Bab 3
Meja makan yang mampu memuatkan enam orang sunyi sepi.
Masing-masing ralit dengan makan malam yang sedang dijamah. Sesekali mereka
berbual-bual membincangkan hal semasa yang melinbatkan ahli keluarga.
“ dapat tak jadi tutor kat Kolej yang Piya minta baru-baru ni?” Adam bapa kepada Wardah
merangkap ayah tiri Soffiya bertanya lembut kepada anak tirinya. Wardah dan Faezah
memasang telinga, ingin tahu status pemohonan Soffiya untuk bergelar tutor di sebuah
Pusat Pengajian di Kuantan.
“tak dapat lagi keputusannya abah. Tak lama lagi tahulah
tu kot dapat ke tidak.” Jawab Soffiya mudah. Dia meneruskan suapan yang masih
banyak berbaki. Sekali sekala sahaja matanya membalas pandang kearah abah dan
emaknya.
“lepas ni kau boleh mohon jadi pensyarahlah pulak Piya...
pandai jugak kau rupanya.” Usik Wardah dengan senyuman kecil. Soffiya hanya
tersengih.
“nak jadi pensyarah kena sambung belajar lagi Wawa... itu
pon kalau berjayalah jadi tutornya.” Balas Soffiya. Adam dan Faezah tersenyum
senang melihat keakraban Soffiya dan Wardah. Lega hatinya melihat dua adik
beradik tiri ini sudah rapat mengalahkan adik beradik kandung. Teringat pada
awal pertemuan Soffiya dan Wardah. Bukan main susah lagi mereka ingin menerima
antara satu sama lain, 24 jam mereka bertekak tentang perkara remeh temeh.
Namun semua itu kejadian hampir 8 tahun yang lalu, kini Faezah dan Adam sudah
boleh menarik nafas lega.
“ harap-harap dapatlah Piya... nanti dah kerja boleh
kumpul duit bayar hutang PTPTN kamu tu. pastu boleh la simpan sikit-sikit untuk
kahwin pulakkan...” celah Faezah ibu kepada Soffiya. Wardah tersengih nakal
apabila topik kahwin mula keluar dari mulut emak tirinya.
“betul tu mak... suruh Piya tu cari calon suami
cepat-cepat sikit. Ini tak, asyik single je dari dulu. Tak berkembang
langsung.” Wardah tidak lepas peluang untuk membahan Soffiya. Masa inilah untuk
mengenakan Soffiya yang terlalu setia dengan cinta yang sudah lama berlalu.
“ sibuklah kau ni Wawa... macamlah kau tu dah tak
single.” Marah Soffiya. Geram pula dengan Wardah yang cuba jadi batu api.
Mengutuknya mengalahkan orang yang sudah berkahwin sahaja. Padahal, nak luahkan
rasa hati pada orang yang diminati pon tak berani.
“ korang dua orang ni ada je nak bertekakkan... Mak nak korang berdua cepat-cepat cari mak
calon menantu. Dah bosan dah mak mengadap muka korang berdua jer. Nak jugak
merasa ada anak lelaki pulak.” Bebel Faezah bagi meredakan aura pergaduhan yang
mula tercetus. Soffiya mula tersenyum apabila bukan dirinya sahaja disuruh
mencari suami, tetapi Wardah juga mendapat nasib yang sama.
“ mak jangan risau yer... lepas Piya kahwin, Wawa akan
menyusul pulak. Tapi yang penting biar Piya yang kahwin dulu yer mak sebab Wawa
tak nak langkah bendul.” Wardah bermain kata. Adam yang memerhati perbualan
anak dan isterinya hampir tergelak kecil. Ada-ada sahaja anak-anaknya ini.
“amboi Wawa... tak payah nak langkah bendul sangatlah.
