? Siapa? Aku
kenal ke? Ke aku?” Ifran buat serkap jarang. Umairah tersentak, berdebar-debar
jantungnya dengan telahan tepat daripada Ifran. cepat-cepat Umairah kawal
reaksi mukanya yang sudah kemerah-merahan.
“ish... perasan sungguh kau ni. tak ada maknanya aku
minat dekat kau. tak kuasa aku.”
“ala... dah tu sapa?” soal Ifran ingin tahu. Sentap juga
hatinya dengan jawapan Umairah yang terlalu berterus terang. Tapi apa boleh
buat, nada soalannya sendiri pon bergurau. Mustahillah Umairah mahu mengaku
perasaannya jika sekiranya ada untuknya.
“adalah... buat apa nak beritahu kau. tak mendapat
manfaat pon.” Tingkah Umairah tanpa perasaan. Ifran genggam jemarinya sendiri.
Sedikit sebanyak perasaannya mula dihantui rasa kecewa. Nampak sangat Umairah
langsung tiada hati padanya malah gadis itu turut menyimpan perasaan untuk
lelaki lain. Suasana sepi sekejap. Hanya kedengaran bunyi angin meniup
daun-daun kering.
“Mai...” panggil Ifran lembut. Umairah yang ralit
merenung tasik yang terbentang luas dihadapannya berkalih pandang. Direnung
lama wajah Ifran yang cukup mendatangkan rasa gelisah dihati gadisnya. Dia
tenggelam sejenak dalam renungan penuh asyik daripada Ifran.
“ kalau aku cakap aku sayangkan kau... kau percaya tak?”
sambung Ifran dengan wajah yang serius. Umairah kaget! Terkebil-kebil matanya
membalas renungan Ifran yang kelihatan serius. Tanpa dapat dikawal, hati dan
perasaan Umairah berdebar sendiri. Dia termangu seketika. Tidak tahu apa yang
perlu dijawab dan dilakukan buat masa ini. dia tidak biasa dan tidak pernah
alami perkara ini. persoalan dari Ifran terlalu mendadak baginya.
‘biar betul Ifran ni... ke dia nak perdajal aku jer?’
otak Umairah berteka-teki. Tidak yakin dengan kata-kata Ifran meski pun jejaka
itu memaparkan wajah yang cukup serius. Umairah tiba-tiba sahaja melepaskan
gelak. Hanya ini sahaja reaksi yang mampu difikirkan buat masa ini.
“hahahahaha... kau buat lawak ke If? Tak kelakar okey.
Apa kau ingat aku nak percaya temberang kau tu? puii la...” sela Umairah dengan
ketawa yang dibuat-buat. Ifran terkedu. Mula tersedar dengan ketelanjuran
bicaranya. Sedikit sebanyak dia menyesal dengan soalan yang keluar dari
mulutnya tanpa berfikir panjang. Namun tak dapat dinafikan, hatinya cukup
terguris dengan reaksi Umairah yang tergamak menggelakkan luahan hatinya. Ifran
buat-buat ketawa. Cuba kawal perasaan malu yang bertandang.
“ala kau ni Mai... aku baru je nak perkenakan kau...
tahu-tahu je kau ni kan.” Ujar Ifran dengan ketawa yang masih bersisa. Perasaan
kecewa dan sedih sedaya upaya dibuang jauh-jauh. Dia tak nak Umairah sedar
perasaannya yang berperang sesama sendiri. Untuk apa gadis itu tahu? Hanya
menjatuhkan maruahnya lagi adalah!
“kita ni dah berkawan lebih setahun If... takkanlah aku
tak tahu perangai kau tu... suka perkenakan orang.” Tembak Umairah setelah
ketawanya reda. Dalam diam dia bersyukur dengan reaksi yang ditonjolkan.
Kalaulah dia turut mengakui cintanya tadi, pasti dirinya digelak habis-habisan
oleh Ifran.
“hmmm Mai... aku nak balik dululah. Baru teringat nak
pergi main badminton dengan Zarif. Kau nak aku hantarkan kau balik ke?” habis
sahaja sesi bergelak ketawa penuh palsu itu, Ifran mula angkat punggung lalu
berdiri dihadapan Umairah. Penolakkan cinta dalam diam itu buat hati Ifran
tersiat pedih. Dia tidak mampu untuk berlama-lama disisi Umairah disaat
cintanya baru sahaja ditolak tanpa sedar.
