IKLAN NUFFNANG

Sunday, May 18, 2014

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Assalamualaikum and Hello everybody!

Fuh... Penat! Baru je siap masak tengahari dan uruskan anak2 buah. ini je la kerja2 penganggur macam Eniey ni. karang dah dapat lesen kereta baru nak pergi cari kerja. actually, entry di tengahari yang panas ini adalah berkisar tentang menu tengahari yang Eniey masak tadi... kawan2 makan apa tadi? nasi ke, mee, fastfood atau baru nak breakfast! apa pon Eniey harap korang makanlah makanan yang sihat, kurangkan makanan segera mahu pun makanan dari kedai. seeloknya makanlah makanan yang korang masak sendiri kerana ia lebih terjamin dari sudut kebersihan, kehalalan dan juga kelazatan!

masuk terus ke topik utama, sebenarnya Eniey nak berkongsi resepi gulai ayam turun temurun dari mak Eniey. Mungkin korang dah ada resepi korang tersendiri yang lebih lazat, mungkin juga korang dah expert masak2 gulai ayam ni dan mungkin juga korang langsung tak pandai masak lauk ni boleh la tumpang membaca untuk tambah pengetahuan. untuk pengetahuan Eniey orang terengganu jadi ni adalah teknik dan taktik orang ganu masak gulai ayam. sesapa yang nak nikah dengan orang ganu tu boleh dah pelan2 belajar cara masakan orang ganu nih! hehehe...

resepi gulai ayam...




  1. ayam 1/2 ekor
  2. bawang merah 6-8 ulas
  3. bawang putih 2 ulas
  4. halia
  5. lengkuas
  6. kerisik
  7. lada
  8. santan
  9. rempah masak dan gulai cap bunga rose
  10. minyak
  11. asam gelugor
  12. garam, gula, ajinomoto
cara2 buatan:

  1. bersihkan ayam.
  2. blend bawang merah+ bawang putih + halia + lengkuas + kerisik
  3. gaulkan bahan yang di kisar dengan ayam.
  4. masukkan satu paket rempah masak dan gulai ke dalam bahan yang digaul.
  5. panaskan minyak dan masukkan bahan2 yang digaul dengan ayam kedalam minyak. tambah sedikit air (air tak perlu banyak sebab ayam cepat empuk).
  6. masukkan satu senduk penuh lada mesin.
  7. masukkan garam + gula + ajinomoto secukup rasa.
  8. masukkan asam gelugor satu keping.
  9. biarkan ia pekat.
  10. akhir sekali masukkan santan. 
  11. sedia dihidang dan dimakankan dengan nasi. untuk lebih enak boleh dimakan bersama telur dadar/ ikan kering + sayur goreng.

p/s: selamat mencuba dan menjamu selera...


No comments:

Post a Comment