Aku dengan kau sebaya jer. Tak ada yang langkah bendulnya.” Sela Soffiya tidak
puas hati. Wardah memang suka mencari pasal dengannya. Sejak awal pertemuan
mereka hinggalah sekarang. Namun kini segala kata-kata Wardah padanya hanyalah
gurauan. Sekadar merapatkan hubungan antara mereka tidak lebih daripada itu.
“apa pulak sebayanya. Kau tu tua 2 bulan daripada aku.
jangan nak berlagak muda yer.” Tambah Wardah dengan senyuman yang meleret.
Memang mereka berdua suka sakat menyakat antara satu sama lain. Namun mereka
tidak serius, hanya bergurau sahaja.
“ dah-dah Wawa, Piya... tak elok bergaduh depan rezeki.
Beginilah senang, apakata abah kahwinkan korang berdua pada hari yang sama.
Mudah pon mudah, jimat pon jimat. Selesai masalah!” akhirnya Adam bersuara demi
menghentikan pertelingkahan antara anak daranya. Wardah tarik muka 14 belas manakala Soffiya
hanya tersengih nakal. Ada juga orang tolong perkenakan Wardah bagi pihaknya.
Dia cukup bersyukur dengan kehadiran Adam yang tak ubah seperti bapa kandung
malah Adam jauh lebih baik daripada arwah bapa kandungnya. Adam tidak pernah
membeza-bezakan kasih sayang antaranya dan Wardah sama seperti Faezah yang
menyayangi Wardah seperti anak sendiri.
Nazim menanti panggilan yang dibuat dijawab. Dengan rasa
sabar dan berharap dia menunggu Ehsan menyambut panggilannya.
“Hello... Assalamualaikum. Haa kau Zim, apahal telefon
aku tetiba ni?” sergah Ehsan selepas menarik simbol hijau pada telefonnya.
Ehsan merupakan cikgu Sejarah yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting, Perak.
“ waalaikummussalam... amboi San. Sejak kau dah kahwin
ni, nak telefon kau bukan main payah lagi yer. Tak habis berhoneymoon lagi ke
apa kau ni?” giat Nazim pula. Ehsan merupakan sahabat baiknya ketika mereka
sama-sama mengajar di Kamunting 8 tahun yang lepas.
“honeymoon apa kebendanya... anak dah nak masuk dua
orang, tak ada maknanya nak berhoneymoon bagai. Kau tu, bila pulak nak join
aku? sampai bila nak membujang?”
“tak ada jodoh lagi San... dah jumpa orang yang sesuai
karang kahwin la aku. “
“jodoh ni bukannya datang bergolek bro... kau kena cari,
kena usaha... bukannya tunggu perempuan masuk meminang kau.” Bebel Ehsan. Nazim
ketawa kecil, tidak terasa dengan celoteh temannya yang sudah lama tidak
ditemui. Kali terakhir dia menemui Ehsan ketika jejaka itu melangsungkan majlis
perkahwinannya kira-kira 3 tahun yang lalu.
“ panjang pulak kau bersyarah San... kalah mak aku. kau
masih mengajar dekat sekolah yang sama ke?” Nazim berbasa-basi.
“A’ah... kau bila lagi nak mari sini? lama dah tak jumpa
kau ni. anak aku pon kau tak kenal lagikan. Dah besar dah pon budak Hazirah tu.”
“Insyaallah minggu depan aku ke sana...” jujur Nazim
tenang. Ehsan yang mendengar jawapan Nazim sedikit tersentak. Tak sangka
rupanya Nazim ada rancangan untuk melawatnya sekeluarga.
“eh betul ke ni... kau datang tau jangan tak datang pulak.
Nanti aku suruh orang rumah aku masak sedap-sedap untuk kau.” Balas Ehsan
girang. Gembira rasanya dapat bertemu Nazim, bekas tenaga pengajar di sekolah
Kamunting. Nazim dihujung talian hanya tersenyum kecil. Dapat dibayangkan
bertapa gembiranya teman baiknya itu.
