Bab
2
“mak
tak kira Zim… mak nak kamu terima jugak Julia.” Tinggi suara Fatimah memarahi
anak sulungnya. Tegang kulit mukanya yang sudah berkedut seribu. Nazim mengeluh
keras. Entah untuk kali keberapa emaknya memaksa dirinya menerima Julia si anak
jiran tetangga.
“mak..
tolonglah faham. Zim tak cintakan Julia dan Zim tak nak kahwin lagi. Boleh tak
jangan paksa Zim buat apa yang Zim tak suka.” Suara Nazim turut meninggi. Tidak
mahu kalah dengan suruhan ibunya.
“habis
tu bila Zim nak kahwin? Tunggu umur 50 tahun dulu baru nak cari isteri? Macam
tu?” Tempelak Fatimah geram. Entah apa masalah anak terunanya yang sorang ini
sehingga sekarang masih belum terbuka hati untuk mencari pasangan hidup. Nak
kata sudah berpunya, tidak. Dia bukannya hadap sangat untuk menyatukan Nazim
dan Julia, tetapi melihat sikap anaknya yang tidak reti-reti mencari pasangan
hidup membuatkan dia terpaksa untuk melakukan semua ini.
“mak
bagi Zim masa… bila Zim jumpa dia nanti, Zim akan bawa dia jumpa mak dan kami
akan kahwin. Tolong ye mak… jangan paksa
Zim terima Julia.” Rayu Nazim penuh berharap. Dia harap emaknya mampu bersabar
dalam hal ini. Fatimah tersenyum sinis mendengar rayuan anaknya. Dia sudah
penat melayan kerenah Nazim dan dia sudah penat mendengar alasan yang sama
daripada jejaka itu.
“masa?
Dah berapa lama mak bagi kamu masa Zim… dah 3 tahun kamu bagi alasan yang sama
pada mak tapi apa yang mak dapat? Mana menantu mak? Mana dia yang selalu kamu
sebut tu? Entah dia tu wujud ke tidak pon mak tak tahu. Mak dah tak nak dengar
alasan dari kamu Zim. Bagi mak, dia yang kamu cakap tu cuma alasan untuk kamu
tak berkahwin. Sekarang, mak nak kamu ikut cakap mak. Bertunang dengan Julia
bulan depan dan kahwin dengan dia 3 bulan lepas tu. Noktah!” Arah Fatimah
tegas. Matanya membulat membalas pandang sinar mata Nazim yang jelas tidak puas
hati dengan arahan yang diberikan.
“
mak tolonglah jangan nak paksa Zim terima Julia tu. Zim dah ada pilihan hati
sendirilah. Zim tak akan terima perempuan lain selain dia mak… Tolonglah faham.”
Minta Nazim entah untuk keberapa kali. Fatimah merengus geram. Lagi-lagi alasan
itu yang diperolehi dari anaknya. Dia sudah muak, dah bosan dengan kata-kata
anak sulungnya itu.
“masalahnya
siapa pilihan hati Zim tu? Kalau betul ada bawaklah jumpa mak. Ini tak, dah 3
tahun Zim cakap perkara yang sama tapi habuk pon tak ada. Mak tak sukalah Zim
cakap kosong macam ni. Kalau tak ada pilihan hati lagi mengaku je la. Tak payah
nak buat alasan entah apa-apa macam ni. Mak bukannya bodoh, mak tahu itu alasan
kamu je tak nak kahwin dengan Julia.”
“mak…”
“tak
ada mak-mak… ini keputusan mak… muktamad!” potong Fatimah sekeras mungkin. Mahu
menunjukkan ketegasan pada anak terunanya.
“Zim
tak cintakan Julia la mak… macam mana Zim nak kahwin dengan dia? Julia tu pon
mesti tak ada perasaan pada Zim. Tak payahlah nak paksa kami.” Pujuk Nazim
lagi. Dia tak akan berhenti memujuk orang tuanya ini demi menghalang
perkahwinan yang tidak diingini berlaku. Dia tidak rela memungkiri janji yang
telah dimeterai bersama kekasih tersayang.
“
tak payah nak buat alasan lapuklah Zim. Mak dengan arwah abah kamu dulu pon
kenal masa hari kahwin jer… elok je beranak pinakkan kamu dan Nadiah tu. Lagi
pon, mak bukannya tak bagi masa kamu dengan Julia tu berkenal-kenalan. Kamu ada
tempoh empat bulan sebelum kahwin. Berkenalanlah dalam masa empat bulan ni.
Julia tu pon bukannya orang jauh. Jiran kita ni jer. Apa lagi masalah kamu?
