Bab 32
Daun pintu yang tertutup rapat itu ditolak perlahan. Kedengaran
suara bilal melaungkan azan dari kejauhan. Ifran masuk kedalam rumahnya dengan
wajah yang sedikit lesu. Matanya meliar mencari tubuh si isteri. Namun sayang,
Umairah tiada diruang tamu mahu pun didapur rumahnya. Pintu bilik Umairah yang
tertutup rapat itu dipandang lama. Dia yakin isterinya ada didalam. Masih
merajuk barangkali. Ifran cepat-cepat masuk kebiliknya. Dia mahu mandi dan bersolat
terlebih dahulu. Dia mahu tenangkan jiwanya yang kacau sebelum memujuk si
isteri yang jelas masih lagi merajuk. 30 minit berlalu, Ifran muncul semula
diluar biliknya. Langkah diatur menghampiri bilik Umairah dan dia berteleku
disitu untuk beberapa minit.
“ tuk...tuk...tuk...” tiga kali daun pintu yang tertutup
rapat itu diketuk. Berharap tuan punya bilik akan keluar dan bercakap
dengannya. Sunyi! Umairah langsung tidak memberi tindak balas dengan
perbuatannya.
“Mai...” panggil Ifran dari luar. Tiada jawapan! Ifran
mengeluh lemah. Dilaung sekali lagi nama isterinya agar gadis itu menyahut dan
keluar daripada bilik itu.
‘dia sembahyang ke? Tapi tak salah aku dia uzur.’ Hati
Ifran bersoal jawab sendiri.
“Siti Nur Umairah binti Ismail... keluarlah. Aku ada hal
nak cakap dengan kau ni.” Jerit Ifran untuk kali ke lima. Namun jawapan yang
sama diperolehi. Bayang Umairah belum lagi kelihatan didepannya saat ini. Ifran
pulas tombol pada pintu tersebut. Dia sudah tidak peduli lagi, kalau Umairah
tak nak keluar biar dia yang masuk ke dalam. Ifran tersenyum lebar, pintu bilik
Umairah tidak berkunci rupanya. Buat sakit tangan dia saja mengetuk pintu itu
bagai nak gila tadi.
“Mai... kenapa kau tak...” belum lagi habis bait bicara
Ifran, matanya yang sedia besar terbuntang keluar. Terkesima sebentar apabila
melihat Umairah terbaring lesu diatas katil dengan mata yang tertutup rapat.
Lekas-lekas dia menghampiri Umairah.
‘tidur ke minah ni? Tak pernah pulak dia tidur
waktu-waktu maghrib macam ni. Ke dia sengaja buat-buat tidur sebab tak nak
layan aku bercakap?’ hati Ifran berbolak-balik. Matanya tidak lepas dari
memandang wajah pucat Umairah. Ifran melekapkan tapak tangan pada dahi Umairah,
cuba membandingkan perbezaan suhu antara mereka.
“ Mai.... bangun. Aku hantarkan kau ke klinik. Kau demam
ni.” Suruh Ifran bersama tepukan lembut pada lengan Umairah. Mata gadis itu
kelihatan berkelip-kelip. Mungkin sudah sedar daripada lenanya.
“Mai... jom kita pergi klinik.” Ujar Ifran sekali lagi.
Umairah membuka matanya perlahan-lahan. Dia mula dapat menangkap imej Ifran
yang kini berdiri tegak disebelahnya.
“If...” seru Umairah. Masih kabur dengan situasi saat
ini.
“Mai... bangun sekarang. Kita pergi klinik.” Ulang Ifran
tanpa jemu. Umairah geleng kepalanya beberapa kali. Menolak cadangan Ifran.
“tak naklah... aku nak rehat dekat rumah jer.” Luah
Umairah perlahan. Dia memang kurang gemar pergi ke klinik mahu pun hospital.
Ifran merengus kasar. Geram dengan sikap keras kepala Umairah.
“kalau sekali aku cakap kau terus ikut boleh tak? Jangan
degil sangatlah! Jom kita pergi klinik sekarang. Karang kau pengsan macam
dulu-dulu tu lagi.” Bebel Ifran dengan suara yang kuat. Sakit hati dia melayan
sikap Umairah yang keras kepala tidak mengira masa. Umairah merengus kasar
dengan leteran Ifran. Namun begitu dia tetap menurut arahan suaminya.
