BAB 9
Shazrina
berjalan perlahan menuju ke arah kantin... Meski pon kakinya sakit tetapi ia tidak
menghalang dia mencari makanan... Perutnya kebuluran dengan alasan dia tidak
sempat bersarapan dirumah padi tadi. Farah seperti biasa tidak berminat ke
kantin kerana suasana yang bingit, ramai pelajar yang berebut untuk mendapatkan
makanan dan suasana yang kurang bersih... Sebenarnya itu juga yang di rasa oleh
Shazrina namun memandangkan perutnya terlalu lapar, dia terpaksa merendahkan
egonya untuk ke kantin... Lagi pon, keadaan kantin bukanlah teruk sangat.
“Hai
awak... Kenapa dengan kaki tu.” Tegur Aliff. Sempat dia memandang kearah kaki
Shazrina yang berselipar sahaja. Ternampak balutan kemas pada kaki itu.
“Sibuk
je nak tahu!” Shazrina mencebik... Benci betul melihat wajah Aliff yang tidak
tahu malu. Pasal engkau la kaki aku macam ni!
“Kitakan
kawan... Apa salahnya saya ambil tahu pasal awak.” Ujar Aliff lembut sambil
tersenyum ramah. Meluat Shazrina melihat senyuman jejaka itu... Tapi hensem!
“Kalau
kawan kena beritahu semua perkara ke? Tak payah nak sibuk la...”
“Amboi...
Garangnya best student kita nih... Jangan garang sangat nanti muka awak tu
cepat tua..” Usik Aliff. Shazrina menjeling tajam Aliff yang berjalan seiringan
dengannya... Shazrina merengus kasar.
“Hmmm...
Awak tunggu kat sini.. Saya pergi belikan makanan... Awak nak apa?”
“Saya
boleh pergi beli sendiri... Tak payah nak berlagak baik sangat la...” Tolak
Shazrina meskipon jauh dari sudut hatinya sangat ingin menerima tawaran dari
Aliff... Tetapi mengenangkan maruahnya yang bakal tercalar apabila menerima
pertolongan dari Aliff, baiklah ditolak saja pelawaan itu.
“Awak
ni... Orang nak tolong kata berlagak baik pulak... Saya serius ni... Awak nak
apa? Biar saya pergi beli.” Soal Aliff lagi. Cuba bertahan dengan karenah
Shazrina.
“Saya
pon serius... Saya boleh pergi beli sendiri, sekian terima kasih.” Tegas
Shazrina sambil melajukan langkah kakinya menuju ke barisan pelajar untuk
membeli makanan...
“Degil!”
Sempat lagi telinga Shazrina menangkap kata-kata kejian yang keluar dari mulut
Aliff sebelum lelaki itu meninggalnya untuk masuk ke barisan pelajar lelaki.
“Aaaaaaaaaaa.....”
Jerit Shazrina sambil menundukkan badannya. Kakinya yang berbalut dipegang
kuat. Cuba melegakan rasa sakit yang menyengat... Sakitnya hanya Allah je yang
tahu... Tak guna betul pelajar dihadapannya... Tak tahu ke kaki aku sakit?
Boleh pulak main pijak jer! Marah hati Shazrina meskipon dia sedar pelajar
perempuan itu tidak sengaja.
“Maafkan
saya...Maafkan saya...” Minta pelajar tersebut bersungguh-sungguh... Dia
secara tidak sengaja terpijak kaki Shazrina apabila orang dihadapannya
mengundur ke belakang.
“Sakitlah...
Tahu tak!” Marah Shazrina berapi-api.Dia mencerlung kearah pelajar perempuan
tersebut. Pelajar perempuan itu tertunduk apabila dimarahi Shazrina. Hatinya
terasa takut lagi-lagi yang memarahinya adalah pelajar senior.
“Saya
minta maaf... Saya tak perasan kaki akak kat belakang...” Ucap pelajar itu lagi.
Pelajar wanita itu mula teresak-esak... Takut dan sebak apabila dimarahi dikhalayak
ramai sedangkan kesilapan itu bukanlah disengajakan.
“Dah...
Dah. tak payah nak menangis...” Suara Shazrina mula mengendur. Terasa
bersalah pula memarahi pelajar tersebut sehingga menyebabkan gadis itu
menangis... Padahal bukan silap gadis itu pon.
