BAB
5
Aliff
sedang menonton siaran tv3... Kakinya dilunjurkan ke depan manakala badannya
pula disandarkan pada dinding. Emaknya pula sibuk melipat kain-kain yang baru
diangkat dari ampaian.
“Tak
ada kerja sekolah ke?” Soal puan Aini yang sedang menyusun elok baju-baju yang
sudah siap dilipat kedalam bakul. Mahu dihantar ke biliknya dan juga bilik anak
terunanya yang sorang ini.
“Tak
ada...” Balas Aliff dengan mata yang belum berganjak dari kaca tv. Puan Aini
mengerling kearah anak terunanya... Semenjak bercerai dengan si suami, hanya
Aliff sahaja harta yang dia ada... Dia tiada ahli keluarga lain semenjak
dibuang keluarga kerana berkeras mahu menikah dengan Mahmood suatu ketika
dahulu.
Namun kini dia sedar. Dia yang bodoh kerana sanggup membuang keluarga
sendiri hanya untuk lelaki yang mengisap ganja. Hanya kerana lelaki itu, hidupnya
dan Aliff cukup merana... Demi keselamatan Aliff dan diri sendiri, Puan Aini
sanggup meminta cerai dengan suaminya meski pon orang sekeliling mencaci dan
menghina. Ahh dia tidak peduli semua itu, janji dia dan anaknya selamat dan dapat
hidup dengan tenang kini.
“Betul
ke tak ada kerja sekolah? Jangan tipu mak Aliff.”
“Laa
betul la... Aliff ni duduk dalam kelas paling last mak... Tak adanya cikgu nak
bagi kerja sekolah banyak-banyak. Cikgu dah tahu memang kitorang tak akan
pandai walaupun bagi banyak-banyak latihan...” Dalih Aliff... Senang-senang
saja dia menyalahkan cikgu sekolahnya. Padahal, bukan main lagi banyak kerja
sekolah yang diperolehinya. Antara nak buat atau tak sahaja.
“Jangan
cakap macam tu la Aliff... Tak baik... Kalau cikgu tak bagi kerja sekolah Aliff
sendiri la kena usaha. Cari sendiri latihan. Buat latihan banyak-banyak... Kan
tak lama lagi dah nak pereksa besar...” Nasihat puan Aini lembut. Diperhatikan
anaknya yang masih tekun mengadap tv. Mengeluh kecil dia melihat perangai
anaknya yang sangat malas belajar. Katanya tak ada mood, bosan dan memang dia
tidak akan pandai apabila disuruh belajar. Dia sendiri pon tak tahu nak buat
macam mana...
“Aliff
malas la mak... Aliff tak minat nak belajar.”
“Habis
kalo tak minat belajar Aliff nak buat apa? Nak kawin?” Bidas puan Aini selamba.
Berubah wajah Aliff apabila ibunya mula menaikkan suara.
“Mak...
Ada ke cakap macam tu... Aliff memang tak pandai la. Belajar banyak mana pon
tetap tak pandai... Otak Aliff ni memang lembap.” Jelas Aliff yang kini mula
memandang kearah puan Aini. Puan Aini menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
Beristighfar dia melihat perangai anak terunanya yang sorang ni... Nasib
baiklah ada sorang jer... Kalau ramai tak tahulah macam mana.
“Astarfirullahalazim.....
Aliff... Aliff.. Ada ke orang lahir terus jadi pandai. Terus jadi bijak? Cuba
kamu tengok bayi-bayi yang baru lahir tu... Ada ke budak-budak tu terus pandai membaca,
pandai menulis, pandai matematik?”
“Bukan
macam tu mak... Maksud Aliff, otak Aliff ni memang tak boleh terima ilmu... Asal
nak belajar je mengantuk... Dah macam mana?” Terang Aliff lagi. Sebenarnya dia
langsung tak berminat untuk belajar. Dia tiada arah dalam menuntut ilmu. Dia
sendiri tiada cita-cita yang nak dicapai... Jadi kenapa dia nak belajar?
“Alasan
kamu je tu... Kalau Aliff tak belajar sungguh-sungguh macam mana Aliff nak
masuk universiti? Kalau tak ada ijazah macam mana Aliff nak cari kerja nak?