“tapi kenapa tetiba je kau nak datang sini... tak ada
ribut, tak ada taufan tetiba jer cakap nak ziarah aku. Ke kau datang nak edar
kad?” sakat Ehsan. Hatinya agak tertanya-tanya dengan keinginan Nazim yang mahu
menemuinya secara tiba-tiba. Nazim ketawa lepas dihujung talian. Memandai
sahaja Ehsan buat tekaan rambang.
“hish kau ni... takkan nak tunggu ribut taufan dulu baru
nak pergi jenguk korang anak beranak... harapkan kau mari ziarah aku lambat
sangat.” Tempelak Nazim selamba. Ehsan tersengih kerang. Termalu dengan
kata-kata Nazim padanya.
“aku ni orang dah berkeluarga... payah nak ke sana-ke
mari macam orang bujang. Kau lainlah, bujang terlajak.” Sela Ehsan untuk
menutup rasa malu. Nazim tergelak kecil dengan bicara akhir Ehsan.
“ye la kau menang... weh aku telefon ni pon nak beritahu
pasal tu je. Aku nak masuk kelas dah ni. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam...” balas Ehsan sebagai penutup
perbualan antaranya dan Nazim. Nazim menyimpan semula telefon kedalam poket dan
kemudiannya menarik beberapa buah buku dan beg laptop untuk ke kelas yang telah
dijadualkan.
“ Zim nak ke Taiping tu buat apa sebenarnya?” Cetus
Fatimah sambil memandang tingkah laku anak sulungnya yang sibuk melipat
beberapa helai pakaian lalu disumbat kedalam beg baju. Nazim mendongakkan
kepalanya untuk membalas pandang wajah tua Fatimah. Satu senyuman nipis terukir
dibibirnya.
“Zim nak pergi observe pelajar praktikal dekat sana...
alang-alang dah ke sana ingat nak jumpa Ehsan sekeluarga sekali. Lama dah tak
jumpa Ehsan. Anak dia pon dah besar dah.” Jelas Nazim satu persatu.
“ baguslah kalau macam tu. nanti kirim salam kat Ehsan
sekeluarga. Jemputlah diorang datang rumah kita kalau senang nanti...” pesan
Fatimah. Dia kemudiannya duduk dibirai katil anaknya sambil membantu memasukkan
pakaian yang sudah siap dilipat kedalam beg pakaian.
“Insyaallah mak... nanti Zim tak ada mak jaga diri
baik-baik. Kalau takut duduk rumah sorang-sorang, pergilah tinggal dengan mak
cik Bedah sebelah rumah kita tu.” suruh Nazim. Risau juga dia mahu meninggalkan
ibunya seorang diri dirumah selama 3 hari. Fatimah tersenyum kecil, senang
dengan sikap prihatin anak terunanya ini.
“mak tak takut duduk sorang-sorang kat rumah ni... Zim
pon bawak kereta elok-elok. Jangan pandu laju-laju sangat. Bukannya tak sampai
pon Taiping kalau kamu bawak perlahan.”
“mana ada Zim bawak kereta laju mak...” dalih Nazim.
Tidak mahu mengaku sikapnya yang suka pandu kereta dengan laju.
“iyer la kamu tu...” Fatimah mencebikkan mulutnya.
Setelah selesai membantu Nazim mengemas pakaiannya, Fatimah dan Nazim mula
beredar ke pintu utama rumah mereka.
“Zim pergi dulu yer mak... mak jaga diri baik-baik tau.”
Pesan Nazim sekali lagi. Fatimah sekadar menganggukkan kepalanya tanda
mengerti. Tahu sangat sikap anaknya yang selalu risaukan tentang dirinya. Nazim
mencapai tangan emaknya lalu dicium penuh hormat tangan tua itu. setelah
berbalas salam, Nazim kemudiannya masuk ke dalam kereta untuk bergerak ke
destinasinya iaitu Taiping.
No comments:
Post a Comment