IKLAN NUFFNANG

Tuesday, June 30, 2015

Cinta Ini Bukan Milik Kita Bab 7


Bab 7
Nazim melunjurkan kakinya sambil menonton televisyen yang menayangkan berita terkini. Sebiji bantal yang menghiasi sofa ditarik dan dipeluknya. Matanya ralit dengan berita-berita yang dipapar pada kaca tv.

“Zim...” sergah Fatimah. Dia duduk disebelah anak terunanya sambil menonton sama berita yag disiarkan oleh tv3 itu.

“hmm?” gumam Nazim perlahan. matanya mengerling wajah tenang emaknya.

“Zim ingat tak hari ni hari apa?” soal Fatimah perlahan. Nazim memusingkan wajahnya untuk memandang Fatimah yang kelihatan tersenyum nipis. Dia dapat mengagak topik perbincangan mereka malam ini.

“esok mak akan beritahu Mak Cik Siah yang kamu bersetuju untuk bertunang dengan Julia.” Tambah Fatimah lagi dengan nada yang gembira. Nazim mengeluh kecil. Masih adakah harapan untuknya memujuk sang ibu untuk membatalkan rancangan dua keluarga ini?

“mak...” panggil Nazim lembut. Cuba memujuk emaknya buat kali terakhir.

“Zim tak nak...”

“Zim jangan lupa janji Zim pada mak 2 minggu yang lepas... jangan nak jadi lelaki yang munafik Zim... mak tak ajar Zim macam tu.” tegas Fatimah mencatas segala bicara Nazim yang sudah diagak isinya. Dia bukan tidak kenal sikap anaknya yang sedaya upaya mengelak daripada dijodohkan dengan anak jiran tetangga mereka.

“ tapi mak... Zim...”

“tak ada tapi-tapi... keputusan mak muktamad. Zim nak atau tidak, sebulan lepas ni Zim dan Julia akan bertunang dan 3 bulan lepas tu korang berdua akan berkahwin.” Pintas Fatimah sekali lagi. Wajah sayu anaknya dipandang sekali imbas. Tidak mahu bersimpati lagi pada anak terunanya ini. dia tidak boleh beri muka pada Nazim lagi, kali ini dia perlu bertegas dalam menyatukan Nazim dan Julia.

“Zim tak cintakan Julia mak... Zim tak boleh nak kahwin dengan orang yang Zim tak cinta.” Luah Nazim dengan harapan emaknya menarik kembali keputusan yang telah dibuat. Fatimah tersenyum sinis. Langsung tidak termakan dengan kata-kata anaknya yang cuba meraih simpati dari dirinya.

“cinta, sayang, suka semua tu boleh dipupuk, boleh dibina. Dia tak akan datang bergolek Zim. Jadi tak payahlah Zim nak cakap Zim tak cinta semua tu sedangkan Zim tak pernah usaha pon untuk cintai Julia. Dah mak tak nak dengar lagi alasan Zim... cukup sebulan dari tarikh ni, Zim dan Julia akan ditunangkan. Noktah!” balas Fatimah. Badannya tadi disandarkan pada sofa empuk kini bangkit berdiri. Dia berlalu meninggalkan Nazim sendirian. Nazim mendengus kasar. Diraup wajahnya untuk menghilangkan rasa kecewa yang merantai dijiwanya saat ini. tidak sangka, hari untuk dia lupakan Soffiya tiba jua. Mampukah dia lupakan Soffiya? Mampukah dia menyayangi Julia lebih daripada Soffiya? Sesungguhnya hatinya kini amat buntu.


“ cantiknya anak ibu... mesti tak berkelip mata Nazim pandang Julia nanti.” Puji Siah melambung-lambung melihat kejelitaan anak gadisnya yang cukup memukau pandangan semua jejaka. Julia tersenyum malu namun cukup berbangga dengan pujian ikhlas ibunya.

“ada-ada je ibu ni... keluarga abang Nazim nak datang pukul berapa?” soal Julia ingin tahu. Dipandang wajahnya pada cermin dengan rasa gembira. Berharap bakal suaminya dapat melihat wajahnya yang cukup jelita hari ini. pasti Nazim akan jatuh cinta pada aku. Bisik hati Julia teruja.

“kejap lagi sampailah tu... kenapa? Dah tak sabar ke nak bertunang dengan Nazim? ibu berkenan sungguh dengan anak mak cik Timah kamu tu. baik sungguh orangnya. Beruntung anak ibu dapat bakal suami macam tu.”