Kalau Aliff tak kerja macam mana nak cari duit... Takkan nak harapkan mak je
sampai ke tua. Mak ni pon sampai bila je boleh hidup..” Puan Aini mula
membebel.. Dia bukan membebel kosong. Dia mahu menyedarkan anaknya tentang
pentingnya pelajaran. Lagi-lagi zaman sekarang... Kalau ada ijazah pon belambak
lagi yang menganggur apatah lagi yang tak ada...
“Aliff
tak minat nak belajar la mak... Nak buat macam mana.” Aliff menjawab malas.
“Habis
tu Aliff minat ape? Nak kata minat tukang bertukang, pegang tukul pon belum
tentu pandai.” Sindir puan Aini dengan senyuman kecil. Bukan merendah-rendahkan
Aliff tapi sengaja mahu mencabar anaknya itu... Kata orang anak muda ni
darahnya panas... Pantang dicabar dan diperlekehkan... Pasti dia akan buat yang
terbaik untuk menunjuk dirinya bagus tak seperti yang dikatakan.
“Aliff
minat memasak... Boleh?” Ujar Aliff cuba menguji hati ibunya. Namun dia
serius.. Dia memang gemar memasak terutamanya juadah seperti kek, coklat
mahupun puding... Memang ramai yang memuji masakannya selama ini malah puan
Aini pun sendiri mengakui bakatnya itu.
“Aliff...”
Puan Aini terjerit kecil... Tak boleh terima dengan jawapan Aliff.
“Salah
ke mak?”
“Salah
tu tak... Tapi masak memasak ni tugas orang perempuan... Bidang orang
perempuan... bukan bidang orang jantan macam kamu... Tak malu ke minat memasak?”
Marah puan Aini.
“Mak...
Ini zaman bila mak? Mak kenal chef Wan? Dia lelaki ke perempuan? Lagipon, dalam
kitab mana yang kata kerja masak memasak tu kerja orang perempuan? Tak ada
kan...” Sanggah Aliff tidak puas hati... Sapa cakap perempuan je boleh masak?
Perempuan zaman sekarang pon tak pandai masak. Masak air pon belum tentu
boleh...
“Tapi
masak memasak ni lebih sesuai dengan orang perempuan... Lagi pon Aliff boleh
buat apa dengan memasak?” Puan Aini masih belum berpuas hati.. Anak aku ni lelaki
ke perempuan? Jangan jadi pondan sudah... Merana hidup aku..
“Mak...
Kalau pandai masak macam-macam Aliff boleh buat... Aliff boleh bukak kedai kek,
bukak restoren, kerja dengan hotel atau pon mana-mana kedai kek... Jadi chef
pon boleh.... Lagi pon, orang zaman dulu-dulu je kata kerja masak memasak ni sesuai
dengan orang perempuan... Zaman sekarang ni perempuan lelaki dah tak ada beza
lah... Perempuan zaman sekarang pon entah pandai entah tidak memasak... Baiklah
serahkan kerja masak memasak tu kat Aliff dari bagi kat perempuan-perempuan
yang tak reti masak nih...” Panjang lebar Aliff menegakkan minatnya... Kalau
cakap pasal masak memasak janganlah ada sesapa nak membangkang.
“Ikut
suka hati kamulah Aliff... Tapi mak tak rasa dengan kemahiran kamu sekarang
boleh buat kamu jadi tukang masak ke, buka kedai ke apa ke... Kurang-kurang
Aliff kena jugak ada sijil dan kelulusan dari kolej atau universiti untuk
dapatkan kepercayaan orang kalau nak jadi tukang masak ke apa... Kalau SPM pon
tak lepas, mana Aliff nak dapat sijil dan kelulusan tu semua.” Sela puan Aini
lagi.. Mahu memberi kesedaran kepada Aliff bertapa pentingnya SPM...
Tak
kiralah nak belajar apa-apa pon, kurang-kurang SPM tu biarlah lulus... Aliff
diam mendengar kata-kata emaknya. Menimbang segala kata-kata bernas dari
ibunya. Betul jugak kata mak... Kurang-kurang aku kena ada sijil SPM baru boleh
nak sambung belajar dalam bidang memasak... Kalau tak mana ada pusat pengajian
nak ambil aku belajar... Nak ikutkan ilmu yang aku ada sekarang langsung tak cukup...
Nak jadi pembantu tukang masak pon tak lepas ini kan nak pula nak buka kedai
makan sendiri... Aliff terus bermonolog sendiri... Aliff bingkas bangun lalu
memeluk emaknya yang sedang mengangkat baku berisi baju yang sudah siap
dilipat. Dicium pipi ibunya bertalu-talu.. Semangatnya tiba-tiba berkobar-kobar
untuk menuntut ilmu.
