Bab 8
8 tahun yang lalu
Nazim melangkah penuh yakin menuju ke kelas yang tertera
tingkatan 4 Sains 2. Suasana hingar bingar dikawasan kelas itu sekelip mata
sahaja menjadi sunyi sepi tatkala dirinya masuk kekelas tersebut. Nazim tayang
wajah serius. Mahu menunjukkan dirinya tegas dan tidak mudah dibuli oleh
pelajar-pelajar tingkatan 4 Sains 2.
“Bangun... Assalamualaikum cikgu.” Jerit Johan sebagai
ketua kelas tingkatan 4 Sains 2 penuh lantang. Kesemua pelajar lelaki dan
perempuan kelas itu cepat-cepat berdiri dan melaungkan salam kepada guru
Matematik mereka. Setelah mengutarakan salam, murid-murid kelas itu terus
membaca doa sebagai permulaan kelas untuk mendapatkan keberkataan daripada
Allah S.W.T.
“duduk...” Arah Nazim dengan suara yang kuat. Semua
pelajar duduk setelah mendapat kebenaran daripada guru baru mereka.
“ saya cikgu Nazim Aliff bin Hassan. Guru baru kamu semua
menggantikan cikgu Najwa. Hari ni saya tak mengajar lagi memandangkan ini hari
pertama kita berjumpa. Jadi saya nak berkenalan dengan kamu semua terlebih
dahulu. Okey kita mulakan dengan pelajar lelaki yang duduk kat belakang sekali
tu.” Arah Nazim sambil memandang kearah pelajar yang dimaksudkan. Dengan
perasaan segan, pelajar lelaki itu berdiri dan menyatakan namanya.
“ cakap kuat sikit Farhan... cikgu tak dengar.” Arah
Nazim pada murid kelima yang memperkenalkan dirinya. Farhan menguatkan suaranya
dan menerangkan nama, asal dan cita-citanya. Hampir 15 minit berlalu, semua
pelajar sudah memperkenalkan nama mereka namun hanya satu sahaja yang belum
dikenali.
“Raisya...” panggil Nazim. Raisya yang sedang menatap
guru muda itu tersentak apabila namanya dipanggil. Terus wajahnnya tersipu-sipu
malu.
“yer cikgu?”
“mana pelajar sebelah kamu? Tak datang sekolah ke?” semua
pelajar kelas 4 Sains 2 terdiam dengan persoalan Nazim. Masing-masing tidak
tahu apa yang perlu dijawab kepada guru muda itu.
“Raisya...” ulang Nazim lagi namun kali ini dengan nada
yang lebih tegas menandakan dia menginginkan jawapan dari gadis itu.
“emmm... emmm... Soffiya...” Raisya tidak tahu bagaimana
untuk menjawab soalan guru muda itu. Tidak sampai hati pula untuk memberitahu
Nazim bahawa pelajar bernama Soffiya itu sedang memonteng kelas. Mahunya
Soffiya mengamuk sekiranya gadis itu tahu tentang perkara itu.
“Soffiya? Ohh nama pelajar tu Soffiya... mana Soffiya?
Kelas... siapa tahu kemana Soffiya? Dia tak datang sekolah ke?” soal Nazim.
Kini soalan dibuka untuk seisi kelas menjawab memandangkan Raisya kelihatan
takut-takut untuk menerangkan hal sebenar.
“Assalamualaikum...” satu suara lunak merdu mengetuk
pintu bilik darjah 4 Sains sambil meluru masuk tanpa mempedulikan Nazim yang
tegak berdiri ditengah-tengah kelas. Nazim tersenyum sinis kearah pelajar
perempuan yang baru masuk. Dari gaya pemakaian gadis itu, Nazim boleh mengaggak
pelajar itu seorang pelajar yang bermasalah disekolah.
“Soffiya...” panggil Nazim disaat Soffiya baru sahaja
ingin melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Soffiya mencebik mulut. Merengus
kasar apabila namanya dipanggil oleh Nazim.
‘ ini yang aku malas masuk kelas ni... asal aku masuk jer
cikgu nak aim aku. Menyampahnya!’ desis hati Soffiya geram. Dipandang wajah
Nazim yang memandang kearahnya dengan wajah selamba.
“ dari mana?” soal Nazim. Dihampiri pelajar bernama
Soffiya. Jelas riak tidak senang terpampang pada wajah Soffiya. Nazim menjeling
kearah Soffiya dengan rasa terkilan. Dia terbau asap rokok pada baju gadis
berkenaan. Antara Soffiya sendiri yang merokok, atau gadis itu bersama-sama
teman lelakinya yang merokok sebelum ini.
