BAB
11
“
Hai... sorang jer?” Tegur Aliff sambil melabuhkan diri didepan Farah yang
sedang khusyuk menulis nota.. Nota apa pon dia sendiri tidak pasti... Mendengar
sahaja suara Aliff buat hati Farah mula berdenyut kencang... Senyuman tidak putus-putus
terbit dibibirnya... Wajahnya yang tertunduk mengadap nota Pendidikan Islam
diangkat dengan senyuman paling manis untuk diberikan kepada Aliff.
“Eh
awak Aliff... Sebenarnya saya dengan Shaz... Tapi dia singgah kat toilet jap.. Kejap
lagi sampailah tu.” Jawab Farah mesra... Renungan dari Aliff buat hatinya
bergetar... Tidak dapat dikawal degupan jantung yang datang.
“Ooo...
Kalau macam tu saya study kat sanalah...” Aliff mengundur diri.. Masih teringat
janjinya dan Shazrina untuk berlagak tidak kenal antara satu sama lain malah
mereka turut berjanji untuk tidak bertembung sesama sendiri.
“Laa
kenapa pulak... Jom la join kitorang.. Shaz tak kisahnya... Dia pun kan kawan
awak jugak.” Pujuk Farah... Tak syoklah kalau Aliff tidak mahu belajar
bersama-sama dengannya petang ini...
“Tak
apa lah... Next time kita belajar sama-sama okey...” Dalih Aliff. Dia tidak
mahu memungkiri janji yang dah dibuat dengan Shazrina.
“Awak
ni... Kenapa? Selama ni okey je... Tak suka belajar dengan saya ke?” Farah
sedikit kecewa dengan penolakkan dari Aliff... Baru dia berangan untuk
menghabiskan masa yang ada bersama jejaka tampan itu.
“Hish
ada ke macam tu... Tak adalah...”
“Farah...
Aku balik dululah... Baru ingat ada hal kat rumah..” Shazrina tiba-tiba
menjengah dalam perbualan Aliff dan Farah... Dia dengar segala butir perbualan
mereka.. Dia tahu kenapa Aliff menolak untuk belajar bersama-sama walaupun
Farah beria-ria mengajak lelaki itu untuk belajar bersamanya.. Dia tidak mahu mengacau Farah dan Aliff... Mungkin,
kalau dia tiada disitu bolehlah Farah dan Aliff belajar bersama-sama.. Bukankah
itu lebih mengembirakan Farah? Dan dia jugak tidak sakit mata melihat wajah
Aliff!
“Laa
kenapa pulak... Kata tadi nak belajar sama-sama...” Balas Farah kurang senang..
Tadi Aliff yang buat perangai tak nak belajar dengannya sekarang Shazrina
pula... Macam berjanji pula mereka ni.
“Sorry
la... Aku lupa aku ada janji dengan mama aku nak keluar dengan dia petang ni...
Sorry ek.. Kau studylah dengan Aliff..” Terang Shazrina.. Farah mengeluh kecil
sebelum mengangguk tanda setuju. Takkan dia mahu menghalang Shazrina hanya
kerana mahu gadis itu belajar dengannya.. Tak logik pulak.. Dan bukankah lebih
elok Shazrina tiada.. Jadi tiadalah pengacau antaranya dan Aliff nanti. Setelah
melihat anggukan dari Farah, Shazrina terus mengambil beg galasnya untuk pulang
ke rumah meskipon tiada janji yang dibuat bersama mamanya! Aliff sekadar
menghantar pemergian Shazrina dengan ekor mata.. Benci sungguh gadis itu
terhadapnya saat ini! Selanya dalam hati dengan rasa cukup terkilan.
Shazrina
bergolek-golek di atas katil... Moodnya untuk belajar hilang entah ke mana... Sejak
pulang dari sekolah hinggalah sekarang langsung tiada aktiviti berfaedah
dilakukan... Dia hanya berpusing-pusing diatas katil sahaja... Bila mahu
melelapkan mata, matanya seolah-olah keras. Tidak boleh tidur! Setiap kali
menutup mata dia terbayangkan kemesraan Farah dan Aliff. Telinganya seolah-olah terdengar bisikan
mesra dan gelak tawa dua sahabat itu. Bukan sekali dia melihat Farah dan Aliff
bersama-sama dengan alasan belajar tetapi sudah kerap kali... Hatinya tak
senang melihat semua itu..