“Terima
kasih mak....” Ucap Aliff gembira... Dia dah nampak hala tuju hidupnya. Dia
terus menerpa ke biliknya. Mahu belajar untuk menempuh SPM yang bakal menjemput
lagi empat bulan! Puan Aini yang melihat perubahan anaknya sedikit tercengang
namun dia sentiasa mendoakan perubahan yang positif dalam hidup Aliff... Mudah-mudahan
Aliff menjadi manusia yang berguna.
“Arggggggggghhh”
Aliff sedikit menjerit... Nak menjerit kuat-kuat tak boleh... Jarum jam sudah
menginjak ke tengah malam... Karang terkejut pulak ibu tersayang.. Hampir 2 jam
Aliff mengadap kerja sekolah matematik pemberian cikgu Mastura namun satu
soalan pun dia tak mampu selesaikan. Bukan itu sahaja, kerja sekolah Sejarah
juga turut mendapat nasib yang sama...
Dia langsung tak tahu, tak pandai dan
tak ada idea untuk menyelesaikan setiap soalan yang ada. Macam mana nak pass
SPM ni kalau soalan macam ni tak boleh selesaikan. Tak boleh jadi ni! Aku kena
fikir idea yang lebih bernas. Aliff mengeluarkan satu helai kertas kajang.
Dilapik kertas kajang dengan buku log panjang... Kedaifan keluarganya
menyebabkan dia tiada meja mahupun kerusi belajar. Jadi, dia terpaksa guna
sesuatu untuk dijadikan alas ketika menulis.
Disenaraikan semua subjek yang
bakal menjadi beban untuk menempuhi peperiksaan... Semua sekali 9 subjek. Dalam
9 subjek hanya bahasa melayu sahaja yang dia pandai. Itu pon cukup-cukup makan
je... Subjek lain semuanya hampeh... Dia perlu mulakan pelajarannya dari awal.
Dia tak boleh terus langkau tengah-tengah. Pendek kata dia perlu start dari
tingkatan 4! Aliff membuat peta minda bagi segala perjalanan untuk menghabiskan
sukatan pelajaran tingkatan 4 dan 5 dalam masa 4 bulan. Dia perlu!
Sekurang-kurangnya dia harus dapat result yang baik untuk menyabung pelajaran
dalam bidang masakan. Satu jadual belajar yang padat disiapkan. Kini misinya
hanya berjaya dalam SPM.
BAB 6
Aliff
meninjau-ninjau buku rujukan Matematik yang tersusun elok di dalam almari. Ada
pelbagai jenis buku rujukan. Ada tingkatan 4 sahaja, ada tingkatan 5 sahaja dan
ada juga campuran tingkatan 4 dan 5. Aliff mengambil dan meniliknya satu
persatu. Dia mahu mencari bahan rujukan yang paling lengkap memandangkan buku
teks tingkatan 4 sudah pon dihantar pada tahun lepas.
Aliff sedar dan perasan ada beberapa mata memandangnya
penuh aneh semenjak kakinya melangkah masuk ke dalam perut perpustakaan namun
dia sedikit pon tidak menghiraukan pandangan tersebut. Apa diorang ingat perpustakaan
ni hak milik mutlak diorang ke? Sedang enak dia menilik buku matematik sambil
menyandarkan badannya yang tinggi lampai pada rak buku, seorang gadis yang
sangat cantik rupawan tersilap langkah lalu melanggarnya. Semua buku yang
dibawa jatuh menghempap kaki Aliff... Terjerit juga Aliff waktu itu namun
sempat dikawal suara... Memalukan je menjerit macam perempuan!
“Sorry....”
Minta Farah sambil mengutip semula buku rujukan matematik tambahan yang dibawa
sebentar tadi. Badannya yang tinggi lampai kembali menatap wajah Aliff yang
kelihatan sakit dengan kesalahannya. Tak sengaja okey... Lama ditenung wajah
Aliff... Lelaki yang menggilai teman baiknya.
“Tak
apa... Tak sengaja kan..” Balas Aliff perlahan. Cuba mengawal suara bagi
menghormati situasi di dalam perpustakaan.
“Aliff
kan?” Tegur Farah walaupun hatinya memang mengenali jejaka didepannya kini.
