Bab 27
Satu keluhan berat dilepaskan setelah Umairah menghenyak
punggungnya di atas kerusi. Penat sungguh rasanya setelah mengajar 4 waktu
pengajaran tanpa henti. Umairah menggagau ke dalam beg tangan yang diletakkan
di atas meja demi mendapatkan telefon tangan. Tiada mesej mahu pun panggilan
yang diterima sepanjang tempoh dia ke kelas seketika tadi. Umairah menekan satu
persatu nombor yang sudah dihafal lalu disuakan telefon bimbit itu ke
telinganya. Menanti orang dipanggil menjawab panggilannya. Beberapa saat
kemudian, panggilan yang dibuat akhirnya bersambut.
“ Assalamualaikum...” Sapa Umairah seceria dan selembut
mungkin. Tidak lekang bibirnya mengukir senyuman meski pon Ifran bukanlah
didepan mata.
“ Waalaikummussalam.... Kenapa?” Balas Ifran ringkas. Menanti
Umairah menjelaskan tujuan menelefon dirinya secara tiba-tiba.
“ Sibuk ke sekarang? Kalau sibuk kejap lagi aku telefon
balik.” Umairah sekadar berbasa-basi. Hatinya belum bersedia untuk masuk ke
topik utama. Kayuh pelan-pelan itulah pesanan dirinya sendiri.
“ Kalau aku sibuk tak adanya aku jawab panggilan kau... Apa
dia kau nak bagitahu aku?” Soal Ifran sekali lagi. Tangannya yang sedang
menekan papan kekunci komputer terhenti. Cuba memberi sepenuh perhatian kepada
sang isteri yang jarang-jarang menghubunginya.
“ If...” Panggil Umairah lembut. Helaan nafas ditarik
panjang demi menenangkan jiwanya yang gundah. Ifran masih menanti balasan dari
Umairah dihujung talian.
“ Apa dia?” Cetus Ifran bagi mengusirkan kebisuan
antaranya dan Umairah. Umairah menggigit bibir perlahan. Entah kenapa sukar
baginya untuk meluahkan hasrat dihati. Tapi kenapa dia perlu takut untuk meminta
kebenaran dari Ifran demi bertemu Haikal? Dia bukan mahu buat perkara tidak
senonoh dengan kawannya itu.
“ Mai....” Seru Ifran. Entah-entah Umairah sudah tiada di
hujung talian. Umairah tersentak dari lamunan. Kembali ke alam nyata demi
meneruskan hasrat di hati.
“ Benarkan aku jumpa Haikal petang nanti... Please.”
Minta Umairah perlahan.
“ Kan aku dah cakap tak boleh. Tak faham ke?” Mendengar
nama Haikal disebut membuatkan Ifran naik hantu. Perasaan marah dan geram mula
meluap-luap di dalam jiwa.
“ Kenapa tak boleh? Aku bukan nak buat perkara tak elok
pon dengan dia. Aku Cuma nak raikan hari jadi dia. Lagi pon dia yang ajak aku.
Tak eloklah kalau tolak, nanti apa pula dia cakap.” Luah Umairah satu persatu.
Berharap dengan penjelasannya ini melembutkan hati sang suami.
“ Aku kata tak boleh, maksudnya tak boleh la. Cuba la
faham.” Marah Ifran di corong telefon. Mendengus kasar dengan sikap tidak kenal
erti putus asa milik Umairah. Sanggup wanita itu menelefonnya semata-mata
kerana ingin bertemu buah hati tercinta.
“ Tapi kenapa? Apa alasan kau tak nak bagi aku keluar
dengan dia?” Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Umairah. Ifran mengeluh
kecil, cuba mencari jawapan yang bijak untuk pertanyaan Umairah.
“ Kau tak ada alasankan...” Tembak Umairah setelah Ifran
berdiam hampir seminit.
“ Kau isteri aku... Tak cukup ke alasan macam tu?” Sela
Ifran kemudiannya. Umairah terdiam, kelu lidahnya dengan jawapan yang diutara
oleh suaminya. Ada rasa debar tatkala mendengar jawapan dari Ifran.
