BAB
1
Shazrina
menilik beberapa buah majalah kesihatan yang tersusun elok didepannya. Sebagai
waniita yang sudah bekerjaya, kesihatan dan kecantikan merupakan satu aset yang
penting dalam hidupnya malah kadangkala menjadi keutamaan baginya. Setelah
ditilik beberapa muka surat, majalah itu diambil dan dibawa ke kaunter
pembayaran.
“Ini
je ke kak?” Soal gadis belasan tahun yang menjaga kaunter pembayaran setelah
memasukkan semua barangan yang dibeli kedalam beg plastik. Pertanyaan gadis itu
hanya dibalas dengan anggukan kecil. Shazrina mengeluarkan dompet yang
tersimpan didalam beg tangannya.
“Semua
sekali RM 46.70...” . Shazrina menghulurkan not RM 50. Wang bertukar tangan.
Shazrina mengucapkan terima kasih setelah mendapatkan baki wang yang mencukupi.
Majalah
kesihatan yang dibeli petang tadi ditarik dan diletakkan diatas katil. Shazrina
mengubah postur kedudukan untuk mendapatkan lebih kenikmatan ketika membaca
majalah tersebut. Dibelek satu persatu muka surat yang ada. Namun matanya sempat
membaca satu resepi pada majalah bekenaan.
“
Resepi pudding karamel...” Baca Shazrina perlahan sambil membaca satu persatu cara
yang diberi. Sekadar menambah ilmu didada. Kalau rajin boleh juga dia mencuba.
Lagipon, dia memang gemar dengan makanan yang berasaskan pudding nih.
“Telur
3 biji, susu segar......” Baca Shazrina dengan teliti. Kepalanya sedikit
terangguk-angguk seolah-olah faham dan menyokong setiap kenyataan yang ditulis
didalam majalah yang diletak diribaanya. Hmm tak adalah susah sangat. Erkkk bajet
pandai memasak pulak aku ni.
“Hmm
eh ada kedai rupanya... Dekat mana ek macam sedap je...” Shazrina terus
bermonolog sendirian.
“
Eh dekat sekolah aku jer ni... Sapa pemilik Cake house nih.”
“
Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” Sambung
Shazrina lagi dengan wajah yang sedikit berkerut. Ada rasa debar memenuhi ruang
dadanya. Nama lelaki yang cukup familiar dalam ingatannya. Mustahil lelaki itu
dengan lelaki yang memiliki Cake House ini adalah orang yang sama. Mungkin
mereka hanya berkongsi satu nama yang sama... Tak ada apa-apa yang pelik pun di
zaman kini. Shazrina menarik nafas perlahan demi membetulkan segala perasaan kacau
bilau yang tiba-tiba menjengah.
“ Berikan saya set A dan set B.” Ujar Shazrina
bagi pertanyaan pelayan yang tersenyum mesra kearahnya. Mimi didepannya turut
melemparkan senyuman manis kepada pelayan muda tersebut.
“
Harap-harap best la makanan kat sini....” Bisik Mimi dengan wajah berharap...
“Harap-harap
lah... Tengok harga pon boleh tahan jugak mahalnya. Kalo tak best tak tahu la
aku.” Balas Shazrina sambil menjeling sekitar kafe Cake House. Kerana
terpengaruh dengan kelazatan yang terpapar pada gambar didalam majalah yang
dibaca beberapa hari lepas, terus diajak Mimi yang merupakan teman sekerja
merangkap teman baiknya untuk ke restoren ini.
“Tapi,
kalau ikut gambar kat menu tadi macam sedap jer...” Tambah Mimi yang masih terbayang
set B yang dipesannya. Kek lapis puding karemel, ais krim keladi berkrim coklat
dan minuman yogurt strawberi membuatkan tekaknya terliur. Padahal baru
tengahari tadi dia dan Shazrina melantak dikantin sekolah mereka.
“Kau
ni.... Tak adanya makanan yang kita dapat nanti macam yang kat dalam gambar
tu.” Ejek Shazrina dengan ketawa kecil. Macam budak kecil pulak Mimi nih
terpengaruh dengan gambar kat menu makanan.