Tapi kenapa? Bukankah dia sudah berjanji untuk tidak
masuk campur urusan Farah dan Aliff... Ahhh susahlah macam ni... Hatinya ada
rasa marah bila melihat adegan mesra Aliff dan Farah. Dia tidak pasti kenapa
perlu merasa marah sedangkan Farah sendiri mengakui Aliff itu temannya
sahaja... Cemburukah dia? Tapi pada siapa? Aliff? Macam tak logik pulak... Bukankah
aku benci terhadap lelaki itu... Farah? Takkanlah aku ni lesbian pulak! Tapi
kenapa aku tak suka tengok mereka rapat?? Susahlah macam ni... tak ada ke
mana-mana buku boleh terangkan masalah aku ni! Hati Shazrina terjerit
sendiri...
“Shazrina..........”
Panggil cikgu Fatimah.. Cikgu sejarah kelasnya.
“Ye
cikgu?” Balas Shazrina yang baru berura-ura untuk meninggalkan bilik guru.. Urusannya
dibilik guru sudah pon selesai.
“Tolong
panggilkan Aliff kelas 5 perdagangan sekejap.... Suruh dia datang jumpa cikgu
kat bilik guru...” Minta cikgu Fatimah lembut. Dipandang wajah pelajarnya.
Shazrina sedikit tersentak dengan permintaan guru sejarah itu... Kenapa mesti
aku? Tak ada orang lain ke nak suruh... Bebel hati Shazrina geram namun tak
terluah... nak mampus cakap macam tu kat cikgu!
“Boleh
tak Shazrina? Kalau tak boleh tak apalah...” Ujar cikgu Fatimah lagi. Shazrina
mengeluh kecil.
“Boleh
cikgu.. Sekarang ke?” Tanya Shazrina perlahan. Walaupun hatinya separuh rela
namun permintaan guru itu tetap cuba di penuhi... Nanti apa pula kata cikgu
sejarahnya itu.
“Yup...
Sekarang.. Terima kasih yer Shazrina.” Ucap cikgu Fatimah dengan senyuman
manis. Fuh, tak perlu aku pergi jalan jauh-jauh untuk mendapatkan pelajar aku
tu... Desis hati cikgu Fatimah gembira. Shazrina bergegas pergi ke kelas 5
Perdagangan. Mahu bertemu Aliff dan memberitahu pesanan cikgu Fatimah sebentar
tadi. Dia meninjau-ninjau kelas 5 Perdagangan setelah tiba di kelas berkenaan. Tiada guru. Hmmm bagus la... Tak perlulah aku formal sangat... bisik Shazrina sambil terus mara ke belakang
kelas setelah dia mula nampak kelibat Aliff yang sibuk menelaah pelajaran...
“Aliff...”
Panggil Shazrina dengan nada tiada perasaan... Walaupun ada rasa teragak-agak
untuk menyebut nama lelaki itu, namun dipaksa jua hatinya agar tugas yang
diamanat oleh cikgu Fatimah Berjaya dilaksana. Aliff mengerutkan kepalanya
apabila melihat Shazrina kini terpacak disebelahnya. Apa mimpi perempuan ni
tiba-tiba datang cari aku? Tapi, Aliff gembira melihat wajah Shazrina walaupun
gadis itu langsung tidak menghadiahkan sebarang senyuman kepadanya.
“Yer...
Kenapa?” Soal Aliff lembut. Dia tidak mampu menghalang mulutnya menggariskan
senyuman kepada Shazrina. Mungkin terlampau gembira apabila melihat kemunculan
gadis ini secara tiba-tiba dihadapannya.
“Cikgu
Fatimah panggil awak... Dia suruh awak pergi jumpa dia sekarang dekat bilik
guru...” Jawab Shazrina... Mereka berpandangan seketika... Shazrina dapat
merasakan sesuatu didalam hatinya apabila matanya bertemu mata Aliff.. Ada
getaran halus dan rasa gembira bila menatap wajah Aliff... Setelah habis ayat itu, tanpa pamitan Shazrina
terus berlalu pergi meninggalkan Aliff yang mula bergerak untuk menemui cikgu
Fatimah...
“Shaz...”