“Dari tandas...” Tipu Soffiya dengan wajah tanpa
perasaan. Langsung dia tidak takut dengan guru barunya itu. Menyampah adalah.
“ kelas Matematik mula pukul berapa?” Soffiya mengeluh
kasar. Dia tahu Nazim cuba memerangkapnya dengan soalan-soalan sebegitu.
“ pukul 11...”
“ooo... awak tahu mula pukul 11... dah tu kenapa masuk
kelas pukul 11.30?” Soffiya diam tidak menjawab. Dia malas melayan soalan guru
muda itu yang sengaja mahu malukannya didalam kelas. Dijeling wajah Nazim
dengan rasa marah. Nazim tersenyum sinis melihat renungan Soffiya yang seperti
ingin menelannya hidup-hidup.
“okey sampai sini je kelas kita hari ni... esok kita akan
mula belajar macam biasa. Pastikan kamu semua bawa buku teks dan buku latihan.
Siapa tak bawa, siap sedia kena denda esok. Faham?”
“Faham...” jawab semua pelajar kecuali Soffiya serentak.
Nazim keluar dari kelas tersebut setelah mengucapkan salam. Dia mara ke kelas
seterusnya untuk sesi pengajaran.
Soffiya merengus
kasar. Dilunjurkan kakinya merentasi longkang yang terdapat dibelakang surau.
Memang tempat ini menjadi markas memontengnya selama beberapa bulan ini. Semenjak
dia naik ke tingkatan 4, belum pernah lagi dia menghadiri kelas dengan baik. Dia
masuk ke kelas apabila dia rasa perlu sahaja.
“kau ni apasal muncung jer? Selalunya kau tak macam ni.”
Sergah Dalila pelajar tingkatan 4 akaun. Dia turut meletakkan kakinya
dicelah-celah longkang yang kering itu. Tudung sekolah yang singkat itu ditarik
dengan kasar. Rimas dan panas terasa apabila memakai tudung yang menutup
kepalanya itu. Soffiya turut sama mengikut rentak Dalila. Tudung bewarna putih
bersih itu dicabut dan diletakkan diatas riba. Terserlah rambut lurus dan
panjangnya yang telah diwarnakan dengan pewarna merah.
“aku tengah sakit hati ni...”
“kenapa?” soal Dalila tidak menyempat-nyempat.
“cikgu baru tu la... baru pertama kali masuk kelas aku
dah buat kerek. Eh tolonglah. Aku tak kacau dia, apasal nak cari pasal dengan
aku. Menyemak la cikgu skema macam tu.” Bentak Soffiya geram. Rumput-rumput
yang meliar dikawasan itu ditarik kasar. Cuba menyalurkan rasa tidak puas hati
setelah dibuli oleh guru muda didalam kelas itu tadi.
“cikgu baru? Ooo maksud kau cikgu Nazim tu ke? Hensemkan
cikgu tu... ramai betul budak perempuan jatuh cinta pada dia.” Tutur Dalila.
Mulutnya tersenyum meleret mengingatkan rupa paras Nazim yang kacak itu. Badannya
tinggi lampai, kulitnya cerah, rambut disisir kemas dan badannya tidak terlalu
kurus dan tidak juga berisi. Soffiya mencebik bibirnya. Meluat mendengar cerita
yang disampaikan Dalila kepadanya.
“ada aku kisah kalau ramai pelajar minat dekat dia...
bengang gila kot aku dengan cikgu tu. Bajet hot la tu nak perli-perli orang dalam
kelas.” Bebel Soffiya lagi. Dalila hanya tersenyum kecil. Tahu sangat sikap
Soffiya yang mudah naik angin. Soffiya membelek betisnya. Ditarik sepuntung
rokok yang diselit dalam stokin lalu diletakkan dibibirnya. Dia kemudiannya
mara kearah rimbunan pokok lalu ditarik pemetik api yang disembunyikan
disebalik daun-daun kering tersebut.
“Piya... tak manis orang perempuan hisap rokok macam ni.”
Tegur Dalila. Kurang senang melihat sikap Soffiya yang semakin gian merokok.
Sejak dua menjak ini perangai suka merokok Soffiya kian menjadi-jadi. Dalila
pon budak nakal juga disekolah ini tapi tiadalah sampai tahap merokok. Bukankah
merokok itu membahayakan kesihatan? Kalau dia merokok mahu ibubapa membelasahnya
sampai koma.