“Kutuk
aku konon... Kau tu pon sama je la... Kau tengok gambar kat majalah tu sedap
sebab tu ajak aku datang sini kan...” Bidas
Mimi selamba. Paku dulang paku serpih,
mengata orang kau yang lebih Shazrina.
“Mana
ada... “ Dalih Shazrina namun tanpa sebarang alasan. Tiada modal nak membalas
kata-kata Mimi yang sememangnya benar.
“Ye
la tu... Set A tu apa?” Tanya Mimi sambil menanti pesanannya sampai.
“Cheese
cake, koktail buah dan ais krim... Sedap kan?” Balas Shazrina teruja... Air
liur ditelan satu persatu. Tak sabar rasanya nak mengadap minum petang mereka
kali ini. Dia dan Mimi memang satu kepala bab-bab makan. Pantang kalau ada
kedai baru buka disekitar Seremban! Pasti dia dan Mimi menjadi orang pertama
masuk dan mencuba masakan mereka. Dah
macam program jalan-jalan cari makan sahaja. Tak sedar badan masing-masing mula
mengembang..
“Hmmm
bestnya... Kalau sedap boleh kita datang sini selalu kan...” Tambah Mimi
gembira. Shazrina menggangguk kecil menyokong kata-kata sahabatnya.
“Boleh
la kau bawak abang Izham kau datang sini.”
“Abang
Izham aku tu bukannya macam aku nih... Dah la dia tu tak suka benda-benda
manis.. Katanya takut kena diabetis... Padahal kedekut...” Kutuk Mimi terhadap
tunangnya tersayang. Bila lagi nak mengutuk...
“Yang
kedekut taik hidung masin tu la yang kau terkejar-kejarkan Mimi...” Sela Shazrina.
Dipandang wajah Mimi dengan senyuman kecil...
“Walaupun
kedekut tapi abang sayang aku romantik...
Itu yang aku sayang tu.” Balas Mimi dengan senyuman manja... Menggedik la tu.
Shazrina tersengih mendengar balasan temannya. Namun tak dinafikan sedikit rasa
cemburu menjengah dihatinya. Entah bila agaknya giliran dia pula disunting sang
kekasih tersayang... Ahhhh... Kekasih pon tak ada. Inikan pula nak
disunting.
“Bila
nak langsung majlisnya?” Soal Shazrina lagi. Makanan yang dipesan sudah pon
sampai. Kek keju dipotong dan disuapkan kedalam mulutnya. Terasa nikmat
kelembutan dan kegebuan kek yang dihidang. Memang sedap!
“InsyaAllah,
kalau tak ada aral mungkin hujung tahun ni...”
“Eh
apasal lambat sangat?”
“Dah
duit tak cukup... Nak kawin macam mana?” Tokok Mimi yang kini sedang menikmati
ais krim keladi berkrim coklat itu...
“Laa...
Abang sayang kau yang haji bakhil tu takkan tak boleh nak support sikit kot?” Pelbagai
gelaran yang diberikan kepada Izham tunang sahabatnya. Namun semua tu sekadar
gurauan lagipon itu semua Mimi yang mulakan dahulu. Jadi tak salah rasanya dia
turut serta dalam sesi gelar menggelar tunang Mimi.
“Ikutkan
dia memang la nak jer... Tapi aku tak nak laa... Nak kawin tapi pakai duit
orang baik tak payah... Kalau duit sendiri nak buat grand-grand pon tak ada
orang nak larang.. Dah duit aku suka hati aku la kan...” Terang Mimi
bersungguh-sungguh. Itulah prinsipnya selama ini. Selagi belum berkahwin,
duitnya adalah duitnya dan duit Izham adalah duit Izham... Tak ada istillah
kongsi berkongsi...
“Ye
jugak tu... Aku pon kalau nak kawin nanti tak naklah bakal suami sponsor
ke apa? Nanti banyak je bajet nak kena
cut... Maklumlah pakai duit orang.”
“Kau
lain la Shaz... Kaukan orang senang... Tak adanya istillah pinjam meminjam duit
nanti...”
“Yang
senangnya mak bapak aku... Aku ni kerja cikgu je sayang oii... Macam kau la...”
sangkal Shazrina.. Walaupun kurang senang dengan kata-kata Mimi namun dia tidak
mengambil hati. Memang itu kenyataannya dan suatu ketika dahulu memang dia
seorang yang sangat berbangga dengan kemewahan keluarganya. Dia anak tunggal
kepada encik Tarmizi dan Puan Rogayah yang merupakan seorang doktor malah kedua
ibubapanya mempunyai klinik sendiri.
