Bab 18
Ifran termenung mengadap siling bilik tidurnya.
Berlegar-legar diingatannya wajah Umairah yang kelihatan sedih setelah
pertengkaran yang berlaku antara mereka seketika tadi. Dia nampak mata Umairah
yang berkaca ketika berlalu ke biliknya.
Entah kenapa hatinya dipagut rasa bersalah seperti dia telah melakukan
kesalahan yang amat besar. Wajahnya diraup perlahan. Ifran bingkas dari katil
dan mundar-mandir di segenap biliknya. Sungguh hatinya tidak tenang saat ini.
“ Okey.. Kita tak payah fikir pasal ni.” Seru Ifran pada
diri sendiri. Lantas laptop yang berada di atas meja kerjanya dibuka. Mahu
membuat perkara lain selain memikirkan tentang Umairah. Namun tak sampai
beberapa saat matanya melekat pada dada komputer riba,wajah kecewa Umairah
terpamer lagi dibenaknya. Membuatkan mood Ifran untuk mengadap kerjanya terus hilang!
“Apesal aku nak rasa bersalah! Kalau ikutkan apa yang aku
buat ni tak seberapa pon dengan apa yang dia dah buat terhadap aku.” Bentak
Ifran. Dia marah dengan dirinya yang sukar menafsirkan perasaan sendiri. Ifran
cuba sekali lagi untuk kembali fokus dengan kerja yang dibuat. Namun masih tidak
berjaya. Dia mengeluh kecil sebelum bergerak menuju kearah pintu biliknya. Daun
pintu ditarik dan langkahnya diatur ke dapur. Air masak yang dituang kedalam
gelas diteguk perlahan demi menghilangkan segala perasaan yang mencengkam
jiwanya. Harapannya, perasaan bersalah itu turut pergi bersama turunnya air
yang diminum ke dalam perut.
Setelah hampir sejam bermuram durja di dalam bilik,
akhirnya Umairah keluar untuk menyelesaikan tanggungjawabnya yang masih belum
selesai. Seingatnya, dia berlalu pergi meninggalkan Ifran dalam keadaan dapur
yang bersepah. Pinggan dan mangkuk masih belum dicuci begitu juga alatan yang
digunakan untuk memasak seketika tadi. Nak harapkan Ifran, memang tak boleh
diharap langsung! Umairah menghampiri sinki untuk memulakan kerjanya yang tertangguh.
Namun, dahinya mula mengukirkan lapisan bertingkat-tingkat apabila melihat
keadaan dapur.
Aneh! Itulah yang
muncul difikirannya saat ini. Mana pergi pinggan mangkuk yang belum dicuci?
Mana pergi periuk belanga yang perlu dicuci? Siapa yang mengemas dapur
sedangkan hanya dia dan Ifran sahaja dirumah ini. Kalau dia tidak mengemas,
maksudnya.... Umairah tersenyum kecil. Boleh diharap juga Ifran rupanya.
Hatinya tadi hangat dengan sikap Ifran mula kembali sejuk. Melihat sikap Ifran
yang ada manisnya membuatkan bibirnya tersenyum sendiri. Semangatnya untuk
melayan Ifran lebih baik kembali berkobar. Dia tahu, Ifran masih marah padanya
dan perasaan marah lelaki itu sebenarnya berpunca dari dirinya juga. Jadi dia
tidak patut salahkan Ifran dengan apa yang sedang berlaku kini. Apa-apa pon dia
tidak patut berputus asa dalam memulihkan kembali hubungannya dan Ifran. Selagi
Ifran bergelar suaminya, akan dia tunaikan segala tanggungjawab seorang isteri
selagi boleh. Semoga Ifran akan memaafkannya, itulah doanya selama ini.
“ Nah....” Haikal menghulurkan sejambak bunga ros merah
kepada Umairah. Umairah yang sedang menikmati juadah tengahari agak terkejut.
Masa bila pulak Haikal membawanya sejambak bunga. Rasanya sepanjang mereka
berdua menjamu selera tadi, langsung tiada bunga yang dibawa lelaki ini.
“Ambil lah.” Suruh Haikal dengan senyuman manis. Wajah
Umairah yang terkejut dipandang senang.
“ Thank...” Ucap Umairah sambil mengambil jambangan bunga
tersebut. Rasa curiga mula bertapak dihatinya.
“ Kenapa tiba-tiba jer bagi saya bunga? Hari ni bukan
birthday saya pon.” Soal Umairah ingin tahu. Sememangnya sepanjang setahun berpisah dengan Haikal, hubungan
antara mereka tidak pernah putus. Haikal sering menghubunginya malah lelaki itu
juga rajin menemuinya di Terengganu. Kini dia dan Haikal sama-sama mengajar di
Seremban walaupun di sekolah yang berlainan.
