IKLAN NUFFNANG

Tuesday, May 6, 2014

Masih Dihatiku Sinopsis

Sinopsis:


Shazrina  seorang gadis remaja yang rupawan, pandai dan dari keluarga yang berada. Memiliki semua itu menyebabkan gadis cantik itu bongkak... Diusia 17 tahun dia mula mengenali Aliff pelajar sebaya dengannya. Aliff merupakan pelajar yang miskin dan hanya mempunyai ibunya sahaja. Kerana faktor itu, Aliff menjadi seorang yang nakal disekolahnya tetapi tidak dirumah. Pertama kali bertemu Shazrina hati Aliff terus terpikat. Pelbagai cubaan dibuat untuk menggoda Shazrina namun semuanya tidak berhasil.

      Namun, kerana satu kejadian yang memalukan menimpa Shazrina akhirnya buat gadis itu mula belajar merindu Aliff. Namun, di saat mereka saling mencintai, datang musibah lain pula.  Dan kerana itu, Shazrina terpaksa meninggalkan Aliff. 10 tahun berlalu... Shazrina dan Aliff bertemu kembali namun dalam situasi yang berbeza. Masing-masing sudah punya kerjaya. Aliff mara kebidang keusahawanan dan kini mempunyai kedai kek sendiri. Shazrina pula sudah bergelar  seorang guru. Mampukah segala kekusutan silam diuraikan dan masih adakah cinta yang tersimpan?


~Untuk permulaan Eniey hanya kongsi sinopsis dulu~

No comments:

Post a Comment