BAB 16
Satu tahun telah berlalu. Setelah tamat belajar Umairah
akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan. Alhamdullilah kerja yang sama dengan
bidang ibunya iaitu guru. Atikah pula bekerja sebagai pembantu kewangan di
syarikat Kicap Tarmizi milik keluarga Ifran. Meski pun tiada asas dalam bidang
itu, ia tidak menghalang Atikah untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Umairah
mengemas barang-barang yang perlu dibawa. 4 hari lagi dia akan bermula bekerja
di Seremban dan disana dia akan tinggal bersama Ifran. Rumah itu adalah
pemberian dari ayah Ifran merangkap bapa mertuanya.
“ Banyak lagi ke barang kamu Mai?” Soal puan Zaleha. Dia
sekadar memandang. Bukan tidak mahu membantu tetapi telah dilarang oleh Umairah.
Katanya takut nanti lupa apa yang dah diambil dan apa yang belum. Dia sekadar
membantu mengalihkan barang-barang itu
masuk kedalam kereta. Encik Ismail seperti biasa meluangkan masa bersama
isteri mudanya memandangkan hari ini adalah giliran puan Zainab. Namun encik
Ismail telah berjanji untuk pulang hari ini memandangkan Umairah akan bertolak
pulang ke Seremban esok hari.
“ Sikit je lagi bu. Mai nak kemas baju pulak. Ibu pergilah
rehat. Mai boleh buat sorang-sorang.” Pinta Umairah. Dia kesian ibunya yang
dari tadi menolongnya mengangkat barang. Nak diharapkan Sarah pula gadis itu
tiada. Dia agak sibuk memandangkan sedang menghadapi tahun akhir di universiti.
“ Alah, bukan penat pun. Mai tu ibu tengok penat buat
kerja.” Balas puan Zaleha senang. Dia memandang wajah dan tubuh Umairah.
Langsung tiada perbezaan sebelum dan selepas kahwin.
“ Nanti bila Mai tak ada dekat kampung ni, ibu jaga diri
tau. Abah bukannya selalu ada dengan ibu.” Pesan Umairah. Sejak beberapa bulan
yang lalu dia memang duduk dikampung. Namun apabila ibubapanya mula curiga
dengan keadaan rumah tangganya, menyebabkan Umairah terpaksa meminta tukar ke
Seremban. Selain itu, ibubapa mertuanya juga sudah banyak kali menggesanya
untuk pindah duduk bersama Ifran. Nak tak nak dia terpaksa juga demi menjaga
keharmonian rumah tangganya pada mata keluarganya dan keluarga Ifran.
“ Nur pun ada kat
Serembankan...Mai?” Soal puan Zaleha. Terkenang pula anak tirinya yang sebaya
dengan Umairah. Umairah dan Nur memang tidak kamcing. Bukan kerana Nur yang sombong,
tapi perangai cemburu Umairah yang tidak berhabisan itu.
“A’ah ibu. Kenapa?” Soal Umairah malas.
“ Nanti selalu la jenguk dia. Kesian dia duduk
sorang-sorang dekat sana. Nak suruh dia duduk dengan Mai dan Ifran tak manis
pulak rasanya.”
“ Hmmm...Tengok la nanti bu...Kalau Mai tak sibuk Mai
pergilah”. Jawab Umairah sekadar mengambil hati puan Zaleha. Puan Zaleha sedar,
itu bukan jawapan dari hati Umairah. Anaknya itu mana pernah sebulu dengan Nur.
“ Nanti kalau nak balik ajaklah If sekali Mai. Lama dah
ibu tak tengok menantu ibu tu. akhir sekali pun masa raya tahun lepas”. Pesan
puan Zaleha lagi. Dia tidak tahu mengapa Ifran seolah-olah mengelak dari pulang
ke rumahnya. Adakah Ifran tidak selesa?
“ InsyaAllah ibu. Ibu tahu je la kan abang If tu kerja
apa. Dia memang sibuk. Nanti Mai pujuk dia balik kampung kalau dia dah tak
sibuk.” Pujuk Umairah. Dia tahu ibunya terkilan dengan perangai menantu sulung
keluarga mereka. Namun apakan dayanya, perkahwinan dia dan Ifran tak seindah
perkahwinan orang lain. Dan semua itu berpunca darinya, bukanlah orang lain. Puan
Zaleha sekadar mengangguk. Tidak mahu menyusahkan Umairah dengan perasaannya
yang terlalu berfikiran negatif.