“Saja.. For my sweetheart. Apa salahnya kan.” Balas
Haikal senang. Umairah mengetap bibirnya lembut. Kurang senang dengan jawapan
Haikal. Jejaka ini seperti masih menunggunya.
‘Ahhh aku jer kot yang perasan lebih!’ tekan Umairah demi
menyedapkan hati sendiri.
“ Awak dengan Ifran....” Haikal menghentikan kata-kata.
Cuba menyusun ayat yang terbaik bagi pertanyaan kali ini. Umairah diam menanti
bicara tergantung dari Haikal.
“ Korang bahagia ke sekarang?” Meluncur soalan yang sudah
lama bermain di fikiran Haikal. Kalau setahun yang lalu dia yakin rumah tangga
Umairah dan Ifran sedang bergolak tetapi kini keyakinannya mula menipis.
Umairah bertukar ke Seremban semata-mata untuk hidup dengan suaminya. Adakah
itu bermaksud Umairah dan Ifran sudah berbaik dan sedang melayari bahtera
perkahwinan dengan bahagia? Umairah menarik nafas dalam sebelum menjawab
pertanyaan dari Haikal.
“ Kenapa tanya macam tu?” Desis Umairah dengan lagak yang
cuba ditenangkan. Wajah Haikal dipandang lama.
“ Tolong jawab soalan saya tu dulu...” Tegas Haikal.
Umairah meneguk jus tembikai yang dipesan sebelum membalas kata-kata Haikal.
“ Alhamdullilah... Semakin baik.” Tipu Umairah. Haikal
tidak perlu tahu situasi rumah tangganya. Haikal menghela nafas perlahan demi
menghilangkan rasa sesak dijiwanya. Rasa kecewa mula bertebaran disudut hatinya
setelah mendengar jawapan dari Umairah.
“ Awak tipukan?” Duga Haikal. Matanya memandang tepat ke
dalam mata Umairah. Cuba mencari kebenaran dalam bait-bait ucapan gadis itu.
malah jauh disudut hatinya berharap kata-kata Umairah sebentar tadi hanyalah
satu penipuan.
“ Laa kenapa saya nak tipu pulak... Betul la. Kenapa?
Awak nampak saya macam tak bahagia ke?” Balas Umairah dengan ketawa kecil. Cuba
menutup debaran didada dengan ketawa yang dibuat-buat. Kenapa Haikal begini?
Adakah dia masih menaruh hati pada aku? Tak kot. Bisik hati Umairah, tidak
yakin dengan telahan yang dibuat.
“ Tapi Ifran cintakan kawan awak Mai....”
“ Itu kisah lama la Haikal. Dah jadi sejarah. Sekarang ni
saya isteri dia, bukan Atikah.” Jelas Umairah dengan nada yang ditekankan. Mengingatkan
Atikah, hatinya menggelegak sendiri. Manusia perampas seperti Atikah selamanya
tidak akan dimaafkan.
“ Awak cintakan dia Mai?” Tanya Haikal lagi. Belum puas
hati! Umairah mula rimas. Kenapa perlu topik perkahwinan dan hati perasaannya
dibicarakan. Pentingkah semua itu dalam kehidupan Haikal? Tak penting pon!
“Let stop talking about this...” Cadang Umairah dengan
harapan Haikal faham dia tidak berminat untuk berbincang tentang perkara itu
lagi. Cukuplah aib rumah tangganya pernah terbongkar suatu masa dahulu dan
untuk kali ini semestinya rahsia rumah tangganya akan disimpan rapi. Haikal
sebagai orang luar tak perlu ambil tahu urusan hidupnya dan Ifran.
“Tengok, awak tak boleh jawab soalan saya... Awak tak
cintakan dia Mai.” Tembak Haikal. Dia amat berharap Umairah mengakui
telahannya.
“ Dia suami saya... Mes”
“Dia memang suami awak, tapi awak tak cintakan dia dan
dia jugak tak cintakan awak Mai. Kenapa perlu berbohong dan kenapa awak nak
teruskan perkahwinan yang macam ni?” Keras suara Haikal. Terasa bahang sakit
hati dengan sikap Umairah yang cuba berpura-pura bahagia didepannya. Dia bukan
budak kecil yang mudah ditipu. Dia cukup dewasa untuk memahami segala bahasa
dolak dalih yang digunakan gadis itu.
“ Apa awak merepek ni? Dah saya tak nak gaduh dengan awak
kerana perkara kecil macam ni.” Dalih Umairah. Semua tekaan Haikal adalah tepat
buat dirinya tidak mampu untuk menipu.
“ Mai...” Panggil Haikal yang mula mengendurkan intonasi
suara. Matanya merenung tepat wajah Umairah yang sedikit kelat hasil pergaduhan
kecil mereka. Umairah mendongak membalas pandang Haikal. Riak serius diwajah
Haikal ditatap lama.
“Saya cintakan awak... Dari dulu sampai sekarang perasaan
saya terhadap awak tak pernah berubah. Saya sentiasa ada untuk tunggu awak.
