IKLAN NUFFNANG

Wednesday, June 24, 2015

cinta ini bukan milik kita bab 4

Bab 4
 “Aku dah agak dah... mesti kau ada niat yang tersembunyi datang cari aku ni kan...” seloroh Ehsan dengan senyuman yang meleret dibibirnya. Isterinya tekun didapur menyiapkan menu makan malam untuk mereka sekeluarga termasuklah Nazim. Nazim yang mendengar usikan teman baiknya tersengih kerang. Cuba mengawal rasa malu yang menebal.

“ aku ingatkan korang berdua main-main je dulu... tak sangka serius sampai sekarang.” Sambung Ehsan. Air sunquick sejuk yang dihidangkan oleh isterinya diteguk perlahan. Nazim turut sama meneguk air sunquick yang sudah lama terhidang.

“aku mana pernah main-main bab cinta ni San... aku jenis yang setia. Tak macam kau asyik bertukar makwe.”

“Shuhh... dengar dek Ida mati aku karang.” Cetus Ehsan sambil meletakkan jari ke bibirnya. Nazim tersengih. Takut bini jugak buaya darat sorang ni. tapi, Nazim yakin Ehsan sudah berubah. Pasti lelaki ini juga sudah tahu apa itu setia, apa itu erti cinta yang sebenar.

“ dah tu kau tak ada dengar langsung ke berita pasal Soffiya lepas dia tukar sekolah dulu-dulu?” Nazim kembali ke topik utama mereka. Hatinya cukup berharap Ehsan mempunyai sedikit maklumat tentang gadis yang sedang dicari saat ini. Ehsan mengeluh kecil. Menggeleng lemah kepalanya.

“tak da Zim... aku pon dah tak ingat macam mana rupa budak tu. Soffiya tu pon tak pernah datang ziarah ke sekolah selepas dia pindah sekolah dulu.” Jelas Ehsan perlahan. dia bersimpati pada temannya yang terlalu setia pada cinta pertama. Dia tahu sukar untuk melupakan cinta pertama kerana dia juga pernah mengalami perkara itu sebelum ini. sebelum Suhaida, dia sudah pon belajar erti cinta dengan kawan rapatnya sendiri ketika di Universiti. Namun semua itu sudah menjadi kenangan, dia kini amat mencintai Suhaida, lebih dari cinta pertamanya dahulu. Nazim mengeluh kasar. Wajahnya diraup perlahan. sukar sungguh untuk dia jejaki Soffiya. Adakah ini semua petanda dia dan Soffiya tidak ditakdirkan untuk bersama?

“Zim... aku tahu aku tak layak nasihat kau lebih-lebih. Tapi bagi aku la, ada eloknya kau ikutkan je hasrat emak kau tu. kadangkala rancangan ibu jauh lebih baik daripada rancangan kita sendiri kerana dekat situ ada berkat doa seorang ibu... lagi pon, kau yakin ke Soffiya sama seperti kau? Masih menunggu kau macam kau tunggu dia? Masih cintakan kau sama seperti kau cintakan dia? Seingat akulah, Soffiya tu jenis  liar budaknya. Mungkin pada dia kau cuma cinta monyet. Entah-entah tak sampai sebulan korang berpisah dia dah lupakan kau. Buatnya kau jumpa balik dia tapi masa tu dia dah kahwin tak ke kau lebih kecewa nanti? Kau tak ada jaminan yang dia masih sama seperti 8 tahun yang lalu Zim. Entah-entah dah beranak pinak Soffiya tu. kau pulak membujang sampai ke tua hanya kerana setia pada dia. Sudah-sudahlah tu berharap pada yang belum pasti.” Tegur Ehsan lembut. Dia sememangnya dari dulu lagi kurang menyokong percintaan Soffiya dan Nazim. Kerana percintaan itu, kerjaya Nazim sebagai guru hampir tergugat. Soffiya tu pula bukanlah budak yang baik sangat. Suka buat masalah ketika menuntut di Sekolah Menengah Kamunting suatu ketika dahulu.

“memang aku tak ada jaminan yang dia akan terus menunggu aku San... tapi, aku yakin hati dia dan aku sama. Kami pernah berjanji untuk bersama-sama. Andai kata aku terima rancangan emak aku dan dia masih setia menanti aku, macam mana? Aku tak sanggup nak hancurkan perasaan dia. Lagi pon, aku tak ada perasaan langsung pada Julia tu. macam manalah aku nak bersama dengan orang yang aku tak cinta. Aku tak nak ambil risiko besar macam tu.”