“ Hari ni ibu tak
masak. Kita makan luar je la. Nak tak?” Soal puan Zaleha. Dia bangun membantu Umairah
mengangkat kotak terakhir kedalam kereta Myvi milik Umairah.
“ Ok jugak bu. Mai pun macam tak larat dah nak masuk
dapur ni. Lepas sembayang zohor karang kita keluar makan.” Balas Umairah
gembira. Bukan senang nak mendapat peluang begini bersama ibunya. Dia akan
menikmati hari gembiranya puas-puas kerana dia tidak tahu bila lagi dia akan
merasa gembira selepas ini.
Umairah dan ibunya bergelak ketawa sambil melangkah masuk
ke dalam rumah. Rugi betul adiknya tiada hari ini. Pelbagai aktiviti yang
dilakukan bersama puan Zaleha. Jalan-jalan cari makan sambil membeli belah itu
dan ini. Memang seronok. Pasti dia akan merindui saat-saat seperti itu selepas
ini. Encik Ismail melihat dua beranak yang ketawa ceria dengan senyuman
bahagia. Rugi rasanya tidak dapat mengikut mereka berdua berjalan-jalan.
“Seronok nampak. Pergi mana ni? Dah nak masuk maghrib
baru nak balik?” Soal encik Ismail. Mengambil berat.
“Kami pergi pantai tadi bang....Lama betul tak jalan-jalan
macam ni?” Balas puan Zaleha ceria. Dia menghulurkan satu plastik kepada encik
Ismail.
“ Ini Mai bagi dekat abang... Cantik tak?” puan Zaleha
bertanya lembut. Umairah menghampiri ibu dan abahnya. Dia melihat wajah gembira
abahnya memegang baju batik yang dipilih bersama puan Zaleha tadi.
“ Eh cantik......Pandai anak abah pilih.” Puji encik Ismail
ikhlas. Umairah sekadar tersenyum. Gembira melihat abahnya suka dengan
pemberiannya.
“ Tapi kenapa bagi abah hadiah tiba-tiba ni?” Dia melihat wajah cerah anaknya yang agak
pendiam apabila dengannya. Dia tahu walaupun Umairah tidak cukup rapat
dengannya namun anaknya ini cukup menyayanginya.
“ Tak de sebab apa-apalah abah. Dah lama Mai tak bagi
abah hadiah kan.” Ujar Umairah senang. Senyuman kecil terukir diwajahnya.
“Abah dah makan malam belum?” Umairah bertanya sambil
membuka tudung yang membelit kepalanya. Puan Zaleha sudah hilang ke biliknya.
Mungkin menyimpan barang-barang yang dibeli tadi.
“ Belum.... Tadi makan tengahari je dekat rumah mak Uda
kamu. Haa..Dia kirim salam dekat Mai...” Jelas encik Ismail. Dia tahu Umairah kurang
senang dengan keluarga barunya namun dia tahu lama-kelamaan anaknya ini pasti akan
menerima keluarga itu dengan hati yang lapang.
“Waalaikummussalam.” Balas Umairah perlahan walaupun
tidak ikhlas.
“ Abah nak makan apa? Biar Mai masak special malam ni. Yelah
esok Mai dah nak balik Seremban. Bila pulaklah Mai boleh balik kampung.”
Umairah mengubah topik. Dia malas berbual perihal keluarga baru encik Ismail.
Buang masa!
“ Mai masak lemak cili api. Sedap betul masak lemak cili
api Mai. Rugi kalau siapa-siapa tak merasa.” Puji encik Ismail
melambung-lambung. Dia melihat anaknya tersenyum gembira.
“ Okey. Mai masuk dulu lah abah. Nanti Mai masak masak
lemak cili api tu.” Balas Umairah senang. Encik Ismail sekadar mengangguk
sebagai jawapan. Dia kemudiannya menyambung menonton mari mengaji yang di
tonton tadi.
Umairah mengangkat satu persatu barangnya ke dalam rumah
bak tokang pecah itu. Langsung Ifran tidak menghulurkan sebarang bantuan
kepadanya. Ifran sekadar melihat Umairah mengangkat barangnya yang agak banyak
dengan bercekak pinggang. Tiada hati langsung untuk membantu sang isteri.