Percayalah Mai.” Luah Haikal penuh kasih sayang. Matanya tidak lepas dari
merenung sepasang mata milik Umairah. Umairah diam tidak membalas apa-apa.
Kata-kata Haikal sampai ke dasar hatinya tapi perasaannya hanyalah kosong.
Tiada getaran mahupun renjatan elektrik dirasakan. Padanya Haikal hanyalah
seorang kawan, tak lebih daripada itu.
“ Maafkan saya Haikal. Saya tak pernah cintakan awak.” Bisik
Umairah perlahan. Mungkin Haikal akan terluka dengan sikapnya yang berterus
terang tapi itu yang lebih baik. Dia tak nak memberi harapan yang diyakini
tidak mampu ditunaikan. Dia bingkas bangun lalu pergi meninggalkan Haikal.
Tidak mampu untuk diteruskan perbualan dengan Haikal pada petang ini. Haikal
tidak menghalang langkah Umairah. Wanita itu dihantar dengan perasaan sebak dan
kecewa. Keras sungguh hatimu Umairah.
Umairah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.
Langkahnya longlai menuju ke bilik tidur. Raut Ifran yang sedang menonton
televisyen tidak dipandang. Moodnya tiada untuk menegur Ifran.
“ Cantik bunga.. kekasih mana yang bagi?” Sindir Ifran
sambil mara menghampiri Umairah yang kelihatan kepenatan. Umairah mengeluh
kecil sambil menatap wajah Ifran yang sudah tiba disebelahnya. Ifran merampas
bunga dari pelukan Umairah dan memandang jelik kearah jambangan itu.
Ditilik-tilik bunga itu dengan wajah yang mencebik.
“Haikal ke yang bagi?” Masih diingat lelaki yang pernah
menggilai isterinya suatu ketika dahulu. Umairah diam dan memandang tajam wajah
Ifran yang menyakitkan hati. Cuba disabarkan hatinya yang sememangnya makin
menggelegak.
“ Ada lagi rupanya mamat tu... Aku ingat dia dah tak nak dekat
kau. Ye la kan.. Lelaki bodoh mana nak kat perempuan macam kau ni!” Ifran
menuturkan bicara sinis. Sengaja menyakiti hati Umairah. Namun keghairahannya
sedikit berkurang apabila Umairah hanya diam tidak berkutik. Tidak membalas
kata-katanya seperti dulu-dulu.
“ Dah habis cakap? Aku nak masuk berehat pulak. Sekian!”
Umairah merampas kasar bunga yang berada di tangan Ifran dengan wajah yang
mencuka. Kenapalah Ifran suka sangat menguji kesabarannya. Langkahnya yang
terhenti di sambung kembali. Dia mahu mandi, solat dan berehat. Melayan Ifran
hanya menaikkan tekanan darahnya sahaja.
“Aku tak habis cakap lagi.” Tingkah Ifran berjaya
mematikan langkah Umairah. Umairah tegak berdiri tanpa memalingkan wajahnya.
Setia menanti Ifran menyambung kata-katanya.
“Kau tak payah nak gembira sangatlah dapat bunga dari
mana-mana jantan.. Sekali pon satu lori bunga dihadiahkan kepada kau, kau perlu
ingat yang kau dengan jantan itu tak akan pernah dapat bersama kerana aku tak
akan ceraikan kau!” Tegas Ifran dengan senyuman yang mampu mengguriskan hati.
Umairah menahan rasa. Tersentap sehingga langit ketujuh dengan bicara sinis
Ifran.
“ Habis tu kau nak simpan aku sampai ke matilah? Kiranya
kau rela korbankan kebahagiaan kau sendiri untuk seksa hidup aku. Macam tu?”
“Kenapa aku perlu korbankan kebahagiaan aku? Kau kena
ingat lelaki boleh kahwin 4 dan aku ada lagi 3 kuota kosong. Bila-bila masa je
aku boleh cari perempuan lain untuk jadi isteri aku.” Tambah Ifran mudah.
Terjungkit lagi sengihan apabila merasakan dirinya berjaya melumatkan perasaan
Umairah.
“Kau jangan lupa Atikah tu siapa If! Kalau kau tak
ceraikan aku sampai bila-bila kau dengan dia tak akan bersama.” Ungkit Umairah
geram.
“ Perempuan bukan sorang atas dunia ni...” Jawab Ifran
mudah sebelum meninggalkan Umairah yang menjeling marah kearahnya. Hatinya
sekali lagi bersorak riang dengan reaksi isterinya. Umairah merengus kasar lalu
menuju kebiliknya. Perasaan kecewa, marah dan menyesal semakin bertingkat
didalam hatinya.
Aduhhh sengaja betul si irfan....sambung lg yer....pendek sgt
ReplyDeleteUwarghhhh tensen... sian umairah..
ReplyDelete