“Cikgu...” Panggil Soffiya sambil berlari menghampiri
Nazim yang sedang duduk dibangku kerusi mengadap tasik.Nazim berkalih pandang,
tersenyum kecil kearah Soffiya yang membawa dua kon ais krim.
“ nah ini untuk cikgu...” tutur Soffiya sambil
menyerahkan satu kon ais krim kepada Nazim namun belum lagi sempat Nazim
mencapai kon tersebut Soffiya cepat-cepat melarikan tangannya. Sengaja
mempermainkan Nazim.
“ooo.. main-main yer. Siap awak...” ugut Nazim sambil
mendekatkan dirinya kepada Soffiya demi mencapai ais krim yang masih dalam
genggaman gadis itu. Namun langkahnya agak sumbang apabila dia tergelincir lalu
terjatuh menghempap Soffiya. Nazim dan Soffiya terpinga-pinga apabila mata
mereka bertemu antara satu lain. Baru tersedar wajah mereka terlalu hampir.
Cepat-cepat Nazim bingkas dan duduk dengan elok dibangku seperti sebelumnya.
Wajahnya dan Soffiya sudah memerah dengan adegan yang tidak terduga itu. Masing-masing
menguncikan mulut untuk beberapa detik.
“nah cikgu ais krim... cair dah.” Bisik Soffiya cuba
mengusir rasa segan yang menerpa. Dia mengerling wajah Nazim yang tenang
disebelahnya.
“terima kasih... maaf pasal tadi tu. Saya tak ada niat
pon nak buat macam tu.” Minta Nazim serba-salah. Buatnya Soffiya fikir dia cuba
mengambil kesempatan tak ke naya. Soffiya ketawa kecil, cuba menghilangkan rasa
serba-salah yang menapak dihati buah hatinya.
“ye ke cikgu tak ada niat? Entah-entah cikgu sengaja
buat-buat jatuh atas saya...” Usik Soffiya dengan senyuman nakal. Rambutnya
yang lurus separas pinggang itu ditolak kebelakang.
“ banyaklah saya punya sengaja... entah-entah awak yang
sengaja main-main tarik ais krim tadi. Nak suruh saya jatuh macam tu la kan.”
Usik Nazim pula. Hilang rasa segannya dengan sikap Soffiya yang selamba. Dijilat
ais krim pemberian Soffiya kepadanya dengan rasa nikmat. Suasana berangin
petang itu membuatkan rasa sejuk ais krim bertambah lazat. Soffiya hanya ketawa
kecil dengan usikan kekasih hatinya itu.
“ jom cikgu kita jalan-jalan pusing taman ni... bosanlah asyik
duduk jer.” Aju Soffiya. Badannya bingkas berdiri sambil mulutnya rakus
menjilat ais krim yang dibeli daripada peniaga ais krim. Nazim dan Soffiya
kemudian berjalan seiringan sekitar tasik itu sambil berbual mesra.
“cikgu...” panggil Soffiya manja. Nazim mengerling kearah
Soffiya. Dikerdipkan matanya meminta gadis itu menyambung bicara.
“kalau dalam kelas, boleh tak cikgu jangan pandang sangat
muka saya... malulah. Nanti semua budak kelas tahu kita bercinta kalau cikgu
selalu sangat renung muka saya.” Minta Soffiya. Dia merenung lama wajah Nazim
yang tersengih lebar.
“Piya... awak salah faham sebenarnya ni. Kalau dalam
kelas saya layan awak sama sahaja macam pelajar lain. Jadi awak tak perlulah nak
malu-malu. Anggaplah saya ni cikgu awak ketika dalam kelas bukannya kekasih.
Kita hanya bercinta dekat luar sekolah. Di sekolah kita adalah guru dan pelajar.
Tak lebih daripada itu.” Jelas Nazim lembut. Namun semua itu hanya mampu
bermain dibibirnya sahaja. Padahal, dia sendiri pon tidak mampu mengawal
hatinya ketika bersama Soffiya di sekolah. Dia tidak mampu memandang Soffiya
sebagai pelajarnya meski pon didalam kelas.
“ tipulah cikgu... Cikgu ingat saya tak perasan ke
pandangan cikgu terhadap saya. Cikgu suka curi-curi pandang dekat saya masa
dalam kelas. Saya sedarlah semua tu.”
“awak je yang perasan tu... entah-entah awak yang suka
curi pandang saya masa dalam kelas. Betul tak?” sakat Nazim dengan senyuman
nakal. Soffiya termalu sendiri. Memang itu yang dibuat ketika didalam kelas.
