Soffiya bergerak pantas untuk mendapatkan teksi. Hanya
kerana bebelan dari Wardah menyebabkan dia terpaksa menyusahkan diri bertemu
Johan. Kalau tak kerana Wardah, pasti Johan tidak akan ditemuinya. Dia tidak
berminat untuk membuang masa dan duit untuk perkara yang tidak berfaedah. Untuk
masa sekarang, Soffiya hanya fikirkan masa depannya sahaja. Dia mahu mencari kerja
sekali gus hidup berdikari tanpa bantuan kedua ibubapanya lagi. Langkah lebar
yang diatur Soffiya menjadi sumbang apabila seorang lelaki berkacamata hitam
melanggarnya dari arah bertentangan. Tertiarap Soffiya dek perlanggaran yang
agak kuat itu, begitu juga lelaki tersebut. Masing-masing tersungkur hingga
menarik beberapa mata memandang tragedi yang agak memalukan itu.
“Aduh...” teriak Soffiya agak kuat. Tangannya menggosok
siku yang mungkin terluka setelah bergesel dengan jalan laluan bagi penjalan kaki.
Dijeling lelaki yang turut rebah disebelahnya dengan perasaan marah. Soffiya
bingkas bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya.
“jalan tu pakai mata bukan pakai telefon...” rungut
Soffiya geram pada jejaka yang melanggarnya. Lelaki itu cepat-cepat bingkas
berdiri. Membetulkan spek mata hitamnya dan mengemaskan telefon pada
telinganya.
“sorry miss...” minta pemuda itu tanpa memandang wajah
merah padam Soffiya. Tanpa menanti jawapan daripada Soffiya, jejaka itu
meneruskan perjalanannya yang terhenti. Soffiya merengus geram. Tak reti
berbudi bahasa langsung! Dah langgar orang boleh blah macam tu jer... minta
maaf pon ala kadar saja. Soffiya meneruskan beberapa langkah ke hadapan namun
langkah kaki yang diatur itu terhenti semula. Dia berdiri lama dikaki lima itu
sebelum berkalih kembali ke belakang. Entah mengapa ada rasa debar mendetak
kuat didalam dadanya.
“siapa lelaki tu... macam pernah tengok jer. Apesal aku
berdebar semacam je lepas jumpa dia ni?” bisik hati Soffiya. Bayang lelaki yang
melanggarnya hilang entah kemana. Soffiya mengeluh kecil. Perasaan tak enak
bertali arus didalam jiwa.
“perasaan aku jer kot.” Pujuk hati Soffiya untuk
menghilangkan rasa debar yang cukup misteri. Langkah diatur kembali untuk
mendapatkan teksi. Namun sekali lagi langkah Soffiya terhenti. Dipandang aneh
pada dirinya sendiri.
“apasal tudung aku selekeh sangat ni? Mana pulak jatuhnya
kerongsang aku tu...” bebel Soffiya didalam hati. Matanya meliar mencari
kerongsang bermata biru disekitar kawasannya berdiri. Mungkin kerongsang itu
tercicir semasa dia jatuh tertiarap setelah dilanggar lelaki itu tadi. Setelah
hampir beberapa minit misi pencariannya tidak menemui kejayaan, akhirnya
Soffiya mengalah. Dia menapak ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi
seterusnya pulang kerumah.
Nazim menanda satu persatu kertas tugasan yang dihantar
oleh pelajarnya. Matanya semakin lesu kerana keletihan mengadap simbol-simbol
dan nombor matematik yang beraneka didalam kertas jawapan pelajar. Nazim bingkas
berdiri daripada kerusi empuk untuk meregangkan otot-otot bahu demi
menghilangkan rasa kantuk dan penat setelah hampir beberapa jam menilik
tugasan-tugasan yang masih menimbun. Dia duduk semula setelah badannya kembali
selesa.
“tok...tok...tok...” pintu bilik Nazim diketuk 3 kali
dari luar.
“masuk...” seru Nazim dari dalam. Pen merah yang
digunakan untuk menanda kertas tugasan diletakkan diatas meja. Wajahnya yang
menunduk diangkat untuk membalas pandangan tetamu yang datang kebiliknya.