“ Ini rumah ke kandang kambing?” Bebel Umairah dengan
mata yang memandang jijik segenap rumah milik suaminya. Kotor! Dengan baju
bersepah-sepah tersangkut sana sini, botol air dan makanan ringan yang
bertaburan diatas lantai cukup menyesakkan pandangan matanya.
“Tak payah nak banyak soal. Nasib baik aku dengan rela
hati benarkan kau tinggal kat sini. Belajar bersyukur sikit!” Tinggi suara
Ifran. Sakit hati pula dia melihat mimik muka jelik yang terpamer pada raut
wajah Umairah.
“ Eleh! Macam aku nak sangat duduk dengan kau. Harapkan
mak ayah kita jer yang selalu paksa, kalau tak kirim salam jer la.” Umairah tak
nak kalah. Tersenyum tawar ke arah Ifran yang jelas tidak suka dengan
kehadirannya.
“ Suka hati kau la nak cakap apa. Tapi yang pasti ini
rumah aku, jadi aku harap kau tolong HORMAT aku sebagai tuan rumah. Jangan nak
berlagak macam rumah sendiri.” Ifran menekankan perkataan hormat supaya Umairah
tidak mudah lupa diri. Umairah mencebik bibirnya. Langsung dia tidak peduli
dengan arahan Ifran padanya.
“ Macam bagus!” Ejek Umairah dengan kata-kata Ifran.
Badannya yang tadi sekadar tegak berdiri memandang sekeliling rumah mula
membuka langkah. Melihat satu persatu pekakas dan bilik-bilik yang ada didalam
rumah tersebut. Tergeleng-geleng kepalanya melihat rumah jejaka ini.
“ Bagus tak bagus kenyataan sekarang kau memang sedang
menumpang dirumah aku. Dah cukup baik aku bagi kau menumpang percuma. Ikutkan
hati aku nak saje aku cas kau sewa rumah!” Balas Ifran sambil menghampiri gerak
geri Umairah yang tekun menilik pelosok rumahnya. Gayanya tak ubah seperti emak
mertua datang melihat rumah menantunya.
“ Macam aku tak mampu kalau kau nak suruh aku bayar sewa.
Hmm mana satu bilik aku? Jangan kata kita kongsi satu bilik!”
“Siapa nak kongsi bilik dengan kau! Kau ambil bilik stor
tu. Pandai-pandailah kau uruskan macam mana barang dalam stor tu yer.” Ifran
sengaja mengenakan Umairah. Tersenyum sinis wajahnya tatkala melihat reaksi
kurang senang terlukis di wajah Umairah. Ini baru permulaan.
“Bilik stor?” Soal Umairah dengan mata yang terjengil.
Ini melampau! Nampak sangat Ifran mahu kenakan dirinya. Dah la bilik itu
sempit, banyak barang pulak tu.
“Ye la bilik stor! Itu je bilik yang sesuai untuk
penumpang macam kau. Itu pon dah kira baik tau. Ada jugak biliknya.”
“ Dah tu bilik yang satu lagi kau nak buat apa? Nak
ternak hantu dekat situ?” Bidas Umairah geram. Ifran memang suka menyakitkan
hatinya.
“Siapa tuan rumah sekarang ni? Aku ke kau?” Sela Ifran
sinis. Terjungkit senyuman dibibirnya yang mampu menaikkan suhu amarah Umairah.
“Kau!” Pendek jawapan dari Umairah. Suaranya mula
mengendur. Wajahnya kini sudah dipalingkan dari mengadap Ifran. Keegoannya
sedikit tercalar dengan pengakuan itu.
“Tahu pon... Jadi kau mesti patuh semua arahan aku selagi
kau tinggal dalam rumah ni. Faham?”
“Faham.” Jawab Umairah dengan kepala yang terangguk-angguk.
Dia kini mara ke bilik stor yang dimaksudkan. Mahu melihat bilik yang bakal
digunakan sepanjang tempoh perkahwinannya dan Ifran.
“ Segala bil elektrik, air, makan dan minum, internet
kita kongsi bayar.” Tegas Ifran sekali lagi. Umairah mengangguk sahaja. Setuju
dengan cadangan Ifran yang masih tegak disisi. Setelah beberapa minit melakukan
sesi suai kenal dengan rumah milik Ifran, dia kemudiannya bergegas semula
kearah barang-barang miliknya yang diletakkan diruang tamu. Dia mahu memulakan
operasi mengemas walaupun badannya amat penat setelah 7 jam memandu kereta dari
Terengganu ke Seremban.