Panggil Aliff setelah Shazrina sudah beberapa tapak jauh meninggalkannya. Shazrina
berhenti dari melangkah, namun tidak memusingkan badannya untuk berbalas
pandang dengan Aliff. Dia hanya tegak berdiri sambil menanti sebarang kata-kata
dari Aliff untuknya.
“Thank...”
Ucap Aliff ikhlas. Sehabis bait itu, Shazrina terus berlalu pergi meninggalkan
Aliff tanpa sebarang balasan.
Farah
yang sedang menonton televisyen dikamarnya termenung seketika... Langsung
cerita carekarama tidak menusuk ke kalbunya... Hanya matanya sahaja terpacak
pada kaca televisyen tapi mindanya menerawang entah ke mana...
“Nak
luahkan perasaan ke tak?” Soal Farah pada dirinya sendiri... Dia akui yang dia
mula menyukai Aliff sahabat barunya itu.. Kalau sehari tidak bertemu wajah
kacak itu, hatinya pasti akan melagukan nada rindu... Setiap kali menatap wajah
Aliff pasti dia merasa bahagia dan gembira. Malah setiap kali bersama lelaki
itu, pasti ada rasa debar dan getar memenuhi ruang hatinya... Bukankah itu
semua petanda awal cinta sudah betapak didalam jiwa?
“Tapi
kalau dia menolak macam mana? Tak ke malu aku nanti...” Desis hatinya pula. Kepalanya
mula dipenuhi wajah Aliff... Setiap kenangan dan detik indah bersama Aliff
bagaikan berputar di ruang otaknya. Cukup menambahkan rasa rindu pada sang
jejaka tersayang.
“Mustahillah
Aliff akan tolak aku... Aku wanita yang cantik, pandai, kaya dan lemah
lembut... Cukup lengkap pakej bagi seorang gadis idaman. Pasti Aliff akan
menerima aku! Entah-entah lelaki itu pon sama seperti aku... Memendam perasaan
cinta..” Bisik hari Farah cukup yakin.. Dia akan buat Aliff turut mencintainya
dan tiada sesiapa pon boleh merampas Aliff darinya.
Shazrina
yang sedang menelaah matapelajaran biologi termenung sejenak... Entah kenapa,
hari ini ilmu agak sukar difahami oleh benaknya... Ke mana hilangnya otak
genius aku nih... Shazrina merenung lagi buku teks Biologi yang agak tebal
didepannya... Sukar dia memahami mekanisma peredaran maklumat dari sel-sel yang
terdapat didalam otak... Mungkin mindanya sudah tepu. Dia perlu berehat
seketika. Bisik hati Shazrina.
Shazrina mula bergerak ke atas katil... Bergolek-golek
sendirian di katil yang besar lagi empuk itu.. Jam di dinding sudah menunjukkan
pukul 9 malam. Ibu bapanya belum pulang.
Sibuk dengan urusan di klinik perkongsian mereka... Lama Shazrina termenung pada
siling didalam biliknya... Rasa sejuk air cond yang dipasang sedikit sebanyak
membuatkan matanya makin layu dan akhirnya dia terlelap meski pon masih banyak
latihan yang belum selesai.
“Saya
cintakan awak...” Luah Aliff kepada Shazrina. Mereka kini sedang
bersantai di sebuah taman rekreasi yang berhampiran dengan sekolah... Kebetulan
mereka bertemu ketika sama-sama menyinggah di kedai buku dan akhirnya sama-sama
menapak ke taman rekreasi tersebut untuk bersembang... Shazrina yang mendengar
luahan dari Aliff sedikit tercengang... Raut wajahnya yang putih bersih mula
kemerahan... Malu mendengar kata-kata cinta yang diucap! Pertama kali dalam
hidupnya mendapat ucapan sebegitu.
“Eh
apa awak cakap ni....” Soal Shazrina tidak mengerti... Namun jauh disudut
hatinya cukup terkesan dengan kata-kata Aliff... Betul ke apa yang aku dengar
ni? Biar betik? Entah-entah aku syok sendiri tak?
