Bab 14
Umairah dan Zizie masing-masing tekun mengadap tugasan sendiri. Kejap-kejap
mereka mengadap laptop, kemudian membelek buku-buku tebal berinci-inci dan ada
juga kalanya mencatat apa yang patut. Suasana sunyi antara mereka berlarutan
hingga 2 jam, hanya kadang kala sahaja masing-masing berborak mahu pun berbual
kosong.
“ Hai... sibuk nampak.” Tegur satu suara mengejutkan Zizie dan Umairah yang
sedang mengadap tugasan sendiri. Serentak itu, mata mereka berkalih pandang
pada si penegur yang tiba-tiba sahaja muncul.
“ laa kau Haikal. Dari mana ni?” soal Zizie dengan senyuman kecil. Umairah
disisinya sudah berubah riak. Memandang wajah Haikal pun sudah cukup untuk
mendatangkan 1000 rasa yang tidak enak dihati. Dia teringatkan perbualannya dan
Haikal semalam. Hatinya betul-betul rawan memikirkan sikap Haikal yang sibuk
mencampuri urusan rumah tangganya disamping luahan rasa jejaka itu.
“ aku dari kelas. Ini pun datang library sebab ada perbincangan dengan
kawan sekejap lagi.” balas Haikal dengan riak tenang. Wajah menunduk Umairah
dipandang lama. Dia sedar Umairah mula tidak senang dengannya lagi-lagi selepas
dia meluahkan rasa cinta. Tapi, dia tidak pernah menyesal malah dia puas hati
kerana Umairah kini sudah tahu dan mengerti isi hatinya selama ini.
“ sibuk Mai sampai langsung tak pandang saya...” tegur Haikal lembut sambil
menarik kerusi dihadapan Umairah. Umairah yang hanya menunduk ketap bibir
kuat-kuat, dia tidak tahu bagaimana untuk berlakon tenang dan relax dalam
situasi sebegini.
“ saya banyak kerja nak kena siapkan.” Dalih Umairah dengan nada yang
rendah. Langsung matanya tidak menyapa kearah Haikal. Dia lebih rela mengadap
tugasannya walaupun konsentrasinya sudah mulai berkurang. Haikal tersenyum
tawar, agak terasa dengan layanan Umairah. Zizie yang menjadi pemerhati mula
dapat mengesan sesuatu yang tidak kena antara Haikal dan Umairah. Mereka berdua
kelihatan canggung antara satu sama lain.
“ korang berdua ni kenapa? Bergaduh ke?” Zizie yang sudah tidak tahan
dengan rasa ingin tahu yang mencanak tinggi membuat serkap jarang. Terus
berubah riak wajah Haikal dan Umairah dengan sergahan Zizie itu.
“ eh tak adalah. Mengarut jer kau ni Zie... weh, aku baru teringat ada hal
sikit dekat asrama. Aku balik dululah.” Pinta Umairah sambil cepat-cepat
mengemas segala barangan miliknya lalu disumbat kedalam beg sandang. Dia sudah
tidak tahan untuk berlagak selamba dihadapan Haikal. Zizie mengerut dahinya,
dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan hubungan Umairah dan Haikal.
Namun, untuk bertanya lebih lanjut waktu ini bukanlah perangainya. Pasti ada
sebab kenapa Umairah dan Haikal menjadi rengang tiba-tiba. Lagi pun dia yakin,
semua itu akan diketahui juga tak lama lagi.
“ Mai...” Jerit Haikal cukup untuk pendengaran mereka bertiga apabila
Umairah sudah mula bergerak meninggalkan meja yang dikongsi bersama Zizie. Umairah
buat-buat tidak dengar, dipercepatkan langkah untuk meninggalkan perpustakaan.
Zizie yang melihat panorama pelik didepannya menghantar persoalan kepada Haikal
melalui sinar matanya.
“ nanti aku cerita dekat kau...” balas Haikal yang mengerti kerutan didahi
Zizie. Tanpa buang masa langkah turut diatur untuk mengejar langkah Umairah
yang sudah jauh ke depan.
“ Mai... tunggulah dulu. Kita kena berbincang.” Luah Haikal apabila
rentaknya sudah berjaya menyaingi Umairah. Umairah tayang wajah kosong, tiada
perasaan.
