BAB 13
“Awal
balik hari ni Shaz...” Tegur mak Timah merangkap pembantu rumahnya.
Memandangkan puan Rogayah dan encik Tarmizi sentiasa sibuk dengan urusan
dikliniknya, maka mak Timah yang merupakan jiran tetangganya telah dilantik
sebagai pembantu rumah semenjak Shazrina kecil lagi. Mak Timah yang tiada
sanak saudara dan anak-anak duduk bersama mereka semenjak dulu lagi.
“Shaz
jatuh kat sekolah tadi mak Timah... Itu la pasal balik awal..” Cerita Shazrina
perlahan.. Mak Timah merenung anak majikannya.. Dia nampak baju sekolah
Shazrina yang agak comot...
“Jatuh dekat mana... Comot sangat baju Shaz ni...”
“Kat
kantin...” Balas Shazrina sepatah... Melalui hari yang malang membuatkan
badannya penat. Dia mahu naik ke biliknya, mandi dan berehat... Mahu melupakan
segala kejadian yang memalukan hari ini...
“Kalo
macam tu naik atas cepat... Salin baju... Bagi baju ni kat mak Timah... Biar
mak Timah sental betol-betol kotoran degil ni...” Jawab mak Timah... Shazrina
ketawa kecil.. Dah macam iklan pula kata-kata mak Timah.. Kurang-kurang terubat
sikit hatinya mendengar kata-kata mak Timah yang lucu itu. Shazrina kemudiannya
terus ke tingkat atas untuk menyalin baju dan mandi.
Shazrina
membelek satu persatu buku latihan yang terpampang dihadapannya. Dia amat
memerlukan buku latihan matematik tambahan memandangkan buku latihannya sebelum
ini telah habis digunakan. Setelah hampir 10 minit memilih akhirnya Shazrina
mencapai buku latihan yang bertajuk koleksi soalan topical matematik tambahan
tingkatan 5. Setelah itu, Shazrina beralih pula ke ruangan buku rujukan Sejarah.
Menilik beberapa jenis buku rujukan yang menarik perhatiannya.
“
Eh Shaz!!” Tegur satu suara yang turut sama sedang membelek buku rujukan
sejarah. Shazrina mencari wajah si penegur lalu berbalas pandang dengan jejaka
tersebut. Senyuman manis terukir dibibirnya tatkala raut wajah Aliff terlayar
pada penglihatannya.
“
Awak Aliff. Kebetulannya kita hari ni. Datang sini buat apa?” Balas Shazrina
mesra. Muncul rasa gembira disegenap sudut hatinya.
“Saya
datang nak jual ikan kat sini!” Seloroh Aliff. Shazrina menarik muka mendengar
jawapan bodoh Aliff. Jelas kedengaran suara Aliff ketawa senang apabila melihat
perubahan mimik muka Shazrina.
“Lain
kali tanyalah lagi soalan ‘cerdik’ macam tu.. Mestilah saya datang nak cari
buku. Takkan nak cari kekasih pulak!” Sambung Aliff bersama sisa-sisa ketawa
yang masih berbaki.
“Manalah
tahu awak datang nak jalan-jalan cuci mata jer, tak pon dating dengan awek!
Manalah saya tahu.” Tingkah Shazrina tidak puas hati. Aliff ketawa lagi dengan
sikap Shazrina yang jelas tersentap dengan kata-katanya.
“
Sorry sorry sorry... Saya bergurau je. Jangan marah.” Pujuk Aliff lembut sambil
menggabung tangannya dihadapan wajah. Shazrina menarik wajahnya lagi. Jual
mahallah kononnya.
“
Siapa marah.. Dah la awak. Saya nak pergi bayar buku.” Dalih Shazrina seraya
meninggalkan Aliff lalu menapak ke kaunter pembayaran. Aliff mengejar langkah
Shazrina yang pantas berlalu pergi meninggalkannya.
“Ish
awak ni.. Jangan la kecil hati. Nanti saya belanja cokolat. Nak?”
“
Tak nak!”
“Shaz....
Janganlah macam ni. Saya gurau je pon tadi tu. Takkan itu pon nak ambil hati.”
“
Mana ada saya ambil hati... Saya cakap tak nak sebab saya tak marah kat awak
la... Apesal awak gelabah sangat ni?” Luah Shazrina lalu ketawa kecil. Berjaya
juga dia mengenakan Aliff. Aliff mengeluh kecil sebelum bibirnya tersenyum
lega. Mati-mati dia ingat Shazrina merajuk dengannya. Susah pulak nak dipujuk
nanti.