“Saya
cintakan awak... Saya sukakan awak... Shaz boleh tak awak jadi kekasih saya?” Aju
Aliff dengan nada suara yang paling romantis... Shazrina masih kabur dengan
situasi yang dialami namun rasa gembira dan terharu lebih menghiasi sekeping
hatinya. Dia memandang wajah Aliff dengan rasa kasih sayang dan cinta... Namun
perlahan-lahan wajah kacak itu berubah...
“Shaz... Shaz...” Seru Aliff... Shazrina masih diawangan... Mungkin kesan luahan
perasaan dari Aliff... Tetapi kenapa suara Aliff lain macam sahaja?
“Shaz.....Shaz...”
Panggil Aliff lagi... Dipandang wajah Aliff.. Kenapa Aliff tak henti-henti
panggil nama aku? Oooo aku faham. Aku kan belum bagi jawapan lagi... Eh tapi
apasal muka Aliff lain macam jer? Aliff? Eh ni mama aku ni... Kenapa ni? Apa dah jadi?.. Mana Aliff... Mana taman
rekreasi? Kenapa mama tengok aku semacam
je?
“Shaz....”
Ulang puan Rogayah sekali lagi bersama tepukan pada bahu anaknya... Mengigau ke
apa anaknya... Tersengih-sengih bak kerang busuk... Apalah yang dimimpikan agaknya
tu...
“Eh
mama...” Tegur Shazrina sambil bingkas bangun dari baringan. Mula sedar
dari alam mimpi... Wajahnya diraup perlahan supaya otaknya lebih waras... Patutlah
pelik semacam je Aliff tadi. Mimpi rupanya. Apalah nasib aku mimpi benda tak senonoh
macam tu dengan Aliff!
“Mengigau
yer? Itu la tido tak basuh kaki... Dah sembahyang Isyak ke belum ni?” Tanya
puan Rogayah sambil duduk dibirai katil anaknya.
“Belum...
Nasib baik mama kejutkan... Mama dah lama balik?” Balas Shazrina bersama soalan...
Matanya sempat menjeling jam pada dinding.. Sudah pukul 10 malam... Tak adalah
lama sangat aku terlelap tadi.
“Baru
lagi... Naik atas nak jenguk Shaz...Senyap aje biasanya ada jugak Shaz pasang
radio... Itu yang pelik tu. Papa ada beli makanan tadi. Jom kita makan
sama-sama... Pastu boleh solat berjemaah. Mama dengan papa pon belum solat
lagi ni..” Ajak puan Rogayah sambil bangun dari katil anak gadisnya. Shazrina
mengangguk tanda faham dan sama-sama dengan ibunya turun ke tingkat bawah untuk
menikmati juadah di tengah malam.
BAB 12
Shazrina
mara ke kantin sekolah... Seperti biasa dia sendirian... Tiada Farah yang
meneman... Suasana sekolah hari ini agak redup memandangkan baru sahaja selepas
hujan. Cuaca sebegini cukup menenangkan jiwanya... Namun begitu, suasana yang
sejuk dan nyaman ini tidak menghalang dia dan pelajar lain untuk ke kantin demi
mengisi perut... Secara logiknya, bila musim hujan begini perut akan sentiasa
lapar dan lapar...
Lagi-lagi perutnya yang tidak pernah kenal erti kenyang.
Suasana kantin yang agak basah dan dipenuhi pekik lolong pelajar agak
merimaskan... Dah macam kat pasar malam pula gayanya... Namun langkah terus
diatur untuk masuk ke barisan perempuan... Perut yang kosong perlu diisi... Bukan
dia tidak biasa dengan situasi bising di kantin... Namun apa silapnya dia sendiri
tidak pasti... Langkahnya yang penuh berkeyakinan itu menjadi sumbang.
Kakinya
tergelincir lalu terlanggar seorang pelajar dan mee kari yang dibawa gadis itu
tepat mengenai baju putihnya... Shazrina terpaku seketika ditempat jatuhnya...
Dipandang bajunya yang sudah kekuningan kesan terkena kuah dari mee kari... Gadis
yang dilanggarnya turut rebah namun tidak semalang nasibnya... Bajunya comot
dengan kuah kari...
“Hahahahahahahah...”
