Bab 23
Umairah meluru masuk kedalam biliknya tanpa mempedulikan
Ifran. Dia masih marah dengan sikap Ifran yang tegar meninggalkannya seorang
diri di Tesco demi Atikah. Ifran pula membawa diri ke biliknya sendiri dengan
perasaan hangat. Nampaknya, hubungan Umairah dan Haikal sememangnya rapat. Ada
rasa geram melihat kemesraan mereka berdua ketika mereka sama-sama menjamu
selera seketika tadi.
Setelah dua jam berlalu, Umairah muncul dengan bakul yang
mengandungi baju untuk digosok. Dia mara ke bilik Ifran dan mengetuk bilik
jejaka itu perlahan. Meski pon ada rasa marah terhadap Ifran, janjinya untuk
melayan Ifran dengan baik tetap tidak dilupakan. Ifran membuka pintu dan
memandang wajah Umairah nak tak nak sahaja. Langsung tidak ditanya apa yang
diinginkan oleh Umairah.
“ Bagi baju kerja kau.. Aku nak gosok baju ni.” Minta
Umairah dingin. Langsung matanya tidak menyapa mata Ifran. Dia rela memandang
ke arah lain.
“ Tak payah. Aku buat sendiri!” Tolak Ifran dengan nada
yang sama seperti Umairah. Tanpa menunggu lama, pintu ditutup keras. Nyaris
terkena batang hidung Umairah yang berdiri tegak didepan muka pintu bilik tidur
Ifran.
“ Apesal dia pulak nak emotional.. Patut aku la yang nak
marah, bukan dia.” Bebel Umairah sendiri apabila melihat tingkah laku Ifran
yang menyakitkan hati.
“Nak marah aku kacau daun date dia la tu...” Tuduh
Umairah sambil menghentak-hentakkan kakinya kuat ketika berjalan menuju ke
bilik yang dikhaskan untuk menggosok. Bilik itu juga menjadi tempat solat untuk
dia dan Ifran meski pon mereka tak pernah berjemaah.
“ Si Atikah ni pon satu. Tak malu sungguh nak menggatal
dengan suami orang. Padanlah perangainya sebijik sama macam emaknya. Dasar
perampas!” Makian kini pula berarah kepada Atikah. Geram sungguh apabila
melihat kemesraan Ifran dan Atikah seketika tadi. Terasa seperti jantungnya
disiat-siat dengan belati tajam!
Kejadian tengahari tadi membuatkan Umairah mengambil
keputusan untuk menanda buku latihan pelajarnya
didalam bilik tidur. Langsung dia
dan Ifran tidak berbual antara satu sama
lain sepanjang hari ini. Masing-masing melancarkan perang dingin. Sedang
Umairah khusyuk menanda buku kerja sekolah yang diberikan, tiba-tiba sahaja
suasana menjadi gelap gelita. Sedikit pon tiada cahaya untuk membantu
penglihatannya. Umairah mula cuak dan panik, pelbagai andaian muncul dibenaknya
saat ini. Terkocoh-kocoh dia bangun dari katil lalu menghampiri daun pintu
biliknya.
“Ifran... Ifran.” Jerit Umairah beberapa kali. Kalut! Dia
berharap Ifran ada dirumah pada waktu ini. Dia takut untuk bersendiri di dalam rumah
yang gelap.
“ Ifran....” Panggil Umairah lagi sambil meraba-raba
dalam kegelapan.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaa..” Pekik Umairah lantang apabila ada
satu tangan menyentuh bahunya secara mengejut. Perasaan takut mula menyelubungi
hatinya.
“ Apa yang pegang aku ni.. Jangan kata encik Han...” Bisik
hati Umairah. Badannya kejung dari melangkah mahu pun memalingkan wajah ke arah
si pemegang bahunya. Dia tidak boleh bayangkan sekiranya wajah buruk hantu mencemar
pandangan matanya. Peluh mula merintik dek rasa takut yang mencengkam. Umairah
tidak putus-putus membaca ayat suci al Quran bagi menghalau kehadiran ‘sesuatu’
yang menakutkan itu.
“Hei.. Akulah ni.” Sergah Ifran kemudian dia ketawa besar.
Kelakar melihat gelagat Umairah yang ketakutan. Walaupun dia tidak nampak,
namun dia boleh bayangkan ketakutan gadis itu lagi-lagi apabila dia mendengar
Umairah tidak henti-henti membaca ayat Qursi. Umairah mengeluh lega mendengar
jawapan dari Ifran. Pantas tangan jejaka itu dipaut untuk rasa lebih selamat.