“ah lantaklah manis ke tak manis. Aku tak kisah. Yang
pasti sekarang aku tertekan dan aku perlu barang ni untuk hilangkan tekanan
aku.” Balas Soffiya selamba. Asap rokok mula berkepul-kepul keluar dari
mulutnya. Langsung dia tidak ambil
peduli dengan nasihat Dalila.
“banyak caranya nak hilangkan tekanan ni Piya oii... tak
semestinya dengan cara merokok kau tu jer. Apa kata kau ikut aku pergi kelab
malam... kita joget kat sana sampai pagi. Lagi syok beb.” Ajar Dalila. Soffiya
ketawa kecil. Sedikit sinis seperti memperlekehkan cadangan temannya itu.
“bukan style aku la nak berjimba-jimba tempat ramai orang
macam tu. Aku lagi suka hidup macam ni. Sorang diri. Tak payah aku nak fikir
masalah orang sekeliling aku. Rimas aku kalau duduk tempat ramai orang ni.”
“dah tu apa kata kau carilah pakwe sorang... kawan pakwe aku
ada yang single... kau nak kenal tak? Rupa pon boleh tahan. Kalau kau nak
berkenalan aku boleh beritahu pak we aku.” Usul Dalila lagi. Soffiya diam. Dia
masih lagi khusyuk menyedut asap rokok yang cukup menenangkan jiwanya. Sekali
sekala kedengaran Dalila terbatuk. Mungkin tidak tahan dengan kepulan asap
rokok yang dihasilkan.
“malaslah aku melayan benda remeh temeh macam tu Ila...
nanti tak pasal-pasal makin banyak masalah aku nak kena fikir. Masalah yang
sedia ada ni pon aku tak boleh nak tanggung. Inikan pula masalah bercinta
nanti. Tak naklah aku.” Tolak Soffiya mentah-mentah. Bukan dia tidak pernah
menerima ajakan dari kaum lelaki untuk dijadikan dirinya kekasih, namun
semuanya ditolak. Dia tidak berminat untuk memberatkan kepala dengan hal manusia-manusia
lain. Dia lebih senang hidup sendiri, didalam dunianya sendiri.
“kau ni ada masalah apa sebenarnya? Tak pernah aku tengok
kau ceria, gembira... asyik nak marah-marah orang ajer. Cuba kau cerita dekat
aku. Kot-kot aku boleh tolong.” Dalila cuba mencungkil rahsia Soffiya, temannya
ketika memonteng. Pada gaya Soffiya seperti insan yang punya masalah yang tak
tertanggung bebannya. Soffiya merengus perlahan. Kurang senang dengan persoalan
Dalila. Dia tidak percayakan gadis itu. Baginya Dalila bukanlah sahabat yang
boleh dipercayai. Dalila hanyalah kawan yang kebetulan suka memonteng
sepertinya dan dia tidak akan mudah mempercayai orang seperti Dalila. Melihat
Soffiya hanya mendiamkan diri buat Dalila mula mengerti. Soffiya tak akan
sesekali bercerita perihal hidupnya pada orang lain.
“okey la beb... aku nak masuk kelas. Kejap lagi cikgu
Ehsan kegemaran aku tu masuk. Tak sabar aku nak mengadap muka cikgu muda tu.” Sambung
Dalila setelah dia dan Soffiya mendiamkan diri buat beberapa minit. Soffiya
sekadar menganggukkan kepala. Tanpa memandang pemergian Dalila, Soffiya
meneruskan kegiatan tidak bermoralnya itu.
Setelah bosan menghabiskan masa seorang diri dibelakang
surau, Soffiya akhirnya mengambil keputusan untuk masuk ke kelas bahasa
Inggeris tengahari itu. Pintu kelas diketuk perlahan dan tanpa mempeduli
Teacher Elfira, Soffiya terus mara ke tempat duduknya yang terletak disebelah
Raisya.
“awal masuk kelas hari Soffiya... kenapa tak masuk kelas
pukul 2 nanti jer?” sindir Elfira sinis. Dia menjeling kearah pelajarnya yang
suka buat perangai tak semenggah didalam kelasnya. Soffiya mencebik mulut. Menayang
muncung itik sedepa. Namun, kata-kata guru bahasa inggerisnya itu tidak
dibalas. Dia masih sedar siapa dia didalam kelas itu.
“Raisya... awak beritahu Soffiya apa yang dia kena buat
sekarang. Jangan pandai nak berangan je masuk kelas.” Suruh Elfira lagi.