Gelak beberapa pelajar lelaki yang nakal... Tragedi yang memalukan itu mula
mendapat perhatian orang ramai dan ramai pelajar berkerumun dikawasan Shazrina
dan lagi seorang pelajar perempuan itu terjatuh. Pelbagai reaksi wajah yang
dipertontonkan... Ada yang bersimpati, ada yang ketawa kecil, ada yang
tersenyum sinis dan ada juga yang berbisik-bisik sesama sendiri... Malunya
Shazrina hanya Allah saja yang tau... Hilang segala kudrat dan tenaga untuk
bingkas dari tempat dia tergelincir...
“Orang
makan mee kari kat mulut... Bukannya kat baju.” Satu suara sinis pelajar lelaki
menjerit kearah Shazrina... Kata-kata nista itu menggamitkan ketawa dari
pelajar-pelajar yang lain... Manusia memang gemar melihat perkara memalukan
orang lain!
“Entahnya...
Kot iye pon lapar janganlah sampai dengan baju-baju sekali nak dikongsikan
bersama makanan tu... Kongsi kat aku ni pon tak salah daripada kongsi kat baju
tu...” Pekik satu suara lagi. Seperti biasa kata-kata ejekan itu akan dibalas
dengan ketawa besar dari pelajar-pelajar tersebut.. Mereka cukup terhibur
dengan tragedi yang menimpa Shazrina...
“Itu
la orang kata balasan tuhan... Berjalan tu biarlah menunduk... Jangan nak
tinggi sangat hidung tu...” Satu lagi suara menghina Shazrina... Shazrina cuba
bangkit walaupun kakinya amat sakit... Kakinya yang mungkin terseliuh cuba
diabaikan... Dia mahu segera beredar dari kantin... Dia malu yang amat
sangat... Pelajar-pelajar ini semua memang tunggu masa aje untuk kenakan dia.
“Tak
sangka best student kita pon tak pandai makan mee kari... Kesian...”Ejek satu
suara lagi. Mata Shazrina sudah mula panas dan pedih... Hanya tunggu masa
sahaja empangan itu pecah... Namun dia sesekali tidak akan jatuhkan lagi
maruahnya dengan menangis... Mungkin dia tidak mampu melawan kata-kata
penghinaan yang dilontarkan padanya namun sekali pon dia tidak akan menangis...
Pasti mereka akan lebih gembira melihat aku menangis...
“Woi!!!!
Kalo korang tak nak muka korang pecah kena penyepak dengan aku, baik korang
diam...” Jerkah satu suara... Keras dan kuat sehingga mampu melenyapkan bunyi
ketawa yang tidak berhenti-henti menggelakkan Shazrina. Aliff mara dan
merapati Shazrina... Simpati dia melihat Shazrina dibuli pelajar-pelajar yang
nakal disekolah mereka... Mungkin suatu ketika dahulu dia juga salah seorang
seperti mereka. Pantang ada peluang untuk memalukan orang cepat sahaja
digunakan.
Pelajar-pelajar lelaki yang galak ketawa tadi terdiam... Takut
dengan Aliff barang kali... Siapa tidak kenal Aliff Iskandar... Pelajar nakal
yang banyak rekod buruk disekolah... Kes-kes buli dan gaduh bagaikan kebiasaan
dalam dirinya... Pelajar-pelajar yang tadi ramai berkerumun mula beredar... Mungkin
mula sedar masa rehat sudah semakin singkat. Mungkin juga takut dengan ugutan
dari Aliff.
“Awak
okey tak ni...”Soal Aliff risau... Dia cuba membantu Shazrina untuk berjalan
namun ditepis gadis itu.. Dia nampak mutiara mahal menuruni pada pipi
Shazrina... Simpati terhadap gadis itu semakin meluap-luap... Tanpa mereka
sedar ada mata memandang adegan hero menyelamatkan heroin dengan penuh perasaan
dengki dan marah!
Shazrina
termenung dengan wajah yang muram di tepi tangga... Tangga yang tercorot itu
menjadi sarang Aliff memonteng selama ini.. Bajunya yang kotor sudah cuba dibersihkan
namun usahanya tidak berhasil... Warna dan bau kari masih menyengat pada deria
baunya...