“Saya
minta maaf sekali lagi yer kak...” Tambah pelajar itu lagi sambil menyapu
beberapa mutiara yang masih galak mengalir dari kelopak matanya. Beberapa mata
yang melihat adegan itu menggeleng-gelengkan kepala... Bukan mereka tidak kenal
Shazrina, pelajar pintar tetapi mempunyai sikap yang menjelikkan. Mereka
tumpang simpati kepada pelajar tingkatan 3 itu.
“Itu
la... Saya dah cakap biar saya belikan makanan... Tapi awak degil... Tengok apa
dah jadi!” Bebel satu suara yang tiba-tiba menjengah perbualan antara Shazrina
dan Wanie. Shazrina mengeluh kecil mendengar bebelan dari Aliff... Dia cuba
bangun walaupun kakinya terasa amat perit... Wanie membantu Shazrina bangun. Bebelan
dari Aliff diabaikan!
“Tak
pe... Saya boleh jalan sendiri... Tak tempang pon lagi kaki saya ni...” Tolak
Shazrina kasar. Wanie serba salah apabila Shazrina menolak pertolongan ikhlas
yang diberi. Aliff menggeleng-gelengkan kepala melihat sikap Shazrina yang
degil.
“Awak
tunggu kat sana... Saya belikan makanan sekejap...” Arah Aliff setelah melihat
Shazrina mula beredar meninggalkan barisan. Shazrina yang ingin membangkang
tidak jadi menolak apabila Aliff sudah meninggalkannya dan kembali beratur
dalam barisan pelajar lelaki.
“Nah.”
Aliff menghulurkan sepinggan nasi lemak dan secawan air sirap kepada Shazrina
yang termenung melihat gelagat pelajar-pelajar dikantin sekolah... Suasana bising dikantin semakin surut... Mungkin ramai yang sudah selesai menjamu selera.
“Saya
tak suruh pon awak beli...” Balas Shazrina. Masih lagi berkeras.
“Habis
tu buat apa awak tunggu saya kat sini kalau bukan kerana awak tunggu makanan
yang saya beli?” Soal Aliff... Kesabarannya mula menipis melihat perangai
Shazrina yang keras kepala... Shazrina terdiam... Aku tunggu pasal kau suruh
tunggu la bodoh... Karang kau tercari-cari pulak aku... Namun itu semua
didalam hati... Tak terluah dibibir mungil Shazrina.
“Berapa
ringgit?” Soal Shazrina ringkas... Malas menyambung gaduh dengan Aliff... Lagi
pon masa rehat hanya tinggal 10 minit sahaja lagi... Beg duit dikeluarkan dari kocek baju
sekolahnya.
“
Tak payah la... Saya belanja.” Balas Aliff senang.. Shazrina nampaknya mula
berlembut hati dengannya.
“Tak
payah nak mengada! Awak tu bukan banyak duit pon nak belanja saya.” Marah
Shazrina. Kalau kaya tak apa jugak... Ini miskin nak mampus ada hati nak
belanja aku makan...
“Cukup
lagi duit nak belanja awak makan nasi lemak... Dah kita makan sekarang. Kejap
lagi loceng berbunyi...” Arah Aliff sambil memulakan santapannya. Dia mahu
menghentikan isu belanja dengan segera. Shazrina merengus kasar. Geram betul
dengan Aliff yang suka melawan setiap kata-katanya. Dia turut sama menikmati
hidangan nasi lemak memandangkan perutnya yang terlampau kebulur mintak diisi.
“Awak
ada nota komsas?” Tanya Aliff sambil menatap wajah jelita disebelahnya. Gadis
yang ayu bertudung litup itu membalas renungannya.
“Ada...
Kenapa? Nak pinjam?” Soal Farah kembali. Buku nota komsas yang kebetulan dibawa
hari ini dikeluarkan dari beg sandang.
“Tak
apa ke saya pinjam?”
“Ala...
Apa salahnya. Tapi nanti kena pulangkan kembalilah.. Jangan buat harta sendiri
pulak.” Giat Farah dengan ketawa mesra. Namun setiap patah katanya
diperlahankan.. Takut nasibnya sama seperti Shazrina baru-baru ini. Aliff turut
ketawa kecil.
“Beres...