Julia tu tak ada cacat cela pon. Cantik, baik, lemah lembut, hormat orang tua,
pandai, kerja pon elok. Apa lagi tak cukup? Perempuan macam mana lagi kamu nak
cari?” panjang lebar celoteh Fatimah untuk menyedarkan Nazim. Nazim meraut
kasar wajahnya. Sudah mati kutu dirinya dalam memujuk si emak. Keluhan kasar
keluar lagi dari celahan lubang hidungnya.
“Julia
tu memanglah tak ada cacat cela pon mak… tapi hati Zim ni tak terbuka untuk
dia…”
“nak
terbuka macam mana kalau kamu tak pernah cuba. Asyik dengan perempuan khayalan
kamu tu. Sudah-sudah la tu Zim. Kamu ni dah tua. Dah tiba masanya mulakan hidup
baru… berkahwin, ada anak. Lupakan jelah
perempuan yang entah wujud ke tidak tu.”
Sanggah Fatimah lagi. Nazim terdiam. Mencari-cari idea didalam benaknya
untuk terus memujuk hati si ibu. Sukar sungguh rasanya untuk menolak permintaan
emaknya kali ini.
“Soffiya
wujud mak.. dia bukannya khayalan Zim.” Bantah Nazim kurang senang.
“kalau
wujud, bawak jumpa mak… senang je kan… habis cerita.”
“sebab
tu Zim perlukan masa… untuk bawa dia jumpa mak la…”
“masa?
3 tahun yang mak bagi tu tak cukup lagi ke Zim? Kali ni berapa lagi masa Zim
nak? 30 tahun?” Sela Fatimah cukup sinis. Hatinya makin mendidih dengan
perangai Nazim yang tidak habis-habis dengan Soffiya. Kalau perempuan itu wujud
tak apa la jugak. Entah betul atau tidak kepala otak anaknya ini. Nama sahaja
pendidik, tetapi asyik meracau nama perempuan yang tidak wujud. Mungkin dia
patut bawa Nazim berubat traditional. Ada jin asyik agaknya berkenan pada
anaknya ini.
“macam
ni la mak... ini kali terakhir Zim
minta. Mak bagi Zim masa tiga bulan, kalau Zim tak boleh juga bawak Soffiya
jumpa dengan mak, Zim akan kahwin dengan Julia. Boleh?” akhirnya Nazim
berkeputusan. Meski pon hatinya tidak
yakin dapat menemui Soffiya dalam masa yang diminta, namun ini sahaja yang
mampu diusahakan. Selebihnya dia berserah pada Allah. Mungkin Allah sudah
tetapkan jodohnya bukan dengan Soffiya. Siapa dia untuk melawan semua itu.
Fatimah yang enak menyandar pada sofa mengubah cara kedudukan. Berfikir sejenak
permintaan anak terunanya.
“tak boleh... mak bagi masa kamu seminggu jer.”
“mak... seminggu tu sekejap sangatlah. Lagi pon minggu ni
Zim sibuk. Zim nak kena observe budak praktikal. Mana ada masa nak jumpa
Soffiya.”
“itu masalah Zim... dah cukup baik mak bagi masa ni.
kalau ikutkan tak ingin dah mak dengar nama perempuan khayalan kamu tu. apatah
lagi nak bagi kamu masa untuk cari dia.”
“janganlah cakap macam tu mak... kalau tak boleh bagi 3
bulan, kurang-kurang bagilah sebulan. Please! Ini kali terakhir Zim minta mak.
Percayalah.” Pujuk Nazim.
“tak boleh!” tegas Fatimah sekali lagi.
“boleh la mak... please.” Nazim menggenggam erat jemari
ibunya. Matanya memandang wajah ibunya dengan penuh harapan. Cuba menagih
simpati dari emaknya. Fatimah menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju.
“mak tambah sikit lagi masa. 2 minggu! Muktamad! Kalau Zim
nak tawar lagi, mak akan tolak terus perempuan tu dari senarai bakal menantu
mak.” ugut Fatimah. Badannya yang tadi selesa dibangku sofa kini bingkas
berdiri. Dia kemudiannya beredar tanda perbincangan antara mereka telah tamat.
Nazim mengeluh lemah. Dengan masa 2 minggu, dimanalah dia nak mencari Soffiya
yang langsung tidak diketahui tempat tinggalnya.
Nazim melepaskan keluhan kasar dibangku setelah melakukan
larian hampir 2 pusingan. Rasa penat setelah membuat larian tidak sepenat
otaknya yang asyik berfikir tentang perbincangan antara dia dan ibunya sebentar
tadi. Senak otaknya berfikir tentang masa depannya yang masih kabur. Raut wajah
Soffiya samar-samar muncul dibenaknya. Entah bagaimana rupanya si kekasih
tersayang setelah hampir 8 tahun mereka berpisah. Namun begitu, tidak dinafikan
dia masih lagi sayang dan cinta pada gadis itu. semestinya dia tidak akan lupa
janji yang pernah diikrarkan pada Soffiya disaat perpisahan antara mereka kian
menjemput.
