BAB
3
10
tahun yang lepas
Shazrina
melangkah laju menuju ke tandas perempuan yang terletak dihujung blok tingkatan
5. Kalau tidak memikirkan perutnya yang terlalu memulas pasti dia tidak akan ke
tandas. Sayang rasanya untuk meninggalkan kelas disaat gurunya sedang memberi
ilmu. Pasti banyak maklumat yang tertinggal.. Tapi dia sudah tidak mampu
bertahan...
Wajahnya sudah biru malah kakinya sudah menggigil memberi tanda
yang dia perlu segera memuntahkan segala isi perut. Hampir 10 minit melepaskan
hajat ditandas, Shazrina keluar dengan perasaan lega. Namun secara tak sengaja
dia terserempak dengan seorang pelajar lelaki ketika sedang mendaki tangga.
Apabila dia ke kanan lelaki itu turut ke kanan, bila dia ke kiri lelaki itu itu
turut serta. Akhirnya Shazrina berhenti dan berdiri tegak betul-betul dihadapan
lelaki itu.
Jejaka itu turut mengikut rentaknya. Wajah pelajar itu dipandang
lama. Lelaki itu berbadan kurus tinggi, berkulit cerah, berambut agak panjang
bagi kategori pelajar, baju pula tidak diletakkan dengan kemas didalam seluar.
Shazrina boleh menganggak lelaki yang
berada didepannya kini adalah salah seorang pelajar yang bermasalah
disekolahnya. Pandangan sinis dan jijik dihadiahkan kepada lelaki tersebut.
Shazrina terbau asap rokok. Mesti baru lepas merokok ni. Bisik hati Shazrina
lagi... Dia mula meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan pelajar yang
bermasalah itu. Geli, jijik dan takut mengadap wajah lelaki tersebut.
“Eh
awak...” Suara garau memanggil Shazrina setelah Shazrina mula mengorak langkah
untuk ke kelasnya. Shazrina memusingkan badannya lalu mengadap pelajar
tersebut. Muka bosan bercampur malas dihadiahkan kepada lelaki itu.
“Kenapa?”
Soal Shazrina dengan nada agak jelik. Matanya memandang atas dan bawah pelajar
nakal itu. Jejaka itu nampak miskin dengan
pakaiannya yang sangat selekeh.
“Boleh
berkenalan? Saya Aliff!” Jawab Aliff dengan senyuman manis. Cukup menggoda
pandangan gadis-gadis muda sebaya Shazrina. Tapi tidak Shazrina... Wajah kacak
Aliff belum cukup untuk menutup keselekehan, kebodohan dan segala kejijikan
yang ada pada lelaki tersebut. Geli pula bila ditenung lama-lama. Tak ada class
dia nak berkawan dengan golongan rendah seperti Aliff.
“Maaf...
Saya tak berminat.” Tolak Shazrina sedikit bongkak. Sombongkah dia kalau dia
menolak untuk berkenalan dengan lelaki yang seperti Aliff? Miskin, semestinya
bodoh kalau tak sudah pasti dia sudah mengenali jejaka ini dan yang penting
mamat ini semestinya pelajar yang bermasalah di sekolah. Tengok pada gaya dan
baunya pon Shazrina sudah tahu!
“Ala
nak berkenalan pon tak boleh... Orang cantik dan pandai macam awak memang
sombong ek?” Kutukan dari Aliff yang menyakitkan telinga Shazrina dan membuatkan
kesabaran gadis itu mula menipis. Matanya menjengil marah kearah Aliff...
“Wow...
Wajah awak sekarang sangat hodoh!” Selaan dari Ariff buat hati Shazrina makin
mendidih.
“So
what?? Kalau muka saya hodoh, saya ada susahkan awak ke? Sebelum saya report
kat cikgu disiplin awak merokok kat sekolah, baik awak blah dari pandangan
saya.” Ugut Shazrina geram. Merah padam
wajahnya merenung Aliff yang tersengih-sengih seolah-oleh mentertawakannya.