“Assalamualaikum En Nazim... sibuk ke?” soal Jannah
dengan senyuman manis. Ditangan gadis itu terdapat beberapa dokumen yang tidak
diketahui Nazim.
“waalaikummusalah... ye Jannah. Ada apa awak nak jumpa
saya?” balas Nazim pula. Jannah yang asalnya hanya berdiri didepan pintu mara
kearah meja pensyarahnya. Dia duduk dihadapan Nazim tanpa disuruh.
“macam ni En Nazim... saya nak minta tolong En Nazim isi
soal selidik ni boleh?” minta Jannah lembut. Dihulurkan dokumen yang
mengandungi borang soal selidik kepada Nazim. Nazim mencapai dokumen itu sambil
menilik satu persatu. Dibaca satu persatu soalan yang melibatkan kerjaya
seorang pensyarah.
“untuk apa dokumen ni?” soal Nazim berbasa-basi. Matanya masih
lagi tepat pada borang soal selidik yang diberikan oleh pelajarnya itu. Meski pun
ada rasa malas untuk mengisi borang berkenaan, namun Nazim gagahkan juga
hatinya. Siapa lagi mahu membantu para pelajarnya kalau bukan pensyarah mereka
sendiri.
“untuk tugasan kelas Pn. Syarifah. Dia minta kaji
beberapa jenis kerjaya di Malaysia.” Jelas Jannah satu persatu. Nazim
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti. Setelah semua soalan dibaca dan
difahami, Nazim mula menggagau kocek baju kemejanya untuk mendapatkan pen hitam
yang sentiasa terselit disitu.
“auu...” Jerit Nazim terkejut. Berderau hatinya tatkala
melihat terdapat titisan darah merah pada hujung jari telunjuknya.
“kenapa En Nazim?” Jannah turut tersentak. Pelik
mendengar jeritan pensyarah matematiknya yang tiba-tiba. Nazim hanya diam tanpa
membalas kata-kata Jannah. Dimasukkan sekali lagi tangannya kedalam poket
kemeja untuk mencapai alatan tajam yang tersemat bersama-sama pen hitam lalu
dikeluarkannya. Dahi Nazim berkerut seribu dengan apa yang dipegangnya kini.
“siapa punya kerongsang pulak ni? Macam mana boleh ada
dalam poket baju aku?” desis Nazim didalam hati. Kerongsang bermata biru yang
dipegang diletakkan diatas meja kerjanya dengan rasa pelik. Tanpa buang masa, Nazim
meneruskan kerjanya yang tertangguh tanpa mengambil pusing dengan kehadiran
kerongsang misteri itu. Dijawab semua soalan yang diutarakan dengan jujur agar
dapat memberi manfaat kepada pelajar dihadapannya saat ini. Setelah hampir 15
minit berlalu, Nazim mengembalikan semula borang soal selidik itu kepada
Jannah.
“nah... semoga tugasan awak berjalan lancar.” Ucap Nazim
dengan senyuman nipis. Dokumen yang dijawab itu dikembalikan semula kepada
Jannah.
“terima kasih En. Saya keluar dulu yer.” Mohon Jannah
yang turut membalas senyuman Nazim. Nazim hanya menggerakkan kepalanya,
membenarkan Jannah meninggalkan dirinya. Setelah gadis itu keluar, Nazim
meneruskan kerja-kerja yang masih lagi belum selesai.
Setelah Jannah keluar daripada biliknya, Nazim mencapai
kembali kerongsang bermata biru yang diletakkan diatas meja. Berfikir sejenak
tentang kehadiran kerongsang misteri.
“kerongsang siapa pulak ni? Mak punya ke? Tapi macam mana
boleh ada dalam poket baju aku?” bertali arus soalan menerpa ke benak Nazim.
Ditilik kerongsang itu dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba dia teringatkan kejadiaan
tengahari tadi semasa dia dalam perjalanan pulang selepas melihat pelajar
praktikalnya.