“Awak
tak nak masuk kelas ke?” Soal Aliff akhirnya setelah hampir 30 minit dia dan
Shazrina melepak disebalik tangga yang menjadi markas ponteng selama ini. Wajah
sedih Shazrina dipandang sepi.. Dia tahu perasaan Shazrina yang hiba... Siapa
tidak malu apabila dijadikan bahan gelak dan usikan yang melampau setelah
perkara memalukan terjadi... Kalau diikutkan kejadian Shazrina tergelincir dan
terkena kari bukanlah satu perkara yang besar... Tetapi kerana wujudnya
sekumpulan pelajar yang nakal itu membesarkan lagi perkara yang kecil.
“Saya
nak duduk dekat sini jap... Kejap lagi saya nak minta kebenaran untuk pulang
awal...” Balas Shazrina dengan suara yang rendah... Matanya sudah sembab kerana
terlalu banyak menangis.. Dia menangis sepuas-puasnya ditandas semasa proses
mencuci bajunya yang kotor.
“
Aliff, kalau awak nak masuk kelas pergilah... Tinggalkan je saya kat sini
sorang-sorang..” Tambah Shazrina lagi.. Tidak senang pula memikirkan Aliff
memonteng kerana mahu menemaninya. Bukankah Aliff yang nakal dulu sudah
tiada.. Diganti dengan Aliff yang sentiasa bersemangat untuk menimba ilmu.
“Tak
pe... Cikgu pon bukan selalu masuk kelas saya... Maklumlah kelas paling
corot...” Tolak Aliff mudah... Mana mungkin dia pergi meninggalkan teman yang
disayang sendirian disini.
“
Shaz... Dah-dah la tu fikir. Perkara dah lepas. Tak payah ingat la.” Pujuk
Aliff.. Hatinya di palu rasa risau melihat tingkah Shazrina yang tidak aktif
seperti sedia kala... Sebelum ini, kalau mereka bertemu muka pasti ada sahaja amukan
dari Shazrina buatnya... Tapi hari ini lain... Shazrina betul-betul kehilangan semangat
dan tenaga. Raut wajah jelas menunjukkan dia sedih dan kecewa.
“Saya
malu... Ramai pelajar gelakkan saya
tadi..” Luah Shazrina... Wajahnya yang mendung ditundukkan... Setiap kali dia
memejamkan mata, pasti otaknya akan teringat suara dan gelak ketawa yang
ditujukan padanya. Maruahnya dipijak-pijak sesenang hati oleh pelajar-pelajar
tersebut.
“Lama-lama
nanti hilanglah tu... Diorang tu memang macam tu. Tadi tu je hot.. Nanti
senyap macam tu je... Awak tak payah risau sangat la... Buat macam biasa jer” Pesan
Aliff lagi.
“Tapi
mungkin ni semua balasan untuk sayakan...” Shazrina berkata sayu.. Dia teringat
kata-kata seorang student yang menuduhnya hidung tinggi... Tapi itu bukan
tuduhan semata-mata.. Perkara itu benar... Dia memang bongkak dengan kelebihan
yang ada padanya.
“Kenapa
pulak cakap macam tu... Tak adalah...” Balas Aliff kurang senang. Dia tak nak
kerana perkara macam tu keyakinan Shazrina menjadi rendah... Mana perginya
Shazrina yang keras dan tegas selama ni.
“Saya
tahu saya banyak buat silap... Berlagak, bongkak... Ye la saya kan best
student.. kalau berselisih semasa berjalan, pandang orang pon saya tak mahu. Apatah
lagi nak diajak berbual. Macam saya layan awak sebelum ni.” Jelas Shazrina.. Dia
tahu kata-kata pelajar nakal tadi itu ada maknanya... Tak kemana kalau dia
berjalan terlalu mendongak ke langit. Kenapa dia perlu berlagak? Besar sangat
ke dirinya sampai dia boleh merendah-rendahkan orang lain... Nabi Muhammad
orang paling mulia pon tak pernah
merendahkan manusia lain... Inikan pula manusia jahil sepertinya... Ada rasa
insaf mula menyelam kedalam dasar hati Shazrina... Aliff yang mendengar kata-kata
Shazrina terangguk-angguk.. Tanda mengerti. Dia tahu maksud balasan yang
diperkatakan oleh Shazrina.
“Kalau
awak dah sedar bagus la... Manusia ni semua sama je tarafnya... Tapi, awak
jangan jadi rendah diri kerana perkara ni.. Keyakinan tu penting tetapi terlebih
yakin tu yang bahaya... Simpan sedikit keyakinan awak tu untuk meneruskan
hidup... Lagi pon, awak tak seteruk yang awak fikirkan.. Kalau awak ni
betul-betul menyakitkan hati, tak adanya saya sibuk nak berkawan dengan awak...