“risiko kena kahwin dengan Julia kau tak berani ambil tapi rela pulak kau tanggung risiko untuk tunggu Soffiya yang belum tentu tunggu kau tu? sedarlah Zim oii... kau tu bukan makin muda... aku ni yang sebaya kau dah nak masuk dua orang anak. Kau tak terasa ke nak jadi macam aku. Ada anak-anak, ada isteri, ada keluarga? Takkan umur 50 tahun karang baru kau nak bersanding atas pelamin?”

“ bukan aku tak nak rasa hidup bekeluarga macam kau Cuma aku belum temui calon yang sesuai.”

“Julia tu tak cukup sesuai ke? Dengar pada cerita kau budak tu elok ajer... kerja okey, perangai baik, rupa boleh tahan... apa lagi yang tak cukup?” soal Ehsan sedikit menggesa. Dia nak Nazim sedar yang menunggu Soffiya tak ubah seperti menunggu buah yang tak gugur. Soffiya pon entah masih wujud atau tidak diatas muka bumi ini... Nazim diam tidak berkutik. Tidak tahu bagaimana mahu menerangkan pada Ehsan apa yang dirasai saat ini.

“beginilah Zim... apa kata kau tetapkan satu tempoh untuk cari Soffiya. Lepas dari tempoh tu, kalau kau tak jumpa juga dia kau lepaskan dia dari hati kau. Kau kuburkan betul-betul dia daripada hati kau... aku tahu kau dalam dilema sekarang ni. aku tahu kau takut sekiranya kau bertemu kembali dengan Soffiya yang masih menunggu kau sedangkan kau sudah memilih wanita lain. Kau tak nak rasa bersalah kerana tabur janji dan akhirnya kau yang tak tepati janji tu.” tambah Ehsan lagi. 

Nazim yang diam berfikir dalam-dalam kata-kata Ehsan yang ada benarnya. Memang itulah yang dirasainya kini namun apa yang lebih penting sebenarnya adalah cintanya terhadap Soffiya yang tidak pernah padam. Sikit pon dia tidak pernah lupa akan gadis itu. bagaimana dia mahu hidup dengan Julia sedangkan hatinya penuh dengan cinta lamanya? Dia tak nak menjadi insan yang kejam pada Julia kerana gadis itu berhak untuk mendapatkan cinta yang sejati. Dia takut dia tidak mampu menjadi adil pada Julia hanya kerana dia tidak cinta pada wanita itu. Nazim merengus kecil. Makin senak pemikirannya kini.

“ aku memang dah janji dengan mak aku... aku hanya akan mencari Soffiya dalam masa dua minggu, kalau aku tak bertemu juga dengan dia dalam masa terdekat ni aku anggap aku dan dia memang tak ada jodoh. “ tutur Nazim. Ehsan tersenyum kecil. Dia menepuk-nepuk bahu teman rapatnya.

“baguslah tu keputusan kau... apa-apa pon kau banyak-banyakkan berdoa pada Allah supaya Dia menemukan kau jodoh yang sebenar. Tak kisah la siapa pon, Julia ke, Soffiya ke atau orang lain sekali pon. Asalkan wanita itu boleh membahagiakan kau ke akhir hayat.” Pujuk Ehsan. Nazim mengangguk-anggukkan kepalanya mengiakan kebenaran kata-kata Ehsan. Sememangnya itulah doanya selama ini. namun dia masih berharap Allah temukan dia dengan Soffiya untuk kali terakhir. Sekejap pon jadilah, sekurang-kurangnya dia tahu Soffiya masih ada didunia ini, sihat sejahtera dan mungkin sedang berbahagia dengan insan yang tersayang. Itu sudah memadai baginya.


Nazim menghentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah teres yang pernah disewa oleh Soffiya dan ibunya beberapa tahun yang lepas. Dipandang sekitar rumah sewa itu. banyak yang sudah berubah. Warna rumah, struktur jalan malah kini taman itu sudah punya taman permainan sendiri. Jauh berbeza situasinya pada 8 tahun yang lalu. Segaris senyuman terukir dibibirnya. Teringat kenangan-kenangan manis yang telah tercipta antaranya dan Soffiya. Raut wajah manja dan mudah merajuk Soffiya seolah-olah terbentang dilayar penglihatannya. Buat jiwanya makin perit menanggung rasa rindu yang menggunung. Bertapa dia merindui saat-saat manis bersama Soffiya.

“Encik cari siapa?” sapa seorang wanita beusia lewat 50an kepada Nazim yang ralit merenung taman perumahan yang pernah menjadi tempat tinggal Soffiya dan ibunya. Raut wajah curiga wanita itu menyedarkan Nazim sikapnya yang kurang sopan. Mengendap rumah orang persis ingin mencuri sahaja.