No hal. Saya nak pinjam 2 hari je. Boleh kan.” Minta Aliff lagi. Bersyukur dia
bertemu gadis sebaik Farah yang banyak membantunya dalam pelajaran. Nak
harapkan Shazrina, budak kedekut ilmu tu memang bodoh sampai ke tua lah aku
dibuatnya! Dia dan Farah semakin rapat dua tiga menjak ini sejak mereka sering
terserempak di perpustakaan. Lagi pon, Farah tidak pernah menolak apabila dia
ingin meminta pertolongan.
“Boleh....
Awak dah siap latihan?” Desis Farah lagi... Mereka kini membuat latihan
matematik bersama-sama dan akan berbincang soalan latihan yang dibuat sebentar
lagi. Hanya subjek teras sahaja mereka boleh ulang kaji bersama-sama, bagi
subjek elektif mereka terpaksa melakukan sendirian kerana mereka dari aliran
yang berbeza...
“Dah
siap.. Awak dah? Kalo dah jom kita bincang sekarang.” Aju Aliff yang kini sudah
bersedia untuk berbincang soalan Matematik. Farah sekadar mengangguk kepala
tanda setuju untuk membincangkan soalan matematik sekarang.
“Nah.”
Aliff menghulurkan sebatang ais krim kepada Farah yang berjalan seiring
dengannya. Mereka dalam perjalanan untuk pulang ke rumah masing-masing. Farah
menyambut huluran ais krim dengan senyuman menawan...
“Thank...
Susah-susah je belikan ais krim untuk saya.” Ucap Farah mesra.. Dibuka plastik
yang membalut ais krim sebelum dengan perlahan-lahan menikmati rasa sejuk dan
manis ais krim tersebut.
“Ais
krim murah je... Lagi pon awak kan dah banyak tolong saya... Kira macam upah la
ni...” Balas Aliff lembut. Nikmat betul menjamah ais krim di waktu panas terik
macam ni.
“Saya
ikhlas... Lagi pon tak salah kalau kita berkongsi ilmu yang ada... Orang kata,
lagi banyak kita memberi lebih banyak yang kita bakal menerima selepas ini.”
Farah membalas tenang. Dijeling wajah tampan Aliff disebelahnya. Ada rasa getar
mula menghiasi hatinya. Dia tahu apa makna getaran itu.
“Awak
memang baik...” Puji Aliff. Farah tersenyum malu mendapat pujian ikhlas dari
sahabatnya itu..Kenapalah Shazrina tidak suka sangat dengan Aliff yang begitu
baik dan lembut orangnya ni. Memang rugi sahabatnya itu.
“Hmm
kita keluar sama-sama macam ni tak ada orang marah ke?” Tanya Aliff penuh makna
tersirat. Farah mengerutkan dahinya yang licin... Dikerling wajah Aliff
disebelahnya.
“Siapa
nak marah? Mama saya? Cikgu? Shazrina?” soal Farah tidak mengerti... Aliff
ketawa senang dengan jawapan yang
diberikan oleh Farah... Dia tahu Farah tidak faham maksudnya.
“Awak
ni kan... Nama aje pelajar cemerlang sekolah.... Benda macam ni pon tak paham.”
Usik Aliff dengan senyuman nakal. Farah tersengih.. Masih tidak mengerti soalan
jejaka ini.
“Habis
tu sapa nak marah?” Pak guard sekolah?” Tambah Farah lagi... Jawapan akhir dari
Farah membuatkan Aliff ketawa besar...
“Pak
guard sekolah akan marah kalau dialah boyfriend awak sekarang ni.” Sela Aliff dengan
ketawa yang masih bersisa. Farah turut sama ketawa... baru mengerti soalan yang
diutarakan oleh Aliff.
“Ooo....
Itu ke maksud awak... Tak ada orang nak marah la... Saya bukan ada pak we
pon... Lainlah awak... Karang tak memasal saya kena serang dengan girlfriend
awak pulak.”
“Fuh
selamat la kalau awak tak ada pakwe... Boleh saya masuk line. Saya pon tak ada
girlfriend ni.” Giat Aliff dengan senyuman nipis... Sekadar bergurau tiada
maksud lain... Farah tersenyum malu mendengar jawapan dari Aliff... Namun
hatinya berbunga dengan jawapan lelaki tu.