“ If... Please, kali ni je. Dia kawan aku, takkan aku nak
kecewakan perasaan dia. Lagi pon hari ni birthday dia. Please If... Kali ni
je.” Rayu Umairah untuk sekian kalinya. Suaranya mula kendur kearah serak
menahan tangis. Dia bukanlah tergila-gila sangat nak bertemu muka dengan Haikal
tetapi memandangkan janji yang dah dibuat perlulah ditunaikan. Lagi pon, dia
tak rasa bertemu Haikal menjadi masalah besar untuknya dan Ifran. Kenapa Ifran
perlu menghalang kebebasannya? Hati Ifran mula lemah dengan suara mendayu-dayu
dari Umairah. Inilah susahnya kalau bercakap dengan perempuan! Lama dia
termenung memikirkan kehendak sang isteri.
“ Hmm ye la- ye la. Tapi dengan satu syarat.” Ujar Ifran
akhirnya mengalah. Umairah terkejut dengan persetujuan tidak semena-mena dari
Ifran, membuatkan matanya bersinar kembali.
“ Apa dia If? Cakap je kau nak suruh aku buat apa.” Jawab
Umairah teruja. Ifran di hujung talian tersengih mendengar suara Umairah yang
kembali bersemangat. Namun senyumannya mula menghilang memikirkan Umairah
gembira kerana diberi kebenaran bertemu Haikal, sang kekasih hati. Ada rasa geram
kembali memekar disanubari.
“ Dalam masa 5 minit, aku nak kau hantar mesej dekat aku dekat mana dan pukul
berapa temujanji korang. Kalau kau tak beritahu dengan detail, jangan harap nak
jumpa dengan Haikal. Faham?” Tegas Ifran.
“ Faham boss.” Patuh Umairah tanpa banyak soal. Setelah
memberi salam, Umairah segera mematikan talian mereka. Dia cepat-cepat menaip
dan menghantar mesej seperti yang diinginkan oleh Ifran.
Umairah menutup pintu keretanya sebelum matanya meliar
melihat persekitaran mencari kelibat Haikal. Mereka telah berjanji untuk
bertemu di tempat parkir kereta. Umairah menyandar badannya pada kereta sambil
melirik kearah jam yang melilit pergelangan tangannya. Lagi 5 minit tempoh yang
dijanjikan akan tiba.
“ Jom...” Satu suara yang dikenali tiba-tiba sahaja
menjengah gegendang telinga Umairah. Pantas Umairah mengerling kearah si
penegur tanpa salam.
“ Ifran? Kau buat apa dekat sini?” Tegur Umairah agak
terkejut. Ifran menayang wajah bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“ Kata nak jumpa Haikal. Jom la.” Balas Ifran selamba.
“ Yang nak jumpa Haikalnya aku. Bukan kau. Kau buat apa
datang sini?” Tanya Umairah sekali lagi. Memandang aneh kearah Ifran.
“ Aku datang nak sambut hari jadi Haikal la.. Lagi ramai
lagi meriahkan.” Tutur Ifran tanpa perasaan.
“ Tapi dia tak ajak kau pon.”
“ Tapi dia ajak kaukan.. Aku ni suami kau, kiranya satu
pakej la.” Ujar Ifran. Riak wajahnya masih lagi tenang dan bersahaja.
“ If... i’m not going to birthday party. Aku hanya keluar
berdua dengan dia, makan-makan itu je. Kau tak datang pon tak apa.” Bantah
Umairah. Ifran macam sengaja nak malukan dia depan Haikal je. Ada rasa kurang
senang mula menempel di jiwa Umairah.
“ Laa makan berdua je ke? Lagilah tak meriah.
Kurang-kurang ada aku jadi 3 orang. Lagi seronok. Boleh aku tolong doakan yang
baik-baik untuk dia sekali nanti.”
“ Kalau nak berdoa tak semestinya kena ikut datang sini.