“
Ciss! Ingatkan betul-betul merajuk tadi. Baru ingat nak belanja awak KFC. Kalau
awak tak merajuk tak pe la. Tak jadi nak belanja KFC!” Gurau Aliff kemudiannya.
Shazrina tergelak kecil sambil memasuki barisan untuk menjelaskan bayaran.
“
Alang-alang dah ada nawaitu tu, tak salah ditunaikan!” Tokok Shazrina pula.
Kemudian mereka berdua sama-sama ketawa sebelum memperlahankan gelak apabila
beberapa mata mula memandang sinis kearah mereka. Shazrina dan Aliff menyambung
gelak setelah mereka keluar dari kedai buku popular itu.
Shazrina
dan Aliff bersantai di taman permainan berhampiran sekolah setelah secara
kebetulan mereka bertemu di terminal one tengahari tadi. Setelah selesai
membeli barang keperluan, mereka sama-sama pulang ke rumah masing-masing...
“Awak
selalu ke keluar sorang-sorang kalau pergi beli barang?” Tegur Aliff sambil
menghayun buaian..Nasib baik suasana agak redup kalau tidak, tak adanya dia
dan Shazrina mahu menyinggah ke taman permainan terlebih dahulu sebelum balik
ke rumah masing-masing.
“Biasanya
dengan Farah... Tapi hari ni dia ada hal dengan family dia, so tak boleh la...
Lagi pon saya ada barang urgent nak dicari sebab tu pergi jugak walaupun
sorang-sorang. Lagipun bukan jauh sangat terminal one tu...” Jelas Shazrina.
“Kenapa
tak pergi dengan mak dengan ayah awak?” Tanya Aliff pula.
“Hari
sabtu macam ni klinik buka jer... Esok baru diorang cuti.”
“Saya bukan
apa... Bahaya jugak orang perempuan muda macam awak ni jalan sorang-sorang
macam tu... Next time kalau tak ada kawan, ajak saya pon tak pe..” Nasihat
Aliff perlahan. Shazrina tersengih mendengar jawapan dari Aliff.. Semenjak
kejadian yang memalukan di kantin baru-baru ini hubungan dia dan Aliff semakin
rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama... Dia, Aliff dan Farah
sudah menjadi satu geng study group.
“Risau
jugak ek awak pasal saya...” Usik Shazrina dengan senyuman kecil.
“
Kalo bukan saya yang risau pasal awak siapa lagi...” Balas Aliff selamba.
Shazrina terdiam namun jauh disudut hatinya gembira dengan jawapan Aliff yang
belum tentu ikhlas.
“Lepas
SPM nanti awak nak sambung mana?” Aliff
memecahkan kesunyian yang tiba-tiba menjengah. Dijeling raut wajah Shazrina
yang berada disebelahnya.
“Masuk
matrik kot... Sebab itu je jalan yang paling cepat nak dapat degree.”
“Awak?”
“Tak
pasti lagi...” Jawab Aliff tenang.
“Awak
nak buat degree apa Shaz?”
“InsyaAllah
pendidikan... Saya minat sangat nak jadi cikgu. Kalau boleh cikgu kimia.”
Terang Shazrina bersama senyuman mekar dibibir.. Terbayang saat-saat dia bakal
bergelar seorang guru.
“Saya
ingatkan awak nak jadi doctor jugak... Macam mama dan papa awak... Lagi pon
dengan keputusan awak sekarang ni memang layak awak nak apply bidang
perubatankan.”
“Tak
minat la... Belajar biologi tu pon kadang-kadang macam terpaksa.. Inikan pulak
nak ambik bidang perubatan... Awak pulak nak ambil jurusan apa?” Giliran
Shazrina pula bertanya. Aliff tersengih-sengih bak kerang busuk mendengar
pertanyaan Shazrina.
“Kalau
saya cakap awak jangan gelak!” Minta Aliff dengan wajah yang segan namun jelas
ada keceriaan dimatanya.
“Apa
pulak saya nak gelak... Cakap lah.. Jangan cakap nak jadi bapak ayam sudah.. Itu
bukan saya gelak tapi memang kena tepuk sekalilah...”