“ hmm ye la-ye la... kejap aku nak bersiap.” Akur Umairah
akhirnya. Ifran yang melihat Umairah sukar untuk bingkas bangun membantu wanita
itu untuk berdiri. Badan Umairah yang kekurangan tenaga itu terhuyung-hayang
menanti untuk rebah. Ifran peluk kemas bahu isterinya agar wanita itu tidak
jatuh tersungkur.
“ kau keluarlah dulu. Aku nak bersiap.” Minta Umairah
perlahan. Tekaknya yang sakit menghalang untuk dia bercakap dengan nada yang
kuat. Ifran yang masih lagi memegang kemas bahu Umairah dipalu rasa risau.
Tidak yakin untuk meninggalkan Umairah yang jelas tidak mampu untuk berdiri
walaupun untuk sekejap.
“ kau boleh ke berdiri tanpa aku...” Ifran menyoal tidak
yakin. Umairah disisinya sekadar senyum tawar. Perlahan-lahan wanita itu
menganggukkan kepalanya.
“ aku larat lagilah nak berdiri. Kau tak payah risau.
Keluarlah dulu. Takkan aku nak tukar baju depan kau pulakkan.” Jelas Umairah
berharap pengertian daripada Ifran. Buat masa ini dia tak larat untuk berdebat
panjang dengan lelaki itu dan dia berharap segala permintaannya ditunai terus
tanpa banyak soalan.
“ okey la...” putus Ifran akhirnya. Walaupun ada rasa tak
senang untuk meninggalkan Umairah sendiri namun dia tetap memenuhi permintaan
sang isteri. Lagi pun benar kata Umairah, takkanlah dia nak mengacau gadis itu
menukar pakaian. Karang menda lain pulak jadinya. Tanpa lengahkan masa Ifran
lekas-lekas tinggalkan Umairah sendiri didalam biliknya. Dia menunggu wanita
itu diluar bilik sahaja.
Ifran dan Umairah tiba dirumah mereka setelah hampir
sejam keluar untuk ke klinik berhampiran. Ifran menolak daun pintu rumahnya
lalu memberi laluan kepada Umairah untuk masuk kedalam. Dipimpin isterinya
menuju ke bilik agar langkah gemalai wanita itu tidak jatuh tersungkur.
“tak payah nak pegang-peganglah... aku larat lagi nak
jalan.” Bentak Umairah sambil menepis tangan Ifran yang melingkar pada bahunya.
Pukulan Umairah langsung tidak meninggalkan kesan pada Ifran yang masih lagi
memaut kejap bahu isterinya. Ifran diam sahaja. Malas melayan amarah Umairah
yang memang pantang dicuit.
“lepaslah If... aku tahu jalan sendiri. Bukan jauh pun
bilik aku tu.” Sela Umairah sekali lagi bersama tepukan lemah pada lengan
Ifran. namun dalam diam dia bersyukur dengan bantuan dari jejaka itu. kepalanya
teramat pusing sebenarnya, Cuma egonya melarang daripada menerima pertolongan
daripada Ifran.
“sakit-sakit pun nak marah orang. Cuba jaga sikit mulut
tu bila bercakap dengan suami.” Bebel Ifran. tanpa membuang masa, badan Umairah
yang kecil itu diangkat dan didukung lalu dibawa ke bilik. Banyak mulut
sangatkan!
“If... apa ni... turunkan aku la. Aku bukannya tenat
sangat, tak perlu nak angkat aku macam ni lah.” Marah Umairah sambil
meronta-ronta dalam dakapan Ifran. Makin tidak senang hatinya dengan sikap
selamba badak Ifran yang mengangkatnya tanpa bertanya terlebih dahulu.
“shuhhhh...” Ifran memuncungkan mulutnya kedepan. Meminta
Umairah diam dan tidak melawan dengan tindakannya. Umairah tergamam. Akhirnya
dia mengambil keputusan untuk diamkan diri. Bukannya dia tidak mahu melawan
Cuma tekaknya sudah semakin sakit dek mulutnya yang tidak habis-habis menjerit.