Doa kat pejabat kau pon tak apa.” Bidas Umairah yang mula naik angin. Patutlah
Ifran memberi syarat pelik kepadanya tadi. Ini rupanya agenda Ifran. Tak guna!
“ Kau ni ada nak buat apa-apa ke dengan dia? Semacam je
tak bagi aku ikut rancangan korang.” Tuduh Ifran. Matanya merenung tepat wajah
Umairah yang terjengil mata mendengar bicaranya yang agak kasar.
“ Kau merepek apa ni? Jangan nak mengarutlah.” Marah
Umairah. Kurang senang dengan telahan yang dibuat Ifran. Membabi buta sahaja
menuduhnya.
“ Kalau tak ada, kenapa tak nak bagi aku ikut sekali.
Lagi pon, bukannya elok sangat lelaki dan perempuan keluar berdua. Eloklah aku
ada sekali jadi peneman korang berdua.” Tutur Ifran lagi. Sempat pula memberi
syarahan agama. Umairah mencebik mulutnya. Macam aku tak tahu hukum hakam agama!
Sengal!
“ Mai, dah lama ke sampai.” Sapa Haikal yang belum sedar
kehadiran Ifran dalam temujanji dia dan Umairah. Tersengih merenung gadis yang
dicintai sekian lama. Namun, senyuman yang mekar dibibir Haikal mati tatkala
raut wajah Ifran menyapa pandangan matanya. Sedikit tercengang melihat
kehadiran suami Umairah.
“ Hai Haikal.. Happy birthday.” Sapa Ifran ramah sambil
menghulurkan tangan untuk bersalam. Haikal melebarkan senyuman terpaksa, dengan
perasaan meluat dia menyambut huluran tangan dari Ifran.
“ Thank you.. Jom la kita masuk dalam. Cuci-cuci mata
dulu lepas tu makan.” Ajak Haikal sekadar berbasa-basi. Masakan dia mahu
menghalau kedatangan Ifran pula. Ifran tersengih sambil tangannya menggapai
tangan Umairah lalu digenggam erat. Mereka bertiga beriringan masuk ke pusat
membeli belah terminal One.
“ Happy birthday Haikal... Semoga dimurahkan rezeki dan
cepat-cepat bertemu jodoh.” Ucap Umairah sambil menghulurkan hadiah yang sudah
dibalut elok. Haikal tersenyum ceria mendengar doa dari Umairah. Hadiah yang
berbalut kemas itu dicapai dan diletakkan disebelah.
“ Aku pon nak doakan kau cepat-cepat bertemu jodoh dan
kahwin.. Seronok kahwin ni Haikal. Tak sama macam hidup bujang.” Ulas Ifran
tanpa dipinta. Sengaja menggebang-gebangkan tentang kebahagiaan sebuah rumah
tangga. Kononnya dia sudah menikmati semua itu dengan Umairah. Haikal tersenyum
dalam terpaksa, naik menyampah dengan kata-kata Ifran yang membuatkan hatinya
cemburu.
“ Amin...” Balas Haikal ringkas. Sekadar ambil hati.
“ Buka la hadiah tu. Tengok awak suka ke tidak.” Suruh
Umairah. Haikal mencapai kembali pemberian Umairah seketika tadi lalu dikoyak
pembalut hadiah. Teruja untuk dia melihat hadiah pemberian Umairah. Mata Haikal
bersinar-sinar memandang baju kemeja yang terlipat kemas didalam kotak hadiah.
Dia menarik baju tersebut untuk dilihat dengan lebih dekat.
“ Hmm cantik... Pandai awak pilih.” Puji Haikal ikhlas.
Bibirnya mengukir senyuman mesra.
“ Size okey tak? Saya agak awak dengan Ifran lebih kurang
je.” Soal Umairah lagi.
“A’ah. Memang saiz saya pon ni. Terima kasih ye Mai.”
Luah Haikal lagi. Baju yang tadi ditatap dan ditilik kini sudah dilipat
kembali. Mahu mengemas memandangkan menu yang dipesan kini sudah tiba. Mereka
kini berada di restoren makanan segera Pizza Hut. Ifran yang melihat adegan
memberi hadiah itu menjeling tidak puas hati. Tidak pernah pon Umairah memberinya
hadiah. Hatinya mula terdetik cemburu.