Dah-dah, tak payah sedih-sedih. Baik awak balik rumah sekarang takut nanti
kesan kotor kat baju awak tak hilang.” Ujar Aliff sambil bingkas bangun. Dia
merenung wajah Shazrina yang memandang kearahnya. Wajah Shazrina kini nyata
lebih tenang dari sebelumnya.
“Aliff...”
Panggil Shazrina lembut.
“Yer?”
“Thank
and sorry...”
“Sorry
kenapa pulak?” Soal Aliff tidak faham.. Kalau terima kasih tu dia faham.. Mungkin
Shazrina berterima kasih atas pertolongannya di kantin seketika tadi. Tapi apa kejadahnya
maaf ni?
“Maaf
sebab layan awak dengan buruk sebelum ni... Selalu kutuk awak dan hina awak...
Maafkan saya ..” Ucap Shazrina ikhlas.. Dia tahu, dia banyak melakukan
kesilapan terhadap Aliff... Mungkin Aliff tidak kisah tetapi dirinya tetap
salah kerana melayan Aliff dengan terlalu kasar hanya kerana mereka tidak sama
taraf.
“Saya
tak pernah simpan dalam hati Shaz... Sebab saya sukakan awak.” Balas Aliff
selamba... Shazrina tersentak... Wajahnya mula memerah mendengar ayat akhir
dari Aliff... Teringat mimpinya tentang luahan perasaan Aliff kepadanya...
Terus dia diam terpaku... Kedengaran suara Aliff ketawa.
“Maksud
saya suka sebagai rakan...” Aliff membaiki ayatnya.. Segaris senyuman
dilontarkan kepada Shazrina yang menghembus nafas lega.. Namun jauh disudut
hatinya mengiakan yang dia memang sukakan Shazrina... Lebih dari seorang kawan.
“Mana
Shazrina?” Soal cikgu Amran... Guru matapelajaran bahasa Melayu kelas 5 Sains
1... Suasana kelas 5 Sains 1 sunyi sepi... Tiada seorang pon pelajar tahu
kemana hilangnya Shazrina. Mereka tahu Shazrina dimalukan dikantin sekolah
tadi, tetapi selepas waktu rehat kelibat Shazrina langsung tidak kelihatan.
Farah tenang dikerusinya meski pon ada pelajar lain menjelingnya. Mereka yakin
Farah merangkap teman baik Shazrina tahu kemana hilangnya gadis itu.
“Farah...
Awak tahu ke mana Shazrina? Seingat cikgu dia datang sekolah hari ini...” Tanya
cikgu Amran lagi... Guru yang berusia awal 40 an itu memandang kearah Farah.
“Saya
tak tahu cikgu... Tadi sebelum rehat dia ada masuk kelas... Lepas rehat dia dah
tak masuk kelas...” Jawab Farah jujur... Dia membalas apa yang dia tahu
sahaja. Tetapi, Shazrina ada memberitahunya mahu pulang awal atas musibah yang
melandanya. Perlu ke diberitahu kenyataan itu kepada cikgu ini?
“Hmm
ada mana-mana cikgu panggil dia ke?” Tanya cikgu Amran lagi... Dia bukan apa,
Shazrina pelajar yang berdedikasi dalam hal pelajaran sangat jarang tidak masuk
ke kelas apatah lagi memonteng... Namun ketiadaannya tanpa sebab pada hari ini
menyebabkan cikgu Amran perlu menandakan ‘ponteng’ pada buku kehadiran pelajar
supaya tugasnya sebagai guru tidak berat sebelah.
“Rasanya
tiada...” Jelas Farah. Cikgu Amran mengangguk tanda faham... Pen dipegang lalu menulis nama Shazrina pada ruang nama pelajar memonteng.
“Okey
la kalau macam tu semua buka buku teks... Hari ini kita akan buat latihan
rumusan...” Jelas cikgu Amran.. Semua pelajar bergegas mengeluarkan buku teks
dan buku latihan yang dikhaskan untuk penulisan karangan... Sesi pembelajaran
diteruskan.
No comments:
Post a Comment