“ berbincang? Apa yang kita kena berbincang?” soal Umairah berlagak tidak
tahu menahu dengan kata-kata Haikal. Riak Haikal disebelahnya jelas tersenyum
sinis dengan jawapan Umairah. Langsung jawapan dari wanita itu seiring dengan
tindakannya.
“ jangan buat tak faham Mai... kalau tiada apa-apa yang perlu dibincangkan
buat apa awak mengelak daripada saya?” sela Haikal selamba. Wajah Umairah yang
masih berjalan pantas kelihatan berubah. Wanita itu jelas tidak selesa dengan
situasi yang mereka hadapi saat ini.
“Mai... tolong dengar penjelasan saya. Kita bincang perkara ni baik-baik,
elok-elok. Tak ada guna pun kalau kita terus mengelak dari perkara ini. masalah
tetap tak akan selesai malah persahabatan kita turut tergugat kalau kita terus
macam ni.” Pujuk Haikal sambil menghentikan langkahnya betul-betul dihadapan
Umairah. Umairah terpaksa menghentikan pergerakannya memandangkan batang tubuh
Haikal kini sudah terpacak didepannya. Wajah Haikal yang sedang merenung tepat
ke wajahnya dipandang. Satu keluhan dilepaskan demi mendapatkan ketenangan
dalam diri.
“ saya tak perlukan penjelasan daripada awak. Kita anggap perkara semalam
tak pernah berlaku. Saya anggap awak tak pernah cakap apa-apa pon tentang suami
saya dan...” Umairah menghentikan percakapannya. Ayatnya dibiar tergantung,
tiba-tiba sahaja dia naik segan untuk menyambung barisan ayat seterusnya.
“ dan? Dan apa?” duga Haikal dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Yang
pasti dia cukup santai menghadapi situasi ini.
“ kita lupakan jer la apa yang kita bualkan semalam.” Sambung Umairah.
Haikal tersenyum nipis, jelas dimatanya Umairah cuba menolak kenyataan tentang
perasaannya.
“ apa yang kita bualkan semalam?” soal Haikal lagi seolah-olah cuba
menyeksa perasaan Umairah. Mendengar pertanyaan itu buat hati Umairah
menggerutu. Haikal seolah-olah tidak serik dengar pergaduhan mereka semalam.
“ kita tak bualkan apa-apa pon semalam. Jadi, saya balik dulu.” Tegas
Umairah yang mula bosan dengan sikap Haikal yang terlalu suka bermain dengan
emosinya. Langkah kembali diatur untuk mengelakkan diri dari terus berbual
dengan Haikal.
“ okey... okey... okey. I am sorry Mai. Saya minta maaf pasal semalam tu.”
Pinta Haikal sekaligus cuba menghentikan langkah Umairah sekali lagi. Umairah
menghentikan langkahnya. Riak bersalah Haikal dipandang lama.
“ tapi percayalah Mai apa yang saya cakap semalam semuanya benar. Saya
sayangkan awak lebih dari seorang rakan.” Tambah Haikal lagi. riak Umairah
berubah, mula rasa segan apabila Haikal bercakap tentang perasaannya sekali
lagi.
“ tapi saya anggap awak sebagai kawan je Haikal... tak lebih daripada tu.
Lagi pun, saya bukannya bujang. Saya dan berkahwin!” tolak Umairah dengan suara
yang dikeraskan. Dia mahu Haikal faham perasaannya sebenar. Dia sebolehnya tak
nak persahabatan yang baru terjalin antaranya dan Haikal musnah.
“ tapi hubungan awak dengan suami tak berapa baikkan!”
“ itu hal peribadi saya, tahulah saya nak uruskan macam mana.” Bidas
Umairah geram. Mencerlung mata memandang ke arah Haikal yang mula mengungkit
perihal Ifran dalam perbualan mereka. Haikal mengeluh kecil, wajah garang
Umairah ditatap dalam-dalam.
“ saya minta maaf... tak apa kalau awak tak boleh terima saya sekarang,
saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.” Pinta Haikal lembut. Umairah
merengus kasar, makin senak otaknya dengan jawapan akhir Haikal.
“ please Haikal, don’t waste your time. Ramai lagi perempuan yang baik dan
bujang dekat luar tu, baik awak kejar mereka. Jangan bazirkan masa awak untuk
saya yang bukannya bujang ni.” Desis Umairah tegas. Dia tak nak Haikal
merugikan diri sendiri hanya untuk perempuan sepertinya. Haikal seharusnya
dapat yang lebih baik, yang lebih mulia dan yang pasti bujang sama sepertinya.