“Soffiya... dekat mana awak sekarang? Saya rindukan awak...”
bisik Nazim pada dirinya sendiri. Dagunya didongak pada langit yang terbentang
luas. Cuba mencari ketenangan dengan melihat lautan awan yang membiru yang
cukup menenangkan jiwanya. Fikirannya masih lagi berkira-kira bagaimana caranya
untuk menjejaki Soffiya. Sikit pun idea yang bernas tidak muncul tiba didalam
fikirannya buat masa ini. kali terakhir pertemuan antara dia dan Soffiya, gadis
itu pernah menyatakan dia akan berpindah ke Kuantan. Namun, kenapa sekali pon
mereka tidak pernah berpapasan sedangkan dia juga kini berada di Kuantan?
Sekali lagi Nazim melepaskan keluhan lemah. Makin sesak fikirannya lagi-lagi
apabila mengingatkan janji yang telah dibuat bersama ibunya.
“Hai abang Zim... sorang jer ke?” tegur satu suara lemak
manis bak kelapa muda sekaligus melenyapkan bayangan Soffiya dalam ingatan
Nazim. Nazim yang enak termenung memandang kearah langit yang membiru berkalih
pandang. Memandang wajah cantik milik Julia yang tersenyum manis kearahnya.
Nazim melebarkan senyuman. Meski pon ada rasa terpaksa untuk menitipkan
senyuman kepada Julia namun dia sedaya upaya ikhlaskan hati agar gadis itu
tidak berkecil hati.
“a’ah Julia... sorang je. Julia pulak datang dengan
siapa?” Nazim sekadar berbasa-basi. Dia mengensotkan badannya ketepi demi
memberi ruang untuk Julia turut melabuhkan diri. Rasanya tidak manis pula
membiarkan Julia tegak berdiri ketika berbual dengannya. Julia duduk disebelah
bakal suaminya dengan perasaan yang berdetak hebat. Segan pula rasanya.
“Julia pon sorang... datang sini pon saja nak ambil
angin. Penat mengadap kerja yang tak berhabisan.” Jelas Julia tanpa dipinta.
Nazim mendengar penerangan Julia dengan kepala yang terangguk-angguk. Mengerti
dengan perasaan gadis itu kerana dia juga kadangkala begitu. Suasana sunyi
sebentar. Masing-masing tidak tahu apa yang perlu dibualkan memandangkan mereka
tidak pernah berbual sebelum ini.
“ abang nampak monyok aje tadi... kenapa? Ada masalah
ke?” cetus Julia. Lembut sahaja suaranya menyerap masuk ke pelupuk telinga
Nazim, cuba merisik isi hati bakal suaminya. Nazim tersengih kecil. Dia mengerling
wajah Julia yang tenang disebelahnya.
“tak adalah... penat berlari jer.” Dalih Nazim mudah.
Rasanya tidak perlu dia menerangkan perkara yang mengganggu perasaannya buat
masa ini kepada Julia yang baru dikenali. Memang mereka sudah lama kenal antara
satu sama lain, namun ini kali pertama mereka berbual berdua. Julia sedar Nazim
menipunya. Mungkin jejaka itu tidak selesa untuk bercerita masalah kepadanya.
Siapalah dia dihati Nazim.
“abang tahukan rancangan mak-mak kita...” Julia
mengeluarkan topik pertunangan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Nazim pasang telinga. Berfikir dengan dalam bagaimana untuk bercakap dengan
Julia perihal pertunangan antara mereka. Silap bahasa yang digunakan ada pula
hati yang terguris. Nazim tidak ingin perkara sebegitu berlaku. Biar pon dia
tidak cintakan Julia, namun dia takkan sengaja melukakan hati gadis itu hanya
kerana dia tidak cintakan Julia. Dia sedar Julia juga sepertinya. Terpaksa
kerana ibubapa.
“ abang tahu... Julia tak cuba menolak ke rancangan tu?”
Julia menggelengkan kepala sebagai jawapan kepada pertanyaan Nazim.
“kenapa Julia tak tolak? Julia tak kisah ke hidup Julia
diatur oleh keluarga?” soal Nazim ingin tahu. Sedikit sebanyak dia kecewa
dengan jawapan Julia yang terlalu menurut kemahuan keluarga. Yang terpaksanya
dia juga. Kalau Julia turut menolak, pasti emaknya tidak akan
bersungguh-sungguh untuk menyatukan mereka berdua.
“Julia tak kisah sebab Julia percayakan keputusan emak
dan abah. Pada Julia, apa sahaja rancangan mak dan abah, itulah yang terbaik
untuk Julia.” Akur Julia cukup tenang. Nazim mengeluh kecil.