Hati dan perasaannya seolah-olah terbuai dengan kekacakkan yang ada pada
Aliff... Cuma pemakaian Aliff yang selekeh itu sahaja agak memudarkan rupa
parasnya yang tampan itu.
“Yupp...
Glamour jugak saya kalau orang cantik macam awak boleh kenal... Awak?” Balas
Aliff ramah. Giler ke apa tak nak beramah tamah dengan gadis cantik ni..Gay
atau pondan je yang tak pandang awek cun melecun macam nih. Cantiknya mengalahkan
gadis yang aku jumpa di tangga beberapa minggu yang lepas.
“Saya
Farah... Kawan Shazrina.” Farah membalas pendek... Senyuman manis menggula
dihadiahkan buat Aliff yang merenung wajahnya.
“Shazrina??
Sapa?” Soal Aliff bodoh... Seriously dia tidak tahu siapa Shazrina. Pertama
kali nama itu mencecah ke gegendang telinganya.
“Jangan
cakap awak tak tahu nama perempuan yang awak sibuk mengayat!” Farah seolah-olah
tidak percaya dengan jawapan dari Aliff... Aliff mengerutkan dahi mendengar
balasan dari Farah. Siapa pulak yang aku sibuk mengayat... Macam mana pulak
minah ni tahu awek mana aku sibuk mengayat. Namun terus wajah gadis tangga yang
sering di kacau semenjak dua menjak ini muncul dibenaknya. Jangan kata dia ni
kawan gadis tangga!
“Awak
budak kelas 5 sains 1? Kawan dengan perempuan yang rambut panjang beralun tu?”
Teka Aliff seolah-olah tidak percaya. Farah mengangguk perlahan. Mengiakan
segala tekaan Aliff.
“Apa
nama dia tadi?” Soal Aliff gembira... Akhirnya tahu jugak aku nama perempuan
tu... kalau tak asyik panggil gadis tangga aje. Satu perkembangan yang baik...
“Shazrina..”
Ulang Farah lagi. Jawapan dari Farah membuahkan senyuman dari Aliff... Terasa
jurang antaranya dan Shazrina semakin pendek!
“Shazrina.............”
Panggil Aliff manja... Langkah Shazrina yang baru keluar dari bilik guru
disekat. Di pandang wajah gadis itu penuh mesra... Senyuman manis lagi menggula
dihadiahkan istimewa buat Shazrina. Shazrina buat-buat tidak mendengar dan nampak
kehadiran Aliff meski pon jejaka itu sudah terpacak didepannya kini. Dia mahu
segera beredar dari situ sebelum mulutnya memuntahkan segala isi perut... Benci
dan jijik lagi memualkan bila melihat wajah Aliff.
“Sombongnya....”
Sela Aliff sambil berjalan seiring dengan Shazrina. Waktu rehat begini sahaja
dia ada masa terluang untuk mengayat Shazrina... Kini, jadual hidupnya penuh
dengan pelajaran. Misi yang dibuat perlu dicapai... Dia tak mahu jadi
hangat-hangat tahi ayam sahaja.
“Awak
ni cantik tapi sombong sangatlah... orang nak berkenalan pon tak sudi... tak
cukup kacak ke saya ni untuk berkawan dengan awak...” Aliff masih belum
berputus asa mengganggu hidup Shazrina. Selagi Shazrina tidak memberi sebarang
respon kepadanya, selagi itu hidup gadis ini akan diganggu...
Kalau ikutkan
bukanlah dia suka sangat dengan Shazrina tetapi sikap Shazrina yang keras itu
buat dia tidak mahu mengaku kalah... Selama ni mana ada perempuan menolak untuk
berkawan dengannya. Shazrina berhenti mengejut lalu memusingkan badannya
mengadap Aliff yang masih lagi tersenyum-senyum kearahnya. Matanya di bulatkan
untuk menunjukkan dia tidak senang dengan kewujudan Aliff... Jatuhlah imej aku
berjalan dengan mamat sengal nih.
“Awak
bukan sahaja tak cukup kacak, malah awak tu tak cukup kaya, tak cukup cerdik
dan tak cukup bersih untuk berkawan dengan saya... Saya geli dan jijiklah nak
berkawan dengan orang bodoh macam awak ni... Pergi cari perempuan lain boleh?”
Maki Shazrina tanpa was-was... Fuh bahagia rasanya dapat memaki hamun Aliff
yang terasa dirinya terlalu hebat untuk digandingkan dengan dirinya ni!