Tangannya dikepal kuat demi menempias perasaan marah yang menebal.
“Awak
ada bukti ke saya merokok? Tak adakan!”
“Apa
yang tak ada... Nafas awak tu pon saya tahu awak baru lepas merokok... Tak ada
guna cakap dengan orang tak betul macam awak ni... Nasihat saya, pergi masuk
kelas sekarang!” Marah Shazrina lagi. Kali ini dia tidak lagi berdiri dihadapan
Aliff. Menyakitkan hatinya sahaja. Dia terus mara ke kelasnya memikirkan sudah
terlalu lama dia berada diluar kelas. Karang tak memasal dia di cop memonteng
pula.
“Weh... Yang kau tersengih-sengih dari tadi ni kenapa? Cun sangat ke cikgu kita kat
depan ni atau kau faham sangat apa yang cikgu ni membebel?” Bisik Johan yang
duduk disebelah Aliff... Langsung tidak diendahkan pengajaran didepan... Bosan!
“Adalah...
Sibuk je nak tau... Cubalah kau dengar apa yang cikgu Fatimah tu ajar...” Balas
Aliff meskipun dia sendiri tidak memberi sebarang focus dalam pengajaran
sejarah. Bosan nak mampus. Dia masuk ke kelas pon atas nasihat dari gadis
cantik yang ditemui ditangga seketika tadi... Cantik sungguh gadis itu... Berbadan
kurus tinggi, berwajah putih bersih, rambut panjang yang beralun, matanya
bundar dan berhidung mancung! Siapalah gerangan gadis itu... Pertama kali aku
terbuai dengan kecantikan seorang perempuan.
“Aliff....”
Panggil cikgu Fatimah tatkala melihat pelajarnya itu merenung kosong papan
putih dihadapan kelas. Tiada sebarang tindak balas yang diterima dari salah seorang
pelajar nakal kelas 5 Perdagangan.
“Aliff...”
Jerkah cikgu Fatimah geram! Johan menyiku badan Aliff bagi menyedarkan temannya
yang sedang lena dibuai angan-angan... Padahal baru tadi dia suruh aku fokus!
“Kenapa?”
Soal Aliff dengan nada yang rendah. Tidak faham kenapa dia disiku oleh Johan.
“Tu
singa betina tu panggil kau...” Jawab Johan selamba. Matanya kemudian beralih
semula ke wajah cikgu Fatimah yang sudah masam mencuka. Aliff yang sedar
suasana kelas yang tegang mula mengangkat punggung dan berdiri.
“Awak
dengar tak apa yang saya ajar?” Tinggi suara cikgu Fatimah dengan matanya yang
terbeliak besar. Buku teks sejarah yang dipegang dihempas ke meja guru untuk
melepaskan rasa marah yang menebal dalam hatinya. Pelajar-pelajar lain semua
diam tidak berkutik. Takut melihat amukan dari cikgu Fatimah yang sudah
diketahui amat garang!
“Dengar...”
jawab Aliff pendek... Kepalanya sedikit tertunduk dan badannya bergerak ke kiri
ke kanan.. Wajah garang cikgu Fatimah tidak dipandang. Mukanya dibuat-buat
bosan campur menyampah...
“Apa
yang cikgu ajar tadi?” Sinis cikgu Fatimah menyoal.. Sengaja mengenakan Aliff
bagi memberi pengajaran kepada lelaki itu begitu juga pelajar lain. Aliff
mendiamkan diri... Tiada jawapan bagi pertanyaan cikgu Fatimah. Macam mana nak
menjawab kalau dia langsung tidak memberi tumpuan sepanjang pengajaran seketika
tadi... fikirannya penuh dengan wajah cantik gadis yang ditemui seketika
tadi...