“ kau rehat dulu tapi jangan tidur, aku pergi tuang bubur
dalam mangkuk. Kejap lagi kau makan bubur tu lepas tu makan ubat.” Arah Ifran
lembut. Tanpa menanti jawapan daripada Umairah, dia bergegas kedapur dengan
tangan yang membawa plastik berisi bubur nasi yang dibeli dari kedai makan
berhampiran. Umairah melepaskan keluhan lemah. Makin menjadi-jadi pula denyutan
pada kepalanya. Diurut kepalanya agar rasa sakit yang menyengat itu semakin
berkurang.
“Mai... nah makan
bubur ni.” Entah masa bila Ifran tiba pun Umairah tidak sedar. Tiba-tiba sahaja
jejaka itu sudah berada disebelahnya sambil menghulurkan semangkuk bubur nasi.
Umairah bingkas bangun dari baringan. Dia mencapai mangkuk yang dihulurkan oleh
Ifran tanpa banyak soal. Disuap bubur nasi kedalam mulut meski pun seleranya
mati. Rasa perit dalam tekaknya mengganggu moodnya untuk menikmati makanan itu.
“sikitnya kau makan... makanlah lebih sikit. Nanti perut
masuk angin pulak.” Tegur Ifran apabila Umairah sudah berhenti menjamah bubur
yang dibeli. Umairah hanya menggelengkan kepala, perutnya sudah tidak dapat
menerima makanan itu lagi.
“sekarang makan ubat... lepas tu tidur.” Ubat-ubatan yang
diperolehi daripada klinik kesihatan itu tadi diserahkan kepada Umairah bersama
segelas air kosong. Umairah mengambil sahaja ubat-ubat itu tanpa banyak songeh.
Dia hanya menurut kerana dia tahu semua ini adalah untuk kesihatannya juga.
Selepas menelan 3 jenis ubat berlainan itu, Umairah kembali merebahkan diri
diatas katil. Ifran mengemas satu persatu pekakas yang digunakan lalu
dimasukkan kedalam dulang yang dibawa bersama. Baru sahaja langkah ingin diatur
untuk ke dapur, terasa baju yang dipakai ditarik seseorang. Ifran membuang
pandang kearah Umairah yang sedang merenungnya.
“ terima kasih...” ucap Umairah perlahan. Dia menatap
bebola mata Ifran yang tajam menikam matanya. Ada rasa debar mula menggocangkan
jantung dan hatinya. Perasaan ini tidak pernah padam dari awal pengenalan
antara mereka berdua. Dia tak dapat nafikan perasaan ini lagi. Dia masih
cintakan Ifran sepenuh hatinya meski pun cintanya ini tak pernah berbalas.
“ tak perlu nak berterima kasih sangatlah... dah
tanggungjawab aku sebagai suami kau. Sekarang kau rehat, jangan fikir perkara
yang bukan-bukan.” Balas Ifran dengan senyuman mesra. Umairah membalas lembut
senyuman suaminya. Dalam diam terdetik rasa pelik dengan sikap Ifran yang
seringkali menekankan perkataan suami semenjak dua menjak ini. adakah Ifran
sudah boleh menerimanya sebagai isteri? Umairah tidak mampu menganalisis lebih
lama perkara yang bermain dimindanya dek rasa kantuk yang mula menjelma.
Umairah menonton televisyen sambil berbaring diatas sofa.
Hari ahad begini tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mahu keluar
membeli belah, duitnya tengah susut. Lagi seminggu baru gaji akan masuk. Ifran
pula entah ke mana. Dia pun tidak pasti dan sememangnya dia kurang mengambil
tahu tentang jejaka itu. sedang enak melayan rancangan Nona di tv3, tiba-tiba
sahaja Umairah dapat menangkap bunyi deruan enjin kereta masuk kedalam pagar
rumah milik Ifran. cepat-cepat Umairah membetulkan duduk agar kelihatan lebih
senonoh. Tak sampai 5 minit, wajah Ifran terjengul disebalik daun pintu
rumahnya.
“Assalamualaikum...” sapa Ifran perlahan. Cukup untuk
Umairah mendengar salam yang diutarakan.