“Iye
la tu tak ada girlfriend... Shaz tu apa?” Farah mula mencungkil maklumat... Ada
rasa debar dalam menanti balasan dari Aliff.
“Dia
tu kawan untuk berperang boleh la...” Acuh tak acuh Aliff membalas... Terus otaknya
teringatkan Shazrina... Gadis yang mempunyai mood yang tidak pernah stabil... Setiap
kali pertemuan mereka pasti ada pergaduhan namun Aliff tidak pernah bosan
dengan pergaduhan tersebut... Malah dia sangat suka kalau boleh mengusik
Shazrina yang mudah melenting. Farah tersenyum mendengar jawapan dari
Aliff... Dia tahu Aliff tiada perasaan
buat sahabat baiknya.
BAB 10
“Bila
percubaan SPM?” Tanya puan Aini yang sibuk meletakkan nasi lemak kedalam
bakul. Sebentar lagi nasi lemak itu akan dihantar ke warung Mak Lijah yang
terletak berhampiran rumahnya.
“Lagi
5 minggu mak... Sedaplah nasi lemak mak buat ni...” Puji Aliff... rasanya tak
cukup sebungkus untuk mengisi perutnya yang besar.
“Iye
la tu... Kalau nak tambah lagi ambil la... Mak ada buat lebih dua tiga bungkus.”
Usul puan Aini sambil menghulurkan lebihan nasi lemak kepada anak terunanya.
“Tak
apalah mak... Mak makanlah... Aliff kalo makan banyak sangat nasi lemak karang
mengantuk pulak dalam kelas tu..” Tolak Aliff. Tangannya yang comot dengan saki
baki nasi lemak dibasuh.
“Kalau
macam tu Aliff bawak bekal nasi lemak ni... Nanti boleh kongsi dekat kawan. Jimat
pon jimat duit belanja.” Cadang puan Aini pula...
“Boleh
jugak... Boleh tolong promote nasi lemak mak kan...” Sokong Aliff sambil
mengambil baki nasi lemak yang sudah
siap dibungkus elok lalu dimasukkan kedalam plastik.
“Suka
hati kamulah Aliff... Nanti belajar elok-elok dekat sekolah. Jangan lawan cakap
cikgu tau!” Nasihat puan Aini seperti biasa. Aliff mengangguk tanda faham
dengan nasihat yang diberikan lalu menyalami ibunya sebelum bergegas turun
untuk ke sekolah yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
“
Sedapnya....” Puji Johan melambung-lambung. Jarang dia boleh menikmati nasi
lemak yang sedap sebegini... Terharu pula rasanya.
“Memang
la... Mak aku yang buatkan...” Aliff membalas selamba. Nasi lemak yang dibawa
dimakan dengan penuh nikmat.
“Ada
lagi tak? Tak cukup la sebungkus...” Minta Johan tanpa perasaan malu... Setakat
dengan Aliff apa yang nak dimalukan... Mereka berkawan semenjak dibangku
sekolah rendah lagi.
“Nah...
Yang ni last.” Aliff menghulurkan bungkusan terakhir nasi lemak... Johan
menerima dengan perasaan gembira.
“Kau
ni semenjak dua menjak ni aku tengok dah makin banyak berubah... Tak macam dulu
lagi...” Tegur Johan ketika sedang menjamah masakan ibu Aliff.
“Apa
yang berubah... Sama je aku rasa.” Sangkal Aliff.
“Banyak
perubahan kau sekarang ni... Kau je yang tak perasan.”
“Apa
yang berubah? Aku masih hensem seperti dulu...” Jawab Aliff dengan ketawa
mengekek... Bangga diri betol.
“Kau
makin ‘baik’ sekarang... Dah tak buat perangai dalam kelas.. Kalo dulu, kau la
kepala segala hantu dalam kelas kita ni... Dan makin giler study.” Ulas Johan.
“Exam
dah dekat... Kena la belajar bersungguh-sungguh sikit.”
“Sejak
bila kau peduli dengan exam ni... Dulu-dulu tak pon.”
“Sampai
bila kita nak duduk dalam zon selesa Joe... Makin dewasa kita makin banyak
tanggungjawab yang kita nak kena pikul...” Jelas Aliff tenang... Wajah Johan
dipandang.
“Wow!