Bukan dia wanita berhati hitam dan juga isteri orang.
“ saya harap kita tak akan berbual lagi pasal ni lepas ni sebab saya tak
tahu kita boleh bersahabat seperti biasa atau tidak kalau kita terus berbincang
tentang ini. saya sayangkan persahabatan antara kita dan saya tak nak
persahabatan itu musnah hanya kerana perasaan awak ini. saya harap awak faham.”
Tambah Umairah dengan nada yang sama seperti sebelumnya. Tanpa tunggu lama, dia
segera buka langkah untuk beredar pergi. Haikal hanya memandang belakang tubuh
Umairah yang sudah berlalu, niatnya untuk mengejar wanita itu terbantut.
Mungkin pendekatannya dalam memikat hati Umairah adalah salah, tapi itu tidak
bermakna dia akan mengalah begitu sahaja. Dia akan pastikan Umairah turut
membalas cintanya suatu hari nanti.
Bab 15
Hampir 3 bulan berlalu namun Umairah belum ada
tanda-tanda untuk menjalin kembali persahabatan dengan Atikah. Atikah pula
masih lagi merayu-rayu dan bertanya silapnya supaya hubungan mereka pulih
seperti biasa namun hatinya sedikit pun tidak terbuka untuk berbaik semula
dengan Atikah. Rasa marah dan benci terhadap Atikah masih memuncak dihatinya.
“ Mai, tolong la terima cinta saya. Saya sangat sayangkan
awak.” Pujuk Haikal. Sudah hampir satu semester masa digunakan untuk memikat
hati Umairah yang jelas langsung tiada hati buatnya. Umairah mula rimas. Memang
dia tidak cintakan lelaki ini. Tetapi itu bukan alasan pertamanya untuk menolak
cinta lelaki berkulit sawo matang ini.
“ Haikal. Awak tahu kan siapa saya.” Umairah membalas
lembut. Alasan yang sering digunakan diluahkan sekali lagi. Berharap Haikal faham
dengan statusnya yang sudah berkahwin.
“ Saya tahu awak isteri orang tetapi saya juga tahu
hubungan awak dengan dia tidak baik. Korang akan bercerai tak lama lagikan!” Balas
Haikal yakin.
“ Baik tak baik saya tetap isteri dia. Dah, saya tak nak
cakap benda ni. Lagipun saya anggap awak kawan aje. Kalau saya tak kawin lagi
pun, belum tentu saya akan terima awak.” Ujar Umairah tegas. Dia tidak mahu
memberi sebarang harapan palsu kepada lelaki didepannya ini. Baginya
kemungkinan untuk mereka bersama adalah kosong.
“ Mai. Tolonglah jangan
cakap macam tu. Apa lebihnya Ifran tu. Dia tak cintakan awak.”
“ Isunya sekarang bukan sebab cinta Haikal.. Isunya
adalah saya ni isteri orang. Nak tak nak memang itu faktanya sekarang.” Luah
Umairah. Matanya memandang tepat wajah Haikal yang turut merenung mukanya.
Haikal mengeluh kasar.
“ Ifran dah ada kekasihkan?” Tembak Haikal rambang namun
tepat. Umairah diam tak berkutik. Ditundukkan wajahnya sebentar demi mencari
alasan yang lebih konkrit untuk menolak cinta dari Haikal.
“ Kita tak payah cakap pasal ni Haikal.”
“Mai...” Panggil Haikal dengan rasa tidak puas hati.
Kenapa sukar benar Umairah menerima cinta hatinya.
“ Saya cintakan awak Mai... Saya tahu awak dan dia tak
cinta antara satu sama lain dan dia juga sudah ada kekasih sendiri. Kenapa awak
tak boleh terima cinta saya?” Ulang Haikal sekali lagi. Dia tidak akan penat
menuturkan bait-bait cinta untuk Umairah. Umairah menghela nafas dalam. Entah
macam mana dia mahu menolak cinta Haikal.
“ Haikal.. Awak katalah apa sahaja, kenyataan saya isteri
Ifran tetap tidak berubah.”
“ Kenyataan ni boleh berubah Mai kalau awak dan dia bercerai.