Badannya tadi enak menyandar pada kerusi guru kini bingkas mengelilingi kelas 4
Sains 2. Raisya hanya mengangguk dengan arahan yang diterima daripada gurunya. Cepat-cepat
dia memberitahu Soffiya tentang kerja sekolah yang mereka perlu siapkan
sekarang.
“Piya... teacher suruh buat esei pasal keluarga.” Jelas
Raisya dengan nada yang malas. Sebenarnya dia kurang senang untuk bercakap
dengan pelajar bodoh dan bermasalah seperti Soffiya. Menghabiskan masa
bermutunya sahaja melayan Soffiya yang tidak berminat untuk belajar. Soffiya
mengerling Raisya yang hanya menunduk ketika menerangkan kerja yang perlu
dibuat saat ini. Gadis itu kelihatan sibuk menyiapkan kerja yang diberi teacher
Elfira.
“kau dengar tak ni Piya?” tempelak Raisya apabila tidak
mendengar sebarang jawapan daripada Soffiya. Soffiya tersentak, terus dia
kembali ke alam nyata. Kini Raisya sudah pun mengangkat wajah dan memandang
kearahnya.
“aku dah beritahu kau apa yang kena buat... nanti kalau
ada apa-apa masalah kau tanggunglah sendiri. Jangan cakap aku tak beritahu
pulak.” Sela Raisya geram. Kalau tak kerana arahan teacher Elfira, pasti dia
tidak akan bercakap pon dengan Soffiya, manusia yang suka buat masalah. Soffiya
merengus geram. Meluat mendengar bicara Raisya yang bajet bagus tu. Mentang-mentanglah
pelajar paling pandai dalam kelas ni, pandang aku pun sebelah mata jer. Menyampahnya!
“kau kalau tak ikhlas nak beritahu aku, baik kau tak
payah beritahu. Aku boleh tanya pelajar lain la.” Bentak Soffiya agak kuat
sehingga mengundang beberapa mata termasuklah teacher Elfira memandang
kearahnya dan Raisya. Sakit hati pula dia melihat sikap kurang ikhlas Raisya.
Macamlah dia terhegeh-hegeh nak bercakap dengan gadis itu. Raisya mendengus.
Sebab inilah dia tidak suka bercakap dengan Soffiya. Gadis ini suka
memalukannya didalam kelas.
“Soffiya! Awak dah buat
belum kerja yang saya suruh buat?” jerit Elfira lantang. Dia mencerlung
kearah Soffiya penuh garang. Soffiya diam sahaja, terdetik juga rasa takut
melihat amarah daripada guru bahasa inggerisnya itu. Dia mengeluarkan buku yang
tersimpan didalam mejanya untuk membuat kerja yang diminta dengan mulut yang
dimuncungkan kehadapan. Bunyi bingit buku-buku dihempas ke meja tulis menghiasi
kelas 4 Sains 2. Pelajar-pelajar lain sekadar menggeleng-gelengkan kepala
melihat sikap Soffiya yang sedang memprotes arahan guru bahasa inggeris mereka.
Tahu sangat mereka sikap Soffiya yang pemalas itu.
“okey class... time out. Please submit your essay right
now.” Arah Elfira sambil mengemas buku yang dibawa. Semua pelajar kelas
tingkatan 4 Sains 2 mula berpusu-pusu mara kehadapan untuk menghantar esei yang
telah dibuat. Soffiya tersenyum didalam hati. Tak perlu dia susah-susah untuk membuat
esei yang entah apa-apa itu memandangkan kelas hari ini telah tamat.
“Soffiya... have you done it?” soal Elfira. Sinis sahaja
nadanya kerana dia tahu Soffiya belum lagi memulakan sebaris ayat pon untuk
menyiapkan eseinya. Soffiya terpinga-pinga, dipandang wajah Elfira dengan rasa
menyampah.
“not yet teacher...” balas Soffiya ringkas.
“all of you can go home right now except Soffiya...
Soffiya, please done your essay first before you go home. I will tell
discipline teacher if you not submit your essay to me. Understand?” Ugut Elfira
dengan senyuman yang memekar dibibirnya. Puas hati dia dapat mengenakan
pelajarnya yang nakal ini. Soffiya mendesah keras. Benci sungguh dia mengadap
cikgu bahasa inggerisnya ini. Dasar suka pilih kasih! Pelajar-pelajar lain
tersenyum sinis mendengar arahan teacher Elfira. Padan muka Soffiya, itulah
kata hati mereka.
No comments:
Post a Comment