“abang Nazim pon beruntung dapat anak ibu ni... tak gitu?”

“mestilah sayang... anak ibu gadis cukup sempurna. Dah la cantik, lembut, sopan santun... mesti Nazim tak akan pandang perempuan lain dah. Percayalah cakap ibu ni.” luah Siah sambil membelai lembut kepala anak gadisnya. Julia tersenyum bahagia. Gembira mendengar kata-kata ibunya. Dia berharap kata-kata ibunya akan menjadi kenyataan. Nazim akan jatuh cinta padanya dan tidak akan memandang perempuan lain selain dia.

“nanti lepas bertunang, Jue kenal-kenallah dengan Nazim tu... ambil mood sebelum kahwin. Tapi ingat, jaga batas pergaualan korang berdua. Korang baru bertunang, bukannya suami isteri lagi.” Pesan Siah dengan nada yang tegas. Dia tidak mahu perkara yang tidak elok berlaku sepanjang tempoh pertunangan anaknya. Budak-budak muda zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat. Iman pon boleh kalah kalau ikut sangat nafsu tu.

“ibu... tahulah Julia pantang larang dalam perhubungan ni. ibu jangan risau yer.” Pujuk Julia dengan senyuman meleret. Makin tidak sabar rasanya untuk memiliki cinta Nazim yang sudah lama didambakan. Dia akan pastikan Nazim jatuh hati padanya. dia akan tundukkan keegoan Nazim yang terang-terangan mengaku tidak mencintainya. Dia mahu lihat, sampai bila Nazim mampu mempertahankan hatinya daripada tidak jatuh cinta padanya. senyuman sekali lagi terukir manis dibibir Julia. Penuh makna yang tersirat.


Fatimah menghampiri katil anak terunanya dengan perasaan risau. Dipegang dahi Nazim untuk membandingkan suhu badan antara mereka.

“panas sangat badan kamu ni... Zim rehat dekat rumah je la... tak payah pergi majlis pertunangan tu. biar mak dengan yang lain-lain je yang pergi.” Arah Fatimah yang duduk dibirai katil bujang anaknya. Nazim hanya mengangguk kepalanya dengan lemah. Bagus juga arahan emaknya, dia sendiri pon tiada hati untuk kemajilis pertunangannya yang direncanakan pada hari ini.

“dah makan ubat ke belum ni?” soal Fatimah lagi. Risau pula melihat anaknya yang tiba-tiba sahaja tidak sihat. Sedih sangat gamaknya dipaksa bertunang.

“dah...” pendek sahaja jawapan daripada Nazim. Dia tidak larat untuk berkata-kata memandangkan rasa perit yang teramat didalam tekaknya. Fatimah menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

“kalau macam tu mak pergi dululah... Zim rehat kat rumah baik-baik. Zim kena ingat, mulai hari ini Zim dah ada tunang. Lupakan gadis khayalan Zim buat selama-lamanya.” Pesan Fatimah perlahan. dipandang wajah sayu anaknya. Nazim memejamkan matanya tanpa membalas bicara emaknya. Tanpa pesanan itu pon dia sudah tahu apa yang perlu dilakukan kini. Soffiya harus dikuburkan daripada hati dan perasaannya. Mulai hari ini, tiada lagi insan bernama Soffiya didalam kamus hidupnya. Dia perlu redha dengan ketentuan ini.


“ pang...” pinggan yang ditarik Soffiya terjatuh dari pegangannya. Wardah yang sedang mengacau minuman tersentak. Terus matanya memandang Soffiya yang sedang memegang kepalanya.

“Ya Allah Piya...” Jerit Wardah. Cepat-cepat dia memangku badan Soffiya yang hampir tersungkur menghempap bumi. Wajah pucat gadis itu dipandang dengan rasa risau.

“Piya... kenapa ni? kau tak sihat ke?” bertubi-tubi soalan muncul dari bibir mungil Wardah. Dipegang dahi Soffiya. Tidak panas! Tapi kenapa Soffiya macam ni?

“Wawa...” Seru Soffiya perlahan. ada beberapa titik air mata meluncur laju membelah pipinya. Wardah makin tidak mengerti dengan air mata yang membasahi pipi saudara tirinya ini.

“kenapa ni Piya... kau cedera ke?” tanya Wardah lagi. Ditilik kaki dan tangan Soffiya yang mungkin terkena serpihan kaca. Soffiya menggeleng lemah kepalanya. Tubir matanya masih lagi dipenuhi air hangat.