“Sekali
jer? Bolehlah kalau macam tu...” Aliff melawak... Shazrina memasamkan mukanya kerana
dipermainkan Aliff namun turut sama tergelak apabila mendengar ketawa dari
Aliff.
“Ala
awak ni... Serius la.. Main-main pulak.” Marah Shazrina namun manja bunyinya.
“
Ye ye ye... Saya nak ambik bidang masakan...” Balas Aliff akhirnya.. Shazrina
buat muka tidak percaya...
“Lelaki
macho macam awak minat memasak?” Bukan Shazrina nak memperlekehkan minat Aliff
namun kelakar bunyinya.. Bukankah memasak lebih sinonim dengan orang perempuan
sepertinya.. Tapi malang dia tiada kelebihan itu.
“Aik...
Sejak bila lelaki lembut je boleh minat memasak...” Aliff membidas geram..... Pantang
betul orang mempersendakan minatnya dalam masakan.
“Eh
bukan macam tu maksud saya... Cuma tak sangka jer... Saya ingatkan awak ni
jenis yang minat wiring, technician semua tu.. Memasak rupanya minat awak..” Pujuk
Shazrina tatkala menyedari Aliff agak marah apabila minatnya dalam bidang
masakan dipersoalkan. Aliff mengeluh perlahan dan tersenyum mesra.
“Bukan
awak je yang terkejut... Mak saya pon sama... Tak pelik kalau awak fikir macam
tu.” Aliff membalas lembut setelah mula terasa bersalah meninggikan suara
seketika tadi.... Dia tidak mahu berjauh hati dengan kata-kata Shazrina
sedangkan ibunya sendiri pernah marahkannya kerana ingin mengambil jurusan
masak memasak.
“Sekurang-kurangnya
awak ada cita-cita... Ada aim dalam hidup... Kat luar sana tu ramai je pelajar
yang sebaya kita tak kiralah cerdik ataupun biasa-biasa je tetapi tiada tujuan
dalam belajar... Kadang-kadang belajar sebab nak pass exam je... Sebab tu
diorang tak rasa kemanisan belajar ni.” Ujar Shazrina lembut... Matanya
memerhati sekitar taman permainan yang agak luas.. Kemudahan permainan disini
masih lagi elok terjaga dan kemas. Aliff mengangguk tanda setuju... Dulu pun
dia salah satu kategori yang disebutkan oleh Shazrina dan alhamdullilah dia
cepat sedar... Dia kini mahu yang terbaik untuk dirinya dan ibunya sahaja.
“Jom
balik..”Ajak Shazrina apabila sedar langit semakin mendung.. Awan hitam kelihatan berarak dan hanya
menunggu masa sahaja untuk menumpahkan isinya.
“Jom
la... Macam nak hujan je..” Sokong Aliff lalu sama-sama Shazrina menuju jalan
pulang.
BAB 14
“
Awak jumpa saya dekat bilik guru waktu rehat nanti.” Itulah arahan yang
diterima Shazrina dari puan Fatimah merangkap guru matapelajaran Sejarahnya. Langkah
laju diatur untuk menemui guru yang sudah hampir pencen itu. Baru sahaja pintu
bilik guru ingin ditolak, satu tangan lain terlebih dahulu menolak pintu
berkenaan.
“Aliff.”
Sapa Shazrina sambil memandang aneh kearah Aliff yang sudah pon menolak daun pintu
bilik guru. Aliff menghalakan pandangan kearah Shazrina yang menegurnya. Baru
dia perasan wujudnya Shazrina disebelahnya saat ini.
“Eh
Shaz... Bila masa pulak awak ada kat sini?” soal Aliff perlahan. Matanya
tertinjau-tinjau mencari kelibat cikgu Fatimah.
“Dah
lama dah saya terpacak kat sebelah awak ni... Cari cikgu mana?”
“Cikgu
Fatimah!” Ujar Aliff ringkas. Badannya dan Shazrina kini sudah pon memasuki
bilik guru. Rasa sejuk penghawa dingin mula menyengat pada kulit mereka.
“Sama
la kita. Buat apa?”
“Entah..
Dia minta datang jumpa waktu rehat.” Jelas Aliff sambil menjungkitkan bahunya.
“Awak
pulak kenapa nak jumpa cikgu Fatimah?” Tanya Aliff pula.
“
Tak tahu. Samalah macam awak. Dia minta jumpa waktu rehat.” Ulas Shazrina
mudah. Aliff mengangguk-angguk kepalanya tanda memahami. Masing-masing
mendiamkan diri apabila tiba dihadapan cikgu Fatimah untuk mendengar keterangan
dari wanita tersebut.