Malah tak dinafikan dia kini makin bersemangat untuk ke sekolah hanya untuk
melepaskan rindu kepada Nazim. Tidak lebih daripada itu.
“haa muka merah tu tandanya betullah tu...” sambung Nazim
lagi. Dia ketawa kecil melihat raut wajah segan Soffiya.
“mana ada...” hanya itu kata-kata yang mampu Soffiya
luahkan untuk menolak tuduhan tepat Nazim padanya. Dia sendiri tidak tahu
bagaimana mahu menangkis kata-kata Nazim yang sememangnya betul. Nazim
tersenyum lagi.
“saya memang suka pandang awak dalam kelas...” akur Nazim
perlahan. Soffiya tersentak dengan pengakuan Nazim tiba-tiba. Bebola matanya
singgah pada wajah tenang Nazim.
“haa kan saya dah kata. Cikgu yang suka pandang saya
semasa dalam kelas. Sekarang nak tuduh saya pulak curi-curi pandang cikgu.”
Balas Soffiya gembira. Mengaku juga Nazim dengan tingkah lakunya itu.
“saya pandang awak bukan kerana awak kekasih saya... tapi
saya pandang awak sebab awak suka buat perangai dalam kelas. Bagi kerja sekolah
tak buat, buku teks tak pernah bawak,
suruh pergi jawab soalan dekat depan tak nak, dah tu macam mana saya tak pandang
awak. Dah selalu kena denda pon masih tak berubah perangai. Degil sungguh.” Bebel
Nazim kemudiannya. Soffiya termalu sekali lagi. Nazim guru matematik a.k.a
kekasih hatinya sudah mula bersyarah tentang sikapnya yang pemalas. Soffiya
diam sejenak. Mencari-cari alasan untuk membalas kata-kata Nazim padanya.
“saya bukan tak nak buat kerja sekolah cikgu. Tapi...”
“ tapi apa?”
“saya tak pandai la... kalau saya pandai mesti saya dah
buat kerja sekolah yang cikgu beri.”
“alasan awak jer tu. Kalau tak pandai boleh belajar...”
“siapa nak ajar saya cikgu? Cikgu-cikgu lain semua tak
suka saya... budak-budak pandai dalam kelas tu pon tak nak kawan dengan saya.
Dah tu saya nak belajar dengan siapa?” adu Soffiya dengan nada yang kecewa.
Sememangnya dia hanya sendiri di sekolah. Kawan-kawan yang ada pon hanyalah
kawan-kawan untuk masa suka. Waktu sedih, tiadalah kawan-kawan itu semua.
“ ambil tuisyen la...” cadang Nazim. Pada amatan Nazim
sebagai guru Soffiya, gadis ini bukanlah tidak pandai tetapi lebih kepada malas
dan tidak berminat untuk menuntut ilmu.mungkin kerana dia tiada hala tuju untuk
hidup.
“banyak duit saya nak bertuisyen bagai...” bantah Soffiya
tidak setuju. Nak makan pon kais pagi makan pagi kais petang makan petang
inikan pula dia nak bertuisyen. Manalah dia nak cari duit untuk semua itu.
“awak buat tuisyen dengan saya... nak? Tapi subjek
matematik je la... subjek lain saya boleh bantu sikit-sikit je. Nak mengajar
lebih-lebih saya pun bukan tahu sangat.”
“walaupun cikgu kekasih saya, tapi saya tak sampai hati
pula nak susahkan cikgu macam ni. Mesti cikgu penat nak bagi tuisyen percuma
dekat saya.. dah la saya ni pelajar yang lembab a.k.a tak pandai.” Tolak
Soffiya segan. Cukuplah Nazim ada disisinya, untuk menyusahkan Nazim
lebih-lebih tak sanggup pula rasanya.
“siapa cakap percuma?” Nazim tersengih miang. Dipandang
Soffiya atas bawah dengan lirikan menggoda. Soffiya kaget seketika. Air liur
terasa tersekat dikerongkong. Tidak mengerti dengan pandangan gatal kekasihnya.
Cepat-cepat tangan diangkat dan disilangkan pada dada.
“cikgu fikir apa ni?” marah Soffiya geram. Nazim ketawa
besar. Kelakar melihat reaksi berang Soffiya. Apa Soffiya fikir dia jenis
lelaki yang macam tu ke?
“awak tu yang fikir apa? Otak kuning...” Usik Nazim
dengan ketawa yang masih bersisa. Soffiya menurunkan kembali tangan yang
bersilang pada dadanya. Mengeluh lega apabila sedar Nazim sekadar mengusiknya.