Ifran tersentak dengan tindakan drastik Umairah. Ada rasa debar menggegarkan
jantung hatinya. Tanpa berlengah tangan Umairah ditolak supaya menjauhkan diri
darinya.
“ Panas la.. Ketepi.” Ifran beralasan. Umairah tersedar
dengan sikapnya yang agak mengada-ngada itu. Wajahnya merintik merah menahan
malu. Nasib baik tiada elektrik, kalau tak pasti Ifran boleh nampak wajahnya
yang sudah memerah. Umairah tetap menghampiri Ifran meski pon sudah dimarahi Cuma
kali ini tangannya tidak lagi memaut lengan suaminya.
“ Kau nak pergi mana?” Soal Umairah yang hanya mengikut
langkah Ifran sedari tadi. Dia tidak mahu duduk berjauhan dengan Ifran. Takut!
“ Bilik aku la.. Kemana lagi.”
“ Tak payah la.. Jom duduk dekat ruang tamu.” Ajak
Umairah.
“ Pergi la duduk sorang-sorang. Ajak aku buat apa?” Sela Ifran
walaupun dia tahu tujuan Umairah mengajaknya. Sengaja dia mengenakan gadis ini.
“ Temanlah aku. Lagi pon kau nak buat apa dalam bilik
kalau gelap macam ni?”
“Tido la. Apa lagi!” Spontan jawapan itu keluar dari mulut
Ifran. Umairah merengus kasar.
“Awal lagi la If. Tak payah la tido lagi. Jom la temankan
aku duduk kat ruang tamu dulu. Malam masih muda okey!” Minta Umairah lagi.
Umairah seperti terlupa dia sedang marahkan Ifran memandangkan situasi yang
dialami kini.
“ Jom la.. Karang ada pulak yang terkencing ketakutan.
Kotor pulak rumah aku ni nanti.” Ejek Ifran yang turut sama lupa dengan perang
dingin yang berlaku antaranya dan Umairah. Umairah dan Ifran beriringan menuju
ke ruang tamu.
“Tak ada lilin ke?” Terpancul soalan dari mulut Umairah disaat
masing-masing sudah menghenyakkan punggung diatas sofa.
“ Tak ada... Tak pernah pulak rumah aku blackout sebelum
ni.”
“Kau tak bayar bil elektrik yer?” Tuduh Umairah sekadar
mahu memeriahkan suasana antara mereka.
“ Elok-elok sikit.. Aku bayar la!” Ifran mempertahankan
dirinya sendiri. Tak pernah dia lupa untuk perkara penting macam ni.
“ Gurau je.. Jangan marah.” Usik Umairah. Dia ketawa
kecil kemudiannya.
“Ada jugak kena tinggal kat sini sorang-sorang kejap
lagi.” Ugut Ifran pula. Sekadar mengusik Umairah. Umairah ketawa senang dengan
ugutan Ifran. Dia tahu jejaka itu tidak serius dengan kata-katanya.
“ If...” Seru Umairah apabila masing-masing mendiamkan
diri. Ifran mengerling ke arah Umairah. Wajah Umairah samar-samar pada
penglihatannya.
“ Apa?”
“ Aku nak minta maaf dekat kau.” Luah Umairah pendek.
Sudah lama dia menyimpan hajat untuk memohon keampunan daripada Ifran, dan hari
ini baru tercapai niatnya itu. Suasana sekali lagi bisu diantara mereka. Ifran
menanti Umairah menyambung kata-katanya yang cukup menarik perasaannya saat
ini.
“ Aku sedar aku dah buat kesilapan besar terhadap kau.. Kerana
masalah antara aku dan Atikah, kau yang merana. Aku minta maaf If kerana libatkan kau dalam dendam aku. Aku
tahu kau tak bersalah dan langsung tak ada kaitan dengan hal kami berdua. Aku
tak ada niat pon nak gunakan persahabatan kita untuk kenakan Atikah. Cuma,
salah aku yang melibatkan kau dalam hal ni secara tidak sengaja.” Tutur Umairah
lembut. Ifran diam lagi. Menimbang segala kata-kata Umairah yang kedengaran
ikhlas. Tapi semudah itukah dia mahu memaafkan Umairah setelah semua ini
terjadi. Kerana Umairah, kebahagiaan yang dirasai bersama Atikah musnah sekelip
mata. Mustahil dengan sepotong ucapan maaf mampu menghilangkan rasa terkilan
dan kecewanya terhadap Umairah yang tegar mempergunakannya sebagai alat untuk
membalas dendam kepada Atikah.
