IKLAN NUFFNANG

Wednesday, April 24, 2013

Cinta Part Time 10



Setelah dua hari bercuti Nadrisa akhirnya menjejaki semula kakinya ke pejabat Motel Sri Cempaka. Nadrisa menarik nafas panjang demi melegakan debaran yang tak terhingga didalam dadanya. Perutnya memulas. Peluh merintik pada dahinya. Membazirkan bedak yang dipakai. Ditolak pintu utama pejabat dengan penuh rasa takut. Dia bertekad, hari ini dia akan menyerahkan surat perletakkan jawatan. Biarlah apa pun berlaku, dia tidak sanggup lagi mengadap wajah Encik Ilham dan Puan Maimun. Mungkin sikapnya ini dipanggil pengecut kerana lari daripada masalah namun dia sudah tidak tahan lagi. Wang gaji dari kerja part timenya juga akan dikembalikan semula kepada Puan Maimun. Dia mahu bebas dari belenggu Puan Maimun dan Encik Ilham dengan segera.
“Hai Nad... Dah sihat?” Sapa Amna yang sedang menfotostat dokumen.
“Alhamdullilah... Sihat dah.” Balas Nadrisa lembut. Di letakkan beg yang dibawa diatas meja. Komputer segera di on kan... Pasti banyak kerja yang tertangguh.
“Muka Nad nampak pucat lagi ni... Tak sihat lagi ke?” Tegur Nadila pula.
“Eh tak de la Kak Dila... Dah sihat dah.” Ni pucat mende lain la kak Dila. Bukan pasal sakit. Bisik hati Nadrisa. Namun tak terluah.
“Kalau tak sihat lagi jangan paksa diri sangat, buat yang termampu je kerja-kerja tu. Kalau tak sihat sangat mintak mc lagi untuk hari ini.” Pujuk Nadila lagi. Nadrisa sekadar mengangguk faham. Dia tahu Nadila, Amna dan Rosmah memang baik. Sayu pula mengenangkan mereka bakal berpisah tidak lama lagi. Tapi memang adat. Setiap pertemuan pasti ada pepisahan.