Ayat kau sekarang...” Kagum Johan... Apa yang dah jadi dengan Aliff sampai
begitu sekali perubahannya...
“Kau
pon jom la join aku belajar... Kita sebenarnya tak bodoh... Usaha je tak ada
selama ni.. Sebab tu kita jadi bodoh!” Sela Aliff.
“Tak
kuasa aku... Mahu muntah hijau aku kalau mengadap buku lama-lama... Aku datang
sekolah ni pon dah cukup baik..” Johan membalas mudah... Tak ingin rasanya
menjadi seperti Aliff yang semakin nerd dan membosankan.. Hidupnya kini hanya ada
buku... Berkawan pon dengan orang-orang pandai dari kelas Sains.. Dia tak
hingin hidupnya yang bebas selama ini hancur seperti hidup Aliff sekarang.
“Suka
hati kau lah Joe... Nanti kalau kau menyesal jangan salahkan aku pulak.” Bidas Aliff
sambil menghabiskan sisa-sisa nasi lemak. Johan lelaki yang tak pernah kenal
erti susah. Dia dari keluarga yang berada.. Sebab itu dia mungkin tidak pernah
terfikir tanggungjawabnya sebenarnya lebih berat bakal dipikul setelah tamat
pengajian nanti. Aku ada ibu yang perlu aku bahagiakan... Sampai bila aku nak
biarkan mak aku bersusah payah untuk aku... Aku perlu balas budinya! Janji
Aliff didalam hatinya..
“Kau
ni makin lama makin rapat pulak aku tengok dengan Aliff tu... Ada apa-apa ke?”
Soal Shazrina curiga. Wajah Farah ditenung. Farah tersengih mendengar
pertanyaan dari Shazrina.
“Asal?
Jeles ke?” Duga Farah dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Mahu melihat
reaksi Shazrina.
“Banyak
kau punya cemburu... Aku risau kau tangkap cintan dengan mamat tak semenggah
tu.” Marah Shazrina... Angin satu badan dia bila melihat kemesraan Farah dan
Aliff.
“Kalau
aku tangkap cintan dengan Aliff kenapa? Ada masalah besar ke?” Aju Farah lagi.
Senyuman sinis dihadiahkan kepada Shazrina yang merenungnya dengan mata yang
bulat. Marah la tu! Desis hati Farah.
“Kau
tanya aku apa masalahnya Farah?? Hei... Aliff tu lelaki yang tak ada masa depan
okey. Dah la miskin, bodoh, mulut jahat pulak tu...” Shazrina mengulang
kembali segala kutukan-kutukan yang selama ini diberikan kepada Aliff...
“Shaz...
Miskin hari ni tak selamanya miskin Shaz... Entah-entah esok lusa dia lagi
loaded daripada kita... Sapa tahu... Bodoh? Aliff tu tak sebodoh yang kau fikir
la... Kau tengok la result dia baru-baru ni macam mana. Naik mendadakkan... itu
pon baru berapa hari dia study? Aku rasa dia tu budak pandai tapi malas je
sebelum ni... Mulut jahat?? Kau tu mulut baik sangat ke?” Bidas Farah
selamba... Farah menerangkan satu persatu keburukan yang ada pada Aliff dimata
Shazrina menjadi kelebihan yang mungkin Shazrina tidak pandang selama ini... Shazrina mengetap bibirnya geram... Farah
jelas menyokong Aliff berbandingnya... Siapa Aliff dihati Farah kini?
“Kau
sukakan mamat tu kan? Sebab tu kau beria-ria menyokong dia... Betul tak?” Keras
suara Shazrina... Marah betul dia. Aliff dah pakai ilmu apa sampai gadis
sehebat Farah tersangkut padanya.
“Ini
bukan pasal suka Shaz... Dia dah jadi kawan aku...”
“Ooo
kawan. Mula-mula kawan pastu bercintalah kan... Hah elok sangat la tu...” Potong
Shazrina geram.
“Yang
kau nak marah sangat ni kenapa? Kalau aku bercinta dengan dia jadi masalah kat
kau ke? Aku ambik boyfriend kau ke?” Marah Farah pula... Over sungguh reaksi
Shazrina...
“Farah....
Dia tu tak sesuai tau untuk kau...... Kau patut dapat yang lebih baik. Lebih
hebat. Bukan mamat selekeh tu... Buat malu jer ada pakwe macam dia tu...” Bebel
Shazrina tidak puas hati...