Umairah sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. Menolak dengan
ajakan Ifran yang kedengaran ikhlas. Dia sebenarnya kecewa dengan mainan Ifran
itu tadi. Nasib baik dia tidak mudah perasan, kalau tidak pasti berkecai
hatinya dengan gurauan Ifran.
“tak pe la... kau baliklah dulu. Aku nak layan perasaan
kejap.” Tutur Umairah dengan nada yang rendah. Wajah Ifran dipandang dengan
senyuman nipis. Ifran yang membalas renungan Umairah sekadar tersenyum tawar.
Kepalanya terangguk-angguk memahami keinginan gadis itu. Dengan perasaan yang
berkecamuk, Ifran membuka langkah meninggalkan Umairah sendiri di tasik itu.
Ifran menatap lama siling bilik tidur yang dikongsi
bersama Ahmad. Entah kemana hilangnya jejaka itu pun Ifran tidak pasti. Apa
yang pasti kini hati dan perasannya amatlah terguris mengingatkan cintanya
ditolak secara tidak langsung oleh Umairah petang tadi. Ifran meraup lembut
wajahnya. Cuba mencari-cari ketenangan yang sememangnya tiada dalam diri saat
ini.
‘Mai... apa perasan kau sebenarnya pada aku? apa yang
patut aku buat untuk kau jatuh cinta pada aku?’ soalan demi soalan berlegar
difikiran Ifran. sedaya upaya dia menyambung segala urat saraf dibenaknya agar
menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tahu kelemahannya. Dia terlalu
takut mengucapkan kata-kata cinta pada Umairah. Dia takut kerana cintanya itu
Umairah akan pergi meninggalkannya sendiri. Dia tak nak kerana perasaannya
hubungan persahabatan antara dia dan Umairah berkecai begitu sahaja. Dia sedar
dia seorang yang pengecut. Takut untuk membuat perubahan!
‘Mai... aku tak pasti apa perasaan kau pada aku.
kadang-kadang kau seakan suka pada aku, kadang-kadang macam tak juga. Yang mana
satu sebenarnya ni?’terus menerus persoalan meliar dibenaknya. Ifran bingkas
bangun lalu mundar mandir sekitar biliknya. Langkahnya yang perlahan itu dihentikan
ditepi tingkap yang terbuka luas. Dipandang langit hitam tanpa sebarang bintang
mahu pun bulan itu. keluhan demi keluhan dilepaskan demi mencapai rasa tenang
yang tidak muncul tiba.
‘aku kena uji perasaan dia pada aku!’ tegas Ifran didalam
hati. Mula otaknya terfikir satu idea untuk menguji hati Umairah padanya. Dia
perlu lakukan semua itu kerana dengan cara itu sahaja dia mampu mengetahui apa
dihati Umairah.
Umairah berteleku didepan komputer ribanya. Langsung
segala pembacaan nota-nota penting yang terdampar didada skrin laptop itu tidak
meresap ke otaknya. Ingatannya kini lebih tertumpu pada peristiwa petang tadi. Wajah
kacak milik Ifran mula memenuhi pemikirannya.
‘kalau aku cakap aku sayangkan kau... kau percaya tak?’
terngiang-ngiang persoalan dari Ifran didalam benaknya. Hati Umairah berdetak
kencang. Meremang bulu romanya meskipun hanya mengingati bait-bait luahan
daripada Ifran.
‘betul ke Ifran bergurau je masa dia cakap macam tu tadi?
tapi kenapa muka dia serius sangat? Lagi pun, Ifran tak pernah nak bergurau
perkara-perkara melibatkan hati dan perasaan selama ini. entah-entah betul dia
ada hati pada aku?’soal Umairah pada diri sendiri. Tangannya diketuk-ketuk pada
dagu. Kata-kata Ifran tadi buat dia berfikir panjang.
‘alah Mai... tadikan dia cakap dia nak perkenakan kau
jer. Mustahillah dia serius. Lagi pun, bukan ke cinta dalam persahabatan tu
taboo. Tak mungkinlah dia ada hati pada kau.’ bisik hati Umairah sedikit sebanyak
cuba menghilangkan rasa menyesal kerana mempermainkan luahan perasaan Ifran
petang tadi. namun kata-kata penyedap hati itu langsung tidak mampu memberi
ketenangan padanya. rasa menyesal dan kecewa kerana tidak menggunakan peluang
yang ada petang tadi semakin mengasak minda.
Kalaulah masa boleh diputarkan
kembali, pasti dia akan mengakui perasaannya jua. Mungkin Ifran sekadar
bergurau tetapi sekurang-kurangnya dia jujur dengan perasaan sendiri. Tapi dia
dah terlambat. Entah bila pula peluang sebegitu akan muncul. Untuk meluahkan
perasaannya sendiri dia tidak mampu. Dia belum punya keberanian seperti itu
untuk mengakui cintanya.