“ saya tak cari siapa-siapalah mak cik...” balas Nazim tenang. Tujuannya kesini hanyalah sekadar mengimbau kenangan silam antaranya dan Soffiya. Mungkin selepas minggu ini, dia perlu menguburkan perasaan sayangnya buat Soffiya buat selama-lamanya dan belajar mencintai bakal tunangannya.

“habis tu kenapa asyik sangat mengendap rumah ni? kau skodeng anak dara orang yer?” tuduh mak cik Jamillah lagi. Pandangan curiga masih lagi dihadiahkan kepada Nazim. Nazim yang mendengar telahan Mak cik Jamillah cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepala.

“hish tak adalah mak cik...” tolak Nazim tegas. Mak cik Jamillah mengeluh lega. Risau sekiranya didepannya ini lelaki miang mahu pun pencuri.

“mak cik tak pernah nampak pulak muka kamu sebelum ni... kamu datang sini buat apa? cari rumah sewa ke? Ke cari rumah saudara mara?”

“tak adalah... saya datang ni saja je lawat tempat ni. dulu-dulu saya pernah tinggal dekat sini. rindu pula rasanya bila dah lama tak datang ke sini.” tipu Nazim. Rasanya tidak perlu diceritakan perkara sebenar kepada mak cik dihadapannya saat ini. Mak cik Jamillah mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham. Terasa bersalah pula menuduh anak muda didepannya dengan telahan yang bukan-bukan.

“habis tu sekarang kamu tinggal dekat mana?” soal Mak cik Jamillah lagi. Sekadar berbasa-basi dengan tetamu yang jarang-jarang dilihat dikampung mereka.

“ sekarang saya dah pindah ke Kuantan...”

“ooo... rajinnya kamu datang ke sini semata-mata nak tengok rumah ni... hmm mak cik masuk dalam dululah. Kamu sambunglah tengok kawasan ni. mak cik tak nak mengganggu.” Ujar Mak cik Jamillah senang. Melihat sahaja anggukkan daripada Nazim, mak cik Jamillah mula beredar meninggalkan Nazim lalu mara kerumahnya yang terletak disebelah rumah sewa Soffiya suatu ketika dahulu.

Setelah melawat taman perumahan yang pernah dihuni Soffiya dan ibunya, kini Nazim mula mara ke Taman Tasik Taiping, tempat yang banyak mencoretkan kenangan antara dia dan Soffiya. Mereka sering bertemu janji disini. Melihat dan menghayati keindahan alam sekitar disamping mengeratkan hubungan cinta sesama mereka. Disini jugalah tempat dimana Soffiya pernah meminta hubungan mereka diputuskan hanya kerana sayang padanya. kerana ingin melindungi kerjayanya sebagai guru, Soffiya nekad mengundur diri dari perhubungan mereka. Bertapa dalam cinta Soffiya buatnya. Dia yakin cinta Soffiya kepadanya bukan cinta monyet tetapi cinta yang sebenar-benarnya cinta.

“Soffiya... saya datang lagi ke sini untuk mengimbau kenangan kita bersama.” Bisik Nazim pada angin lalu. Rasa damai dan tenang di taman itu buat hatinya kian runtun. Ada rasa sebak mula memenuhi sekeping hatinya.

“Soffiya... kan bagus kalau awak ada bersama saya sekarang. Sama-sama menikmati ais krim sambil berjalan-jalan mengelilingi tasik ini.” desis Nazim lagi. Dipandang sekitar taman tasik yang dipenuhi manusia. Ada yang tua, ada yang muda malah kanak-kanak pon ada. Masing-masing ada agenda tersendiri. Keluhan kecil terpancul dari mulut Nazim. Perasaannya kian berkecamuk. Tak rela rasanya mahu melepaskan Soffiya pergi meninggalkan hatinya buat selama-lamanya. Andai masa boleh diundur, pasti dia tidak akan lepaskan Soffiya pergi suatu ketika dahulu. Pasti dipujuk Soffiya untuk terus bersama-samanya sehinggalah gadis itu tamat pengajiannya diperingkat sekolah Menengah. Namun semua itu telah berlalu. Tak guna dia menyesali perkara yang sudah berlalu. Tiada apa-apa yang berubah dengan penyesalannya.


“Cikgu...” jerit satu suara membuatkan khayalan Nazim lenyap serta merta. Terus matanya beralih pada si gadis yang menjerit lantang. Gadis berusia 15- 19 tahun itu kelihatan berlari-lari anak menuju kearah seorang pemuda. Ditangan gadis itu terdapat dua kon ais krim yang dibeli daripada penjual ais krim yang berkeliaran disekitar Taman Tasik Taiping. Melihat situasi itu membuatkan Nazim terasa dejavu. Terus ingatannya hinggap pada Soffiya. 

No comments:

Post a Comment