“Hmm
sampai pon awak berdua..” Itulah kata-kata pertama terbit dari mulut cikgu
Fatimah sambil bibirnya tersenyum simpul.
“Ada
apa cikgu nak jumpa kami?” Soal Shazrina. Dia merenung tepat wajah guru wanita
didepannya.
“Aliff
tarik dulu dua kerusi kosong tu. Satu untuk awak dan satu lagi untuk Shazrina.”
Arah Fatimah sebelum memulakan bicara
penting. Aliff akur dengan permintaan gurunya sambil menarik dua buah kerusi
untuk dia dan Shazrina.
“
Macam ni.. Cikgu ingat nak pilih korang berdua untuk mewakili pelajar tingkatan
5 untuk membantu cikgu sempena Minggu Sejarah nanti. Boleh?” Soal Fatimah setelah
Shazrina dan Aliff duduk dihadapannya.
“Boleh
je cikgu... Bila?” Shazrina menyatakan persetujuannya.
“Minggu
depan.”
“Apa
yang kami kena buat masa minggu tu?” Tanya Shazrina lagi. Penuh berminat. Aliff
disebelahnya hanya diam mendengar perbincangan yang berlangsung antara gurunya
dan Shazrina.
“Cikgu
nak awak berdua buat 2 model yang berkaitan Sejarah. Tak kiralah sejarah
tingkatan berapa, asalkan model itu melibatkan sejarah.” Ulas Fatimah satu
persatu. Shazrina mencatit maklumat penting yang dia perlu lakukan bersempena
Minggu Sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“
Model tak semestinya satu objek je kan cikgu?”
“A’ah..
Awak buatlah apa-apa pon asalkan bila orang tengok model tu terus diorang boleh
kaitkan dengan sejarah! Okey?”
“Okey...”
Jawab Shazrina penuh keyakinan. Dia menulis lagi sesuatu di buku nota kecil
yang sering dibawa kemana-mana.
“Aliff?”
Tegur Fatimah apabila melihat Aliff hanya diam membisu dengan perbincangan
mereka. Aliff memandang kearah gurunya.
“Awak
setuju tak? Ke awak tak berminat nak join aktiviti ni?”
“
Saya layak ke nak tolong cikgu buat model semua tu? Saya tak nak menyusahkan
cikgu dan Shazrina jer nanti.” Soalan dari cikgu Fatimah dibalas pertanyaan
oleh Aliff pula. Fatimah tersenyum lembut kearah pelajarnya. Aliff pelajar yang
nakal sudah banyak berubah, malah perubahan Aliff cukup membanggakan hatinya.
“
Awak layak Aliff... Ujian hari tu, awak dan Shazrina merupakan pelajar yang
mendapat markah tertinggi bagi subjek sejarah.” Pujuk Fatimah. Dia sedar Aliff
kurang keyakinan diri memandangkan dia dari kelas yang corot apatah lagi dia
kini digandingkan dengan Shazrina, pelajar terbaik tingkatan 5 untuk melicinkan
program minggu Sejarah. Namun, Fatimah yakin Aliff mampu menggalas
tanggungjawab yang diberi. Aliff merupakan pelajar yang pintar tetapi bakatnya
dalam pelajaran tidak pernah digilap selama ini sehingga menyebabkan jejaka ini
membazirkan banyak masa.
“
Awak nak join tak?” Soal Fatimah lagi. Berharap Aliff sudi membantunya.
“
Okey cikgu. Boleh je. Bila kami kena berikan model ni kat cikgu?” Shazrina
tersenyum lega mendengar persetujuan Aliff. Gembira sungguh hatinya apabila
diberi peluang untuk berganding dengan Aliff.
“
Awak berdua tunjukkan model tu sebelum hari isnin minggu depan.. Ada apa-apa
pertanyaan lagi?” Aliff dan Shazrina cepat-cepat menggeleng. Setelah mendapat
sedikit tip dari cikgu Fatimah, Shazrina dan Aliff mula beredar untuk ke kelas
masing-masing.
“
Awak nak buat model apa?” Shazrina menyoal sambil matanya ralit dengan buku
rujukan Sejarah dihadapannya. Aliff pula sedang sibuk melakar sesuatu pada
kertas kosong.