“ Sebab tu ke kau layan aku dengan baik sekarang?” Soal
Ifran perlahan. Wajah Umairah dipandang lagi walaupun suasana gelap gelita.
“ hmm... Aku nak tebus kesilapan yang aku dah lakukan
terhadap kau.” Akur Umairah.
“ Tak semudah tu aku nak maafkan kau setelah apa yang kau
dah lakukan terhadap aku dan Atikah. Kau jangan fikir aku akan maafkan kau
dengan apa yang cuba usahakan sekarang.” Tegas Ifran. Namun tak dinafikan
hatinya gembira dengan pengakuan dari Umairah. Sangkanya Umairah melayannya
dengan baik demi menggodanya seterusnya mahu melukakan hati Atikah lagi.
Rupanya tidak. Umairah mula sedar kesilapannya yang lalu.
“ Aku tahu kau susah maafkan aku.. Tapi percayalah, aku
betul-betul menyesal dengan apa yang dah berlaku. Kalau aku tak pentingkan diri
sendiri, kau tak perlu rasa sengsara begini. Aku tak minta kau maafkan aku,
tapi beri aku peluang untuk tebus kesilapan aku. Bagi aku peluang untuk jadi
isteri yang baik sementara kita masih lagi bergelar suami isteri.” Ujar Umairah
lembut. Suasana sunyi menyelubungi Umairah dan Ifran. Hening. Ifran tidak
membalas bicara dari Umairah. Dia ligat berfikir segala bait bicara Umairah
yang cukup menyentuh dasar hatinya. Dia perlukan lebih banyak masa untuk
memaafkan Umairah malah ucapan maaf daripada Umairah belum lagi mendapat
kepercayaan sepenuhnya darinya. Mungkin juga kata-kata Umairah ini adalah satu
helah yang baru! Lama suasana antara mereka menjadi bisu... Masing-masing sibuk
melayan perasaan sendiri.
“ Kenapa kau benci sangat pada Atikah? Bukankah dia kawan
baik merangkap kakak tiri kau?” Cetus Ifran mengubah topik perbualan setelah
lama mendiamkan diri. Sudah lama dia terfikirkan persoalan ini. Mungkinkah
Umairah marah kerana emak Atikah menjadi isteri nombor dua abahnya? Tetapi,
perlu ke Umairah buat begitu pada Atikah? Yang salahnya emak Atikah bukan
Atikah! Umairah diam tidak berkutik, tidak menjawab pertanyaan dari Ifran.
Sikap Umairah yang mendiamkan diri buat Ifran mengeluh kecil. Sukar sungguh
Umairah meluahkan perasaannya. Wajah Umairah disebelahnya dipandang lama.
“Laa patutlah diam jer. Tido rupanya.” Rungut Ifran. Bibirnya
tersenyum melihat wajah tenang Umairah yang sudah lena disebelahnya. Tangannya
menghampiri kepala Umairah lalu diangkat perlahan kepala gadis itu. Diletakkan
kepala Umairah diatas bahunya supaya gadis itu lebih selesa.
“ Kau tahu tak Mai... Aku tak pernah menyesal berkahwin
dengan kau malah aku gembira kita dijodohkan. Tapi, bila tahu alasan kau
kahwini aku hanya kerana dendam terhadap Atikah buat aku kecewa. Kau tak tahu
bertapa aku sayangkan kau sebelum ini.” Desis Ifran sendiri. Diluahkan
perasaannya yang selama ini didiamkan kepada angin malam. Matanya mula
mengecil. Rasa kantuk mula menjelma sebelum dirinya sama-sama lena disebelah
Umairah.
Wahhhhh OMG... ifran rupenyer suke jugak umairah?????
ReplyDeletehehehe... masih banyak rahsia disebalik kisah mereka bertiga.
DeleteEnieyyyy...rahsia aper diorg bertigaa....adoiiiiii...makin misteriiii....irfan syg kt Umairah....tp kesian kt Umairah...xpa sabar yer Umairah....up lg esok yer eniey
ReplyDelete