“dah tu saya mana ada duit nak bayar kat cikgu...” balas
Soffiya. Kembali kepada topik utama mereka.
“saya tak perlukan wang ringgit daripada awak Piya...
cukuplah awak bayar dengan cinta dan kasih sayang awak pada saya. Cukuplah awak
sentiasa ada dan setia bersama-sama saya. Pada saya, cinta antara kita bukan
main-main. Saya serius sayangkan awak dan bila tiba masanya nanti saya nak
sunting awak untuk jadi permaisuri hati saya. Ini janji saya pada awak.” Tutur
Nazim penuh kelembutan. Soffiya terdiam dengan keasyikkan bicara romantis
kekasihnya. Ada air mata mula bergenang memenuhi kelopak matanya. Cukup
terkesan dengan kata-kata daripada Nazim.
“cikgu tak jadi cikgu tuisyen saya pon saya akan buat
semua itu cikgu... saya ikhlas sayangkan cikgu.” Bisik Soffiya perlahan. Matanya
merenung tepat anak mata Nazim yang tajam merenung kearahnya. Nazim tersenyum
kecil, gembira dengan luahan daripada Soffiya dan dia yakin Soffiya tidak
menipu semua itu. Dia boleh lihat rasa cinta yang tidak berbelah bagi terpancar
dari sinar mata Soffiya untuknya.
“Astarfirullahalzim...” Nazim beristighfar perlahan. Baru
tersedar dari khayalan masa lalunya. Perlahan-lahan pipinya yang terasa basah
disapu lembut. Air mata cinta buat Soffiya luruh lagi. Masa yang diberi oleh
ibunya hanya tinggal lagi seminggu. Selepas itu, sekiranya dia tidak berjaya
bertemu dengan Soffiya dia perlu melupakan hasrat untuk bersama gadis itu buat
selama-lamanya.
Johan mundar- mandir didepan Wardah yang tekun mengadap
laptopnya. Dia tahu Wardah sibuk dan dia juga sibuk tetapi dia amat memerlukan
bantuan daripada kawannya itu.
“Wawa... tolonglah aku.” Minta Johan sekali lagi.
Langkahnya yang lincah dihadapan Wardah kini terhenti. Kini dia mula melabuhkan
diri dihadapan gadis itu. Wardah angkat muka, tayang muka sepuluh sen kepada
temannya itu.
“tak nak la... cubalah kau tu jadi berani sikit. Jangan
nak pengecut sangat. Asyik-asyik suruh aku cakap dekat Piya. Cakap sendirilah,
tak boleh ke?” bebel Wardah geram. Sakit hati sungguh dengan sikap malu-malu kucing
Johan yang tidak habis-habis menyusahkannya. Nak mengorat Soffiya sibuk
menggunakan dia sebagai alasan.
“kalau boleh memang aku dah tak minta tolong kau...
tolonglah aku Wawa. Nanti apa alasan aku nak ajak dia keluar makan?” pujuk
Johan lagi. Dia merenung wajah Wardah penuh berharap. Mengharapkan gadis
bertudung itu simpati padanya lalu membantunya.
“alasan apa pulaknya... nak ajak keluar makan tak perlu
alasanlah brader. Kau ajak je dia, kalau dia terima alhamdullilah, kalau dia
tolak kau cuba lagi. Apa masalahnya? Takkan perkara kecil macam tu pon nak
suruh aku ajar?” makin meninggi suara Wardah. Sakit hatinya hanya Allah sahaja
yang tahu. Tidak tahukah Johan yang dia pon ada hati padanya? Tidak terfikirkah
Johan perasaannya semasa jejaka itu meminta bantuannya? Ish, makin geram pula
bila difikirkan sikap Johan yang terlalu lembab.
“ala kau ni Wawa, aku mintak tolong sikit pon dah nak
marah-marah. Beginilah kawankan. Tak pe la aku usaha sendiri. Iyerlah siapalah
akukan nak minta tolong kau. Lagi pon bukan perkara besar pon kan hal ni.” Rajuk
Johan. Badannya tadi enak melepak dikerusi empuk dihadapan Wardah mula tegak
berdiri. Berura-ura untuk meninggalkan gadis itu. Wardah merengus kasar.
Mengada-ngada sungguh Johan. Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh jatuh
hati pada lelaki lembik seperti Johan.