“Saya
rasa nak buat model semasa Portugis menyerang Melaka... Nak buatlah kapal-kapal
dari laut pergi menyerang penduduk Melaka. Di situ saya nak buatlah perbezaan
teknologi antara Portugis dengan Melaka. Okey tak?” Shazrina terangguk-angguk
mendengar penjelasan Aliff. Idea yang bagus. Pujinya didalam hati.
“
Apa bahan yang awak nak guna?” Soal Shazrina lagi. Berminat untuk mengetahui
rancangan Aliff. Manalah tahu dia bakal mendapat idea daripada jejaka itu.
“Buat
masa ni, saya hanya terfikir plastercine, polisterin board dan kertas warna.”
Ujar Aliff sambil matanya memanah pandangan kearah Shazrina. Gadis itu turut
memandang kearahnya dengan wajah yang berminat.
“
Tapi.... Dekat mana nak dapat semua barang ni? Takkan pakai duit sendiri kot?”
Tanya Aliff.
“
Saya dah tanya cikgu Fatimah. Dia cakap ambil je barang kat bilik sejarah.
Kalau tak cukup atau tak ada, beritahu dia. Dia akan belikan untuk kita.” Jelas
Shazrina tenang. Suasana kembali bisu antara Shazrina dan Aliff. Masing-masing
sibuk mencari idea yang terbaik untuk mempersembahkan model kepada
pelajar-pelajar diminggu Sejarah. Aliff memanjangkan tangannya demi mencapai
pemadam yang terletak dihadapan Shazrina. Namun secara tidak sengaja dia
terpegang tangan Shazrina yang turut ingin mencapai pemadam tersebut.
Masing-masing diam terpaku. Lidah pula terkelu sambil memandang antara satu
sama lain.
“Sorry...”
Ucap Aliff lalu cepat-cepat menarik tangannya yang jatuh ditangan Shazrina
seketika tadi. Shazrina pula menunduk malu. Dadanya bergetar hebat malah
wajahnya merintik merah. Kali pertama dia merasa begitu segan dan berdebar.
Sempat matanya mencuri pandang kearah Aliff yang turut sama menunduk. Mungkin
turut merasa malu sepertinya. Farah yang sememangnya wujud antara mereka
menjeling geram. Sudahlah kehadirannya diantara mereka diabaikan, kini dia pula
menjadi saksi adegan malu-malu kucing. Sakit sungguh hatinya!
“
Terima kasih Shazrina, Aliff.” Luah cikgu Fatimah dengan perasaan gembira. Kagum
dan bangga dia melihat model-model yang dipersembahkan Shazrina dan Aliff
kepadanya. Sememangnya dia dan beberapa cikgu sejarah yang lain sudah
menyiapkan hampir 5 buah model, tetapi memandangkan bilangan model yang dibuat
belum mencukupi, terpaksalah dia meminta pertolongan dari dua orang pelajar
pintar ini. Syukur sekali, Shazrina dan Aliff tidak menghampakan harapannya.
“Sama-sama
cikgu. Kami bukan tolong banyak mana pon.” Ucap Shazrina merendah diri.
“Okey
tak model yang kami buat ni cikgu? Ke nak kena baiki kat mana-mana?” Tanya Aliff. Risau sekiranya model yang dibuat
bersama Shazrina tidak kena dengan selera dan tema minggu Sejarah yang bakal
menjengah lagi beberapa hari.
“
Ini pon dah cukup baik Aliff...” ujar Fatimah lembut.
“Erm
nanti masa pameran tu nanti Aliff dan Shazrina boleh je bagi penerangan tentang
model masing-masing ni kan?”
“Boleh
cikgu.” Balas Shazrina dan Aliff serentak.
“Kalau
macam tu bagus la.. Korang boleh masuk kelas sekarang. Kalau ada apa-apa
masalah boleh datang jumpa cikgu.” Tambah cikgu Fatimah mudah. Aliff dan
Shazrina mengangguk kepala tanda mengerti sebelum beredar meninggalkan bilik
guru.
“Fuh
tak sia-sia usaha kita seminggu ni kan..” cetus Shazrina ketika berjalan seiringan
dengan Aliff untuk ke kelas masing-masing.
“
Yup... Nasib baik cikgu Fatimah terima. Kalau tak, jenuh pulak nak cari idea
baru.” Tambah Aliff senang. Raut wajah Shazrina disebelahnya dikerling.