BAB 2
“Sedapkan
makanan kat kedai tadi tu...” Puji Mimi lagi disamping Shazrina ketika mereka
mula beredar meninggal Cake House.
“Yer...
Aku suka sangat cheese cake dia tu.. Punyalah gebu. Masuk mulut terus cairkan.”
Sokong Shazrina pula... Tak sia-sia dia habiskan duit untuk kedai ni. Memang
puas hati lagipon ni kedai orang melayu. Siapa lagi yang nak menolong sesama
kaum melayu kalau bukan orang melayu sendiri.
“Next
time kita datang lagi ek?” Ajak Mimi bersungguh-sungguh... Suasana tiba-tiba
menjadi sunyi.. Ajakannya tadi tidak diendahkan Shazrina. Mimi mengerut dahinya
yang agak luas itu sejenak sebelum memusingkan badannya apabila mula menyedari
Shazrina kini sudah tertinggal dibelakang. Dihampiri sahabat baiknya lalu
ditegur lembut...
“Shaz
kau dah kenapa?”Sapa Mimi sambil menepuk perlahan bahu temannya yang kelihatan
terkejut... Shazrina tidak mengendahkan sapaan temannya namun terus menuju
beberapa langkah ke hadapan dengan bukaan langkah yang perlahan.
“Aliff.”
Tegur Shazrina ragu-ragu. Perpisahan yang memakan masa hampir 10 tahun
membuatkan dia kurang yakin lelaki yang tegak berdiri didepannya adalah Aliff.
Namun air muka jejaka itu cukup dikenalinya walaupun sudah sekian lama mereka
berpisah.
“Yer...
Saya Aliff.. Cik ni siapa yer?” Persoalan dari Aliff buat hati Shazrina sedikit
kecewa. Mudahnya lelaki itu melupakan dia... Tapi siapa dia untuk mengharapkan
yang istimewa dihati Aliff setelah apa yang dah dilakukan 10 tahun yang lalu...
“Saya
Shazrina... Kita satu sekolah dulukan...” Jawab Shazrina cuba menutupkan rasa
tidak enak dihati.
“Shazrina
mana ek?? Sorry la ramai sangat kawan nama Shazrina.”
“Eh
tak apa... Lagipon kita dah lama tak jumpa. Tak pelik kalau awak dah tak ingat
saya.” Ujar Shazrina demi menghilangkan rasa bersalah yang terpamer pada wajah
Aliff. Entah betul entah tidak jejaka ini rasa bersalah. Entah-entah sekadar
mengambil hatinya.
“Hmm...
Saya minta maaf sekali lagi sebab saya kejar masa sebenarnya.” Minta Aliff
sopan bagi menjaga hati gadis bernama Shazrina didepannya. Karang tak memasal
kecil hati gadis cantik ni.
“Opp
sorry kacau masa awak... Kalau ada jodoh kita jumpa lagi masa akan datang.”
Balas Shazrina penuh makna. Wajah tampan milik Aliff dipandang sekilas sebelum
mengangkat kaki menuju ke hala tuju masing-masing.
“Wei
giler hensem mamat tu... Sapa tu Shaz?” Soal Mimi penuh berminat.
“Kawan
masa sekolah menengah dulu...” Balas Shazrina ringkas. Matanya difokuskan
kepada pemanduan.
“Budak
kelas kau la ek?”
“Tak
de la... Kelas lain.”
“Tapi
asal dia tak kenal kau ek? Ke dulu-dulu kau pernah jadi secret admire dia?” Usik
Mimi sambil ketawa kecil. Macam logik je serkap jarang aku ni. Kalau tak
masakan Shazrina sahaja yang boleh mengecam Aliff sedangkan jejaka itu langsung
tak mengenalinya...
“Hish
tak adalah kau ni... Ke situ pulak... Mungkin aku dah banyak sangat berubah
kot. Ye la dulu-dulu aku free hair and sexy... Sebab tu dia tak cam kot.” Jelas
Shazrina salah satu kemungkinan yang ada. Atau pun Aliff sengaja buat-buat tak
kenal dia. mungkin masih berdendam dengannya.