“aku tak sedap hatilah Wawa... aku rasa macam ada benda yang tak kena jer hari ni...” luah Soffiya satu persatu. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Bagaikan ada sesuatu yang tidak elok telah berlaku tanpa pengetahuannya.

“tak ada apa-apa Piya... perasaan kau jer tu. dah bangun. Kau masuk berehat, biar aku kemaskan tempat ni.” arah Wardah lembut. Dia memimpin Soffiya berdiri memandangkan gadis itu seperti kehilangan tenaga. Entah apa yang berlaku sebenarnya Wardah tidak pasti.

“cikgu Nazim... aku rasa ada benda tak elok berlaku pada cikgu Nazim...” jelas Soffiya. Hatinya makin berdebar-debar, badannya terasa letih yang teramat sangat dan perasaannya cukup bercelaru. Dia yakin ada perkara yang tak diingini telah terjadi. Dia cukup pasti dengan gerak hatinya.

“Piya... sudah-sudahlah tu. Lupakan cikgu Nazim. Entah-entah dia sekarang tengah berbahagia dengan isteri dia. Kau je yang masih meracau nama dia. Sudahlah tu. aku rasa dah tiba masanya kau mulakan hidup baru. Buang nama cikgu Nazim sepenuhnya dari hati kau.. Aku tak sanggup tengok kau menderita macam ni. mak dan abah pon selalu risaukan kau. Bukan sehari kami tengok kau begini, dah lapan tahun Piya. Dari awal aku kenal kau sampai sekarang, kau masih lagi gilakan cikgu Nazim tu. Tolonglah jangan terus seksa diri kau hanya kerana seorang lelaki yang tak tepati janjinya pada kau.” Rayu Wardah. Selama ini dia masih boleh bertahan dengan kebodohan Soffiya, tapi kali ini dia tidak akan berdiam diri lagi. Soffiya perlu lepaskan Nazim untuk terus bahagia. Dia sedih tengok Soffiya hidup tak serupa seperti wanita-wanita lain.

“tapi Wawa...”

“Sudah Piya... kalau kau tak nak tengok aku marahkan kau baik kau jangan sebut lagi nama jantan tu depan aku. aku tak akan paksa kau terima mana-mana lelaki, tetapi cukuplah kau lupakan cikgu Nazim tu. itu pon dah cukup Piya.” Tinggi suara Wardah. Dia marah bukan dia benci, tetapi kerana sayangkan Soffiya yang tidak pandai hargai diri sendiri. Sampai bila Soffiya mahu hidup begini? Tak cukup lagi ke 8 tahun Soffiya membodohkan diri sendiri?

“dah sekarang kau masuk bilik, tidur, rehat sepenuhnya. Mulai esok, kau jangan sebut, jangan ingat, jangan mengigau pon nama cikgu Nazim tu. sekali lagi aku dengar kau sebut nama dia, memang aku takkan bercakap dengan kau sampai bila-bila. Kau ingat tu Piya.” Ugut Wardah dengan mata yang membulat. Soffiya hanya menganggukkan kepalanya. Mungkin benar kata Wardah, dia perlu lepaskan Nazim sepenuhnya. Mungkin dengan cara itu hidupnya akan lebih tenang dan tenteram selepas ini. Wardah membawa Soffiya kebilik mereka. Dibaringkan Soffiya diatas katil dan diselimuti gadis itu dengan kain gebar.

“terima kasih Wawa... sekurang-kurangnya aku tahu dalam dunia ni aku ada kau yang selalu sayang pada aku.” ucap Soffiya dengan perasaan sebak. Wardah yang mendengar bicara Soffiya mula mengalirkan air mata.

“mestilah aku sayang kau... kitakan adik beradik... bukan aku jer yang sayang kau, mak pon sayang kau, abah pon sama. Cuma kau je yang tak sayang diri sendiri.” Balas Wardah yang turut menangis. Terharu mendengar kata-kata Soffiya. Soffiya tersenyum dalam tangisan. Untuk keluarga yang tersayang, dia tahu cintanya untuk Nazim perlu dikorbankan. Dia tak nak keluarganya risaukan dia lagi. Dia tidak mahu jadi beban kepada mereka yang amat disayangi. Perlahan-lahan matanya dipejam... serentak itu segala memori kenangan silam lapan tahun yang lalu mula melayari ingatan.


No comments:

Post a Comment