Umairah mengelap rambutnya yang panjang menggurai
perlahan. Dia baru selesai mandi dan berpakaian setelah hampir 4 jam mengemas
bilik barunya dan juga sepelosok rumah milik Ifran. Baru nampak bersih dan
berseri-seri rumah jejaka itu.
“ Lapar la pulak...” Desis hati Umairah sambil memegang
perutnya. Dia bingkas dari katil lalu membuka pintu biliknya. Kaki diatur ke dapur.
Seingatnya, tiada apa-apa barang yang boleh dimasak didalam peti ais. Umairah
mengeluh lemah melihat tiada langsung makanan yang boleh dimakan. Mi maggie pon
tak ada! Umairah mara ke dalam rumah pula, mencari wajah Ifran yang hilang
entah ke mana. Pintu bilik utama diketuk beberapa kali. Selang beberapa minit
terjengul wajah Ifran disebalik daun pintu.
“Apa dia?” Tanya Ifran ringkas. Dingin sahaja nada
suaranya. Raut wajah Umairah dipandang tepat.
“ Ada makanan tak?” Walaupun ada rasa segan, Umairah
tetap merendahkan egonya bertanya. Kalau malu memang mati kebulurlah dia
gamaknya. Lagi pun dia tak nak diserang gastrik hanya kerana lambat makan.
“ Kenapa?” Soalan dari Umairah dibalas dengan soalan
juga. Umairah mengeluh kecil.
“ Nak makan la... Takkan nak jual pulak.” Tempelak
Umairah geram. Aku ni dah la kebulur, boleh pulak dia tanya soalan bodoh.
Karang ada jugak yang kena telan dengan aku nih!
“ Tak ada!” Jawab Ifran mudah. Umairah mengeluh lagi.
Punyalah tanya banyak soalan, tapi jawapan akhirnya tak ada. Ifran memang
sengaja cari pasal dengan aku.
“Tak pe la kalau macam tu.. Aku nak keluar makan, kau nak
ikut tak?” Umairah sekadar berbasa basi. Tapi dia memang ikhlas mengajak Ifran
keluar makan dengannya. Dia sememangnya sudah bertekad untuk melayan Ifran
sehabis baik demi menebus kesilapannya terhadap jejaka ini. Ifran mengerutkan
dahinya. Aneh! Kenapa Umairah lembut sahaja malam ni. Malah petang tadi pon
gadis ini tidak banyak melawan cakapnya. Umairah nampak berbeza. Tak sebengis
dulu-dulu. Kadang-kadang dia merasakan Umairah, kawan baiknya dahulu telah
kembali.
“ Kalau tak nak tak apalah... “ Cetus suara Umairah
apabila melihat Ifran diam sahaja. Tak berminat barangkali. Mana mungkin lelaki
ini sanggup keluar dengannya setelah apa yang berlaku antara mereka. Umairah
mula beransur meninggalkan bilik Ifran. Dia mahu ke biliknya untuk menukar
pakaian. Perutnya yang memulas perlu diisi. Dia tak nak di serang gastrik
gara-gara lewat makan.
“Aku nak ikut.” Tiba-tiba suara Ifran menjengah gegendang
telinga. Umairah yang sedang berjalan terhenti langkahnya. Badannya dipalingkan
untuk berbalas pandang dengan Ifran dengan dahi yang berlapis-lapis. Biar betik
Ifran setuju nak mengikutnya ke kedai makan.
“Aku pon lapar!” Sambung Ifran lagi demi mengelakkan
Umairah fikir yang bukan-bukan. Umairah tersenyum kecil sebelum mengangguk
tanda mengerti. Dia cepat-cepat ke biliknya untuk bersiap.
Sambung lg yer....Atikah tu adik beradik tiri Umairah kan? Abis kt blog ker eniey?
ReplyDeletenanti eniey update lagi... citer ni x pasti abis dkt blog ke tidak.
DeleteSy confuse...
ReplyDeleteapa yg awak confuse?
DeleteHe3 confuse pasal ape yg bt dia dendam sgt he3...
Deletetak lame lagi awak tahulah tu. hehehe
Delete