“Apa
yang cikgu ajar tadi??” Ulang cikgu Fatimah dengan nada yang lebih keras dan
kuat. Matanya mencerlung kembali ke arah Aliff yang memandang kearah luar kelas
mereka. Hatinya makin menggelegak melihat telatah Aliff yang seolah-olah tidak
mengendahkan setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Kurang ajar!
“Apa
nak jadi dengan awak ni Aliff? Awak tahu tak bila SPM?” Soalan dari cikgu
Fatimah dibalas dengan anggukan kecil dari Aliff. Dia tahu SPM tidak lama lagi
dan dia sendiri tidak kisah tentang itu. Alah, orang bodoh macamnya kalau belajar
sekarang pon belum tentu berjaya dalam SPM tu nanti...
“Kalau
awak tahu habis tu kenapa macam ni? Dah la masuk kelas lambat. Kerja sekolah
tak buat, buku teks tak bawak. Bila cikgu mengajar awak tak dengar... Habis tu
awak datang sekolah buat apa? Kenapa tak berhenti sekolah je?” Bebel cikgu
Fatimah. Dihampiri pelajarnya yang duduk ditempat paling belakang. Aliff
menayang wajah bosan dan tak bersalah.
“Kalau
awak bosan sangat nak mengadap cikgu awak yang tua ni, awak boleh keluar
sekarang. Cikgu alu-alukan awak berambus dari kelas cikgu!” Arah cikgu Fatimah
dengan suara yang keras. Namun tak dinafikan sedikit perasaan sebak menghiasi
perasaan guru tua ini. Melihat sikap anak muda yang sorang ini cukup buat dia
rasa terkilan.. Aliff tanpa perasaan bersalah mengorat langkah lalu keluar dari
kelas sejarah. Macam tak biasa kena halau keluar!
Aliff berkeliaran sekitar sekolah tanpa arah
tuju... Untung-untung terserempak lagi dengan gadis yang cantik itu... Kenapalah
dia tidak pernah sedar kewujudan pelajar perempuan tu.. Kalau tak pasti sudah
lama dia mengayat si cantik manis.
“Haa
Aliff... Tak ada kelas ke? Kenapa berkeliaran ni?”Sergah cikgu Adam yang sedang
membawa buku latihan yang agak banyak. Kesian pula melihat guru Matematik
Tambahan itu membawa barang yang penuh tanpa sebarang bantuan.
“Nak
pergi tandas...” Dalih Aliff... Nak mampus mengaku memonteng!
“Jauhnya
tandas awak...” Perli cikgu Adam dengan senyuman nipis... Siapa tak kenal Aliff
pelajar yang suka memonteng dan banyak membuat masalah disekolah. Dengar cerita
pelajar nakal ini sudah mendapat dua amaran dari sekolah... tunggu amaran
ketiga barulah dia akan dibuang. Tetapi, sejak dua menjak ini Aliff nampak
lebih ‘bersopan’ di sekolah. Mungkin kerana peperiksaan SPM bakal menjelma
berjaya mendisiplinkan Aliff.
“Banyak
barang cikgu?? Meh saya tolong bawakkan...” Minta Aliff demi mengalih topik.. Dah
mula la tu cikgu tua ni nak mengutuk aku.
“Bagus
juga tu.... Tolong hantarkan buku ni ke kelas 5 Sains 1...” Arah cikgu Adam
gembira... Bagus juga kalau ada pembantu. Ringan sikit bebannya. Aliff
mengangguk faham dan mengambil buku-buku latihan tersebut dari pegangan cikgu
Adam.
Dia mara ke kelas 5 sains 1 yang berada ditingkat paling atas blok
tingkatan 5. Setelah sampai ke kelas itu terus sahaja dia masuk dan meletakkan
buku yang dibawa diatas meja guru ... Sempat lagi matanya mengendap pelusuk
kelas tingkatan 5 sains 1. Kelas paling pandai disekolahnya. Punyalah skema...