“Julia tak kisah kahwin dengan orang yang Julia tak
cinta?” Duga Nazim. Sedaya upaya dia cuba menghasut Julia untuk menolak
rancangan karut keluarga mereka. Ada lagi ke manusia yang percayakan
perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Tidak takutkah Julia untuk memperjudikan
hidupnya untuk bersama dengan orang yang tidak dikenali.
“ cinta boleh dipupuklah bang... hari ni tak cinta, esok
belum tentu lagi.”
“Julia tak takut ke nak kahwin dengan abang? Buatnya abang
ni orang yang jahat ke, ada penyakit misteri ke, kaki perempuan... Julia
langsung tak kisah ke pasal tu?” Nazim kian tidak mengerti dengan sikap tenang
Julia yang terlalu memandang remeh perihal perkahwinan antara mereka. Apa Julia
fikir sebuah perkahwinan ini perkara yang mudah dan main-main? Julia yang
mendengar persoalan Nazim yang bertubi-tubi itu ketawa kecil. Seolah-olah cukup
lucu dengan kata-kata bakal suaminya.
“kenapa Julia nak takut? Julia dah kenal abang... Julia
tahu abang macam mana. Abang bukan orang jahat, abang bukan kaki perempuan,
abang tak ada penyakit misteri. So, for me you are perfect to be my husband.”
Balas Julia mudah. Nazim mendengus kecil. Senangnya cara Julia berfikir.
“abang tak suka ke cadangan keluarga kita?” sambung Julia
setelah melihat Nazim hanya diam selepas mendengar jawapannya. Malah keluhan
yang keluar dari mulut Nazim meyakinkan dia tentang telahan yang dibuat.
“abang tak cintakan Julia dan pada abang untuk
mengharungi sebuah perkahwinan sekurang-kurangnya kena ada perasaan cinta.
Julia tak rasa macam tu ke?” jujur Nazim. Kali ini dia sudah tidak ambil kisah
Julia ambil hati atau tidak dengan kata-katanya asalkan gadis itu tahu tentang
perasaannya yang sebenar. Elok juga Julia tahu perasaannya, mungkin gadis itu
akan berfikir kembali perihal rancangan keluarga mereka. Julia yang mendengar
pengakuan Nazim mengetap bibirnya perlahan. sedikit tersentap dengan bicara
jejaka itu yang terang-terangan mengakui perasaannya.
“ bagi Julia cinta tu penting tapi bukan suatu yang
terpenting untuk mengharungi alam perkahwinan kerana cinta, sayang semua ni
boleh dipupuk dan dibina. Mungkin hari ini abang cakap abang tak cintakan Julia
tapi belum tentu esok, lusa, tulat dan seterusnya perasaan abang tak boleh berubah.
Mungkin hati abang akan berubah bila abang kenal Julia lebih dekat. Siapa
tahukan semua tu?” tutur Julia penuh berdiplomasi.
Nazim sedikit pon tidak
termakan dengan penerangan Julia. Baginya, perkara ini tidak semudah itu.
perasaan adalah satu perkara yang subjektif dan mereka tidak patut
memperjudikan masa depan mereka hanya untuk perkara yang belum tentu terjadi.
Andai kata suatu hari nanti Julia bertemu dengan orang yang dicintainya, andai
kata dia dan Julia tidak mampu mencintai antara satu sama lain selepas
berkahwin, apa yang bakal berlaku pada perkahwinan mereka? Siapa yang mahu
bertanggungjawab masa itu? yang merananya pasti dia dan Julia.
Julia mengeluh
lemah... melihat mimik wajah Nazim yang kelat buat hatinya kecewa. Dia sedar
Nazim langsung tidak mencintainya sedangkan dia amat mencintai lelaki itu.
“hmm... abang, Julia nak balik dululah. Dah lewat dah
ni... Assalamualaikum.” Julia meminta diri tatkala mula sedar suasana makin
gelap. Tak elok pula anak dara sepertinya balik lambat.
Nazim sekadar
mengangguk. Membenarkan Julia meninggalkan dirinya sendiri di bangku taman
rekreasi itu. sedikit sebanyak Nazim sedar pendirian Julia tentang rancangan
keluarga mereka tidak mampu membantunya untuk mengelakkan diri dari perkahwinan
ini. Nazim meraup wajahnya yang agak berserabut, cuba menenangkan gelodak jiwa
dengan masalah yang dihadapi... wajah Soffiya sekali lagi muncul difikiran
membuatkan hati dan perasaannya kian merana.
“Piya... maafkan saya kalau saya tak berjaya menjaga
cinta kita. Mungkin, kita tidak ditakdirkan untuk bersama.” Desis Nazim pada
angin lalu. Kolam matanya terasa pedih. Ada air hangat yang mula memenuhi
takungan matanya lalu perlahan-lahan jatuh membasahi pipi.
No comments:
Post a Comment