“Ooo...
Kau free hair ke dulu Shaz... Alhamdullilah sebab dah kembali ke pangkal
jalan.” Ucap Mimi ikhlas walaupun perkara itu mungkin sudah lama berlalu.
“Thank...”
Shazrina ketawa kecil. Kelakar pula mendapat ucapan begitu setelah hampir 8
tahun dia membuat perubahan untuk lebih dekat dengan Allah S.W.T...
“Sekarang
nak pergi mana? Awal lagi ni...” Shazrina mula mengalih topik.
“Balik
rumah je la... Banyak lagi paper tak tanda... Hujung minggu ni dah nak kena key
in data.” Balas Mimi tatkala memikirkan masih banyak kertas peperiksaan
Matematik yang belum ditanda. Shazrina sekadar mengangguk tanpa sebarang
bantahan. Turut sedar masih banyak kertas peperikasaan Kimia yang belum
disentuhnya!
“Mak
nak pergi surau ke?” Soal Aliff yang sedang mencabut stoking yang tersarung
pada kakinya. Azan Maghrib bakal berkumandang tidak lama lagi.
“A’ah....
Ni pon dah lambat. Aliff tahu je la mak ni macam mana... Kalau pergi lambat
kenalah jalan cepat-cepat sikit. Pastu mulalah mengah kat surau tu karang... Baiklah
pergi awal-awal sikit.” Jelas puan Aini yang sudah lengkap memakai telekung.
Ditangannya dibawa satu beg kecil.. Mungkin kain telekung yang diisi
didalamnya.
“Aliff
nak hantar pergi surau tak nak.... Kalau Aliff hantarkan tak adalah mak penat
macam tu.” Cadang Aliff.
“Tunggu
Aliff hantarkan lambat sangat... Aliff tu, Waktu isyak je selalu nampak muka
kat surau...”Sela puan Aini. Wajah anak terunanya dipandang.
“Dah
tak sempat nak buat macam mana...” Dalih Aliff.
“Macam
mana nak sempat kalau dekat-dekat maghrib baru nampak muka kat rumah... Cubalah
balik awal sikit. Kerja Aliff kat restoren tu bukannya reti nak habis.” Puan
Aini sudah memulakan operasi membebel. Aliff buat muka tidak bersalah... Bukannya
dia tak nak pulang awal tetapi kerana kesibukkannya menguruskan restoren Cake
House miliknya membuatkan masa berlari begitu pantas.. Pejam celik pejam celik
dah nak malam...
“Kamu
ni bila mak membebel mula la buat muka... Dari mak membebel masuk telinga kanan
keluar telinga kiri baiklah mak pergi surau sekarang... Nanti isyak jangan lupa
datang pulak... Nasi dan lauk mak dah panaskan... Pergilah makan dulu.”Tambah
puan Aini lagi. Aliff sekadar mengangguk tanda faham. Dia bergegas naik ke
biliknya setelah ibunya menghilang untuk ke surau yang berdekatan.
Aliff
termenung ditikar sejadah yang dihadapkan ke arah kiblat. Dia baru sahaja
selesai menunaikan solat maghrib. Kini mindanya mula melayang mengingatkan
tragedi petang tadi. Shazrina... mulutnya menyebut nama gadis yang cukup cantik
itu perlahan. Walaupun wajah gadis cantik berseri itu sudah banyak berubah
namun matanya masih mampu mengenal gadis yang pernah bertakhta dihati. Tapi itu
dulu... Kisah 10 tahun yang lalu ketika dia masih lagi mentah dalam erti hidup...
Kini dia dah banyak berubah. Shazrina, gadis yang paling dibenci kini sudah
muncul kembali. Takkan pertemuan kedua ini perlu dibiarkan tanpa dimanfaatkan
sebaiknya? Dia tidak bodoh! Hutang darah perlu dibayar dengan darah. Hutang
budi dibayar dengan budi... Dan hutang maruah juga perlu dibayar dengan maruah!
Kau tak akan terlepas Shazrina... Aku akan buat kau lebih merana dan menderita
seperti yang kau dah buat pada aku suatu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment