BAB 7
Shazrina
membuat latihan Kimia yang merupakan mata pelajaran kegemarannya dengan tekun..
Tidak sedar masa sudah menginjak ke 11 malam. Dia perlu berjaya supaya tidak
memalukan dan menghancurkan harapan ibubapanya. Dia tak nak digelar anak doktor
yang bodoh... Mak ayah doktor tapi anak bodoh tak boleh diajar... Tiba-tiba
sahaja mindanya teringatkan Aliff. Tersenyum sendiri dia. Penuh makna. Padan
muka kau Aliff.. Kau belajar sampai kiamat pon kau tak akan dapat nombor 1... Orang
bodoh macam kau tak akan berjaya punya... Bisik hati Shazrina yang cukup geli
hati apabila memikirkan janji antara dia dan Aliff.
“Tak
tidur lagi Shaz?” Sapa puan Rogayah sambil melabuhkan diri diatas katil anak
tunggalnya. Dia dan suami baru pulang dari klinik.
“Belum
lagi mama... Banyak lagi latihan tak siap.” Balas Shazrina lembut.
“Belajar..
Belajar jugak Shaz... Tapi kesihatan tu pon kena utamakan.... Nanti bila SPM
ilmu penuh didada tapi tak boleh buat jugak sebab tak sihat... Mama tak nak la jadi
macam tu.. Jangan tidur lambat sangat yer sayang..” Nasihat puan Rogayah
lembut.
“InsyaAllah
mama... Kejap lagi Shaz tido... Ni nak siapkan sikit je lagi kerja... Papa
mana? Dah tido ke mama?” Tanya Shazrina pula.
“Papa
mandi... Penat kot. Hari ni banyak jugak orang datang klinik. Musim sakit
agaknya..” Jawab puan Rogayah perlahan.
“Hmm...
Shaz belajar la. Mama keluar dulu... Tak nak kacau Shaz study... Nanti makin
lambat siap latihan. Lewat pulak anak mama ni tido karang. Good night sayang!”
Ucap puan Rogayah sambil mencium pipi anaknya lembut. Shazrina tersenyum manja
kearah mamanya...
“Good
night mama... Assalamualaikum.” Jawab Shazrina bersama salam. Senyuman mesra
dihadiahkan kepada mamanya sebelum mamanya keluar dari biliknya. Latihan yang
tertangguh disambung semula.
Aliff
mengulangkaji mata pelajaran agama Islam malam ini... Banyak ilmu baru yang
diperolehi. Sepatutnya ilmu agama begini bukanlah dihafal untuk peperiksaan
sahaja tetapi dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Setelah membaca dan
memahami sirah beberapa imam besar dalam Islam Aliff mula membuat latihan
mengenainya. Cuba menguji kefahaman diri.
“Tak
tido lagi Aliff...” Sapa puan Aini yang baru selesai urusannya di dapur.. Dia
hanya bergantung seratus peratus dengan hasil jualan kuih muih untuk menyara
hidup dia dan Aliff. Sebab itu kalau boleh dia nak Aliff belajar
bersungguh-sungguh. Ubah nasib hidup mereka sekeluarga.
“Kejap
lagi mak.... Dah siap kerja mak kat dapur?” Soal Aliff sambil mengerling kearah
ibunya. Dia meneruskan latihan yang sudah hampir disiapkan.
“Dah...
Tinggal lagi kerja yang nak kena siapkan esok pagi... Kukus mengukus tu esok
pagi baru mak buat.” Terang puan Aini lembut. Dihampiri anaknya tunggalnya dan
dilihat apa yang dibuat jejaka itu. Sejuk hatinya melihat perubahan besar yang
dilakukan Aliff... Anak terunanya nampak semakin serius dengan hidupnya.
Digosok-gosok lembut kepala anaknya. Bertakung kolam matanya lalu melimpahkan
mutiara yang tak ternilai mahalnya.
“Mak...
Kenapa ni mak...” Tegur Aliff apabila menyedari emaknya mula teresak-esak kecil.
Dipaut bahu ibunya mesra... Air mata wanita yang banyak berjasa dalam hidupnya
disapu perlahan.
“Mak
gembira tengok anak mak dah banyak berubah... Mak terharu sangat... Doa mak
selama ni Allah dah makbulkan.” Balas puan Aini lembut. Tubir mata dikesat.
“Mak...
Jangan macam ni... Aliff tak boleh la tengok mak sedih-sedih macam ni... Aliff
tahu Aliff banyak menyusahkan mak... Aliff selalu malukan mak... Aliff buat
perangai tak senonoh kat sekolah... Mak pulak kena merayu sebab tak nak Aliff
kena buang sekolah.... Aliff degil, malas belajar, selalu lawan cakap mak
selama ni... Aliff tahu Aliff banyak buat mak sedih... Aliff janji lepas ni
Aliff akan buat yang terbaik untuk mak... Untuk kita... “ Janji Aliff
bersungguh-sungguh... Hatinya tak betah melihat ibu tersayang menangis hiba
begini walaupun dia sedar air mata itu adalah air mata kegembiraan.
“Mak
harap anak mak selalu dapat yang terbaik... Dan mak selalu doakan yang terbaik
untuk Aliff..” Ujar puan Aini. Aliff mengangguk tanda memahami kata-kata
ibunya. Dipeluk erat ibunya. Dalam dunia ni hanya ibunya sahaja yang dia ada
dan tiada seorang pon boleh merampas takhta ibunya dihati.
“Kau
buat janji macam tu?” Ulang Farah seolah-olah tidak percaya apa yang
didengarinya. Matanya menatap lama wajah temannya yang tersenyum penuh makna..
Mungkin berbangga dengan apa yang dilakukan kini.
“Yup...
Biar padan muka dia tu!” Balas Shazrina tenang.. Langsung tidak merasa takut
dengan janji yang telah dibuat.
“Kau
tak takut ke? Buatnya dia dapat nombor 1 tak memasal kau kena kawan dengan
mamat tu...” Farah cuba menakut-nakutkan Shazrina.
“Tak
adanya dia dapat nombor 1 Farah... Dia tu kan student paling bermasalah dekat
sekolah kita ni... Student macam tu bukannya minat belajar pon... Bodoh tu dah
memang satu hal!” Shazrina membalas penuh yakin. Sempat lagi dia menghadiahkan
Aliff satu kutukan... Mustahil rancangannya yang genius ini gagal. Orang
seperti Aliff tu tak akan berjaya punya.
“Kalau
dia berjaya macam mana? Kau tetap nak teruskan janji kau ni?” Farah masih
was-was... Risau pon ada.. Bukan apa, dia sendiri dua tiga menjak ini sering
terserempak dengan Aliff yang sibuk belajar di perpustakaan... Lelaki itu kelihatan
begitu bersemangat dalam menuntut ilmu. Bukankah itu satu petanda yang tidak
baik kepada Shazrina. Shazrina terdiam seketika memikirkan kemungkinan yang
diberitahu Farah. Ahh... tak mungkinlah. Bisik hatinya masih lagi yakin.
“Dah
kalau dia berjaya nak buat macam mana... Kenalah tepati janji!” Acuh tak acuh
Shazrina menjawab... Hatinya yakin lagi pasti Aliff tak akan berjaya mendapat
nombor 1 dalam peperiksaan yang bakal menjengah lagi beberapa hari.
Hari
yang ditunggu sudah tiba... Hati Shazrina berdebar-debar sendiri.. Seiring
dengan Farah, mereka menuju ke papan kenyataan untuk melihat keputusan peperiksaan
OTI 2.. Harap-harap kedudukannya sebagai pelajar terbaik tingkatan 5 masih
utuh... Sememangnya dia dan Farah bersaing antara satu sama lain dalam merebut
gelaran pelajar terbaik. Shazrina membaca satu persatu keputusan yang terpapar
pada papan kenyataan.
“Keputusan
kelas 5 sains 1.” Baca Shazrina dan Farah serentak...
“Yes....
i’m still the best.” Jerit Shazrina riang. Dipandang wajah tenang Farah
disebelahnya.
“Well...
i already know about it..” Balas Farah tenang... Memang dia sukar untuk
mengalahkan Shazrina dalam pelajaran. Ahh nombor 2 pon apa salahnya... Bukan
teruk sangat pon! Mata Shazrina dan Farah mula menuruni ke bawah... membaca
keputusan yang seterusnya.
“Keputusan
keseluruhan tingkatan...” Baca Shazrina dan Farah lagi...
“Nombor
1 : Nur Shazrina binti Tarmizi...” Shazrina tersenyum meleret membaca
namanya... Alhamdullilah, aku masih pelajar terbaik tingkatan 5.
“Nombor
2: Farah Syuhada binti Aiman.” Farah mengucap syukur didalam hati... Shazrina
dan Farah sama-sama gembira dengan keputusan yang diperolehi... Hasil penat dan
lelah mereka menuntut ilmu selama ini.
“
Jom la kita masuk kelas...” Ajak Shazrina setelah puas menatap keputusan yang
ada pada papan kenyataan tersebut. Farah sekadar mengangguk tanda setuju dengan
ajakan temannya.
“Nur
Shazrina binti Tarmizi...” Panggil satu suara garau dibelakang Shazrina. Pantas
Shazrina dan Farah memusingkan badan mereka yang baru berura-ura mahu
meninggalkan sudut pengunguman pelajar tingkatan 5.
“Aliff...”
seru Shazrina agak terkejut... Tiba-tiba hatinya tidak keruan namun cepat-cepat
distabilkan perasaan tidak enak yang menjelma. Baru teringat janjinya dan
Aliff.. Ahh mustahil Aliff berjaya menunaikan janji mereka... Bisik hati
Shazrina cukup yakin.
“Awak
kena pegang pada janji yang dah dibuat...” Aliff mula bersuara setelah agak lama
berpandangan dengan Shazrina... Farah yang seketika tadi ada bersama dengan
Shazrina terlebih dahulu meminta izin untuk pergi... Katanya tidak mahu masuk
campur urusan perjanjian Shazrina dan Aliff. Shazrina menelan liur perlahan
lalu menarik nafas panjang... Dia kembali menatap papan kenyataan untuk melihat
keputusan Aliff.
“Awak
kelas mana?” Soal Shazrina... Lupa pula dia apa kelas Aliff.
“5
Perdagangan.” Balas Aliff pendek. Aliff masih berdiri tegak disisi Shazrina.
Sebenarnya dia sendiri masih belum lagi melihat keputusannya. Namun dia sangat
berharap usaha gigihnya beberapa minggu ini tidak menghampakan dirinya. Bukan
kerana Shazrina tetapi untuk dirinya dan emaknya! Shazrina menilik satu persatu
nama yang terpapar pada papan kenyataan..
“Nombor
1: Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood. Awak nama apa?” soal Shazrina setelah
selesai membaca nama Aliff... Langsung tidak sedar nama yang disebut itu adalah
nama Aliff.
“Nama
yang awak sebut tu la... Muhammad Aliff Iskandar bin Mahmood...” Jawab Aliff
dengan senyuman nipis... Alhamdullilah bisik hatinya syukur. Tak sia-sia usahanya
beberapa minggu ini.. Nampaknya dia tak sebodoh yang difikirkan.
“Awak
Aliff ni?” jerit Shazrina tidak percaya. Perasaan kalut dan risau mula menyerbu
hatinya. Dipandang sekali lagi keputusan yang ada pada papan kenyataan
tersebut. Mungkin silap pandangan matanya tadi! Tapi jawapan yang sama
diperolehi. Satu rengusan kasar dilepaskan...
“Jadi
kita sekarang kawankan Shazrina...” Aliff berkata dengan senyuman sinis.. Rasa
bahagia mula menyelinap didalam hati. Tak sabar rasanya mahu dikhabarkan
kejayaan yang diperolehi kepada ibu tersayang. Dia melihat pula keputusannya
secara keseluruhan tingkatan 5.. nombor 70 dari 200 pelajar tingkatan 5. Wow!! Sangat
menakjubkan... Selama ini dia berada di nombor 180 dan keatas sahaja! Shazrina
menahan perasaan marah yang meluap-luap didalam hatinya... Mana mungkin Aliff
pelajar paling nakal disekolahnya berjaya menyahut cabaran yang diberi... Dia
bergegas meninggalkan Aliff sendirian dengan langkah geram. Egonya betul-betul
tercalar dengan kejayaan Aliff.
BAB 8
“So
macam mana?” Soal Farah apabila Shazrina mula melabuhkan diri dikerusinya... Kelas
biologi bakal bermula sebentar lagi.
“Macam
mana apa?” Shazrina membalas malas... Keputusan Aliff yang diterima hari ini
agak mengganggu moodnya... Tak boleh dia bayangkan untuk bersahabat dengan
Aliff yang sangat menjijikkan baginya. Sikap Aliff yang kadang-kadang mencabar
kesabarannya cukup merimaskan.
“Kau
dengan Aliff la... Dia pass ke tak?” Ungkit Farah... Namun dia seolah-olah
sudah mendapat jawapan apabila melihat sikap Shazrina yang berubah mood
tiba-tiba!
“Pass...”