Kalau dia tak nak ceraikan awak, awak minta cerai daripada dia. Saya tahu awak
tak bahagia dengan perkahwinan awak sekarang ni, malah dia juga sudah ada
pilihan hati sendiri.” Ajar Haikal.. Baru sahaja Umairah mahu menjawab ada satu
suara memotong percakapannya. Pantas Umairah dan Haikal memandang wajah yang
masuk kedalam perbincangan mereka tanpa dijemput.
“ Bro! Tak malu ke mengorat bini orang ni? Umairah ni isteri
saya. Jangan nak memadai suruh dia mintak cerai dengan saya.” Ifran yang tidak
diketahui mana munculnya mengganggu perbincangan mereka. Umairah kaget. Dia
tidak tahu apa yang bakal berlaku lepas ini. Matanya memandang Ifran dan Haikal
bersilih ganti. Dia diam tak berkutik dibangku
itu. Belum sempat Haikal nak menjawab apa-apa, Ifran sudah menarik
tangan Umairah supaya meninggalkan tempat itu. Umairah yang tidak bersedia dari
segi fizikal dan emosi itu terdorong kedepan. Dia tidak mampu melepaskan diri
dari genggaman kuat milik suaminya. Haikal hanya mampu memandang adegan tarik
menarik itu kerana merasakan dirinya belum lagi layak mencampuri urusan Ifran
dan Umairah.
“Lepaslah. Kau ni kenapa?” Bentak Umairah. Tangannya amat
sakit diperlakukan begitu. Mau tercabut lengannya dek kekasaran Ifran. Ifran
melepaskan genggamannya secara tiba-tiba. Terduduk Umairah dilakukan sebegitu. Umairah
menjeling marah kearah Ifran. Mahu ditampar sahaja lelaki tak guna didepannya.
“ Ooo... Dah pandai menggatal ye sekarang...” Sindir Ifran.
Geram sungguh hatinya seketika tadi, bukannya kerana cemburu tetapi malu.
Kawan-kawannya yang melihat kemesraan Umairah dan Haikal mengatanya
macam-macam. Dia dicop lelaki dayus kerana membiarkan isteri berfoya-foya
didepan mata. Umairah bangun mengadap Ifran. Dia menjeling penuh jelik kearah Ifran.
“ Kenapa? Kau jealous ke?” Sinis Umairah bertanya. Tersenyum
mengejek kearah Ifran yang sedang memandang wajahnya.
“Aku jealous dekat kau?” soal Ifran dengan nada yang
sungguh jengkel. Jari telunjuk dihalakan pada dirinya sendiri dengan riak tidak
percaya.
“Dari aku jealous dekat kau baik aku jealous dekat
kambing sebelah kolej kita tu. Ade maknanya jugak.” Ifran membalas selamba. Buntang
mata Umairah mendengar jawapan dari mulut Ifran. Dia dibandingkan dengan
kambing? Biadap!
“ Habis tu. Apesal kau mengacau aku dengan Haikal nak bersembang.”
Suara Umairah mula meninggi.
“Ooooo... Haikal nama bakal kekasih kau tu.... Boleh tahan.”
“Kenapa kau nak sibuk-sibuk pasal aku? Aku tak pernah pun
kacau kau dengan Atikahkan.” Umairah cuba mengawal perasaan marah. Tangannya
dikepal menahan rasa geram yang bertingkat didalam diri. Sakit hatinya melihat
tingkah Ifran yang sudah pandai masuk campur urusan peribadinya.
“ Kau fikir aku akan biarkan kau bahagia setelah apa yang
berlaku terhadap aku dan Atikah? Jangan haraplah Mai. Aku akan pastikan kau
turut merasa perasaan sengsara yang ditanggung kami kerana sikap kau yang
mementingkan diri sendiri tu.”
“ Kenapa kau nak salahkan aku? Pergilah salahkan Atikah!
Kalau bukan kerana dia, kau tak perlu lalui semua ni.” Sela Umairah sambil mencebik
mulutnya. Wajah Ifran yang berubah tegang dihadapannya tidak dipandang. Tak dinafikan,
kecut perutnya melihat riak Ifran saat ini. Buatnya Ifran mengamuk, tak memasal
dia dibelasah sampai koma! Tak sanggup.