“ini mesti kepunyaan perempuan yang aku langgar tadi tu. Aduyai...
kesian pulak kat minah tu. Dah la kena langgar, kerongsang hilang pulak tu.” Desis
Nazim didalam hati. Terasa bersalah pula mengingatkan kejadian itu, sudahlah
dia tidak meminta maaf dengan elok. Pasti berbakul sumpahan diterima dari
wanita itu. Nazim mengeluh kecil, kerongsang yang dipegang diletakkan semula
diatas meja kerjanya. Malas memberatkan kepala dengan perkara remah temeh.
Kalendar yang terpampang elok diatas mejanya ditarik dan diperhatikan. Nazim
mengeluh lagi.
“tinggal 3 hari sahaja lagi...” bisik Nazim pada dirinya
sendiri. Sebenarnya dia sudah mengalah dalam misi pencarian Soffiya. Dia sudah
tidak tahu bagaimana untuk menjejaki gadis itu. Sudah pelbagai tempat yang dia
singgah hanya kerana untuk mencari Soffiya. Dia sanggup ke Taiping hanya untuk
mendengar khabar Soffiya dari teman-teman lamanya. Dia sudah ke seluruh pusat beli-belah
di Kuantan dengan harapan akan terserempak dengan Soffiya. Dan kini dia tidak
tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk menjumpai jejak Soffiya. Otaknya sudah
buntu, mungkin sudah tiba masanya dia betul-betul mengalah. Nazim meletakkan
kepalanya pada kepala kerusi. Penat otaknya mengadap kerja yang menimbun begitu
juga penat hatinya memikirkan tentang Soffiya.
“Soffiya... awak kat mana sebenarnya?” seru Nazim dengan
mata yang terpejam. Terlayar wajah Soffiya dalam ingatannya. Gadis itu dengan
mata yang bundar, mulutnya mungil, hidungnya kecil comel sahaja, bentuk muka
yang agak bulat dan rambut si gadis yang lurus dan diwarnakan dengan pewarna
merah seolah-olah sedang melambai kearahnya... menjerit dan memanggilnya dengan
manja. Adakah Soffiya masih seperti dulu? Degil, nakal dan kuat memberontak?
Atau gadis itu sudah berubah?
“Ya Allah... tolong temukan aku dengan dia ya Allah...
cukuplah sekali, cukuplah seminit asalkan aku tahu dia bahagia dengan hidupnya.
Aku tak akan minta lebih daripada itu. Tolonglah hambaMu ini Ya Allah...
sampaikan salam sayangku ini padanya... agar dia tahu,dia sentiasa disayangi.”
Mohon Nazim dengan matanya masih tertutup. Ada air hangat mengalir
dicelah-celah tubir matanya. Sungguh sukar rasanya untuk melepaskan Soffiya
pergi dari ingatan buat selama-lamanya. Namun siapa dia untuk melawan? Dia
perlu redha jika ini ketentuan untuk dia dan Soffiya.
Soffiya dan Wardah bergerak menuju satu persatu lot kedai
yang terdapat didalam Kompleks beli belah. Diintai setiap barang yang dijual
disitu.
“kau nak cari apa sebenarnya?” soal Wardah. Dia turut
meliarkan matanya, mungkin ada barang yang boleh disambar dan dibeli sebentar
lagi.
“ nak cari beg tangan...” balas Soffiya mudah. Dia
menilik satu persatu beg tangan yang tersusun elok diatas rak. Ada pelbagai
warna dan bentuk yang menarik membuatnya menjadi rambang mata.
“ooo... nak bersedia untuk masuk kerjalah ni. Dah pasti
dapat ke jawatan tutor tu?”
“belum lagi... tapi, insyaallah dapat kot. Kau
doa-doakanlah aku dapat yer.” Minta Soffiya dengan senyuman meleret. Wardah
turut tersengih. Terangguk-angguk kepalanya yang diselaputi tudung bawal.