Pendek sahaja jawapan dari Shazrina.. Malas dia mahu mengulas lebih-lebih
tentang kejayaan Aliff... Menyakitkan hati saje.
“Itu
la kau... Kan aku dah kata tak ada apa-apa yang mustahil... Si Aliff yang kau
selalu kutuk bodoh dan sebagainya dah berjaya sahut cabaran kau... ” Sela
Farah. Dipandang wajah Shazrina yang kelihatan moody.
“Kalau
lah aku tahu dia tak sebodoh yang aku fikirkan, semestinya aku bagi dia task
yang lagi payah... Eee menyesal betul aku... Tak memasal dapat kawan baru!”
Shazrina menumbuk-numbuk pehanya geram. Cuba diluahkan rasa marah yang tak
terbendung dalam jiwanya! Entah apa nasibnya dapat kawan yang tak sekufu.
Shazrina
membuat pengiraan satu persatu bagi latihan matematik tambahan... Subjek yang
boleh dikatakan paling sukar untuk mencuri markah.. Farah sahabat baiknya itu
telah pulang ke rumah memandangkan ada hal yang tidak boleh dielakkan. Suasana
tengahari di perpustakaan agak suram. Tidak ramai pelajar yang datang
menyinggah untuk membaca buku mahu pon meminjam buku. Hanya dia dan beberapa
kerat pelajar yang bakal menempuh peperiksaan besar seperti SPM dan PMR sahaja
mengisi ruang di perpustakaan. Kalau di ikutkan perpustakaan biasanya akan
tutup pada jam 2 petang, tapi bagi memberi ruang kepada pelajar yang bakal
menghadapi peperiksaan, pihak sekolah telah bersetuju untuk melanjutkan masa
operasi perputakaan iaitu sehingga 5 petang.
“Assalamualaikum..”Sapa
suatu suara yang sudah lali pada pendengaran Shazrina. Matanya langsung tidak memandang
kepada pemberi salam. Dia meneruskan latihan yang dibuat meskipon hatinya cukup
terganggu dengan kehadiran lelaki tersebut. Aliff melabuhkan punggung dihadapan
Shazrina. Buku latihan sejarah diletakkan diatas meja tersebut... memang tujuan
asalnya datang ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran, namun tidak
sangka dia bertemu dengan sahabat barunya disitu.
“Jawab
salam tu wajib.” Tegur Aliff selamba... Buku latihan yang dibawa dibuka... Bersedia
untuk memerahkan otaknya untuk membuat segala latihan yang ada.
“Waalaikumussalam...”
Jawab Shazrina keras... Tanda dia sedang protes kehadiran Aliff dihadapannya.
“Banyak-banyak
tempat kosong kat library ni, kat depan saya jugak awak nak singgah yer!” Sela
Shazrina geram namun matanya masih pada buku latihan didepan. Tak hingin dia
melakukan eye contact dengan Aliff... Mahunya bernanah mata aku kalo tenung
lama-lama makhluk ini!
“Apa
salahnya kannn... Bukan harta kepunyaan awak pon meja ni.” Sinis Aliff berkata.
Hati Shazrina menggelegak... Tak tenang agaknya hidup Aliff kalau tak mencari
pasal dengannya... Apalah muslihat Aliff bersahabat dengannya kalau beginilah
cara jejaka itu bercakap dengannya.
“Meja
kat sebelah saya pon bukan harta saya... Kenapa tak duduk kat situ jer?” Perli
Shazrina... Mukanya kini sudah diangkat... Mula memandang wajah Aliff yang
tidak tahu malu!
“Sebab
meja kat sini ada awak! Alang-alang awak dah ada depan mata saya, boleh tak awak
ajar saya sejarah... Awak kan best student sekolah ni.” Minta Aliff dengan
senyuman manis. Apa salahnya meminta pertolongan dari yang pakar.. apa gunanya
berkawan dengan orang yang pandai tapi tidak dimanfaat seeloknya.
“Saya
tak pandai... Pergi belajar dengan orang lain.” Shazrina membalas malas... tak
kuasa dia mahu berkongsi ilmu dengan Aliff... Nanti Aliff lebih pandai darinya.
No thank okey!
“Jangan
jadi manusia yang kedekut ilmu... Tak luak pon kalau berkongsi...”
“Apa
pulak kedekut... Saya memang tak pandai okey..” Dalih Shazrina. Diteruskan
latihan pengukuhan yang tertangguh dek gangguan dari Aliff.