Tersenyum kecil melihat gadis itu. Tak sangka, dia dan Shazrina mampu
bersahabat baik sebegini. Perangai Shazrina cukup berbeza diawal pengenalan
mereka.
“Yang
awak tersengih-sengih ni kenapa pulak? Fikir apa tu?” Sergah Shazrina pelik.
Tiba-tiba sahaja Aliff diam tetapi mulutnya tetap melebarkan senyuman. Berangan!
“
Tak ada apa-apalah...” Dalih Aliff dengan sengihan kerang busuknya. Shazrina
menjeling Aliff dengan perasaan penuh tanda tanya.
“
Ingat girlfriend la tu...” Tuduh Shazrina geram. Perasaan cemburu mula memekar
didalam hati. Tak dinafikan, perasaan hiba turut menyinggah pada jiwanya. Kalau
betullah Aliff sudah punya kekasih hati, teramat kecewa jiwa dan raganya.
“
Ish awak ni.. Mana ada. Saya tak ada girlfriend la.” Kalut Aliff menepis
tuduhan tak logik dari Shazrina.
“
Iye la tu... Bukan ke ramai adik-adik junior nak mengorat awak?”
“
Tak adalah!” Tegas Aliff sambil langkahnya dihentikan dihadapan Shazrina.
Shazrina menghentikan langkahnya secara mengejut. Nasib baik sempat berhenti
kalau tidak.... Tak nak dia memikirkannya!
“Hmm
by the way... Apesal awak macam cemburu je kalau saya ada girlfriend?” Usik
Aliff dengan senyuman nakal yang terjungkit dibibirnya. Keningnya
terangkat-angkat membalas pandang Shazrina yang sedang merenung wajahnya.
Shazrina terkesima dengan usikan Aliff. Raut wajahnya mula memerah dan
jantungnya mula berdegup pantas.
“
Hish tak kuasa saya nak jealous dengan awak! Buang masa je. Dah la saya nak
masuk kelas sekarang.” Balas Shazrina cepat-cepat lalu meninggalkan Aliff.
Tanpa memandang ke belakang dia berlalu ke kelasnya dengan wajah yang sudah
hangat. Aliff tersenyum kecil. Kelakar pula melihat reaksi Shazrina. Tak
dinafikan hatinya sendiri amat menyukai Shazrina dan dia berjanji akan berusaha
untuk memikat hati gadis itu.
Farah
menghenyak punggungnya diatas katil dengan perasaan terbuku. Geram, cemburu dan
sakit hati bergabung menjadi satu. Dipandang wajahnya dihadapan cermin dengan
riak mencuka. Sakit sungguh hatinya melihat kemesraan Shazrina dan Aliff
semenjak dua menjak ini. Mereka kelihatan begitu rapat sehinggakan sentiasa
bersama-sama. Apatah lagi di minggu Sejarah yang baru sahaja tamat semalam. Ada
sahaja celoteh mereka tentang aktiviti itu sehinggakan mengabaikan kewujudannya.
Aku dah macam orang asing antara mereka!
Aliff pula kini sikit-sikit Shazrina,
sikit-sikit Shazrina. Yang elok, baik cantik semuanya Shazrina. Dia dah lupa ke
kewujudan aku? Aku yang sentiasa menyukainya, yang sentiasa menyokong
perbuatannya, yang tidak pernah pandang rendah dengan kebolehannya! Dia lupa ke
semua tu? Apa yang bagusnya dengan Shazrina? Perempuan yang bermuka-muka itu...
Hanya nak orang yang hebat-hebat sahaja menjadi kawannya. Apa dia fikir dia tu
bagus sangat?
‘
Kau tengoklah Shaz, aku akan pastikan kau dengan Aliff tak akan dapat bersama
dalam erti persahabatan sekali pon! Kau memang sengajakan nak sakitkan hati
aku. Dah tahu aku sukakan Aliff, tapi masih nak menggatal dengan dia. Dasar
perampas!’ Bentak Farah penuh rasa dengki dan dendam. Matanya bulat merenung
diri sendiri pada cermin. Dia tidak peduli lagi kehilangan sahabat baik seperti
Shazrina asalkan Aliff menjadi haknya! Dia akan buat apa sahaja untuk pisahkan
Shazrina dan Aliff meski pon mereka sekadar sahabat. Ahh, waktu ini sahabat!
Esok lusa belum tentu lagi.
No comments:
Post a Comment