Langsung tiada yang berjalan ke hulu ke hilir tanpa sebarang tujuan... Paling-paling
hebat pon bersembang secara berjemaah namun masih lagi berjaya menjaga
keharmonian kelas mereka.. Tak seperti kelasnya yang sepanjang masa bising tidak
kira ada guru atau tidak..
Matanya sempat menangkap wajah yang berjaya membuat
dirinya tidak keruan.. Ooo patutlah berlagak sangat. Budak pandai rupanya.. Gadis
itu kelihatan sedang membaca buku teks sejarah.. Sangatlah membosankan! Harap
kau cantik je perempuan, kalau tak jangan haraplah kau menjadi igauan aku.
Setelah selesai meletakkan buku tersebut, Aliff bergegas meninggalkan kelas itu
setelah ternampak cikgu Adam mula mara ke kelas 5 sains 1.
BAB 4
“Boleh
saya duduk kat sini...” Minta satu suara ketika Shazrina sedang enak menikmati
mee goreng di kantin sekolah. Wajah lelaki yang meminta kebenarannya dipandang jijik...
Jantan ni lagi. Apa dia nak la...
“Tak
boleh... Itu tempat kawan saya!” Tipu Shazrina meskipun sebenarnya tiada kawan
yang bakal duduk disitu. Semua kawannya berdiet hari ini dan tidak berminat
untuk makan... Hanya dia yang kebulur kerana tidak sempat bersarapan dirumah
pagi tadi... Lagipon dia memang tidak ramai kawan. Dia tahu ramai pelajar
perempuan benci kepadanya. Mungkin cemburu dengan kejelitaan, kepandaian dan
kekayaan yang ada padanya.. Ahh.. Dia pun tak heranlah kalau
perempuan-perempuan macam tu tak nak berkawan dengannya. Tak rugi pon... Bisik
hati Shazrina riak.
“Apa
nama kawan awak tu?” Soal Aliff pendek. Shazrina merengus perlahan. Terasa
terganggu dengan kehadiran Aliff yang menyemak pandangan matanya.
“Kenapa
sibuk nak tahu...” Marah Shazrina. Meluat betullah dengan sikap Aliff yang
terlalu banyak songeh. Fuh jatuh standard aku kalau orang tengok aku bersembang
dan duduk semeja dengan pelajar nakal sekolah!
“Ye
la... Nak check betul ke ni tempat kawan awak... Kalau ada nama dia betullah ni
tempat dia.” Balas Aliff selamba bersama senyuman nipis dihadiahkan kepada
Shazrina yang memandangnya penuh jelik.
“Banyak
lagi tempat lain yang kosong... Kenapa awak mesti nak menyibuk depan
saya?”Tinggi suara Shazrina.. Geram melihat jantan selekeh didepannya kini.
Dengan baju yang sudah lusuh dan berkedut sana sini sangatlah mengundang rasa
geli.
“Suka
hatilah saya nak menyibuk kat mana pon...” Jawab Aliff sambil duduk didepan
Shazrina. Ni sudah cukup baik dia bertanya dahulu sebelum duduk... Kerusi meja
disini bukanlah kepunyaan Shazrina. Kenapa pula dia nak meminta kebenaran.
“Awak
tahu tak...”
“Tak
tahu.” Jawab Aliff spontan. Shazrina membesarkan matanya apabila kata-katanya
dipotong dengan jawapan bodoh Aliff.
“Hei...
Saya bencilah dengan orang macam awak ni... Dah la kotor, selekeh, bangang
pulak tu!” Maki Shazrina. Puas hatinya dapat menghina mamat didepannya kini.
Nampak raut wajah Aliff berubah dengan amukan kecil dari Shazrina. Shazrina
tidak peduli dengan perubahan wajah Aliff. Dia bingkas bangun dan meninggalkan
kantin sekolah. Seleranya mati dengan wujudnya Aliff yang menjijikkan dan
memualkan tekaknya.