“ Mudah kau bercakap.. Kalau kau marahkan Atikah, kenapa
kau mesti libatkan aku? Salah aku ke dalam masalah korang? Apa kau lupa kita
pernah kawan baik sebelum ni? Atau kau sengaja dekati aku untuk gunakan aku
sebagai alat utuk membalas dendam terhadap Atikah? Tak sangka kau sanggup
gunakan persahabatan kita sebelum ini untuk perkara macam ni!” sela Ifran.
sedikit sebanyak ada rasa kecewa dengan sikap Umairah yang terlalu mementingkan
diri sendiri. Kerana dendam, Umairah sanggup khianati persahabatan mereka.
Umairah yang mendengar kata-kata Ifran terkedu untuk seketika. Mulutnya diam
tak berkutik. Kepalanya ligat menganalisis setiap bait bicara Ifran yang
meresap kedalam hatinya. Tiba-tiba hatinya berubah jadi pilu dengan bicara
Ifran itu tadi. Hati Ifran makin mendidih melihat Umairah hanya diam langsung
tidak membalas setiap serangan kata-katanya. Jadi benarlah dia hanya alat untuk
Umairah menyakiti hati Atikah? Jadi persahabatan mereka selama ini adalah palsu
sahajalah? Tiada nilai dihati Umairah?
“ Kau dengar sini yer perempuan, aku tak peduli apa
alasan kau untuk kenakan Atikah! Tapi yang
aku tahu sekarang, aku takkan ceraikan kau! Aku takkan biarkan kau bersama lelaki yang kau
cintai sebab aku nak kau rasa apa yang aku rasa sebelum ni setelah kau pisahkan
aku dengan Atikah. Kau jangan ingat kau akan senang-senang je nak berbahagia
setelah apa yang berlaku antara kita bertiga.” Tengking Ifran dengan suara yang
mampu menggegarkan jantung. Usai dengan kata-kata itu, Ifran meninggalkan Umairah
yang masih lagi diam tanpa sebarang respon. Gadis itu sekadar menghantar
pemergian Ifran dengan perasaan berkecamuk. Tanpa diundang, ada air mata mula
membasahi kedua belah pipinya.
Umairah menghenyak punggungnya diatas katil. Termenung
sejenak memikirkan pertemuannya dan Ifran sebentar tadi. Wajahnya yang penat
diraup perlahan. Mula sedar dirinya telah tersilap langkah dalam mengenakan
Atikah.
“Maafkan aku If...” Seru Umairah perlahan. Rasa sebak
mula merantai dihati. Dia sedar Ifran langsung tiada kena mengena dengan
dendamnya terhadap Atikah. Tetapi kerana sikapnya yang mementingkan diri
sendiri, dia tegar mempergunakan persahabatannya dan Ifran demi menyakiti hati
Atikah. Rintik-rintik air mata mula mengalir pada pipi Umairah.
“Maafkan aku kerana libatkan kau dalam hal ini.” Ucap
Umairah lagi diangin lalu.
“Aku janji, aku akan tebus semula kesilapan aku pada
kau.” Sambung Umairah lagi. Dia tidak pernah membenci Ifran selama ini. Ifran
kawannya! Tetapi kerana Atikah merupakan kekasih Ifran membuatkan dia sanggup
menodai persahabatannya dan Ifran demi menyakiti hati Atikah. Dia mula sedar
apabila dimarahi Ifran petang tadi. Dia lupa Ifran dan dia pernah bersahabat
baik sebelum ini. Dalam diam Umairah mula berazam untuk melayan Ifran sebaiknya
demi menebus kesilapannya yang terlalu kejam terhadap Ifran yang tidak bersalah
dalam dendamnya terhadap Atikah.
Besttttt....ada gak n3 baru....tenkiu2... nnt sambung kg yer
ReplyDeletetq tq sudi bce... nanti eniey update lagi.
DeleteBole x bg klu skit ape sbnrnyer konflik umairah ngn atikah ni?? First time sy baca novel mengangkat watak antagonis sbgi heroin ni huhuhu...
ReplyDeletetq Nadia sudi bce... Eniey x bleh bg klu banyak sangat nanti x surprise nk bce huhuhu... tp Eniey bg idea sikit masalah diorang ni sbb keluarga.
DeleteOoo hehe bg klu dlm bab2 yg seterusnyer pon ok.. at least clear skit atas alasan apa dia nak berdendam.. anyway keep up the good work..
Delete