Umairah terkedek-kedek menghampiri perhentian bas untuk
mendapatkan perkhidmatan kenderaan tersebut. Jam pada pergelangan tangannya
sudah menunjukkan 10 minit melepasi 9 pagi. Dia betul-betul sudah terlewat dek
kekhilafannya yang terlambat bangun pagi tadi. Sedang Umairah memanjangkan
langkah, bunyi hon bertalu-talu menjengah pendengarannya. Spontan kepalanya
dipusingkan demi membuang pandang kearah kereta yang mengeluarkan bunyi yang
bingit itu.
“ macam kereta If je.” Umairah bermonolog sendiri.
Sangkaannya tepat apabila Ifran menurunkan cermin kereta lalu melambai
kearahnya. Umairah cepat-cepat menghampiri Ifran yang tersenyum lebar.
“ nak tumpang.” Minta Umairah. Tanpa menunggu jawapan,
pintu kereta sebelah pemandu ditarik. Umairah membenamkan badannya kedalam
kereta Persona milik Ifran.
“ lambat bangun la ni... lupa ke kita ada kelas pukul 9.”
Giat Ifran. pemanduan diteruskan menuju ke arah kampus.
“ mengutuk aku konon.. kau pon sama je. Kalau tak, tak
adanya kau kat sini sekarang.” Bidas Umairah selamba. Wajah tenang Ifran
dikerling menggunakan ekor mata.
“ bersyukur la aku lambat.. kalau tak kau mesti kena
melangut berjam-jam dekat bus stop.”
“ apa-apa je la.” Tambah Umairah yang kemudiannya diam. Suasana
antara mereka berdua kembali hening. Ifran sibuk dengan pemanduannya manakala
Umairah pula enak melayan perasaan. Tiba-tiba mata Umairah menangkap satu imej beg
kertas yang diletak elok berhampiran kakinya. Dahinya berlapis-lapis dengan
perasaan ingin tahu. Tangannya yang tidak reti duduk diam dipanjangkan lalu
membelek beg kertas bewarna coklat itu.
“ hei! sapa bagi kau sentuh barang aku tu?” Tinggi suara
Ifran melihat tingkah Umairah yang memandai menyentuh barangannya. Umairah
tersentak, serentak dengan itu tangannya berhenti dari menyentuh beg kertas berkenaan.
Wajahnya dipaling mengadap riak tegang milik Ifran. kecut perutnya dengan
kesilapan yang tidak disengajakan.
“ maaf.. tak sengaja.” Minta Umairah sambil melagakan
tangannya memohon ampun. Wajah berang Ifran dipandang dengan perasaan bersalah.
“ kau dah nampak ke apa kat dalam tu?” intonasi suara
Ifran masih lagi keras namun tidak setinggi tadi. Umairah serba salah. Mahu
menipu atau tidak. Setelah berfikir sejenak, Umairah akhirnya menganggukkan
kepalanya.
“ nampak...” teragak-agak jawapan yang muncul dari mulut
Umairah. Ifran mendengus geram. Di jeling Umairah yang sedang bermain-main
dengan baju kurung sendiri.
“ sorry If... aku tak sengaja.” Luah Umairah sekali lagi.
Marah benar Ifran dengan kesilapan kecilnya itu. tapi kenapa? Apa yang istimewa
sangat hadiah yang tersimpan didalam beg kertas itu? dan yang pasti untuk siapa
sebenarnya hadiah itu? Ifran dah ada kekasih ke?
“ lain kali kau jangan memandai-mandai nak usik barang
aku...” pesan Ifran dengan nada yang lebih rendah. Mula terkesan dengan mimik
muka Umairah yang berjaya menarik simpatinya.
“ okey.” Jawab Umairah faham. Dia kembali memusingkan
badannya untuk mengadap jalan raya. Namun tidak dinafikan, otaknya terus
diasak-asak persoalan . Milik siapakah hadiah yang berbalut kemas yang dilihat
tadi? Sedikit sebanyak ada api cemburu mula membakar perasaannya. Bertuah si
gadis yang berjaya menempatkan diri dalam hati Ifran.
Atikah melangkah perlahan kearah perhentian bas. Dia baru
sahaja selesai berdiskusi dengan ahli kumpulannya. Jam tangan bewarna putih
yang melilit kemas pada pergelangan tangannya dipandang sekejap.