Shazrina
menghempas buku-buku yang dipinjam dari perpustakaan keras keatas meja didalam
kelasnya. Perasaan marah meluap-luap terhadap Aliff yang tak henti-henti
mengganggunya. Boleh pulak jantan sewel tu menyekatnya ketika dia baru sahaja
keluar dari perpustakaan hanya untuk tahu nama dan nombor telefonnya. Apa ke
banggang jantan macam tu. Cerminlah sikit muka tu kalau nak mendekati gadis
cantik macam aku nih... Kalau dah bodoh tu pergi jelah tackle minah-minah
bodoh... Jangan nak menggatal dengan aku yang pandai ni...
“Amboi
Shaz... Main-main hempas buku pulak... Tahulah otak tu pandai. Tapi buku pon
nak kena hormat jugak.” Tegur Aina sinis sambil tersenyum penuh sindiran.
Beberapa rakan yang duduk berhampiran Aina turut sama tersenyum sinis. Memang
mereka menyampah dengan Shazrina. Perempuan yang bongkak lagi berlagak... Macamlah
kaya sangat. Orang lain pon kaya jugak, cun lebih dari minah perasaan ni dan
pandai berganda-ganda tetapi tak adalah berlagak nak mampus macam Shazrina.
“Sibuk
ajer...” Shazrina membalas perlahan. Dia tidak berminat untuk bergaduh dengan
manusia-manusia kelas bawahan. Shazrina duduk ditempat duduknya tanpa
mempedulikan Aina dan rakan-rakannya yang memang sudah diketahui amat
membencinya. Apa dia ingat aku suka kat diorang?
“Ni
mengamuk tak memasal kenapa?” Sapa Farah yang duduk disebelah Shazrina.
Satu-satunya sahabat yang dia ada sepanjang 5 tahun bergelar pelajar disekolah
menengah SMK Tuanku Jaafar. Farah yang merupakan anak usahawan berjaya, cantik
dan pandai memang padan untuk berkawan dengannya. Kalau diikutkan Shazrina
bukanlah berasal yang keluarga yang kaya tetapi antara orangnya senang
disekolah ini...
“Aku
sakit hati la... Geram betul dengan mamat tak sedar diri tu.” Luah Shazrina
sambil menumbuk-numbuk geram buku yang terdapat diatas mejanya... Guru Sejarah
belum lagi memunculkan diri sedangkan hampir 5 minit sudah masanya tiba.
“Mamat
mana pulak ni? Kau ada boyfriend yer... Tak cakap pon kat aku.” Tembak Farah
sedikit berjauh hati. Sampai hati Shazrina tidak menceritakan tentang
boyfriendnya kepada aku...
“Boyfriend
apa pulak...Tak ada maknanya mamat tak semenggah macam tu nak jadi pak we
aku... Choiii!” Balas Shazrina dengan gaya yang seolah-olah jijik dan geli
apabila membayangkan Aliff budak miskin dan jahat itu menjadi kekasihnya.
Rambutnya yang panjang menggurai dibetulkan supaya dirinya kelihatan cantik dan
ayu sepanjang masa.
“Sapa
mamat tu?”
“Kau
kenal Aliff?? Ala pelajar yang selalu kena panggil kat perhimpunan tu... Pelajar
jahat sekolah kita ni la...” Cerita Shazrina. Sebanyak mungkin clue diberikan
kepada Farah supaya temannya ini boleh mengagak Aliff mana yang menjadi topik perbualan
mereka kini. Farah kelihatan sedang memikirkan siapakah gerangan Aliff yang
disebut Shazrina. Setelah diam sejenak barulah gadis cantik itu memberikan
jawapan.
“Student
form 5?” Farah meminta sedikit lagi maklumat... Shazrina mengangguk yakin. Tak
sabar-sabar dia menanti jawapan dari Farah dan berharap Farah mengenali Aliff
mana yang diceritakan kini.
“Kenal
kot....” Balas Farah akhirnya setelah penat menyambung segala urat saraf dalam
otaknya untuk mengingati Aliff yang disebut-sebut Shazrina.