“Awak
pelajar terbaik dekat sekolah ni dan keputusan awak dalam subjek sejarah selalunya
90 markah dan keatas... Tapi, awak masih kata awak tak pandai.... Gila merendah
diri awak ni...” Sela Aliff sinis. Shazrina yang selama ini bongkak dah menjadi
manusia yang rendah diri?? Dalam mimpilah. Aliff bermonolog sendiri. Shazrina
sedar Aliff sekadar memerlinya bukan memuji.
“Eh
suka hati saya lah... Awak boleh pergi belajar dengan orang lain... Ramai lagi
orang yang pandai subjek sejarah yang boleh ajar awak . Contohnya Farah... Awak
boleh tanya dia tetapi yang pasti bukan dengan saya!” Shazrina membalas tegas..
Ah peduli apa lelaki ini akan berfikir negatif tentang dirinya. Memang dia
begitu... Tak perlu bermuka-muka terutamanya dengan orang macam Aliff.
“Awak
ni kan harap muka aje cantik... Tapi perangai memang OUT.” Komen Aliff tanpa
perasan. Sengaja ditekankan perkataan OUT untuk menyakitkan hati gadis
didepannya. Shazrina menjengilkan matanya yang bundar mendengar komen dari
Aliff..
“Ewah-ewah
mengata orang tak ingat dunia yer... Habis tu awak rasa awak tu baik sangat
la... Kurang-kurang saya ada jugak kelebihan... Cantik dan pandai... Awak apa
ada? Dah la tak hensem, bodoh, jahat.. Miskin pulak tu.” Tinggi suara Shazrina.
Badannya seketika tadi duduk kini sudah berdiri tegak dihadapan Aliff... Pinggangnya
yang ramping dicekak... Memandang Aliff dengan wajah yang garang! Sapa tak
sakit hati mendengar komen yang tak enak dari orang yang tidak disukai.
“Shuhhhhhhhhhhh.................”
Serentak beberapa orang pelajar membuat isyarat tangan ke bibir kearah Aliff
dan Shazrina. Tak kurang ada yang memandang jelik kearah mereka berdua. Terganggu
dengan pergaduhan kecil Aliff dan Shazrina.. Shazrina termalu sekejap.
Dipandang semula wajah Aliff dengan mata yang bulat.
“Ini
semua pasal awak laa... Sengal!” Keras suara Shazrina memarahi Aliff sambil
mengemas barang-barangnya. Dia bergegas meninggalkan Aliff... Mukanya tebal
berpuluh-puluh inci apabila dimarahi penghuni perpustakaan yang lain...
“
Bodoh punya Aliff... Saje jer memalukan aku kat library tadi.” Bebel Shazrina geram..
Batu yang ada dijalan raya disepak kuat. Membayangkan batu-batu tersebut adalah
Aliff.. Tak memasal segala rancangan pelajarannya hari ini tertunda... Merosakkan
jadual belajarnya sahaja.
“Aliff
tu memang laa... Suka menyusahkan orang.. Kalau la aku ada kuasa mahu jer aku
sumpah dia jadi katak... Biar padan muka dia yang tak berapa nak hensem tu... Sedap-sedap
je mulut dia kutuk aku.. Apa dia ingat dia tu bagus sangat?? Bangang punya
Aliff...” Dengus Shazrina.. Perjalanannya untuk pulang ke rumah terasa jauh
sekali.. Rumahnya hanya beberapa ratus meter sahaja dari sekolah.. Memang dia
ke sekolah berjalan kaki selama ini.
“Mulai
hari ni aku kena pastikan yang aku tak akan terserempak mahu pon terjumpa mamat
sengal tu... Memang malang nasib aku setiap kali jumpa dengan dia...” Tokok
Shazrina lagi... Dah macam orang gila pon ada bercakap sorang-sorang macam tu.
“Arrrggggghh..”
Jerit Shazrina lantang... Sakit sungguh kakinya. Macam mana lah dia boleh
tersadung dengan batang pokok yang tersidai dijalan raya. Shazrina bangun
perlahan-lahan... Walaupun sakit cuba ditahan... Ini semua pasal Aliff la... Kalau
aku tak berangan pasal mamat tu, tak adanya aku jatuh tergolek macam ni! Tambah
Shazrina lagi... Kakinya yang terasa sakit diangkat perlahan-lahan.. Cuba
menahan rasa sakit yang tidak terhingga.
p/s: link ke Masih Dihatiku bab 5 dan bab 6
No comments:
Post a Comment