“waalaikummussalam...” jawab Umairah sepatah. Dia masih
lagi tekun menonton rancangan Nona. Sekali sekala matanya mengerling kearah
Ifran yang kini sudah singgah disebelahnya.
“dah makan tengahari? Kalau belum aku pergi panaskan
lauk.” Soal Umairah dengan ekor mata yang menjeling kearah Ifran. lelaki itu
kelihatan tenang dan santai.
“aku dah makan dekat luar tadi...” suasana kembali hening
selepas Ifran membalas pertanyaan Umairah. Hanya mata mereka masih ralit
menonton Nona. Seminit, dua minit... lima minit suasana antara mereka sunyi
sepi. Masing-masing sibuk dengan emosi sendiri.
“Mai...” akhirnya Ifran bersuara. Memang sudah lama dia
ingin berbicara perihal pergaduhan yang berlangsung antara mereka kira-kira
seminggu yang lalu namun kekangan masa menjadi halangan untuk mulutnya berkata.
Bagi Ifran, hatinya tidak senang selagi Umairah tidak tahu kebenaran yang
berlaku 3 tahun yang lepas meski pun wanita itu langsung tidak mengungkit mahu
pun merajuk selepas pergaduhan mereka baru-baru ini.
“kenapa?” balas Umairah pendek. Wajah Ifran ditatap lama.
Menanti suaminya itu meluahkan kata-kata yang masih tergantung.
“ pasal yang kau cakap minggu lepas tu... aku minta maaf
sangat-sangat. Aku tak ada niat pun nak buat macam tu dan memang tak terdetik
pun dihati aku untuk buat kau macam tu.” Ujar Ifran tenang. Matanya merenung
tepat kewajah Umairah yang kelihatan kabur. Berkerut dahi wanita itu seolah-olah
sedang berfikir panjang.
“minggu lepas? Aku cakap apa pada kau minggu lepas? Aku
tak fahamlah If.”
“ala yang kau cakap aku gunakan kau untuk mengorat Tikah
tu la... aku betul-betul tak buat macam tu. Aku anggap kau kawan baik aku. Kau
dan Tikah adalah dua perkara berbeza bagi aku.” Jelas Ifran satu persatu.
Umairah membulatkan mulutnya. Baru mengerti penerangan daripada Ifran.
“ooo... pasal tu ke. Tak ada apa-apalah If. Aku tak kisah
pun sebenarnya. Lagi pun kalau betul pun apa salahnya kan. Apa guna kawan, ye
tak?” jawapan daripada Umairah buat Ifran rasa tidak selesa. Gadis itu seperti
masih menyimpan rasa marah padanya walaupun tidak dinyatakan secara jujur.
“tak ada kalau-kalaulah Mai... aku betul-betul tak buat
semua tu. Aku baik dengan kau sebab kau kawan aku. Aku tak gunakan kau pun
untuk dapatkan Tikah. Kalau Tikah tak
ada sekali pun, aku tetap akan jadi kawan baik kau. Kau dan Tikah dua cerita
yang berbeza.” Tegas Ifran dengan mata yang bulat menentang renungan Umairah.
Dia sebolehnya nak segala kemelut yang berlaku 3 tahun lepas selesai hari ini.
dia tak nak Umairah salah faham lagi.
“okey...okey...okey. aku faham. Kau tak ada buat semua tu
dan aku salah faham jer. Jadi kau tak payah risaulah sebab kalau kau buat
sekali pun aku tak kisah. Aku tak ambil hati pun.”
“kalau kau tak kisah, kenapa kau nak marah sangat hari
tu? Kalau benda tu betul tak penting pada kau, kau takkan ungkitlah perkara
tu...” tempelak Ifran sinis. Mulut Umairah terkunci rapat. Kelu lidahnya dengan
kata-kata Ifran yang tepat terkena jantung. Ye memang betul dia marah! Tapi,
sebenarnya perasaan marah itu adalah hasil dari rasa cemburu bukan kerana dia
terasa dipergunakan oleh Ifran. Takkan dia nak mengaku dia cemburukan Ifran dan
Atikah?