“ Dah jom kita mula makan.” Seru Haikal apabila suasana
sunyi sepi antara mereka. Seperti biasa Ifran mengetuai bacaan doa makan.
“ Kau tak kerja ke hari ni?” Haikal menyoal sekadar ingin
tahu. Pelik pulak bagaimana Ifran boleh menyemak dalam temujanjinya dan
Umairah.
“ Half day.” Balas Ifran ringkas. Dia menyuap spagetti
yang sudah diputar dengan garfu ke dalam mulut.
“ Sayang nak sos?” Tanya Ifran pada Umairah. Diambil
botol sos cili untuk dituangkan kedalam pinggan milik Umairah. Umairah terpaku
dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh Ifran, siap memanggilnya sayang lagi.
Apa kena Ifran ni? Haikal yang berada diantara Ifran dan Umairah menjeling ke
arah pasangan itu silih berganti. Makin meluat dengan kebahagiaan yang
dipertontonkan oleh pasangan itu.
“Boleh juga.” Jawab Umairah teragak-agak. Serba salah
dirinya dalam situasi aneh saat ini. Ifran menuang sedikit sos cili kedalam
pinggan Umairah dengan senyuman manis. Sempat dia memotong secebis pizza lalu
dicalit sedikit sos kemudian disuakan ke mulut Umairah.
“ Buka mulut... Ahhhhh.” Seru Ifran. Sengaja dia
buat-buat romantik didepan Haikal supaya jejaka itu berhenti mengharapkan cinta
dari Umairah. Biar menanah mata Haikal melihat kebahagiaan dia dan Umairah.
Umairah terkesima sekali lagi dengan perangai mengada-ngada Ifran. Tidak pernah
Ifran bersikap begini, namun diikut sahaja rentak Ifran.
“ Sedap?” Soal Ifran lembut seraya memanah pandangan
kedalam mata Umairah. Mahu tersedak Umairah dengan perubahan drastik Ifran. Tidak
pernah Ifran selembut dan sebaik ini! Sudah la tadi sepanjang mereka
berlegar-legar didalam kompleks terminal One, Ifran langsung tidak melepaskan
tangannya. Apa sebenarnya dalam benak Ifran sekarang ini? apa yang lelaki ini rancang
sebenarnya?
“ Sedap...” Umairah membalas pendek. Senyuman kejung
terukir dibibir.
“ Sayang, bagi abang bebola daging sikit. Nak rasa.”
Minta Ifran tanpa perasaan malu. Masih lagi diteruskan adegan romantik didepan
Haikal. Umairah mengetap bibirnya kuat. Makin lama makin melampau perangai
Ifran. Umairah memanjangkan tangannya lalu dipulas perut Ifran dengan perasaan
geram. Matanya dijengilkan ke arah Ifran supaya jejaka itu menghormati Haikal
yang hanya diam sedari tadi. Ifran tersengih Cuma, sempat dia mencapai tangan
Umairah yang mencubitnya lalu digenggam erat. Ada rasa kasih sayang mula
memekar diantara mereka. Haikal yang melihat aksi mesra antara Umairah dan
Ifran hanya mampu menahan rasa. Namun begitu, rasa keliru mula mewarna hatinya.
Benarkah Umairah dan Ifran tidak bahagia dengan rumah tangga mereka? Kalau
beginilah gaya mereka berdua, pasti telahannya sebelum ini adalah tidak tepat.
Umairah dan Ifran didepannya kini seperti pasangan bahagia, pasangan yang
sedang hangat memadu kasih.
Adoiiii dh suka tp ego...irfan2... sambung lg ...cm xpuas je..hihi
ReplyDeleteOmai...tengah tangkap feeling sekali dah bis...nak kena tunggu lagi... :(
ReplyDeleteAwwww so suwetttttt
ReplyDeleteSweet....
ReplyDelete