“kau ni sebenarnya lelaki ke perempuan? Dah la pemalu,
kuat merajuk pulak tu!” bentak Wardah sambil bingkas mendapatkan Johan yang
mahu meninggalkannya. Dihadang pergerakkan jejaka itu. Johan yang menundukkan
wajahnya mengangkat wajah monyoknya lalu dipandang wajah Wardah yang kelihatan
sedang menahan rasa sabar. Dalam diam hatinya tersenyum kecil. Dia tahu Wardah
pasti sudi membantunya kerana sikap gadis itu yang mudah bersimpati.
“iye la aku tahu siapa aku... insan serba kekurangan...
tak ada kelebihan pon untuk buat gadis-gadis jatuh cinta. Aku sedar siapa aku. Dah
la Wawa. Aku nak pergi sambung kerja aku.” Balas Johan. Wardah mengeluh
perlahan. Kalau bab-bab buat drama air mata memang boleh serahkan kepada Johan.
Mamat ini memang pakar bahagian ini.
“aku boleh tolong kau tapi dengan satu syarat...”
akhirnya Wardah bersetuju untuk membantu. Johan yang sudah mara beberapa tapak
terhenti langkahnya. Tersengih meleret mendengar persetujuan Wardah.
“kau pergi makan berdua je dengan dia. Tak payah ajak
aku.” Minta Wardah.
“tapi...”
“kau nak tak nak? Kalau tak nak tak apalah...” potong
Wardah bersama ugutan. Dia sudah penat membantu Johan yang terlalu pemalu.
Sudah tiba masanya dia lepaskan Johan menjadi insan yang lebih berdikari.
Menunjukkan dirinya yang sebenar didepan Soffiya.
“okey... thank Wawa... nanti aku belanja kau makan yer.”Johan
akhirnya mengalah. Sudah cukup baik Wardah mahu melayan permintaannya yang
entah apa-apa. Wardah sekadar tersenyum dengan janji Johan. Namun dalam diam
ada rasa perit membelah sekeping hatinya. Entah sampai bila dia mahu terus
begini... dia sedar dia tidak layak mengutuk sikap pengecut Johan kerana dia
pon sama seperti lelaki itu. Penakut dalam mengutarakan rasa cinta.
Soffiya menghempaskan punggungnya diatas bangku kedai
makan yang terletak ditepi jalan. Wajah malu-malu kucing Johan dipandang tanpa
perasaan. Kerana tidak mahu melukakan hati Johan, dia terpaksa menerima
pelawaan jejaka itu untuk keluar makan tengahari bersamanya. Lagi pon, pelbagai
ugutan yang diterima daripada Wardah dengan harapan dia menerima ajakkan Johan
untuk menjamu selera bersama.
“ nah untuk awak... terima kasih sebab sudi keluar makan
tengahari dengan saya.” Ucap Johan lembut. Perasaan gugup yang berlagu didalam
dadanya cuba dibuang jauh-jauh. Bunga mawar yang baru sahaja dibeli daripada
kedai bunga dihulurkan kepada Soffiya. Soffiya menyambut huluran bunga itu
dengan senyuman nipis. Tidak pasti apa perasaannya setelah mendapat bunga
daripada Johan namun yang pasti rasa gembira langsung tidak berputik didalam
jiwanya.
“terima kasih... susah-susah jer hadiahkan saya bunga
ni.” Soffiya berbasa-basi. Bunga yang diperoleh daripada Johan diletakkan
disebelah tanpa menciumnya. Johan agak terkilan melihat reaksi Soffiya. Gadis
itu langsung tidak teruja dengan pemberian ikhlasnya.
“awak dah pesan belum makanan?” tanya Soffiya setelah
suasana antara dia dan Johan sunyi sepi. Masing-masing sibuk melayan perasaan
sendiri.
“dah... awak makan je kan nasi ayam?”
“yup... saya okey je apa-apa makanan... tolak batu dan
kayu jer.” Jelas Soffiya mudah. Johan tersenyum lega. Risau juga sekiranya
makanan yang dipesan tidak kena dengan selera Soffiya. Punahlah temujanji
pertama antara mereka.
“awak sekarang buat apa? Dah dapat cari kerja?” soal
Johan. Matanya merenung sekejap wajah Soffiya. Namun semua itu hanya untuk
seketika kerana dia segan untuk merenung wajah Soffiya lebih lama. Jantungnya
akan kembali berdetak kencang sekiranya matanya bertemu dengan bebola mata
Soffiya.
“tengah cari kerja.” Balas Soffiya ringkas. Johan
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda mengerti.
Suasana kembali sepi. Tiada topik perbualan yang menarik untuk dijadikan
modal untuk mereka berbicara.