“Ala
kau ni... Main kot-kot pulak... Tapi tak pe nanti aku tunjuk yang mana satu
malaun tu.” Balas Shazrina dengan wajah yang sedikit kecewa. Sedikit sukar
untuk bergosip dengan Farah sekiranya gadis ini tidak kenal Aliff mana yang diwar-warkan.
“Dah
tu kenapa dengan Aliff ni... Apa yang kau marah sangat dengan dia?” Namun
soalan dari Farah tidak mendapat jawapan apabila cikgu Fatimah masuk ke kelas
untuk mengajar subjek sejarah.
“Ooo...
Kau benci dia pasal dia sibuk mengayat kau la ni...” Farah berjaya membuat
kesimpulan setelah mendengar luahan perasaan dari Shazrina. Kini mereka sedang
mengulang kaji di perpustakaan. Masih terlalu awal untuk pulang ke rumah
meskipon mereka sudah dibenarkan pulang. Balik awal-awal pon belum tentu mereka
belajar dirumah. Baiklah duduk di perpustakaan terlebih dahulu, dapat juga
mengulang kaji memandangkan SPM sudah tidak lama lagi.
“Mestilah...
aku geli okey dengan dia... Dah la miskin, bodoh, jahat, selekeh pulak tu... Ada
hati nak mengorat orang macam aku ni... Pleaselah.” Shazrina membalas dengan
penuh rasa ngeri dan jijik. Tak boleh dibayangkan kalau lelaki yang low class
macam Aliff menjadi buah hatinya. Sangatlah memalukan!
“Tapi
dia hensemkan?” Duga Farah bersama senyuman kecil. Dia sudah pon mengenali
jejaka mana yang diceritakan oleh Shazrina. Memang kacak orangnya walaupun
nampak seperti banyak masalah disiplin.
“Orang
hensem bersepah la atas dunia ni Farah... Tapi orang hensem yang cerdik lagi
kaya tu susah nak jumpa.. Setakat mamat bodoh lagi bangang yang sorang ni kirim
salam je la...” Kutuk Shazrina berapi-api...
“Ish
tak baik la kau kata macam ni... Semua tu tak penting la. Yang penting hati
kena baik. miskin ke selekeh ke semua tu boleh diubah...”
“Kau
ingat si Aliff tu baik sangat ke? Mamat banyak masalah disiplin macam tu tak
adanya baik... Dahlah tak pandai, sengkek, jahat pulak tu... eee... memang
mintak simpang malaikat 44 la jantan macam tu.” Sangkal Shazrina geram.. Tetiba
sahaja kepala otaknya yang genius ini terbayang wajah Aliff... Naik meremang
segala bulu dibadannya. Sungguh ngeri!
“Kau
jangan benci-benci sangat Shaz... Karang kau pulak yang tergila-gilakan dia...
Masa tu aku nak gelak 24 jam kat kau.” Usik Farah sambil tersengih-sengih... Tak
boleh bayang rasanya kalau Shazrina jatuh hati dengan lelaki yang amat
dibencinya.
“Aku
hanya akan gilakan dia bila aku sudah gila... Sekian terima kasih...” Balas
Shazrina sambil menjulingkan matanya keatas. Disgusting!
“Well
we will wait and see...” Giat Farah yang kini sudah ketawa kecil... Namun
perlahan sahaja memandangkan mereka berada di perpustakaan.
“Ok
fine... By the way bila kita nak study... Asyik sembang pasal benda yang tak
mengembangkan minda ajer...” Shazrina sedaya upaya mengalihkan topik perbualan
mereka... Bosan, jemu lagi geli untuk terus bercerita tentang Aliff!
“
Alih topik la tu...” Tokok Farah lagi sebelum mula serius dengan latihan yang
ingin dibuat petang itu.
Masih Dihatiku Bab 1 dan Bab 2
Masih Dihatiku Bab 1 dan Bab 2
No comments:
Post a Comment