“
Kalo malu pon aku... Bukan kau!”
“Jadi
betullah kau dengan dia ada hubungan istimewa... Dia boyfriend kau? Macam tu?”
bentak Shazrina. Makin meninggi intonasi suara yang digunakan.
“Kau
melalut apa Shaz... Aku dengan dia tu kawan je... Kawan study... Tak lebih pon.
Tak bercinta pon... Yang kau kecoh-kecoh sangat ni kenapa... Tahu la aku
uruskan hidup aku. Kau tak payah nak masuk campur lah.” Tinggi suara Farah. Farah bergegas meninggalkan Shazrina selepas melontarkan kata-kata tersebut.
Tak faham betul dengan sikap Shazrina yang terlebih risau tak kena pada
tempatnya... Shazrina terdiam melihat amukan Farah... Hanya kerana Aliff, Farah
marahkannya... Memang tak guna mamat tu!
Shazrina
dalam perjalanan ke perpustakaan seorang diri. Tiada Farah untuk menemaninya
setelah pertengkaran yang berlaku pada waktu rehat tadi. Mulutnya mengeluh
kecil mengingatkan pergaduhan yang berlaku antaranya dan Farah.. Salah aku ke?
Betul ke aku ni terlalu menyibuk dalam urusan hidup Farah. Tapi aku tak nak
lah kawan baik aku dapat lelaki macam Aliff. Memang tak sepadan dan setaraf...
Tapi betul ke Farah dan Aliff ada hubungan istimewa atau aku jer yang terlalu
curiga... Mungkin mereka berkawan sahaja tak lebih dari itu.
“Adui...”
Teriak Shazrina perlahan sambil memegang dahinya. Ya Allah jauhnya aku
berangan sampai boleh pulak aku terlanggar dinding. Shazrina menggosok-gosok
sedikit dahinya untuk menghilangkan rasa sakit menyengat.. Mahu berbenjol
dahinya. Dipandang sekitar kawasan tersebut... Memastikan tiada mata yang
memandang tragedi yang memalukan itu...
“Rabun
ke cik adik...” Sapa Aliff betul-betul dibelakang Shazrina. Mahu tergelak rasanya ketika dia melihat Shazrina terlanggar dinding semasa dalam perjalanan ke
perpustakaan. Shazrina merengus kasar... Kenapa mesti mamat ni yang nampak
kejadian yang memalukan ni. Jatuh air muka aku yang lawa ni...
“Awak
ni kan... Hari tu kaki dah berbalut... Takkan nak kepala tu pulak berbalut
lepas ni. Berhati-hati sikit boleh?” Bebel Aliff lembut. Dia berjalan seiring
dengan Shazrina... Risau juga dia melihat sikap Shazrina yang agak cuai
orangnya... Shazrina mencebik mulutnya... Bosan dan menyampah mendengar setiap
patah kata yang terbit dari mulut Aliff. Kehadiran Aliff diabaikan... Kalau bukan kerana Aliff, dia dan Farah tidak
akan bergaduh.
“Kalau
orang bercakap boleh tak jangan buat tak tahu je?” Marah Aliff sambil
menghalang perjalanan Shazrina. Shazrina terhenti dari melangkah apabila Aliff
tiba-tiba terpacak seperti polis didepannya. Wajahnya diangkat untuk merenung
muka Aliff didepannya. Dipandang wajah lelaki itu lama.
“Kenapa
awak suka sangat menyibuk dalam hal saya... Tak boleh ke awak berlagak macam
tak kenal saya? Saya tak berminat nak berkawan dengan awak... Awak faham tak?”
Keras suara Shazrina... Matanya tidak lepas dari memandang wajah Aliff... Aliff
turut membalas pandangannya. Lama mereka menatap antara satu sama lain
sehingga menimbulkan rasa tidak enak dihati Shazrina...
“Awak
betul-betul bencikan saya ye Shazrina?” Soal Aliff akhirnya setelah lama mereka
bertentang mata antara satu sama lain... Shazrina sedikit ralat apabila
mendengar soalan dari Aliff lagi-lagi apabila soalan itu ditanya dengan nada
yang agak pilu... Shazrina menundukkan wajahnya... Cuba berfikiran dengan
waras... Terasa dirinya diawangan kini.