‘oh please... Never! Aku takkan mengakulah. Buat malu jer
nanti. Dah sah-sah mamat ni tak ada hati pon dekat aku!’ Desis Umairah didalam
hati. Tanpa membalas persoalan Ifran, Umairah cepat-cepat bingkas bangun. Dia
mahu ke biliknya dan memilih untuk tidak bersoal jawab dengan Ifran perihal perasaannya
itu. dia takut sekiranya terlalu banyak jawapan yang diberikan, perasaannya
yang sebenar akan diketahui oleh suaminya.
“kau jangan nak tinggalkan tempat ni selagi tak jawab
soalan aku. Beritahu aku dulu kenapa kau nak marah sangat hari tu?” arah Ifran
sambil mencengkam kemas lengan Umairah. Ditarik tangan Umairah agar wanita itu
dekat dan mengadap wajahnya. Dia takkan benarkan Umairah pergi sebelum
menjelaskan hal sebenar yang bermain dimindanya. Umairah menepis keras tangan
kasar Ifran yang melingkar pada lengannya. Perasaan tidak tenang terus
bercambah didalam hatinya. Terasa denyutan jantungnya berdegup dengan kencang
sehingga dia sendiri boleh mendengar.
“lepaslah If... aku tak sukalah kalau kau pegang-pegang
aku macam ni.”
“kenapa tak suka? Ke kau ada rasa lain macam bila aku
sentuh kau?” duga Ifran selamba. Bibirnya sudah tersengih nakal memandang wajah
mencuka Umairah.
“jangan nak mengarutlah... lepaskan aku... aku nak pergi
masuk bilik dan tidur sekarang. Kejap lagi Asar pulak, tak sempat aku nak
membuta.” Marah Umairah dengan suara yang agak kuat. Bulu romanya makin tegak
berdiri melihat senyuman nakal yang terukir dibibir Ifran.
“aku bagi kau 2 pilihan... kau nak jawab soalan aku atau
kau nak aku tidurkan kau?” Umairah tertelan liur. Berubah rona wajahnya dengan
soalan Ifran yang tidak berinsuran itu.
‘gilalah mamat ni!’ kutuk Umairah dalam hati. Wajahnya
sudah merah padam menahan rasa malu.
“soalan apa?” tinggi suara Umairah menyoal meski pun dia
sudah tahu soalan yang diutarakan oleh Ifran. dalam diam dia mencari jawapan
yang paling rasional untuk persoalan itu.
“hari ni kau cakap kau tak kisah pun kalau aku memang
gunakan kau untuk mengorat Atikah... dah tu kenapa kau marah sangat hari tu? Kalau
kau betul tak kisah, mesti kau tak ungkit pun pasal ni hari tu.” Ifran
mengulang kembali soalannya. Riak Umairah yang sedang berfikir direnung tajam.
“hari tu aku marah sebab emosi aku kurang stabil sikit...
iyelah... aku kan uzur hari tu. Biasalah orang perempuankan.” Balas Umairah
dengan wajah selamba. Ifran diam sahaja. Kurang percaya dengan jawapan daripada
Umairah yang terlalu ringkas.
“lagi pun, hari tu kau sibuk ungkit kesalahan aku pada
kau dan Tikah padahal aku dah minta maaf pun pada kau. Sebab tu aku cakap macam
tu, untuk jadikan alasan cari kesalahan kau.” Terang Umairah lagi. Ifran
menganalisis dalam-dalam butir bicara Umairah. Kali ini ada logiknya jawapan
gadis itu. wajah Umairah yang kelihatan jujur itu dipandang. Perlahan-lahan
tangannya melepaskan lengan Umairah.
“aku minta maaf sebab buat kau rasa bersalah...” mohon
Umairah dengan kepala yang sedikit menunduk. Dia sedar Ifran rasa terkilan
dengan tuduhan melulunya. Ifran sekadar menganggukkan kepala. Tidak ambil
pusing dengan dengan ucapan maaf daripada Umairah. Tanpa membuang masa, Umairah
bergegas kembali ke biliknya. Berlama-lama disisi Ifran buat hati rasa sedih
dan kecewa mengenangkan cinta yang tidak pernah berkesampaian.