‘dah pukul 10 malam... sekejap je masa bergerak.’ Bisik
Atikah didalam hati. Sampai sahaja di perhentian bas, Atikah dapat melihat
beberapa pelajar yang turut sama sedang menanti bas dengan penuh sabar. Namun
belum pun punggungnya panas, satu bunyi hon yang agak kuat mencecah ke
gegendang telinga. Semua mata yang ada disitu mencuri pandang kearah kereta
Persona bewarna hitam berkilat itu. ada yang memandang jengkel ada juga yang
buat tidak tahu. Atikah turut sama melihat kereta yang cukup familiar pada
pandangan matanya.
“ Tikah...” jerit satu suara dari kereta berkenaan.
Atikah yang sememangnya sedang memandang kearah si pemandu tersenyum nipis.
Cepat-cepat dia membawa diri ke arah kereta tersebut.
“jom saya hantar awak balik... dah lewat ni.” ajak Ifran
ikhlas. Atikah tersenyum girang. Cukup gembira dengan perlawaan Ifran. tanpa
membuang masa, pintu disebelah pemandu dibuka.
“terima kasih If... nasib baik ada awak, kalau tak tak
tahulah pukul berapa saya boleh sampai rumah.” Minta Atikah dengan senyuman
yang memekar dibibir. Dia tidak lokek untuk menghadiahkan senyuman semanis madu
buat Ifran.
“tak adahal la Tikah... kitakan kawan.” Balas Ifran
tenang. Dia memulakan permanduan untuk menghantar Atikah ke rumah sewanya.
“ awak dari mana sebenarnya If? Dari perpustakaan ke?”
soal Atikah perlahan. sekadar mengisi keheningan suasana antaranya Ifran.
“a’ah... ada kerja sikit tadi. awak pon dari library ke?”
“hmm... tak perasan pulak awak pun ada dekat sana tadi.
kalau tak boleh lepak sama-sama. Awak pergi library sorang je ke? Tak nampak
pun Ahmad dan Zarif?”
“saya pergi dengan Mai... tadi dia balik awal sikit sebab
ada urusan lain katanya. Lepas tu saya duduk kat library tu sorang-sorang je la
sampai balik.” Jelas Ifran jujur. Rasanya tiada sebab untuk dia berbohong
dihadapan Atikah.
Atikah diam sejenak. Sedikit sebanyak perasaanya menjadi
aneh apabila mendengar nama Umairah meniti keluar dari mulut Ifran. Terasa ada
perasaan hangat mula bercambah didalam hati. Atikah menggeleng-gelengkan
kepalanya. Cuba membuang segala pemikiran negatif yang berawangan didalam
mindanya. Dia tidak boleh merasa sedemikian terhadap hubungan Umairah dan
Ifran.
“yang awak tergeleng-geleng kepala tetiba ni apasal?
Telinga masuk air ke?” usik Ifran dengan senyuman nakal. Kelakar pula dia
melihat Atikah yang tiba-tiba sahaja memusingkan kepalanya kekiri dan kekanan
tanpa sebab yang diketahui. Atikah yang sedang melayan perasaan tersentak. Meletus
ketawanya dengan usikan Ifran.
“tak adalah... saja buat senaman kepala...” dalih Atikah
cuba menutup rasa gugup yang melanda. Tidak perasan pula Ifran memerhati segala
tingkahlakunya. Namun begitu, memikirkan Ifran yang mungkin curi-curi pandang
kearahnya buat hati Atikah dilambung ombak asmara.
“awak lapar tak? Jom kita makan dulu sebelum balik. Saya laparlah.”
Cetus Ifran. Sempat tangannya menggosok perut untuk menunjukkan rasa kebulur
yang tidak terhingga. Atikah tersenyum kecil. Gembira dengan ajakan Ifran.
rasanya, peluang sebegini jarang sekali diperolehi. Tak salah kalau dia gunakan
dengan sebaiknya.
“okey...” pantas Atikah mengatakan persetujuan. Langsung
hatinya kini tidak teringatkan Umairah. Apa yang dia tahu, dia perlu menghargai
peluang yang sudah terbuka didepan mata.
Wahhh makin menarik ni... rahsia dlm rahsia...
ReplyDeleteAdoiiiiiii salah faham.....knp la xluah aje n xngaku aje suka sama suka....dh jd konflik camni
ReplyDeletenak dijadikan cerita... hahahaha
DeleteEnjoy dgn jln cerita penuh konflik ni....Best next entry plzzz
ReplyDelete