“Kenapa
diam?” Tanya Aliff lagi tatkala perasan perubahan sikap Shazrina.
“Kalo
saya cakap saya bencikan awak... Adakah awak akan berhenti ganggu saya?”Persoalan dari Shazrina membuatkan Aliff tersentak... Dia diam sejenak memikirkan kata-kata pertanyaan Shazrina, nafas yang tersekat dilepaskan dengan rasa keliru. Hati Shazrina memang keras mengalahkan batu.
“Saya
akan berhenti ganggu awak!” Janji Aliff tenang setelah berfikir sehabis baik... Senyuman nipis diberikan... Namun
terserlah kepahitan pada senyuman itu. Shazrina ialah gadis yang pertama
menjadikan hatinya tidak keruan. Mengenali Shazrina membuatkan dia sedar bertapa seronoknya alam persekolahan yang dibenci selama ini. Namun semua itu bakal berakhir sebentar lagi. Nampaknya, dia tidak layak untuk berkawan
dengan gadis sehebat Shazrina. Untuk apa dia memaksa hati orang yang membencinya menerimanya sebagai teman? Dia juga manusia biasa yang ada ego untuk dipertahankan!
“Saya
memang bencikan awak... Saya tak nak awak ganggu saya... Kalau boleh jangan
muncul pun didepan saya!” Terang Shazrina dengan nada yang tegas. Dia berharap
Aliff faham dengan ketegasan yang ditonjolkan. Shazrina berlalu pergi
meninggalkan Aliff apabila jejaka itu mengangguk tanda faham dengan
kata-katanya.
Shazrina
meletakkan sepapan Cadbury diatas meja Farah. Kini kelas mereka sunyi sepi. Mungkin
pelajar lain sudah pulang ke rumah. Tinggal dia dan Farah yang gemar pulang
lambat. Wajah Farah yang tak menghiraukan kehadirannya dipandang lama... Pasal
lelaki mereka bergaduh! Entah apa-apa jer... Tak de class betol la.
“Aku
mintak maaf...” Minta Shazrina perlahan... Riak wajah Farah yang tidak berubah
dipandang lagi. Tiada balasan dari gadis itu...
“Farah...
Kau dengar tak apa aku cakap ni... Aku mintak maaf...” Tambah Shazrina lagi
tatkala melihat Farah masih diam membukam... Langsung wajahnya tidak dipandang
oleh gadis itu.
“Farah... Takkan pasal lelaki kita nak bermasam muka pulak...” Ujar Shazrina sedikit
keras. Mahu menyedarkan Farah yang dia bukanlah bercakap seorang diri. Farah
mula mengangkat muka memandang wajah Shazrina dengan sinis...
“Siapa
yang mulakan? Kau kan!” Marah Farah... Sakit lagi hatinya dengan sikap Shazrina
yang melampau-lampau... Sibuk mencampuri urusan hidupnya. Kalau yer pon dia dan
Aliff bercinta bukan menjadi masalah pon kepada gadis itu.
“Yer
aku tahu aku salah... Aku jer yang besar-besarkan cerita... Aku minta maaf yer
Farah...” Ucap Shazrina lagi.. Dia malas memanjangkan pergaduhannya dengan
Farah. Tak ada faedah pon bergaduh dengan Farah kerana lelaki sengal seperti
Aliff.
“Kau
janji tak akan kecoh lagi pasal ni?” Soal Farah ringkas... Hatinya mula sejuk
apabila Shazrina mula mengakui kesilapannya. Bukan mudah untuk orang berego besar seperti Shazrina mahu memohon maaf dengan orang lain.
“Yer
aku janji... Kalau kau nak bercinta sekali pon dengan dia aku tak kisah...
Itukan hidup kau... Mesti kau lebih tahu yang terbaikkan.” Jawab Shazrina
bersungguh-sungguh...Senang hatinya apabila melihat Farah mula berlembut hati
dengannya.
“Okey...
Aku maafkan kau... Tapi memang aku dengan Aliff kawan jer... Tak lebih dari
itu.. Kau tak payah risau yer.” Balas Farah akhirnya. Dia memeluk erat teman
baiknya.
“Thank
darling...”
“You’re
welcome...” Desis Farah lembut dengan senyuman mekar dibibir.
No comments:
Post a Comment