“Johan...” seru Soffiya perlahan. Sebenarnya
persetujuannya untuk makan tengahari bersama jejaka ini ada niat tersembunyi.
Dia mahu Johan berhenti daripada berharap pada cintanya. Dia tidak mahu Johan
menghabiskan masa, wang dan tenaga untuknya yang memang tiada hati buat Johan.
Johan yang sedang memandang segenap kedai makan yang dihuni oleh mereka berkalih
pandang. Berkait keningnya meminta Soffiya menyambung kata-katanya yang
terhenti. Baru sahaja Soffiya ingin menyambung kata, muncul pelayan di kedai
tersebut menghantar menu yang dipesan oleh Johan seketika tadi.
“terima kasih...” tutur Johan dan Soffiya serentak pada
wanita belasan tahun yang datang menghantar hidangan yang dipesan.
“apa yang awak nak beritahu saya tadi?” soal Johan sekali
lagi. Mengingatkan Soffiya dengan bicara tergantungnya itu tadi.
“hmmm... lepas ni, saya harap awak tak payahlah nak beri
saya hadiah, ajak keluar makan ke, keluar pergi jalan-jalan... kalau atas dasar
kawan tak apa saya tak kisah tapi kalau niat awak untuk...”
“kenapa?” pintas Johan meski pun Soffiya belum habis
menuturkan kata-kata.
“saya tahu niat awak baik tapi...”
“awak dah ada kekasih ke? Tunang? Atau bakal suami?”
potong Johan sekali lagi. Dia faham apa yang Soffiya cuba sampaikan dan dia
takkan biarkan semua itu berlaku. Padanya, jatuh cinta pada gadis yang sama
sebanyak dua kali bukan perkara biasa dan dia yakin cintanya pada Soffiya
adalah tulus dan ikhlas. Dia tidak bermain-main dalam hal ini. Soffiya mengeluh
kecil. Nasi ayam yang diterima belum lagi dijamah.
“belum ada...”
“ dah tu kalau tiada tak salah kalau saya mencuba nasib.
Bukannya ada orang marah ponkan...” tutur Johan dengan senyuman kecil. Soffiya
merengus geram. Pandai pula Johan berkata-kata hari ini. Jejaka itu tidak malu
seperti sebelum ini.
“saya tak berminat dengan awak... jadi, tak payah nak
mencuba sangatlah.” Tolak Soffiya selamba. Kali ini dia malas mahu menjaga hati
Johan. Dah cuba cakap elok-elok pon tak nak faham, rasakanlah pula ayat-ayat
menyakitkan hati macam tu. Johan tersentap. Soffiya langsung tidak cuba menjaga
hatinya. Buruk sangatkah dia dimata Soffiya sehingga gadis itu menolak
perasaannya mentah-mentah bukan sekali tapi dua kali. Kali pertama cintanya
ditolak semasa mereka bersekolah kira-kira 8 tahun yang lalu.
“ jangan takbur sangat Soffiya... hari ni awak cakap
macam tu, esok lusa belum tentu lagi. Lagi pon, awak belum kenal saya dengan
rapat. Jadi awak tak boleh nak yakin sangat yang awak tak akan jatuh cinta pada
saya.” Tutur Johan kurang senang. Geram pula dengan mulut Soffiya yang tidak
berinsuran. Hilang rasa segan dihati Johan kini diganti pula dengan rasa kecewa
dengan sikap Soffiya.
“saya mungkin tak ada kekasih, tunang atau bakal suami
tapi hati saya dah berpunya. Tak mudah saya nak berpaling tadah daripada orang
yang saya cintai. Jadi, baik awak lupakan sahaja hasrat awak dan fokus kepada
orang yang mencintai awak. Dah la, saya nak balik. Saya datang ni pon nak cakap
perkara ni jer.” Soffiya bingkas berdiri. Tanpa pamitan dia meninggalkan Johan
meski pun sedikit pon nasi ayam yang dipesan jejaka itu dijamahnya. Dia tahu
sikapnya ini kurang ajar dan tidak sopan. Tapi ini lebih baik untuk Johan.
Mungkin dengan sikapnya yang sebegini boleh menimbulkan rasa meluat sekaligus
boleh melenyapkan perasaan cinta jejaka itu padanya. Johan hanya menghantar
pemergian Soffiya dengan pandangan mata. Satu keluhan lemah terlepas dari
mulutnya. Entah bagaimana caranya untuk membuka hati Soffiya supaya menerima
cintanya yang tidak berbelah bagi.
No comments:
Post a Comment