“aku selalu doakan kau yang terbaik Piya... temujanji kau
dengan Johan macam mana? Aku tengok dia bad mood je lepas keluar dengan kau...”
tanya Wardah. Tangannya turut sibuk menilik beberapa beg tangan yang berjaya
menarik minatnya. Dalam diam dia memasang angan-angan untuk membeli beg tangan
itu.
“ aku tolak dia tadi...”
“tolak? Tolak apa?” soal Wardah kurang mengerti.
Tangannya yang sibuk bermain-main pada beg tangan bewarna krim itu terhenti.
Matanya jatuh pada wajah Soffiya yang kelihatan tenang.
“aku tolak perasaan dia la... aku suruh dia berhenti
mengharapkan cinta aku. Tak payah nak ajak aku keluar, tak payah bagi aku
hadiah, tak payah buat apa-apa untuk aku sebab aku tak akan cintakan dia.”
Tutur Soffiya jujur. Wardah tersentak, tidak sangka Soffiya boleh menolak Johan
tanpa memikirkan langsung perasaan jejaka itu padanya.
“kau cakap macam tu pada dia?” Wardah seakan tidak
percaya dengan penerangan Soffiya. Soffiya menganggukkan kepalanya. Mengiakan
persoalan Wardah.
“ya Allah Piya... teruknya kau ni. Kenapa kau cakap macam
tu. Kau tak kesian ke dekat dia tu? Punyalah dia berusaha nak mengorat kau. Dia
buang perasaan malunya semata-mata untuk jumpa kau tapi alih-alih kau tolak
macam tu je perasaan dia? Kejamlah kau ni. Tak boleh ke kau fikir sikit
perasaan dia untuk kau?” Marah Wardah berapi-api. Kurang senang dengan sikap
Soffiya yang mementingkan diri sendiri. Johan sudah menaruh hati buat Soffiya
semenjak zaman persekolahan mereka lagi malah perasaan itu tidak pernah
terpadam sehingga kini. Tidak bolehkah Soffiya menghargai perasaan jejaka itu
setelah sekian lama memendam rasa untuknya?
“baiklah aku buat perangai kejam macam ni Wawa daripada
aku bagi harapan palsu pada dia. Kurang-kurang dia tidak berharap dengan aku. Kalau
aku melayan macam aku permainkan hati dia pulak. Tak naklah aku buat macam tu. Lagi
pon, dari dulu sampai sekarang memang hati aku tak pernah terbuka untuk dia.”
“macam mana nak terbuka kalau kau asyik dengan cinta lama
kau tu... sudah-sudah la tu Piya... tolonglah buka hati kau untuk terima cinta
baru. Sampai bila kau nak hidup dengan kenangan silam?” bebel Wardah untuk
entah ke berapa kali. Tak tahu apa lagi yang perlu dibuat untuk menyedarkan
Soffiya daripada angan-angan mat jeninnya itu.
“biarlah masa je yang tentukan semua tu Wawa...”
“ masa? Tak cukup ke kau bazirkan masa 8 tahun kau tu
Piya? Johan tu cukup baik pada mata aku. Rupa bukannya buruk pon, perangai
baik, solat tak tinggal, kerja el...”
“ sebab tu kau jatuh cinta pada diakan Wawa...” pintas
Soffiya dengan senyuman mengusik. Sengaja memerangkap Wardah dengan
kata-katanya sendiri. Wardah terdiam. Kelu lidahnya dengan usikan temannya yang
tepat terkena batang hidung.
“daripada kau nasihatkan aku terima si Johan tu, baiklah
kau usahakan buat Johan jatuh hati pada kau. Ada eloknya juga. Dah la, kita
datang sini bukan nak cakap pasal Johan atau pun cikgu Nazim... kita datang
sebab nak Shopping.” Sambung Soffiya menutup perbualan antaranya dan Wardah.
Wardah diam tidak berkutik. Sedikit sebanyak hatinya terkesan dengan kata-kata
akhir Soffiya itu tadi.