“Wow!!
Hebat sangat ke awak sampai saya nak kena penuhkan kriteria tu semua untuk
berkawan dengan awak?” Soal Aliff seperti memperlekehkan kata-kata Shazrina yang
baginya terlalu bongkak... Giler berlagak minah ni.. Jauh sangat dengan
kawannya Farah yang baik dan lembut tu..
“Of
course la... Saya ni anak doctor.. Mak bapak saya dua-duanya doctor... Saya ni
best student kat sekolah ni dan saya juga cantik, bersih dan wangi... Awak ada?
Hei pergi tilik la muka awak tu dulu sebelum nak berkenalan dengan saya.” Marah
Shazrina namun masih sempat mengangkat diri. Kembang kempis hidungnya memuji
diri sendiri.
“Yang
doktornya mak bapak awak... Awak tu pelajar je, macam saya... So tak ada
bezanya kita!”
“Stop
it! Jangan nak samakan saya dengan awak yang menjijikkan ni... Saya tak hingin
nak berada satu level dengan awak...” Tinggi suara Shazrina... Mual tekaknya
apabila Aliff dengan selamba menyamakan dirinya dengan Aliff. Oh my god!
“Awak
ni perasan sangat ke apa sebenarnya...” Kata-kata sinis dari Aliff buat darah
Shazrina mula menggelegak... Dia cakap
aku perasan! Dia tu yang tak tilik muka betol-betol sekarang tuduh aku perasan
pulak... Tak guna!
“Say
what??” Keras suara Shazrina bersama-sama matanya yang hampir tersembul keluar.
Hilang rupa paras ayu lagi cantik!
“Saya
nak berkenalan je dengan awak... Kenapa awak tolak macam saya ajak awak jadi
girlfriend saya... Saya nak kawan je dengan awak. Tak ada niat lain pon.. Ke
awak bajet saya nak tackle awak sekarang ni?” Bidas Aliff... Sengaja dia
berkata begitu. Dia suka melihat wajah marah Shazrina yang sungguh buruk
sekali. Sekali-sekala mengusik pelajar pandai pon apa salahnya.
“Hello...
Awak bukan je tak layak nak kawan dengan saya, nak lalu tepi saya pon awak tak layak okey!! Buang masa je
saya cakap dengan orang macam awak ni... Jatuhkan standard saya je!” Balas
Shazrina. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Aliff yang sangat menyakitkan
hatinya. Malu sungguh dirinya apabila dituduh perasan! Ingat aku bodoh macam
kau ke Aliff! Masa ni memang lah cakap nak kawan lama-lama karang kau ajak aku
couple pulak..
“Shazrina...Shazrina...”
Jerit Aliff lantang sambil mengejar langkah Shazrina yang sudah meninggalkannya.
Shazrina terpaksa berhenti melangkah memikirkan dirinya akan lebih malu apabila
membiarkan jantan seperti Aliff terpekik terlolong memanggil namanya.
Menambahkan lagi kepopularan namanya yang sudah sedia popular.
“Yer
Aliff???” Soal Shazrina dengan mata yang dibesarkan dan nada rendah yang
dibuat-buat. Cuba menahan sabar yang sememangnya sangatlah menipis. Senipis
kulit bawang!
“Apa
yang saya boleh buat untuk jadi kawan awak?” Aliff masih belum menyerah kalah.
Shazrina rimas dan geram melihat sikap Aliff yang tak reti-reti mengalah.dia
tahu selagi dia tidak membuat sesuatu lelaki ini akan terus mengejarnya. Dipanjangkan
sikit otak geniusnya demi memikirkan cara yang terbaik untuk menghentikan perangai
gila Aliff.
“Pastikan
awak dapat nombor 1 dalam ujian OTI 2 ni... Nombor 1 dalam kelas awak pon dah
cukup!” Balas Shazrina dengan senyuman sinis... Dia yakin lelaki bodoh macam
Aliff tak akan berjaya mendapatkan apa yang dia mahu...
“Okey
set! Jangan lupa janji awak yer Shazrina..” Setuju Aliff tanpa banyak soal... Meski
pon ujian OTI 2 bakal tiba lagi satu minggu namun itu semua tidak mematahkan
semangat dan keyakinan Aliff untuk berjaya... We will wait and see ya Shazrina.
link ke masih dihatiku bab 3 dan bab 4
No comments:
Post a Comment