Nadrisa jumpa saya sekejap....” Arah satu suara yang tiba-tiba muncul disaat warga unit kewangan sedang khusyuk dengan kerja masing-masing. Nadrisa tersentak. Amna, Rosmah dan Nadila memandang ke arahnya.
“Sekarang!” Arah Ilham lagi. Nadrisa terasa mahu pitam disaat itu juga. Wajahnya mula kehilangan warna. Namun dia sudah bersedia. Dia tahu lambat atau cepat, perkara ini perlu dihadapi juga. Surat perletakkan jawatan diambil dan dibawa. Nadrisa mengekori Ilham untuk ke unit pentadbiran. Dia berdoa kepada Allah supaya hatinya tabah menghadapi cabaran ini.
“Masuk!” Arah Ilham lagi. Nadrisa sekadar mengekor. Tidak menjawab apa-apa. Nadrisa sekadar berdiri didalam bilik Ilham. Tidak berani untuk duduk selagi tidak mendapat kebenaran majikannya itu.
“Duduk..” Nadrisa segera melabuhkan diri pada kerusi yang tersedia setelah mendapat kebenaran dari Ilham. Tangannya sudah berkeringat malah jantungnya seolah-olah mahu melompat keluar dari badannya. Tak tahu apa yang bakal terjadi selepas ini.
“Kenapa tak datang kerja sampai dua hari?”
“Tak sihat... Saya ada mc.” Balas Nadrisa sambil mengeluarkan surat doktor yang membenarkan dia bercuti. Diserahkan surat itu kepada Ilham.
“Macam mana boleh demam ni?” Ada nada perli disitu. Hati Nadrisa makin berkocak. Berapa lama agaknya sesi temuramah antara dia dan Ilham bakal berlangsung.
“Saya minta maaf pasal intip mengintip tu... Saya juga nak mintak maaf pasal gambar yang saya beri tu. Mungkin gambar tu telah merosakkan kebahagiaan Encik Ilham. Sebagai tanda saya betul-betul memohon maaf atas kesilapan saya, saya nak berhenti kerja.”  Minta Nadrisa bersungguh-sungguh. Biarlah ini yang terakhir antara dia dan Ilham supaya selepas ini mereka tidak berhubung lagi. Lagi pun, untuk mengadap Ilham pun sudah cukup membuatkan wajahnya hangat. Malu pula membuat pengakuan tentang perasaannya macam tu.
“Jadi awak rasa perbuatan awak ni boleh dimaafkan semudah itu sahaja... Awak dah rosakkan hubungan saya dengan Maslina dan sekarang nak pergi macam tu je... Yang untung sekarang ni awak Nadrisa. Bukan saya.” Keras suara Ilham. Nadrisa mengurut lembut dadanya. Terkejut dengan amarah Ilham yang sememangnya sudah dijangka.
“Habis tu apa encik Ilham nak saya buat?” Soal Nadrisa agak keras. Geram pula rasanya dengan sikap Ilham walaupun memang itu salahnya.
“Awak akan buat segala yang saya suruh?”
“Selagi tak melanggar agama, saya akan buat apa yang Encik Ilham nak demi menebus kesalahan yang telah saya lakukan.” Balas Nadrisa tenang. Pada pemikirannya pasti Ilham ingin dia membaiki hubungan lelaki itu dengan Maslina. Mudah sahaja tugas itu. Semudah ABC!
“Saya nak awak jadi girlfriend saya!” Arahan dari Ilham membuatkan mata Nadrisa tidak berkelip. Glup. Air liur ditelan laju. Gugur jantungnya mendengar arahan dari Ilham.
Sorry?” Minta Nadrisa. Mungkin dia tersalah dengar. Ada eloknya meminta Ilham mengulang semula kata-katanya tadi.
“Tak korek telinga ke? Saya nak awak jadi girlfriend saya...” Ulang Ilham sekali lagi dengan nada yang agak kasar.
“Encik Ilham biar betul... Saya Nadrisa la. Bukan Maslina.” Balas Nadrisa spontan. Gila ke apa Ilham ni. Meroyan gamaknya selepas berpisah dengan Maslina.
Yes I know you are Nadrisa... Sebab tu saya nak awak jadi girlfriend saya... Awak tak suka ke? Bukan ke awak cintakan saya?”Ilham memandang lama wajah Nadrisa yang resah gelisah. Nadrisa tidak senang duduk. Ya Allah. Bala apa ni... Itu la padahnya kalau dah start menipu.
“Memang saya sukakan Encik Ilham... Tapi Encik Ilham tak ada perasaan kat sayakan... Lagi pon...”
“Saya tak nak dengar sebarang alasan Nadrisa... Awak dah buat saya kehilangan Maslina. Saya nak awak jadi pengganti dia sebagai cara untuk awak tebus kesalahan. Awak sepatutnya gembira sebab saya dah tunaikan apa yang awak nak kan...” Ilham membalas tegas. Lucu pula dia melihat wajah Nadrisa yang tidak puas hati. Padanlah muka tu. Suka sangat cari masalahkan.. Nadrisa diam sahaja. Tidak berpuas hati. Tak pasal-pasal dapat boyfriend segera.
“Saya luahkan perasaan saya tak semestinya sebab saya nak jadi kekasih Encik Ilham...”
“Owh jadi maksudnya awak saja-saja je nak rosakkan kebahagiaan saya dengan Maslina. Macam tu?” Bidas Ilham membuatkan Nadrisa terdiam.
“Awak setuju atau tak mulai hari ini awak akan jadi girlfriend saya. Awak sepatutnya gembira sebab impian awak untuk bersama dengan saya dah tercapai. Jadi tak payah nak bagi alasan banyak sangat yer Risa.”
“Okey tu je... Awak boleh masuk sambung kerja awak. Pasal berhenti tu cancel. Awak teruskan je kerja kat sini.” Sambung Ilham lagi.
“Baiklah Encik Ilham... Terima kasih. Saya keluar dululah...” Minta Nadrisa sambil bingkas bangun. Berat kepalanya berfikir masalah yang makin bertambah. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini. Dia redha je dengan ketentuan Allah. Mungkin ini balasan untuk dosa-dosanya yang lepas.

p/s: silakan bce cerita sye bertajuk Masih dihatiku di http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=868&idc=5365

2 comments:

  1. Kau ni memang muka kuat iman betui nad. kalau aku dah malu tahap nk terjun bangunan... blah mcm tu je.. huhu.. surat berenti pun ak fax je.. hahah

    ReplyDelete
  2. bila nak update lagi?? :( cite ni mmg best x sabar nk baca yg seterusnye..

    ReplyDelete