“Jom kita pusing dulu satu mall ni, lepas tu baru beli
barang.” Ajak Soffiya. Dia menarik kuat lengan Wardah yang hampir terpisah
dengannya dek asakan daripada orang ramai. Namun, langkahnya menjadi sumbang
apabila seorang wanita yang berbadan gempal tertolak badannya dari belakang sehingga
menyebabkan dia terdorong ke hadapan. Secara tidak sengaja Soffiya hampir
terjatuh dikhalayak ramai namun badannya yang kecil itu sempat disambut
seseorang. Tertanggal spek mata yang tersarung pada mata Soffiya.
“terima kasih...” minta Soffiya tanpa memandang wajah
jejaka yang menyambutnya daripada terjatuh bak nangka busuk. Soffiya menggagau
lantai untuk mendapatkan spek matanya yang tercabut. Kabur rasanya dunia tanpa
bantuan cermin mata.
“sama-sama...” balas jejaka itu sambil bingkas berdiri
dan kemudiannya beredar meninggalkan Soffiya dan Wardah. Soffiya menyarung
semula spek mata sambil melihat belakang tubuh penyelamatnya yang sudah jauh
meninggalkannya. Ada rasa debar meniti sekeping hatinya. Perasaan ini saling
tak tumpah seperti kejadian tengahari tadi. Kenapa yer?
“amboi... kau nak tengok lelaki tu sampai bila? Tahulah
mamat tu hensem.” Wardah tidak lepas peluang untuk menyakat Soffiya yang masih
lagi merenung bayangan jejaka yang telah menyelamatnya sebentar tadi.
“hensem ke mamat tu tadi? Tak perasan pulak aku...” soal
Soffiya ingin tahu. Dia dan Wardah meneruskan perjalanan yang terbantut.
“hensem la pada mata aku ni... yang kau muka merah
semacam kenapa? Dah jatuh cinta ke? Aku ingatkan kau tak akan pandang lelaki
lain selain cikgu Nazim kau tu. Boleh tahan merenyam jugak perangai kau ni.” Sela
Wardah selamba. Soffiya diam tanpa membalas kata-kata Wardah. Tangan diletakkan
pada dadanya untuk seketika. Masih kuat degupan jantungnya sehingga membuatkan
wajahnya menjadi hangat. Tapi kenapa? Siapa lelaki itu? Soffiya menghentikan
langkahnya. Dia kembali memusingkan badannya kebelakang. Mahu melihat bayangan
si jejaka yang telah hilang untuk kali terakhir.
Nazim yang sudah mara beberapa tapak meninggalkan
bangunan pusat membeli belah menghentikan langkahnya. Ada rasa lain macam
setelah mendengar suara lunak si gadis yang dibantunya itu tadi. Suara itu
cukup familiar pada cuping telinganya.
“terima kasih...” suara si gadis yang cukup lembut itu
bermain sekali lagi dimindanya. Terasa dejavu dengan bisikan mesra wanita itu. Hati
Nazim tiba-tiba sahaja berkocak hebat. Perasaannya menjadi aneh untuk seketika.
“suara awek ni macam minah yang aku langgar tengahari
tadi tu jer... orang yang sama ke?” desis Nazim didalam hati. Badannya yang
tegak didepan bangunan pusat beli belah itu dikalih ke belakang. Memandang ke
pintu utama pusat beli belah itu seolah-olah wanita yang dibantunya itu masih
ada disitu. Lama dia merenung pintu utama itu dengan perasaan yang tidak dapat
ditafsirkan.
“rugi pulak tak pandang muka perempuan tu... entah-entah
Soffiya tak?” tembak Nazim rambang. Seingatnya suara gadis itu mirip sungguh
dengan suara Soffiya. Patutlah dia terasa dejavu semacam jer.
“ish tak logik pulak rasanya. Soffiya tak pakai cermin
mata... minah tu bercermin mata. Orang lain kot.” Nazim menolak telahan yang
dibuat. Tanpa membuang masa, dia bergegas mendapatkan kereta yang diparkir
berhampiran pusat beli belah. Dia mahu pulang dan berehat setelah seharian
sibuk dengan urusan kerja.
p/s: TOLONG KLIK SINI. TERIMA KASIH
p/s: TOLONG KLIK SINI. TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment